BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. penyelidikan. Hasil kajian yang diperolehi juga sangat bergantung kepada metodologi

dokumen-dokumen yang mirip
5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB EMPAT HASIL KAJIAN DAN ANALISIS DATA

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INTEGRASI SISTEM SOLAR HIBRID DAN KOMUNITI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI MALAYSIA. LAPORAN KEMAJUAN BERKALA PROGRAM Bil: 1 Tarikh: 01 Sept 2015

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR, NOVEMBER 2010

JENIS PENYELIDIKAN DAN PENGENALAN KEPADA PELBAGAI JENIS REKA BENTUK PENYELIDIKAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENGURUSAN PENGKULTURAN RUMPAI LAUT DI SEMPORNA, SABAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

Sustainable Education 54

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUALITATIF

MENGURUSKAN PERMOHONAN SPP DAN PEMBAHARUAN BAHAN DARIPADA UTeM KEPADA PERPUSTAKAAN LUAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Program Sarjana Dan Kedoktoran

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Topik Numerical Method

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P013 PROSEDUR PERKHIDMATAN KAUNSELING STAF

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.1. Pengenalan Metodologi kajian merupakan hal yang sangat penting dalam melakukan penyelidikan. Hasil kajian yang diperolehi juga sangat bergantung kepada metodologi yang digunapakai dalam sebuah kajian. Tanpa metodologi kajian yang jelas, data yang diperolehi akan dipersoalkan dan kesimpulan kajian juga boleh diragukan. Oleh kerana itu, dalam bahagian ini akan menghuraikan tentang metodologi, kaedah pengumpulan data, serta kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini. Hal ini dilakukan untuk membentuk metodologi yang baik, sehingga menghasilkan kajian yang berkualiti. 3.2. Kaedah Pengumpulan Data Kajian ini secara umumnya merupakan kajian kualitatif. Sifat dari kajian ini adalah teoritikal dan praktikal serta deskriptif analisis, iaitu menggambarkan secara tepat sifat-sifat suatu individu, keadaan atau gejala-gejala tertentu dan hubungan antara gejala tersebut. 1 Penyelidikan ini juga dapat digolongkan kepada penyelidikan kepustakaan (library research) dan kajian lapangan (field research), kerana sumber datanya diperolehi dari sumber perpustakaan dan lapangan. 1 Koentjaraningrat, Metode-metode Penelitian Masyarakat, cet. 11 (Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, 1991), 29. 103

3.2.1. Kajian Perpustakaan Sebelum penulis melakukan kajian lapangan, penulis akan melakukan kajian perpustakaan terlebih dahulu. Kajian perpustakaan bertujuan untuk mengukuh dan menjelaskan tentang etika perniagaan dalam Islam. Dalam hal ini, penulis akan mengkaji dan menganalisis buku-buku, jurnal, artikel dan pelbagai jenis sumber literature lainnya yang berkaitan dengan kajian. Dalam mendapatkan data kajian perpustakaan, penulis menggunakan khidmat beberapa perpustakaan yang ada di Malaysia, seperti perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Perpustakaan utama Universiti Malaya, Perpustakaan Za ba dan Perpustakaan Negara serta beberapa Perpustakaan lainnya untuk menyokong kajian penulis. 3.2.2. Kajian Lapangan Dalam mendapatkan data di lapangan, penulis menggunakan kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temu bual dan observasi. Temu bual dan observasi dilakukan ke atas sekumpulan peniaga terpilih yang dijadikan sebagai sampel penyelidikan dari jumlah Populasi peniaga Aceh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hal ini kerana besarnya jumlah populasi yang ada dan terhadnya kemampuan penulis. 104

Populasi adalah sekumpulan individu, keluarga, kumpulan, organisasi, komuniti, peristiwa atau apa sahaja yang hendak dikaji oleh penulis. 2 Dalam kumpulan populasi yang besar, penulis tidak mungkin dapat menemui setiap individu. Populasi dalam penulisan ini adalah masyarakat Aceh yang bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan termasuk sebagai peniaga. Menurut data yang penulis dapatkan bahawa jumlah masyarakat Aceh yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjumlah sekitar 3700 orang, namun masyarakat Aceh yang berniaga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjumlah sekitar 327 orang. 3 Dari jumlah peniaga ini, penulis memilih sampel yang dapat dianggap mewakili dan berkecukupan. 4 Hal ini dilakukan untuk menggambarkan jumlah populasi yang ada. Seramai 8 orang peniaga Aceh telah dipilih sebagai sampel mengikut jenis perniagaan yang diusahakan masing-masing. Penulis mengambil 8 orang responden kerana dengan ianya dapat mewakili populasi kajian ini. 8 responden tersebut telah dipilih mengikut sektor perniagaan yang berbeza. Dari sektor perniagaan kosmetik penulis memilih 2 responden, iaitu peniaga di kawasan Chow Kit, dari sektor perniagaan runcit penulis pilih 2 responden iaitu peniaga di kawasan Datuk Keramat, dari sektor perniagaan restoran, penulis telah memilih 1 responden, iaitu peniaga di kawasan Kg Pandan Indah, dari sektor perniagaan pakaian dan aksesori penulis pilih 1 responden iaitu peniaga di kawasan Kg Pandan Indah, dari sektor perniagaan pasar mini penulis pilih 1 responden yang menjalankan peniagaannya di kawasan pasar Chow Kit, dan dari sektor perniagaan buah-buahan penulis pilih 1 responden yang berniaga di kawasan pasar Chow Kit. Dengan demikian, pengambilan sampel tersebut dapat 2 Ibid,117. 3 Senarai nama-nama pedagang Aceh dalam senarai Dewan Peniaga Aceh Kuala Lumpur. 4 Sabhita Marican, Penyelidikan Sains Sosial, Pendekatan Prakmatik (Selangor: Edusystem Sdn. Bhd, 2006), 117. 105

mewakili populasi kajian dan semua kawasan tersebut masih dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jenis pensampelan yang digunapakai dalam kajian ini adalah pensampelan bertujuan (Purposive Sampling) iaitu memilih satu unsur secara sengaja daripada unsurunsur pertama dalam satu rangka persampelan dengan sengaja atau mempunyai kriteria yang telah ditetapkan. 5 Dalam pensampelan bertujuan, penulis menggunakan senarai nama-nama peniaga daripada DPAM dan memilih responden yang mewakili bidang perniagaan yang terdapat di Chow Kit, Kg Pandan Indah, dan Datuk Keramat iaitu bidang kosmetik/kecantikan, runcit, pakaian dan aksesori, restoran, pasar mini, dan buah-buahan. Hal ini dilakukan supaya sampel yang diambil dapat mewakili populasi. Pengambilan sampel bertujuan, adalah metode berasaskan kemahuan penulis yang berpedoman kepada sumber yang telah ada daripada Dewan Perdagangan Aceh Malaysia (DPAM). 3.2.2.1 Temu bual Temu bual atau yang dikenal dengan istilah interview adalah suatu proses interaksi dan komunikasi dari dua orang atau lebih (subjek dan objek). 6 Metode ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan bertanya langsung kepada responden. Definisi yang hampir sama disampaikan oleh Sabitha Marican, iaitu satu situasi di mana penemu bual akan bertanya soalan pada seseorang atau lebih responden secara bersemuka. 7 5 Ahmad Mahdzan Ayop (1992), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi, c 2, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 115. Lihat juga Syed Arabi Idid (1998), Kaedah penyelidikan Komunikasi dan Sains, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 61-62. 6 Masri Singarimbun dan Sofyan Efendi (ed), Metode Penelitian Survei (Jakarta: LP3ES, 1995), 70. 7 Sabitha Marican, Penyelidikan Sains Sosial, 141. 106

Secara umum, temu bual dapat dilakukan dalam dua bentuk, iaitu temu bual tidak berstruktur dan temu bual berstruktur dan temu bual tidak berstruktur adalah temu bual yang dilakukan hanya bersumber kepada garis-garis besar permasalahan yang akan ditanyakan. Manakala temu bualberstruktur adalah temu bual yang soalan-soalannya telah disusun secara terperinci sebelum ianya dilangsungkan. 8 Temu bual telah dilakukan daripada 26 Ogos 9 September 2013 dan mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 jam bagi setiap responden. Adapun metode temu bual yang penulis lakukan dalam penyelidikan ini ialah temu bual berstruktur dan tidak berstruktur di mana penulis mengunjungi tempat kajian, iaitu peniaga Aceh yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan presiden DPAM yang akan menjadi responden dalam kajian ini dan menanyakan soalan yang telah disiapkan untuk menjawab objektif kajian ini. Alasan penulis mengambil sampel daripada presiden DPAM adalah kerana presiden DPAM dianggap dapat mendapatkan data yang sah dan boleh menguatkan data dapatan temu bual daripada peniaga Aceh. Senarai soalan telah disiapkan terlebih dahulu, dan ketika proses temubual dijalankan, soalan-soalan berkaitan isu berbangkit bila dianggap perlu, penulis akan menanyakan secara serta merta kepada responden. Dalam hal ini, seramai 8 peniaga dari beberapa jenis perniagaan yang dijalankan telah ditemu bual, sama ada peniaga jamu dan kosmetik, restoran, peniaga buah-buahan, pasar mini dan peniaga aksesori wanita. Penulis memilih 8 respoden untuk mejadi sampel yang mewakili dari jumlah perniagaan Aceh kerana sesuai dengan tajuk tesis iaitu kajian terhadap peniaga Aceh terpilih dan memilih mereka kerana sudah lama berniaga dalam sektor masing-masing, dan penulis memilih 3 kawasan iaitu Chow kit, Kg Pandan Indah dan Datuk Keramat 8 Ibid., 144. 107

kerana ketiga kawasan tersebut merupakan kawasan yang banyak peniaga Aceh yang menjalankan perniagaan mereka. Oleh demikian sangat sesuai penulis memilih kawasan tersebut untuk sebagai tempat kajian, manakala alasan lain adalah kerana di kawasan tersebut terdapat semua sektor perniagaan. Adapun proses temu bual yang penulis lakukan iaitu penulis akan menanyakan beberapa soalan yang berhubung kait dengan kajian. Soalan-soalan yang ditanyakan adalah berkenaan dengan peniaga itu sendiri, seperti jantina, sudah berapa lama melaksanakan aktiviti perniagaan. Soalan yang ditanyakan juga berkaitan dengan kefahaman mereka tentang konsep etika perniagaan, amalan etika dengan pelanggan, amalan etika dengan pekerja, dan amalan etika dengan pembekal. Semua soalan yang ditanyakan berjumlah 77 soalan untuk peniaga Aceh dan 21 soalan untuk presiden DPAM. Dari jawapan yang diberikan akan dapat disimpulkan mengenai kesesuaian antara kefahaman dan amalan perniagaan yang dijalankan dengan etika perniagaan dalam Islam. Semua pertanyaan ada disenarai lampiran. Dalam temu bual dengan presiden DPAM pula, penulis menanyakan tentang data peniaga Aceh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa soalan berkaitan dengan aktiviti DPAM dalam menaungi dan memberikan kefahaman berkenaan etika perniagaan dalam Islam bagi peniaga Aceh yang menjalankan aktiviti perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 3.2.2.2 Observasi Observasi adalah satu cara pengumpulan data tanpa melibatkan komunikasi secara langsung dengan responden. Dengan kata lain, observasi adalah pengumpulan data tanpa bertanya kepada responden. Observasi yang dilakukan oleh penulis adalah 108

dengan cara memperhatikan etika yang diamalkan oleh peniaga Aceh ketika berinteraksi dengan pelanggan dan barangan yang diperdagangkan, sama ada peniaga menjual barang elok ataupun barangan tersebut sudah tamat tempoh atau dari segi barang yang dicampur di antara barang yang tulen dengan barang yang tidak tulen atau yang elok dengan barang yang tidak elok. Kajian observasi dianggap perlu dilakukan kerana penulis ingin mendapatkan pandangan mengenai perilaku peniaga Aceh ketika berhadapan dengan pelanggan dan memperhatikan barangan yang diperjualbelikan. 9 Kelebihan observasi adalah penulis boleh mendapatkan data yang tidak penulis perolehi daripada temu bual. Ada beberapa data yang tidak responden nyatakan boleh didapatkan dengan cara observasi di tempat perniagaan. Data yang didapatkan akan direkodkan oleh penulis untuk dianalisis dengan data temu bual. Penulis mengadakan kaedah observasi secara langsung (Participant Observation) mengenai amalan etika pernigaan Islam terhadap masyarakat Aceh yang berniaga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dari hasil observasi tersebut penulis membuat sebuah kesimpulan tentang etika perniagaan Islam di kalangan peniaga Aceh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Obvervasi ini dilakukan sebelum sesi temu bual dengan peniaga Aceh, dalam masa 1 jam hingga 3 jam, dan selepas melakukan temu bual, penulis akan memohon kebenaran untuk melihat premis tersebut untuk melanjutkan observasi. Observasi yang direkodkan adalah pergerakan peniaga dalam melayani pelanggan, tabiat peniaga dalam berkerja, cara melayani pelanggan, barangan yang dijual, dan hal-hal lain yang penulis anggap perlu untuk direkodkan. Hasil dapatan daripada observasi tersebut direkodkan dengan melakukan catatan yang dapat 9 Ibid., 151. 109

menyokong dapatan dalam kajian ini. Hasil dari observasi terdapat kebanyakan responden mengikut etika perniagaan Islam, walaupu demikian ada juga yang tidak mengikut konsep etika perniagan Islam. 3.3. Kaedah Analisis Data Data sekunder dalam kajian ini setelah terkumpul sebagaimana diperlukan akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dengan membahagikan data-data tersebut kepada tema-tema tertentu mengikut kesesuaian dengan perbahasan etika perniagaan dalam Islam. Tema-tema tersebut berupa konsep etika, konsep perniagaan dalam Islam dan konsep etika perniagaan dalam Islam. Adapun data primer, berupa data-data dan maklumat mengenai amalan etika perniagaan Islam, dikumpul melalui kajian lapangan sebagaimana yang diperlukan, sama ada melalui temu bual mahupun observasi, maka selanjutnya data dan maklumat tersebut dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kualitatif. 10 Kaedah analisis kualitatif digunakan oleh penyelidik adalah dengan menganalisis corak amalan etika perniagaan Islam yang diamalkan oleh peniaga Aceh. Pada kaedah analisis kualitatif penulis akan memberikan kod pada hasil temu bual dengan responden dan mengalisis satu persatu data observasi yang telah dicatat dan mengambil isi-isi yang penulis anggap penting, kemudian akan menyusun hasil daripada kod tersebut dengan menerangkan dalam bentuk huraian yang lebih sederhana untuk dimasukkan dalam hasil kajian ini. 11 10 Sabhita Marican, Penyelidikan Sains Sosial, 215. 11 Ibid., 217. 110

Data yang telah dikumpulkan daripada kajian temu bual dan observasi diberikan kod untuk setiap jawapan yang diberikan oleh responden. Setelah itu, jawapan yang telah diberi kod akan dihuraikan menjadi ayat yang mudah difahami untuk dipaparkan dalam hasil atau dapatan kajian. 12 Tahapan analisis data yang dilakukan adalah pembersihan data, memahami data, dan penghasilan kategori atau konsep. i- Pembersihan Data Sebagai langkah pertama dalam prosedur pembersihan data, penulis menyalinkan semua rakaman audio yang mengadungi temu bual dengan responden dan semua catatan baik dari temu bual maupun catatan observasi, untuk menjadikan transkrip, kemudian setiap transkrip akan dibuat indek. Pengindeksan dilakukan dengan menetapkan satu kod kepada setiap responden yang telah ditemu bual. Penetapan kod bagi setiap transkrip dan setiap segmen di dalam transkrip adalah penting untuk memudahkan proses mendapatkan semula data asal. 13 Data yang telah dikumpulkan daripada kajian temu bual akan diberikan kod untuk setiap jawaban yang ditelah dijawab oleh responden. ii- Memahami Data Langkah yang kedua adalah memahami data yang telah penulis kumpul dan kodkan, dengan cara membaca transkrip beberapa kali, serta penulis menyediakan soalan penyelidikan utama. 14 12 Dalam hasil kajian, penulis memetik beberapa petikan daripada data temu bual. Petikan dari bahan tersebut telah diubah kepada bahasa Malaysia. 13 Marohaini Yusuf, Penyelidikan Kualitatif Pengalaman Kerja Lapangan Kajian (Penerbit: Universiti Malaya, 2013), 139. 14 Ibid., 141 111

iii- Penghasilan Kategori dan Konsep Untuk menjadikan maklumat daripada tema-tema yang berlainan penulis mendapati bahawa dengan cara mengkategorikan data berdasarkan beberapa kategori tertentu adalah sangat berguna. 15 Kemudian setelah semua data ditranskripkan dan dikodkan, penulis akan menghuraikan dalam huraian yang senang difahami yang akan dipaparkan dalam hasil kajian mengikut tema-tema tertentu. Adapun tema-tema tersebut berupa sejarah perkembangan peniaga Aceh di wilayah persekutuan Kuala Lumpur, pertubuhan Dewan Perniagaan Aceh Malaysia, Profil responden dan kefahaman mereka terhadap etika perniagaan Islam, amalan etika perniagaan oleh peniaga Aceh dan bentuk-bentuk amalan perniagaan yang bertentangan dengan etika perniagaan dalam perspektif Islam serta sebab berlakunya kesalahan di kalangan peniaga Aceh. 3.4. Kesimpulan Penyelidikan ini adalah gabungan dari penyelidikan perpustakaan (library research) dan lapangan (field research), di mana dalam penyelidikan lapangan penyelidik akan melakukan temu bual dan observasi untuk mendapatkan data yang tepat yang berhubung kait dengan perbahasan dalam kajian penyelidikan ini. Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah analisis kandungan yang dipecahkan mengikut tema-tema tertentu. 15 Ibid., 143. 112