TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA 1
PERASMIAN PROGRAM BUSINESS TALK PELUANG PERNIAGAAN UNTUK KOPERASI ANJURAN JPAN WILAYAH PERSEKUTUAN PADA 2
14 MAC 2017 (SELASA), 9.30 PAGI, PUSAT BELIA ANTARABANGSA Bismilahirrahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Koperasi 3
Yang Saya Hormati Pengacara Majlis YBhg. Dato Hj. Ismail Nordin, Pengerusi Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan dan Barisan Ahli Jawatankuasanya 4
Ketua-Ketua Jabatan Datuk-Datuk dan Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Para Hadirin dan Hadirat Yang Saya Hormati Sekalian. 5
1. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan yang menjemput saya dan 6
memberi kesempatan menyampaikan sepatah dua kata di majlis ini. 2. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada JPAN 7
Wilayah Persekutuan yang telah mengambil inisiatif bermakna menganjurkan Business Talk Peluang Perniagaan Untuk Koperasi yang diharapkan dapat 8
merancakkan dan memperkasakan lagi perniagaan koperasi. Sesungguhnya, koperasi amat memerlukan program seumpama ini, bagi memberi idea-idea baru dan membuka 9
peluang-peluang baru untuk perniagaan mereka. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 10
3. Sebagai badan puncak gerakan koperasi yang telah diamanahkan untuk merangsang perniagaan koperasi melalui Deklarasi Putrajaya, ANGKASA telah berusaha untuk membantu 11
koperasi meningkatkan perniagaan mereka sama ada melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan ANGKASA menerusi Sektor-Sektor dan juga kerjasama 12
strategik antara anak syarikat ANGKASA, MyANGKASA Holding Sdn Bhd dengan syarikat-syarikat luar yang juga memberi impak peluang perniagaan kepada koperasi-koperasi. 13
4. Menerusi Sektor Hartanah dan Industri Binaan, ANGKASA akan menganjurkan Pengukuhan, Peogram Jaringan Perniagaan dan Mini Expo 14
Hartanah dan Industri Binaan mengikut Zon. Pada 19 21 Mac 2017 akan berlangsung untuk Zon Pantai Timur di Kota Bharu, Kelantan. Program ini melibatkan koperasi-koperasi dan syarikat- 15
syarikat yang terlibat dalam industri hartanah, pembekalan bahan binaan dan pembiayaan projek. Program ini dijangkakan merancakkan lagi aktiviti 16
hartanah koperasi menerusi jaringan perniagaan, pameran dan promosi jualan. 5. Program ini bakal dianjurkan juga di 5 zon lagi Zon Tengah 17
(Selangor dan Wilayah Persekutuan); Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan); Zon Sarawak; Zon Sabah; dan Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang). 18
Saya berharap, koperasi-koperasi yang terlibat dan berminat menceburi aktiviti hartanah bolehlah mengambil kesempatan ini. 19
6. Bagi merangsang koperasikoperasi yang terlibat dalam pelancongan, kesihatan dan penjagaan diri, ANGKASA mengambil inisiatif mewujudkan 20
jaringan bagi memudahkan koperasi, anggota koperasi dan masyarakat umum mengakses perkhidmatan yang ditawarkan koperasi. Misalnya jaringan perkhidmatan hotel-hotel milik 21
koperasi yang disertai 11 koperasi. Impak kewangan jaringan CoopHotel pada 2016 menyumbang perolehan RM8.3 juta. Jaringan yang sama juga 22
diwujudkan untuk homestay di bawah jenama CoopStay; CoopSpa; dan CoopDialisis. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 23
7. Bagi koperasi yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan dialisis kepada pesakit-pesakit buah pinggang, ANGKASA bersedia membantu 24
memberi khidmat nasihat menggunakan model MyANGKASA Dialisis di Termeloh Pahang yang telah mencapai kejayaan membanggakan. Pada 2015, pusat dialisis ini telah 25
menjana perolehan RM1.2 juta dan 2016, RM 1.3 juta. MyANGKASA Dialisis telah berjaya membantu membimbing Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor 26
Selatan membuka pusat dialisis dan telahpu beroperasi pada 2015. 8. Subsidiari ANGKASA, MyANGKASA Holding juga 27
mempunyai produk-produk yang baik untuk dikongsi dengan koperasi-koperasi yang berminat untuk menjalankan kerjasama strategik seperti MyANGKASA 28
Amanah yang terlibat dalam perancangan harta (wasiat), pentadbiran harta (pusaka), hibah dan pemegang amanah. Sehingga kini, MyANGKASA Amanah telah mempunyai 24 29
rakan strategik (agen) di seluruh Malaysia melibatkan 6 koperasi, 2 institusi kewangan dan 4 GLC. Terbaru kerjasama strategik dimenterai dengan Pos Malaysia 30
terpilih di seluruh Malaysia. Melalui kerjasama itu, pos menjadi agen pemasaran perkhidmatan produk wasiat dan rujukan pusaka. 31
9. MyANGKASA Mukmin produk perkhidmatan pengurusan jenazah antara yang mendapat sambutan memberangsangkan terutamanya daripada koperasi 32
kariah masjid. Ia membabitkan perkhidmatan pengurusan jenazah tanpa tunai, pengurusan harta pusaka serta perlindungan takaful kepada ahli dan waris. Berbeza dengan pengurusan 33
khairat kematian, MyANGKASA Mukmin turut menguruskan kematian ahlinya di luar kawasan kariah, termasuk luar negara yang 34
membabitkan urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia. 10. Bagi koperasi yang berminat boleh menjadi agen untuk menjual produk 35
MyANGKASA Mukmin dan MyANGKASA Pasti (Set Kelengkapan Jenazah). Sehingga 2015, MyANGKASA Holding telah melantik 5 koperasi sebagai 36
pengedar kit ini di 4 buah negeri dan 11 koperasi sebagai agen. 11. Bagi meluaskan pemasaran produk-produk koperasi ke peringkat antaabangsa Asean 37
Cooperative Organization (ACO) dengan kerjasama MyANGKASA Holding telah melancarkan portal e-dagang yang dikenali sebagai Shopeera yang menyediakan 38
platform atas talian memfokuskan kepada Customer to Customer Trade (c2c trade). ACO berhasrat untuk menjadikan Shopeera sebagai market place dengan menambah nilai interaksi media 39
sosial (social media interaction) dalam memasarkan produkproduk dan perkhidmatan gerakan koperasi di Malaysia dan rantau ASEAN. 40
15. Saya mengharapkan program ini dapat membuka minda untuk meneroka peluangpeluang perniagaan baru dan memperkasakan perniagaan koperasi. Saya dengan lafaz 41
Bismillahirrahmanirahim merasmikan Busines Talk Peluang Perniagaan Untuk Koperasi anjuran JPAN Wilayah Persekutuan. 42
Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 43