AKUAN BERKANUN PENGISYTIHARAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2016

dokumen-dokumen yang mirip
BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

NOTA PENERANGAN SARAAN BAGI TAHUN

PROSES PERSARAAN. DISAMPAIKAN Oleh

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

Tatacara Pengeluaran Bayaran

96, JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR Tel : / 4399 / 4736 Fax : SENARAI SEMAKAN DOKUMEN PEMBIAYAAN

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

h. Jumlah pelepasan anak yang layak. i. Caruman PERKESO.

BORANG PERISYTIHARAN HARTA Di bawah Peraturan 9, Bahagian II, Jadual Kedua Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) - Akta 605

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

GUNAKAN PEN MATA BULAT BERDAKWAT HITAM & JANGAN LIPAT

SKIM HUTANG AL-QARDHUL HASAN KOPERASI MUSLIMIN

SKIM PEMBIAYAAN KOPERASI MUSLIMIN

ACW Perakaunan Sektor Awam

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

BAHAGIAN A [ 60 MARKAH ] Jawab semua soalan. Tarikh Butir Debit Kredit (Ambilan bunga untuk tujuan promosi) Apakah X dan Y?

GUNAKAN PEN MATA BULAT BERDAKWAT HITAM & JANGAN LIPAT

PENDIDIKAN ASAS KEWANGAN

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

MODUL 1 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2

KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

UKM-SPKP-JP-PK02-BO01 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/05/2012

ACW Percukaian I

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

BORANG PERMOHONAN BAI AL- INAH. Tarikh Hantar :... Tarikh Terima :...

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

GARIS PANDUAN POTONGAN CUKAI BULANAN DI BAWAH KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN DARIPADA SARAAN) PINDAAN 2015

ULASAN: SENARAI SEMAK DOKUMEN PEMINJAM

GUNAKAN PEN MATA BULAT BERDAKWAT HITAM & JANGAN LIPAT

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

BORANG PERMOHONAN WAKIL PENJUAL STESEN PETRONAS

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL

Perjanjian Penyewaan Untuk (MASUKKAN ALAMAT DI SINI),

KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

KOPERASI KAKITANGAN FELCRA (M) BERHAD KOOP NEGARA INSTITUSI NO 009 BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ANGGOTA. Perempuan Bangsa. Negeri

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Harga Kos (RM) Harga Pasaran (RM) Kad stok Kad stok Kad stok

SILA ISI DAN LENGKAPKAN SURAT AKUJANJI (LETTER OF UNDERTAKING)

KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD No.96 Jalan Bangsar, Kuala Lumpur Tel : Fax :

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

SKIM PEMBIAYAAN AL-BAI U BITHAMAN AJIL KOPERASI MUSLIMIN

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

GARIS PANDUAN PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERHATIAN : PEMBIAYAAN TAWARRUQ. Tarikh : Masa : Tandatangan : Tandatangan Anggota Lembaga Tarikh: 1. Nama Anggota (Seperti Kad Pengenalan)

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

PRINSIP PERAKAUNAN. 2 Jam 30 Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI

Lelaki Perempuan (b) Nombor Kad Pengenalan: ( Baru ) (c) Tarikh Lahir: (HH/BB/TTTT) Umur : tahun Agama: (d) Tempat Lahir: Kewarganegaraan: Bangsa:

PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Kurang RM1, % RM1,000 dan lebih 0.50% PENGIRAAN FAEDAH ASAS. Baki Hujung Hari x Faedah Asas Bilangan Hari Sebenar Tahun Tersebut

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI (Aturan-Aturan Jimat Cermat 11 (1) ) BAHAGIAN A

ATWlll. PERAKAUNAII KEWANGAN

SMK BAGAN SERAI BAGAN SERAI, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Akaun Pelaburan Waheed

PENDAPATAN PENGGAJIAN

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

<>>>>>>>>>>? <>>>>>>>>? <>>>? ->>_>>_>>? ->>_>>_>>? ->>_>>_>>?!->>_>>_>>?

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU SPM2004/A/S2. (a) Jenis-jenis pendapatan individu:

KAD CO-BRAND CIMB PETRONAS MASTERCARD Soalan-Soalan Lazim

SEMAKAN BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ANGGOTA

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PINJAMAN INSENTIF ANGGOTA BAHARU / PENCADANG

Terma dan Syarat Produk Yang Ditawarkan Semasa : Kempen Khas Pembiayaan Peribadi

PERISYTIHARAN JUALAN

KERAJAAN MALAYSIA TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Jawapan: Tuan adalah layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan jika tuan telah memenuhi syarat-syarat berikut:

Cukai Pendapatan. Garis Panduan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

Transkripsi:

AKUAN BERKANUN PENGISYTIHARAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2016 Bahawa saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI (No Kad Pengenalan 770914-11-5025) yang beralamat di A405, Kyoto Garden Condominium, Bukit Antarabangsa 68000 Ampang dengan ini membuat akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun bagi tujuan mengisytiharkan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan saya sebagai Ahli Parlimen Malaysia bagi tahun berakhir 30 November 2016, berdasarkan maklumat terkini yang saya perolehi setakat akuan berkanun ini dibuat. Oleh itu, saya dengan ini mengisytiharkan perkara-perkara berikut: I) KEDUDUKAN ASET, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN DI AWAL TAHUN Maklumat terperinci kedudukan aset, hutang, pendapatan dan perbelanjaan bagi tempoh pengisytiharan terdahulu adalah seperti akuan berkanun pengisytiharan harta bertarikh 10 Mac 2015 yang disertakan di Lampiran. Bagi tempoh berakhir 10 Mac 2015 dan berdasarkan maklumat terkini yang saya ada pada ketika itu, jumlah aset bersih saya adalah RM1.564 juta. Kesemua aset ini diperolehi dari simpanan gaji dan bonus semasa saya menjawat jawatan di sektor korporat sebelum saya menyertai politik seperti yang dihuraikan di Lampiran. Kedudukan terperinci aset, hutang, agregat pendapatan dan agregat perbelanjaan seperti yang diisytiharkan pada 10 Mac 2015 dijadikan angka perbandingan bagi tujuan akuan berkanun pengisytiharan harta bagi tahun 2016 seperti yang disenaraikan di dalam Jadual 1. Mukasurat 1 dari 11

II) PERUBAHAN ASET, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN SEPANJANG TAHUN 2016 Perubahan kedudukan aset, hutang, agregat pendapatan dan agregat perbelanjaan sepanjang tahun 2016 yang melebihi RM10,000 (bagi aset dan hutang) serta melebihi RM5,000 (bagi agregat pendapatan dan agregat perbelanjaan bulanan) disenaraikan seperti berikut: ASET a. Simpanan Tabung Haji Di antara Oktober 2015 hingga Januari 2016, saya telah mendeposit RM70,000 ke akaun Tabung Haji. Wang RM70,000 adalah sebahagian besar dari bayaran tunggakan kenaikan gaji Ahli Parlimen berjumlah RM113,323.28 yang sepatutnya bermula pada 1 Januari 2015 tetapi hanya dibayar pada September 2015. Jumlah keuntungan yang dibayar oleh Tabung Haji bagi tahun 2015 adalah RM23,065.81 Bermula April 2016, saya telah mula mengeluarkan simpanan saya di Tabung Haji secara berperingkat iaitu RM100,000 (April 2016), RM100,000 (Jun 2016) dan RM330,000 (September 2016). Setakat pengisytiharan ini dibuat, saya telah mengeluarkan RM530,000 dari Tabung Haji dan baki simpanan Tabung Haji adalah RM9,374.79 sahaja. Dari jumlah RM530,000 itu, sebanyak RM500,000 saya masukkan sebagai modal untuk memulakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan bernama INVOKE Malaysia yang bertujuan merekrut dan melatih sukarelawan membantu kempen merampas 30 kerusi marginal dari Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 14 (PRU14). Baki RM30,000 saya gunakan untuk membayar sebahagian dari ubahsuai kediaman yang saya lakukan (seperti diterangkan di bawah). Mukasurat 2 dari 11

b. Simpanan Amanah Saham Bumiputra Baki sebanyak RM261,417.35 setakat 1 Januari 2016, tiada simpanan baru atau pengeluaran dibuat. Pertambahan simpanan adalah selepas keuntungan simpanan sebanyak RM18,095 bagi tahun 2015. c. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Tiada caruman dibuat sepanjang 2015 dan 2016 kerana saya tidak ada pendapatan yang diwajibkan memotong caruman KWSP. Penyata terkini adalah bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 dan mengambil kira keuntungan 6.4% yang diumumkan KWSP bagi tahun berakhir 31 Disember 2015, baki simpanan KWSP terkini diunjurkan sebanyak RM686,183. d. Simpanan semasa di CIMB Saya hanya ada satu akaun simpanan iaitu di CIMB bernombor 7049648821 berbaki RM36,658.98 e. Kondominium kediaman di Bukit Antarabangsa Saya hanya ada satu hartanah iaitu sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa bersaiz 1,400 kaki persegi. Anggaran nilai semasa ialah RM400,000 dan baki hutang pinjaman ialah sebanyak RM113,613 seperti penyata pinjaman yang disertakan di dalam lampiran. Dalam tahun 2016, saya telah membelanjakan sebanyak RM70,000 untuk menjalankan ubahsuai memandangkan keadaannya yang telah berumur. Semasa saya ditahan bagi pertuduhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dalam bulan April lalu, pegawai polis telah membawa saya ke kediaman saya untuk mengambil bahan bukti. Pada awalnya, seorang pegawai polis beranggapan kondominium ini bukan kediaman sebenar saya kerana beliau tidak percaya seorang ahli Mukasurat 3 dari 11

parlimen tinggal di sebuah kondominium berumur 20 tahun. Ekoran pengalaman itu, saya memutuskan untuk melakukan ubahsuai memandangkan saya ada simpanan yang mencukupi dan kediaman yang lebih baru adalah lebih baik kepada isteri dan anak saya yang banyak menghabiskan masa di rumah. Lain-lain aset dan hutang tidak berubah dan sama seperti pengisytiharan sebelum ini. PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN f. Gaji dan elaun sebagai ahli parlimen Gaji dan elaun penuh ahli parlimen sejak 1 Januari 2015 adalah RM25,700 sebulan seperti slip gaji Januari 2016 yang disertakan. Gaji bersih bulanan adalah RM22,174 setelah menolak sumbangan kepada parti (KEADILAN) sebanyak RM3,200 sebulan dan potongan cukai sebanyak RM325 sebulan. Surat yang menyenaraikan gaji dan elaun yang dikenakan cukai disertakan bersama. Saya sertakan Penyata Gaji 2015 untuk makluman umum. Saya tidak ada pendapatan lain selain dari yang diisytiharkan di sini. Saya tidak menerima gaji atau imbuhan bagi mana-mana badan atau NGO yang saya berkhidmat. Saya tidak menjalankan apa-apa perniagaan atau kerja-kerja perunding sejak Januari 2015. Lain-lain pendapatan dan perbelanjaan tidak berubah dan sama seperti pengisytiharan sebelum ini. Mukasurat 4 dari 11

JADUAL 1 PERBANDINGAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI PENGISYTIHARAN 2015 DAN 2016 Semua nilai adalah dalam RM 2016 2015 Simpanan Tunai Amanah Saham Bumiputra Tabung Haji Kumpulan Wang Simpanan Pekerja CIMB 261,417 9,375 686,183 36,659 212,000 464,372 644,909 15,627 Polisi Insuran dan Saham Boustead Holdings (100 unit) Nilai serahan polisi insuran Prudential 500 34,493 500 29,936 Hartanah dan Kenderaan Kondominium Bukit Antarabangsa (1,400 kaki persegi Anggaran nilaian semasa setelah ubah Suai RM70,000) 400,000 322,000 Honda Accord (keluaran 2014, nilaian semasa) Honda CRV* (keluaran 2014, bukan milik saya, hanya dibeli atas nama saya untuk staf dan dibayar staf) Honda Civic* (keluaran 1997, bukan milik saya, hanya dibeli atas nama saya untuk staf dan dibayar staf) 100,000 - - 126,000 130,000 15,000 JUMLAH HARTA 1,168,627 1,960,344 *Honda CRV dan Honda Civic yang hanya menggunakan nama saya dan dimiliki/dibayar oleh staf dikecualikan kerana ia bukan milik saya Mukasurat 5 dari 11

Semua nilai adalah dalam RM 2016 2015 Hutang Baki pinjaman perumahan Baki pinjaman peribadi Baki pinjaman Honda Accord *Baki pinjaman Honda CRV Baki kad kredit 113,613-94,350-7,643 118,430 39,840 129,500 98,670 9,497 JUMLAH HUTANG 215,606 395,937 NILAI ASET BERSIH 953,021 1,564,407 Mukasurat 6 dari 11

Semua nilai adalah dalam RM 2016 2015 Pendapatan Gaji bersih bulanan selepas cukai & sumbangan kepada parti 22,174 11,710 Perbelanjaan Rumah, Kenderaan, Bayaran Hutang dan Bayaran Tetap Pinjaman perumahan Pinjaman peribadi Pinjaman Honda Accord Sumbangan kepada ibu bapa Nafkah dan sumbangan kepada isteri Belanja petrol dan tol 1 Belanja servis kereta, tayar dan lain-lain 1,100-1,850 2,200 2,300 1,300 700 1,100 2,950 1,850 2,000 2,000 1,300 700 Perbelanjaan Harian, Bil dan Utiliti Bil Astro, Unifi, telefon bimbit dan air Bil elektrik Yuran pengurusan kondominium Premium insuran Makanan Gunting rambut Lain-lain 600 250 200 300 600 10 500 600 150 200 300 500 10 500 1 Dibayar menggunakan kad kredit Mukasurat 7 dari 11

Semua nilai adalah dalam RM 2016 2015 Perbelanjaan Pusat Khidmat Parlimen dan sumbangan kepada Cabang KEADILAN Gaji pegawai Gaji pembantu pegawai Elaun wakil-wakil (RM300 sebulan untuk 6 orang) Gaji pemandu Sewa pejabat KEADILAN Pandan Sewa pejabat KEADILAN Kemaman 2,650 1,700 900 2,300-1,200 2,500 1,500 1,800 2,000 1,300 1,000 JUMLAH PERBELANJAAN BULANAN 20,660 24,260 Dibiayai oleh: Gaji bersih Keuntungan simpanan ASB dan TH Imbuhan sebagai perunding Kredit kad Bayaran balik ansuran kereta oleh pemandu Dikeluarkan dari simpanan tetap 20,660 11,710 4,000 3,000 2,500 600 3,000 Lebihan gaji (simpanan) 1,514 - Mukasurat 8 dari 11

III) ASET, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN ISTERI DAN ANAK Isteri saya bertugas dengan sebuah bank swasta. Beliau mempunyai sebuah rumah teres dua tingkat di Puncak Alam, Selangor pada anggaran nilaian semasa RM300,000 dan beliau membayar sendiri pinjaman bulanan dari gaji beliau. Jumlah harta lain iaitu simpanan, barang kemas dan lain-lain tidak melebihi RM15,000. Anak saya berumur tiga tahun. Selain dari barang permainan, anak saya tidak mempunyai apa-apa harta lain. Mukasurat 9 dari 11

LAMPIRAN Kesemua muka surat seterusnya adalah lampiran bukti seperti yang dirujuk di dalam akuan berkanun dari muka surat satu hingga 11. Mukasurat 11 dari 11

Lampiran bagi Pengisytiharan Harta 2016 oleh Rafizi Ramli