TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS BERBUKA PUASA RTM 19 JUN 2017 (Salutasi akan dikemaskini pada hari acara) Pertama tama sekali marilah kita mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana tahun ini kita dapat bertemu sekali lagi di bulan Ramadan Al-Mubarak untuk kita berada dalam majlis ini untuk bersama sama berbuka puasa. Dikesempatan ini, di bulan Ramadhan yang mulia, saya ingin mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Berpuasa kepada tuan-tuan dan puan-puan. Bulan Ramadan merupakan bulan yang amat ditunggu-tunggu bukan sahaja kerana keberkatan di dalamnya, malah merupakan bulan yang mana umat Islam berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah dan perbuatan baik. Dalam masa beberapa hari lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.semoga kita semua 1
dapat meraih keberkatan taufik dan hidayah darinya, InsyaAllah. Alhamdulillah dengan keizinan dari Allah SWT, untuk kesekian kalinya dapat kita berjumpa sekali lagi tahun ini untuk kali yang KEENAM. Terima kasih juga kepada Bahagian Komunikasi Korporat, ANGKASA kerana mengatur Majlis Berbuka Puasa Bersama warga RTM pada petang ini. Saya ingin mencucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga kerja Pusat Berita RTM kerana sudi meluangkan masa berbuka puasa dengan pihak ANGKASA. Tuan-tuan dan Puan - puan, Saya bersyukur kerana Pihak media RTM sentiasa prihatin terhadap programprogram yang dianjurkan oleh ANGKASA. Besar harapan saya supaya usaha ANGKASA mendapat sokongan Tuan tuan dan Puan - puan kerana kita tahu sektor koperasi merupakan satu platform yang sangat menjaga kebajikan ahlinya dari segi ekonomi dan sosialnya. 2
Pihak media RTM sentiasa memenuhi undangan daripada ANGKASA terutamanya dalam membuat liputan yang melibatkan aktiviti-aktiviti utama gerakan Koperasi. Sehubungan itu, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak media RTM di atas kesungguhan dan kerjasama erat dalam membantu ANGKASA mengetengahkan produk dan perkhidmatan ANGKASA kepada gerakan Koperasi dan masyarakat melalui media cetak mahupun media elektronik. Tuan tuan dan Puan puan, Pada tahun ini, MALAYSIA diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah International Cooperative Alliance (ICA) Global Conference and General Assembly atau ICAKL 2017 yang akan diadakan pada 14-17 November 2017 di Sunway Resort Hotel & Spa. Ini adalah program dwi-tahunan anjuran ICA dengan kerjasama koperasi ahli ICA, iaitu ANGKASA untuk penganjuran di Kuala Lumpur. 3
ANGKASA turut menganjurkan Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) bermula dari 17 hingga 19 November sempena program ICAKL 2017 ini. Pelbagai promosi dan program sedang dan akan diadakan sempena dengan ICAKL 2017 dan ANGKASA amat mengalualukan kerjasama daripada RTM untuk mempromosikan dan memberi maklumat kepada Gerakan Koperasi dan masyarakat mengenai program antarabangsa ini. Ini merupakan bukti kesungguhan ANGKASA dalam memartabatkan gerakan koperasi di negara ini dan saya berharap usaha ini dapat disebarluas kepada umum tentang betapa sektor koperasi telah berkembang secara dinamik selari dengan peredaran zaman. Saya beserta barisan pengurusan ANGKASA amatlah berharap agar ukhuwah dan kolaborasi yang terjalin di antara ANGKASA dan ANGKASAPURI ini akan bertambah erat dan mesra. 4
Marilah kita bersama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim yang telah sedia terjalin selama ini. Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak RTM yang telah bersama-sama dengan ANGKASA selama ini dalam menyebarkan peranan dan tanggungjawabnya Selamat berbuka puasa kepada semua dan dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada semua warga kerja RTM. Berhati hati semasa pulang ke kampung halaman masing masing dan sambutlah hari raya dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta. Sekian Terima kasih. 5