UNESCO-IHP ECOHYDROLOGY PROGRAMME Bengkel dan Pertandingan Fotografi sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Wetland Sedunia 1 & 2 Mac 2014 (Sabtu & Ahad) di Taman Wetland TEMA Tema pertandingan ini ialah Apresiasi Ekohidrologi Tasik dan Wetland. Subjek fotografi adalah Kepelbagaian Fauna Wetland Putrajaya PENYERTAAN Pertandingan ini dibuka kepada semua. Penyertaan terbahagi kepada empat (4) kategori, iaitu:- i) Pelajar Sekolah Rendah (di bawah umur 13 tahun); ii) Pelajar Sekolah Menegah (di bawah umur 18 tahun); iii) Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (berumur antara 18 hingga 25 tahun sila sertakan kad pelajar sebagai bukti); dan iv) Terbuka Bengkel dan Pertandingan Fotografi berlangsung selama dua (2) hari. Bengkel disediakan khusus untuk pelajar sekolah sahaja. Aturcara adalah seperti di Lampiran A. Penghantaran gambar penyertaan adalah selewat-lewatnya pada pukul jam 6.00 petang, 1 Mac 2014 (Sabtu). SYARAT / GAMBAR 1. Gambar yang diambil pada hari pertandingan dan di lokasi yang ditetapkan sahaja yang layak untuk dipertandingkan. 2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan, tetapi hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja. 3. Satu (1) gambar hanya untuk satu (1) borang penyertaan sahaja. 4. Semua gambar mestilah dalam bentuk digital asal (saiz JPEG). 5. Tidak dibenarkan sebarang sentuhan digital menggunakan perisian komputer. 6. Peserta haruslah menghantar gambar dengan resolusi tinggi (240 ppi / 300 ppi)
7. Bagi peserta yang mempunyai DSLR dengan fungsi GPS, anda di galakkan untuk mengaktifkannya. 8. Setiap gambar yang terima haruslah hasil dari tangkapan peserta sendiri. 9. Keputusan juri adalah muktamad 10. Semua pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur dan nama pemenang-pemenang akan dimaklumkan kelak. 11. Penyertaan akan dibatalkan jika didapati peserta melanggar salah satu syarat yang disebut di atas walaupun pengumuman pemenang sudah dilakukan. HAK MILIK Setiap gambar yang dikemukakan untuk pertandingan ini tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik Perbadanan Putrajaya. Gambargambar tersebut juga tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain pertandingan. PENILAIAN Setiap penyertaan yang tidak mematuhi syarat tidak akan dinilai. Gambar pertandingan akan dinilai berdasarkan tema, komposisi, keaslian, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik. Semua keputusan pengadil adalah muktamad. YURAN PENYERTAAN & HADIAH Yuran penyertaan dan hadiah adalah mengikut kategori pertandingan, iaitu: Kategori Yuran Penyertaan Hadiah Pelajar Sekolah Rendah Pelajar Sekolah Menengah Percuma Percuma : RM 200.00 : RM 150.00 : RM 50.00 : RM 300.00 : RM 200.00 : RM 50.00 Pelajar Institusi Pengajian Tinggi RM 10.00 : RM 1,000.00 : RM 500.00 : RM 300.00
Kategori Yuran Penyertaan Hadiah Terbuka RM 20.00 - - Hadiah Khas Juri (2x) : RM 2,000.00 : RM 1,000.00 : RM 500.00 Pelbagai barangan cabutan bertuah Nota: Walk in / penyertaan selepas 24 Feb 2014 (Terbuka RM40, IPT RM20) Pengumuman pemenang dan acara penyampaian hadiah akan diadakan pada 2 Mac 2014 (Ahad). MAKANAN Makanan disediakan mengikut kategori berikut :- Kategori Pelajar Sekolah Rendah & Menengah Tarikh 1 Mac 2014 1 Mac 2014 Sarapan pagi (nasi Minum pagi sahaja. lemak) dan makan tengahari Pelajar IPT & Terbuka Sarapan pagi (nasi lemak) sahaja. Minum pagi sahaja. *Nota : Peserta bebas mencari sudut/lokasi terbaik untuk mengambil gambar selepas sesi taklimat
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN Semua borang pendaftaran hendaklah dihantar selewatnya pada 24 Februari 2014, jam 5.00 petang. Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia Bengkel dan Pertandingan Fotografi Apresiasi Ekohidrologi Tasik & Wetland Putrajaya di alamat seperti berikut:- Kategori Terbuka dan IPT Saiful Nang Academy of Profesional No tel : 03-8076 6878 No faks : 03-8076 8687 Laman sesawang : www.snap.my Kategori Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland, Jabatan Perancangan Bandar u.p: Pn Suhailiza/Pn.Siti Safwanah No tel : 03-8887 7281 / 8173, No faks : 03-8887 5028 Email : suhailiza@ppj.gov.my / siti.safwanah@ppj.gov.my Laman sesawang : www.ppj.gov.my Facebook : Putrajaya Love Lake & Wetland
LAMPIRAN A BENGKEL & PERTANDINGAN FOTOGRAFI APRESIASI EKOHIDROLOGI TASIK DAN WETLAND PUTRAJAYA 2014 Tentatif Aturcara TARIKH TEMPAT : 01 MAC 2014 (SABTU) : PADANG SEMARAK, TAMAN WETLAND MASA ACARA 7.30 pg Pendaftaran peserta Sarapan pagi 8.30 pg Perasmian Bengkel dan Pertandingan Fotografi Taklimat Apresiasi Ekohidrologi Tasik & Wetland Putrajaya Taklimat Kepelbagaian Fauna dan Kepentingannya Taklimat pertandingan Bengkel Fotografi (kategori pelajar sekolah) Pertandingan Fotografi (sesi mengambil gambar) 4.00 6.30 ptg Penyerahan foto penyertaan Penjurian dan pemarkahan TARIKH : 2 MAC 2014 (AHAD) LOKASI : SISIRAN TASIK PRESINT 2, 3 & 4 MASA ACARA 9.30 pg Minum pagi 10.00-12.00 tgh Sesi perkongsian ilmu - jurukamera dan alam - ulasan gambar peserta 12.45 tgh Pengumuman pemenang & penyampaian hadiah (hadiah utama disampaikan bersekali dengan hadiah Sirkit Pancing) Bersurai