Ucapan Prof. Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena HARI PENDAFTARAN PELAJAR KOLEJ PERMATA INSAN 2016

dokumen-dokumen yang mirip
TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Ucapan Aluan Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena Majlis Graduasi Program Pensijilan USIM-BIMB 2016

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

MAJLIS PELANCARAN PROJEK JEJAK KAMPUS Teks Ucapan

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Ucapan Sempena Majlis Penghargaan Kepada Mantan Naib Canselor Kedua Universiti Sains Islam Malaysia

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Yang Berbahagia, Encik Razli Ahmad, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR USIM SEMPENA MAJLIS PENGISYTIHARAN PELAN STRATEGIK USIM

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

[UNIT UPACARA & PROTOKOL

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TERTIB ACARA PENTADBIRAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PERKHEMAHAN BITARA STEM UKM-FELDA OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA 6 JUN 2014 (JUMAAT) JAM 9.

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan isteri.

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS MOTIVASI BERSAMA PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

UCAPAN YBRS. DR. REZAL KHAIRI AHMAD KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF NANOMALAYSIA SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KURSUS PENTERNAKAN LEBAH KELULUT

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

TEKS UCAPAN Y.BHG. REKTOR SEMPENA MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER II SESI 2005/2006 DAN SEMESTER I SESI 2006/2007

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

TEKS UCAPAN ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 22/2017

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PPIPT DAN PELANCARAN BUSINESS ON WHEEL UniMAP 8 FEBRUARI 2012

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PKG Yang Berhormat Dato Razali bin Ismail Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

UCAPAN ALUAN PROF. MADYA DR. ZAINAB HAMZAH PENGARAH UNIT MEDIA UniMAP SEMPENA MALAM MESRA MEDIA UniMAP JULAI 2011*HOTEL PUTRA PALACE*

DRAF TEKS UCAPAN ALUAN PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PELANCARAN JUBLI EMAS KE 50 TAHUN PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA PELAJAR PASCA SISWAZAH

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 1 UTeM

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 2 UTeM 2007

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP

Yang Dihormati, Datuk Tajuddin Mat Isa, Ketua Polis Kontinjen Perlis dan Yang Berbahagia Datin

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP EMYIS OKTOBER 2011

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP

Yang Berusaha Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Encik Afizal Abu Othman. Pegawai-pegawai Unit Sukan UniMAP, Pengadil-pengadil kejohanan,

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib

UCAPAN Y.BHG. PROF. DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SEMPENA MAJLIS SYARAHAN PERDANA 2016

Transkripsi:

Ucapan Prof. Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia Sempena HARI PENDAFTARAN PELAJAR KOLEJ PERMATA INSAN 2016 Kolej Permata Insan 10.30 Pagi 16 Januari 2016M (Sabtu) Terima kasih Saudara/i pengacara majlis Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli 1. Terlebih dahulu, marilah kita merafakan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-nya, kita semua diberi kesempatan berkumpul pada hari ini sempena Hari Pendaftaran Pelajar Kolej Permata Insan Tahun 2016. Terima kasih diucapkan kepada Kolej Permata Insan kerana sudi menjemput saya untuk memberikan sepatah dua kata pada hari ini. Saya mewakili pengurusan USIM ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar yang baharu serta ibu bapa ke Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kami berbesar hati dengan kehadiran anda semua dan semoga pertemuan ini mendapat rahmat dan mampu menyemai ukhwah di antara kita sesama Muslim. InshaAllah. 2. Seperti yang dimaklumi, Program PERMATA Insan merupakan kesinambungan dan perluasan daripada Program PERMATA yang dinaungi oleh isteri YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu, YABhg.

Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor. Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh YABhg Datin Seri Paduka Rosmah Mansor di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 12 Mac 2010. Pengambilan kumpulan pertama Pra-Kolej adalah pada tahun 2010 dan setelah mengikuti modul pembelajaran Permata Insan, mereka menjejakkan kaki ke Mini Universiti yang dikenali sebagai Kolej Permata Insan ini. Tahun lepas diperlihatkan bahawa seramai 49 orang pelajar Kolej Permata Insan USIM telah mendaftarkan diri di sini dan pada tahun ini, kita berjaya menghasilkan generasi kedua didikan pra-kolej seramai 65 orang. Alhamdulillah. Hadirin sekalian, 3. Mengimbau tarikh 17 Januari 2015, Kolej Permata Insan telah menyambut pendaftaran kumpulan pertama pelajar seramai 48 orang yang terdiri daripada 29 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan. Ini merupakan suatu detik bersejarah bagi USIM kerana buat julung kalinya USIM menerima barisan pelajar pintar cerdas yang telah mengikuti program Pra-Kolej Permata Insan sejak berusia 8 tahun lagi. Syukur kepada Allah SWT kerana pada hari ini, 16 Januari 2016, Kolej PERMATA Insan menerima kehadiran 65 orang pelajar baharu bagi pengambilan kedua sejak kolej ini beroperasi. Saya mewakili seluruh warga USIM mengucapkan selamat datang kepada semua dan tahniah diucapkan kepada para pelajar dan ibu bapa kerana telah berjaya melepasi setiap saringan pengambilan pelajar Kolej PERMATA Insan. Syabas diucapkan!! 4. Kita juga bersyukur kepada Allah SWT dengan usaha dan inisiatif kerajaan dengan pembinaan Kompleks Permata Insan di dalam

kampus USIM ini, yang dilengkapi pelbagai kemudahan infrastruktur terkini bagi tujuan program pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar-pelajar pintar cerdas dari seluruh negara. Walaupun Kompleks Permata Insan masih dalam fasa pembinaan, pihak pengurusan Kolej Permata Insan telah berjaya menyediakan penempatan dan kemudahan prasarana yang baik bagi pelajar sesi akademik 2015 dan memastikan pelaksanaan program akademik dan kokurikulum berjalan dengan lancar. Secara umumnya, fasa pembinaan Kolej Permata Insan masih lagi berterusan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung Februari 2016. Marilah bersama-sama kita doakan agar proses pembinaan ini berjalan dengan lancar supaya anak-anak kita dapat meneruskan sesi pembelajaran dengan tenang dan selesa. 5. Kurikulum Kolej Permata Insan USIM menggunakan sepenuhnya kurikulum Kolej PERMATA pintar UKM. Ia selaras dengan matlamat memperkasakan ilmu sains dan teknologi dalam kalangan pelajar program Permata Insan. Kolej Permata Insan USIM juga telah berjaya didaftarkan sebagai entiti Institusi Pengajian Bantuan Kerajaan (IPBK) di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada masa yang sama, para pelajar turut didedahkan dengan pendekatan integrasi ilmu Naqli dan Aqli sejajar dengan matlamat pendidikan dan bidang bitara USIM sendiri. Penekanan aspek integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam setiap kursus dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di sini juga, para pelajar turut mengikuti kursus tambahan iaitu Hafazan al-quran dan Pengajian As Sunnah. Sasaran yang ditetapkan adalah pelajar-pelajar Kolej PERMATA Insan akan menjadi hafiz dan hafizah dalam tempoh 3 tahun, di samping

memahami dan mengintegrasi pemahaman Al-Quran di dalam setiap subjek akademik yang dipelajari. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Kolej Permata Insan USIM menggunakan pendekatan Pembelajaran Abad 21 (21 st Century Learning). Para pelajar Permata Insan didedahkan dan dilatih menggunakan teknologi dalam pembelajaran seperti peranti ipad, Apple TV dan aplikasi pengajaran dan pembelajaran yang banyak tersedia di dalam sistem pengoperasian. Hadirin Sekalian, 6. Izinkan saya untuk mengimbau beberapa kejayaan dan pencapaian para pelajar kita sepanjang tahun 2015 yang lalu yang telah mengharumkan nama USIM dan Kolej PERMATA Insan itu sendiri. Para pelajar Kolej Permata Insan telah mengikuti program Apple Islamic Education Summit 2015 di Hotel Pullman, Putrajaya pada bulan Jun 2015 di mana para pelajar kita telah berkongsi pengalaman menggunakan perisian dan peralatan Apple dalam menterjemahkan isi pembelajaran dan pemahaman mereka dalam mata pelajaran yang diikuti. Pada Ogos 2015, mereka sekali lagi telah dijemput ke Wacana Perdana 2015 Institut Aminuddin Baki di Bandar Enstek untuk mempersembahkan Pembelajaran Abad 21 di hadapan 500 orang pengetua, Timbalan Pengetua, pemimpin sekolah rendah dan menengah, pensyarah dan pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sejarah turut melakarkan kejayaan para pelajar Kolej PERMATA Insan apabila telah berjaya merangkul satu pingat Emas, satu pingat Perak dan dua pingat Gangsa di World Creativity Festival Korea 2015. Para pelajar kita juga telah menyertai pertandingan Hafazan Al-Quran 8 th Annual

Quran Memorization Competition Crown of dignity di Saudi School Kuala Lumpur, begitu juga pertandingan Hafazan dan Tilawah Al- Quran yang dianjurkan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. 7. Di dalam konteks Islam, generasi muda merupakan pencorak peradaban bangsa pada masa depan. Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi berkata: Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dalam kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur. Tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku kelak. Justeru saya berharap agar pelajar-pelajar Permata Insan USIM mampu menjadi pemimpin Islam yang bukan sahaja hebat di dunia malah berjaya di akhirat. Terbang Sekawan Burung Tempua Gigih Berteman Salam Dihulur Hadirnya Tuan Dirai Semua Tanda Ingatan Jiwa Nan Luhur 8. Akhir kalam, saya mewakili pihak universiti sekali lagi merakamkan jutaan tahniah kepada seluruh pelajar dan ibu bapa yang telah berjaya terpilih untuk melanjutkan pengajian menengah di Kolej PERMATA Insan. Kami warga USIM berasa amat bertuah dengan

kehadiran warga baru kolej dan semoga kehadiran para pelajar sekalian akan menambahkan lagi seri di dalam kolej ini dan bersedia untuk mempelajari segenap perkara bagi melahirkan cendekiawan Islam terulung. Sekian, assalamualaikum wbt.