SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

dokumen-dokumen yang mirip
Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

Mach Debit Card (Dikemaskini pada 1 April 2017)

- Akaun Simpanan Asas/-i /Semasa Asas/-i ( BSA/BCA/-i ) - Generic/Junior - Kad Perbankan Prioriti ( PB )

5. Di mana saya boleh menggunakan Kad Debit/-i Matrix Visa Electron BSN saya?

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

BANK SIMPANAN NASIONAL

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN JUNIOR 3-IN-1

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT Kempen Penggunaan Besar-besaran Kad RHB Pertengahan Tahun 2016

13.5% (Peringkat 1) 16% (Peringkat 2) 17.5% (Peringkat 3)

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN JUNIOR 3 DALAM 1

SOALAN-SOALAN LAZIM KAD DEBIT/-i VISA BSN BAHARU. 1. Apakah Kad Debit/-i Visa BSN?

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

Terma & Syarat Kad Debit-i MasterCard Bank Rakyat

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

HONG LEONG BANK BERHAD DAN HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD

Terma & Syarat Kad Combo-i Bank Rakyat

2. KESAHAN MATA GANJARAN


Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Transaksi Runcit Bayaran minimum diterima sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran Bayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh bayaran

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

1. Apakah produk ini?

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Fasal-fasal yang dipinda

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Polisi Privasi. Pengenalan

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Terma dan Syarat OCBC SME Access

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Terma & Syarat Kad Debit-i Bank Rakyat

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Terma & Syarat Kad AFFINBANK Debit MasterCard ISI KANDUNGAN

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Terma dan Syarat Kad Touch N Go Zing (Credit) Hong Leong

Berurusan dengan Pengantara Takaful

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

ID BIG SHOT YANG TELAH DIPERUNTUKKAN DAN KAD KESETIAAN BIG TIDAK DIPERIBADIKAN

SYNERGY CARDS SDN BHD

Terma & Syarat Kad Debit BSN Visa

Penambahbaikan Sistem Bank Muamalat

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN MIGHTY BITE

Panduan Penggunaan Peniaga

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

(RD/T&C/Debit MasterCard/BM/MAR2018) Muka surat 1 daripada 11

Perjanjian Maybankard Platinum

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Transkripsi:

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) 1. Apakah PIN? PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, adalah kod rahsia yang diberikan kepada ahli kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan mereka ialah pemilik sah kad pembayaran tersebut. PIN 6 digit anda mestilah sentiasa dirahsiakan, tidak boleh dicatatkan atau didedahkan. 2. Mengapakah PIN lebih selamat daripada tandatangan? Penggunaan PIN boleh membantu melindungi pengguna daripada penipuan akibat kehilangan atau kecurian kad kerana kedua-dua kad dan PIN diperlukan untuk pengesahan transaksi. Oleh itu, anda perlu sentiasa merahsiakan PIN anda. 3. Apakah kad PIN baharu? Kad PIN adalah kad pembayaran yang membenarkan anda untuk membuat pembelian dengan memasukkan PIN 6 digit, dengan tanpa memerlukan tandatangan. Ianya adalah cara pembayaran yang telah dipertingkatkan dan akan menjadikan sistem pembayaran sedia ada lebih selamat dari sebelumnya. Bermula 1 Julai 2017, anda hanya boleh menggunakan kad PIN yang dikeluarkan oleh AFFINBANK/AFFIN ISLAMIC BANK** kepada anda. Kad tandatangan lama tidak boleh digunakan lagi. 4. Apakah yang perlu saya lakukan apabila menerima kad PIN baharu? Anda dikehendaki untuk mengaktifkan kad PIN baharu anda dengan menghubungi Pusat Panggilan kami di nombor 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (bagi ahli kad AFFINBANK World Mastercard). 5. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan PIN? PIN sementara anda akan dihantar melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dengan AFFINBANK/AFFIN ISLAMIC BANK** apabila kad anda berjaya diaktifkan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda telah mempunyai PIN sedia ada bagi transaksi ATM, anda boleh menggunakan PIN yang sama bagi transaksi runcit anda. PIN sementara anda hanya sah untuk tempoh 30 hari selepas PIN dikeluarkan. Sekiranya anda terlupa PIN atau PIN sementara telah tamat tempoh, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan kami di nombor 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (bagi ahli kad AFFINBANK World Mastercard) semasa waktu pejabat atau 03-2028 6300, selepas waktu pejabat. PIN sementara baharu akan dikeluarkan dan dihantar melalui SMS atas permintaan anda. Page 1 of 7

6. Adakah saya perlu menukar PIN saya? Ya. Anda perlu menukar PIN sementara anda kepada PIN 6 digit baharu dalam tempoh 30 hari selepas PIN dikeluarkan. Langkah untuk menukar PIN anda: 1. Lawati ATM AFFINBANK/AFFIN ISLAMIC BANK ** terdekat 2. Masukkan kad PIN anda 3. Masukkan PIN Sementara anda 4. Pilih opsyen tukar PIN 5. Masukkan PIN baharu anda 6. Masukkan semula PIN baharu anda untuk pengesahan 7. PIN berjaya ditukar 7. Saya telah menukar PIN sementara saya kepada PIN 6 digit baharu. Bolehkah saya menukar kepada PIN 6 digit yang lain? Ya. Anda boleh menukar PIN anda pada bila-bila masa. Langkah untuk menukar PIN anda: 1. Lawati ATM AFFINBANK/AFFIN ISLAMIC BANK ** terdekat 2. Masukkan kad PIN anda 3. Masukkan PIN Sementara anda 4. Pilih opsyen tukar PIN 5. Masukkan PIN baharu anda 6. Masukkan semula PIN baharu anda untuk pengesahan 7. PIN berjaya ditukar 8. Adakah PIN yang saya gunakan untuk membuat pembelian sama dengan PIN yang digunakan di ATM? Ya. Setiap kad hanya mempunyai satu PIN 6 digit yang boleh digunakan untuk pengeluaran wang tunai di ATM dan pembelian di terminal tempat jualan. 9. Apakah yang akan berlaku jika saya memasukkan PIN yang salah? PIN anda akan disekat selepas 3 kali percubaan yang salah. Percubaan PIN yang terhad akan melindungi anda daripada kemungkinan penipuan akibat kehilangan dan kecurian kad. Jika PIN anda disekat, sila hubungi Pusat Panggilan kami di nombor 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (bagi ahli kad AFFINBANK World Mastercard) untuk mendapatkan PIN baharu anda. 10. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya terlupa PIN saya? Selepas 1 July 2017, anda tidak akan dibenarkan untuk menggunakan kad anda di terminal tempat jualan di Malaysia sekiranya anda tidak tahu PIN anda. Sekiranya anda terlupa PIN anda, anda boleh menghubungi kami di 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (untuk kad AFFINBANK World Mastercard) semasa waktu pejabat atau 03-2028 6300 selepas waktu pejabat dengan segera untuk mendapatkan Pin sementara baharu anda. 11. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui bila PIN diperlukan? Anda hanya perlu mengikuti arahan pada terminal. Terminal pembayaran akan menerangkan langkah dan meminta PIN jika diperlukan. Page 2 of 7

12. Adakah PIN digunakan untuk transaksi kad melalui Internet atau telefon? Tidak. PIN yang anda gunakan di terminal tempat jualan atau mesin ATM sama sekali tidak boleh digunakan untuk transaksi internet atau diberikan melalui telefon. Kad PIN anda tidak akan memberi kesan atau mengubah transaksi yang dibuat melalui Internet atau telefon. 13. Adakah saya perlu memasukkan PIN setiap kali saya menggunakan kad saya di Malaysia? Semua semua transaksi di terminal tempat jualan memerlukan PIN kecuali untuk transaksi tanpa sentuh bernilai rendah (RM250 dan ke bawah). 14. Adakah saya perlu memasukkan PIN apabila saya menggunakan kad di luar negara? Tidak semua pasaran luar negara menyokong PIN. Jika terdapat terminal luar negara yang tidak menyokong PIN, anda perlu menggunakan tandatangan untuk meluluskan pembayaran. 15. Bagaimanakah saya dapat memastikan kad dan PIN saya selamat? Adalah penting bagi anda untuk merahsiakan maklumat kad dan PIN supaya kad anda dilindungi daripada penipuan akibat kehilangan dan kecurian. Pastikan PIN anda tidak mudah diteka dengan mengelakkan penggunaan nombor yang boleh dikaitkan dengan anda seperti tarikh peribadi yang penting (contohnya, hari lahir atau hari ulang tahun anda), nombor telefon atau nombor lesen pemandu. Antara langkah-langkah lain bagi memastikan keselamatan PIN anda termasuk: Tidak menyimpan rekod bertulis tentang PIN anda; Tidak membenarkan orang lain melihat PIN anda semasa anda memasukkannya atau semasa ia dipaparkan; Tidak menyimpan PIN anda dalam bentuk yang mudah dikenal pasti sebagai PIN; Tidak mendedahkan maklumat kad dan PIN anda kepada sesiapa pun (termasuk pihak berkuasa, ahli keluarga atau pasangan); Tidak mendedahkan PIN anda akibat kecuaian atau kelalaian; memaklumkan kepada AFFINBANK/AFFIN ISLAMIC BANK** dengan segera jika anda menyedari bahawa PIN anda telah diketahui oleh orang lain; dan Memastikan mana-mana ahli kad tambahan* yang boleh mengakses mana-mana akaun kad anda dengan menggunakan PIN supaya merahsiakan PIN mereka dengan cara yang dinyatakan di atas. 16. Adakah saya perlu memasukkan PIN setiap kali saya menggunakan kad di kios atau terminal layan diri di Malaysia? Ya. Semua transaksi yang dibuat di terminal tempat jualan di Malaysia selepas 1 Julai 2017 memerlukan PIN. Anda akan diminta untuk memasukkan PIN apabila anda memasukkan kad anda ke dalam terminal. Apabila terminal meminta PIN, anda perlu memasukkan PIN anda untuk melengkapkan transaksi. 17. Apakah yang berlaku apabila saya menggunakan kad saya di pam layan diri? Apabila anda menggunakan kad anda di pam layan diri di stesen minyak, pam layan diri akan mengesahkan transaksi petrol sebelum anda boleh mula mengepam petrol ke dalam kenderaan anda. Ini dilakukan dengan menghantar jumlah pra-kebenaran kad pembayaran kepada pihak Bank. Page 3 of 7

18. Apa itu pra-kebenaran? Pra-kebenaran adalah penyekatan sementara jumlah tertentu daripada baki yang ada pada kad. Ia digunakan untuk mengesahkan bahawa kad itu aktif dan mempunyai dana yang mencukupi sebelum membeli petrol. 19. Berapakah jumpa pra-kebenaran yang akan dikenakan pada kad saya apabila menggunakan pam layan diri? Disebabkan pra-kebenaran kad mesti berlaku sebelum petrol dipam, jumlah sebenar petrol yang dipam belum diketahui pada masa pengesahan awal itu. Jumlah pra-kebenaran yang dipersetujui di pam layan diri di Malaysia telah ditetapkan pada RM200. 20. Bagaimana jika jumlah petrol yang dipam adalah kurang daripada jumlah pra-kebenaran? Jumlah pra-kebenaran bukanlah suatu caj, dan tiada dana akan didebitkan dari akaun kad, tetapi baki yang ada pada kad akan berkurangan buat sementara waktu dengan jumlah pra-kebenaran. Apabila anda telah selesai mengepam petrol, jumlah sebenar petrol yang dibeli akan dihantar kepada pihak Bank. Pada ketika ini, jumlah sebenar akan didebitkan dari akaun kad, dan jumlah pra-kebenaran akan lupus. Walaubagaimanapun, ini mungkin mengambil masa 3 hari bekerja selepas petrol dibeli dan pra-kebenaran dijana. 21. Bagaimana jika saya mahu mengelakkan penyekatan dana sebanyak RM200 pada kad saya? Ahli kad yang ingin mengelakkan pra-kebenaran di pam layan diri dinasihatkan supaya berjumpa dengan juruwang di mana jumlah pembelian yang tepat akan ditolak daripada akaun kad ahli kad. TIP KESELAMATAN AHLI KAD PIN & BAYAR Anda dan mana-mana ahli kad tambahan* mestilah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk melindungi kad, nombor kad, nombor PIN atau sebarang maklumat keselamatan lain untuk kad atau akaun ( butiran keselamatan kad ) daripada disalahguna atau digunakan untuk tujuan penipuan. Langkah berjaga- jaga termasuk: Menandatangani kad sebaik sahaja ia diterima dan mematuhi sebarang arahan keselamatan; Melindungi kad, nombor PIN, dan sebarang butiran keselamatan kad; Tidak membenarkan orang lain untuk memiliki atau menggunakan kad anda; Jangan catatkan nombor PIN atau butiran keselamatan kad atau mendedahkannya kepada orang lain termasuk polis dan/atau kakitangan kami; Tidak membenarkan orang lain untuk melihat nombor PIN anda semasa anda memasukkannya atau semasa ia dipaparkan; Tidak merosakkan kad; Sentiasa memeriksa bahawa anda masih mempunyai kad anda; Simpan resit kad dengan selamat dan hapuskannya dengan berhati-hati; Hubungi kami mengenai apa-apa perkara yang mencurigakan atau masalah mengenai penggunaan kad di terminal; dan Semak penyata anda dengan kerap dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan sertamerta. Page 4 of 7

Anda hendaklah memberitahu kami dengan segera sekiranya: Kad anda hilang atau dicuri; PIN anda mungkin telah didedahkan; Kad anda ditelan oleh mesin ATM; atau Alamat atau butiran peribadi anda telah berubah. Anda mestilah memilih atau menukar PIN anda ke nombor pilihan anda, sebelum PIN boleh digunakan untuk urus niaga. PIN pilihan anda mesti direka untuk mengurangkan peluang sesiapa meneka nombor yang anda pilih. Anda perlu mengelakkan PIN yang tidak sesuai seperti: Mewakili tarikh lahir anda; Selaku PIN abjad, sebahagian di mana nama anda dikenali; Terdiri daripada nombor urutan (contohnya 123456, 654321 dan sebagainya; Terdiri daripada semua nombor yang sama (contohnya 111111); atau Terdiri daripada nombor yang berulang (contohnya 112233, 123123). KAD DENGAN CIRI TANPA SENTUH*** 1. Apakah kad tanpa sentuh? Kad dengan ciri tanpa sentuh adalah cara yang cepat dan mudah untuk membayar dan membolehkan anda membuat pembelian harian dengan pantas dan selamat dengan hanya sedikit sentuhan kad tersebut di mana sahaja anda melihat simbol universal kad tanpa sentuhan tersebut. 2. Bagaimana kad tanpa sentuhan saya beroperasi? Fungsi tanpa sentuhan mengandungi cip komputer yang tertanam dengan antena yang menghantar isyarat transaksi tanpa wayar jarak dekat tanpa hubungan secara langsung antara terminal peruncit dan kad tanpa sentuh. Dalam usaha untuk membuat pembayaran, anda hanya perlu menyentuh kad anda dengan terminal tanpa sentuh apabila digesa. 3. Bolehkah saya menggunakan kad PIN untuk transaksi tanpa sentuh? Ya. Jika kad tanpa sentuh anda mempunyai PIN, terminal akan meminta PIN sebaik sahaja kad anda diimbas pada pembaca tanpa sentuh untuk amaun transaksi yang melebihi had tertentu. Walau bagaimanapun, transaksi tanpa sentuh yang bernilai kecil tidak memerlukan PIN atau tandatangan. Ciri- ciri Keselamatan untuk Kad Tanpa Sentuh Kad yang sentiasa berada di tangan anda Langkah keselamatan yang paling mudah bagi kad tanpa sentuh adalah ia sentiasa berada di tangan anda. Oleh sebab anda dapat mengawalnya, orang lain tidak berpeluang melayangkan kad anda secara berganda atau membuat salinan kad anda tanpa disedari. Cip keselamatan untuk mengelakkan pemalsuan Kad tanpa sentuh adalah selamat seperti mana-mana kad yang didayakan oleh cip yang lain dan membawa pelbagai lapisan keselamatan yang sama bagi mengelakkan pemalsuan. Setiap transaksi tanpa sentuh memberikan kod unik yang dijana oleh cip dalam kad dan ia berubah dengan setiap pembelian. Dengan itu, ia menghalang penipu dari memainkan semula maklumat yang dibaca dari cip untuk membuat pembayaran. Page 5 of 7

Pengesahan pelanggan untuk pembelian bernilai tinggi. Dengan teknologi tanpa sentuh yang direka khas untuk menawarkan pelanggan lebih kemudahan di kaunter juruwang, anda tidak perlu menurunkan tandatangan atau masukkan PIN untuk transaksi tanpa sentuhan sehingga RM250 di Malaysia. Jika transaksi anda melebihi RM250, anda masih boleh menyentuh kad anda tetapi akan diminta untuk memasukkan PIN. Liabiliti dan tanggungjawab ahli kad bagi pembelian tanpa sentuh. Anda bertanggungjawab bagi pembelian yang tidak dibenarkan jika anda didapati cuai dalam melindungi kad atau PIN anda. Anda hendaklah memaklumkan kepada kami dengan segera atau secepat mungkin bagi apa-apa penggunaan kad yang tidak dibenarkan atau apa-apa aktiviti yang mencurigakan. Soalan - Soalan Lazim untuk Kad Tanpa Sentuh 1. Apakah ciri baru ini selamat? Saya hanya perlu melayangkan kad dan saya akan dicaj? Dengan ciri baru ini, anda hanya perlu menyentuh/melayangkan kad anda pada terminal tanpa sentuh bagi urus niaga bernilai rendah sehingga RM250. Adalah penting untuk anda memberitahu kami sebaik sahaja anda menyedari bahawa kad tersebut tiada bersama anda. 2. Bolehkah tanpa disedari, saya membuat pembelian jika saya berjalan melalui terminal tanpa sentuh? Kad tanpa sentuh mestilah berada terlalu hampir dengan terminal tanpa sentuh di kaunter juruwang untuk beroperasi. Kad tersebut hanya akan berfungsi apabila ia berada dalam lingkungan 4cm daripada terminal. Tambahan pula, terminal tersebut perlu didayakan oleh juruwang dan ini hanya akan berlaku apabila juruwang memulakan urus niaga di terminal untuk menerima pembayaran. Jika pembaca tanpa sentuh itu tidak memproses urus niaga, ia tidak akan membaca mana-mana kad tanpa sentuh yang berada di hadapannya dengan tidak sengaja. 3. Apakah yang akan berlaku jika saya secara tidak sengaja menyentuh kad saya sebanyak dua kali pada terminal tanpa sentuh? Terminal tanpa sentuh hanya boleh memproses satu transaksi pada suatu masa. Walaupun kad tanpa sentuh tersebut disentuh lebih daripada sekali secara tidak sengaja, anda hanya akan dicaj untuk sekali urus niaga sahaja. 4. Bagaimana jika seorang penipu dapat membaca kad saya dengan meletakkan terminal tanpa sentuh berhampiran dengan dompet saya? Dalam situasi yang tidak dijangka ini, butir-butir keselamatan kad tanpa sentuh dapat dibaca oleh seorang penipu melalui cara yang salah berhampiran dengan poket atau dompet anda, perlindungan telah disediakan untuk menangani penggunaan tanpa kebenaran melalui butiran keselamatan kad yang dipintas. Setiap transaksi tanpa sentuh disertakan dengan kod unik yang berubah dengan setiap pembelian, yang hanya boleh digunakan sekali sahaja dan ia dijana oleh cip yang terkandung di dalam kad tanpa sentuh yang asal bagi menghalang kad palsu dihasilkan dari butir-butir keselamatan kad dipintas. Page 6 of 7

5. Bolehkah seorang penipu mencuri kad saya dan menggunakannya untuk mengosongkan akaun bank saya? Perlindungan telah disedikan bagi mengurangkan risiko penggunaan kad tanpa sentuh yang hilang atau dicuri oleh seorang penipu. Terdapat had transaksi yang rendah sehingga RM250 dan bagi jumlah transaksi yang melebihi jumlah tersebut, urus niaga tidak akan dibenarkan tanpa pengesahan ahli kad PIN atau tandatangan yang telah disahkan. Anda mesti memaklumkan kepada kami dengan segera atau secepat yang mungkin berkenaan sebarang penggunaan kad yang tidak dibenarkan. *Hanya untuk kad kredit. **Hanya untuk Kad Debit AFFIN ISLAMIC. ***Hanya untuk kad dengan ciri tanpa sentuh. Page 7 of 7