TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN PEMBUKAAN KEDAI KOPERASI WI 1
24 MAC 2017, 4.00 PETANG, RUANG LEGAR BANGUNAN CENTREPOINT, KUALA LIPIS Bismillahirahmanirahim 2
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Koperasi Terima kasih pengacara majlis 3
YBrs. Puan Wan Norizan binti Hj. Wan Badaruzzaman, Pengerusi Koperasi WI Daerah Lipis Berhad (KOWILIP Berhad) 4
Barisan Kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman, dan anggotaanggota KOWILIP Berhad 5
Dif-Dif Jemputan, Dato-Dato, Datin- Datin, Tuan -Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian. 6
1. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanawa Ta ala kerana dengan limpah kurnia dan keizinan- Nya, maka pada hari ini, KOWILIP berjaya mengadakan majlis 7
Perasmian Pembukaan Kedai Koperasi WI. Tahniah kepada barisan Anggota Lembaga dan anggotaanggota koperasi yang telah berjaya melangkah setahap lagi dalam 8
mengembangkan perniagaan koperasi. Semoga dengan pembukaan kedai ini bukan sahaja memudahkan anggota-anggota 9
tetapi juga memberi manfaat kepada komuniti setempat. 2. Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan berbanyak-banyak 10
terima kasih kepada Barisan Anggota Lembaga koperasi kerana memberi peluang menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya menyempurnakan perasmian ini. 11
Hadirin Yang Dihormati Sekalian 3. DKN memberi peluang yang luas kepada koperasi untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti 12
sosioekonomi demi meningkatkan kos sara hidup masyarakat pengguna. Projek-projek yang wajar diberi penekanan oleh koperasi dalam rantaian nilai sektor 13
kepenggunaan ialah pemborongan dan peruncitan seperti pengeluaran barangan, pusat pengedaran, kedai TUKAR, peruncitan stesen minyak dan pasaraya. 14
4. Peruncitan stesen minyak oleh koperasi melibatkan pelbagai jenama sedia ada di pasaran. Pembangunan stesen minyak jenama smart tertumpu di kawasan 15
RISDA, FELDA dan FELCRA. Oleh itu, koperasi di kawasan luar bandar boleh terlibat di dalam program stesen minyak mini Smart. Sehingga 31 Disember 2016, 46 koperasi telah 16
menjalankan aktiviti ini dengan sumbangan perolehan sebanyak RM307.80 juta. 17
5. Bagi sistem pajak gadai Islam (Ar- Rahnu), gerakan koperasi mensasarkan sebanyak 64 outlet Ar- Rahnu milik koperasi bakal ditubuhkan dengan jumlah 18
perolehan sebanyak RM1.28 bilion menjelang 2020. Sehingga kini, terdapat 74 outlet Ar-Rahnu koperasi yang menyumbang perolehan sebanyak RM792 juta. Sasaran 19
bilangan outlet Ar-Rahnu ditingkatkan kerana kesedaran koperasi untuk memberi pinjaman mikro kepada anggota dengan mencagarkan emas kepada 20
koperasi serta kadar upah simpan yang rendah dan kompetitif berbanding pajak gadai konvesional. 21
6. Kekuatan koperasi adalah anggotanya iaitu seramai lebih kurang 8 juta orang yang merupakan pengguna kepada produk-produk tersebut. Koperasi mempunyai 22
ekosistemnya yang tersendiri dan mempunyai infrastruktur yang telah sedia ada dan tersusun. Perkara yang perlu dilakukan sekarang ini ialah menggembleng tenaga 23
melalui sumber-sumber yang sedia ada seperti penggunaan tenaga kerja anggota koperasi (produced by co-operative members), pemilikan oleh anggota (owned by 24
members) dan penggunaan oleh anggota (used by members) serta masyarakat. Ianya secara tidak langsung dapat memperkasakan strategic linkages bagi mewujudkan 25
satu model perniagaan yang merangkumi keseluruhan rantaian nilai. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 26
7. Sehingga Disember 2016, bilangan koperasi di negara ini telah melebihi 13,000 buah dengan keahliannya melebihi 7 juta orang, aset koperasi adalah sebanyak 27
RM120 bilion serta perolehannya melebihi RM23 bilion. Perkembangan yang positif ini menunjukkan bahawa masyarakat kita semakin menerima koperasi sebagai satu entiti 28
perniagaan yang mampu meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka. 29
8. Sebagai entiti perniagaan, sudah tentunya koperasi menceburi aktiviti perniagaan di pelbagai sektor seperti yang terdapat pada organisasi perniagaan yang lain. Apa yang 30
uniknya, koperasi dimajukan oleh anggota-anggotanya dan bukannya pelabur atau penanam pemodal. Melalui keanggotaan dalam koperasi, masyarakat akan 31
mendapat pelbagai manfaat serta kemudahan yang disediakan oleh koperasi. 32
9. Menyedari akan pentingnya perniagaan dalam koperasi, meningkatkan anggota-anggotanya pendapatan adalah agenda utama yang harus diberi 33
keutamaan oleh koperasi dan ANGKASA sebagai badan apex, tidak pernah jemu menggerakkan usaha ini selaras dengan tanggungjawab yang diamanahkan 34
oleh kerajaan melalui pembentukan Deklarasi Putrajaya iaitu antara deklarasi yang diperuntukkan kepada ANGKASA untuk melaksanakan tanggungjawab 35
menggerakkan ekonomi koperasi seluruh negara. 10. Selaras dengan itu juga, ANGKASA telah mengambil 36
beberapa langkah yang strategik dengan mewujudkan beberapa sektor peneraju yang membolehkan setiap bidang keberhasilan utama koperasi dapat memberi fokus 37
kepada pembangunan dan kemajuan secara menyeluruh. Ianya dapat dilakukan melalui penglibatan pakar-pakar dalam koperasi, koperasi-koperasi yang telah berjaya 38
dan institusi-institusi yang terlibat secara langsung. Terdapat 8 buah sektor yang diberi tumpuan berdasarkan kepada Dasar Koperasi Negara (2011-2020). Misalnya melalui 39
Sektor Komuniti, ANGKASA telah berjaya mengembangkan perniagaan koperasi sekolah melalui program peruncitan koperasi sekolah dan penjualan kertas A4. Setakat ini, 40
terdapat 2 koperasi sekolah telah berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta dan 2 koperasi lagi menghampiri RM 1 juta. Pada tahun ini juga, dijangkakan jumlahnya akan 41
bertambah kepada 10 buah dan menjelang 2020, ANGKASA menyasarkan sebanyak 50 buah koperasi sekolah mampu mencapai pendapatan sehingga RM1 juta. 42
11. Bagi koperasi kariah masjid, ANGKASA menekankan dua perkara iaitu penubuhan dan pembangunan. Melalui hasil usaha ANGKASA sebanyak 322 buah 43
koperasi kariah masjid telah didaftarkan dan 498 buah masih dalam penubuhan. Koperasikoperasi yang telah didaftarkan akan dibimbing dan dibantu untuk 44
membangunkan perniagaan mereka. Setakat ini, ANGKASA telah membantu koperasi kariah masjid As Salam, Puchong dan dua buah koperasi kariah masjid yang lain 45
dalam membekalkan produk sejuk beku. Projek ini dikelolakan oleh MyANGKASA Food iaitu antara bahagian di dalam MyANGKASA Holding iaitu anak syarikat milik 46
penuh ANGKASA. ANGKASA juga sedang berusaha membangunkan koperasi komuniti dengan mengadakan penempatan bagi anggota yang kurang 47
berkemampuan, KOBERA, bantuan bagi golongan OKU, orang asli dan lain-lain lagi. 48
12. Sehingga kini, MyANGKASA Holding telah menubuhkan MyANGKASA Bina iaitu sebuah anak syarikat yang memberi tumpuan kepada pembangunan hartanah. 49
MyANGKASA Farmasi yang ditubuhkan akan memperluaskan perniagaannya melalui penambahan rangkaian farmasi dan kedai mega farmasi. MyANGKASA 50
Dialisis pula setakat ini mempunyai dua buah pusat dialisis iaitu sebuah di Temerloh, Pahang dan sebuah lagi di Kedah yang bakal dirasmikan tidak lama lagi. MyANGKASA Amanah 51
menawarkan perkhidmatan pentadbiran harta pusaka, pembahagian harta sepencarian dan urusniaga yang berkaitan dengannya. Melalui usahasama 52
MyANGKASA Services, KOPETRO Travel dan Tours dan Rakyat Travel telah berjaya melaksanakan program umrah. Seramai 40 jemaah 53
kumpulan pertama dan kedua telah dihantar bagi mengerjakan umrah. 13. ANGKASA telah juga mengambil inisiatif bekerjasama 54
dengan SIRIM untuk meningkatkan kualiti produk-produk koperasi melalui Program 100 Champion. Buat pertama kalinya, sebanyak 25 buah produk koperasi 100 Champion telah 55
dipamerkan di Sidang Kemuncak Koperasi Antarabangsa di Quebec City, Kanada pada Oktober 2014 yang mendapat perhatian yang menggalakkan daripada koperasi- 56
koperasi di negara-negara Eropah, Afrika dan Asia Pasifik. Setakat ini, kita sedang berusaha untuk membawa produk-produk koperasi ke pasaran negara-negara ASEAN melalui 57
ASEAN Co-operative Organization (ACO) yang diterajui oleh saya sendiri, selaku Presiden. 58
14. Koperasi-koperasi ASEAN ini juga turut terlibat dalam Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) yang dianjurkan oleh ANGKASA. Ia adalah 59
bertujuan bagi membangunkan perniagaan koperasi di samping melebarkan sayap jaringan perniagaan mereka masing-masing. Sebelum ini, karnival ini telah adakan 60
di Melaka dan insyallah pada 2017 akan diadakan sekali lagi sempena berlangsungnya Persidangan dan Mesyuarat Agung ICA Global di Kuala Lumpur. 61
15. ANGKASA akan terus berusaha mencari jalan untuk membantu membangunkan perniagaan koperasi. Kejayaan gerakan koperasi tidak dijayakan oleh sebuah koperasi 62
tetapi oleh seluruh koperasi di negara ini. Dasar Koperasi Negara (DKN) yang menyasarkan perolehan koperasi mampu menyumbang sebanyak RM50 bilion kepada 63
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Keadaan ini memerlukan komitmen semua pihak terutamanya koperasi-koperasi di negara ini. Kejayaan akan tercapai 64
apabila kita bekerjasama dan bersatu. 16. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk 65
sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas jemputan ini. Saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim merasmikan Pembukaan Kedai 66
Koperasi WI Daerah Kuala Lipis Berhad. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah. 67
Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 68