12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

LALUAN KEHIDUPAN

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Mengenai Buku Ini

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Kedudukan Tauhid Bagi Seorang Muslim

??????????????????????????????????:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.


Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

Hukum orang yang memanfaatkan Islam untuk kepentingan pribadi

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Fadhilat Berbaik Sangka

DOA IBUBAPA PADA ANAK

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

Kewajiban Menunaikan Amanah


Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

BIMBINGAN TAUHID UNTUK PEMULA DAN ANAK-ANAK

DAFTAR TERJEMAH. No Hal Kutipan Bab Terjemah

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2


Bab 4 Belajar Mendirikan Shalat Berlatih Akhlak Mulia Membangun Kesejahteraan Umat

DAFTAR TERJEMAH No Halaman BAB Terjemah

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

Kewajiban berdakwah. Dalil Kewajiban Dakwah

RUKUN AGAMA (PERTAMA/2017/FEB/001)

Diterjemahkan oleh : Abu Sa id Neno Triyono א א א.

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Berhati-Hati Dalam Menjawab Permasalahan Agama

Kedudukan Tauhid Dalam Kehidupan Seorang Muslim

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Standar Kompetensi : 3. Membiasakan perilaku terpuji.

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah

Bab 2 LANDASAN ETIKA DALAM ISLAM

Beribadah Kepada Allah Dengan Mentauhidkannya

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

GãMñ I RšZ GlZG ƒi' (6) GâƒMÃIºƒG M±H MšZ GlQ IN³š GœI M OZ

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG

BAB I PENDAHULUAN. Allah adalah Maha Pencipta makhluk (al-khaliq). Allah menciptakan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pendidikan Agama Islam

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

2 SULIT 5226/1 Bahagian A [20 markah]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

TUGAS KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH & UMMAT NABI. Tugas sebagai hamba ialah beribadah. QS 51. Adzariyat 56:

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Perintah Pertama di Dalam Alquran

DOA WIRID YANG TERMUAT DALAM AL QUR AN

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

BAB IV DASAR PERTIMBANGAN MAHKAMAH AGUNG TERHADAP PUTUSAN WARIS BEDA AGAMA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Hidayah Adalah Karunia Ilahi

Pendidikan Agama Islam

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci

Transkripsi:

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN 12.11 MUQADDIMAH Apabila seseorang itu telah bersyahadah, maka ia telah membuat pengakuan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan RasulNya dengan melaksanakan segala tuntutan syahadah tersebut dan salah satu daripada tuntutan tersebut ialah untuk menyeru dan mengajak manusia kepada jalan Allah atau dengan kata lain menyampaikan dakwah islamiyah. Firman Allah SWT mafhumnya : Orang orang yang menyampaikan risalah Allah, mereka takut kepadanya dan mereka tiada takut kepada seseorang pun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan [ Al ahzab : 39] 12.12 PENGERTIAN DAKWAH Dari segi Bahasa: Dakwah adalah kalimah Arab yang merupakan masdar (kata benda), berasal dari perkataan da a, yad u, da watan yang memberi maksud seruan, panggilan atau undangan. Firman Allah SWT maksudnya: Dan apabila hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawaplah) bahawasanya Aku adalah dekat,aku menjawap seruan hambaku yang menyeru (berdoa) apabila ia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah )Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaku, agar mereka sentiasa berada di dalam kebenaran [Al baqarah : 186 ] Dari segi Syara : Dakwah memberi maksud menyeru atau mengajak manusia untuk melakukan kebaikan dan menuruti petunjuk, menyuruh berbuat kebajikan dan melarang perbuatan munkar yang dibenci oleh Allah SWT dan RasulNya agar manusia

mendapat kebahagiaan dan keredhaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah yang bermaksud : Dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma ruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah orang orang yang beruntung [Ali imran : 104] Dan firmannya lagi : Katakanlah : inilah jalan (agama)ku, aku dan orang orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk golongan orang yang syirik [Yusuf : 108] Dakwah juga sering dikaitkan dengan "Ilmu" dan "Islam", sehingga menjadi "Ilmu Dakwah" dan Ilmu Islam" atau Ad-da'wah Al-islamiyah. Yang dimaksudkan dengan ilmu dakwah adalah suatu ilmu yang mengandungi caracara dan tuntutan untuk menarik perhatian orang lain supaya menganut, mengikuti, dan menyetujui atau melaksanakan suatu ideologi, agama, pendapat atau pekerjaan tertentu. Orang yang menyampaikan dakwah adalah da'i dan orang yang menjadi sasaran dakwah disebut sebagai mad'u. Menurut Ibnu Taimiyyah antara tugas dakwah adalah untuk menyuruh melakukan yang ma'ruf dan mencegah daripada yang munkar. Manakala Syaikh Ali Mahfudz pula menjelaskan bahawa dakwah itu adalah membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat ma ruf dan mencegah dari perbuatn yang munkar, supaya mereka beroleh keuntungan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. 12.13 TUNTUTAN DAN KEPENTINGAN DAKWAH Bila di tanya tentang siapakah pendakwah? seringkali persoalan ini akan menimbulkan perselisihan faham dikalangan masyarakat masa kini, Apabila disebut sahaja tentang dakwah, yang hanya terbayang pada fikiran kita, itu adalah tugas tugas orang yang berkopiah, berjubah atau bertudung litup. Realitinya samada kita sedar

ataupun tidak itulah jawapan yang sering digambarkan oleh masyarakat kini terhadap golongan pendakwah. Secara asasnya dakwah ini adalah tugas utama para nabi yang menjadi utusan Allah untuk menyeru seluruh ummat manusia supaya beriman kepada Allah SWT, sebagaimana firmannya : Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan di setiap golongan kamu seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka) : hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut... [An nahl : 36] Perlu diingatkan kepada ummat Islam pada masa ini, bahawa Rasulullah SAW adalah rasul yang terakhir yang diutuskan kepada ummat manusia, dan kewafatan Baginda mewariskan satu amanat yang besar yang perlu dilaksanakan, amanat tersebut adalah menyebarluaskan agama Allah keseluruh pelusuk dunia iaitu berdakwah ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT, firman Allah yang bermaksud : Katakanlah : inilah jalan (agama)ku, aku dan orang orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang orang yang syirik. [Yusuf : 108] Menurut Dr.Abdul Karim Zaidan di dalam sebuah kitabnya Usul Dakwah, Kesemua ayat Al quran yang mengandungi suruhan atau tuntutan untuk berdakwah turut ditujukan kepada seluruh ummat Islam, kerana pada dasarnya setiap perintah yang ditujukan kepada Nabi SAW adalah merangkumi ummatnya sekali, melainkan terdapat pengecualian yang khusus di dalam ayat ayat tersebut. Ini bermakna Allah SWT memberi satu keistimewaan dan penghormatan yang tinggi kepada ummat Islam untuk terus berkongsi menyambung perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Dan hal ini dikuatkan lagi dengan Firmanullah :

Kamu (wahai ummat muhammad) adalah sebaik baik ummat yang dilahirkan bagi (faedah) ummat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala yang baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji) [Ali imran : 110] Maka jelaslah bahawa, setiap orang Islam itu wajib melaksanakan dakwah tak kira lelaki mahupun perempuan, dan tugas ini tidak dikhususkan kepada golongan alim ulama semata mata ataupun golongan yang mempelajari ilmu agama seperti ustaz ataupun ustazah. Kerana ini adalah tugas setiap ummat Islam itu sendiri. Namun demikian tugas dakwah itu bergantung kepada kemampuan dan kebijaksanaan kita serta boleh dilakukan dengan pelbagai cara, bagi mereka yang mempunyai kuasa mungkin mempunyai lebih kemampuan untuk berdakwah. Manakala bagi orang biasa bolehlah dilakukan mengikut kemampuan dan kebolehannya. Oleh sebab itu Allah SWT memberi amaran yang keras khusus kepada golongan yang berilmu agama dan mengingatkan mereka supaya tidak menyembunyikan sesuatu yang mereka ketahui, Firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan daripada keterangan keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya didalam kitab suci, maka mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekelian makhluk. Kecuali orang orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amalan buruk mereka), serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan) maka orang orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Tuhan yang Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani [Al baqarah 159-160] Justeru itu, Allah mewajibkan orang orang yang berilmu agar menyampaikan ajaran Islam yang mereka tahu kepada orang ramai, untuk memastikan keutuhan ummah Islam itu sendiri dan ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya bermaksud :

Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar benar didalam kerugian, kecuali orang orang yang beriman dan mengerjalkan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati dengan kebenaran [Al a sr : 1-3] Dakwah juga perlu dilaksanakan supaya semua manusia terselamat daripada melakukan perkara perkara yang di murkai Allah,Firman Allah SWT maksudnya : Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang orang yang zalim sahaja diantara kamu, Dan ketauhilah bahawa Allah amat keras siksaannya [Al anfal : 25] Sesiapa sahaja yang mengetahui serba sedikit tentang Islam bermakna ia mengetahui sesuatu dan perlu disampaikan kepada orang yang belum mengetahuinya,sebagaimana Sabda Nabi SAW mafhumnya : Sampaikanlah dariku walaupun hanya sepotong ayat Akan tetapi, walaupun kita dituntut untuk menyampaikan apa yang kita tahu, kita adalah dilarang supaya tidak menyampaikan ilmu ataupun dakwah yang salah, dewasa ini sering kelihatan dimana adanya pihak pihak ataupun individu individu tertentu yang tidak mempunyai latar belakang pengajian agama, ataupun hanya sekadar berada di pusat pengajian Islam dalam tempoh yang singkat, atau dengan membaca buku-buku agama tanpa mempelajari daripada ustaz mahupun ustazah, kemudian mereka ini muncul ditengah masyarakat dan mereka cuba untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi dengan penjelasan yang salah tentang Islam, Dan inilah perkara yang mendukacitakan kita, sehinggakan manusia di waktu ini mengambil Islam dari golongan yang jahil dan mereka diselewengkan. Setiap orang Islam tahu bahawa balasan Allah di akhirat itu adalah benar, dan Al quran itu kalamullah. Dia juga turut mengakui bahawa solat, haji, puasa dan zakat diwajipkan oleh Islam, oleh yang demikian dia boleh menyampaikan apa yang dia tahu, manakala perkara yang tidak diketahuinya tidak boleh disampaikan kerana dia tidak mengetahuinya. 12.14 DAKWAH DARI SUDUT HUKUM Daripada dalil-dalil yang dikemukakan di atas, maka jelaslah bahwa dakwah adalah suatu kewajipan bagi ummat Islam Mengenai jenis kewajipan ini, terdapat perbezaan pendapat di kalangan Ulama' samada dakwah itu adalah fardhu ain atau fardhu kifayah.

Fardhu Kifayah Sebahagian ulama' mengatakan dakwah adalah fardhu kifayah ke atas ummat Islam berdasarkan ayat Al quran yang bermaksud : Dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma ruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah orang orang yang beruntung [Ali imran : 104] Daripada ayat tersebut mereka berpendapat bahawa yang dituntut syara' ialah tugas dakwah itu dilaksanakan oleh sebahagian daripada ummat Islam sahaja. Fardhu Ain Ulama' yang lain pula berpendapat bahawa dakwah ialah fardhu 'ain yang wajib dikerjakan oleh setiap Muslim menurut kemampuannya, dan ini adalah berdasarkan kepada hujjah yang berikut : i) Firman Allah SWT, yang dengan jelas menunjukkan bahawa dakwah adalah sifat ummat ini. Kamu (wahai ummat muhammad) adalah sebaik baik ummat yang dilahirkan bagi (faedah) ummat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala yang baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji) [Ali imran : 110] ii) Hadis Rasulullah SAW mafhumnya : "Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak berkuasa maka dengan lidahnya, sekiranya tidak berkuasa, maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman". iii) Dan Sabda Nabi SAW :

Sampaikanlah dariku walaupun hanya sepotong ayat iv. Qaedah Feqh : Tidak sempurna sesuatu perkara itu melainkan dengan adanya ia maka hukumnya adalah wajip Menurut Imam Al ghazali pula dakwah itu adalah pada asalnya adalah fardhu kifayah sekiranya ada pemerintahan Islam dan ianya akan menjadi fardhu ain mengikut kemampuan setelah jatuhnya khalifah Islamiyyah. 12.15 MATLAMAT DAN TUGAS DAKWAH Matlamat dakwah adalah semata mata untuk memastikan perkara perkara yang diredhai Allah (ma'ruf) tersebar luas dan perkara perkara yang terkeji (munkar) dapat dihapuskan.firman Allah SWT yang bermaksud : Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata mata untuk Allah, jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan [Al anfal : 39] Pada hari ini dalam keadaan tiada sebuah negara pun yang melaksanakan hukum Islam secara total, maka dakwah juga mesti bermatlamat untuk menegakkan hukum Allah atau Daulah Islamiyah di atas muka bumi ini. Tidak melaksanakan hukum Allah adalah satu kemungkaran dan kezaliman yang amat besar. Orang-orang yang berdakwah pada jalan Allah perlu yakin bahawa mereka akan mendapat pertolongan daripada Allah dan keredhaannya, ini telah dijelaskan dalam Firmanullah yang bermaksud : Dan Allah telah berjanji kepada orang orang yang beriman diantara kamu dan orang orang yang mengerjakan amalan soleh bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhainya untuk mereka, dan Dia benar benar akan menukar (keadaan) mereka. Sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman

sentosa, Mereka tetap menyembahku dengan tidak mempersekutukan dengan sesuatu pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang orang yang fasiq [An Nur : 55] Di dalam menyampaikan dakwah, tidak ada had masa yang ditentukan sebagaimana solat, puasa atau sebagainya, ini bermakna tanggungjawap dakwah itu boleh dilaksanakan pada bila bila masa sahaja, selagi kita berkesempatan untuk melaksanakannya. Ini dapat dicontohi dari perilaku Rasulullah SAW yang sentiasa mengajak kaumnya siang dan malam,secara tersembunyi mahupun terang terangan, dan tiada satupun yang dapat menghalang Baginda dari menjalankan tugas dakwah tersebut. Hakikatnya, seorang pendakwah yang ikhlas, akan memberikan sepenuh tumpuan terhadap dakwah, malah seluruh fikirannya akan tertumpu terhadap dakwah, setiap tindak tanduknya adalah untuk dakwah, dan tidak pernah bakhil untuk mengorbankan masa dan tenaganya untuk melaksanakan dakwah tersebut, tiada suatu perkara pun yang dapat mengubah pendiriannya daripada perkara ini walaupun berada di dalam keadaan yang amat genting dan dalam keadaan yang terdesak. Satu contoh yang kita boleh renungkan dan mengambil pengajaran darinya adalah, ketika Rasulullah SAW dalam perjalanan berhijrah ke Madinah, bersama dengan Abu Bakar As siddiq RA, Baginda telah menemui Buraidah bin Al hasib Al aslami, yang ketika itu berada bersama kaumnya dipertengahan jalan menuju ke Madinah,Baginda mengajak mereka kepada Islam dan mereka menerimanya, ini menunjukkan Rasulullah Saw tidak pernah lupa untuk menjalankan tugasnya sebagai pendakwah mengajak manusia kepada Islam walaupun pada ketika itu kaum Quraisy cuba untuk menangkapnya. Tanggungjawap seorang muslim adalah mengajak manusia supaya menyembah Allah dan bukanlah tanggungjawapnya untuk memberikan hidayah kepada mereka, Ini bermakna, dia perlu melaksanakan dakwah dengan berterusan tanpa merasa putus asa, jemu atau malas, sebagaimana nabi Allah Nuh AS yang tidak pernah jemu untuk berdakwah mengajak kaumnya kepada Allah selama lebih kurang 950 tahun, walaupun tidak ramai yang menyertainya. Orang yang mengajak manusia kepada mengingati dan menyembah Allah, sebenarnya hanya melaksanakan kewajipannya dan menunaikan ibadat sebagai tanda ketaatannya kepada Allah SWT, Ganjaran ibadah yang dilakukan oleh seorang hamba, akan diperolehi dari limpah kurniaan Allah Tuhan yang Maha Agung, ini bermakna pendakwah tidak sepatutnya menuntut ganjaran dari mana mana manusia, samada dalam bentuk harta, pujian, pangkat atau dalam apa jua bentuk kebendaan.ini dijelaskan oleh Allah mengenai nabi Nuh AS maksudnya :

Oleh itu, jika kamu membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu ( mengenai ajaran Allah yang aku sampaikan) balasanku hanylah daripada Allah semata mata, (samada kamu beriman ataupun ingkar) dan kau pula diperintahkan supaya menjadi orang Islam (yang berserah diri kepada Allah) [Yunus : 72] Tidak dinafikan, ucapan bagi mengajak manusia supaya menyembah Allah, lebih lebih lagi ketika manusia menderhakai Allah, merupakan ucapan yang terbaik kerana, orang yang mengucapinya semestinya seorang yang mempunyai syakhsiah ataupun keperibadian yang baik dan tunduk hanyalah kepada Allah SWT,dan Allah menjanjikan ganjaran yang istimewa kepada pendakwah sebagaimana sabda nabi SAW maksudnya : Orang yang mengajak manusia kepada petunjuk Allah, akan memeperolehi ganjaran seperti mana ganjaran ganjaran yang diperolehi orang orang yang mengikutinya tidak kurang sedikitpun. 12.16 PENUTUP Setelah kita mempelajari dan memahami tentang perihal dakwah, perlulah di ingatkan dan ditekankan bahawa dakwah itu hendaklah di langsungkan dengan penuh kebijaksanaan (berhikmah) agar dakwah yang dibawa menepati sasaran dan kehendak ummah demi menjamin tertegaknya agama Allah di muka bumi ini, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat-nasihat yang baik-baik, dan bertukar fikiranlah dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-nya, dan Dialah yang mengetahui siapa yang terpimpin." [An-Nahl:125]