Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS TIADA

dokumen-dokumen yang mirip
NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

Hadiah-Hadiah 1 Hadiah-Hadiah:

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

TERMA & SYARAT PERADUAN

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN RASA & MENANG

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN MIGHTY BITE

1.3 Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31 Julai 2015 pada pm akan dianggap tidak sah.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Terma & Syarat Kempen MyDebit

PETRONAS DAGANGAN BERHAD PROMOSI KOMBO RM5 UNTUK CUTI IDAMAN TERMA & SYARAT Peraduan

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Terma dan Syarat Kempen Kad Kredit-i Visa Bank Islam SWIPE & DRIVE FURTHER

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

Terma & Syarat. 1 Penganjuran & Kelayakan. 2 Tempoh Peraduan. 3 Kriteria Kelayakan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

a. Giant b. Tunas Manja/ Billion/ TF Value/ Pantai Timor

Terma & Syarat. 1.3 Hanya transaksi menggunakan kad ATM/Debit layak untuk menyertai promosi ini.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Contoh: Setiap pek MILO 2kg (pek keseluruhan), peserta akan mendapat 10 Mata.

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Terma & Syarat Peraduan DSG 45th Anniversary


2. KESAHAN MATA GANJARAN

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

ID BIG SHOT YANG TELAH DIPERUNTUKKAN DAN KAD KESETIAAN BIG TIDAK DIPERIBADIKAN

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

JomPAY epayment Campaign Terma & Syarat

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

a) Peserta mestilah mengambil foto hidangan bernutrisi yang disediakan untuk Si Manja.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Promosi Jualan Capture the Culture. Peraturan Rasmi

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma & Syarat ) KEMPEN PROMOSI HARI RAYA ( Kempen ) UNTUK PELANGGAN INDIVIDU DAN PELANGGAN BUKAN INDIVIDU.

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

Peraduan Kata Buddyz Terma & Syarat

PROJEK BLISS: TRANSFORMASI DIRIKU TERMA DAN SYARAT

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

TERMA DAN SYARAT O.M.G KEMBALI! GANJARAN LEBIH BESAR

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Save, Invest and Win. 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai RHB.

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

PETRONAS DAGANGAN BERHAD RACE TO WIN TERMA & SYARAT Peraduan

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

KAD UOB VISA INFINITE COMPLIMENTARY AIRPORT CAR RIDE Terma & Syarat Kad UOB VISA Infinite. Tempoh Kempen. Perbelanjaan yang layak

Transkripsi:

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan 1 PERADUAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ [ Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [ Penganjur ] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 07/04/2017 [setiap seorang dan secara kolektif Peserta ]. Penganjur berhak untuk meminta dokumen pengenalan sebagai bukti dan untuk tujuan mengesahkan identiti Peserta. 2 Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini: [a] Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat [b] mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]. 3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan. Tempoh 1 Peraduan akan diadakan dari 07/04/2017 hingga 21/05/2017 [ Tempoh Peraduan ]. Penganjur berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS 1 Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta mesti membeli mana-mana produk BIJIRIN SARAPAN NESTLE [ NBC ] yang turut serta bernilai sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Lima [RM5] dari mana-mana kedai yang turut serta sepanjang Tempoh Peraduan. Produk NBC yang turut serta adalah semua saiz pek-pek NESTLÉ KOKO KRUNCH, NESTLÉ HONEY STARS, NESTLÉ MILO, NESTLÉ KOKO KRUNCH DUO, NESTLÉ COOKIE CRISP dan NESTLÉ KOKO KRUNCH CHOCO CARAMEL. Satu resit bercetak yang asal [ BP ] mesti menunjukkan produk NBC turut serta yang dibeli, dengan jumlah pembelian, nama kedai, nombor resit dan tarikh pembelian dinyatakan dengan jelas pada resit bercetak [ Butir-Butir BP ]. 2 Setiap Peserta mesti menulis nama penuhnya, nombor Kad Pengenalan dan membulatkan produk NBC turut serta yang dibeli pada BP [ Butir-butir Dikehendaki ]. Tangkap satu [1] gambar BP bersama dengan butir-butir BP dan Butir-Butir Dikehendaki yang dinyatakan dengan jelas pada BP. 3 Gambar BP [ Penyertaan ] mesti dikemukakan/dihantar melalui aplikasi WhatsApp atau MMS dari manamana talian mudah alih tempatan yang berdaftar ke 017-2823155, iaitu talian telefon khas yang disediakan oleh Penganjur untuk menerima penyataan yang dihantar oleh Peserta. 4 Memandangkan 017-2823155 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, TIADA perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua Penyertaan yang dikemukakan/dihantar oleh Peserta kepada Penganjur melalui WhatsApp atau MMS. 5 Setiap BP layak untuk satu [1] Penyertaan WhatsApp atau MMS sahaja. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan/menghantar lebih daripada satu [1] Penyertaan WhatsApp atau MMS dengan BP yang sama kepada Penganjur. Penganjur berhak untuk membatalkan dan/atau menolak Penyertaan WhatsApp atau MMS dengan: [a] [b] BP yang dikemukakan adalah salinan, tidak betul, tidak jelas, koyak atau rosak; dan/atau Butir-Butir Dikehendaki tidak diberikan, tidak lengkap, tidak boleh dibaca, tidak jelas dan/atau tidak tepat. 6 Setiap Peserta dikenal pasti dengan Butir-Butir Dikehendaki yang dikemukakan dalam Penyertaan WhatsApp. 7 Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi. 1

Hadiah & Proses Pemilihan Pemenang 1 Sepanjang Tempoh Peraduan, Penganjur akan menawarkan lima [5] Hadiah Utama dan sepuluh [10] Hadiah Sagu Hati setiap minggu. Tempoh mingguan adalah seperti berikut: Minggu 1: 07/04/2017 13/04/2017 Minggu 2: 14/04/2017 20/04/2017 Minggu 3: 21/04/2017 27/04/2017 Minggu 4: 28/04/2017 04/05/2017 Minggu 5: 05/05/2017 11/05/2017 Minggu 6: 12/05/2017 21/05/2017 2 Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan pemenang, Penganjur akan memperuntukkan satu [1] nombor bersiri untuk setiap pembelian Ringgit Malaysia Lima [RM5] produk NBC yang turut serta seperti yang dinyatakan dalam setiap Penyertaan yang diterima dan diluluskan oleh Penganjur sebagai penyertaan yang berjaya [setiap satu dan secara kolektif Penyertaan Layak ]. Satu set nombor bersiri akan diperuntukkan bagi Penyertaan-Penyertaan Layak bermula dengan nombor 1. 3 Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak akan disusun kira dan dijumlahkan untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak [ Jumlah Penyertaan Layak ] bagi setiap minggu, sepanjang Tempoh Peraduan. Andainya Jumlah Penyertaan Layak sepanjang Minggu 1 ialah 1889, Penganjur akan mengira dan memilih peserta untuk memenangi hadiah berdasarkan cara berikut: [a] Pilih lima [5] Pemenang Hadiah Utama: 1889 5 = 377.8 Oleh sebab pembahagian 1889 dengan 5 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 377.8 akan dibulatkan ke bawah kepada 377. Seramai 5 Peserta dengan Penyertaan Layak yang mendapat nombor bersiri berikut akan dipilih sebagai Pemenang Hadiah Utama: 377*, 754*, 1131*, 1508 dan 1885. [*contoh pengiraan: 377, 377+377=754, 754+377=1131]. [b] Pilih sepuluh [10] Pemenang Hadiah Sagu Hati: 1889 10 = 188.9 Oleh sebab pembahagian 1889 dengan 10 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 188.9 akan dibulatkan ke bawah kepada 188. Seramai 10 Peserta dengan Penyertaan Layak yang mendapat nombor bersiri berikut akan dipilih sebagai Pemenang Hadiah Sagu Hati: 188*,376*, 564*, 752, 940, 1128, 1316, 0031504, 1692 dan1880. [*contoh pengiraan: 188, 188+188=376, 376+188=564]. 4 Penganjur akan menghubungi semua Peserta terpilih melalui nombor hubungan/talian mudah alih yang digunakan untuk menghantar Penyertaan Layak kepada Penganjur. Setiap Peserta terpilih akan ditanya satu [1] soalan untuk dijawab. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya Peserta terpilih tidak dapat dihubungi atas apa sebab sekalipun. 5 Untuk memenangi hadiah, Peserta terpilih mesti menjawab soalan yang dikemukakan oleh Penganjur dengan betul. Sekiranya Peserta terpilih gagal untuk menjawab soalan dengan betul dan/atau jelas, beliau akan disingkirkan oleh Penganjur. Peserta dengan Penyertaan Layak yang diberi nombor bersiri seterusnya selepas Peserta yang disingkirkan akan menjadi Peserta terpilih berikutnya untuk memenangi hadiah. 6 Setiap Pemenang Hadiah Utama mingguan akan menerima satu loket Emas Tulen 999.9 Koko Krunch 5g. 7 Setiap Pemenang Hadiah Sagu Hati mingguan akan menerima Baucar Beli-Belah bernilai Ringgit Malaysia Dua Ratus [RM200]. 8 Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu [1] hadiah setiap minggu. Jika seorang Peserta mempunyai dua [2] atau lebih Penyertaan sah yang melayakkannya menerima dua [2] atau lebih hadiah dengan nilai yang berlainan, bermakna Peserta ini hanya layak untuk memenangi hadiah yang bernilai lebih tinggi. Peserta dengan Penyertaan Layak yang diberi nombor bersiri seterusnya selepas Peserta yang memenangi hadiah berulang akan menjadi Peserta terpilih berikutnya untuk memenangi hadiah dengan nilai lebih rendah. Setiap Peserta hanya layak untuk memenangi satu [1] Hadiah Utama dan satu [1] Hadiah Sagu Hati sepanjang Tempoh Peraduan. 9 Penganjur berhak untuk meminta bukti BP untuk pengesahan. Peserta MESTI menyimpan BP asal yang dikemukakan dalam Penyertaan Layak untuk tujuan pengesahan dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk menunjukkan BP apabila diminta oleh Penganjur akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah. Liabiliti dan Tanggungjawab 2

1 Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah serta terma dan syarat yang disertakan dengan semua Hadiah, jika ada. Hadiah yang hilang dan/atau rosak semasa dalam proses penghantaran tidak akan diganti dan Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang dan semua liabiliti yang timbul dan tidak bertanggungjawab untuk menggantikan hadiah yang hilang dan/atau rosak. 2 Nama Pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.nestle.com.my]. 3 Pemenang dan/atau waris mereka hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Acara Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti. 4 Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk Peraduan dan untuk menebus Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya. 5 Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi. Hak Penganjur 1 Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menyemak dan mengubah proses pemilihan Pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu. 2 Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya. 3 Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Peraduan. Peserta tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut. 4 Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki membega proses penghantaran penyertaan Peraduan atau pengendalian Peraduan dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang dipercayai melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang menjejaskan Peraduan. 5 Penganjur berhak untuk meminda, menggantung atau membatalkan Peraduan sekiranya Penganjur tidak dapat mengendalikan Peraduan seperti yang dirancang termasuk tetapi tidak terhad kepada campur tangan tidak sah, penipuan, kegagalan teknikal atau sebarang sebab lain di luar kawalan Penganjur, walaupun dengan usaha terbaik Penganjur. Notis Privasi 3

1. Dengan menyertai Peraduan, anda telah bersetuju Nestlé Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 ( Kumpulan Nestlé Malaysia ) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami ( Pihak-Pihak Ketiga Lantikan ) (secara kolektif Penganjur atau kami") untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan bagi tujuan Peraduan. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan maklumat peribadi lain anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. 2. Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekiranya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini. 3. Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami. 4. Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini. 5. Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkahlangkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Dasar Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy. 6. Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Penganjur akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang sama atau setara, seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy. 7. Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada: Nestlé Products Sdn. Bhd., 22-1, Tingkat 22, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Atau Borang Web : https://www.nestle.com.my/contactus. Atau Hubungi kami : 1-800-88-3433. 8. Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Peraduan, dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda. 9. Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Dasar Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Dasar Privasi kami dari semasa ke semasa. Terma dan Syarat 1 Gambar Hadiah yang ditunjukkan pada borang penyertaan Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada barangan sebenar. Harga yang ditunjukkan adalah betul pada tarikh percetakan. 2 Syarat dan Peraturan Peraduan disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara mana-mana versi Syarat dan Peraturan Peraduan, versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di laman web Penganjur hendaklah diguna pakai. 3 Syarat dan Peraturan Peraduan dan kaedah penyertaan Peraduan boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Peraduan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat. 4 Dengan menyertai Peraduan dan Cabaran, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan 4

Peraturan, dan keputusan Penganjur. 5