KEDUDUKAN WANITA DALAM SISTEM PUSAKA ISLAM. Noor Lizza Mohamed Said & Mohd Zamro Muda

dokumen-dokumen yang mirip
pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

Fiqh dan Pengurusan Harta Warisan: Dengan Fokus kepada Faraid

KEWARISAN SAUDARA KANDUNG LAKI-LAKI/ SAUDARA SEBAPAK LAKI-LAKI BERSAMA ANAK PEREMPUAN TUNGGAL

BAB IV. A. Analisis terhadap Penentuan Bagian Waris Anak Perempuan. 1. Analisis terhadap Bagian Waris Anak Perempuan dan Cucu Perempuan

BAB IV PEMERATAAN HARTA WARISAN DI DESA BALONGWONO DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

BAB 2 LANDASAN TEORI

BAB I PENDAHULUAN. diatur dalam agama Islam adalah tentang hukum waris, yakni pemindahan

Berkahilah untuk ku dalam segala sesuatu yang Engkau keruniakan. Lindungilah aku dari keburukannya sesuatu yang telah Engkau pastikan.

Sunnah menurut bahasa berarti: Sunnah menurut istilah: Ahli Hadis: Ahli Fiqh:

YANG HARAM UNTUK DINIKAHI

SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

KAIDAH FIQH. Sebuah Ijtihad Tidak Bisa Dibatalkan Dengan Ijtihad Lain. حفظه هللا Ustadz Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

HAK WANITA DALAM PUSAKA MENERUSI AYAT 11, 12 DAN 176 SURAH AL- NISA 1. Abstrak

Wasiat Manfaat Harta Dalam Islam 1. Noor Lizza Mohamed Said. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP KETENTUAN PEMBIAYAAN KREDIT SINDIKASI

Oleh: Shahmuzir bin Nordzahir

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

BAB IV SISTEM PEMBAGIAN HARTA WARIS DI KAMPUNG ADAT PULO KABUPATEN GARUT DALAM PERSEPSI HUKUM ISLAM

BAB I PENDAHULUAN. yang ditinggalkan atau berpindah dan menjadi hak milik ahli warisnya. Allah SWT

ISLAM DIN AL-FITRI. INDIKATOR: 1. Mendeskripsikan Islam sebagai agama yang fitri

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang. Segala sesuatu yang berkaitan dengan pewarisan erat hubungannya dengan

BAB IV A. ANALIS HUKUM ISLAM TENTANG STATUS HAK WARIS. elemen masyarakat, bagaimana kedudukan dan hak-haknya dalam keluarga dan

BAB IV ANALISIS HUKUM TERHADAP PUTUSAN PENGADILAN AGAMA SAMPANG. NOMOR: 455/Pdt.G/2013.PA.Spg.

BAGIAN WARIS SAUDARA PEREMPUAN SEBAPAK الا خت لا ب ليست كلا خت الشقيقة ف حال اجتماعهن ف

MENGIKUT JAMAAH MUSLIMIN

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM

BAB IV ANALISIS TERHADAP PENDAPAT PARA KIAI DI DESA SIDODADI KECAMATAN BANGILAN KABUPATEN TUBAN TENTANG PEMBAGIAN HARTA WARIS MELALUI WASIAT

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

Siapakah Mahrammu? Al-Ustadz Abu Muhammad Dzulqarnain

PENEMPELAN PHOTO PADA MUSHAF AL-QUR AN (KEMULIAAN AL-QUR AN)

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

BAB I PENDAHULUAN. Seiring dengan perkembangan hukum Islam di Indonesia, khususnya di

Simposium DPI Autoriti al-quran. Ustaz Mohammad Rizhan bin Leman Pensyarah Sepenuh Masa Al-Zuhri

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

BAB I PENDAHULUAN. seorang pria atau seorang wanita, rakyat kecil atau pejabat tinggi, bahkan penguasa suatu

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

IDDAH DALAM PERKARA CERAI TALAK

JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 PENDIDIKAN ISLAM

BAB IV ANALISIS PUTUSAN MAHKAMAH AGUNG NO. 184 K/AG/1995 TENTANG KEDUDUKAN AHLI WARIS ANAK PEREMPUAN BERSAMA SAUDARA PEWARIS

ف ان ت ه وا و ات ق وا الل ه ا ن الل ه ش د يد ال ع ق اب

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

Kaidah Fiqh. Perbedaan agama memutus hubungan saling mewarisi juga waii pernikahan. Publication: 1434 H_2013 M KAIDAH FIQH: PERBEDAAN AGAMA

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

BAB IV NASAB DAN PERWALIAN ANAK HASIL HUBUNGAN SEKSUAL SEDARAH (INCEST) DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

Iman Kepada KITAB-KITAB

BAB I PENDAHULUAN. ajaran yang sangat sempurna dan memuat berbagai aspek-aspek kehidupan

Bolehkah melaksanakan perkawinan seorang perempuan dengan seorang laki laki yang bapak keduanya saudara sekandung, yaitu seayah dan seibu?

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 2)

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Mengganti Puasa Yang Ditinggalkan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

ISLAM IS THE BEST CHOICE

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

BAB IV KONSEP SAKIT. A. Ayat-ayat al-qur`an. 1. QS. Al-Baqarah [2]:

Pengertian Istilah Hadis dan Fungsi Hadis

CARA PRAKTIS UNTUK MENGHAFAL AL-QUR AN

Warisan Untuk Janin, Wanita, Huntsa Musykil dan Yang Mati Bersamaan

BAB IV LAPORAN HASIL PENELITIAN DAN ANALISIS. keadaan geografis, mata pencaharian, dan agama penduduknya.

H}AD}A>NAH ANAK BELUM MUMAYYIZ KEPADA AYAH

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Yang Diizinkan Tidak Berpuasa

KOMPETENSI DASAR INDIKATOR:

ISLAM dan DEMOKRASI (1)

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP IMPLEMENTASI HUTANG PUPUK DENGAN GABAH DI DESA PUCUK KECAMATAN DAWARBLANDONG KABUPATEN MOJOKERTO

BAB V PENUTUP. rumusan dan cadangan daripada penulis setelah melalui pelbagai proses pembelajaran,

PEMAKAIAN KONSEP WASIAT WAJIBAH DI MALAYSIA

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP METODE PEMBAGIAN WARIS DENGAN CARA LOTRE DI DESA KEMLOKOLEGI KAB. NGANJUK

KAIDAH FIQH. Disyariatkan Mengundi Jika Tidak Ketahuan Yang Berhak Serta Tidak Bisa Dibagi. حفظه هللا Ustadz Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf

Akal Yang Menerima Al-Qur an, dan Akal adalah Hakim Yang Adil

KRITERIA MASLAHAT. FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 6/MUNAS VII/MUI/10/2005 Tentang KRITERIA MASLAHAT

Bersama H. Ahmad Bisyri Syakur, Lc, MA Direktur Zaid bin Tsabit waris center

Berkompetisi mencintai Allah adalah terbuka untuk semua dan tidak terbatas kepada Nabi.

Anak Yatim Status Anak Yatim Berbapak Tiri dan Santunannya

A. Analisis Tentang Tata Cara Akad Manusia tidak bisa tidak harus terkait dengan persoalan akad

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

Jawaban yang Tegas Dari Yang Maha Mengetahui dan Maha Merahmati

BAB IV ANALISIS. A. Tinjauan Yuridis terhadap Formulasi Putusan Perkara Verzet atas Putusan

BAB IV ANALISIS STATUS PENISBATAN ANAK HASIL PERKAWINAN SIRRI MENURUT MASYARAKAT HADIPOLO DITINJAU DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

HAK WARIS DAN HAK NAFKAH BAGI PEREMPUAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM. Nur Azizah Dosen Fakultas Syariah dan Ilmu Hukum IAIN Padangsidimpuan

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PEMBERIAN WASIAT DENGAN KADAR LEBIH DARI 1/3 HARTA WARISAN KEPADA ANAK ANGKAT

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PANDANGAN ULAMA AMUNTAI SEBAGAI KEWAJIBAN YANG HARUS DITUNAIKAN SEBELUM


Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 7/MUNAS VII/MUI/11/2005 Tentang PLURALISME, LIBERALISME DAN SEKULARISME AGAMA

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Keutamaan Akrab Dengan Al Qur an

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الا نبياء والمرسلين :و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد

Bacaan Tahlil Lengkap

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 4 Tahun 2003 Tentang PENGGUNAAN DANA ZAKAT UNTUK ISTITSMAR (INVESTASI)

BAB IV ANALISIS PERBANDINGAN PROSES MEDIASI DI PENGADILAN AGAMA DENGAN PROSES PERDAMAIAN DI MAHKAMAH SYARI AH KUCHING SARAWAK MALAYSIA

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TENTANG PENGELOLAAN ZAKAT MELALUI LAYANAN M-ZAKAT DI PKPU (POS KEADILAN PEDULI UMAT) SURABAYA

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

Edisi: 11/9/1/1437 KHUTBAH PERTAMA م ع اش ر ال م س ل م ي ن ر ح م ن ي ور ح م ك م الل ه. Alloh Subhanahu wa Ta'ala berkata di dalam Al-Qur'an:

BAB II KAKEK DAN SAUDARA DALAM HUKUM WARIS. kakek sahih dan kakek ghairu sahih. Kakek sahih ialah setiap kakek (leluhur laki -

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

SET KEDUA. Jawab semua soalan. Baca dialog, kemudian jawab soalan-soalan

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP LARANGAN PERKAWINAN JILU DI DESA DELING KECAMATAN SEKAR KABUPATEN BOJONEGORO

BAB I PENDAHULUAN. teratur dan adil. Di dalamnya ditetapkan hak kepemilikan harta bagi setiap

BAB IV ANALISIS TERHADAP PENETAPAN HARTA BERSAMA DALAM PERMOHONAN IZIN POLIGAMI DALAM BUKU II SETELAH ADANYA KMA/032/SK/IV/2006

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang, dan salam kepada para Rasul serta segala puji bagi Tuhan sekalian alam.

Transkripsi:

KEDUDUKAN WANITA DALAM SISTEM PUSAKA ISLAM Noor Lizza Mohamed Said & Mohd Zamro Muda Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Perubahan sistem sosial budaya masyarakat Islam hari ini telah membawa golongan wanita keluar daripada kepompong adat budaya lama yang meletakkan mereka hanya dalam ruang domestik yang sempit kepada dunia yang menuntut mereka berperanan dalam masyarakat seperti kaum lelaki. Kesan perubahan tersebut menimbulkan pelbagai polemik yang membawa kepada pelbagai tuntutan hak kesamarataan antara lelaki dan wanita termasuk tuntutan kesamarataan hak dalam pembahagian harta pusaka. Justeru artikel ini akan menilai sejauhmana tuntutan tersebut selari dengan Sistem Pusaka Islam yang bersandarkan kepada al-quran, al-sunnah dan ijmak ulama. Keadilan dalam Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan bermaksud sama rata atau pemberian sama banyak. Kaedah pembahagian pusaka 2:1 iaitu bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang wanita bukanlah bersifat standard dalam semua keadaan bahkan dalam keadaan tertentu bahagian wanita sama seperti lelaki. Perubahan sosial budaya masyarakat tidak menyebabkan berlakunya perubahan hukum pembahagian mengikut kaedah 2:1 yang telah digariskan oleh syarak. PENGENALAN Pembahagian harta pusaka mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dan digariskan dalam al-quran dan al-sunnah serta ijmak ulama adalah suatu kewajipan ke atas umat Islam untuk melaksanakannya. Sistem pusaka Islam merupakan suatu sistem yang rapi dan adil ciptaan Allah SWT yang mempunyai hikmah dan maslahah 1 kepada orang yang meninggalkan harta pusaka dan juga kepada ahli-ahli waris yang menerima harta pusaka. Maha hebat Allah SWT yang mengetahui siapa yang berhak menerima harta peninggalan si mati dengan kadar yang telah ditetapkan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-nisa ayat 11: آ ا بؤ ك م ا وأاب نااؤ ك م ا ل تاد ر وان أاي ه م أاق ا رب لاك م ن اف ع ا فار ي اضة م ن ا ه لل إ هن ا ه لل ا اكا ان ا عل يم ا ا حك يم ا Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Islam tidak memberikan hak pembahagian ini kepada si mati atau orang yang mewariskan harta kerana hanya Allah SWT yang maha mengetahui siapakah yang layak dan lebih berhak menerima harta peninggalan si mati. Sekiranya pembahagian pusaka itu diserahkan 1 Maslahah bermaksud mendatangkan manfaat dan kebaikan atau menolak kemudaratan ke atas manusia, iaitu memelihara tujuan pensyariatan dengan menolak segala perkara yang membawa kepada kerosakan ke atas makhluknya dengan memelihara agama, diri, keturunan, akal dan harta mereka. (al-zuhayli, Wahbah, Nazariyyah al-darurah al-shar c iyyah Muqaranah ma c a al-qanun al-qad c i, Dar al-fikr, Damshiq, 1997, hlm. 54). 232

kepada manusia, ia akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam pembahagian seterusnya menimbulkan pergaduhan dan kezaliman ke atas ahli waris yang lemah. KEISTIMEWAAN WANITA DALAM SISTEM PUSAKA ISLAM Sebelum kedatangan Islam, wanita tidak mempunyai hak untuk mewarisi harta pusaka kaum kerabat atau suaminya yang meninggal dunia bahkan diri wanita itu sendiri akan diwarisi oleh waris-waris si mati. Hinanya wanita di zaman tersebut apabila disamakan seperti harta benda dan haiwan ternakan yang akan diwarisi oleh anak-anak, saudarasaudara lelaki atau waris-waris si mati yang mempunyai kuasa, kekuatan dan kedudukan yang tinggi di kalangan kaum keluarga mereka dan masyarakat. Wanita dianggap lemah justeru tiada hak sama sekali dalam mewarisi harta pusaka (Sa c ied Abu al-futuh 2008; al- Zuhayli 1987). Selepas kedatangan Islam, wanita diiktiraf dalam sistem pusaka dengan meletakkannya di kedudukan yang istimewa. Bukan sahaja lelaki mendapat bahagian dalam pusaka, wanita juga ada bahagiannya. Firman Allah SWT dalam surah al-nisa ayat 7: ا وا ل اق ا ر ر ناص ي ا ب وان م ها قا ه م ن أاو اك ا ساء ناص يب م ها تا ا راك ال ا وال ادان ا وا ل اق ا رب وان ا ول لن ا لر ا جال ناص يب م ها تا ا راك ال ا وال ادان ا مف ر وض ا Orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat. Dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu mengikut bahagian yang telah ditetapkan (Allah). Hak wanita dalam pusaka disyariatkan oleh Allah SWT secara terperinci dalam al-quran. Sebab seorang wanita itu mempusakai harta pewarisnya tidak dilihat dari sudut kuat atau lemahnya wanita tersebut, tidak juga diukur dari tinggi atau rendah kedudukannya dalam masyarakat dan tidak disebabkan statusnya muda ataupun tua, bahkan seorang wanita itu berhak mewarisi harta pusaka pewarisnya adalah disebabkan hubungan kekerabatan seperti ibu, nenek, anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara perempuan seibu. Ianya telah disyariatkan dalam surah al-nisa ayat 11, firman Allah SWT: ث ل ا ا ا ما تا ا راك ا وإ ن اكانات ا هذاكر م ا حظ ا ل ن اي ا ي فاإ ن ك ه ن ن ا ساء فاو اق اث ناتا ي فالاه هن واح اد ة ي وص يك م ا ه لل ف أاو ا لد ك م ل ل ا واح د م ن ه ا ما الس د س م ها تا ا راك إ ن اكا ان لا ا ولاد فاإ ن ا ل ي ا ك ن وا فا م لا ا ولاد ا و ا ور ثا أاب اا وي ل ك فالا ا ها الن ص ف ا و ل اب اا ال ل ث فاإ ن اكا ان لا إ خ ا وة فا م الس د س م ن ب ا ا ع د وص يهة ي وص ي ب ا ا أاو ا دي ن آ ا بؤ ك م ا وأاب نااؤ ك م ا ل تاد ر وان أاي ه م أاق ا ر ب لاك م ن اف ع ا فار ي اضة م ن ا ه لل إ هن ا ه لل ا اكا ان ا عل يم ا ا حك يم ا Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya 233

hanyalah kedua ibubapanya, maka bahagian ibunya adalah sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik beradik) maka bahagian ibunya adalah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Begitu juga dalam ayat 176 surah al-nisa Allah SWT berfirman: ي ا س تاف ت ونا اك ق ا ه لل ي ف ت يك م ف ال اكا للاة إ ن ام ر ؤ ا هلا اك لاي ا س لا ا ولاد ا ولا أ خ ت فالا ا ها ن ص ف ا ما تا ا را ك ا وه ا و ي ا ر ث ا ها إ ن ا ساء فال ل هذاكر م ا حظ ا ل ن اي ا ي ا ل ي ا ك ن ا ل ا ا ولاد فاإ ن اكان اتاا اث ناتا ي فالاه ا ما ال ل اان م ها تا ا راك ا وإ ن اكان وا إ خ ا وة ر ا جا ل ا ون ي ا ي ا ه لل لاك م أان تاض ل وا ا وا ه لل ب ك ا اشي ء عل يم Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad, mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu dalam perkara Kalalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, dan ia pula (saudara lelaki) itu mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Wanita juga berhak mewarisi harta pusaka pewarisnya disebabkan perkahwinan seperti seorang isteri berhak mewarisi harta pusaka suaminya yang meninggal dunia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-nisa ayat 12: ا ي ا ولاك م ن ص ف ا ما تا ا راك أاز ا واج ك م إ ن ا ل ي ا ك ن ا ل هن ا ولاد فاإ ن اكا ان ا ل هن ا ولاد فالاك م الر ب ع م ها تا ا رك ا ن م ن ب ا ا ع د وص يهة ي وص ا وا ل هن الر ب ع م ها تا ا رك ت م إ ن ا ل ي ا ك ن لاك م ا ولاد فاإ ن اكا ان لاك م ا ولاد فالاه هن ال م ن م ها تا ا رك ت م م ن ب ا ا ع د وص يه ة ب ا ا أاو ا دي ن ت وص وا ن ب ا ا أاو ا دي ن Dan bagi kamu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak, maka bahagian mereka (isteri-isteri) ialah seperlapan dari harta yang tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. 234

HAK WANITA DALAM SISTEM PUSAKA ISLAM Seramai lapan orang wanita tergolong dalam kalangan waris ashab al-furud dalam sistem pusaka Islam. Waris ashab al-furud ialah waris-waris yang terdiri daripada 12 golongan yang telah ditetapkan bahagian pusaka mereka sama ada melalui al-quran, al-sunnah atau ijmak ulama. Mereka menerima bahagian yang tetap sebagaimana yang telah disyariatkan tanpa berlaku penambahan atau pengurangan kecuali dalam masalah al-radd 2 dan al- c awl 3. Mereka juga diberi keutamaan dalam penerimaan harta pusaka jika dibandingkan dengan waris-waris lain. Lapan golongan wanita tersebut ialah isteri, ibu, nenek, anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki (cucu), saudara perempuan seibu sebapa (kandung), saudara perempuan sebapa dan saudara perempuan seibu. Jadual di bawah menunjukkan waris-waris wanita yang tergolong dalam kalangan waris ashab al-furud dan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan untuk mereka: WARIS BAHAGIAN Isteri i. 1/4 - si mati tiada anak keturunan ii. 1/8 - si mati ada anak keturunan Ibu i. 1/6 si mati ada anak keturunan atau ramai saudara ii. 1/3 si mati tiada anak atau ramai saudara iii. 1/3 baki si mati hanya ada isteri atau suami dan bapa (masalah umariyyatayn) Nenek i. 1/6 si mati tiada ibu ii. Dihijab oleh ibu (nenek sebelah bapa juga dihijab oleh bapa) Anak Perempuan i. 1/2 - jika seorang dan tiada anak lelaki ii. 2/3 jika ramai dan tiada anak lelaki iii. Baki harta jika bersama anak lelaki dengan nisbah 2:1 Anak Perempuan i. 1/2 jika seorang dan tiada anak lelaki kepada anak lelaki kepada Anak Lelaki (cucu lelaki) (cucu perempuan) ii. 2/3 jika ramai dan tiada anak lelaki kepada anak lelaki (cucu lelaki) iii. 1/6 jika bersama dengan seorang anak perempuan iv. Baki jika bersama dengan anak lelaki kepada anak lelaki dengan nisbah 2:1 v. Dihijab oleh anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki yang lebih hampir atau ramai anak perempuan Saudara Perempuan i. 1/2 jika seorang dan tiada saudara lelaki seibu sebapa Seibu Sebapa ii. 2/3 jika ramai dan tiada saudara lelaki seibu sebapa iii. Baki jika bersama dengan saudara lelaki seibu sebapa dengan nisbah 2:1 iv. Baki jika bersama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau kedua-dua mereka 2 Berlaku lebihan harta setelah dibahagikan kepada ahli-ahli waris ashab al-furud disebabkan berlaku pengurangan pada jumlah saham dibandingkan asal masalah mengakibatkan berlaku pertambahan habuan setiap ahli waris. 3 Jumlah saham ahli waris melebihi jumlah harta sebenar harta yang ditinggalkan oleh si mati menyebabkan berlaku pengurangan pada kadar habuan mereka mengikut nisbah bahagian masing-masing. 235

Saudara Perempuan Sebapa Saudara Perempuan Seibu v. Dihijab oleh anak lelaki keturunan atau bapa i. 1/2 jika seorang dan tiada saudara lelaki sebapa ii. 2/3 jika ramai dan tiada saudara lelaki sebapa iii. 1/6 jika bersama dengan seorang saudara perempuan seibu sebapa iv. Baki jika bersama dengan saudara lelaki sebapa dengan nisbah 2:1 v. Baki jika bersama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau kedua-dua mereka vi. Dihijab oleh anak keturunan, bapa, saudara lelaki seibu sebapa atau ramai saudara perempuan seibu sebapa i. 1/6 jika seorang ii. 1/3 jika ramai iii. Dihijab oleh anak keturunan, bapa atau datuk ke atas Waris wanita yang paling hampir dengan si mati ialah ibu, isteri dan anak perempuan. Mereka tidak terdinding oleh sesiapa bahkan sebaliknya mereka mendinding waris-waris yang lain. Sekiranya seseorang mati meninggalkan ke semua lapan golongan waris wanita ashab al-furud tanpa waris lelaki, waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati adalah ibu, isteri, anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki (cucu) dan saudara perempuan seibu sebapa (kandung). Manakala waris wanita ashab al-furud yang lain terdinding kerana hubungan mereka yang jauh dengan si mati. Namun begitu, dalam keadaan si mati hanya meninggalkan nenek, saudara-sudara perempuan seibu sebapa atau saudara-saudara perempuan sebapa dan saudara-saudara perempuan seibu, ke semua waris yang ditinggalkan mendapat harta pusaka. Anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki, saudara-sudara perempuan seibu sebapa atau saudara-saudara perempuan sebapa akan mewarisi harta pusaka secara c asabah atau menerima baki harta dengan kewujudan waris-waris lelaki yang sama darjat dengan mereka. Kaedah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam pembahagian harta pusaka antara waris lelaki dan wanita tersebut adalah: ي وص يك م ا ه لل ف أاو ا لد ك م ل ل هذاكر م ا حظ ا ل ن اي ا ي Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Dan, ا وإ ن اكان وا إ خ ا وة ر ا جا ل ا ون ا ساء فال ل هذاكر م ا حظ ا ل ن اي ا ي Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. Anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki, saudara-sudara perempuan seibu sebapa atau saudara-saudara perempuan sebapa setiap daripada mereka akan menerima 1/2 daripada bahagian seorang saudara lelaki mereka atau dengan kata lain bahagian seorang 236

waris lelaki menyamai bahagian dua orang saudara perempuannya yang sedarjat. Berbeza dengan kedudukan saudara perempuan seibu apabila mewarisi bersama dengan saudara lelakinya iaitu saudara lelaki seibu, di mana kedua-kedua waris lelaki dan perempuan menerima bahagian yang sama bahkan mereka adalah tergolong dari kalangan waris ashab al-furud bukan c asabah. ISU-ISU DALAM PUSAKA WANITA i. Kedudukan pusaka isteri yang dicerai Pernikahan iaitu hubungan perkahwinan yang sah sama ada berlaku persetubuhan atau tidak kedua-dua suami isteri berhak mewarisi harta peninggalan pasangannya kerana umumnya firman Allah S.W.T. : ا ي ا ولاك م ن ص ف ا ما تا ا راك أاز ا واج ك م إ ن ا ل ي ا ك ن ا ل هن ا ولاد فاإ ن اكا ان ا ل هن ا ولاد فالاك م الر ب ع م ها تا ا رك ا ن م ن ب ا ا ع د وص يهة ي وص ا وا ل هن الر ب ع م ها تا ا رك ت م إ ن ا ل ي ا ك ن لاك م ا ولاد فاإ ن اكا ان لاك م ا ولاد فالاه هن ال م ن م ها تا ا رك ت م م ن ب ا ا ع د وص يه ة ب ا ا أاو ا دي ن ت وص وا ن ب ا ا أاو ا دي ن Dan bagi kamu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri) ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayar hutang kamu. Suami isteri juga berhak mewarisi harta peninggalan pasangannya ketika kematian berlaku dalam idah talak raj c ie. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh mewarisi harta pusaka pasangannya jika pernikahan mereka tidak sah walaupun telah berlaku persetubuhan. Seorang wanita yang difasakhkan atau dicerai bain oleh suaminya ketika sihat, tidak boleh mewarisi harta pusaka pasangannya yang meninggal dunia walaupun kematian berlaku ketika dalam idah. Namun, apabila seorang suami yang sedang sakit tenat menceraikan isterinya dengan cerai bain bertujuan untuk mengelakkan hartanya kelak dipusakai oleh isterinya, maka suami tidak boleh mewarisi harta isterinya sekiranya si isteri mati sebelum daripadanya. Namun sekiranya suami itu mati sebelum daripada isterinya, ulama berselisih pendapat dalam masalah ini. Menurut pendapat mazhab Shafie, isteri tidak boleh mewarisi harta peninggalan bekas suaminya walaupun masih dalam idah cerai bain kerana cerai bain adalah memutuskan pernikahan yang menjadi sebab pewarisan. Mazhab Hanafi pula berpendapat, isteri yang dicerai bain boleh mewarisi harta bekas suaminya selagi masih dalam idah kerana kesan pernikahan masih ada dan sekiranya telah tamat idah maka hilanglah segala sebab pewarisan. Menurut pendapat mazhab Maliki pula, dalam situasi ini isteri boleh mewarisi harta suaminya walaupun telah habis idah dan telah berkahwin dengan lelaki lain. Manakala mazhab Hanbali berpendapat, selagi si isteri yang telah dicerai dengan cerai bain tidak berkahwin dengan lelaki lain walaupun telah tamat tempoh idah, dia boleh mewarisi harta bekas suaminya (al-zuhayli 1987). 237

ii. Kedudukan pusaka ibu kepada anak tak sah taraf Anak hasil dari hubungan perzinaan atau perkahwinan yang tidak sah di sisi syarak atau anak yang dinafikan nasab oleh bapanya secara li c an adalah dikategorikan sebagai anak tak sah taraf. Anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada bapanya, justeru dia tidak boleh mempusakai harta peninggalan lelaki yang berzina dengan ibunya atau bapa yang menafikan nasab anak tersebut begitu juga sebaliknya. Anak tak sah taraf hanya dinasabkan kepada ibunya sahaja dan berhak mempusakai harta pusaka peninggalan ibunya. Begitu juga sebaliknya, si ibu mempunyai bahagian pusaka dalam harta peninggalan anak tersebut (al-husari 1992) iii. Justifikasi bahagian lelaki melebihi bahagian wanita Asas utama pembahagian harta pusaka dalam sistem pusaka Islam ialah untuk memenuhi keperluan waris-waris si mati. Bahagian seorang ahli waris lelaki menyamai bahagian dua orang ahli waris perempuan sebagaimana yang digariskan oleh Allah SWT dalam surah al- Nisa ayat 176: Maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. فال ل هذاكر م ا حظ ا ل ن اي ا ي Pengagihan harta yang memberi kelebihan kepada lelaki berbanding wanita dalam keadaan-keadaan tertentu membuktikan bahawa sistem pusaka Islam memelihara keperluan ahli waris berdasarkan kepada besar atau kecilnya tanggungjawab seseorang. Seorang lelaki itu bertanggungjawab dalam menyara hidup dan memberi nafkah kepada dirinya, isteri, anak-anak dan kepada sesiapa yang berhajat dari kaum keluarganya. Berbeza dengan wanita, nafkah dirinya tidak dibebankan ke atas dirinya sendiri apatah lagi nafkah orang lain bahkan tanggungjawab tersebut dipertanggungjawabkan ke atas bapanya atau saudara lelakinya dan sekiranya dia telah berkahwin maka nafkahnya adalah wajib ke atas suaminya walaupun wanita itu seorang yang berharta. Oleh yang demikian, dengan pemberian setengah bahagian kepada ahli waris wanita berbanding dengan satu bahagian kepada ahli waris lelaki adalah merupakan pemberian yang amat besar kepadanya dan membuktikan bahawa Islam memuliakan dan memelihara hak wanita. KESIMPULAN Sistem pusaka Islam merupakan suatu sistem ciptaan Allah SWT yang maha mengetahui segala hikmah yang tersurat dan tersirat di sebalik penetapan setiap bahagian ahli waris. Sistem ini bukan sistem atau undang-undang ciptaan manusia yang mempunyai kelemahan, kekurangan dan kecenderungan kepada hawa nafsu. Antara keistimewaan dan kelebihan sistem pusaka Islam ialah memelihara kemaslahatan atau kepentingan individu dan masyarakat. Sistem ini terbina atas asas yang utama iaitu mengukuhkan persaudaraan dan saling bantu-membantu dalam memelihara keperluan dan kepentingan semua waris sehingga tidak berlaku pertelingkahan sesama mereka. Konsep atau kaedah pembahagian yang mementingkan keadilan dan keperluan individu juga diutamakan. Oleh itu dengan pembahagian harta pusaka mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ini maka terjamin kelangsungan hidup ahli-ahli waris si mati termasuklah waris wanita. Wanita dalam sistem pusaka Islam diberi kedudukan khusus dan telah dijelaskan penditilan bahagian mereka dalam al-quran. 238

RUJUKAN Al-Quran al-husari, Ahmad. 1412H/1992M. al-tarikat wa al-wasaya wa al-qadaya al-muta c lliqah bi hima fi al-fiqh al-islami al-muqarin. Beyrut: Dar al-jayl. Sa c ied Abu al-futuh. 1429H/2008H. Ahkam al-mirath wa al-wasiyyah wa al-waqf fi al-fiqh al-islamiy wa al-qanun. Dubai: al-imarat al- c Arabiyyah. al-zuhayli, Wahbah. 1407H/1982M. Fiqh al-mawarith fi al-shari c ah. Dubai: al-imarat al- c Arabiyyah. 239