TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

dokumen-dokumen yang mirip
TEKS UCAPAN BRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM

MAJLIS PERASMIAN PESTA TAMU GADANG KE 12 TEKS UCAPAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Y.BHG.

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 2 UTeM 2007

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 1 UTeM

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL PROF. DATUK SRI PANGLIMA DR KAMARUZAMAN HJ. AMPON

Yang Berusaha Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Encik Afizal Abu Othman. Pegawai-pegawai Unit Sukan UniMAP, Pengadil-pengadil kejohanan,

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Yang Berusaha En. Joannes Solidau Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TALKING POINT Y.BHG. PROFESOR DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan isteri.

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 3 JANUARI 2010 DI DEWAN 2020

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Dewan Resital 29 Julai 2008, jam 8.00 pagi. Yang Berbahagia Datuk Hajjah Rosnani Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

TARIKH: 29 OGOS TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

[UNIT UPACARA & PROTOKOL

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN BERSAMA YAKULT

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH MAJLIS PERHIMPUNAN HOS TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

TEKS UCAPAN PERASMIAN. BRIG. JEN. Prof. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR Universiti Malaysia Sabah

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

TERTIB ACARA PENTADBIRAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PERKHEMAHAN BITARA STEM UKM-FELDA OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA 6 JUN 2014 (JUMAAT) JAM 9.

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Y.Bhg Profesor Dr.Ali Yeon Md Shakaff Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa UniMAP

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP EMYIS OKTOBER 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

TEKS UCAPAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

TEKS UCAPAN KOL. PROF. DATO DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIMAP SEMPENA MALAM JASAMU DIKENANG PADA 1 MEI 2007

Siri Ceramah ARIF BUDIMAN. Prof Dr Mahsun Prof Dr Arndt Graf Datuk Al azhar Prof Dr tatiana Denisova

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA ENCIK TAJUDDIN ATAN, KETUA EKSEKUTIF BANK SIMPANAN NASIONAL,

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Transkripsi:

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.00am Tempat: DKP 1 (TEMA 1 MALAYSIA MELAMBANGKAN 1 BUDAYA )

Bismillahir Rahmanir Rahim Asalamualaikum WBT, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia Terima kasih kepada pengacara majlis, Yang berusaha, Profesor Madya Dr Haji Kasim Haji Md. Mansur, T imbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Yang berusaha, Encik Darwis Awang, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah. Yang berusaha, Encik Alan James, Pegawai penyelaras Pesta kaamatan Sabah Peringkat IPTA/IPTS kali ke-9. Yang Dikasihi, Jijiy Bin Domin Ketua pengarah Pesta kaamatan Sabah Peringkat IPTA/IPTS kali ke-9. Mahasiswa dan Mahasiswi, Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian, Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat IIahi kerana dengan izin, limpah dan kurnia-nya, kita dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Kuliah Perdana Satu pada pagi yang indah ini untuk menyaksikan Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Sabah Peringkat IPTA dan IPTS kali ke-9 tahun 2010. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang kepada tuan-tuan dan puan-puan yang hadir sekaligus memeriahkan lagi program kebudayaan suku kaum Kadazandusun yang sememangnya menjadi antara tumpuan para pelajar bukan sahaja

di kalalangan siswa siswi UMS tetapi juga pelajar dari IPTA dan IPTS di seluruh negeri ini. Pesta Kaamatan Sabah peringkat IPTA dan IPTS ini merupakan acara tahunan UMS yang kini penganjurannya memasuki kali yang ke-9. Semenjak permulaan penganjurannya, penyertaan di kalangan pelajar sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini telah menyuntik semangat mahasiswa dan mahasiswi UMS untuk menganjurkan program ini dari tahun ke tahun dengan penuh komitmen tanpa mengenal erti putus asa. 1Malaysia Melambangkan 1Budaya merupakan tema yang dipilih oleh pihak universiti pada tahun ini. Tema ini dilihat amat bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kita sanjungi. Tema ini ternyata jelas menjurus kepada perpaduan dan kerjasama antara pelbagai kaum kerana warga kampus UMS bukan sahaja dapat berkumpul bersama-sama malah ianya juga sekaligus memastikan adat budaya tradisional warisan turun temurun terus terpelihara. Amalan ini perlu terus dijadikan sebagai budaya dalam kalangan rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan suasana kehidupan yang harmoni dalam pelbagai lapisan masyarakat majmuk. Saya percaya, mungkin masih terdapat di antara kita yang hadir pada pagi ini yang masih kurang arif dengan perayaan Pesta Kaamatan ini. Sebagai makluman hadirin dan hadirat sekalian, Pesta Kaamatan ini merupakan perayaan yang disambut oleh Kaum Bumiputera Sabah dari suku kaum Kadazandusun. Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazandusun sejak zaman-berzaman yang biasanya diadakan selepas selesai musim menuai padi. Selain itu, Pesta Kaamatan juga merupakan tanda kesyukuran dalam mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan

lumayan. Pada masa kini, perayaan ini turut diisi dengan pelbagai acara kebudayaan pertandingan termasuklah Unduk Ngadau dan pertandingan nyanyian Sugandoi. Pesta Kaamatan merupakan landasan yang baik untuk mendedahkan kesenian dan kebudayaan Kaum Bumiputera Sabah kepada para mahasiswa dan mahasiswi mahupun hadirin dan hadirat yang berasal dari luar Sabah. Suda pasti melalui aktivitiaktiviti kebudayaan seumpama ini sekaligus membolehkan para pelajar UMS lebih memahami budaya tempatan di negeri ini. Selain itu, landasan ini juga mampu memupuk perpaduan dan persefahaman yang kukuh. Sememangnya, perpaduan yang kuat di kalangan rakyat adalah kunci ke arah menjadikan negara kita ini menjadi sebuah negara makmur dan harmoni yang disegani mata dunia. Kita harus berbangga dan bersyukur atas kejayaan yang dicapai oleh negara Malaysia yang kita cintai. Selain itu, seperti yang saya katakan tadi, penganjuran Pesta Kaamatan ini juga akan mengekalkan dan memelihara kebudayaan Kaum Bumiputera Sabah agar tidak hilang ditelan dek zaman. Sesungguhnya, warisan kebudayaan merupakan aset yang amat penting bagi sesuatu kaum. Sekiranya warisan sesuatu kaum hilang, maka hilanglah identiti kaum tersebut. Oleh yang demikian, setiap orang khususnya golongan generasi muda harus mengambil tahu tentang kebudayaan kaum sendiri. Dengan ini, setiap amalan budaya tradisional akan terus kekal menjadi warisan kepada generasi akan datang. Mewarisi tradisi kaum kita bukan bermakna kita bersifat kolot atau berfikiran lama, malah kita perlu bangga dengan kebudayaan kaum sendiri dan memeliharanya sampai ke generasi yang seterusnya. Dalam Pesta Kaamatan, selain penglibatan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan, pelajar-pelajar juga harus menghayati nilai-nilai yang terdapat dalam penganjurannya. Sebagai contoh, Kesyukuran merupakan simbolik

kepada pesta ini. Oleh itu, pelajar boleh mengambil iktibar dengan sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang dan terus berusaha untuk meningkatkan pencapaian yang lebih memberangsangkan dari semasa ke semasa. Saya percaya, dengan adanya sikap seumpama ini, ia dapat membantu pelajar mempertingkatkan mutu sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat bagi memastikan Pesta Kaamatan Sabah peringkat IPTA dan IPTS berjalan dengan lancar. Semoga dengan berlangsungnya Majlis Pesta Kaamatan ini akan mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan semangat cintakan amalan budaya tradisional di kalangan para pelajar dan warga UMS secara keseluruhannya. Dengan lafaz Bismislahir Rahmanir Rahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Pesta Kaamatan peringkat Sabah IPTA dan IPTS kali ke-9 2010. Sekian, Asslamualaikum w.b.t.