PINDAAN PERATURAN PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA

PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PERATURAN AM SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA SUKANUN Kejohanan ini dinamakan SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA atau SUKANUN.

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH ( LELAKI & WANITA )

PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA TAHUN 2017

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR. Karnival Sukan Siswa Universiti Kuala Lumpur (KSSU)

SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG 2012 PERATURAN PERTANDINGAN KARATE (LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

KEJOHANAN KARATE JEMPUTAN MASUM 2008 PERATURAN PERTANDINGAN KARATE (LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN AM. 1.2 Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Teknikal akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

[PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR] PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR

SUKAN JOHOR KOTA TINGGI 2017 PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH RECURVE DAN COMPOUND (LELAKI & WANITA)

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA PERATURAN AM

PERATURAN AM 1.0 PENGELOLAAN

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN ANTARA FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

PERATURAN AM SUKAN MASUM

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-VI 2014

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN HOKI (LELAKI & WANITA)

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON ( LELAKI DAN WANITA )

PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31 TAHUN 2017

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON KARNIVAL SUKAN, SIRKIT BADMINTON POLITEKNIK MALAYSIA & GRAND FINALE (LELAKI DAN WANITA)

SUKAN JOHOR 2017 PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA (LELAKI & WANITA)

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN PING PONG ( LELAKI DAN WANITA)

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BADMINTON

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TENIS ( LELAKI DAN WANITA)

KEJOHANAN BADMINTON MASISWA & IPT JEMPUTAN 2013 ANJURAN MAJLIS SUKAN IPTS MALAYSIA (MASISWA)

MAJLIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG MSSPP PERATURAN-PERATURAN AM

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT (LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN PETANQUE ( LELAKI DAN WANITA)

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

PERATURAN AM SUKAN ANTARA FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN PING PONG

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN SEPAKTAKRAW

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA (LELAKI & WANITA )

Pertandingan Badminton

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN PERTANDINGAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN

FUTSAL. 3. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan Antara Pasukan Universiti-Universiti Awam Malaysia dan Universiti Jemputan MASUM.

PERATURAN SEPAK TAKRAW (ANTARA REGU)

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH ALAM (SASSA) 2017

KEJOHANAN BOLA JARING ANTARA STAF UniMAP ( SUKAS ), 2018 BORANG PENDAFTARAN. Bil Nama Pemain No K/P No. Staf

/^-/ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 PERATURAN AM BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA SEPAK

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA Peraturan Sepaktakraw (Berpasukan)

PERATURAN AM & PERMAINAN KEJOHANAN SUKAN STAF POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 2017

UNDANG-UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN BOLA JARING

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 18TKB MSSPP

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

MSSPP. (Khas Untuk Pertandingan Jemputan Negeri)

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW ( LELAKI)

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

SEPAKTAKRAW BERPASUKAN. Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan adalah tertakluk kepada:

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN BOLING PADANG (LELAKI & WANITA)

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN 1 MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN RAGBI 15 S SUPER 8 IPT 2017

PERATURAN AM DAN PERMAINAN KEJOHANAN PING PONG IPT 2014

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MINI MSSPP

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2018

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM 2016 PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN TENPIN BOLING

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2017

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TEN PIN BOWLING (LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING PESUMA KE-31

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA TAMPAR CAMPURAN KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

RENANG. Kejohanan Renang ini akan dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Renang Malaysia

PERATURAN PERTANDINGAN SIRKIT KEBANGSAAN

Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Naib Canselor HEP dan Piala Pengarah Pembangunan Pelajar HEP

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH

PERATURAN PERTANDINGAN TARIK TALI PESUMA KE-30

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN KEBANGSAAN 18 TAHUN KE BAWAH 2017

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM 2014 PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

PERATURAN PERMAINAN TENPIN BOLING KEJOHANAN TENPIN BOLING (KARiSMA) PIALA NAIB CANSELOR (PELAJAR) UiTM 2016

KEJOHANAN RAGBI MSSM 2018

Transkripsi:

PINDAAN PERATURAN PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA 1. NAMA 1.1 Kejohanan ini dinamakan SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG 2012. 2. PENGELOLAAN 2.1 SUKAN MALAYSIA ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan Pertubuhan Sukan yang tertentu termasuk pihak swasta. 2.2 Bagi Maksud pengelolaan, Menteri Belia dan Sukan menubuhkan Majlis Sukan Malaysia sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab berkenaan dengan perkara-perkara dasar sementara Jawatankuasa Tertinggi bertanggungjawab bagi menyelaras penyertaan kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian, sebuah Jawatankuasa Khas Teknikal yang bertanggungjawab atas segala persediaan dan pengurusan teknikal semua sukan, sebuah Jawatankuasa Pengelola yang membuat perancangan dan mengelolakan semua program dan aktiviti SUKAN MALAYSIA dan seterusnya Jawankuasa-jawatankuasa Kecil dengan tugas-tugas khas yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pengelola. Majlis Sukan Negara Malaysia adalah Urus Setia SUKAN MALAYSIA di peringkat pusat dan bertanggungjawab memastikan segala dasar dan keputusan Majlis Sukan Malaysia dilaksanalan dengan kerjasama Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Pengelola serta Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan. 1/16

3. JENIS SUKAN BIL JENIS SUKAN KELAYAKAN UMUR TARIKH KELAHIRAN TARAF CATATAN 1 Akuatik (L/W) Wajib - Renang B-21 thn 1991 dan selepasnya - Terjun B-21 thn 1991 dan selepasnya 2 Angkat Berat (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 3 Badminton (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 4 Berbasikal (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 5 Bolasepak (L) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 6 Gimnastik Wajib - Gim. Artistik (L) 13-21 thn Lahir pada tahun 1991 1999 - Gim. Artistik(W) 12-21 thn Lahir pada tahun 1991 2000 - Gimrama (W) 12-18 thn Lahir pada tahun 1994 2000 7 Hoki (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 8 Karate (L/W) Wajib - Karate (Kumite) 18-21 thn Lahir pada tahun 1991 1994 - Karate (Kata) 16-21 thn Lahir pada tahun 1991 1996 9 Lawn Bowls (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 10 Memanah (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 11 Menembak (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 12 Olahraga (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 13 Pencak Silat (L/W) 17-21 thn Lahir pada tahun 1991 1 Jun 1995 Wajib 14 Perahu Layar (L/W) Wajib - Optimist B-15 thn 1997 dan selepasnya Mengikut Peraturan Sukan Antarabangsa - Laser Radial B-21 thn 1991 dan selepasnya - International 420 s B-21 thn 1991 dan selepasnya - Laser Standard B-21 thn 1991 dan selepasnya - Laser 4.7 B-17 thn 1995 dan selepasnya Mengikut Peraturan Sukan Antarabangsa - Windsurfing Bic Techno B-17 thn 1995 dan selepasnya Mengikut Peraturan Sukan Antarabangsa 15 Sepak Takraw (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 16 Skuasy (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 17 Taekwando 16-21 thn Lahir pada tahun 1991 1996 Wajib 18 Tenpin Boling (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 19 Wushu (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Wajib 2/16

20 Bola Tampar (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Pilihan 21 Ekuestrian (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Pilihan 22 Golf (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Pilihan 23 Petanque (L/W) B-21 thn 1991 dan selepasnya Pilihan 24 Tinju (L) 17-21 thn Lahir pada tahun 1991 1995 Pilihan * Semua keputusan ini hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dikecualikan kepada mana-mana jenis sukan. 4. PENYERTAAN 4.1 Hanya Warganegara Malaysia yang layak mewakili Malaysia mengikut peraturan penyertaan Badan Kawalan Sukan Antarabangsa sukan berkenaan sahaja yang layak menyertai SUKAN MALAYSIA kecuali dipersetujui oleh Majlis Sukan Malaysia sebagai peserta / pasukan jemputan. 4.2 SUKAN MALAYSIA terbuka kepada pasukan Negerinegeri dan kontinjen-kontinjen yang dipersetujui oleh Majlis Sukan Malaysia serta Negara Brunei Darussalam sebagai kontinjen jemputan. 4.3 Syarat umur atlet adalah seperti di Perkara 3. 4.4 Tiap-tiap jenis sukan atau disiplin yang ditetapkan hanya akan dipertandingkan apabila disertai oleh sekurang-kurangnya 8 kontinjen. 4.5 Setiap acara dalam satu jenis sukan tidak akan dipertandingkan jika disertai oleh kurang dari 8 kontinjen. Bagaimanapun bagi acara sukan yang mempunyai kategori atau kelas mengikut beratan penyertaan minima 6 negeri dibenarkan untuk dipertandingkan bagi 2 acara beratan yang tertinggi. 4.6 Atlet Kebangsaan yang telah layak atau pernah bertanding di Sukan Olimpik adalah tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam SUKAN MALAYSIA. Walau bagaimanapun, kecuali bagi sukan Tenpin Boling dan memanah, atlet-atlet yang pernah mewakili Negara ke Kejohanan Sukan Komanwel, Sukan Asia dan pemenang-pemenang pingat bagi Sukan SEA dibenarkan mengambil bahagian dalam SUKAN MALAYSIA tetapi akan dikenakan syarat-syarat tertentu iaitu seperti berikut:- 3/16

i. Bagi acara berpasukan seperti sukan hoki dan bolasepak, sesebuah pasukan tidak boleh mendaftarkan lebih daripada tiga (3) orang pemain kebangsaan. Ketiga-tiga pemain tersebut dibenarkan bermain dalam satu masa kecuali sukan Sepak Takraw. Bagi Sukan Sepak Takraw, hanya dua (2) pemain kebangsaan dibenarkan bermain dalam suatu masa. ii. Bagi acara individu, seseorang atlet tidak dibenarkan untuk menyertai lebih daripada dua (2) acara perseorangan dan dua (2) acara berpasukan/relay seperti bagi sukan olahraga dan renang. iii. Bagi sukan yang mempunyai acara perseorangan, beregu, beregu campuran dan berpasukan, seseorang pemain hanya dibenarkan mengambil dua (2) acara sahaja iaitu seperti sukan badminton, tenis dan ping pong. Seseorang pemain masih dianggap mengambil bahagian dalam satu (1) acara jika menyertai acara berpasukan walaupun bermain dalam perseorangan dan beregu. iv. Bagi sukan Tenpin Boling, atlet-atlet yang pernah mewakili negara ke kejohanan Sukan Komenwel, Sukan Asia, Sukan Sea, Semua kejohanan Tenpin Boling Sedunia (World Championships), Sukan Sedunia (World Games), Semua Kejohanan Tenpin Boling Asia (Asian Championships) dan Piala Sedunia Boling tidak layak dan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam SUKAN MALAYSIA. v. Bagi sukan memanah, atlet-atlet yang pernah mewakili negara di Sukan Komanwel, Sukan ASIA dan Sukan SEA tidak dibenarkan mengambil bahagian. 4.7 Tiap-tiap negeri atau kontinjen dikehendaki mengemukakan borang penyertaan mengikut jenis sukan kepada pihak pengelola tidak lewat daripada 30 April 2012. Borang penyertaan hendaklah disertakan dengan WANG CENGKERAM sebanyak RM 300.00 bagi tiap-tiap jenis sukan atau tiap-tiap pasukan. Penyertaan yang tidak disertakan dengan wang cengkeram adalah tidak sah dan tidak akan didaftarkan sebagai atlet. 4.8 Jawatankuasa Pengelola memaklumkan kepada semua kontinjen negeri jumlah bilangan pasukan, jenis sukan dan disiplin yang akan dipertandingkan secara terperinci setelah menyemak senarai pendaftaran selewat-lewatnya 15 Mei 2012. 4/16

4.9 Borang-borang penyertaan yang lengkap dengan nama atlet dan lain-lain maklumat yang diperlukan hendaklah dikemukakan oleh negeri atau kontinjen kepada pihak pengelola tidak lewat daripada 01 Jun 2012. Pertukaran atlet TIDAK dibenarkan dan TIDAK boleh dibuat selepas tarikh tersebut kecuali dipersetujui oleh Jawatankuasa Khas Teknikal atas sebab-sebab penggantian atlet yang cedera atau sakit atau sebab-sebab yang tertentu yang diputuskan sesuai oleh Jawatankuasa Khas Teknikal. Keputusan Jawatankuasa Khas Teknikal berkenaan pertukaran adalah muktamad. 5. BILANGAN PEGAWAI/PESERTA 5.1 Bilangan pegawai dan peserta mengikut jenis-jenis sukan ialah seperti berikut:- BIL SUKAN PENGURUS PASUKAN JURULATIH ATLET JUMLAH 1 2 4 5 8 3 Akuatik - Renang (L) 1 1 10 12 - Renang (W) - 1 10 11 - Terjun (L) 1 1 8 10 - Terjun (W) - 1 8 9 Angkat Berat (L) 1 2 18 21 Angkat Berat (W) - - 14 14 Badminton (L) 1 1 8 10 Badminton (W) - 1 8 9 Berbasikal (L) 1 2 (1 Mekanik) 14 17 Berbasikal (W) - 1 14 15 Bola Tampar (L) 1 1 12 14 Bola Tampar (W) - 1 12 13 6 Bolasepak (L) 1 2 18 21 7 Equestrian 2 3 14 19 Gimnastik - Gim. Artistik (L) 1 1 6 8 - Gim. Artistik (W) - 1 6 7 - Gimrama (W) 1 1 4 6 9 10 11 12 13 14 15 16 Golf (L) 1 1 4 6 Golf (W) - 1 3 4 Hoki (L) 1 1 18 20 Hoki (W) 1 1 18 20 Karate-Do (L) 1 1 10 12 Karate-Do (W) - 1 10 11 Lawn Bowls (L) 1 1 6 8 Lawn Bowls (W) - 1 6 7 Memanah (L) 1 2 8 11 Memanah (W) - 1 8 9 Menembak (L) 1 2 21 24 Menembak (W) - 2 15 17 Olahraga (L) 1 2 40 43 Olahraga (W) - 2 40 42 Pencak Silat (L) 1 2 21 24 Pencak Silat (W) - 1 16 17 5/16

17 18 19 Petanque(L) 1 1 7 9 Petanque (W) - 1 7 8 Perahu Layar - Optimist (L/W) 1 1 5 7 - Laser Radial (L/W) - 1 2 3 - International 420 s (L/W) - - 4 4 - Laser Standard (L) - - 1 1 - Laser 4.7 (L/W) - - 2 2 - Windsurfing Bic Techno - 1 2 3 Sepak Takraw (L) 1 2 15 18 Sepak Takraw (W) 1 2 12 15 20 Skuasy (L) 1 1 4 6 Skuasy (W) - 1 4 5 21 Taekwondo (L) 1 1 8 10 Taekwondo (W) - 1 8 9 22 Tinju (L) 1 2 9 12 23 Tenpin Boling (L) 1 1 6 8 Tenpin Boling (W) - 1 6 7 24 Wushu (L) 1 1 6 8 Wushu (W) - 1 6 7 Urus Setia Kontinjen 5 - - 5 Ketua Kontinjen 1 - - 1 JUMLAH KESELURUHAN 35 62 545 642 5.2 Bagi jenis sukan yang mempunyai acara lelaki dan wanita dan di mana kontinjen tidak menamakan jurulatih atau pengurus pasukan wanita, kontinjen berkenaan bolehlah mendaftarkan seorang Cheperon. Walau bagaimanapun segala perbelanjaan makan dan penginapan Cheperon berkenaan hendaklah ditanggung oleh negeri / kontinjen masing-masing. 5.3 Sekiranya pertandingan untuk satu jenis sukan diadakan di dua (2) atau lebih tempat yang berasingan, pasukan dibenarkan untuk membawa seorang jurulatih tambahan dan kedudukannya adalah setaraf dengan anggota rasmi kontinjen yang lain. 6. PENDAFTARAN 6.1 Tiap-tiap kontinjen bagi setiap jenis sukan hendaklah mendaftarkan nama-nama pegawai dan atlet masing-masing dengan Jawatankuasa Pengelola melalui Majlis Sukan Negeri tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkan dalam Perkara 4.9 di atas. 6.2 Setiap peserta yang didaftarkan untuk menyertai SUKAN MALAYSIA ini dikenakan bayaran RM 100.00 seorang dan pembayaran hendaklah dibuat semasa pendaftaran. 6/16

7. KAWALAN PERUBATAN 7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan/ Antarabangsa adalah dikehendaki menjalani ujian perubatan. Para peserta hendaklah mengemukakan Sijil atau Surat Pengakuan Doktor kepada Jawatankuasa Pertandingan. Pemeriksaan hendaklah dibuat di tempat masing-masing sebelum datang ke pertandingan. 7.2 Ujian doping akan dijalankan secara rambang ke atas atlet setiap kali SUKAN MALAYSIA dikelolakan. 7.3 Jika seseorang peserta itu mewakili pasukan/ mengambil bahagian dalam acara individu dan didapati positif ujian doping, pasukan / penyertaan individu tersebut dengan sendirinya akan terbatal. Sekiranya pasukan / individu yang dibatalkan turut memenangi pingat, kemenangan tersebut akan juga turut terbatal dan pingatpingat yang dimenangi akan ditarik balik. Pingat-pingat dan mata akan dianugerahkan kepada peserta-peserta terbaik berikutnya. 8. KAWALAN KEWANITAAN 8.1 Semua peserta wanita jika diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan maka hendaklah disahkan kewanitaan mereka oleh Doktor Perubatan masing-masing di Borang Penyertaan mereka. 9. PERATURAN TEKNIK/CORAK PERTANDINGAN 9.1 Majlis Sukan Negara Malaysia melalui perundingan dengan Persatuan Sukan Kebangsaan berkenaan akan menetapkan corak pertandingan bagi tiap-tiap jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam SUKAN MALAYSIA ini. 9.2 Semua jenis sukan / acara akan dikelolakan selaras dengan Peraturan Badan Kawalan Sukan Antarabangsa yang berkenaan. Jika terdapat percanggahan dari segi pentafsiran, maka pengertian sahih akan dirujuk kepada peraturan dalam Bahasa Inggeris. 9.3 Semua pertandingan bagi tiap-tiap jenis sukan hendaklah selesai dipertandingkan mengikut tempoh SUKAN MALAYSIA seperti yang ditetapkan Perkara 10.1 atau pada tempoh yang dipersetujui oleh pihak Jawatankuasa Pengelola. 7/16

9.4 Penetapan bilangan kumpulan bagi tiap-tiap jenis sukan akan dibuat mengikut amalan Persatuan Sukan Kebangsaan atau Badan Kawalan Sukan Antarabangsa masing-masing dan adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Khas Teknikal SUKAN MALAYSIA. Keputusan Jawatankuasa Khas Teknikal SUKAN MALAYSIA dalam ini adalah muktamad. 9.5 Bagi jenis sukan yang mengandungi acara berpasukan dan perseorangan, hanya dua (2) orang pemain terbaik sahaja didaftarkan mengambil bahagian dalam pertandingan perseorangan. Walau bagaimanapun bagi jenis sukan-sukan yang tertentu yang mengambilkira kombinasi mata/skor individu bagi menentu kedudukan pasukan, bilangan pemain boleh didaftarkan mengikut jumlah yang ditetapkan di dalam peraturan pertandingan sukan masingmasing dan adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Khas Teknikal SUKAN MALAYSIA. Keputusan Jawatankuasa Khas Teknikal SUKAN MALAYSIA dalam ini adalah muktamad. 9.6 Corak pertandingan untuk setiap jenis sukan adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Khas Teknikal SUKAN MALAYSIA dan keputusannya adalah muktamad. 10. TEMPOH PENGELOLAAN/JADUAL PERLAWANAN 10.1 SUKAN MALAYSIA XV akan diadakan pada 07 Julai 2012 hingga 16 Julai 2012. Tempoh rasmi pengelolaan untuk SUKAN MALAYSIA XV ialah 10 hari. Walau bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu Jawatankuasa Pengelola boleh memulakan pertandingan bagi jenis-jenis sukan tertentu beberapa hari sebelum hari perasmian SUKAN MALAYSIA. 10.2 Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 11. PENANGGUHAN 11.1 Tarikh, masa, tempat perlawanan dan corak pertandingan setiap sukan yang telah ditetapkan / jadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. 11.2 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah jadual sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta merta. 8/16

11.3 Bagi perlawanan yang ditangguhkan menurut Perkara 11.2 di atas, Jawatankuasa Teknikal bagi sukan berkenaan hendaklah menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu dan hendaklah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Khas Teknikal SUKAN MALAYSIA atau Jawatankuasa Pengelola SUKAN MALAYSIA. Keputusan Jawatankuasa Khas Teknikal SUKAN MALAYSIA atau Jawatankuasa Pengelola SUKAN MALAYSIA dalam ini adalah muktamad. 12. KEMUDAHAN 12.1 Jawatankuasa Pengelola akan bertanggungjawab untuk menyediakan semua kemudahan yang berkaitan dengan pelaksanaan SUKAN MALAYSIA seperti penginapan, makan minum, peralatan pertandingan dan pengangkutan. 12.2 Pakaian seragam dan peralatan peserta seperti jersi, kasut, reket, basikal dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab kontinjen masing-masing. 12.3 Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengemukakan senarai kemudahan / tempat pertandingan dan senarai peralatan sukan yang akan digunakan untuk tujuan pertandingan kepada Majlis Sukan Negara untuk mendapat pengesahan daripada Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing. 13. INSURAN DAN GANTIRUGI 13.1 Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Sukan Malaysia, Jawatankuasa Tertinggi, Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dan pegawai-pegawai yang dilantik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana peserta dan pegawai semasa SUKAN MALAYSIA ini berlangsung termasuk ketika dalam perjalanan dari rumah / tempat pertandingan / rumah. 13.2 Setiap Majlis Sukan Negeri dan Kontinjen diwajibkan untuk mendapat dan menanggung kos serta perbelanjaan insuran bersesuaian bagi setiap atlet dan pegawai kontinjen masing-masing. 14. PENGURUS PERTANDINGAN DAN DELEGAT TEKNIKAL 14.1 Persatuan Sukan Kebangsaan bagi tiap-tiap jenis sukan yang dipertandingkan hendaklah melantik dengan rasminya seorang Pengurus Pertandingan 9/16

daripada Persatuan Sukan Negeri setelah berbincang dengan negeri yang menjadi tuan rumah. Pengurus Pertandingan adalah bertanggungjawab untuk menentukan segala persiapan teknikal dan pertandingan disedia dan dilaksanakan mengikut Peraturan Tetap dan Peraturan Am serta panduan-panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing dengan kerjasama Jawatankuasa Pengelola. 14.2 Majlis Sukan Negara Malaysia akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-delegat Teknikal dan Pegawai-pegawai Teknikal setelah berunding dengan Persatuan Sukan Kebangsaan bagi tiap-tiap jenis sukan. Tanggungjawab Ketua Delegat Teknikal ialah seperti berikut :- i) Mencadangkan kepada Majlis Sukan Negara pegawai-pegawai teknikal dan pengadil / hakim bertauliah yang akan bertugas sepanjang kejohanan berlangsung. ii) Melawat dan mengesahkan tempat-tempat pertandingan supaya sesuai digunakan untuk Pertandingan SUKAN MALAYSIA. iii) Menyemak dan mengesahkan jadual-jadual pertandingan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola setelah berbincang dengan Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing. iv) Menentukan semua pertandingan dijalankan mengikut peraturan / jadual pertandingan yang telah ditetapkan. v) Menentukan giliran tugasan pegawai-pegawai teknikal seperti pengadil / hakim yang dilantik di bawah para 14.2 (i). 14.3 Ketua Delegat Teknikal hendaklah mengemukakan laporan bersama-sama dengan laporan pengadil atau hakim mengenai semua aduan dan rayuan yang dibuat dan diputus semasa SUKAN MALAYSIA dan juga atlet atau pegawai pasukan yang telah digantung daripada menyertai satu atau kesemua pertandingan bagi sukan berkenaan semasa SUKAN MALAYSIA dijalankan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing untuk tindakan selanjutnya. 15. JURI TEKNIKAL SUKAN DAN JURI RAYUAN TERTINGGI. 15.1 Setiap Persatuan Sukan Kebangsaan yang terlibat, setelah berunding dengan Majlis Sukan Negara 10/16

Malaysia hendaklah menubuhkan sebuah Juri Teknikal Sukan dan menamakan Juri Teknikal tersebut bagi tiap-tiap jenis sukan yang dipertandingkan untuk mengambil tindakan dan membuat keputusan terhadap semua aduan, bantahan atau rayuan yang dibuat semasa SUKAN MALAYSIA berlangsung. 15.2 Juri Teknikal Sukan mesti dipengerusikan oleh Ketua Delegat Sukan berkenaan dan tidak kurang dari 3 orang ahli dan tidak lebih 5 orang ahli panel lain. Juri Teknikal Sukan berkenaan mesti berunding dan membuat keputusan mengenai semua aduan, bantahan atau rayuan dibuat dalam tempoh tidak lewat dari 2 jam dari masa surat bertulis berkenaan diterima oleh Ketua Delegat Teknikal. 15.3 Mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan keputusan Juri Teknikal Sukan berkenaan boleh membuat rayuan kepada Juri Rayuan Tertinggi yang ditubuh dalam Perkara 15.4 dibawah ini. 15.4 Semasa SUKAN MALAYSIA berlangsung, tugas-tugas Majlis Sukan Malaysia akan dilaksanakan oleh sebuah Juri Rayuan Tertinggi yang dilantik oleh YB Menteri Belia dan Sukan. Anggota-anggota Juri Rayuan Tertinggi terdiri daripada tidak kurang daripada 5 orang dan tidak lebih dari 7 orang ahli seperti berikut:- Pengerusi - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Ahli-ahli - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola - Ketua Pegawai Operasi - Dua (2) orang Pengarah Majlis Sukan Negeri - Tidak lebih daripada dua (2) orang yang difikirkan sesuai oleh Pengerusi. 15.5 Juri Rayuan Tertinggi akan membuat keputusan muktamad berkenaan dengan semua aduan, bantahan atau rayuan dan perkara lain berhubung dengan pengelolaan SUKAN MALAYSIA dalam tempoh 24 jam dari masa selepas diterima surat bertulis berkenaan. Pengarah Majlis Sukan Negeri atau Ketua Kontinjen atau wakilnya boleh mengemukan soalan-soalan kepada juri-juri ini. Selain daripada itu, Juri Rayuan Tertinggi ini juga boleh membuat keputusan dalam semua perkara, termasuk hal-hal teknikal yang dianggap sesuai oleh juri ini. 11/16

16. RAYUAN/BANTAHAN 16.1 Sebarang aduan, bantahan, rayuan atau soalan mengenai sesuatu perkara samada kepada Juri Teknikal Sukan atau Juri Rayuan Tertinggi mesti dibuat oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri atau Ketua Kontinjen secara bertulis dan ditanda tangan dengan cop Majlis Sukan Negeri berkenaan kepada Juri Teknikal Sukan atau Juri Rayuan Tertinggi dengan disertakan wang tunai sebanyak RM 200.00 sebagai wang pendahuluan kecuali sukan Menembak. 16.2 Setiap aduan, bantahan atau rayuan kepada juri Teknikal Sukan mesti dibuat dalam tempoh tidak lebih dari 2 jam selepas tamat sesuatu perlawanan. 16.3 Setiap aduan, bantahan, rayuan atau perkara lain kepada Juri Rayuan Tertinggi mesti dibuat dalam tempoh tidak lebih daripada 4 jam selepas keputusan Juri Teknikal Sukan diterima oleh kontinjen berkenaan. 16.4 Sekiranya aduan bantahan atau rayuan itu munasabah dan diterima oleh Juri Teknikal Sukan atau Juri Rayuan Tertinggi, maka wang pertaruhan itu akan dikembalikan dan satu keputusan bersesuaian akan dibuat berhubung dengan aduan, bantahan atau rayuan itu. 16.5 Wang pertaruhan itu akan lucut hak dan menjadi pendapatan kepada SUKAN MALAYSIA sekiranya aduan, bantahan atau rayuan itu didapati tidak munasabah atau ditolak. 16.6 Juri Teknikal Sukan dan Juri Rayuan Tertinggi berhak untuk memanggil mana-mana individu yang difikirkan sesuai dan dapat membantu untuk memberi maklumat atau keterangan berkaitan. 17. DISIPLIN 17.1 Setiap Persatuan Sukan Kebangsaan yang terlibat mesti menubuhkan sebuah Jawatankuasa Disiplin bagi mengendalikan kes-kes disiplin di kalangan pegawai dan atlet semasa SUKAN MALAYSIA berlangsung. 17.2 Di samping itu, Majlis Sukan Malaysia akan melantik sebuah Lembaga Disiplin bagi mengendalikan segala kes disiplin dan salahlaku yang membabitkan para pegawai serta atlet yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Persatuan Sukan Kebangsaan masingmasing. Lembaga ini juga bertanggungjawab terhadap disiplin semua pegawai kontinjen 12/16

(termasuk pegawai tambahan) yang berdaftar dengan Urus Setia SUKAN MALAYSIA. Keahlian Lembaga Disiplin adalah seperti berikut :- Pengerusi Ahli-ahli - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara - 5 orang Ketua Kontinjen atau wakilnya - Seorang wakil daripada persatuan yang terlibat 17.3 Pihak Lembaga Disiplin berhak untuk memanggil mana-mana individu yang difikirkan sesuai dan dapat membantu memberikan maklumat atau keterangan yang berkaitan. 18. HADIAH-HADIAH 18.1 Hadiah-hadiah untuk SUKAN MALAYSIA akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola seperti berikut:- 18.2 Pingat-pingat emas, perak dan gangsa untuk pemenang-pemenang pertama, kedua dan ketiga. Butir-butir lengkap adalah seperti di dalam Para 16.3 Peraturan Tetap SUKAN MALAYSIA. 19. KEWANGAN 19.1 Kewangan SUKAN MALAYSIA XV kecuali perbelanjaan yang ditanggung oleh Majlis Sukan Negara Malaysia akan ditadbir oleh Jawatankuasa Pengelola. Penyata akaun hendaklah disiapkan tidak lewat daripada 6 bulan selepas tarikh akhir sukan tersebut untuk diperiksa dan diluluskan oleh Majlis Sukan Malaysia. 20. TAMBANG 20.1 Setiap Majlis Sukan Negeri yang terlibat bertanggungjawab menanggung semua kos tambang pegawai / atlet masing-masing. Bagaimanapun, Majlis Sukan Negara Malaysia akan memberikan subsidi tambang penerbangan peserta / pegawai kontinjen negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan sebanyak 50% daripada kos sebenar. 21. PERKARA AM 21.1 Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Tetap berkuasa mengambil sesuatu keputusan kepada sebarang perkara yang berbangkit yang tidak tercatat dalam Peraturan Am. 21.2 Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Tetap adalah muktamad. 13/16

21.3 Sebarang keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan bagi setiap jenis sukan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah asalkan ia tidak bercanggah dengan Peraturan Tetap dan Peraturan Am SUKAN MALAYSIA serta keputusan Majlis Sukan Malaysia. 21.4 Segala bantahan mengenai kelayakan atau kesahihan status atlet tidak boleh dibuat oleh manamana pihak setelah diterima dan disahkan oleh Jawatankuasa Tetap ataupun selepas diputuskan di dalam Mesyuarat Terakhir Jawatankuasa Khas Teknikal dan keputusan tersebut adalah muktamad. Pendaftaran atlet semasa tarikh akhir pendaftaran seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan Am Perkara 4.9 akan menjadi penentu kepada negeri yang akan diwakili seseorang atlet sekiranya tidak didaftarkan oleh mana-mana kontinjen lain. 21.5 Mana-mana negeri atau kontinjen yang tidak mendaftarkan seseorang atlet berkenaan adalah dianggap bahawa kontinjen atau negeri tersebut telah dengan muktamadnya melepaskan atlet tersebut dari perwakilan negeri atau kontinjen tersebut. Atlet tersebut adalah dianggap bebas untuk mewakili negeri atau kontinjen lain tertakluk kepada Peraturan Tetap, Peraturan Am dan Peraturan Pertandingan SUKAN MALAYSIA. 21.6 Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan berkenaan tidak boleh membangkitkan atau memutuskan mengenai kelayakan atau kesahihan status atlet. 21.7 Wang Cengkeram tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan yang telah didaftarkan terlebih dahulu menarik diri dari mengambil bahagian. 21.8 Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlak memeriksa kelayakan atlet-atlet yang didaftarkan pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat atlet yang tidak layak menyertai sukan berkenaan, seperti yang tercatat di dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Pertandingan sukan berkenaan tindakan berikut akan diambil:- i. Pembatalan dari sukan itu. Jika atlet itu mewakili pasukan, pasukan itu akan dibatalkan dan jika atlet itu mengambil bahagian di dalam acara individu, penyertaan beliau akan dibatalkan. Jika pasukan / individu yang dibatalkan memenangi pingat, kemenangan tersebut akan dibatalkan. ii. Pembatalan menurut Perkara 21.8 (i) di atas akan menyebabkan segala perbelanjaan pasukan / individu ditarik balik dengan serta merta dan 14/16

jika perbelanjaan telah dikenakan kepada pasukan / individu itu, Majlis Sukan berkenaan dikehendaki membuat pembayaran balik jumlah tersebut kepada Jawatankuasa Pengelola. 21.9 Atlet-atlet yang berkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana kontinjen / negeri kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Sukan PDRM. Manakala bagi atlet-atlet yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah tertakluk kepada pekeliling Majlis Sukan Angkatan Tentera dimana anggota tetap hendaklah mewakili negeri tempat bertugas dan anggota kerahan mewakili negeri asal mereka. 21.10 Bagi kontinjen negeri yang ingin mendaftarkan pelajar-pelajar Sekolah Sukan, kontinjen-kontinjen negeri berkenaan perlulah memohon dari pihak pentadbiran Sekolah Sukan berkenaan tidak lewat dari empat (4) bulan sebelum SUKAN MALAYSIA berlangsung. Sebuah Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengetua kedua-dua buah Sekolah Sukan serta wakil daripada Majlis Sukan Negara akan membuat ketetapan mengenai penyertaan atletatlet ini berdasarkan kepada beberapa aspek seperti negeri asal, bantuan yang diberikan oleh negeri berkenaan dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan kemajuan atlet berkenaan. 21.11 Atlet-atlet yang hendak mewakili negeri lain dikenakan syarat bermastautin sekurang-kurangnya dua (2) tahun sebelum layak mewakili negeri berkenaan. Dua (2) tahun di sini bermakna ialah satu tempoh di antara satu SUKAN MALAYSIA ke SUKAN MALAYSIA selepasnya dan bukannya berdasarkan kepada dua (2) tahun genap mengikut kalendar. Atlet-atlet yang ingin mewakili negeri lain disebabkan perpindahan ibu bapa, perpindahan tempat kerja atas arahan majikan ataupun mendapat tawaran kerja (perlu mengemukakan dokumen sokongan) dikenakan syarat bermastautin sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum layak mewakili negeri berkenaan. Taraf bermastautin adalah berdasarkan kepada perwakilan atlet-atlet menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan, Persatuan Sukan Negeri masing-masing ataupun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. 21.12 Tertakluk kepada perkara 21.5 di atas, sekiranya ada mana-mana negeri ingin menggunakan khidmat atlet dari negeri lain yang telah didaftarkan oleh sesuatu negeri atau kontinjen, Pengarah Majlis Sukan Negeri tersebut perlu memohon pelepasan daripada Pengarah Majlis Sukan Negeri asal atlet terbabit yang telah mendaftarkannya. Sekiranya 15/16

permohonan diluluskan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri, atlet tersebut bolehlah mewakili negeri berkenaan. Syarat-syarat dan peraturan yang lain berhubung dengan kelayakan atlet tidak terpakai dalam konteks ini. 21.13 Semua Persatuan Sukan Kebangsaan yang sukannya dipertandingkan di SUKAN MALAYSIA dikehendaki menandatangani surat akujanji untuk bekerjasama mengelola serta memastikan mereka bertanggungjawab untuk menubuhkan atau memajukan persatuan di peringkat negeri yang menjadi tuan rumah. Bagi 19 jenis sukan wajib, surat akujanji ini mengkehendaki Persatuan Sukan Kebangsaan terus mempopularkan kegiatan sukan masing-masing di negeri-negeri seluruh Malaysia pada masa yang akan datang. Sekiranya setelah tiga kali temasya (6 tahun) tidak ada kemajuan yang ditunjukkan oleh sukan berkenaan, maka acara tersebut akan digugurkan dari SUKAN MALAYSIA. PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XV 2012 260711-syuk 16/16