Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%.

dokumen-dokumen yang mirip
Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs)

Liberalisasi Insurans Motor. Fahami Tentang MEI 2017 EDISI. Biro Insurans Motor (Motor Insurance Bureau) Menjana Pendapatan Tambahan

Soalan Lazim Ditanya Liberalisasi Tarif Insurans/Takaful Motor

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

K E L U A R G A D E N G G

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

PROGRAM TOYOTA 24SEVEN ROAD ASSIST

Berurusan dengan Pengantara Insurans

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

NOTIS PENTING Accident Assist

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Giro Takaful Pelindung

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Perlindungan insurans yang disediakan termasuklah manfaat sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal.

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Soalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2

i-secure Soalan Lazim:

1 Insurans kebakaran dan kemalangan biasanya diberikan atas. A dasar tahunan B dasar jangkamasa panjang C dasar setengah tahunan D dasar bulanan C10

IKHLAS COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

BORANG CADANGAN MOTOSIKAL

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan Antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI PEKELILING AGENSI PERSENDIRIAN BILANGAN 2 TAHUN 2010

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

Lampiran Penerangan Produk - Premium DriveCare Polisi Insurans Kemalangan Peribadi

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL

Insurans. Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan)

Takaful berkaitan pelaburan. Pengenalan

IKHLAS PAYOR SAVINGS SECURE TAKAFUL RIDER

Bonus Tanpa Tuntutan Tahunan RM100 RM150 RM300 RM400 RM500 RM600 RM700

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

3. Apakah syarat-syarat untuk memohon Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas? Kad Utama 21 tahun Kad Tambahan 18 tahun

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Hadiahkan masa depan yang cerah untuk yang tersayang.

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan Antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

PRUcash double reward

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

PAKEJ INSENTIF PENDAFTARAN DAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN SSM 2012 SOALAN LAZIM

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

SOALAN LAZIM BERKENAAN BIL BARU TM. (M1R2 Drop 2)

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

Panduan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 (April Mei 2012) Huraian Senarai dan Catatan Pelarasan.

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Transkripsi:

Soalan Lazim Mengenai Liberalisasi Motor Insurans 1. Apakah maksud liberalisasi insurans motor? Liberalisasi insurans motor bermaksud harga produk insurans motor tidak akan lagi ditentukan berdasarkan Tarif Motor (senarai harga yang telah ditetapkan). Harga produk insurans motor akan ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful. Pengguna kini boleh menikmati pilihan produk insurans motor yang lebih luas pada harga yang kompetitif memandangkan liberalisasi menggalakkan inovasi dan persaingan antara penanggung insurans dengan pengendali takaful. Penanggung insurans dan pengendali takaful boleh mengenakan premium yang berpadanan dengan faktor risiko yang lebih luas yang sedia ada dalam kumpulan pemegang polisi yang diinsuranskan dan juga menjual produk-produk baharu yang tidak ditetapkan di bawah tarif. 2. Bagaimanakah premium insurans dikira hari ini? Premium insurans dikira berdasarkan nilai diinsuranskan dan model kenderaan. Selain itu, penanggung insurans dibenarkan menggunakan bebanan premium terhad berdasarkan umur pemandu dan jumlah kemalangan yang pernah dialami. Bergantung pada rekod tuntutan oleh pemandu, premium yang dikira untuk dibayar diselaraskan dengan diskaun (Diskaun Tanpa Tuntutan atau NCD). Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%. Walau bagaimanapun, pemandu mungkin menerima sebut harga yang berbeza daripada penanggung insurans yang berbeza disebabkan faktor-faktor lain seperti dinyatakan di atas. 1

3. Bagaimanakah harga premium insurans ditetapkan mulai 1 Julai 2017 dan seterusnya? Mulai 1 Julai 2017, dalam persekitaran yang liberal, lebih banyak faktor risiko akan diambil kira untuk menentukan premium. Selain nilai diinsuranskan, keupayaan enjin kenderaan, umur kenderaan dan umur pemandu, premium mungkin didorong oleh faktor lain. Faktor-faktor ini mungkin termasuk ciri-ciri keselamatan di dalam kenderaan, tempoh kenderaan itu berada di jalan raya, lokasi geografi kenderaan (dalam kawasan yang mengalami insiden kecurian yang tinggi) dan kesalahan lalu lintas yang pernah dialami. Faktor-faktor ini akan menentukan profil risiko kumpulan pemegang polisi yang akan menentukan premium. Memandangkan setiap penanggung insurans dan pengendali takaful mempunyai cara yang berbeza-beza dalam menentukan profil risiko kumpulan, harga polisi motor akan berbeza daripada satu penanggung insurans kepada penanggung insurans yang lain. 4. Bilakah Liberalisasi Tarif Motor akan dilaksanakan? Fasa 1 Liberalisasi Tarif Motor dan Tarif Kebakaran telah diperkenalkan pada 1 Julai 2016. Semasa fasa permulaan ini, penanggung insurans dan pengendali takaful diberikan fleksibiliti untuk menawarkan produk baharu motor dan perlindungan tambahan yang tidak ditetapkan di bawah tarif yang sedia ada. Mulai 1 Julai 2017, liberalisasi kadar premium produk Motor Komprehensif; dan produk Motor Pihak Ketiga Kebakaran dan Kecurian akan dilaksanakan dan penetapan harga premium akan ditentukan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing. Walau bagaimanapun, kadar premium produk Motor Pihak Ketiga akan terus tertakluk pada kadar tarif. 2

Produk dan perlindungan motor yang sedia ada ialah: 5. Apakah manfaat pelaksanaan Liberalisasi Tarif Motor? Manfaat untuk pengguna termasuk: Kualiti perkhidmatan yang meningkat dan rangkaian produk yang lebih pelbagai pada harga yang kompetitif disebabkan oleh persaingan yang lebih sengit dalam kalangan penanggung insurans dan pengendali takaful; Pengguna dan perniagaan boleh mendapatkan perlindungan terbaik yang memenuhi keperluan insurans mereka dengan adanya produk baharu yang mempunyai ciri yang berbeza; Pemandu akan digalakkan memupuk tabiat pemanduan yang selamat untuk keselamatan diri sendiri dan juga orang ramai memandangkan ciri-ciri keselamatan akan menjadi salah satu faktor yang menentukan premium. Pengguna boleh meraih manfaat apabila membuat perbandingan bagi mendapatkan pilihan terbaik yang bersesuaian dengan keperluan mereka berikutan penetapan harga yang kompetitif oleh penanggung insurans dan pengendali takaful. 3

Saluran pengagihan baharu seperti saluran dalam talian yang berkesan dari segi kos akan membolehkan perlindungan insurans dibeli dengan cara yang paling mudah oleh pengguna. 6. Apakah yang perlu saya lakukan apabila membeli perlindungan insurans dalam pasaran yang liberal? Pengguna perlu mempertimbangkan faktor berikut apabila membeli insurans: Anda tidak seharusnya menjadikan harga sebagai satu-satunya faktor yang perlu diambil kira apabila membeli pelan perlindungan insurans. Anda perlu memberikan perhatian pada perkara yang dilindungi oleh polisi, pengecualian dan piawaian perkhidmatan pelanggan. Anda perlu membuat perbandingan dengan menghubungi ejen, penanggung insurans atau pengendali takaful melalui pusat perhubungan atau saluran dalam talian untuk mengemukakan pertanyaan atau mendapatkan khidmat nasihat bagi mendapatkan perlindungan yang sebenar yang memenuhi keperluan perlindungan anda pada harga yang anda persetujui. Sila pastikan perbandingan dibuat lebih awal sebelum polisi insurans anda tamat tempoh. Penanggung insurans atau pengendali takaful akan memaklumi anda sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tempoh polisi insurans motor anda tamat. 4

7. Saya baru sahaja membaharui perlindungan insurans motor saya pada 1 Jun 2016. Bolehkah saya membeli produk tambahan untuk menambah perlindungan insurans motor saya? Ya, anda boleh membeli produk tambahan untuk menambah perlindungan insurans anda bagi kenderaan yang sama. Sebagai pilihan lain, anda boleh membeli produk motor baharu untuk memenuhi keperluan anda, bagi menggantikan perlindungan insurans motor sedia ada untuk tempoh perlindungan selanjutnya. Sebelum menamatkan perlindungan insurans motor anda yang sedia ada, sila hubungi ejen, penanggung insurans atau pengendali takaful anda untuk mengetahui jumlah premium secara prorata yang telah dibayar yang akan dikembalikan kepada anda oleh penanggung insurans atau pengendali takaful anda. Buatlah keputusan pembelian berdasarkan maklumat yang mencukupi dengan mendapatkan sebut harga yang berbeza dengan menghubungi ejen, penanggung insurans dan pengendali takaful melalui pusat panggilan atau saluran dalam talian, sebelum anda membuat pembelian. 8. Bagi polisi insurans motor sedia ada yang perlindungannya melangkaui 1 Julai 2017, berapakah premium yang akan dikenakan? Premium yang akan dikenakan adalah berdasarkan tarikh ulang tahun polisi (tarikh polisi insurans motor anda tamat tempoh) bagi polisi motor. 5

9. Adakah produk insurans Motor Pihak Ketiga akan ditawarkan kepada pengguna? Produk insurans Motor Pihak Ketiga masih ditawarkan kepada pengguna yang ingin membeli perlindungan insurans motor asas pada kadar tarif. 10. Apakah akan terjadi pada NCD? Struktur NCD tidak berubah dan masih boleh dipindahkan daripada satu syarikat insurans atau pengendali takaful kepada syarikat insurans atau pengendali takaful yang lain. Anda masih berhak mendapat NCD mengikut apa yang anda layak. 11. Di manakah boleh saya dapatkan maklumat produk baharu yang tersedia dan bagaimanakah saya hendak memilih produk yang akan memenuhi keperluan saya? Anda dinasihati untuk selalu berhubung dengan penanggung insurans atau pengendali takaful atau ejen anda mengenai produk baharu dan perlindungan tambahan yang diperkenalkan. Buatlah keputusan pembelian berdasarkan maklumat yang mencukupi dengan mendapatkan sebut harga yang berbeza dengan menghubungi ejen, penanggung insurans atau pengendali takaful melalui pusat perhubungan atau saluran dalam talian mereka. 6