Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:

dokumen-dokumen yang mirip
LEMBARAN FAKTA TAKAFUL - Takaful Motor

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

Takaful kemalangan diri Pengenalan

Takaful keluarga. Apakah takaful keluarga?

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Takaful berkaitan pelaburan. Pengenalan

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

Perlindungan yang disediakan oleh takaful perubatan dan kesihatan adalah seperti berikut:

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

NOTIS PENTING Accident Assist

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

TARIFF POLISI INSURANS KERETA PERSENDIRIAN

Contoh penpuan insurans:

Soalan Lazim Ditanya Liberalisasi Tarif Insurans/Takaful Motor

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang

Tambahan pula, bagi pemegang polisi yang bukan beragama Islam, suatu amanah akan diwujudkan untuk penama di bawah keadaan-keadaan berikut:

Giro Takaful Pelindung

BORANG CADANGAN MOTOSIKAL

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

POLISI KERETA PERSENDIRIAN NOTA PENERANGAN

1 Insurans kebakaran dan kemalangan biasanya diberikan atas. A dasar tahunan B dasar jangkamasa panjang C dasar setengah tahunan D dasar bulanan C10

PLET PERDAGANGAN (RISIKO JALAN RAYA) TERMA & SYARAT

Mengapa anda perlu membuat perancangan awal untuk pendidikan anak anda?

NOTA PENERANGAN. Apakah yang dikira sebagai kontrak Takaful anda? Tanggungjawab anda memberitahu kami. Sijil Motosikal Tariff

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

Motosikal Terma & Syarat

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

2. KESAHAN MATA GANJARAN


1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

Sebagai tambahan, anda boleh menginsuranskan Bayaran Juruaudit sebagai perkara tambahan di bawah polisi ini.

Kenderaan Perdagangan Tarif Terma & Syarat

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Perlindungan insurans yang disediakan termasuklah manfaat sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal.

POLISI KERETA PERSENDIRIAN. Pihak Ketiga Sahaja Tariff

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

Pelan kemalangan komprehensif untuk seisi keluarga.

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

POLISI MOTOSIKAL Kenyataan Penting : SEMUA KEMALANGAN MESTILAH DILAPORKAN KEPADA PIHAK POLIS DALAM MASA 24 JAM

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

auto365 Comprehensive Premier Insurans kereta persendirian berasaskan harga risiko khusus yang anda boleh miliki untuk kenderaan anda.

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

TERMA & SYARAT PERADUAN

SIJIL INDUK UNTUK TAKAFUL Complimentary Group Personal Accident

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

POLISI MOTOSIKAL NOTA PENERANGAN

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs)

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Kereta Persendirian Terma & Syarat

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Tambahkan Nilai Harta Bersih Anda

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F006(E)

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Lampiran Penerangan Produk - Premium DriveCare Polisi Insurans Kemalangan Peribadi

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

SEKSYEN A - KERUGIAN ATAU KEROSAKAN PADA KENDERAAN ANDA

Sila rujuk senarai semakan pengemukaan Borang CKHT 1A sebelum mengisi borang ini.

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

Transkripsi:

Takaful motor Pengenalan Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami takaful motor. Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan soalan yang betul dan memahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepat sebelum menyertai sesuatu pelan takaful. Apakah takaful motor? Takaful motor memberikan anda perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan; dan/atau kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga. Di Malaysia, perlindungan terhadap risiko pihak ketiga diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Menjadi satu kesalahan bagi seseorang individu menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan individu lain menggunakan kenderaan bermotor tanpa perlindungan yang sewajarnya. Konsep takaful dalam takaful motor Apabila anda menyertai takaful motor, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful am dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta yang bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta menanggung kerugian akibat kemalangan yang membabitkan kenderaannya. Pada tempoh matang, anda layak untuk berkongsi lebihan di dalam dana takaful am sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh penyertaan. Lebihan ini akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful di bawah konsep perkongsian lebihan mengikut nisbah yang telah dipersetujui. Contoh: Pengendali takaful mempunyai lebihan (L) sebanyak RM4 juta dan jumlah caruman am (CA) ialah sebanyak RM10 juta. Jumlah caruman (C) anda pada tahun tersebut ialah RM1,000 dan lebihan yang dikongsi bersama antara pengendali takaful dan anda adalah mengikut nisbah perkongsian yang dipersetujui dari awal (NP) iaitu 50:50. Jumlah perkongsian lebihan yang akan diterima oleh anda dikira seperti berikut: Jenis perlindungan Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor: Pihak ketiga Memberikan anda perlindungan terhadap kematian, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga.

Komprehensif Memberikan perlindungan terhadap kematian, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga; serta kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan. Siapakah pihak ketiga? Pihak ketiga ialah individu lain yang mengalami kecederaan atau menanggung kerugian atau kerosakan akibat kemalangan yang melibatkan kenderaan anda. Antara contoh pihak ketiga ialah pejalan kaki, pemandu lain atau penumpang yang berada di dalam kenderaan lain. Pihak pertama dalam pelan takaful motor ialah anda sebagai pemilik kenderaan dan pihak kedua ialah pengendali takaful. Berapakah jumlah perlindungan yang perlu diambil? Pastikan jumlah perlindungan yang diambil di bawah sijil takaful motor menggambarkan nilai pasaran kenderaan anda, contohnya kos penggantian semula kenderaan yang serupa buatan, model dan keadaannya. Sekiranya jumlah perlindungan kurang daripada nilai pasaran, syarat purata akan diguna pakai apabila tuntutan dibuat. Syarat purata merupakan penalti kerana perlindungan terkurang untuk kenderaan anda. Perlindungan terkurang bermakna jumlah perlindungan yang diambil kurang daripada nilai pasaran kenderaan semasa kejadian kerosakan. Jumlah perlindungan ialah RM80,000 manakala nilai pasaran kenderaan ialah RM100,000 dan kerugian ialah RM5,000. Syarat purata akan dikira seperti berikut: Pengendali takaful akan hanya membayar sebanyak RM4,000 dan bukannya RM5,000 terhadap kerugian yang dialami. Anda perlu menanggung perbezaan sebanyak RM1,000. Apakah 'diskaun tanpa tuntutan'? ['no claim discount' (NCD)]? Ia boleh diklasifikasikan sebagai insentif kepada anda kerana tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh penyertaan pelan takaful motor. Diskaun ini diberikan mengikut skala berikut apabila anda memperbaharui sijil anda:

NCD boleh dipindahkan kepada pengendali takaful/syarikat insurans lain atau kenderaan milik anda yang lain. Pembatalan sijil Anda boleh membatalkan sijil penyertaan anda dengan menghantar notis 14 hari secara bertulis kepada pengendali takaful. Dengan pembatalan tersebut, anda berhak untuk mendapat caruman yang belum luput sepanjang tempoh takaful secara pro rata. Anda perlu menyerahkan sijil motor dan sijil takaful kepada pengendali takaful bagi tujuan pembatalan. Sekiranya sijil takaful anda hilang atau musnah, anda dikehendaki membuat Akuan Berkanun. Sijil anda juga akan terbatal sekiranya kenderaan anda telah dijual kepada individu lain. Pemilik kenderaan yang baru perlu mengambil perlindungan takaful motor yang baru. Ekses Seperti yang termaktub di dalam sijil, pengendali takaful boleh mengenakan ekses ke atas pelan takaful motor. Ekses ialah kerugian yang anda perlu tanggung sebelum pengendali takaful membayar baki tuntutan anda. Dengan perkataan lain, jumlah ekses akan ditolak sebelum pembayaran dibuat. Contoh: Sekiranya jumlah ekses ialah RM1,000 dan jumlah tuntutan ialah RM1,500, pengendali takaful hanya akan membayar sebanyak RM500 kepada anda. Bebanan (Loading) Pengendali takaful boleh mengenakan nilai bebanan ke atas caruman bagi memastikan jumlah yang dikenakan setara dengan risiko yang anda hadapi. Faktor-faktor bebanan yang sering diguna pakai ialah umur pemandu, ciri-ciri kehemahan pemandu, kapasiti enjin, tuntutan lepas yang tertentu bagi sesuatu kenderaan dan kenderaan yang dipulih semula. Indemniti Perlindungan takaful yang diberikan akan menggantikan kerugian anda, dengan meletakkan anda di kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum berlaku kerugian. Anda tidak boleh membuat keuntungan daripada tuntutan takaful motor. Pembaikan Pembaikan berlaku apabila, semasa memperbaiki sesuatu kenderaan, alat ganti sesuatu kenderaan yang lama akan digantikan dengan alat ganti yang baru. Sebagai contoh, bampar yang lama akan digantikan dengan yang baru. Oleh itu, anda dikehendaki menanggung perbezaan harga antara bampar yang lama dengan yang baru, selaras dengan prinsip indemniti. Ini kerana caruman anda adalah berdasarkan jumlah perlindungan. Amaun ini sebaliknya bergantung kepada nilai kenderaan anda, di mana pada kebiasaannya lebih rendah daripada yang baru. Hilang guna Sekiranya anda mengalami kemalangan dan anda membuat tuntutan pihak ketiga terhadap sijil seseorang individu lain yang menyebabkan kemalangan, anda boleh membuat tuntutan di atas hilang guna kenderaan ketika diperbaiki. Hilang guna ini termasuk kos perjalanan alternatif atau menyewa kenderaan lain (yang sama jenis dan kapasiti enjin). Tempoh hilang guna ini berdasarkan cadangan hari yang diperlukan untuk memperbaiki kenderaan anda yang dinilai oleh pelaras kerugian bebas. Pengendali takaful, atas budi bicara mereka, boleh menambah tempoh tangguh selama 7 hari bekerja bagi kelewatan yang tidak diduga atau yang tidak dapat dielakkan.

Pengecualian Takaful motor tidak akan memberi perlindungan kepada: Kematian atau kecederaan tubuh badan sendiri akibat kemalangan; Kerosakan kepada tayar kecuali pada masa yang sama kenderaan anda mengalami kerosakan; Kerugian sampingan, susut nilai, kegunaan biasa, karat dan hakisan, kerosakan mekanikal atau elektronik, kegagalan atau pecahan, peralatan atau komputer yang gagal berfungsi; Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang berlaku di luar kawasan geografi (Malaysia, Singapura dan Brunei); Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penipuan atau jenayah pecah amanah; Kerugian, kerosakan atau liabiliti akibat bencana alam seperti banjir, ribut atau tanah runtuh; Sekiranya anda atau individu lain yang diberi kebenaran, tidak mempunyai lesen memandu untuk memandu kenderaan anda; Sekiranya anda atau pemandu yang dibenarkan, memandu di bawah pengaruh dadah atau minuman keras; Kerugian, kerosakan atau liabiliti kenderaan yang digunakan untuk tujuan jenayah; Sekiranya kenderaan digunakan atau disediakan untuk apa-apa tujuan sukan bermotor atau pertandingan (kecuali pertandingan mencari harta), atau perkara lain yang dinyatakan di dalam sijil. Perlindungan tambahan Dengan caruman tambahan, anda boleh melanjutkan pelan takaful motor biasa kepada perlindungan seperti berikut: Perlindungan liabiliti penumpang Tuntutan daripada penumpang kenderaan anda terhadap anda akibat daripada kemalangan. Konvulsi alam Apa-apa kemalangan, kerugian atau kerosakan yang disebabkan atau dikaitkan dengan banjir, taufan, ribut, ledakan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, tanah gelincir atau konvulsi alam yang lain yang secara am tidak termasuk dalam sijil takaful motor. Liabiliti sah penumpang di atas perbuatan cuai Perlakuan cuai oleh penumpang yang menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada pihak ketiga. Contoh: Salah seorang penumpang anda membuka pintu kenderaan dan menyebabkan kecederaan kepada orang yang sedang lalu seperti pejalan kaki atau pemandu motosikal. Pecah cermin tingkap atau cermin depan Cermin depan atau tingkap berkecai selain daripada berpunca daripada kemalangan.

Mogok dan kekecohan awam Sesuatu situasi yang huru-hara akibat mogok atau kekecohan awam yang menyebabkan kerosakan kepada kenderaan anda. Bagaimanakah saya membuat tuntutan? Terlibat dalam kemalangan kenderaan bermotor Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan kenderaan bermotor, peraturan am yang perlu anda buat ialah: Dapatkan maklumat terperinci berkaitan kemalangan seperti: o Nama dan alamat semua pemandu dan penumpang yang terlibat; o Nombor pendaftaran, buatan dan model setiap kenderaan yang terlibat; o Nombor lesen memandu pihak ketiga dan mengenal pasti takaful/insurans mereka; dan o Nama dan alamat saksi seramai mungkin. Ambil langkah untuk tidak memburukkan lagi keadaan seperti memanggil polis/ bomba dan melindungi bahagian yang tidak rosak. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Beritahu pengendali takaful anda secepat yang mungkin diikuti dengan pemberitahuan secara bertulis. Hantar semua dokumen sokongan berserta dengan borang tuntutan yang lengkap dengan segera kepada pengendali takaful anda. Salinan-salinan berikut biasanya diperlukan: o Laporan polis. o Kad pengenalan pemandu. o Lesen pemandu. o Kad pendaftaran kenderaan. o Lessen cukai. Tuntutan yang melibatkan kerosakan kenderaan anda Anda boleh membuat tuntutan ke atas sijil takaful anda sendiri jika anda mempunyai perlindungan komprehensif. Hantar kenderaan yang rosak ke bengkel yang dibenarkan oleh pengendali takaful anda dan maklumkan kepada pengendali takaful dengan segera. Semak dengan pengendali takaful anda senarai bengkel yang dibenarkan. Hantar Borang Laporan Kemalangan Kenderaan yang telah lengkap berserta dokumen sokongan dengan segera kepada pengendali takaful anda. Beri kerjasama sepenuhnya dengan pelaras atau penyiasat tuntutan takaful. Jangan beri arahan untuk memperbaiki kenderaan anda sehingga anda mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali takaful anda. Tuntutan yang melibatkan pihak ketiga Ikut arahan sama seperti di atas Jangan buat sebarang pengakuan liabiliti kepada pihak ketiga dan/atau pihak lain. Beritahu pengendali takaful anda tentang apa-apa tuntutan pihak ketiga atau yang mungkin dibuat oleh pihak ketiga. Rujuk semua pihak ketiga dan wakilnya kepada pengendali takaful anda untuk semua perkara.

Tuntutan sebagai pihak ketiga Beritahu pengendali takaful anda dan pengendali takaful/syarikat insurans yang anda tuntut. Ikut semua arahan yang diberikan oleh pengendali takaful anda dan/atau pengendali takaful/syarikat insurans yang anda tuntut, dan hantar semua dokumen sokongan untuk mempercepatkan proses tuntutan. Tuntutan melibatkan kecurian kenderaan anda Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang tersedia Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan pengendali takaful atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan aduan itu dengan Unit Aduan pengendali takaful berkenaan. Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) atau Bank Negara Malaysia yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Anda mungkin ingin merujuk kepada pegawai di Unit Aduan pengendali takaful mengenai saluran yang betul untuk mengendalikan aduan anda. Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan anda kepada FMB, ianya hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad pengendali takaful. FMB mengendalikan pertikaian di antara pihak menuntut dan pengendali takafulnya sendiri atau pengendali takaful pihak ketiga. FMB merupakan sebuah badan bebas yang menyediakan saluran pengendalian aduan yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna membuat aduan atau menyelesaikan pertikaian mereka sebagai alternatif kepada mahkamah. Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan harga produk takaful dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedang dirujuk kepada mahkamah. Selain itu, aduan yang dirujuk kepada FMB adalah terhad kepada:- o o o RM200,000 bagi pelan takaful motor dan kebakaran RM100,000 bagi pelan takaful yang lain RM5,000 bagi kerosakan harta pihak ketiga Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa FMB, anda boleh mengemukakan aduan itu kepada BNM. Maklumat terperinci tentang cara-cara membuat aduan boleh didapati di dalam buku kecil bertajuk 'Asas-asas Insurans dan Takaful'. Perkara yang perlu dan jangan dilakukan Apabila memohon untuk menyertai pelan takaful

Selepas kerugian atau kemalangan