Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

dokumen-dokumen yang mirip
Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Fasal-fasal yang dipinda

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

TERMA & SYARAT PERADUAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

Kempen Auto-billing TEMPOH KEMPEN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Program 20% Festive Cash Back. Terma dan Syarat

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Terma dan Syarat OCBC SME Access

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Borang Permohonan bermaksud borang permohonan yang dikeluarkan oleh Bank untuk langganan kepada Perkhidmatan (seperti yang ditafsirkan di sini).

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Kempen Double Rewards UOBM Terma dan Syarat

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

Polisi Privasi. Pengenalan

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Transkripsi:

Definisi Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:- Istilah Pelanggan Bank yang Terlibat Huraian Seorang Pelanggan di mana CASA atau Akaun Kad beliau telah salah didebitkan atau dikreditkan akibat Arahan Pembayaran Salah atau Arahan Pembayaran Penipuan yang disebabkan oleh Peserta atau Pelanggan lain atau MyClear. Pengebil yang Terlibat Pengebil yang menerima Arahan Pembayaran Salah atau Arahan Pembayaran Penipuan dan/atau dana akibat kesilapan Peserta atau Pelanggan lain atau MyClear. Peserta yang Terlibat Bank Pembayaran Berkelompok Bil Pengebil Bank Pengebil Kod Pengebil Hari Perniagaan CASA Akaun Kad Peserta yang menerima Arahan Pembayaran Salah atau Arahan Pembayaran Penipuan dan/atau dana akibat kesilapan Peserta atau Pelanggan lain atau MyClear. Sebuah institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan/atau Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002. Pembayaran yang dilakukan kepada satu atau lebih dari satu Pengebil dengan mengumpul dan menggabungkan Arahan Pembayaran individu dan menghantar Arahan Pembayaran ini secara kolektif pada waktu yang dijadualkan. Penyata terperinci mengenai wang terhutang, atau permintaan untuk membayar, untuk barangan yang dibeli, penyediaan perkhidmatan dan/atau sebarang transaksi perniagaan yang lain. Agensi kerajaan, badan berkanun, perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian, syarikat atau organisasi, persatuan, pertubuhan amal yang menyertai Skim untuk mengutip bayaran Bil. Peserta yang dilantik oleh Pengebil untuk memudahkan pengumpulan pembayaran Bil daripada Pengebil melalui Skim. Kod angka abjad yang unik untuk mengenal pasti: Pengebil; atau kategori produk atau perkhidmatan Pengebil bagi tujuan penghalaan Pembayaran kepada Pengebil. Mana-mana hari kalendar dari Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum atau cuti bank di Kuala Lumpur. Akaun Semasa dan Akaun Simpanan. Akaun kad kredit, akaun kad caj dan akaun kad prabayar.

Pelanggan Arahan Pembayaran Salah Arahan Pembayaran Penipuan GIRO Antara Bank atau IBG Waktu Terakhir IBG pada Hari yang Sama Jenama JomPAY Skim Pengendali Skim (Scheme Operator atau SO) MyClear Istilah yang digunakan untuk merujuk secara kolektif kepada Pengebil, Pembayar dan pelanggan lain Peserta. Arahan Pembayaran yang dimulakan dengan salah atau tidak betul seperti berikut: Peserta meletakkan kemasukan yang salah ke akaun bank Pengebil/Pembayar, atau mengeluarkan Arahan Pembayaran yang tidak sah, tidak betul, yang salah ditujukan atau diulang bagi pihak Pengebil/Pembayar akibat kesilapan teknikal atau kesilapan operasi; Kesilapan teknikal atau operasi di pihak Pengendali Skim yang mengakibatkan Arahan Pembayaran yang tidak betul atau diulang; dan Arahan Pembayaran Tersilap yang ditujukan kepada Pengebil/Pembayar yang salah, mengandungi nombor rujukan penerima yang tidak betul, menyatakan jumlah yang salah, atau diulang. Pembayaran yang dilakukan secara tidak jujur atau secara penipuan dan di mana Pembayar inginkan pembayaran balik. Ini termasuk keadaan di mana pembayar melakukan pembayaran akibat daripada invois penipuan yang dikeluarkan oleh pihak ketiga yang berupa Pengebil (tetapi bukan Pengebil sebenarnya) atau pihak ketiga yang menyamar sebagai Pengebil. Sistem pembayaran antara bank dan pemindahan dana yang memudahkan pembayaran dan pengutipan melalui pertukaran transaksi berdigit antara bank. Tarikh akhir pada Hari Perniagaan di mana dana daripada Arahan Pembayaran yang: Dimulakan sebelum tarikh akhir ini akan dikreditkan pada Hari Perniagaan yang sama Dimulakan selepas tarikh akhir ini akan dikreditkan pada Hari Perniagaan yang berikutnya. Jenama, ikon, logo dan tanda bagi Skim JomPAY. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyClear bagi memudahkan pembayaran Bil yang sentiasa tersedia di seluruh industri melalui penggunaan Kod Pengebil dan Nombor Rujukan Penerima (Recipient Reference Numbers atau RRN ) yang standard. Pemilik dan pengendali Skim. Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. Arahan Pembayaran Pembayaran yang dilakukan, atau tidak dilakukan, kepada seseorang

Tersilap Peserta Arahan Pembayaran atau Pembayaran Pembayar Bank Pembayar Data Peribadi Pemberitahuan Masa Nyata (Real Time Notification atau RTN) Pembalikan atau untuk jumlah yang tidak selaras dengan Arahan Pembayaran daripada Pembayar atau mengandungi kesilapan dalam Arahan Pembayaran daripada Pembayar yang mengakibatkan pembayaran: ditujukan kepada Pelanggan yang salah mengandungi Nombor Rujukan Penerima yang tidak betul menyatakan jumlah yang salah; atau diulang. Bank yang menyertai Skim. Perintah daripada Pembayar kepada Bank Pembayar yang mengarahkan Bank Pembayar untuk: Mengeluarkan dana dari akaun bank Pembayar; dan Menghantar kemasukan IBG bagi memindahkan dana ke Bank Pengebil untuk membayar Bil kepada Pengebil. Individu, syarikat, badan korporat, perniagaan (termasuk pemilikan tunggal dan perkongsian), agensi kerajaan, badan berkanun, persatuan, dan pelanggan Bank lain yang melakukan pembayaran kepada Pengebil dengan menggunakan Skim. Peserta dalam Skim yang menawarkan perkhidmatan yang membenarkan Pembayar memulakan Arahan Pembayaran. Mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama Pembayar, alamat, pekerjaan, butiran perhubungan, maklumat yang diperoleh daripada sistem keselamatan (termasuk rakaman imej anda di Televisyen Litar Tertutup (Closed Circuit Television atau CCTV)), maklumat yang terkandung dalam CASA atau Kad Pembayar sama ada secara tunggal atau bersama dengan mana-mana individu lain, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang Pembayar telah melanggan berhubung dengan CASA atau Akaun Kad dan data lain sedemikian yang diperlukan mengenai Pembayar dan transaksi Pembayar dengan menggunakan CASA atau Akaun Kad Pembayar. Suatu bentuk mesej elektronik yang dihantar kepada Pengebil untuk memberikan notis terlebih dahulu mengenai bayaran yang akan diterima dari Pembayar sebaik sahaja CASA atau Kad Akaun Pembayar telah berjaya didebitkan untuk Arahan Pembayaran kepada Pengebil. Transaksi yang: dimulakan oleh Pengebil untuk membatalkan Arahan Pembayaran Salah; mungkin melibatkan pelarasan debit atau kredit ke dalam akaun Pembayar yang dikaitkan dengan Arahan Pembayaran Salah; dan mungkin melibatkan pelarasan kepada akaun bank Pengebil yang dinamakan dalam Arahan Pembayaran Salah, jika dana dari Arahan Pembayaran Salah telah digunakan ke atas akaun

bank tersebut. Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran Kerugian Tidak Boleh Dipulihkan Kami atau kita Pembayaran yang dilakukan tanpa kebenaran Pembayar yang dikatakan telah memberikan Arahan Pembayaran untuk memulakan pembayaran (dan dari akaun di mana Pembayaran tersebut telah didebitkan) atau Pembayaran tidak sah yang dilakukan oleh Pembayar untuk apa-apa sebab selain daripada penipuan. Ia termasuk keadaan di mana Pembayaran telah dilakukan oleh pihak ketiga yang telah mendapat akses yang tidak dibenarkan untuk CASA atau Akaun Kad Pembayar dan melakukan transaksi tanpa kebenaran dari CASA atau Akaun Kad Pembayar untuk melakukan pembayaran lain. Walau bagaimanapun, ia tidak termasuk Arahan Pembayaran Penipuan. Bahagian dana yang dikreditkan kepada pihak yang salah akibat Arahan Pembayaran Salah atau Arahan Pembayaran Penipuan yang tidak boleh didapatkan semula selepas Peserta telah melaksanakan semua proses untuk mendapatkan balik dana. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) Bahagian 1 1. PEMBAYARAN 1.1 Kami akan memproses pembayaran kepada Pengebil mengikut Arahan Pembayaran yang berdasarkan tempoh masa berikut: Pembayaran yang Dimulakan oleh Dana yang Diterima oleh Pengebil Pembayar Hari Perniagaan Sebelum 5.00 pagi Hari Perniagaan yang Sama Sebelum 11.00 pagi (Isnin Jumaat) 5.01 pagi - 8.00 pagi Sebelum 2.00 petang 8.01 pagi - 11.00 pagi Sebelum 5.00 petang 11.01 pagi - 2.00 petang Sebelum 8.20 malam 2.01 petang - 5.00 petang Sebelum 11.00 malam Selepas 5.00 petang Hari Perniagaan Sebelum 11.00 Bukan Hari Perniagaan (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan) yang Berikutnya Hari Perniagaan yang Berikutnya pagi Sebelum 11.00 pagi

1.2 Kami tidak akan menerima perintah untuk menghentikan Arahan Pembayaran apabila Pembayar telah mengarahkan kami untuk melaksanakan Arahan Pembayaran kecuali apabila: 1.2.1 Kami telah membuat kesimpulan yang sewajarnya bahawa Arahan Pembayaran tersebut merupakan penipuan atau tidak dibenarkan; atau 1.2.2 Arahan Pembayaran tersebut merupakan pembayaran yang bertarikh pada masa hadapan yang kami belum menghantar ke IBG. 1.3 Pembayar perlu memaklumkan kami dengan serta-merta jika Pembayar menyedari bahawa beliau telah melakukan kesilapan (kecuali bayaran yang berkurangan) apabila mengarahkan kami untuk melakukan pembayaran, ATAU jika Pembayar tidak membenarkan bayaran yang telah dilakukan dari CASA atau Kad Akaun Pembayar. Kaedah mendapatkan balik dana untuk bayaran sedemikian akan dihuraikan dalam Klausa 2. 1.4 Sekiranya terdapat kurang bayar, Pembayar boleh melakukan pembayaran lain untuk perbezaan dalam jumlah tersebut. 1.5 Kami akan memaklumkan status arahan pembayaran JomPAY kepada anda termasuk sebab-sebab arahan pembayaran Pembayar tidak hadir yang ditolak atau gagal. Walau bagaimanapun, anda mempunyai pilihan untuk tidak menerima pemberitahuan ini atas permintaan anda. 2 MENDAPATKAN BALIK DANA DAN LIABILITI UNTUK PEMBAYARAN 2.1 Kami akan membetulkan Arahan Pembayaran Tersilap yang dilakukan oleh Pembayar menurut terma dan syarat di sini, dengan syarat bahawa syarat-syarat berikut dipenuhi: a) Pembayar memaklumkan kami dengan serta-merta apabila Pembayar menyedari sebarang kelewatan atau kesilapan dalam pemprosesan Pembayaran; dan b) kami berpuas hati bahawa Arahan Pembayaran Tersilap telah berlaku. 2.2 Tertakluk kepada Klausa 2.1, kami akan cuba untuk membetulkan apa-apa perkara sedemikian yang berhubung dengan Arahan Pembayaran Tersilap yang dilakukan oleh Pembayar, dengan cara yang dinyatakan dalam klausa ini: a) Untuk pembayaran yang salah ditujukan, pembayaran diulang atau Kod Pengebil yang tidak betul atau RRN yang tidak betul, permintaan untuk mendapatkan semula dana akan dikemukakan kepada Bank Pengebil yang menerima dana yang salah; b) Apabila kami berpuas hati bahawa kesilapan untuk bayaran jumlah yang tidak betul adalah disebabkan oleh Pengebil, kami akan melaksanakan

Pembalikan kepada CASA atau Akaun Kad Pembayar dan permintaan untuk mendapatkan semula dana akan dikemukakan kepada Bank Pengebil bagi Pengebil untuk kesilapan tersebut; c) Bagi bayaran yang tidak dilengkapkan atau gagal di pihak kami, kami akan mengkreditkan semula jumlah bayaran yang gagal tersebut ke dalam CASA atau Akaun Kad Pembayar apabila kami berpuas hati bahawa Arahan Pembayaran telah gagal dan tidak dapat diproses dengan sewajarnya di pihak kami; d) Bagi bayaran yang tidak dilengkapkan atau gagal di pihak Pengendali Skim atau Bank Pengebil, kami akan mengkreditkan semula jumlah bayaran gagal tersebut kepada Pembayar ke dalam CASA atau Akaun Kad Pembayar sebelum memulakan permintaan untuk mendapatkan balik dana. 2.3 Permintaan untuk mendapatkan balik dana yang dilakukan bagi pihak Pembayar untuk Arahan Pembayaran Tersilap seperti yang dinyatakan dalam Klausa 2.2 atau Arahan Pembayaran Salah akan diproses mengikut Klausa 3. Tertakluk kepada Klausa 3, kami akan bekerjasama dengan Peserta yang Terlibat untuk meminta dan mendapatkan balik dana bagi pihak Pembayar. 2.4 Semua pertanyaan atau aduan yang ditimbulkan oleh Pembayar mengenai Arahan Pembayaran Tersilap akan diselesaikan tidak lewat daripada empat belas (14) Hari Perniagaan. Semua pertanyaan dan aduan yang diterima selepas jam 5 petang pada Hari Perniagaan akan dianggap telah diterima pada permulaan Hari Perniagaan yang berikutnya. 2.5 Kami berhak untuk mendebitkan CASA atau Akaun Kad Pembayar (bagi mendapatkan balik dana) sekiranya kami tidak mendebitkan CASA atau Akaun Kad Pembayar selepas Arahan Pembayaran telah dilaksanakan sewajarnya dan dengan berjaya. 2.6 Tertakluk kepada Klausa 3 di sini (untuk permintaan dana yang dilakukan oleh Bank Pembayar), kami berhak untuk mendebitkan CASA atau Akaun Kad Pembayar untuk dana yang dikreditkan ke dalam akaun sedemikian akibat bayaran seperti berikut yang dilakukan oleh pihak selain dari Pembayar: a) Arahan Pembayaran Tersilap; b) Arahan Pembayaran Salah; c) Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran; dan d) Arahan Pembayaran Penipuan.

3. ARAHAN PEMBAYARAN SALAH/ARAHAN PEMBAYARAN TERSILAP 3.1 Pembayar boleh memohon untuk mendapatkan balik dana yang salah dipindahkan kepada Pelanggan Bank yang Terlibat yang bukan Pengebil mengikut cara yang berikut: 3.1.1 Untuk mendapatkan balik dana yang salah dikreditkan kepada Pelanggan Bank yang Terlibat yang bukan Pengebil, di mana permintaan diterima dalam tempoh dua puluh satu (21) Hari Perniagaan daripada tarikh Arahan Pembayaran Salah atau Arahan Pembayaran Tersilap, kami akan berusaha mendapatkan balik dana dan meremit dana ke dalam CASA atau Akaun Kad Pembayar dalam tempoh empat (4) Hari Perniagaan, jika syarat-syarat berikut dipenuhi: 3.1.1.1 Peserta yang Terlibat berpuas hati sepenuhnya bahawa dana telah salah dikreditkan ke akaun Pelanggan Bank yang Terlibat; 3.1.1.2 Terdapat baki yang mencukupi dalam akaun terlibat tersebut; dan 3.1.1.3 Tidak ada bukti bahawa Pelanggan Bank yang Terlibat berhak untuk mendapat dana berkenaan. 3.1.2 Untuk mendapatkan balik dana yang salah dikreditkan kepada Pelanggan Bank yang Terlibat yang bukan Pengebil, di mana permintaan diterima dalam tempoh dua puluh dua (22) Hari Perniagaan dan tujuh (7) bulan daripada tarikh Arahan Pembayaran Salah atau Arahan Pembayaran Tersilap, kami akan berusaha mendapatkan balik dana dan meremit dana ke dalam CASA atau Akaun Kad Pembayar dalam tempoh lima belas (15) Hari Perniagaan, jika syarat-syarat berikut dipenuhi: 3.1.2.1 Peserta yang Terlibat berpuas hati sepenuhnya bahawa dana telah salah dikreditkan ke akaun Pelanggan Bank yang Terlibat; dan 3.1.2.2 Terdapat baki yang mencukupi dalam akaun Pelanggan Bank yang Terlibat; dan 3.1.2.3 Tidak ada bukti bahawa Pelanggan Bank yang Terlibat berhak untuk mendapat dana berkenaan. 3.1.3 Untuk mendapatkan balik dana yang salah dikreditkan kepada Pelanggan Bank yang Terlibat yang bukan Pengebil, di mana permintaan diterima dalam tempoh tujuh (7) bulan daripada tarikh Arahan Pembayaran Salah atau Arahan Pembayaran Tersilap, kami akan berusaha mendapatkan balik dana dan meremit dana ke dalam CASA atau Akaun Kad Pembayar dalam tempoh empat (4) Hari Perniagaan, jika syarat-syarat berikut dipenuhi:

3.1.3.1 Peserta yang Terlibat berpuas hati sepenuhnya bahawa dana telah salah dikreditkan ke akaun Pelanggan Bank yang Terlibat; dan 3.1.3.2 Tidak ada bukti bahawa Pelanggan Bank yang Terlibat berhak untuk mendapat dana berkenaan; dan 3.1.3.3 Pelanggan Bank yang Terlibat telah memberi persetujuan untuk kami mendebit akaunnya. 3.2 Pembayar boleh memohon untuk mendapatkan balik dana yang salah dipindahkan kepada Pelanggan Bank yang Terlibat yang merupakan Pengebil mengikut cara yang berikut: 3.2.1 Tertakluk kepada Klausa 3.2.2, jika permintaan diterima dalam tempoh dua puluh satu (21) Hari Perniagaan daripada tarikh Arahan Pembayaran Salah/Arahan Pembayaran Tersilap, kami akan berusaha mendapatkan balik dana dan meremit dana ke dalam CASA atau Akaun Kad Pembayar dalam tempoh satu (1) Hari Perniagaan: 3.2.1.1 Jika Peserta yang Terlibat berpuas hati sepenuhnya bahawa dana telah salah dikreditkan kepada Pengebil yang Terlibat; 3.2.1.2 Dana telah dikreditkan ke akaun Pengebil yang Terlibat; 3.2.1.3 Pengebil yang Terlibat belum bertindak ke atas RTN; 3.2.1.4 RTN belum disampaikan kepada Pengebil yang Terlibat; 3.2.1.5 Terdapat baki yang mencukupi dalam akaun Pengebil yang Terlibat untuk menampung jumlah pemulihan; dan 3.2.1.6 Peserta yang Terlibat akan memberikan pemberitahuan bertulis kepada Pengebil yang Terlibat sebelum mendebitkan akaunnya. 3.2.2 Jika dana belum lagi dikreditkan ke akaun Pengebil yang Terlibat dan Pengebil yang Terlibat telah bertindak ke atas RTN (telah menghantar barangan atau menyediakan perkhidmatan), dana tersebut mungkin tidak boleh dipulihkan sepenuhnya. 3.2.3 Untuk mendapatkan balik dana yang salah dikreditkan ke Pelanggan Bank yang Terlibat yang merupakan Pengebil, di mana permintaan diterima antara dua puluh dua (22) Hari Perniagaan dan tujuh (7) bulan daripada tarikh Arahan Pembayaran Salah atau Arahan Pembayaran Tersilap, pemulihan dana akan diproses mengikut Klausa 3.1.2 di sini. 3.2.4 Untuk mendapatkan balik dana yang salah dikreditkan ke Pelanggan Bank yang Terlibat yang merupakan Pengebil, di mana permintaan diterima selepas tujuh (7) bulan daripada tarikh Arahan Pembayaran Salah atau Arahan Pembayaran Tersilap, pemulihan dana akan diproses mengikut Klausa 3.1.3 di sini. 3.3 Meskipun dengan apa-apa yang tersebut di atas, jika dana untuk Arahan Pembayaran Salah atau Arahan Pembayaran Tersilap tidak boleh diperoleh atau

diperoleh sepenuhnya akibat baki yang tidak mencukupi dalam akaun Pelanggan Bank yang Terlibat, ia akan dianggap sebagai Kerugian Tidak Boleh Dipulihkan. Bagi mengelakkan keraguan, pihak yang bertanggungjawab untuk kesilapan, menyebabkan kesilapan, menyebabkan Pembayaran yang tidak lengkap atau yang gagal adalah bertanggungjawab untuk Kerugian Tidak Boleh Dipulihkan tersebut. Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran dan Arahan Pembayaran Penipuan 3.4 Pada penerimaan laporan dari Pembayar yang mendakwa bahawa Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran telah dilakukan, atau apabila menyedari bahawa Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran telah berasal daripada kami, kami akan meremit dana ke dalam CASA atau Akaun Kad Pembayar dalam tempoh satu (1) Hari Perniagaan daripada tarikh penerimaan dari Pembayar, jika syarat-syarat berikut dipenuhi: 3.4.1 kami akan menjalankan siasatan dan menentukan dalam tempoh empat belas (14) Hari Kalendar, jika Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran tersebut telah berlaku; 3.4.2 jika kami berpuas hati bahawa Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran tersebut telah berlaku atau empat belas (14) Hari Kalendar telah berlalu, kami akan memulakan proses Pembalikan di mana semua pendebitan ke CASA atau Akaun Kad Pembayar yang timbul daripada Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran tersebut akan dibalikkan; dan 3.4.3 Bank Pengebil tidak memohon beberapa atau kesemua dana yang berkenaan untuk manfaat penerima transaksi penipuan. 3.5 Untuk Arahan Pembayaran Penipuan, pada penerimaan laporan dari Pembayar yang mendakwa bahawa Arahan Pembayaran Penipuan telah dilakukan, atau apabila menyedari bahawa Arahan Pembayaran Penipuan telah berasal daripada kami, kami akan meremit dana ke dalam CASA atau Akaun Kad Pembayar dalam tempoh satu (1) Hari Perniagaan daripada tarikh penerimaan dari Pengebil, jika syarat-syarat berikut dipenuhi: 3.5.1 kami akan menjalankan siasatan dan menentukan dalam tempoh empat belas (14) Hari Perniagaan, jika Arahan Pembayaran Penipuan tersebut telah berlaku; 3.5.2 jika kami berpuas hati bahawa Arahan Pembayaran Penipuan tersebut telah berlaku atau empat belas (14) Hari Perniagaan telah berlalu, kami akan memulakan proses Pembalikan di mana semua pendebitan ke CASA atau Akaun Kad Pembayar yang timbul daripada Arahan Pembayaran Penipuan tersebut akan dibalikkan; dan 3.5.3 Bank Pengebil tidak memohon beberapa atau kesemua dana yang berkenaan untuk manfaat penerima transaksi penipuan.

3.6 Meskipun dengan apa-apa yang tersebut di atas, jika dana untuk Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran atau Arahan Pembayaran Penipuan tidak boleh diperoleh atau diperoleh sepenuhnya, ia akan dianggap sebagai Kerugian Tidak Boleh Dipulihkan. 3.7 Hak caj balik tidak akan disediakan di bawah Skim dan tidak boleh digunakan untuk Pembayaran yang dilakukan dengan menggunakan Akaun Kad. 3.8 Pembayar akan melindungi kami terhadap sebarang kerugian atau ganti rugi yang dialami akibat sebarang tuntutan, permintaan atau tindakan yang diambil terhadap kami yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan kecuaian dan penipuan Pembayar. 4 PEMBAYARAN BERKELOMPOK 4.1 Tertakluk kepada perjanjian kami, anda dibenarkan untuk melakukan Pembayaran Berkelompok bagi transaksi berikut sahaja: a) Pembayar melakukan Pembayaran Berkelompok bagi pihak Pembayar; atau b) Pembayar melakukan Pembayaran Berkelompok bagi pihak entiti yang berkaitan dengan Pembayar bagi melunaskan hutang entiti tersebut, atau hutang entiti sedemikian kepada satu atau lebih dari satu Pengebil. 4.2 Pembayar dibenarkan untuk melakukan Pembayaran Berkelompok dengan mendebitkan CASA atau Akaun Kad Pembayar yang dikekalkan dengan kami, yang mana berkenaan. 4.3 Pembayar menjamin kepada kami bahawa: a) Pembayaran Berkelompok sedemikian dilakukan ke atas akaun sendiri sebagai Pembayar, atau sebagai Pembayar dalam urusan biasa perniagaannya yang melakukan pelbagai pembayaran untuk Pembayar, atau bagi pihak entiti yang berkaitan dengan Pembayar bagi melunaskan hutang entiti tersebut, atau hutang entiti sedemikian kepada satu atau lebih dari satu Pengebil dan bukan untuk manfaat pihak lain; dan b) Pembayaran Berkelompok sedemikian bukanlah untuk tujuan menjalankan perniagaan yang melakukan pembayaran melalui Skim dengan menggunakan kaedah Pembayaran Berkelompok. 4.4 Semua peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini akan digunakan ke atas Pembayaran Berkelompok.

5 PERTANYAAN PEMBAYARAN 5.1 Kami boleh, dengan niat baik, cuba menyelesaikan semua pertanyaan atau pertikaian pembayaran yang timbul berhubung dengan Skim dengan cara baik melalui persetujuan bersama dengan Pembayar. 5.2 Dalam kes pertikaian atau konflik, Pembayar berhak untuk mendapat bantuan melalui badan pengantaraan dan timbangtara industri seperti Skim Ombudsman Kewangan. 5.3 Pembayar juga berhak untuk membuat aduan kepada Pengendali Skim jika terdapat dakwaan mengenai ketidakpatuhan kami kepada Peraturan Skim JomPAY. Walau bagaimanapun, siasatan Pengendali Skim untuk aduan sedemikian dihadkan kepada: 5.3.1 Menentukan sama ada ketidakpatuhan telah berlaku; 5.3.2 Menetapkan penyelesaian bagi Peserta membetulkan atau menangani ketidakpatuhan tersebut; dan 5.3.3 Menentukan jika penalti akan dikenakan ke atas ketidakpatuhan tersebut. 5.4 Semua keputusan yang diberikan oleh Pengendali Skim sebagai tindak balas kepada aduan daripada Pembayar akan mengikat kami. 6 PENGGANTUNGAN 6.1 Kami boleh, dengan memberikan notis bertulis, menggantung hak Pembayar untuk menggunakan Skim pada bila-bila masa dalam keadaan berikut:- 6.1.1 CASA atau Akaun Kad Pembayar digantung, ditamatkan atau dibatalkan; 6.1.2 Jika kami mengesyaki individu yang dibenarkan oleh Pembayar sedang atau telah bertindak secara penipuan; 6.1.3 Jika akses Pembayar kepada perbankan internet kami digantung, ditamatkan atau dibatalkan; atau 6.1.4 Jika Pembayar telah melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini. 7 PEMBAYAR TIDAK BOLEH MEMPROSES PEMBAYARAN 7.1 Jika kami dimaklumkan bahawa Pembayaran tidak boleh diproses oleh Pengebil, kami akan: a) Memaklumkan Pembayar mengenai hal ini; dan b) Mengkreditkan CASA atau Akaun Kad Pembayar dengan jumlah Pembayaran.

8 REKOD AKAUN 8.1 Pembayar mesti menyemak CASA atau Akaun Kad dan melaporkan kepada kami sebaik sahaja Pembayar menyedari tentang sebarang kesilapan atau apaapa pembayaran yang tidak dibenarkan oleh Pembayar atau yang dianggap oleh Pembayar sebagai telah dilakukan oleh pihak lain tanpa kebenaran Pembayar. BAHAGIAN 2 9 JomPAY 9.1 Kami merupakan Peserta dan kami akan memaklumkan Pembayar jika kami berhenti menjadi Peserta. 9.2 Pembayar mesti memaklumkan kami mengenai maklumat yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 11 apabila melakukan Arahan Pembayaran. Kami akan mendebitkan CASA atau Akaun Kad Pembayar dengan jumlah dalam Arahan Pembayaran. 9.3 Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan CASA atau Akaun Kad. 9.4 Pembayar mengakui bahawa Terma dan Syarat ini ialah sebagai tambahan kepada terma dan syarat yang mentadbir CASA dan Akaun Kad ( Terma dan Syarat Generik ) sedia ada. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara Terma dan Syarat Generik dan Terma dan Syarat ini, Terma dan Syarat ini akan digunakan setakat percanggahan sedemikian. 9.6 Pembayar mengakui bahawa penerimaan Arahan Pembayaran Tersilap atau Arahan Pembayaran Salah oleh Pengebil tidak atau tidak akan membentuk sebahagian atau keseluruhan penunaian sebarang hutang yang wujud antara Pembayar dan Pengebil tersebut. 10 ARAHAN PEMBAYARAN SAH 10.1 Kami akan menganggap arahan Pembayar untuk melakukan Pembayaran sebagai sah jika Pembayar mematuhi terma dan syarat yang mentadbir perbankan internet dan perkhidmatan ATM kami.

11 MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN 11.1 Pembayar perlu menyediakan apa-apa maklumat yang kami mungkin perlukan dari semasa ke semasa untuk melaksanakan Arahan Pembayaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada: a) Kod Pengebil; b) Ruj-1; c) Ruj-2 (jika dinyatakan dalam Bil Pembayar) d) Jumlah; dan e) jenis akaun Pembayaran. 11.2 Pembayar mengakui bahawa kami tidak diwajibkan untuk melaksanakan Arahan Pembayaran jika Pembayar tidak memberikan kami kesemua maklumat yang diperlukan atau jika apa-apa maklumat yang diberikan adalah tidak tepat. 12 PINDAAN KEPADA TERMA 12.1 Kami boleh, pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami, mengubah, menambah, mengeluarkan atau meminda Terma dan Syarat ini dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada Pembayar, sama ada melalui penyata akaun Pembayar, epenyata atau dengan memaparkannya dalam laman web rasmi kami di www.uob.com.my atau dalam apa-apa cara lain yang kami pilih. 12.2 Sebagai akibat daripada sebarang perubahan yang kami lakukan, atau atas apaapa sebab lain, Pembayar boleh memilih untuk tidak lagi menggunakan Skim. 13 WAKTU TERAKHIR PEMBAYARAN 13.1 Jika Pembayar memulakan Arahan Pembayaran kepada Pengebil sebelum waktu terakhir pembayaran pada Hari Perniagaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Klausa 1.1, Pengebil akan dianggap telah menerima bayaran pada Hari Perniagaan yang sama. Walau bagaimanapun, bayaran tersebut boleh mengambil masa yang lebih lama untuk dikreditkan kepada Pengebil jika Pembayar memulakan Arahan Pembayaran selepas waktu terakhir pembayaran pada Hari Perniagaan atau pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum, di mana Pengebil akan dianggap telah menerima bayaran pada Hari Perniagaan yang berikutnya. 13.2 Waktu terakhir pembayaran akan dimaklumkan kepada Pembayar mengikut cara sedemikian yang kami anggap sesuai.

14 GANTI RUGI TURUTAN 14.1 Kami tidak bertanggungjawab kepada Pembayar untuk sebarang ganti rugi khas, sampingan, tidak langsung atau turutan, ganti rugi daripada kehilangan keuntungan, atau peluang perniagaan, atau kegagalan untuk mencapai penjimatan kos, dalam kontrak, tort atau sebaliknya, walaupun jika kami telah dinasihatkan terlebih dahulu mengenai kemungkinan kerugian, kos atau ganti rugi sedemikian, yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma dan Syarat ini. 15 PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 15.1 Sebagai tambahan dan tanpa menjejaskan klausa Perlindungan Data dan Pendedahan Maklumat dalam Terma dan Syarat Generik:- 15.1.1 Pembayar bersetuju bahawa Notis Privasi yang dikeluarkan oleh kami (yang boleh didapati di cawangan kami dan juga di laman web kami di www.uob.com.my) akan dianggap telah digabungkan melalui rujukan ke dalam Terma dan Syarat ini; 15.1.2 Pembayar mengakui bahawa apabila Pembayar menggunakan Skim untuk melakukan Pembayaran, Pembayar bersetuju bahawa kami boleh mendedahkan Data Peribadi dan maklumat Pembayar kepada Pengendali Skim, Pengebil, Bank Pengebil dan Bank Pembayar lain. 15.1.3 maklumat yang dikumpul untuk kegunaan Skim termasuk tetapi tidak terhad kepada nombor akaun Bil dan nombor rujukan Bil adalah untuk tujuan Pembayaran sahaja. 15.1.4 Pembayar bersetuju bahawa kami menggunakan maklumat transaksi Pembayar sebab ia diperlukan untuk memproses pembayaran. Pihak ketiga yang menerima maklumat ini ialah Pengebil, Bank Pengebil dan Bank Pembayar untuk tujuan memproses Pembayaran. 15.1.5 Pembayar mesti memaklumkan kami jika sebarang Data Peribadi adalah tidak tepat atau jika terdapat sebarang perubahan. Pembayar bersetuju bahawa Data Peribadi dan maklumat terkini akan didedahkan kepada semua Peserta dalam Skim ini, bagi tujuan Klausa 15.1.2. 15.1.6 Pembayar mengakui bahawa jika Data Peribadi dan/atau maklumat Pembayar tidak didedahkan kepada pihak yang dinyatakan dalam

Klausa 15.1.2 dan 15.1.4, kami tidak dapat memproses permintaan Pembayar untuk Pembayaran atau untuk menggunakan Skim.