SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAHAGIAN TUJUAN. makna. yang lain. kredit;

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Akaun Pelaburan Wafiyah

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

Akaun Semasa Mudarabah

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Akaun Pelaburan Waheed

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2011

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

BAHAGIAN I PERMULAAN

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

Akaun Pelaburan Bertempoh

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Akaun Pelaburan Waheed

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK. CIMB Islamic Bank Berhad

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Akaun Pelaburan Wafiyah

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Transkripsi:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP9 : GARIS PANDUAN MENGENAI PENGAMBILAN SIMPANAN KHAS DAN DEPOSIT ATAU PENERIMAAN PINJAMAN BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B, perenggan 50(d) dan 50(e) Akta Koperasi 1993 (Akta) untuk memantau dan mengawal koperasi yang menjalankan aktiviti pengambilan simpanan khas dan deposit atau menerima pinjaman. LATAR BELAKANG 2. Sumber dana penting selain syer dan yuran anggota bagi membolehkan koperasi menjalankan perniagaan ialah antaranya melalui pengambilan simpanan khas dan deposit untuk tujuan tertentu dan pinjaman daripada anggota atau bukan anggota. 3. Aktiviti pengambilan simpanan khas dan deposit oleh koperasi hendaklah dilaksanakan secara berhemat dan mengikut peruntukan undang-undang agar anggotanya memperoleh manfaat. Ini adalah kerana aktiviti tersebut memberi tumpuan kepada memobilisasi deposit anggota atau bukan anggota untuk 1

memperoleh pulangan. Di samping itu, deposit adalah merupakan tanggungan koperasi kepada pendepositnya di mana koperasi mempunyai obligasi untuk membayar balik amaun deposit termasuk pulangan apabila cukup tempohnya. 4. Secara ringkas, deposit merangkumi tiga (3) elemen penting iaitu: penerimaan atau pengambilan deposit oleh penganjur skim; pemulangan, pengembalian atau penyerahan balik deposit berserta faedah atau pulangan dalam bentuk tunai atau apa-apa nilaian wang; dan jangka masa deposit ditetapkan oleh penganjur skim atau deposit boleh diambil semula atas permintaan pendeposit. 5. Aktiviti penerimaan pinjaman juga perlu dilaksanakan dengan berhemat dan mengikut peruntukan undang-undang agar koperasi tidak meminjam dengan keterlaluan dalam usaha memperoleh sumber dana dan pinjaman tersebut hendaklah digunakan secara efektif. Keupayaan koperasi untuk meminjam antara lain bergantung kepada kedudukan kewangan, kecukupan modal, kewujudan cagaran yang mudah ditunaikan, keupayaan pengurusan dan keadaan ekonomi semasa. Senario Semasa 6. Kebelakangan ini, Suruhanjaya mendapati pelbagai iklan dan tawaran melalui internet dan risalah-risalah mengenai program-program perniagaan bercirikan skim cepat kaya yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi kepada orang awam yang menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga sepuluh peratus (10%) pulangan/dividen setiap bulan. Risalah-risalah ini 2

telah disebarkan secara meluas di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan di masjid-masjid. 7. Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989. 8. Aktiviti pengambilan deposit secara haram sering kali digambarkan mampu memberi kadar faedah atau pulangan yang tinggi atau tidak realistik dalam suatu masa yang singkat berbanding dengan institusi-institusi berlesen yang lain. Bagaimanapun, skim-skim seperti ini tidak boleh bertahan lama. 9. Aktiviti pengambilan deposit adalah dibenarkan kepada koperasi untuk menyediakan perkhidmatan kepada anggotanya selaras dengan peruntukan Akta. Namun ianya hendaklah dilaksanakan secara berhemat dan bagi manfaat anggota koperasi. 10. Sehubungan itu, garis panduan perlu disediakan untuk mengawal aktiviti pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman oleh koperasi. Bagi koperasi yang ingin menjalankan aktiviti pengambilan deposit yang melibatkan penyertaan anggota dan pihak lain yang dibenarkan dalam skim pelaburan, rujukan hendaklah dibuat kepada GP10 : Garis Panduan Mengenai Skim Pelaburan Khas. 3

BAHAGIAN B : AKTIVITI PENGAMBILAN SIMPANAN KHAS DAN DEPOSIT ATAU PENERIMAAN PINJAMAN SUMBER DANA 11. Bagi maksud perniagaannya, koperasi boleh menerima wang melalui simpanan khas daripada anggotanya menurut perenggan 50(d) Akta; atau mengambil deposit atau meminjam wang daripada anggota dan bukan anggota menurut perenggan 50(e) Akta. 12. Koperasi boleh menerima deposit atau pinjaman daripada: anggotanya yang terdiri daripada (i) individu; atau (ii) koperasi. bukan anggota, tertakluk kepada kelulusan bertulis Suruhanjaya dan undang-undang kecil koperasi, yang terdiri daripada (i) individu; (ii) koperasi; (iii) institusi kewangan; 4

(iv) syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, badan kebajikan, badan kerajaan dan badan berkanun kerajaan; atau (v) penyedia dana asing (foreign fund provider). 13. Koperasi boleh mengambil deposit atau menerima pinjaman daripada bukan anggota tertakluk kepada had maksimum keterhutangannya dengan mengambil kira deposit atau pinjaman yang sedia ada. 14. Bagi tujuan mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Suruhanjaya untuk permohonan penerimaan pinjaman daripada bukan anggota, koperasi perlu mengemukakan maklumat yang lengkap seperti di Lampiran 1. SYARAT-SYARAT AM 15. Sebelum menjalankan aktiviti pengambilan simpanan khas dan deposit atau penerimaan pinjaman, koperasi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: undang-undang kecil koperasi mempunyai peruntukan berkenaan aktiviti pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman; kelulusan mesyuarat agung untuk menentukan had maksimum keterhutangan koperasi; mewujudkan aturan bertulis berkenaan pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman yang diluluskan dalam mesyuarat agung; 5

(d) menyediakan prospektus bagi setiap produk pengambilan simpanan khas dan pengambilan deposit yang ditawarkan serta mendapatkan kelulusan bertulis Suruhanjaya; (e) mengadakan perjanjian pinjaman antara koperasi dan pemberi pinjaman; dan (f) mematuhi peruntukan undang-undang bertulis lain, sekiranya perlu. Kandungan Aturan 16. Tujuan aturan diwujudkan adalah untuk menerangkan kepada anggota mengenai tatacara sesuatu aktiviti koperasi. Aturan hendaklah merangkumi sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut: tajuk; objektif; definisi; (d) sumber dan kegunaan kewangan; (e) pentadbiran dan pengurusan; (f) proses aliran kerja (termasuk dasar mengenai penerimaan dan pengeluaran deposit/simpanan khas dan dasar mengenali pelanggan); (g) tugas-tugas, tanggungjawab dan kuasa pihak yang terlibat; dan (h) pengurusan kewangan, risiko dan audit. 6

SIMPANAN KHAS DAN DEPOSIT Prospektus Untuk Produk Pengambilan Simpanan Khas Dan Deposit 17. Sebelum melaksanakan aktiviti pengambilan simpanan khas dan deposit, koperasi hendaklah menyediakan prospektus. Tujuan prospektus dikeluarkan adalah untuk menerangkan kepada anggota/pelanggan perihal produk simpanan khas dan deposit yang akan diperkenalkan oleh koperasi. Prospektus tersebut hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut: pengenalan produk pengambilan simpanan khas dan deposit yang ditawarkan; bagi produk simpanan khas, nyatakan saiz dana; jangka masa produk yang ditawarkan. Bagi produk simpanan khas, jangka masanya hendaklah tidak kurang daripada satu tahun; (d) maklumat terperinci termasuk kategori, profil, pelaburan yang dibenarkan, pengurusan risiko, had pelaburan; (e) prestasi produk sepertinya (yang terdapat di pasaran); (f) tegasan kewangan (financial highlights) termasuk unjuran perolehan pendapatan/pulangan; (g) kumpulan yang disasar; (h) fi dan caj, perbelanjaan yang terlibat atau caj penalti yang dikenakan ke atas apa-apa pengeluaran sebelum tarikh matang; 7

(i) faedah atau pulangan; (j) kemahiran, kepakaran sumber; (k) kaedah perakaunan dan pelaporan; dan (l) suatu perisytiharan oleh Lembaga koperasi bahawa produk berkenaan telah mematuhi garis panduan ini. 18. Prospektus yang disediakan oleh koperasi hendaklah jelas dan tiada penyataan yang tersembunyi; adil dan benar; dan tidak mengelirukan. Penetapan Kadar Pulangan Simpanan Khas Dan Deposit 19. Penetapan kadar pulangan ke atas pengambilan simpanan khas dan deposit oleh koperasi hendaklah berdasarkan kepada keperluan pendanaan dan strategi perniagaan koperasi. Walau apapun, koperasi hendaklah memastikan pemberian pulangan ke atas simpanan khas dan deposit adalah berpatutan agar ia memberi pulangan kompetitif kepada penyimpan atau pendeposit tetapi tidak membebankan koperasi. 20. Bagi koperasi yang menjalankan fungsi perbankan di mana terdapat produk deposit seperti di sektor perbankan, penetapan kadar pulangan hendaklah, secara minimum berasaskan kepada amalan sektor perbankan iaitu Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate OPR) yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa. Apa-apa perubahan kepada kadar pulangan 8

bolehlah berpandukan kepada perubahan kadar faedah semasa dalam sektor kewangan. 21. Koperasi juga hendaklah memastikan kadar pulangan dipaparkan dengan jelas di premis perniagaannya. Perlindungan Deposit 22. Koperasi boleh mempertimbangkan perkara-perkara berikut bagi melindungi pendeposit dan koperasi dengan mengambil perlindungan insurans bagi melindungi deposit; mewujudkan kemudahan kredit yang disediakan oleh institusi perbankan (standby credit line); atau mewujudkan satu skim tabung perlindungan pendeposit. PINJAMAN Syarat-Syarat Bagi Aktiviti Penerimaan Pinjaman 23. Kemampuan koperasi untuk meminjam bergantung kepada kedudukan kewangan, kecukupan modal, kewujudan cagaran yang mudah tunai, keupayaan pengurusan, suasana ekonomi semasa dan faktor-faktor lain. Sekiranya koperasi perlu meminjam bagi tujuan untuk mengembang perniagaannya dan menyedia perkhidmatan kepada anggotanya, koperasi hendaklah memastikan satu perjanjian dimeterai dan bayaran balik dengan atau tanpa kadar pulangan untuk suatu jangka masa. 9

24. Perjanjian pinjaman tersebut hendaklah dipersetujui oleh peminjam dan pemberi pinjaman. Perjanjian mengandungi sekurang-kurangnya maklumatmaklumat berikut: jenis dan amaun pinjaman; tujuan pinjaman; kadar pulangan, kadar pulangan ingkar (default interest rate), caj penalti dan caj-caj lain; (d) tempoh bayaran balik pinjaman; (e) kaedah bayaran balik pinjaman; dan (f) kewajipan peminjam dan pemberi pinjaman serta hak-hak dan bentuk tindakan setiap pihak sekiranya berlaku pelanggaran syarat perjanjian, termasuk: (i) tindakan ke atas kontrak pinjaman tidak dipatuhi; dan (ii) tindakan bagi penyelesaian pinjaman sebelum tempoh matang. 10

Kawalan Had Pinjaman 25. Pinjaman yang berlebihan merupakan amalan yang tidak berhemat kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada kedudukan kewangan koperasi. Pinjaman oleh koperasi daripada anggota atau bukan anggota hendaklah tertakluk kepada had pinjaman berikut: Bagi setiap anggota Pemberi Pinjaman Bagi setiap bukan anggota Had Pinjaman Tidak melebihi 20% daripada jumlah Kumpulan Wang Anggota Tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya 26. Walau bagaimanapun, jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada had keterhutangan koperasi yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung. Asas penentuan had keterhutangan koperasi adalah seperti berikut: Nisbah Kecukupan Modal (NKM) Lebih daripada 8% Lebih daripada 10% Lebih daripada 12% Had Keterhutangan Koperasi Tidak melebihi 5% jumlah aset Tidak melebihi 10% jumlah aset Tidak melebihi 15% jumlah aset Nota: Pengiraan NKM = Komponen modal asas x 100% Jumlah aset Komponen modal asas koperasi terdiri daripada: syer dan yuran; 11

keuntungan terkumpul; kumpulan wang rizab; (d) keuntungan semasa yang belum dibahagikan; dan (e) keuntungan modal. 27. Walau apapun para 25 dan 26, had pinjaman dan keterhutangan berkenaan tidak tertakluk kepada apa-apa deposit atau pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan atau koperasi lain. BAHAGIAN C : KEPERLUAN KAWAL SELIA TADBIR URUS Lembaga Koperasi 28. Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan dasar dan piawaian pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman adalah: (i) sepadan dengan aktiviti perniagaannya seperti termaktub dalam undang-undang kecil; dan (ii) bersesuaian dengan kekukuhan modal, kepakaran pengurusan dan risiko koperasi; 12

pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman adalah bersesuaian dengan objektif aktiviti perniagaan dan halatuju koperasi; aturan-aturan pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman koperasi dibentangkan untuk kelulusan mesyuarat agung. Aturan-aturan itu hendaklah dikaji dari semasa ke semasa dan dipinda sekiranya perlu; (d) koperasi dalam setiap masa mengamalkan tadbir urus yang baik; (e) pengurusan koperasi yang dipertanggungjawab mempunyai keupayaan untuk mengurus aktiviti pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman; (f) proses pengurusan risiko dalam aktiviti pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman adalah mencukupi dan berfungsi; (g) suatu sistem penyeliaan yang teratur diwujudkan dalam hal pengurusan pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman oleh koperasi; (h) pengurusan likuiditi iaitu pengurusan keperluan mudah tunai minimum dan aset-liabiliti disenggara dengan cekap dan berkesan; (i) produk pengambilan simpanan khas dan pengambilan deposit yang disediakan tidak memudaratkan penyimpan/pendeposit; dan 13

(j) apa-apa promosi produk pengambilan simpanan khas dan pengambilan deposit tidak bersifat mengelirukan penyimpan/pendeposit. 29. Lembaga hendaklah memantau prestasi portfolio pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman melalui laporan berkala. Sekurang-kurangnya pada setiap suku tahun, Lembaga diberi taklimat oleh pengurusan mengenai keseluruhan portfolio pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman. Lembaga hendaklah mengkaji dan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut: prestasi pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman menurut kategori contohnya jenis produk dan kualiti pinjaman; kadar faedah atau pulangan ke atas simpanan khas, deposit dan pinjaman; pengurusan aset dan liabiliti koperasi dan kesannya terhadap kewangan koperasi; dan (d) kawalan dalaman yang berkesan. Pengurusan 30. Pengurusan bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman sebagaimana diluluskan oleh Lembaga dan bertanggungjawab menyediakan prosedur-prosedur yang perlu untuk dilaksanakan. 14

31. Tanggungjawab pengurusan termasuk mewujudkan saluran komunikasi yang teratur dan jelas mengenai dasar pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman untuk dipatuhi oleh pegawai yang terlibat; prosedur operasi yang mencukupi dan berkesan serta kawalan dalaman untuk mengenalpasti, mengukur dan mengawal risiko pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman dalam usaha melaksanakan dasar dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga; sistem pengurusan maklumat yang mencukupi dan berkesan untuk memastikan laporan prestasi pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman boleh disediakan dengan cepat, tepat dan berinformasi; (d) modal insan yang kompeten dan mencukupi di samping wujudnya penilaian prestasi yang berkaitan aktiviti pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman koperasi; (e) melaporkan kepada Lembaga koperasi mengenai semua aspek pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman; dan (f) memaklumkan pendedahan risiko dan kualiti pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman serta perkembangan kajian semula ke atas keseluruhan portfolio pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman sekerap yang mungkin. 15

Jawatankuasa Audit Dalaman 32. Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) hendaklah memastikan wujudnya kawalan dalaman, pengurusan risiko dan prosedur pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman. Di samping itu, JAD perlu memastikan infrastruktur berkenaan adalah mencukupi, dipatuhi dan berfungsi. PENGURUSAN RISIKO 33. Pengurusan risiko ialah suatu proses untuk melindungi sumber dan aset koperasi daripada kerugian. Amalan pengurusan risiko yang berkesan dapat mengawal atau mengurangkan tahap kerugian yang akan dialami oleh koperasi. 34. Sehubungan itu, Lembaga melalui Jawatankuasa Pengurusan Risiko, sekiranya ada, bertanggungjawab mengamalkan teknik pengurusan risiko yang berkesan dengan mewujudkan rangka kerja dan tatacara yang mencukupi bagi mengenalpasti, memantau dan mengawal risiko; prosedur operasi pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman yang mencukupi dan berkesan; dan proses kawalan dalaman untuk menilai, mengukur, mengawal, memantau dan melaporkan segala jenis risiko. 35. Dasar dan prosedur pengurusan risiko hendaklah diluluskan oleh Lembaga koperasi dan didokumenkan. 16

PEMATUHAN PRINSIP SYARIAH 36. Bagi maksud menjalankan aktiviti pengambilan simpanan khas dan deposit atau penerimaan pinjaman berlandaskan prinsip Syariah, koperasi hendaklah merujuk kepada himpunan resolusi Majlis Penasihat Syariah dalam buku yang berjudul Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Buku ini diterbitkan sebagai rujukan untuk komuniti kewangan Islam, terutamanya untuk pegawai dan pengamal Syariah; atau Suruhanjaya bagi produk-produk lain yang tidak dinyatakan di para di atas. 37. Koperasi hendaklah memastikan proses pematuhan Syariah berkesan disediakan yang merangkumi tadbir urus yang baik; dan pemantauan produk Syariah secara berterusan. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG BERTULIS LAIN 38. Koperasi hendaklah pada setiap masa memastikan aktivitinya tidak bercanggah dengan undang-undang bertulis lain di antaranya seperti Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Anti Money Laundering And Anti Terrorist Financing Act 2001) supaya integriti dan reputasi koperasi terpelihara. 17

39. Oleh itu, koperasi bertanggungjawab mewujudkan kawalan-kawalan yang mencukupi terutamanya pelaksanaan usaha wajar (due diligence) serta kaedah mengenali pelanggan (know your customer) bagi mengelak daripada digunakan sebagai konduit bagi aktiviti tersebut. PELAPORAN 40. Menurut perenggan 14(1) Akta, koperasi hendaklah mengemukakan apaapa maklumat lain yang dikehendaki Suruhanjaya berkenaan dengan penubuhan, keanggotaan, pengendalian dan kedudukan kewangan koperasi. Sehubungan ini, koperasi dikehendaki mengemukakan laporan berhubung dengan pengambilan simpanan khas, pengambilan deposit dan penerimaan pinjaman yang mengikut format yang disediakan oleh Suruhanjaya pada tiap-tiap setengah tahun seperti di Lampiran 2. PEMBATALAN, PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA 41. Garis Panduan Mengenai Pengambilan Deposit dan Meminjam Wang Oleh Koperasi Kredit yang dikeluarkan melalui Pekeliling Ketua Pendaftar Bil. 11 Tahun 2005 adalah dengan ini dibatalkan. 42. Semua koperasi dikehendaki mematuhi peruntukan di bawah Akta, Peraturan-Peraturan, perintah dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa. 18

43. Garis panduan ini dikuat kuasakan pemakaiannya mulai tarikh ia dikeluarkan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (DATO MANGSOR BIN SAAD) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tarikh: 19

Peneraju Kecemerlangan Koperasi 20

LAMPIRAN 1 Permohonan Pinjaman/Pembiayaan Daripada Bukan Anggota (Institusi Kewangan Atau Sumber-Sumber Lain) Dokumen yang diperlukan untuk memproses permohonan adalah: 1. Surat permohonan: Latar belakang koperasi; dan Prestasi kewangan koperasi. 2. Kertas kerja tujuan pinjaman/pembiayaan diterima: Perjanjian antara koperasi dan bukan anggota; Tujuan, jumlah, jenis, terma, syarat dan jangka masa pinjaman/ pembiayaan; Modus operandi/carta aliran pinjaman/pembiayaan yang diterima oleh koperasi; (d) Kos atau faedah/pulangan yang terlibat; (e) Peranan koperasi dan bukan anggota dalam hal pinjaman/pembiayaan yang diterima oleh koperasi; (f) Justifikasi bagi pinjaman diperlukan (Analisis SWOT); (g) Pengurusan risiko; dan 21

(h) Unjuran bayaran balik pinjaman. 3. Penyata kewangan teraudit 3 tahun terakhir; 4. Cabutan minit mesyuarat agung yang meluluskan had maksimum keterhutangan; 5. Cabutan minit mesyuarat Lembaga yang meluluskan permohonan pinjaman/pembiayaan daripada bukan anggota; 6. Penyata Terimaan dan Bayaran (Akaun Pengurusan) bagi 3 bulan terakhir; 7. Penyata Aset Mudah Tunai; dan 8. Maklumat-maklumat lain yang perlu dari aspek ekonomi bagi menyokong permohonan. 22

CONTOH LAMPIRAN 2 LAPORAN PRESTASI PENGAMBILAN SIMPANAN KHAS/DEPOSIT DAN PENERIMAAN PINJAMAN/PEMBIAYAAN PADA TARIKH BERAKHIR 30 JUN / 31 DISEMBER.. 1. Koperasi : 2. Tarikh/Bilangan Daftar : 3. Tarikh Audit Akhir : 4. Tarikh Mesyuarat Agung Terakhir : 5. Pengambilan Deposit Bil Jenis Produk Nota : i) ** - Jika ada, sila butirkan ii) MA Mesyuarat Agung Nilai Simpanan Khas/Deposit/ Pelaburan (RM) Tempoh Pulangan / Faedah diberi **Fi / Caj (RM) Kelulusan MA Kelulusan Suruhanjaya 1. Simpanan tetap 1 Juta 1 2% - 15 Februari 2010 4 Juta 2 2.3% - - - 3 Juta 3 3% - - - 1 Juta 9 3.5% - - - 1 Juta 12 4% - - - Jumlah 10 Juta - - - - - 2. Pelaburan Etiqa 3 Juta 2 3.5% 50 2 Februari 2010 21 Mei 2010 3 Mei 2010 23

6. Pinjaman/pembiayaan daripada institusi kewangan dan sumber-sumber lain. Bil Nama Pemberi 1. CIMB Tujuan Pinjaman kepada ahli Tarikh Kelulusan Jumlah Tempoh 21 Mac 2010 20 Juta 10 Tahun Kadar Faedah / Bayaran Perkhidmatan - 5% setahun - caj Perjanjian RM50 - Fi komitmen 1% Pinjaman/Pembiayaan Kaedah Bayaran Balik Suku tahun Baki Tertunggak Cagaran **Had keterhutangan koperasi yang diluluskan MA Bangunan 40 Juta Tarikh Kelulusan MA Tarikh Kelulusan Suruhanjaya Nota : i) ** - Rujuk kepada perenggan 26 Garis Panduan ini ii) MA Mesyuarat Agung 24