KANDUNGAN. Bil Tajuk Muka Surat. 1. Pendahuluan 1. 2 Undang-Undang dan Peraturan Pilihan Raya 2

dokumen-dokumen yang mirip
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA BUKU PANDUAN PEMERHATI BARUNG

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Panduan Pemantauan Undi Awal dan Undi Pos

BAHAGIAN I PENGENALAN

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

AKTA PILIHAN RAYA 1958

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

Pemutusan undi ragu , X, O,

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.8 TAHUN 1982 Peraturan-Peraturan Bilik Rekod Di Jabatan Ukur Negeri

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA BUKU PANDUAN CALON DIKEMASKINI HINGGA MEI

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

PANDUAN MENGISI DAN MENANDATANGANI BORANG PERJANJIAN

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

*Nota : Sila Rujuk Kepada Surat Makluman Dan Borang-Borang Yang Dikepilkan

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

Nama: Kod Pemerhati: No. MyKad (12 digit): No. Telefon: A SEBELUM PENAMAAN CALON Y T TP

Laporan Awal Pasca Pilihan Raya Bagi Pilihan Raya Umum Malaysia Ke Mei 2018

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penyelenggaraan

JABATAN PEGUAM NEGARA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

A.RASHID RAHMAN PENJALANAN

PERMOHONAN ANGGOTA BARU KOSWIP

Undang-Undang Malaysia

KETERANGAN UNTUK PANDUAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

PANDUAN MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN MARA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Tatacara memohon bantuan Program Membaikpulih Rumah Veteran 1 Malaysia (NBOS 7)

SURAT PEKELILING AM BIL. 2 TAHUN 1991

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

KEWANGAN PROSEDUR UNIT PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN. Borang BPA 1/79, 1/79A, 2/79 & Borang Aturan-Aturan Kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPKP)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Pengakuan Perkhidmatan 2. 2 Salinan fotostat Kad Pengenalan Balu atau Penerima Pencen 3. 2 Salinan fotostat Sijil Kematian Pesara

more examination papers at :

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

PEKELILING BENDAHARI BIL 01/2015 السلام علیكم

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

UNIT LATIHAN PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENDAFTAR RAHSIA

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

Sila rujuk senarai semakan pengemukaan Borang CKHT 1A sebelum mengisi borang ini.

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN NOTA SERAH TUGAS JAWATAN

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2017

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (13) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (PP BIL. 11/2016)

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN FRANGKI

Penjara (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 10/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penjara 1995.

PROSEDUR KAWALAN REKOD PK.UiTMPs.(P).02

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/1995

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP03/BP GARIS PANDUAN PENGGUNAAN BILIK PERBINCANGAN. 1.

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA/KEDUA SESI 20_/20_ TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2016

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) : Pemeriksaan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

POLITEKNIK KOTA BHARU

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

PANDUAN PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN (LEPASAN SEKOLAH)

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Diluluskan oleh: Disediakan oleh: Jawatan: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PK.UniMAP.(O).25

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2014

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 2A: 60 hari selepas tarikh perolehan harta tanah / syer dalam syarikat harta tanah.

PROSEDUR PENGELASAN, PENGELASAN SEMULA & BUKU DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

PENGELASAN SURATAN RASMI

Transkripsi:

i

ii

KANDUNGAN Bil Tajuk Muka Surat 1. Pendahuluan 1 2 Undang-Undang dan Peraturan Pilihan Raya 2 3. Kedudukan Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) 5 4. Pelantikan dan Tugas Petugas Pilihan Raya 7 5. Tatacara Mencalitkan Dakwat Kekal 11 6. Penutup 13 LAMPIRAN Lampiran - Akuan Mengenai Keengganan Mengeluarkan 15 Kertas Undi iii

iv

BUKU PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL SEBELUM KERTAS UNDI DIKELUARKAN KEPADA PENGUNDI PADA HARI MENGUNDI 1. Pendahuluan 1.1 Proses pengundian ialah suatu proses semasa pilihan raya di mana pemilih berdaftar melaksanakan hak dan tanggungjawab untuk mengundi sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil bagi memilih perwakilan yang mewakili bahagian pilihan raya masing-masing ke Dewan Rakyat atau ke Dewan Undangan Negeri. 1.2 Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai badan bebas yang bertanggungjawab untuk menjalankan pilihan raya, sentiasa berusaha untuk menambah baik proses pengurusan pilihan raya di negara ini bagi menjamin kemantapan dan ketelusan dalam proses pilihan raya. Berdasarkan kerangka undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya yang berkuat kuasa, proses pengundian sentiasa dijalankan dengan bebas, telus dan adil. Dalam menjalankan pilihan raya, perundangan dan peraturan pilihan raya merupakan asas utama dalam menyediakan garis panduan untuk melaksanakan proses pilihan raya yang perlu dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya. 1.3 Dalam menjalankan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil (bermula daripada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan seterusnya dalam pilihan raya-pilihan raya akan datang) penggunaan dakwat kekal adalah diwajibkan kepada semua pengundi yang datang ke Tempat Mengundi untuk mengundi semasa pilihan raya. Ketua Tempat Mengundi tidak akan mengeluarkan kertas undi kepada pengundi yang enggan membenarkan jari telunjuk kirinya dicalitkan dengan dakwat kekal. 1.4 Penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya adalah bertujuan seperti yang berikut: 1

1.4.1 Mengelakkan pengundi daripada mengundi lebih daripada sekali. 1.4.2 Memastikan ketelusan (transparency) dan integriti proses pilihan raya. 2. Undang-Undang dan Peraturan Pilihan Raya 2.1 Peruntukan Peraturan 19 dan 19A mewajibkan seseorang pengundi dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pemilih berkenaan. Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)(Pindaan) 2012 yang diwartakan melalui P.U.(A) 43 pada 13 Februari 2012 dan berkuat kuasa pada 15 Februari 2012 adalah seperti yang berikut: Peraturan 19 19. (1) Setiap pengundi hendaklah diberi satu kertas undi dan adalah berhak kepada satu undi. (2) Apabila setiap pengundi meminta kertas undi, nombor dan nama pengundi sebagaimana yang dinyatakan dalam daftar pemilih hendaklah diteriakkan. (3) Jika didapati bahawa tiada tanda dibuat mengikut subperaturan (5) pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih yang menunjukkan bahawa suatu kertas undi telah dikeluarkan kepadanya, Ketua Tempat Mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya, hendaklah sebelum mengeluarkan suatu kertas undi kepada pengundi itu, menghendaki pengundi itu menunjukkan jari telunjuk kirinya supaya dapat dipastikan bahawa tiada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kiri pengundi itu. 2

(4) Setelah Ketua Tempat Mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya berpuas hati bahawa (a) (b) tiada tanda dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih mengikut subperaturan (5); dan Tiada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kiri pengundi, Ketua Tempat Mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah membuat suatu tanda pada jari telunjuk kiri pengundi itu dengan menggunakan dakwat kekal dan seterusnya Ketua Tempat Mengundi hendaklah mengeluarkan kertas undi kepada pengundi itu. (5) Sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi, suatu tanda, tanpa menunjukkan dengan apa-apa cara kertas undi tertentu yang hendak dikeluarkan kepadanya, hendaklah dibuat dalam daftar pemilih bersetentangan dengan nombor dan nama pengundi itu untuk menunjukkan bahawa suatu kertas undi telah dikeluarkan kepadanya. (6) Kertas undi itu hendaklah ditindikkan atau dicap dengan tanda rasmi atau ditandatangani secara ringkas oleh Ketua Tempat Mengundi di sebelah tepi kertas undi itu dan kertas undi itu hendaklah kemudiannya dikeluarkan kepada pengundi itu oleh Ketua Tempat Mengundi atau mana-mana orang bertindak di bawah kuasanya. Nota: Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012... Rujukan mengenai jari telunjuk kiri pengundi dalam peraturan ini dan peraturan 19A hendaklah ditafsirkan 3

(a) (b) (c) dalam hal jika jari telunjuk kiri pengundi tiada atau jari telunjuk kirinya itu tidak dapat ditandakan atas apa-apa jua sebab, sebagai rujukan mengenai mana-mana jari kirinya yang lain; dalam hal jika kesemua jari kiri pengundi tiada atau kesemua jari kirinya itu tidak dapat ditandakan atas apa-apa jua sebab, sebagai rujukan mengenai jari telunjuk kanannya yang lain; dan dalam hal jika kesemua jari kiri dan kanan pengundi tiada, sebagai rujukan mengenai bahagian hujung tangan kiri atau kanan. Peraturan 19A 19(A) (1) Jika Ketua Tempat Mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya mendapati bahawa (a) (b) (c) Pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya supaya dapat dipastikan bahawa tiada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kiri pengundi itu mengikut subperaturan 19(3); Pengundi itu enggan jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat kekal mengikut subperaturan 19(4); atau Jari telunjuk kiri pengundi itu telah ditandakan dengan dakwat kekal tetapi nombor dan nama pengundi itu tidak ditandakan dalam daftar pemilih, Ketua Tempat Mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah merekodkan keengganan pengundi itu atau hakikat bahawa jari telunjuk kiri pengundi itu telah ditandakan dengan dakwat kekal dalam akuan yang diperuntukkan dalam Borang 10A dalam Jadual Pertama, dan hendaklah enggan mengeluarkan kertas undi kepada pengundi itu. 4

(2) Jika Ketua Tempat Mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya mendapati bahawa nombor dan nama pengundi dalam daftar pemilih telah ditandakan dengan tanda yang menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan kepada pengundi itu tetapi jari telunjuk kiri pengundi itu tidak ditandakan dengan dakwat kekal, Ketua Tempat Mengundi hendaklah enggan mengeluarkan kertas undi kepada pengundi itu; dan ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah merekodkan hakikat sedemikian dalam Borang 10A. (3) Ketua Tempat Mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah menandatangani akuan dalam Borang 10A di hadapan seorang saksi; dan tiap-tiap akuan itu hendaklah dikecualikan daripada duti setem. 3. Kedudukan Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) 3.1 Di Setiap Daerah Mengundi diwujudkan sekurang-kurangnya satu pusat mengundi yang mengandungi beberapa Tempat Mengundi (saluran). Contoh-contoh Pusat-pusat Mengundi adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Bangunan Sekolah Dewan Orang Ramai Dewan Masyarakat Rumah Panjang di Sarawak 3.2 Bagi proses Pengundian Awal pula, Pusat-Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi akan diwujudkan di kem tentera atau IPK/IPD Polis berdasarkan bahagian pilihan raya Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Penyediaan Pusat-Pusat Mengundi untuk Pengundian Awal dibuka di dalam kem atau IPK/IPD Polis. 5

Ini adalah kerana pemilih yang layak mengundi awal terdiri daripada anggota tentera serta pasangan dan anggota polis serta pasangan seorang Pegawai Polis yang berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Am (PGA). 3.3 Pusat-pusat Mengundi serta Tempat-Tempat Mengundi (Saluran) seperti bangunan sekolah, dewan orang ramai, Dewan Masyarakat, Rumah Panjang, dewan di kem/ipk/ipd serta tarikh dan masa mengundi akan diwartakan. 3.4 Contoh Susun Atur Tempat Mengundi (Saluran) adalah seperti yang berikut: PETUNJUK : K 1 2 3 K KERUSI UNTUK WARGA EMAS/OKU ANGGOTA PDRM PU PU 4 E J E N 1 2 E J E N 3 KERANI PENGUNDIAN EJEN TEMPAT MENGUNDI PETAK UNDI PU PETI UNDI KTM KTM KETUA TEMPAT MENGUNDI ARAH LALUAN PENGUNDI 1 6

PETUNJUK : K 1 2 3 K KERUSI UNTUK WARGA EMAS/OKU ANGGOTA PDRM PU PU 4 E J E N 1 2 E J E N 3 KERANI PENGUNDIAN EJEN TEMPAT MENGUNDI PETAK UNDI PU PETI UNDI KTM KTM KETUA TEMPAT MENGUNDI ARAH LALUAN PENGUNDI 2 4. Pelantikan dan Tugas Petugas Pilihan Raya 4.1 Setiap Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dikendalikan oleh petugas-petugas pilihan raya yang terdiri daripada Penyelia Pusat Mengundi, KTM, Kerani Pengundian/ Mengira Undi, Kerani Penyemak Daftar Pemilih dan Pemandu Arah Pusat Mengundi. Bagi pilihan raya umum serentak untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, setiap Tempat Mengundi (Saluran) diketuai oleh KTM dan dibantu oleh empat orang Kerani Pengundian. Bagi Tempat Mengundi yang mempunyai jumlah pemilih sedikit, KTM akan dibantu oleh dua atau seorang Kerani Pengundian yang akan ditetapkan oleh SPR 7

4.2 Tugas Kerani Pengundian adalah seperti yang berikut: 4.2.1 Kerani Pengundian Pertama (1) (a) Memastikan pengundi yang hadir merupakan orang yang sebenarnya (sama) sebagaimana maklumat identitinya dalam Kad Pengenalan/Mykad atau dokumen pengenalan diri lain seperti Resit Pengenalan Sementara (JPN. 09), atau Resit Kehilangan Kad Pengenalan (JPN. 11) yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, atau Paspot Antarabangsa, atau Lesen Memandu yang mengandungi Nama, No. dan gambar, atau Kad Kuasa yang dikeluarkan oleh jabatan/pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi Nama, No. dan gambar dengan membandingkan wajah pengundi dengan gambar dalam dokumen pengenalan diri; (b) (c) (d) Menyemak butir-butir Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri dengan senarai Daftar Pemilih di Tempat Mengundi iaitu: a. No. Kad Pengenalan b. Nama Pemilih Jika identiti pengundi berkenaan disahkan betul, 1 hendaklah memeriksa dan memastikan jari telunjuk kiri atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri atau mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan atau hujung lengan jika tiada mana-mana jari tangan pemilih berkenaan belum dicalitkan dengan dakwat kekal; Jika pemilih berkenaan belum dicalitkan dengan dakwat kekal di jari telunjuk kirinya, dan namanya belum ditanda sebagai telah mengundi, 1 hendaklah meneriakkan Nombor Siri, No. Kad Pengenalan dan Nama Pemilih dengan jelas supaya dapat didengar oleh Ejen-ejen Tempat Mengundi; 8

(e) Membuat garisan di antara Nombor Siri dengan No. Kad Pengenalan dalam Daftar Pemilih. Contoh:- No. Siri No. Nama 123-561231-03-5033 Abdullah bin Jusoh 4.2.2 Kerani Pengundian Kedua (2) (a) Meminta pengundi berkenaan meletakkan jari telunjuk kiri di atas tempat pelapik tangan atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri atau mana-mana jari kanan jika tiada telunjuk kanan; (b) (c) Mencalitkan dakwat kekal (dengan menggunakan berus yang disediakan) bermula dari ruas pertama jari telunjuk kiri hingga ke hujung jari telunjuk kiri atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri atau mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan atau hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari; Jika pengundi enggan dicalitkan dengan dakwat kekal di jari telunjuk kirinya atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri atau mana-mana jari kanan jika tiada telunjuk kanan atau hujung lengan jika tiada mana-mana jari, rujuk atau meminta pengundi berkenaan berjumpa dengan Ketua Tempat Mengundi. 4.2.3 Kerani Pengundian Ketiga (3) (a) Membuat tanda dengan cap khas di tengah-tengah keratan (kaunterfoil) bawah nombor siri kertas undi dengan menggunakan cap yang disediakan; 9

(b) Menceraikan kertas undi daripada keratan (kaunterfoil) kertas undi dengan menggunakan pembaris; (c) (d) Jangan sekali-kali menulis apa-apa di atas kertas undi yang hendak diserahkan kepada pengundi; Berhati-hati ketika menceraikan kertas undi daripada keratan kertas undi supaya kertas undi tidak terkoyak atau rosak; (e) Kertas undi hendaklah dilipat dua kali dan diserahkan kepada pengundi. Seterusnya menunjukkan arah petak undi supaya pengundi pergi ke petak itu untuk membuat penandaan di kertas undi. 4.2.4 Kerani Pengundian Keempat (4) (a) (b) (c) (d) Memastikan kertas undi telah dilipat dua kali sebelum dimasukkan dalam peti undi; Menunjukkan kepada pengundi peti undi bagi Parlimen dan peti undi bagi Negeri; Memastikan pengundi memasukkan kertas undi ke dalam peti undi yang betul sama ada Parlimen atau Negeri; Menggunakan pembaris untuk memasukkan kertas undi yang terlekat pada mulut atau lidah peti undi. 10

NOTA: 1. Bagi Tempat Mengundi yang menggunakan dua orang, tugas 1 adalah gabungan tugas 1 dan 2, manakala 2 menjalankan tugas 3. 2. Bagi Tempat Mengundi yang menggunakan seorang sahaja, tugas 1, 2 dan 3 digabungkan. 5. Tatacara Mencalitkan Dakwat Kekal 5.1 Peraturan 19A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 menetapkan bahawa seseorang pengundi yang datang ke Tempat Mengundi dan yang meminta dikeluarkan kertas undi, adalah diwajibkan jari telunjuk kirinya dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi berkenaan; 5.2 Tatacara mencalit dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi adalah dengan mencalitkan dakwat kekal itu dengan menggunakan berus yang disediakan bermula daripada ruas pertama jari telunjuk kiri hingga ke hujung jari atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri atau mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan atau hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari. 5.3 Undang-undang tidak mewajibkan penggunaan dakwat kekal kepada Pengundi Tidak Hadir yang diberi kelulusan untuk mengundi secara pos. 11

5.4 Contoh calitan dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi adalah seperti yang berikut: CONTOH CALITAN DAKWAT KEKAL PADA JARI TELUNJUK KIRI 5.5 Kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada pengundi yang datang untuk mengundi di Tempat Mengundi jika timbul keadaan seperti yang berikut: 5.5.1 Pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya untuk Kerani Pengundian memastikan sama ada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kirinya; 5.5.2 Pengundi itu enggan membenarkan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal; 5.5.3 Pada jari telunjuk kiri pengundi itu telah ada tanda calitan dengan dakwat kekal walaupun tidak terdapat tanda garisan yang telah dibuat di antara Nombor Siri dengan 12

No. Kad Pengenalannya dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi berkenaan; atau 5.5.4 Pada jari telunjuk kiri itu tidak terdapat tanda calitan dengan dakwat kekal tetapi telah ada tanda garisan di antara No. Bilangan dengan No. Kad Pengenalan pengundi berkenaan dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi itu yang menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan kepadanya. 5.6 Bagi keadaan di mana kertas undi tidak dikeluarkan kepada pengundi seperti yang disebut di perenggan 5.5.1 hingga 5.5.4 di atas, KTM hendaklah membuat catatan di dalam Borang Akuan Mengenai Keengganan Mengeluarkan Kertas Undi (Borang 10A) seperti LAMPIRAN 5.7 Bagi keadaan di mana kertas undi tidak dikeluarkan kepada pengundi seperti yang disebut di perenggan 5.5.1 dan 5.5.2 di atas jika pengundi berkenaan datang semula ke Tempat Mengundi itu untuk mengundi dan bersetuju untuk dicalit jari telunjuk kirinya dengan dakwat kekal seperti yang diwajibkan di bawah peruntukan yang berkenaan, KTM akan mengeluarkan kertas undi kepada pemilih berkenaan. Pada masa yang sama KTM hendaklah membatalkan Borang 10A dengan membuat catatan dalam Borang berkenaan bahawa pengundi berkenaan bersetuju dan mematuhi syarat-syarat di perenggan 5.5.1 atau 5.5.2 di atas dan kertas undi telah dikeluarkan kepada pengundi berkenaan. 6. Penutup 6.1 Proses pengundian semasa pilihan raya adalah satu urusan yang mengandungi rangkaian Tatacara sebagai garis panduan yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua petugas pilihan raya yang terdiri daripada Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan proses pilihan raya di Tempat Mengundi. 13

6.2 Berhubungan dengan penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya, Peraturan-peraturan 19 dan 19A Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 menetapkan bahawa setiap pengundi yang datang ke Tempat Mengundi untuk mengundi, hendaklah membenarkan jari telunjuk kiri dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum kertas undi boleh dikeluarkan kepadanya. Calitan dakwat kekal adalah diwajibkan kepada semua pengundi semasa proses pengundian dalam pilihan raya, kecuali Pengundi Tidak Hadir yang diberi kelulusan untuk mengundi secara pos. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA APRIL 2012 14

PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981 BORANG 10A [Peraturan 19A] AKUAN MENGENAI KEENGGANAN MENGELUARKAN KERTAS UNDI Saya,. (Nama Penuh) No. K.P.. ialah * Ketua Tempat Mengundi/Orang Yang Bertindak Di Bawah Kuasa Ketua Tempat Mengundi di pusat mengundi.. (Nama Pusat Mengundi) bagi Tempat Mengundi Mengaku bahawa saya telah enggan mengeluarkan (No. Saluran) Kertas Undi kepada.. (Nama Pengundi) No. K.P.. Atas alas an seperti yang berikut: (No. K.P. Pengundi) LAMPIRAN LAMPIRAN DUTI SETEM DIKECUALIKAN DUTI SETEM DIKECUALIKAN *(a) *(b) *(c) *(d) pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya untuk dipastikan sama ada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kirinya; pengundi itu enggan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal; jari telunjuk kiri pengundi itu telah ditandakan dengan dakwat kekal walaupun tidak terdapat tanda yang menunjukkan bahawa Kertas Undi telah dikeluarkan kepadanya telah dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih; atau jari telunjuk kiri pengundi itu tidak ditandakan dengan dakwat kekal tetapi telah terdapat tanda yang menunjukkan bahawa Kertas Undi telah dikeluarkan kepadanya telah dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih Tarikh:.. Tandatangan Ditandatangani di hadapan Nama : No. K.P. : Tarikh : Tandatangan Saksi *Potong mana-mana yang tidak berkenaan. CATATAN (jika perlu) : 15

16