TEKS UCAPAN YBHG. DATO SYED KAMARULZAMAN BIN DATO SYED ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN PENGARAH URUSAN PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: FORUM PERNIAGAAN FRANCAIS POTENSI PENGLIBATAN KOPERASI DALAM SISTEM PERNIAGAAN FRANCAIS PADA: 9 OKTOBER 2014 (KHAMIS) 9 PAGI BERTEMPAT DI: MENARA PNS, BANGSAR SOUTH 1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis SALUTASI YBhg. Prof Madya Dr. Abdul Rahman Shaik Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia YBhg. Pn. Norwatim Hj. Abd. Latif (selaku moderator) 2
Timbalan Ketua Pengarah Akademik Maktab Koperasi Malaysia Puan Noorzeeta Ramli Pengarah Pusat Pengurusan Perniagaan Ahli ahli lembaga pengarah koperasi, Para koperator koperasi, Hadirin yang saya hormati sekalian. 1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan rahmat-nya dapat saya menghadirkan diri 3
bersama tuan/puan di Forum Perniagaan Francais pada pagi ini. 2. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Maktab Koperasi Malaysia (MKM) kerana telah berjaya berkolaborasi bersama sama PNS dalam menjayakan forum perniagaan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kerana sudi menjemput saya dan sekaligus merasmikan program kita pada hari ini. Tuan-Tuan dan Puan Puan yang dihormati sekalian, 4
INDUSTRI FRANCAIS. 3. Suka saya nyatakan bahawa industri francais Malaysia menunjukkan perkembangan positif dengan 58 produk tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara, dan PNS selaku peneraju industri ini sehabis baik akan memperhebatkan usaha bagi meningkatkan lagi perkembangan industri ini. 4. PNS melalui Akademinya sentiasa bergerak seiring dengan misi untuk melahirkan lebih ramai 5
usahawan francais menerusi program-program yang telah dirancang dan diaturkan. 5. Untuk makluman tuan/puan setakat ini ialah seramai 743 francaisor atau jenama tempatan dan 7545 francaisi telah berdaftar dengan KPDNKK. 6. Justeru itu adalah menjadi harapan PNS agar, kerjasama daripada agensi-agensi lain,persatuan-persatuan perniagaan mahupun koperasikoperasi serta pemain industri tempatan dapat bekerjasama menguar-uarkan ilmu, dan 6
peluang yang ada dalam industri francais kepada mereka yang berminat dengan industri ini dan sekaligus bersama-sama merancakkan lagi pertumbuhan industri ini. 7. Saya difahamkan tuan puan yang hadir ini merupakan ahli lembaga koperasi dan ahli-ahli koperasi yang saya yakin ada perniagaan yang telah dijalankan. 8. Oleh itu, saya harapkan dengan adanya forum pada pagi ini ianya dapat memberi sedikit pencerahan kepada tuan/puan mengenai industri francais yang 7
mana mungkin ada yang berminat untuk memfrancaiskan perniagaan sedia ada tuan/puan. 9. Setakat ini untuk sektor koperasi yang telah melebarkan sayap perniagaanya di dalam industri francais ialah di dalam sektor pajak gadai berlandaskan syariah, sektor pemakanan dan sektor perhotelan. Kita masih boleh meluaskan lagi penglibatan-penglibatan koperasi di dalam bidang perniagaan yang berpotensi tinggi. 8
PNS & SKM 10. Sebagai makluman PNS dan SKM telah pun bergabung dengan Perjanjian Persefahaman (Mou) semasa Hari Koperasi Negara 2013, yang mana telah pun memberi peluang kepada koperasi, anggota koperasi dan syarikat syarikat francais untuk bekerjasama menjadikan bidang francais sebahagian daripada produk perniagaan mereka, dan dalam tempoh setahun gabungan kerjasama PNS dan SKM telah menunjukkan sambutan positif di 9
kalangan francaisor dan para koperator koperasi. 11. Justeru adalah menjadi harapan PNS agar lebih banyak koperasi melabur dalam perniagaan francais dan untuk tahun 2014, PNS telah memperuntukkan RM2 Juta pembiayaan kepada bakal-bakal franchaisor. KESIMPULAN 12. Akhir kata, saya mengucapkan selamat berforum kepada semua hadirin, yang 10
mana forum sebentar lagi akan dikelolakan oleh Pegawai PNS, Encik Zafrul Azman. 13. Semoga banyak pengetahuan, ilmu dan informasi yang berguna dapat disampaikan kepada tuan/puan. 14. Saya dengan lafaz Bismilahirahmannirrahim merasmikan Forum Perniagaan Francais pada hari ini. Sekian Terima Kasih. 11