Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

dokumen-dokumen yang mirip
TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERUSAHA TUAN HAJI RUSLI ABD. HAMID, PENDAFTAR KUKUM

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis;

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH BOWLING

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS SANTAI KOMUNITI & KARNIVAL FITNESS

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SEMINAR BOLEHKAH WANITA BERSUARA, JIKA BERSUARA ADAKAH DIDENGAR? (PEMIKIRAN GAYATRI CHAKRAVORTY SPIVAK) Teks Ucapan

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) SEMPENA

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI ICAKL JUN 2017 (RABU) PAGI DEWAN DATO MOHD ALI BAHARUM, ANGKASA

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA PELAJAR PASCA SISWAZAH

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Penyelidikan Dan Inovasi),

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

Kemuncak Hari AKNC ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

TEKS UCAPAN OLEH YBHG PROFESOR DR AHMAD YUSOFF. BIN HASSAN, NAIB CANSELOR UTeM SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM LAWATAN UNIVERSITI DIAN NUSWANTORO (UDINUS),

TEKS UCAPAN ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Tap bin Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia

TEKS UCAPAN YBHG. DATO SYED KAMARULZAMAN BIN DATO SYED ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN PENGARAH URUSAN PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS)

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UTeM

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 3 JANUARI 2010 DI DEWAN 2020

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Transkripsi:

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak Seminar Kepustakawanan 2013: Transformasi Perpustakaan Ke Arah Pembudayaan Ilmu Di Auditorium Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Salam UNIMASku Sayang Yang Berbahagia Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Timbalan Naib Yang Dihormati, Tn Haji Amir Hussain Md. Ishak, Ketua Pustakawan Universiti Putra Malaysia merangkap Pengerusi Persidangan Ketua Pustakawan Universiti dan Perpustakaan Negara (PERPUN) dan Majlis Ketua Pustakawan IPTA. Yang Berusaha Puan Margaret Simeng, Ketua Pustakawan, UNIMAS, Tn Haji Abu Bakar Ibrahim,Pemangku Pendaftar UNIMAS, Tn Haji Mazlan Kiflie, Bendahari UNIMAS Ketua-Ketua Pustakawan dari IPTA dan IPTS Seluruh Malaysia Dekan-Dekan, Pengarah-Pengarah,Timbalan-Timbalan Dekan Para Pustakawan dan Pegawai Pengurusan UNIMAS Staf UNIMAS dan rakan-rakan media yang dihormati sekalian

Pertamanya, saya ingin melafazkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia Nya, maka dapat kita bersama sama berkumpul dalam Seminar Kepustakawanan 2013 pada pagi yang berbahagia ini. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Pusat Khidmat Maklumat Akademik, UNIMAS di atas usaha dalam penganjuran Seminar Kepustakawanan 2013 yang sangat signifikan dengan peranan UNIMAS sebagai penjana kecemerlangan akademik negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk megucapkan selamat datang kepada semua pembentang dan peserta seminar. Semoga tuan/puan semua beroleh manfaat daripada sesi perkongsian ilmu pengetahuan dan seterusnya mencapai objektif seminar ini. Saya percaya penganjuran seminar kepustakawanan seumpama ini menjadi satu platform kepada para peserta di mana perspektif baru dalam dunia kepustakawanan dapat dibincang dan dikongsi bersama. Gabungan atau kolaborasi para pembentang kertas kerja dan peserta dari pelbagai institusi/organisasi pasti akan membuahkan hasil yang boleh dimanfaatkan bersama. Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian, Jika pada tahun 2011 Seminar Kepustakawanan membawa tema Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan maka pada tahun ini pula temanya ialah Transformasi Perpustakaan Ke Arah Pembudayaan Ilmu.

Jika kita takrifkan transformasi, transformasi adalah perubahan yang bersifat struktural, secara bertahap, total, dan tidak boleh dikembalikan lagi ke bentuk semula (irreversible). Selaras dengan agenda transformasi kerajaan untuk meningkatkan imej perkhidmatan awam di mata rakyat, selain memacu negara menjadi sebuah negara maju, perpustakaan juga perlu memainkan peranan untuk mencapai objektif tersebut melalui mentransformasikan peranan perpustakaan kepada pemasyarakatan perpustakaan ke arah pembudayaan ilmu serta menyemai rasa cintakan pengetahuan kepada masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan perpustakaan di Malaysia mahupun di luar kini telah banyak melakukan transformasi iaitu dari segi fungsi, kemudahan serta perkhidmatan. Transformasi perpustakaan ke arah pembudayaan ilmu bukanlah suatu perkara yang mudah. Peranan perpustakaan dalam mewujudkan budaya ilmu dalam masyarakat adalah sangat berat. Hubungan yang harmonis antara keduanya harus tercipta secara utuh dan menyeluruh, kerana diantara keduanya saling memerlukan dan saling melengkapi. Perpustakaan memerlukan masyarakat sebagai pelanggan tetap yang akan memanfaatkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan, dan pada masa yang sama masyarakat memerlukan maklumat yang dikemaskini dan tepat dalam perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan pihak perpustakaan untuk menambah ilmu pengetahuan, wawasan, pengalaman dan ketrampilan.

Hakikatnya, maklumat dan komunikasi yang berkesan akan membuka dan melebarkan capaian antara perpustakaan dan masyarakat, sesuatu yang sangat mungkin untuk direalisasikan di abad ini, dimana perkembangan maklumat dan kemajuan teknologi sudah sangat sebati dengan pelbagai aktiviti kehidupan manusia. Perkembangan perpustakaan sendiri bila ditinjau dari aspek sejarah tidak dapat dipisahkan dari sejarah tamadun manusia, kerana perpustakaan merupakan hasil tamadun tersebut. Untuk beribu tahun lamanya perpustakaan telah menjadi pusat maklumat bertulis dan menjadi simbol yang kuat dalam tamadun ataupun intelektualiti yang telah dicapai oleh umat manusia. Perkembangan perpustakaan juga sangat berkaitan dengan perkembangan masyarakat. Justeru itu kewujudan perpustakaan merupakan keperluan sosial, ekonomi, budaya, dan pendidikan sesuatu masyarakat. Masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran terhadap perpustakaan sebagai pusat sumber maklumat, ilmu pengetahuan, pusat teknologi, kesenian, dan kebudayaan dan bukan hanya sekadar tempat atau bilik besar yang penuh dengan buku-buku dengan suasana yang statik. Kemajuan dalam teknologi dan maklumat juga merupakan cabaran utama bagi perpustakaan. Peranan dan fungsi perpustakaan dalam era globalisasi haruslah seiring dengan perkembangan teknologi. Pemasyarakatan perpustakaaan mempunyai tujuan untuk membangkitkan minat terhadap ilmu dalam masyarakat. Budaya tutur, oral dan lisan yang telah berkembang sekian lama dalam masyarakat, diharapkan boleh berubah menjadi budaya baca dan tulis - suatu proses perubahan yang sangat berat dan melelahkan, yang merupakan tugas utama perpustakaan dalam masyarakat masa kini.

Minat terhadap ilmu atau maklumat dapat dipupuk. Setiap orang mempunyai minat yang berbeza dalam pencarian ilmu. Ada yang memerlukannya untuk tujuan ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain. Minat yang berbeza ini membentuk persepsi dan motivasi yang berbeza dalam pembudayaan ilmu. Pembudayaan ilmu dapat dijelaskan melalui tiga fasa utama. Pertama, timbul minat kerana tertarik akan maklumat yang disusun dengan menarik (Maklumat boleh wujud dalam bentuk artifak, lukisan, imej, ensiklopedia, indeks, abstrak, buku tahunan, almanak, jurnal, buku, majalah, cakera padat, mikrofilem, mikrofiche, lisan, kaset, video dan banyak lagi), hingga timbul rasa untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Kedua, oleh kerana maklumat terhadap sesuatu hal yang diminati telah tersedia dan boleh didapati dengan mudah, secara automatik seseorang akan lebih sering membaca sehingga menjadi kebiasaan untuk seseorang itu mencari maklumat. Ketiga, kebiasaan mencari dan menggunakan maklumat yang dipupuk secara berterusan akan menjadi satu keperluan harian seseorang yang harus dipenuhi. Ketagihan terhadap maklumat merupakan satu bentuk pembudayaan ilmu. Dalam hal ini, perpustakaan perlu memasyarakat, mempromosi dan menerbitkan maklumat yang ada dalam perpustakaan kepada masyarakat sekeliling. Perpustakaan perlu meletakkan dirinya sebagai sebahagian daripada kehidupan dan aktiviti masyarakat sehingga masyarakat dapat memperoleh nilai tambah dalam hal maklumat, ilmu pengetahuan dan

perkhidmatan perpustakaan yang disediakan. Dengan cara ini juga perpustakaan dapat bergerak seiring dengan keperluan masyarakat yang sentiasa berdepan dan adakalanya terbeban dengan kebanjiran maklumat. Bertolak dari fungsi perpustakaan di atas tentunya menjadi satu cabaran bagi pengurus perpustakaan untuk mencipta sebuah perpustakaan yang boleh menjadi tempat menimba ilmu sekaligus tempat rekreasi yang menyenangkan sehingga terwujud pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat. Dengan itu tercapailah objektif kita untuk memasyarakatkan ilmu. Kesimpulannya, perpustakaan sebagai nadi dan jentera sesebuah universiti/organisasi memainkan peranan yang sangat besar dalam menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan melalui transformasi fungsi perkhidmatan dan kemudahan ke arah pembudayaan ilmu, selaras dengan aspirasi negara. Dengan kata kata itu, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur atas dedikasi dan kesungguhan menjayakan seminar ini. Saya berharap kita akan dapat meneruskan lagi iltizam dan komitmen kita untuk menambah nilai dalam memartabatkan bidang kepustakawanan. Sebelum saya mengakhiri ucapan, dengan lafaz Bismilahirahminirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Kepustakawanan 2013: Transformasi Perpustakaan Ke Arah Pembudayaan Ilmu. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammuaalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian terima kasih.