Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

dokumen-dokumen yang mirip
Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

5. Di mana saya boleh menggunakan Kad Debit/-i Matrix Visa Electron BSN saya?

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Fasal-fasal yang dipinda

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Perjanjian Maybankard Platinum

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Kad Kredit-i Bank Islam. Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTC/MAR01/2016. Terma Dan Syarat. Kad Kredit-i Bank Islam

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Terma dan Syarat Kad AmBank Debit MasterCard

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Kad Kredit-i Bank Islam. Terma Dan Syarat. Kad Kredit-i Bank Islam. Tertakluk pada terma dan syarat

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN JUNIOR 3 DALAM 1

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN JUNIOR 3-IN-1


2. KESAHAN MATA GANJARAN

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Terma & Syarat Kad Combo-i Bank Rakyat

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

PERBANKAN PRIORITI TERMA DAN SYARAT

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

Terma dan Syarat Kad Touch N Go Zing (Credit) Hong Leong

Terma & Syarat Kad Debit-i MasterCard Bank Rakyat

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

SYNERGY CARDS SDN BHD

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Version 05 Jun 2017 Page 1 PERBANKAN PRIORITI TERMA DAN SYARAT

Terma & Syarat Kad Debit BSN Visa

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.


Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Terma & Syarat Kad Debit-i Bank Rakyat

Transkripsi:

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT-i VISA BANK ISLAM TEAM HARIMAU 1. Gambaran Keseluruhan Terma dan Syarat di dalam ini hendaklah terpakai ke atas semua Kad Debit-i Visa yang dikeluarkan oleh ( Bank ). 2. Penerimaan Perjanjian Sebelum Ahli Kad menandatangani dan/atau menggunakan Kad, Ahli Kad perlu membaca Terma dan Syarat ini terlebih dahulu kerana penggunaan atau penerimaan Kad oleh Ahli Kad adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat ini. Dengan meminta Bank mengeluarkan Kad atau menandatangani borang permohonan Bank, Ahli Kad dengan ini bersetuju untuk terus terikat dengan Terma dan Syarat berikut. Dengan menandatangani, menggunakan atau menerima Kad, Ahli Kad bersetuju dan/atau dianggap telah bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di bawah ini. 3. Definisi Di dalam Terma dan Syarat ini, di mana konteks memerlukan, perkataan-perkataan berikut hendaklah mempunyai maksud yang telah ditetapkan ke atasnya:- Perkataan Maksud Ahli Kad pemegang kad yang merupakan pemegang Akaun yang berdaftar ; Akaun ATM Baki Semasa Bank Ahli Akaun Semasa dan Akaun Simpanan (CASA) yang dibuka atas nama Ahli Kad dengan Bank yang dihubungkan dengan Kad bagi tujuan perjanjian ini; Mesin Teler Automatik atau mesin kad yang menerima Kad tetapi tidak terhad kepada mesin-mesin milik Bank atau milik rangkaian ATM Visa; baki yang terdapat dalam Akaun selepas penolakan jumlah pembelian barangan dan perkhidmatan dan Pengeluaran Tunai; institusi kewangan yang merupakan ahli Visa atau mana-mana pemilik jenama lain yang mana Bank merupakan ahli;

Barangan dan perkhidmatan halal CASA Had Harian Kad Kad Debit-i Visa Pemeroleh Pengeluar Pengeluaran Tunai Penyata Akaun Perbankan Internet PIN PLUS barangan dan perkhidmatan yang diterima dan mematuhi kehendak Syariah; akaun semasa dan/atau akaun simpanan dengan Bank milik Ahli Kad yang mana Hasil/Wariq akan didepositkan ke dalamnya dan digunakan oleh Ahli Kad menurut Terma dan Syarat ini; had maksimum dibenarkan yang ditetapkan oleh Bank bagi Pengeluaran Tunai dan tansaksi runcit yang dibuat dalam satu (1) hari; KadDebit-i Visa Team Harimau; mana-mana kad debit Visa yang dikeluarkan oleh Bank bagi membolehkan Ahli Kad untuk mempunyai akses elektronik kepada CASA Ahli Kad dan melakukan transaksi tertentu tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini; institusi yang memasuki suatu hubungan kontrak dengan rakan dagang bertujuan untuk menerima Kad sebagai kaedah pembayaran; Bank pengeluar Kad yang telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia di bawah Seksyen 25(1) Akta Sistem Pembayaran 2003 untuk mengeluarkan instrumen pembayaran yang ditetapkan; tunai yang dikeluarkan dari mana-mana Bank, ATM atau pusat pengeluaran tunai yang dibenarkan menerima Logo Visa PLUS atau mana-mana pemilik jenama lain yang mana Bank merupakan ahli; penyata berkala yang dimohon di cawangan atau dicetak oleh Ahli Kad di SPM atau dikeluarkan oleh Bank kepada Ahli Kad yang menunjukkan transaksi yang berlaku di dalam Akaun; Sistem perbankan internet yang membolehkan pelanggan Bank melaksanakan transaksi kewangan di laman web kendalian Bank yang selamat; Nombor Pengenalan Peribadi yang dipilih oleh Ahli Kad menerusi PINPAD atau yang kemudiannya ditukar oleh Ahli Kad di ATM; Juga dikenali sebagai Visa PLUS yang merupakan rangkaian antara bank yang merangkumi semua kad kredit,debit dan prabayar Visa serta kad ATM yang dikeluarkan oleh pelbagai bank di seluruh dunia: Pusat Pengeluaran Tunai Sah Rakan Dagang Bukan Kendalian Kami Rakan Dagang Kendalian Kami mana-mana bank, ATM atau gedung yang dibenarkan menerima Visa atau mana-mana pemilik jenama lain di mana Bank merupakan ahli bagi pengeluaran tunai; mana-mana transaksi di mana Pemeroleh dan Pengeluar kad bukan pihak yang sama; mana-mana transaksi di mana Pemeroleh dan Pengeluar adalah pihak yang sama;

Rakan Dagang Sah Ringgit Malaysia SPM Team Harimau Transaksi Kad gedung yang menjual barangan dan/atau perkhidmatan yang menerima Kad sebagai kaedah pembayaran; mata wang sah Malaysia dan digunakan untuk semua pembayaran yang dibuat di bawah Terma dan Syarat ini; Mesin Pencetak Penyata yang terdapat di cawangan Bank terpilih yang menawarkan perkhidmatan mencetak Penyata Akaun untuk CASA milik Ahli Kad pada bila-bila masa: suatu jenama Kad Debit-i Visa yang dikeluarkan oleh Bank dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM); transaksi yang dibuat menggunakan Kad; Visa Visa International Service Association, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware, beribu pejabat di 900 Metro Centre Boulevard, Foster City, State Of California, United States of America 94404 yang mana Bank adalah ahli utama; 4. Tafsiran a. Perkataan dan ekspresi yang merujuk kepada perkataan tunggal hendaklah termasuk perkataan majmuk dan sebaliknya. Perkataan dan ekspresi yang membawa maksud maskulin hendaklah termasuk perkataan yang membawa maksud feminin dan neutral. b. Rujukan kepada klausa dan jadual hendaklah merujuk kepada Klausa dan Jadual kepada Terma dan Syarat ini, melainkan dinyatakan sebaliknya secara jelas. c. Tajuk dalam Terma dan Syarat ini dimasukkan untuk kemudahan sahaja dan hendaklah diabaikan dalam mentafsirkan peruntukan-peruntukan Terma dan Syarat ini. 5. Permohonan Kad a. Pelanggan Bank berusia 15 tahun ke atas (termasuk bukan pemastautin Malaysia) yang memegang CASA layak untuk memohon Kad. Sekiranya CASA adalah akaun simpanan bersama, hanya pemegang akaun simpanan bersama dengan arahan salah satu-tandatangan sahaja yang layak memohan Kad. Hanya SATU (1) Kad akan dikeluarkan. b. Pemilik berdaftar syarikat perniagaan tunggal yang memiliki akaun semasa dengan Bank layak untuk memohon SATU (1) Kad di bawah nama syarikat perniagaan tunggal. Kad hanya boleh dipegang atau digunakan oleh pemilik berdaftar syarikat perniagaan tunggal tersebut. c. Pemohon Kad hendaklah melengkapkan borang permohonan dan menghantarnya ke Bank bersama dengan kad ATM atau buku akaun simpanan atau penyata akaun semasa dan segala dokumen dan pembayaran yang berkenaan. d. Ahli Kad boleh mencipta PIN sendiri menggunakan PINPAD dan PIN tersebut adalah bertujuan untuk membuat transaksi di ATM. Ahli Kad hendaklah tidak mendedahkan PIN kepada manamana individu dan hendaklah bertanggungjawab kepada Bank bagi mana-mana masukan debit dalam CASA akibat daripada mana-mana transaksi yang tidak dibenarkan. e. Sebagai balasan kepada Bank mengeluarkan Kad kepada Ahli Kad, Ahli Kad bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat yang terkandung di dalam ini dan apa-apa terma dan syarat lain yang akan dikenakan oleh Bank dari semasa ke semasa. f. Sekiranya Ahli Kad tidak mahu terikat dengan Terma dan Syarat ini, Ahli Kad memulangkan Kad dengan serta-merta kepada Bank setelah memotong jalur magnetik dan cip pada Kad dengan

notis bertulis bahawa pemulangan Kad adalah untuk pembatalan. 6. Penggunaan Kad a. Penggunaan Kad adalah terhad kepada Ahli Kad iaitu kepada siapa Kad tersebut dikeluarkan untuk penggunaan di Rakan Dagang Sah atau mana-mana pemilik jenama lain yang mana Bank merupakan ahli yang dibenarkan untuk menerima Kad sebagai kaedah pembayaran. Ahli Kad hendaklah menandatangani bahagian belakang Kad sejurus selepas menerima Kad tersebut. b. Ahli Kad hendaklah tidak membenarkan pihak ketiga untuk menggunakan Kad dan tidak boleh memindah milik, atau menyerahkan kawalan atau pemilikan Kad, atau menggunakan Kad untuk tujuan yang tidak dibenarkan oleh Bank. c. Akaun Ahli Kad akan didebitkan apabila pembelian dilakukan menggunakan Kad. Kad boleh digunakan untuk pembelian barangan dan perkhidmatan di Malaysia dan di lebih 25 juta rakan dagang seluruh dunia yang mempamerkan logo Visa PLUS,dengan syarat jumlah amaun tunai di dalam Akaun mencukupi untuk transaksi dilakukan. Ahli Kad bertanggungjawab untuk memastikan Akaun mempunyai wang yang mencukupi sebelum melakukan transaksi. d. Ahli Kad dibenarkan melakukan transaksi internet dan pengeluaran tunai di Pusat Pengeluaran Tunai Sah atau institusi kewangan yang mempunyai logo BANKCARD atau MEPS (untuk transaksi e-debit) dan Visa PLUS (untuk transaksi EMV). e. Pengeluaran Tunai i. Ahli Kad boleh melakukan transaksi pengeluaran tunai di pusat pengeluaran tunai Bank dan di mana-mana Pusat Pengeluaran Tunai Sah yang mempamerkan logo Visa PLUS dan logo MEPS. ii. Jumlah pengeluaran tunai maksimum adalah RM5,000 sehari. iii. Sebarang pengeluaran tunai yang dilakukan oleh Ahli Kad akan didebitkan ke Akaun. f. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab kepada Bank atas kesemua transaksi yang dilakukan oleh Ahli Kad menggunakan Kad dan bagi semua yuran berkaitan yang didebitkan ke Akaun. i. Untuk melakukan pembelian di mana-mana Rakan Dagang Sah, Ahli Kad mestilah menandatangani Draf Jualan yang disediakan oleh Rakan Dagang Sah; ii. Untuk melakukan Pengeluaran Tunai menggunakan Kad di mana-mana Pusat Pengeluaran Tunai Sah, Ahli Kad hendaklah menandatangani Draf Pengeluaran Tunai yang disediakan oleh Pusat Pengeluaran Tunai Sah atau menggunakan PIN untuk mengakses Akaun; g. Ahli Kad hendaklah menggunakan Kad hanya untuk melaksanakan pembelian runcit, pembayaran atau pengeluaran tunai bagi barangan dan perkhidmatan halal. Bank Islam akan memberi sumbangan RM2 untuk setiap Keahlian Kad baru dan sumbangan sebanyak 0.3% daripada pembelian runcit dengan menggunakan Kad kepada FAM. h. Bank mempunyai kuasa mutlak untuk menyekat transaksi yang dilakukan di Rakan Dagang yang tidak halal. i. Transaksi Skim Pembayaran Mudah (EPP) tidak dibenarkan menggunakan Kad. j. Semua transaksi akan diproses secara atas talian, dan Baki Semasa terkini boleh dilihat oleh Ahli Kad di ATM dan melalui kemudahan Perbankan Internet Bank. k. Sekiranya Ahli Kad menggunakan Kad untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan menerusi internet, laman web atau portal, Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan penggunaannya pada setiap masa. Ahli Kad bersetuju bahawa pemasukan maklumat Kad di Internet hendaklah menjadi bukti mencukupi tentang kesahihan arahan yang telah dibuat. Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap penggunaan Kad sedemikian tanpa mengambil kira sama ada individu tersebut diberi kebenaran atau tidak dan tanpa mengambil kira keadaan semasa transaksi berlaku. Walaubagaimanapun, Bank berhak atas budi bicaranya untuk tidak menyempurnakan transaksi sedemikian menerusi Perbankan Internet sekiranya Bank mempunyai sebab untuk meragui kesahihannya atau berpendapat bahawa transaksi tersebut tidak sah di sisi undang-undang atau sebaliknya tidak wajar untuk dilakukan atau atas sebarang sebab lain.

7. Transaksi Luar Negara a. Ahli Kad boleh menggunakan Kad di luar Malaysia di semua Rakan Dagang Sah dan di Pusat Pengeluaran Tunai Sah tetapi Ahli Kad hendaklah memaklumkan kepada pihak Bank terlebih dahulu setiap kali Ahli Kad hendak ke luar negara. b. Ahli Kad boleh menggunakan Kad untuk pengeluaran tunai di mana-mana Pusat Pengeluaran Tunai di negara-negara yang diluluskan yang mana akan dimaklumkan oleh Bank atau Visa dari masa ke semasa. c. Apabila Ahli Kad menggunakan Kad di luar Malaysia, transaksi hendaklah dicaj dalam mata wang rasmi negara berkenaan dan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada kadar tukaran dan pada masa yang ditentukan oleh Visa atau mana-mana pemilik jenama lain yang mana Bank merupakan ahli, atas budi bicara mutlaknya. d. Bagi yang mana berkenaan, Ahli Kad hendaklah memberi kuasa kepada Bank untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mematuhi Peraturan Kawalan Pertukaran Asing yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkaitan apa-apa transaksi luar negara. e. Ahli Kad juga hendaklah memaklumkan Bank tentang hasratnya untuk berada di luar Malaysia bagi tempoh lebih daripada tiga puluh (30) hari. 8. Akaun Simpanan/Semasa (CASA) a. Bank akan menyelenggara Akaun Ahli Kad bagi setiap Kad yang dipegang dan semua transaksi yang dilaksanakan menggunakan Kad dan sebarang yuran hendaklah didebitkan ke dalam Akaun berkenaan. b. Penyata Akaun bagi akaun simpanan milik Ahli Kad yang menyatakan transaksi yang telah dilakukan, boleh dimohon di mana-mana cawangan atau dicetak oleh Ahli Kad di SPM atau dikeluarkan oleh Bank kepada Ahli Kad. c. Penyata Akaun untuk akaun semasa milik Ahli Kad yang menyatakan transaksi yang telah dilakukan, akan dihantar kepada Ahli Kad secara bulanan atau pada tarikh yang dinyatakan di mana selepas ini dirujuk sebagai Tarikh Penyata. Tiada caj akan dikenakan ke atas Penyata Akaun asal. d. Penyata Akaun dan/atau baki Akaun juga boleh diperolehi melalui Kemudahan Perbankan Internet Bank. e. Semua transaksi, rekod dan catatan dalam Penyata Akaun hendaklah dianggap sebagai betul dan mengikat Ahli Kad melainkan Ahli Kad memaklumkan Bank secara bertulis tentang sebarang kesilapan (jika ada) dalam Penyata Akaun tidak lewat daripada empat belas (14) hari daripada Tarikh Penyata tersebut. f. Ahli Kad hendaklah memaklumkan Bank dengan segera secara bertulis tentang sebarang perubahan alamat kediaman dan/atau alamat pejabat dan/atau alamat surat-menyurat, nombor telefon atau perubahan pekerjaan. 9. Pemilikan Kad Kad ini tetap menjadi milik Bank pada setiap masa dan Ahli Kad hendaklah memulangkannya kepada Bank selepas memotong jalur magnetik dan cip apabila diminta untuk berbuat demikian atau jika penggunaan Kad oleh Ahli Kad dibatalkan atau Akaun ditutup. 10. Kehilangan/Kecurian Kad dan Pendedahan PIN Ahli Kad hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya dalam mencegah kehilangan, kecurian, pendedahan PIN kepada mana-mana pihak yang tidak dibenarkan atau penggunaan Kad secara tidak sah. Sebarang kehilangan, kecurian, pendedahan PIN kepada mana-mana pihak yang tidak dibenarkan atau penggunaan Kad secara tidak sah hendaklah dilaporkan serta-merta kepada Pusat Kad Bank melalui telefon, telegram, faksimili atau teleks dan membuat laporan polis.

Pengesahan bertulis berserta salinan laporan polis mesti diberikan kepada Bank tidak melebihi tujuh (7) hari selepas kehilangan, kecurian, pendedahan PIN kepada orang yang tidak dibenarkan atau penggunaan Kad secara tidak sah. a. Ahli Kad bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa Kad tidak digunakan oleh Ahli Kad pada masa transaksi yang dipertikaikan dicatatkan dalam rekod. Semua transaksi di Pusat Pengeluaran Tunai (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran tunai) hendaklah dianggap telah dibuat oleh Ahli Kad dan Ahli Kad adalah bertanggungjawab ke atas semua apa jua caj dan pengeluaran yang berpunca daripada transaksi berkenaan. Tanggungjawab untuk membuktikan bahawa apa-apa transaksi di Pusat Pengeluaran Tunai tidak dibuat oleh Ahli Kad tertanggung ke atas Ahli Kad. b. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab ke atas semua apa jua caj dan pengeluaran yang berpunca daripada transaksi, sama ada dibenarkan atau tidak dibenarkan, yang dilakukan menggunakan Kad sebelum notis bertulis dalam borang yang ditetapkan mengenai kehilangan, kecurian, pendedahan PIN kepada orang yang tidak dibenarkan atau penggunaan Kad secara tidak sah diterima oleh Bank. Rekod Bank mengenai sebarang transaksi yang dilakukan menggunakan Kad adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad. c. Apabila Kad yang hilang atau dicuri telah ditemui, Ahli Kad tidak boleh menggunakan Kad tersebut dan hendaklah memulangkannya, selepas memotong jalur magnetik dan cip, kepada Bank serta-merta selepas Kad ditemui. Bank tidak mempunyai kewajipan untuk mengeluarkan kad gantian kepada Ahli Kad selepas kad hilang atau dicuri. 11. Penggantungan, Pembatalan atau Penamatan a. Di samping dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini, Bank boleh menamatkan penggunaan Kad dengan notis bertulis tanpa memberikan sebarang sebab untuk penamatan, dengan syarat Bank mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Ahli Kad telah menyalahguna Kad atau telah melanggar mana-mana Terma dan Syarat yang dinyatakan di dalam ini. Selepas penamatan tersebut, Kad akan dibatalkan serta merta sama ada Kad dipulangkan oleh Ahli Kad kepada Bank atau tidak. b. Ahli Kad dengan ini mengakui bahawa mana-mana Kad yang dibatalkan atau ditarik balik oleh Bank akan diletakkan dalam Senarai Pembatalan yang akan diedarkan kepada semua Rakan Dagang Sah dan Pusat Pengeluaran Tunai Sah dan semua cawangan Bank. c. Ahli Kad boleh pada bila-bila masa menamatkan penggunaan Kad dengan menghantar notis bertulis kepada Bank dan memulangkan Kad kepada Bank selepas memotong jalur magnetik dan cip. Tiada pemulangan yuran tahunan atau sebahagian daripadanya akan dibuat. Walaupun pemberitahuan awal telah diberikan tentang hasrat Ahli Kad untuk membatalkan atau menamatkan penggunaan Kad atau Terma dan Syarat ini, Ahli Kad tetap bertanggungjawab ke atas sebarang transaksi (yang dibenarkan atau tidak) yang dilaksanakan menerusi penggunaan Kad sehinggalah tarikh Kad dipulangkan kepada Bank oleh Ahli Kad. 12. Yuran dan Caj a. Ahli Kad bersetuju untuk membayar dan memberi kuasa kepada Bank untuk mendebitkan wang yang ada dalam Akaun untuk menjelaskan yuran berikut :- i. Caj Pengeluaran Tunai di ATM yang mana Ahli Kad dikenakan caj: Melalui ATM milik Bank : Tiada caj Melalui ATM bank tempatan di bawah MEPS : RM1.00 bagi setiap pengeluaran Melalui ATM bank luar negara di bawah MEPS : RM4.00 bagi setiap pengeluaran Melalui ATM di bawah Visa PLUS : RM10.00 bagi setiap pengeluaran

ii. iii. iv. Pertanyaan baki di ATM Bank dan rangkaian MEPS ATM: Tiada caj dikenakan; Untuk salinan resit transaksi dan penyata, Ahli Kad dikenakan caj; RM5.00 setiap salinan melalui kaunter RM1.00 setiap salinan melalui SPM Yuran tahunan RM12.00 seperti yang ditetapkan oleh Bank bagi Kad yang dikeluarkan atau Kad yang diperbaharui. Yuran akan ditentukan atau diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memberikan notis bertulis terlebih dahulu kepada Ahli Kad. Yuran tahunan tidak boleh dipulangkan. Baki di dalam Akaun mestilah melebihi RM20.00 untuk pendebitan yuran tahunan. v. Yuran guaman (atas dasar peguamcara dan pelanggan) dan lain-lain kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank untuk menguatkuasakan hak dan kelayakannya dibawah Terma dan Syarat ini dan perolehan wang yang kena dibayar dan perlu dibayar oleh Ahli Kad kepada Bank; vi. vii. Sebarang yuran dan caj yang munasabah yang dikenakan oleh Bank bagi perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kepada Ahli Kad; Yuran sebanyak RM12.00 untuk setiap kad gantian. b. Sekiranya berlaku kekurangan baki dalam Akaun, sewaktu transaksi dilakukan oleh Ahli Kad, Bank Islam dengan kuasa mutlaknya serta kebenaran daripada Ahli Kad akan melakukan pengeluaran daripada sebarang akaun dengan Bank Islam milik Ahli Kad yang mempunyai baki mencukupi. c. Walau apa pun peruntukan di atas, jika terdapat sebarang perubahan ke atas yuran dan caj, Bank akan memberikan notis bertulis kepada Ahli Kad sekurang-kurangnya 21 hari tarikh kalendar sebelum tarikh penguatkuasaan perubahan tersebut. Pengumuman akan dibuat sama ada melalui Penyata Akaun bulanan atau lain-lain cara yang dianggap berkesan. 13. Caj Pra-Kebenaran Caj pra-kebenaran merujuk kepada amaun pra-kebenaran yang akan didebitkan ke Akaun apabila Ahli Kad mengisi petrol dan membuat pembayaran menggunakan Kad di dispenser minyak automatik atau membuat bayaran untuk pendaftaran bilik di hotel menggunakan Kad atau apa-apa transaksi lain yang memerlukan kepada caj pra-kebenaran. Caj pra-kebenaran yang dimaksudkan adalah untuk kelulusan transaksi sahaja. Jumlah pra-kebenaran akan dilepaskan apabila jumlah transaksi sebenar telah didebitkan ke Akaun. 14. Pemantauan dan Rakaman Telefon Ahli Kad memberi kebenaran kepada Bank untuk menghubungi Ahli Kad menerusi telefon mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Kad. Ahli Kad bersetuju bahawa panggilan sedemikian daripada Bank boleh dibuat tanpa diminta. Dari semasa ke semasa, Bank boleh memantau dan/atau merakamkan panggilan telefon antara Ahli Kad dan Bank. Ahli Kad selanjutnya bersetuju bahawa pemantauan dan/atau rakaman boleh dilakukan dan tiada notis tambahan kepada Ahli Kad atau kelulusan tambahan daripada Ahli Kad diperlukan. 15. Penepian Tiada keringanan, toleransi, kelonggaran, kegagalan atau penangguhan di pihak Bank dalam melaksanakan atau meninggalkan pelaksanaan apa-apa hak, kuasa, keistimewaan atau remedi yang terakru kepada Bank di bawah Terma dan Syarat ini, atau apa-apa sekuriti yang menyebelahi Bank apabila berlaku mana-mana keingkaran oleh Ahli Kad akan menjejaskan hak, kuasa, keistimewaan atau remedi tersebut; atau ditafsirkan sebagai penepian atau persetujuan Bank dalam mana-mana keingkaran atau menjejaskan sebarang hak, kuasa, keistimewaan atau remedi Bank berkaitan

dengan sebarang keingkaran lain atau seterusnya; dan mana-mana satu atau sebahagian daripada pelaksanaan hak atau remedi tidak akan menghalang sebarang pelaksanaan hak atau remedi selanjutnya atau pelaksanaan hak atau remedi lain. Hak dan remedi yang diperuntukkan di dalam ini adalah terkumpul dan tidak mengenepikan sebarang hak atau remedi lain yang diperuntukkan di bawah undang-undang. 16. Perubahan Keadaan Jika terdapat sebarang perubahan di dalam undang-undang, peraturan atau keperluan kawal selia yang berkenaan atau dalam pentafsiran atau penggunaannya; atau sekiranya pematuhan oleh Bank kepada sebarang arahan, permintaan atau keperluan berkenaan (sama ada berkuasa di bawah undang-undang atau tidak) daripada mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau pihak berkuasa lain akan menyebabkan Bank dikenakan sebarang syarat, beban atau kewajipan, yang pada pendapat mutlak Bank menyusahkannya untuk menyediakan atau menyelenggarakan Kad, maka dengan notis daripada Bank, Kad akan dibatalkan yang mana Ahli Kad hendaklah membayar hutang kepada Bank dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan notis tersebut oleh Ahli Kad. 17. Menghubungkan Kad dengan Akaun Tabung Haji a. Peruntukan ini hanya berkaitan dengan pendeposit Tabung Haji (TH) yang mempunyai CASA dengan Bank dan tidak terpakai kepada pemilik perniagaan tunggal. Kad yang beroperasi di bawah Akaun perniagaan tunggal tidak layak untuk dihubungkan dengan mana-mana akaun TH. b. Bagi tujuan peruntukan ini, setiap Ahli Kad perlu memiliki: i. Akaun yang aktif dan memiliki Kad; serta ii. Akaun TH yang aktif. c. Ahli Kad hendaklah mengemukakan kad pengenalan dan buku akaun simpanan TH kepada Bank bagi tujuan menghubungkan Kad dengan akaun TH. d. Ahli Kad juga dibenarkan memohon untuk menghubungkan Kad bagi akaun TH anak-anak di bawah jagaannya yang berumur di bawah LAPAN BELAS (18) tahun. e. Jumlah maksimum akaun yang dibenarkan bagi Ahli Kad berserta anak di bawah jagaannya adalah tidak melebihi LAPAN (8) akaun termasuk akaun Ahli Kad sendiri. f. Setiap transaksi yang melibatkan akaun TH (kecuali untuk pertanyaan baki) akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1.00. g. Yuran perkhidmatan Kad serta had harian bagi pengeluaran dan pindahan wang adalah mengikut Terma dan Syarat Bank yang terkandung di dalam ini. h. Jumlah pengeluaran wang dari akaun TH menggunakan Kad adalah tertakluk kepada jumlah baki wang yang terdapat di dalam akaun TH tersebut, setelah mengambil kira semua jumlah yang dibekukan untuk daftar haji dan lain-lain. i. Ahli Kad bertanggungjawab untuk mengemaskini sebarang perubahan dalam pengurusan akaun TH yang dihubungkan dengan Kad. Ahli Kad bersetuju untuk mengemaskini status akaun TH anak yang telah mencapai umur 18 tahun di mana-mana cawangan TH dan kemudiannya memaklumkan Bank untuk mengeluarkan akaun TH anak tersebut daripada senarai akaun Ahli Kad yang dihubungkan kepada Kad. j. Ahli Kad bersetuju bahawa penggunaan Kad adalah bawah tanggungjawab Ahli Kad sepenuhnya mengikut terma dan syarat di dalam perjanjian Akaun/Kad. Ahli Kad juga bertanggungjawab menanggung kesemua dan apa jua risiko yang berkaitan, bersangkutan atau yang mungkin berlaku akibat daripada penggunaan Kad tersebut. k. Sebarang pertanyaan/kemusykilan berkaitan dengan Kad hendaklah dimajukan kepada Bank terlebih dahulu sebelum menghubungi TH. Nombor panggilan yang berkaitan adalah: i. Pusat Panggilan Bank Islam : 03-2690 0900 ii. Pusat Panggilan Tabung Haji : 03-6207 1919