SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN FOTOGRAFI JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH SYARAT PERTANDINGAN: 1. Pertandingan adalah UMUM dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. 2. Penyertaan adalah PERCUMA. 3. Tempoh masa untuk para peserta mengambil gambar bagi pertandingan ini adalah dari 15 Ogos hingga 8 September 2014. 4. Foto-foto yang diambil mestilah merupakan foto yang terkini, mempunyai mesej, nilai-nilai dan berunsurkan konsep serta menonjolkan keistimewaan konsep tersebut. Setiap peserta boleh menghantar sehingga 3 keping foto untuk setiap penyertaan, tetapi hanya satu (1) hadiah sahaja yang boleh dimenangi bagi setiap penyertaan tersebut. 5. Tema pertandingan ialah Garapan Alam dan Teknologi dan interpretasi para peserta adalah bebas selagi tidak terkeluar dari tema asas. 6. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital single lens reflect (DSLR). 7. Segala kos yang terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah tanggungan para peserta sendiri. 1
8. Semua foto pertandingan mestilah berukuran 8RW (8 inci X 12 inci) beresolusi tinggi tidak kurang dari 300 dpi dan dilekatkan di mounting board berukuran 12 inci X 16 inci. 9. Karya foto MESTILAH disimpan dalam CD/DVD dengan format jpeg serta saiz gambar penyertaan sekurangkurangnya 2MB dan DISERAHKAN bersama foto yang telah dicetak dan dilekatkan di atas mounting board dan borang penyertaan mestilah dilekatkan di bahagian belakang gambar tersebut. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan boleh dimuat turun di www.jambatankedua.com.my 10. Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta. 11. Suntingan atau ubahsuai minima seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan. 12. Para peserta dibenarkan untuk mengambil foto dengan menggunakan sudut-sudut yang terbaik untuk pertandingan ini, tetapi para peserta adalah TIDAK dibenarkan sama sekali untuk berhenti di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah untuk tujuan tersebut. 2
13. Semua foto penyertaan akan menjadi hak milik Jambatan Kedua Sdn Bhd. 14. Kakitangan JKSB, Jabatan Penerangan Malaysia, RTM, BERNAMA dan Ahli Jawatan Kuasa Pertandingan serta ahli keluarga adalah TIDAK dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini. 15. Segala maklumat semasa berkaitan pertandingan ini boleh didapati di www.jambatankedua.com.my KRITERIA PENGHAKIMAN 1. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim profesional bebas yang dilantik oleh pihak penganjur. 2. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan seperti yang digariskan. 3. Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu pada tema dan kreativiti, bukannya pada kemampuan merakam foto secara profesional. Namun yang demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemberian markah. 4. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima. 3
TARIKH TUTUP PENYERTAAN 1. Semua penyertaan berserta borang yang telah lengkap diisi mestilah sampai ke pejabat urus setia sebelum atau pada 8 September 2014 sebelum jam 5.00 petang di Kompleks Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. HADIAH 1. Hadiah disediakan untuk Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga, dan Sepuluh (10) sagu hati. Hadiah-hadiah adalah seperti berikut: Johan : Wang Tunai RM5,000.00 Naib Johan : Wang tunai RM3,000.00 Tempat Ketiga : Wang tunai RM1,000.00 Sagu hati x 10 Pemenang : Wang Tunai RM500.00 KEPUTUSAN PERTANDINGAN 1. Keputusan akan diumumkan di laman web pertandingan, dan setiap pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah. 2. Penyampaian hadiah dan pameran foto-foto penyertaan akan dipamerkan semasa majlis penyampaian yang akan dimaklumkan kemudian. 4
PERTANYAAN LANJUT 1. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung dengan En Azizi Azizan di talian 03-20845067 / 012-2959117 atau fax di 03-20845103 serta emel azizi@jambatankedua.com.my ALAMAT PENYERTAAN 1. Semua karya foto berserta borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserah atau dikirim kepada alamat seperti di bawah:- KOMPLEKS PLAZA TOL JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH LOT 282, MUKIM 13, BATU KAWAN, 14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG 5