PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

dokumen-dokumen yang mirip
MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

/^-/ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 PERATURAN AM BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

KEJOHANAN RAGBI MSSM 2018

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PERATURAN-PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA KERANJANG PIALA TUN HAJI HAMDAN SHEIKH TAHIR & PIALA TOH PUAN HAJJAH SITI ZAINAB

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON ( LELAKI DAN WANITA )

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2018

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2017

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TENIS ( LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN AM SUKAN MASUM

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW ( LELAKI)

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

MSSPP. (Khas Untuk Pertandingan Jemputan Negeri)

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 18TKB MSSPP

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON KARNIVAL SUKAN, SIRKIT BADMINTON POLITEKNIK MALAYSIA & GRAND FINALE (LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MINI MSSPP

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BADMINTON

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2015

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2016 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

SYARAT & PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING MALA 2016

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MINI MSSPP

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN PING PONG

PERATURAN PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK PANTAI UiTM 2018 PIALA PENGARAH PUSAT SUKAN. Liga Bola Sepak Pantai UiTM 2018 Piala Pengarah Pusat Sukan

PERATURAN BALAPAN DAN PADANG Merebut Piala Menteri Pelajaran Malaysia

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA SEPAK

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN HOKI (LELAKI & WANITA)

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

PERATURAN AM SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA SUKANUN Kejohanan ini dinamakan SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA atau SUKANUN.

KEJOHANAN BADMINTON MASISWA & IPT JEMPUTAN 2013 ANJURAN MAJLIS SUKAN IPTS MALAYSIA (MASISWA)

luw$s*^ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 " FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS

Pertandingan Badminton

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

FUTSAL. 3. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan Antara Pasukan Universiti-Universiti Awam Malaysia dan Universiti Jemputan MASUM.

PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31 TAHUN 2017

PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN SEPAKTAKRAW

UNDANG-UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN BOLA JARING

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN PETANQUE ( LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN PERTANDINGAN TARIK TALI PESUMA KE-30

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH ( LELAKI & WANITA )

PERATURAN SEPAK TAKRAW (ANTARA REGU)

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR. Karnival Sukan Siswa Universiti Kuala Lumpur (KSSU)

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH

PERATURAN AM SUKAN ANTARA FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN AM. 1.2 Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Teknikal akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

PERATURAN PERTANDINGAN

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA TAMPAR CAMPURAN KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PERATURAN AM 1.0 PENGELOLAAN

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

[PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR] PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR

MAJLIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG MSSPP PERATURAN-PERATURAN AM

Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Naib Canselor HEP dan Piala Pengarah Pembangunan Pelajar HEP

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA (LELAKI & WANITA )

KEJOHANAN KARATE JEMPUTAN MASUM 2008 PERATURAN PERTANDINGAN KARATE (LELAKI DAN WANITA)

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PERDANA MENTERI 2013

SUKAN JOHOR KOTA TINGGI 2017 PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH RECURVE DAN COMPOUND (LELAKI & WANITA)

LIGA BOLA SEPAK SELANGOR SELATAN SOUTH SELANGOR LEAGUE

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN PING PONG ( LELAKI DAN WANITA)

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BALAPAN DAN PADANG BAHAGIAN SUKAN, KPM

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA PERATURAN AM

SEPAKTAKRAW BERPASUKAN. Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan adalah tertakluk kepada:

SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PIALA FUTSAL NEGARAKU

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA JARING KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

KEJOHANAN BOLA JARING ANTARA STAF UniMAP ( SUKAS ), 2018 BORANG PENDAFTARAN. Bil Nama Pemain No K/P No. Staf

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PESTA RAGBI 10 SEBELAH MRSM SE-MALAYSIA KALI KELIMA, 2008

PERATURAN PERTANDINGAN HOKI BUKIT NANAS HOCKEY CHALLENGE 2017

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN DART

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL PIALA KETUA SETIAUSAHA NEGARA TAHUN 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN ANTARA FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA Peraturan Sepaktakraw (Berpasukan)

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN RAGBI 15 S SUPER 8 IPT 2017

Transkripsi:

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR PERATURAN 1 PENGELOLAAN Seluruh pengelolaan Pertandingan Permainan MSSD Muar diserahkan kepada Majlis Sukan Sekolah Daerah Muar yang boleh juga menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan kepada mana-mana sekolah atau jawatankuasa khas MSSD Muar yang dipilih oleh Jawatankuasa Kerja MSSD Muar. UNDANG-UNDANG PERMAINAN PERATURAN 2 Undang-undang permainan MSSM yang berkuatkuasa semasa, akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan MSSD Muar. Bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang permainan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan serta diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSD Muar akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan. KELAYAKAN PESERTA PERATURAN 3 3.1 Murid-murid yang bersekolah sepenuh masa di sekolah-sekolah rendah dan menengah serta sekolah swasta yang berdaftar dan bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah Johor adalah layak menyertai pertandingan permainan MSSD Muar. 3.2 Murid-muris yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM / SPVM / STPM tidak layak menyertai semua pertandingan MSSD Muar. 3.3 Murid Tingkatan 6 Atas boleh bertanding dengan didaftarkan dalam peringkat umur bawah 18 tahun dan berumur di bawah 18 tahun pada 1 Januari tahun pertandingan. 3.4 Pemain BUKAN warganegara Malaysia dibenarkan mengambil bahagian. 1

PERATURAN 4 HAD UMUR PESERTA 4.1 Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSD Muar adalah seperti berikut: 4.1.1 18 tahun ke bawah 4.1.2 15 tahun ke bawah 4.1.3 13 tahun ke bawah 4.1.4 12 tahun ke bawah 4.1.5 10 tahun ke bawah 4.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan. 4.3 Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kategori umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama. 4.4 Selain daripada yang disebutkan diatas seseorang peserta tidak dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya jika pertandingan dijalankan serentak. 4.5 Semua peserta kecuali peringkat umur bawah 12 tahun hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang kad hilang kad pengenalan mesti mempunyai surat pengesahan dengan gambar ukuran pasport dari Pejabat Pendaftaran dan salinan sijil beranak yang disahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan. 4.6 Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pengesahan Peserta Pertandingan secara individu beserta gambar ukuran pasport dengan menyertakan salinan kad pengenalan / sijil beranak yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan Sekolah peserta berkenaan masing-masing. PENDAFTARAN PERATURAN 5 5.1 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar bilangan peserta sebagaimana yang telah ditetapkan dalam peraturan permainan manakala bilangan pegawai pasukan bergantung kepada keperluan sekolah. 5.2 Pasukan yang mempunyai peserta perempuan hendaklah diiringi oleh seorang atau lebih pegawai / guru wanita. 5.3 Pendaftaran pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan di borang pendaftaran tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan dengan cop rasmi. 2

PERATURAN PENGADIL / HAKIM 6.1 Setiap sekolah dikehendaki menyediakan pengadil / hakim bertauliah / berpegalaman yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepertimana bilangan yang ditetapkan mengikut permainan. 6.2 Sekirannya sekolah yang mengelolakan pertandingan MSSD Muar memerlukan khidmatpengadil / Hakim selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Pegawai Pendidikan Daerah Muar. 6.3 Jawatankuasa Pengelola pertandingan akan menyediakan keperluan bertugas dan kemudahan yang bersesuaian kepada pengadil/hakim semasa bertugas di sebarang kejohanan kelolaan MSSD Muar. 6.4 Surat lantikan pengadil akan dikeluarkan oleh urusetia MSSD Muar. PENGERUSI TEKNIK PERMAINAN MSSD PERATURAN 7 7.1 Semua sekolah pengelola dikehendaki menjemput Pengerusi Teknik Permainan MSSD ke Mesyuarat Pengurus Pasukan yang diadakan sebelum Kejohanan Permainan MSSD. 7.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSD hendaklah menyediakan tempat mesyuarat dan keperluan mesyuarat. PEGAWAI PASUKAN PERATURAN 8 8.1 Pegawai Pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di sekolah. Jika sekiranya sesuatu pasukan menggunakan khidmat pegawai yang bukan daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khasnya jurulatih ( pegawai luar ), mereka boleh mengikuti pasukan sekolah tetapi tidak boleh disenaraikan dalam borang pendaftaran pasukan. Pegawai tersebut hanya bertaraf penonton atau pemerhati sahaja. Segala tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar permainan. 8.2 Semua pegawai pasukan ( Pengurus Pasukan dan Penolong, Jurulatih dan pegawai-pegawai lain ) hendaklah sentiasa memelihara dan mematuhi etika sebagai seorang pegawai perkhidmatan pendidikan bersesuaian dengan penjawat awam, berimej bersih dan menunjukkan tindak-tanduk serta tauladan yang baik semasa menjalankan tugas. 8.3 Semua Pengurus Pasukan / Pegawai Pasukan Sekolah hendaklah hadir dan memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Pengelola terutama dalam majlis rasmi kejohanan seperti pembukaan rasmi, taklimat kejohanan, mesyuarat-mesyuarat dan majlis penyampaian hadiah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 3

8.4 Pengurus / Pegawai Pasukan Sekolah adalah bertanggungjawab dengan tidak meninggalkan kejohanan sebelum tamat dan mengaturkan perjalanan pasukan, menjaga keselamatan harta benda serta kerosakan semasa menginap di tempat penginapan jika disediakan tempat penginapan.. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA PERATURAN 9 Selain daripada kerja-kerja tertentu mengikut Perlembagaan MSSM, tugas-tugas Jawatankuasa Pengelola adalah seperti berikut : 9.1 Menentukan tempat, tarikh dan masa kejohanan setelah berbincang dengan Setiausaha MSSD. Seboleh-bolehnya kejohanan hendaklah diadakan dalam masa yang telah ditetapkan oleh PPD dan MSSD. 9.2 Melantik pegawai-pegawai bertauliah yang diperlukan. 9.3 Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti padang, gelanggang, tempat penginapan ( jika perlu ), dan lain-lain yang berkaitan dan memberitahu kepada semua sekolah nama dan jenis alatan sekurang-kurangnya seminggi sebelum pertandingan dimulakan. 9.4 Jawatankuasa pengelola tidak mengenakan sebarang deposit bayaran penginapan dan segala kerosakan akan dituntut oleh pengelola kepada sekolah yang disahkan atau terbukti melakukan kerosakan tersebut. 9.5 Menjemput semua Pengurus Pasukan atau wakilnya hadir untuk menyaksikan cabutan undi. 9.6 Mengedarkan notis Mesyuarat Pengurus Pasukan dan salinan minit mesyuarat kepada :- 9.6.1 Setiausaha MSSD 9.6.2 Pengerusi Teknik dan Pembangunan MSSD 9.6.3 Mengedarkan segala surat pekeliling dan keputusan rasmi kepada :- 9.6.3.1 Setiausaha MSSD ( 1 salinan ) 9.6.3.2 Pengerusi Teknik Permainan berkenaan ( 1 salinan ) 9.8 Segala Keputusan Rasmi kejohanan hendaklah dimaklumkan kepada urusetia MSSD secara bertulis atau lisan melalui penyelaras permainan sebaik kejohanan tamat atau sehari selepas pesta untuk makluman urusetia MSSD 9.9 Laporan Pengelolaan beserta dengan akaun perbelanjaan hendaklah dihantar secara rasmi menggunakan format tertentu dalam masa 1 minggu selepas tamat sesuatu kejohanan. 4

PERATURAN 10 SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan atau cara kalah mati seperti berikut:- 10.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D ) 10.1.1 Pusingan Pertama 10.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. 10.1.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Johan Naib Johan Ketiga Keempat - Kumpulan A - Kumpulan B - Kumpulan C - Kumpulan D Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan. 10.1.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan ( seeded ) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 10.1.2 Pusingan Kedua ( Separuh Akhir ) 10.1.2.1 Johan tiap kumpulan akan masuk ke pusingan separuh akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. 10.1.2.2.3. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat. 10.2. Cara Liga Tiga Kumpulan 10.2.1. Pusingan Pertama 10.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga. 10.2.1.2 Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Kumpulan A - Johan tahun lalu Kumpulan B - Naib Johan tahun lalu Kumpulan C - tempat ketiga tahun lalu Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut melalui undian. 5

10.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukanya. 10.2.2. Pusingan Kedua ( Separuh Akhir ) 10.2.2.1. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian. 10.2.2.2. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama. 10.2.2.3. Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan Y dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y. 10.2.2.4. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya. 10.2.3. Pusingan Akhir 10.3. Cara Liga 2 kumpulan. 10.2.3.1. Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan. 10.2.3.2. Naib Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat. 10.3.1 Pusingan Pertama 10.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. 10.3.1.2. Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B 10.3.1.3. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cabutan undi. 10.3.1.4. Sekiranya pasukan diutamakan ( seeded ) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 10.3.2. Pusingan kedua 10.3.2.1. Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan A. 10.3.2.2. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. 6

10.3.3. Pusingan Akhir 10.4. Cara liga Satu Kumpulan 10.3.3.1. Johan Kumpulan A atau naib Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan 10.3.3.2. Pasukan kalah di dalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga dan keempat. 10.4.1 Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH PERATURAN 11 11.1. Pasukan/Peserta yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan tersebut sekiranya melanggar peraturan ini. 11.2. Sekiranya ada pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/peserta itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan yang berkenaan. BANTAHAN PERATURAN 12 12.1. Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis. 12.2. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta atau sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta/pasukan tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi. 12.3. Bantahan berhubung dengan permainan dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada; 12.3.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara pusingan awal. 12.3.2 Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat akhir. Walaubagaimanapun tempoh penyerahan dan penyelesaian tertakluk kepada peraturan dan undang - undang permainan berkenaan. 7

12.4. Semua bantahan secara individu hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan bagi acara individu sebanyak RM 100.00 ( Ringgit : Satu Ratus sahaja ) dan acara berpasukan RM 200.00 ( Ringgit : Dua Ratus sahaja ). Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas. 12.5 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad. JURI RAYUAN PERATURAN 13 13.1Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 3 orang (minimum) atau 5 orang (maksimum) melainkan bagi Olahraga dan Renang. 13.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya 13.1.2 Setiausaha Kejohanan - Ex-Officio 13.1.3 Pengerusi Teknik Permainan MSSD 13.1.4 2 orang Pengurus Pasukan Sekolah yang berdaftar yang tidak terlibat dengan bantahan atau kes tersebut. LEMBAGA TATATERTIB PERATURAN 14 14.1. Lembaga ini terdiri daripada : 14.1.1 Pegawai Pendidikan Daerah 14.1.2 Penolong PPD Sektor Pembangunan Kemanusiaan 14.1.3 Penyelia Kanan Sukan 14.1.4 Pengerusi Teknik Permainan yang berkenaan. 14.1.5 Setiausaha J/Kuasa Pengelola Ex-Officio. 14.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk 14.2.1 Mengambil tindakan mengenai disiplin pelajar, guru dan pegawai-pegawai kejohanan yang berkenaan bagi semua perkara kejohanan/pesta dijalankan seperti berikut: 14.2.1.1 Memberi amaran 14.2.1.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu 14.2.1.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan/pesta 14.2.1.4 Mengarahkan pemain dihantar pulang 14.2.1.5 Menghantar laporan kepada Pengetua / Guru Besar sekolah berkenaan supaya mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman yang digunapakai Persatuan Sukan Kebangsaan. 14.2.2 Bertanggungjawab membuat pelaporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada urusetia MSSD secara lisan seberapa segera yang boleh dan secara bertulis selewat-lewatnya 7 hari selepas tamat kejohanan dengan membuat cadangan yang sewajarnya untuk tindakan lanjut. 8

14.2.3 Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah, MSSD, MSS Johori atau MSSM kerana dikenakan tindakan tatatertib hendaklah dilaporkan kepada Persatuan Permainan yang berkenaan. MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN PERATURAN 15 15.1. Semua pegawai dan peserta pasukan sekolah yang menyertai pertandingan permainan MSSD hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri 15.1.1 Majlis Pembukaan Rasmi 15.1.2 Jamuan Rasmi sempena kejohanan 15.1.3 Taklimat dan mesyuarat-mesyuarat 15.1.3 Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian hadiah 15.2 Jika terdapat sekolah yang tidak mematuhi peraturan tanpa sebab menasabah ini tindakan tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan kepada urusetia MSSD serta Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan supaya tindakan diambil terhadap pengurusan pasukan. KESELAMATAN PERATURAN 16 16.1. Segala pegawai dan peserta sekolah yang menyertai kejohanan permaionan MSSD hendaklah dilindungi insurans. 16.2. Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku : 16.1.1 semasa perjalanan pergi dan balik 16.1.2 semasa kejohanan dijalankan 16.1.3 di dalam dan di luar kawasan venue 16.1.4 di tempat-tempat penginapan Walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkahlangkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah. 16.3. Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSD berhubung dengan kejohanan yang diadakan. 9

PERATURAN 17 PENYALAHGUNAAN DADAH 17.1 Penggunaan dadah yang tidak dibenarkan seperti penyalahgunaan dadah Merbahaya adalah diharamkan. 17.2 Ujian Pengesanan ( Doping Test ) boleh dijalankan secara rambang kepada peserta oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSD. KENYATAAN AKHBAR PERATURAN 18 18.1 Semua pegawai atau peserta yang menyertai kejohanan permainan MSSD dilarang membuat sebarang kenyataan akhbar / media elektronik, cetak kecuali dengan kebenaran. Kenyatan akhbar akan dibuat oleh Pegawai dari PPD Muar atau Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya. 18.2 Kenyataan akhbar yang dibuat oleh peserta hendaklah diiringi oleh pegawai pasukan. PERATURAN 19 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 19.1. Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi. Jika ada dinyatakan perkaraperkara lain dalam undang-undang permainan tersebut hendaklah juga dipatuhi. 19.2. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad. 10