TEKS UCAPAN ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

dokumen-dokumen yang mirip
DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA PELAJAR PASCA SISWAZAH

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN Y.BHG. REKTOR SEMPENA MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER II SESI 2005/2006 DAN SEMESTER I SESI 2006/2007

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA UTeM

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN

Yang Berbahagia Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamil, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa,

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 1 UTeM

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

1. Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengalu-alukan kehadiran

TEKS UCAPAN OLEH YBHG PROFESOR DR AHMAD YUSOFF. BIN HASSAN, NAIB CANSELOR UTeM SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM LAWATAN UNIVERSITI DIAN NUSWANTORO (UDINUS),

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UTeM

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

MAJLIS IFTAR BERSAMA T.Y.T TUN CANSELOR

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TARIKH: 29 OGOS TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS MOTIVASI BERSAMA PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 2 UTeM 2007

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP EMYIS OKTOBER 2011

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM. ASSAMUALAIKUM WRT WBKTH DAN SALAM SEJAHTERA

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN YDH KOMANDAN SUKSIS UTM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL PROF. DATUK SRI PANGLIMA DR KAMARUZAMAN HJ. AMPON

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

Yang Berbahagia, Naib Presiden Silterra, En. Munawir Ab Ghani

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

Yang Berbahagia Dato Prof Dr. Rujhan Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 3 JANUARI 2010 DI DEWAN 2020

TEKS UCAPAN PERASMIAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR, UTeM... MAJLIS HOMECOMING ALUMNI UTeM 06 OGOS 2016 (SABTU), 11.

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Yang Berusaha Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Encik Afizal Abu Othman. Pegawai-pegawai Unit Sukan UniMAP, Pengadil-pengadil kejohanan,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Ucapan Prof. Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena HARI PENDAFTARAN PELAJAR KOLEJ PERMATA INSAN 2016

TALKING POINT Y.BHG. PROFESOR DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

3.1.3 Graduan Sesi I dan III (Sesi Pagi) dinasihatkan agar bersarapan pagi lebih awal sebelum mendaftar diri.

warah matnllahi Ta'ala Assalamualaikum wa barokatah Dan selamat sejahtera.

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Transkripsi:

TEKS UCAPAN ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA ------------------------------------------------------------------------------ MAJLIS PERASMIAN MINGGU HALUAN SISWA SESI 2011/2012 Selasa, 6 September 2011, 2.30 petang Dewan Besar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka 1 Bismillahirahmanirrahim A.SALUTASI Terima kasih saudara Pengacara majlis Y.B. Dato Saifuddin bin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Y.Bhg. Dato Prof. Dr. Mohd Nor bin Husain Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Y.Bhg. Engr. Prof. Dr. Marizan bin Sulaiman Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) 2

Y.Bhg. Prof. Dr. Muhammad Ghazie bin Ismail Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Pegawai-Pegawai Kanan Universiti Wakil Media Massa Jawatankuasa Pelaksana MHS, para fasilitator MHS Mahasiswa/i baru Universiti Teknikal Malaysia Melaka seterusnya hadirin yang dikasihi sekalian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia 3 B. PENDAHULUAN 1. Terlebih dahulu marilah bersama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat kita semua berkumpul pada petang yang mulia ini untuk menjayakan satu program penting, iaitu Majlis Perasmian Minggu Haluan Siswa Sesi 2011/2012 Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang berlangsung mulai 4 8 September 2011. 2. Di kesempatan ini, saya bagi pihak Pengurusan Tertinggi Universiti ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan serta merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.B. Dato Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di atas kesudian untuk hadir ke majlis ini yang amat bermakna dan merupakan penghargaan buat kita semua. 4

3. Saya juga mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan tahniah, di atas kejayaan mahasiswa/i baru yang terpilih untuk menyambung pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi, khasnya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sehingga 5 September 2011, kemasukan pelajar baru Ijazah Sesi I 2011/2012 adalah seramai 2,219 iaitu 312 orang bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik, 330 orang bagi Fakulti Kejuruteraan Elektronik & Kejuruteraan Komputer, 337 orang bagi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, 300 orang bagi Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, 209 orang bagi Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan, 378 orang bagi Fakulti Teknologi Maklumat & Telekomunikasi serta 353 orang bagi Fakulti Teknologi Kejuruteraan yang baru ditubuhkan pada bulan April 2011. 4. Selamat Datang ke Negeri Melaka, negeri tersohor dengan kota bersejarah yang mendapat pengiktirafan United Nation sebagai 5 World Heritage City, di samping produk pelancongannya yang lain. Saya pasti kehadiran mahasiswa/i untuk memulakan sesi pengajian di sini bakal menempuhi suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. 5. Program Minggu Haluan Siswa yang dianjurkan oleh Universiti pada setiap tahun mempunyai falsafah yang perlu dihayati oleh setiap mahasiswa baru. Program ini, adalah laluan pertama bagi mahasiswa baru sebagai persediaan menjadi sebahagian daripada komuniti gedung ilmu. Ini kerana, pengharapan warga kampus terhadap kehidupan di Universiti adalah digarap melalui pelaksanaan Program Minggu Haluan Siswa supaya seiring dengan nilai dan budaya Universiti agar bersesuaian dengan keperluan mahasiswa dan seterusnya mengikuti program pengajian di Universiti dengan yakin dan jayanya. 6

6. Mahasiswa baru yang menjejakkan kaki ke Universiti membawa bersama kepelbagaian latar belakang, sifat, fahaman, harapan dan pengalaman. Ianya merupakan aset penting yang dapat menyatupadukan mahasiswa, memupuk rasa saling memahami dan sikap toleransi yang boleh terarah kepada sumber kekuatan untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu. 7. Maka dengan itulah, program MHS ini dirancang pengisiannya penuh dengan elemen kemesraan dan saling menghormati supaya ia dapat mencetuskan motivasi, semangat dan daya saing positif ke arah mencapai kecemerlangan akademik. Di sepanjang program berlangsung, seramai 150 orang fasilitator telah kita latih untuk membantu mahasiswa baru mengenali dan menyesuaikan diri akan kehidupan di kampus. Dapatkanlah bimbingan dan panduan dari fasilitator, 7 bertanyalah apa juga kemusykilan berhubung perjalanan pembelajaran dan sebagainya. C2.Pengenalan : Universiti Teknikal Malaysia Melaka Mahasiswa/i yang dikasihi, 8. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000 di bawah Seksyen 20 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dengan nama Kolej Universiti Teknikal Malaysia Melaka (KUTKM). Pada 1 Februari 2007, dengan berlakunya penstrukturan semula maka KUTKM telah bertukar kepada UTeM. 9. UTeM adalah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke 14 di Malaysia dan merupakan Universiti Teknikal Pertama di Malaysia, sekali gus menjadi perintis kepada program pengajian 8

teknikal berasaskan aplikasi dan amalan. Mula beroperasi di Kampus Induk Durian Tunggal pada 2008, kemudahan yang disediakan telah hampir lengkap melibatkan prasarana seperti Masjid, Pusat Persatuan Pelajar, Kompleks Sukan, Dewan Konvokesyen, Kafeteria dan Perpustakaan. C3.Pencapaian Akademik, Penyelidikan dan aktiviti pelajar Hadirin dan hadirat sekalian, 10. Dalam bidang akademik, UTeM sentiasa memastikan programprogram yang ditawarkan mendapat akreditasi. Dalam tahun 2010, sebanyak 5 program Diploma dan 5 Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam. Bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan pula, 16 kursus telah mendapat akreditasi dari Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Selain itu, 9 sukacita juga saya nyatakan bahawa 14 program akademik dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan serta Fakulti Kejuruteraan Elektrik telah diberikan pengiktirafan status MSC oleh Multimedia Development Corporation (MDeC). 11. Di samping pencapaian akademik, UTeM juga aktif dalam penyelidikan dan pengkomersialan. Sehingga kini, penyelidik UTeM telah merangkul kejayaan dalam pertandingan reka cipta sama ada di peringkat dunia mahu pun tempatan. Di peringkat antarabangsa misalnya, UTeM telah memenangi dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa serta satu Anugerah Khas (Swiss Automobile Association) semasa berlangsungnya 39th Geneva Expo 2011 di Switzerland. Manakala kejayaan di peringkat tempatan telah diraih apabila UTeM memenangi sejumlah 40 pingat di Malaysian Technology Expo (MTE) dan 10

22nd International Invention, Innovation & Technology Exhibiton 2011 (ITEX). 12. Kejayaan ini tidak hanya pada aspek penyelidikan dan akademik, sebaliknya mahasiswa juga aktif dalam pertandingan nyanyian, tarian, sukan, debat dan Musabaqah Tilawah Al-Quran. Sebagai contoh, mahasiswa UTeM pernah memenangi geran dari MDeC, iaitu Pre-Seed Fund berjumlah RM150,000.00 dalam pertandingan IHL Bussiness Plan Competition anjuran MDeC. Justeru, Universiti tidak menghadkan penglibatan mahasiswa kepada aspek teknikal sahaja, sebaliknya pembelajaran dan pengalaman yang diperoleh di luar kuliah atau tutorial juga menjadi panduan kepada memupuk jati diri mahasiswa hari ini. 11 Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, C4.Melahirkan Mahasiswa Berkualiti 13. Mahasiswa merupakan kumpulan terbesar dalam mana-mana gedung ilmu. Kumpulan ini menjadi unit of analysis kepada pencapaian Universiti secara keseluruhannya. Pihak Universiti sedar akan harapan negara agar graduan yang bakal dilahirkan dapat menguasai ilmu dan kemahiran yang tinggi. Fungsi dan tanggungjawab Universiti kini telah bertambah apabila perlu memikirkan bagaimana mahu menghasilkan graduan benarbenar berkualiti dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. 14. Oleh itu, di kesempatan ini saya mengingatkan kepada mahasiswa agar menyahut cabaran menjadi individu cemerlang dengan memberi sepenuh tumpuan kepada pembelajaran. Hal-hal melibatkan kehadiran ke kuliah, tutorial, 12

perbincangan kumpulan, selalu bertanya dan sentiasa mengunjungi pustaka ilmu yang ada merupakan budaya kecemerlangan yang seharusnya menjadi ikutan. Jadikan amalan sihat seperti berpersatuan, bersukan, khidmat masyarakat dan kesenian sebahagian dari alternatif yang perlu untuk mempertingkatkan kualiti dan bakat kepimpinan yang sedia ada. D.PENUTUP 15. Akhir kata saya sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada Y.B. Dato Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia kerana sudi melapangkan masa untuk merasmikan majlis pada hari ini. Kepada Jawatankuasa Pelaksana MHS, Fasilitator, syabas dan terima kasih atas usaha 13 memastikan program ini berjalan lancar. Istimewa kepada semua mahasiswa baru, saya doakan semoga maju jaya sepanjang pengajian anda di UTeM serta turut mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang meraikannya. Berlalu Ramadhan, Aidilfitri menjelma Syawal di-rai, sedetik namun gembira Kejarkan ilmu, sanggup ditinggal semua Ke arah menerangi hidup nan sejahtera Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik wal hidayah wasalamualikum wbt. 14