Soalan Lazim Ditanya Liberalisasi Tarif Insurans/Takaful Motor

dokumen-dokumen yang mirip
LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs)

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

PROGRAM TOYOTA 24SEVEN ROAD ASSIST

i-secure Soalan Lazim:

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Pelan kemalangan komprehensif untuk seisi keluarga.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

2. KESAHAN MATA GANJARAN


Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang

K E L U A R G A D E N G G

Berurusan dengan Pengantara Takaful

NOTIS PENTING Accident Assist

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

SYNERGY CARDS SDN BHD

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL

Lampiran Penerangan Produk - Premium DriveCare Polisi Insurans Kemalangan Peribadi

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

BORANG CADANGAN MOTOSIKAL

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

Giro Takaful Pelindung

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

IKHLAS PAYOR SAVINGS SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Terma dan Syarat OCBC SME Access

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Overdraf. November 2017

Borang Cadangan Insurans Mesin

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Hadiahkan masa depan yang cerah untuk yang tersayang.

Borang Cadangan Insurans Dandang dan Bekas Tekanan

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

PRUwealth Melindungi masa depan orang tersayang INSURANS BERKAITAN PELABURAN

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS VALUE TERM TAKAFUL. Merentangi jurang ketidaktentuan

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Transkripsi:

Soalan Lazim Ditanya Liberalisasi Tarif Insurans/Takaful Motor PENGENALAN Untuk beberapa dekad kadar Insurans Motor dan Kebakaran di Malaysia telah diaturkan pada kadar Tarif yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Tarif adalah senarai harga tetap yang menentukan kadar premium/sumbangan yang membolehkan syarikat insurans dan takaful mengenakan caj kepada pengguna untuk produk insurans/takaful yang ditawarkan oleh mereka. Apabila premium/sumbangan ditetapkan pada kadar Tarif syarikat-syarikat insurans/takaful tidak dibenarkan untuk mengubah harga yang dicaj tersebut. Untuk insurans/takaful motor, ini telah menyebabkan jurang yang semakin meningkat antara premium/sumbangan yang dikutip dan tuntutan yang dibayar oleh syarikat-syarikat insurans/takaful. Ini telah mengakibatkan perniagaan Motor Pihak Ketiga menjadi tidak mapan. Bagi memastikan perlindungan insurans/takaful terus disediakan dan mudah diperolehi kepada pengguna jalan raya, Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu (Rangka Kerja) telah dilaksanakan pada tahun 2012 dan menyaksikan empat pusingan pelarasan secara beransur-ansur dari tahun 2012 hingga 2015. Rangka Kerja ini juga memberi laluan untuk liberalisasi berfasa bagi Tarif Motor pada 2016. Pada bulan Mac 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan langkah untuk memansuhkan penetapan kadar untuk Motor insurans/takaful melalui Tarif Motor yang sedia ada dan untuk membenarkan syarikat insurans/takaful untuk mengenakan premium/sumbangan yang bersesuaian dengan profil risiko pengguna. Fasa pertama pelan hala tuju liberalisasi bermula tahun lepas pada Julai 2016 di mana syarikat insurans/takaful dibenarkan untuk menawarkan produk motor baharu pada kadar pasaran. Fasa kedua akan berkuat kuasa dari 1 Julai 2017 di mana kadar premium/sumbangan tidak lagi dikawal selia dan akan ditentukan oleh pasaran. Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu apabila memperbaharui atau memohon perlindungan insurans/takaful Motor pada masa akan datang. 1) Apakah Tarif? Tarif adalah senarai harga tetap yang menentukan kadar premium/sumbangan yang membolehkan syarikat-syarikat insurans/takaful mengenakan caj kepada pengguna untuk produk insurans/takaful yang ditawarkan. Contoh adalah seperti polisi insurans/sijil takaful Motor dan Kebakaran. Apabila premium/sumbangan ditarif, syarikatsyarikat insurans/takaful tidak dibenarkan untuk mengubah harga yang dicaj ke atas polisi/sijil insurans/takaful. 2) Apakah maksud liberalisasi Tarif Motor? Liberalisasi tarif bermaksud memansuhkan struktur tarif atau membebaskan kadar premium/sumbangan tetap agar syarikat-syarikat insurans/takaful boleh mengenakan premium/sumbangan yang setimpal atau bersesuaian dengan profil risiko pengguna. Ini juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat insurans/takaful boleh mengenakan kadar yang berbeza untuk profil risiko yang sama berdasarkan model dan strategi risiko perniagaan mereka. V03/07-2017 Muka surat 1 daripada 9

3) Mengapa kita perlu untuk meliberalisasikan Tarif Motor sekarang? Liberalisasi tarif motor adalah kesinambungan daripada Rangka Kerja yang ditubuhkan bagi memberi laluan untuk penetapan harga perlindungan insurans/takaful yang lebih mencerminkan profil risiko pengguna. 4) Apakah Liberalisasi Berperingkat Tarif Motor? Liberalisasi Berperingkat Tarif Motor akan memansuhkan tarif melalui pendekatan berperingkat. Dalam persekitaran baharu ini, industri insurans dan takaful akan mempunyai fleksibiliti untuk menawarkan produk motor dengan ciri-ciri baharu pada harga pasaran berdasarkan profil risiko pemegang polisi /sijil. 5) Bila dan bagaimana ia akan dilaksanakan? Liberalisasi Berperingkat Tarif Motor akan dilaksanakan secara berfasa untuk memberi masa kepada pengguna dan industri untuk menyesuaikan dengan persekitaran operasi baharu. Pada fasa pertama, bermula 1 Julai 2016, syarikat-syarikat insurans/takaful secara progresif telah menawarkan produk baharu kepada pengguna pada kadar pasaran. Produk Motor Pihak Ketiga dan produk Motor Komprehensif dan Motor Pihak Ketiga Kebakaran dan Kecurian yang sedia ada akan terus disediakan. Bermula 1 Julai 2017, kadar premium/sumbangan untuk produk Motor Komprehensif dan Motor Pihak Ketiga Kebakaran dan Kecurian akan diliberalisasikan. Seiring dengan itu, pelarasan secara beransur-ansur bersamaan dengan kuantum pelarasan tarif yang dibuat dari tahun 2012 ke 2015 di bawah Rangka Kerja akan dibuat untuk beberapa kelas kenderaan di bawah perlindungan Motor Pihak Ketiga di mana sebahagian besarnya masih bawah harga (untuk setiap ringgit sumbangan yang diterima, syarikat insurans dan takaful membayar tuntutan antara RM1.30 ke RM3.00). Ini adalah untuk mengelakkan peningkatan mendadak ke atas pelarasan kadar premium/sumbangan sekiranya kelas perlindungan ini diliberalisasikan dengan serta merta. 6) Apa yang akan dijangkakan? Menerima pakai harga berasaskan risiko membolehkan harga premium/sumbangan dicaj mengikut perbezaan profil risiko pengguna. Persaingan akan menggalakkan syarikat-syarikat insurans/takaful untuk membuat pembaharuan dan menawarkan pelbagai rangkaian produk motor untuk memenuhi keperluan dan pilihan pengguna yang berbeza. Ini juga akan mendorong syarikat insurans/takaful menambah baik kecekapan operasi untuk mempertingkatkan tahap perkhidmatan kepada pengguna seperti penggunaan saluran pengedaran yang pelbagai dan kos efektif yang membolehkan pengguna mengakses produk motor melalui saluran pengedaran pilihan mereka. Meningkatkan profesionalisme di kalangan ejen dengan memberi nasihat yang berkualiti kepada pengguna. Kesimpulannya, pengguna bukan sahaja mendapat manfaat daripada pilihan produk yang pelbagai, tahap perkhidmatan yang berkualiti dan akses perlindungan yang lebih baik tetapi mendapat manfaat daripada pelbagai had perlindungan yang bersesuaian untuk dipadankan dengan profil risiko individu. 7) Apakah manfaat kepada pengguna? Sebagai pengguna, anda boleh menjangkakan rangkaian produk motor insurans/takaful yang pelbagai untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda, termasuk saluran pilihan untuk memperbaharui perlindungan Motor dan kualiti perkhidmatan yang lebih tinggi daripada ejen. Premium/sumbangan yang dicaj ke atas produk juga akan berbeza bagi setiap syarikat insurans/takaful kerana ia akan berdasarkan kepada model dan strategi risiko perniagaan mereka. Lama kelamaan, kadar premium/sumbangan untuk insurans/takaful Motor akan diselaraskan dan disesuaikan mengikut risiko asas, sekali gus membolehkan pemilik kenderaan yang mempunyai profil risiko yang rendah dikenakan kadar premium/sumbangan yang lebih rendah. V03/07-2017 Muka surat 2 daripada 9

8) Apa yang perlu saya pastikan apabila melanggan perlindungan insurans/takaful di pasaran liberal? Insurans/takaful Motor adalah perlindungan mandatori. Pengguna perlu memastikan bahawa risiko mereka dilindungi dengan sewajarnya. Harga tidak boleh menjadi faktor penentu apabila melanggan produk insurans/takaful. Standard perkhidmatan pelanggan, pengendalian tuntutan dan prestasi rekod syarikat insurans/takaful adalah antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Penting untuk pengguna memilih perlindungan yang bersesuaian dan membandingkan kadar premium/sumbangan, dan ini perlu dilakukan sebelum polisi/sijil tamat. 9) Adakah industri insurans/takaful bersedia untuk liberalisasi? Perbincangan di antara industri dan Bank Negara Malaysia mengenai liberalisasi telah berlangsung sejak 2013. Pelbagai langkah telah diambil pada peringkat syarikat secara individu dengan memberi masa pendulu untuk membolehkan semua syarikat insurans/takaful untuk membina kepakaran dalaman dan merangka aktiviti pemasaran berdasarkan pada model perniagaan mereka. Di samping itu, Liberalisasi Berperingkat tarif Motor akan dilaksanakan melalui pendekatan berfasa yang akan memberikan masa kepada industri untuk menyesuaikan dengan persekitaran operasi baharu. 10) Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Liberalisasi Tarif Motor? Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut, anda boleh menghubungi perantara anda atau talian yang berikut untuk maklumat lanjut: BNM TELELINK di 1300 88 5465; Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) di 03-2274 7399; Malaysia Takaful Association (MTA) di 03-2031 8160; atau Takaful Malaysia di 1-300 88 252 385. V03/07-2017 Muka surat 3 daripada 9

Soalan Lazim Ditanya Produk Motor Yang Dipertingkatkan GAMBARAN KESELURUHAN 1) Apakah perubahan yang dilakukan oleh Takaful Malaysia sejajar dengan liberalisasi tarif motor? Dalam usaha untuk bersaing secara lebih efektif di pasaran liberal, kadar sumbangan motor kami akan dibezakan mengikut risiko kenderaan dan pemandu (seperti lokasi tempat tinggal, usia kenderaan, buatan dan model kenderaan, sejarah tuntutan, umur pemandu dan lain-lain) dengan tujuan untuk memberikan harga yang terbaik dan nilai kepada pelanggan kami di pasaran liberal. Kami telah membuat beberapa perubahan pada produk motor kami. Sila rujuk ringkasan perubahan pada jadual di bawah: Jenis Perlindungan Ciri-ciri Produk Harga Kereta persendirian Komprehensif Perlindungan Kemalangan Pelarasan kepada kadar tarif semasa Diri Percuma untuk pemandu dan penumpang Program Bantuan Bahu Jalan yang Dipertingkatkan Pihak Ketiga Tiada perubahan Tiada perubahan; dikekalkan pada kadar tarif semasa Kebakaran & Kecurian Pihak Ketiga Dihentikan Dihentikan Motosikal Komprehensif Tiada perubahan Tiada perubahan; dikekalkan pada kadar tarif semasa (Semua Penunggang/ Penunggang Tunggal) Pihak Ketiga (Semua Penunggang) Tiada perubahan Beban bukan tarif semasa (yang dikenakan oleh Takaful Malaysia) akan dimansuhkan untuk mengikuti kadar tarif semasa atau pelarasan masa depan yang ditentukan BNM pada masa akan datang Pihak Ketiga Dihentikan Dihentikan (Penunggang Tunggal) Kenderaan komersial Komprehensif Bas (kegunaan Tiada perubahan Diskaun 10% tambahan dari kadar tarif semasa persendirian) Bas (bas sekolah) Lain-lain jenis bas Tiada perubahan Tiada perubahan; dikekalkan pada kadar tarif semasa dan jenis komersil lain Pihak Ketiga Bas (kegunaan persendirian) Bas (bas sekolah) Lain-lain jenis bas dan jenis komersil lain Tiada perubahan Tiada perubahan Beban bukan tarif semasa (yang dikenakan oleh Takaful Malaysia) akan dimansuhkan untuk mengikuti kadar tarif semasa atau pelarasan masa depan yang ditentukan BNM pada masa akan datang Beban bukan tarif semasa (yang dikenakan oleh Takaful Malaysia) akan dimansuhkan untuk mengikuti kadar tarif semasa atau pelarasan masa depan yang ditentukan BNM pada masa akan datang Muka surat 4 daripada 9

2) Sebagai pelanggan Takaful Motor Persendirian Komprehensif Takaful Malaysia, selain daripada kadar sumbangan, apakah perbezaannya dengan takaful motor yang sedia ada? Semua pelanggan Motor Persendirian Komprehensif Takaful Malaysia akan dilindungi dengan takaful kemalangan diri percuma yang melindungi pemandu dan semua penumpang di dalam kenderaan itu. Selain itu, mereka akan dilindungi dengan perkhidmatan tunda tanpa had sekiranya berlaku kerosakan kenderaan di bawah program Tele Bantuan kami. 3) Selepas liberalisasi tarif motor, bolehkah saya melindungi kenderaan kurang daripada jumlah perlindungan yang dicadangkan? Anda boleh melindungi kenderaan anda pada jumlah minimum dan maksimum perlindungan. Ini adalah untuk mengelakkan kenderaan anda daripada terkurang atau terlebih perlindungan insurans. PERLINDUNGAN KEMALANGAN DIRI PERCUMA 4) Siapakah yang layak untuk mendapat perlindungan kemalangan peribadi percuma? Semua pelanggan motor persendirian komprehensif yang baharu dengan nota lindungan yang dikeluarkan pada atau selepas 1 Julai 2017 layak menerima perlindungan kemalangan peribadi percuma untuk pemandu dan semua penumpang di dalam kenderaan yang dilindungi. 5) Apakah yang akan dibayar di bawah perlindungan kemalangan peribadi percuma? Setiap pemandu dan penumpang yang layak berhak mendapat jumlah perlindungan sebanyak RM15,000 setiap orang sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan semasa dalam perjalanan atau turun daripada kenderaan. 6) Takaful motor saya telah diperbaharui pada bulan Jun 2017, adakah saya layak untuk perlindungan kemalangan peribadi percuma? Malangnya tidak. Anda hanya layak untuk perlindungan kemalangan peribadi percuma sekiranya anda memperbaharui perlindungan motor anda dengan kami untuk pembaharuan yang seterusnya (iaitu Jun 2018). 7) Adakah perlindungan kemalangan peribadi ini meliputi seluruh dunia? Tidak, ia melindungi anda dan penumpang hanya apabila kemalangan berlaku di Malaysia. 8) Jika suami/isteri saya mengalami keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan kereta yang pertama dan kemudian meninggal dunia semasa kemalangan yang kedua, adakah saya akan mendapat sejumlah RM30,000 untuk kes ini? Tidak, manfaat kemalangan diri percuma, hanya boleh dibayar sekali seumur hidup untuk salah satu daripada peristiwa-peristiwa tersebut, sama ada kematian atau keilatan menyeluruh dan kekal (KMK), yang mana terdahulu. Oleh itu, dalam keadaan ini, kami hanya akan membayar anda RM15,000. 9) Saya dan suami/isteri telah mendaftar takaful motor secara individu untuk setiap kereta kami. Suatu hari, kami terlibat di dalam kemalangan semasa dia memandu keretanya dan saya penumpang. Berapa banyakkah yang akan diterima oleh benefisiari sekiranya saya meninggal? Kami akan membayar benefisiari anda sebanyak RM15,000 untuk manfaat kematian. 10) Adakah pemandu layak menerima perlindungan kemalangan peribadi percuma sekiranya lesen memandunya telah tamat tempoh? Ya, kami akan melunaskan tuntutan tersebut sekiranya tuntutan kemalangan tersebut berlaku semasa tamat tempoh Lesen Memandu Percubaan (PDL) & Lesen Memandu Kompetensi (CDL) tetapi dalam tempoh masing-masing satu atau tiga tahun. Muka surat 5 daripada 9

11) Apakah yang berlaku sekiranya peserta yang telah meninggal dunia tidak membuat sebarang penamaan calon bagi kemalangan peribadi percuma? Kami akan membayar manfaat kepada wasi atau pentadbir yang sah bagi harta pusaka peserta yang telah meninggal dunia mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. 12) Bagaimana saya boleh membuat tuntutan bagi kemalangan peribadi percuma? Anda boleh memuat turun borang tuntutan dari laman web korporat kami dan menghantar borang yang lengkap tersebut kepada kami. 13) Berapakah jumlah manfaat yang akan saya terima sekiranya semasa kemalangan, jumlah penumpang di dalam kenderaan saya melebihi jumlah tempat duduk yang dibenarkan? Jika bilangan penumpang (termasuk pemandu) di dalam kenderaan semasa kemalangan melebihi jumlah bilangan tempat duduk di dalam Kad Pendaftaran Kenderaan, had liabiliti untuk setiap penumpang akan dikurangkan mengikut nisbah bilangan penumpang yang diisytiharkan kepada bilangan sebenar penumpang. Sebagai contoh: Had liabiliti setiap orang = Bilangan kapasiti tempat duduk x Jumlah Tuntutan Diberi Bilangan sebenar penumpang yang dibawa semasa kemalangan RM 10,710 = 5 x RM 15,000 7 14) Adakah lebihan sedia ada wajib berjumlah RM400 boleh diguna pakai untuk tuntutan kemalangan peribadi percuma yang disediakan? Tidak, ia tidak terpakai untuk tuntutan kemalangan peribadi percuma yang disediakan. 15) Adakah saya dan penumpang dilindungi sekiranya kereta saya terlibat di dalam kemalangan apabila ia digunakan untuk perkhidmatan teksi persendirian (contoh Uber, GrabCar dll.)? Tidak, perlindungan kemalangan peribadi percuma tidak akan disediakan apabila kereta anda digunakan untuk tujuan sewa. PROGRAM BANTUAN BAHU JALAN YANG DIPERTINGKATKAN (TELE BANTUAN) 16) Siapakah yang layak untuk program Tele Bantuan yang dipertingkatkan? Semua pelanggan sedia ada* dan motor persendirian komprehensif yang baharu layak untuk program Tele Bantuan yang dipertingkatkan. *Tidak termasuk pelanggan bank sedia ada sebelum 1/7/2017. Mereka akan diteruskan dengan program bantuan motor bersama IPA sehingga sijil perlindungan luput. 17) Apakah yang dilindungi di bawah program Tele Bantuan yang dipertingkatkan? Di bawah program Tele Bantuan yang dipertingkatkan, kami menyediakan perkhidmatan tunda tanpa had sehingga 50km bagi setiap kerosakan dari tempat kejadian sehingga ke bengkel panel serta kos buruh percuma untuk pembaikan kecil di bahu jalan sehingga 2 jam. 18) Saya telah mendaftar untuk takaful motor komprehensif sebelum 1/7/2017 daripada ejen anda, adakah saya layak untuk menikmati program Tele Bantuan yang dipertingkatkan? Ya, program Tele Bantuan yang dipertingkatkan ini ditawarkan kepada semua pelanggan motor persendirian komprehensif yang sedia ada dan baharu. Muka surat 6 daripada 9

19) Saya telah mendaftar untuk takaful motor komprehensif sebelum 1/7/2017 daripada rakan bank anda, adakah saya layak untuk program Tele Bantuan yang dipertingkatkan? Tidak, anda layak untuk program Motor Assist kami sehingga sijil perlindungan luput. 20) Sebagai pelanggan pihak ketiga kebakaran & kecurian, adakah saya layak untuk program Tele Bantuan yang dipertingkatkan? Tidak, program Tele Bantuan yang dipertingkatkan hanya ditawarkan kepada pelanggan motor persendirian komprehensif. 21) Adakah program Tele Bantuan yang dipertingkatkan ini dibuka kepada pelanggan motosikal atau kenderaan komersial? Tidak, program Tele Bantuan yang dipertingkatkan ini hanya ditawarkan kepada pelanggan motor persendirian komprehensif. 22) Jika berlaku kerosakan, berapa banyak yang perlu dibayar untuk kos tundaan? Kami akan menanggung bayaran tundaan sekiranya jarak dari tempat kerosakan dan bengkel panel adalah kurang daripada 50km. Walau bagaimanapun, jika jarak melebihi 50km, anda perlu membayar kos tambahan iaitu RM2.00 setiap km. 23) Kereta saya rosak 60km dari panel bengkel berhampiran, adakah saya masih boleh memohon perkhidmatan tundaan tersebut? Ya, anda boleh, dan kami akan menanggung yuran tundaan anda sehingga 50km tetapi anda perlu membayar untuk jarak tambahan pada kadar RM2.00 setiap km. Dalam kes ini, anda perlu menanggung kos 10km, iaitu RM20.00 (10km x RM2.00). 24) Bolehkah saya memilih bengkel pilihan saya sendiri dan bukannya bengkel panel Takaful Malaysia sekiranya berlaku kerosakan kenderaan? Tidak, kereta anda akan ditunda ke bengkel panel kami dan kami akan bertanggungjawab ke atas bayaran tundaan tersebut sehingga 50km. 25) Jika saya memerlukan pembaikan kecil di bahu jalan seperti kerja-kerja pendawaian kecil, berapa caj yang perlu saya bayar? Kami akan menanggung segala kos buruh sehingga maksimum 2 jam untuk pembaikan kecil di bahu jalan. Anda tidak akan dikenakan caj sekiranya pembaikan mengambil masa kurang daripada 2 jam. Walau bagaimanapun, sebarang kos alat ganti selain daripada kos buruh akan ditanggung oleh anda. 26) Apakah jenis perkhidmatan pembaikan yang dilindungi di bawah program Tele Bantuan? Perkhidmatan pembaikan yang boleh dilakukan di bahu jalan adalah perkhidmatan jump start, tukar bateri atau tayar, penghantaran kecemasan petrol dan kerja-kerja pendawaian kecil. 27) Selepas pembaikan bahu jalan, kereta saya masih menghadapi masalah. Apakah yang perlu saya lakukan seterusnya? Jika kereta anda tidak boleh dibaiki di tempat kejadian, penyedia perkhidmatan kami akan menunda kereta anda ke bengkel panel kami. Bagi jarak yang lebih daripada 50km, anda akan dikenakan bayaran pada kadar RM2.00 setiap km. 28) Adakah kos alat ganti juga ditanggung semasa pembaikan bahu jalan? Tidak, kami hanya akan menanggung kos buruh sehingga maksimum 2 jam dan apa-apa kos lain seperti kos alat ganti akan ditanggung oleh anda. Muka surat 7 daripada 9

29) Sekiranya saya terlibat di dalam kemalangan, bolehkah saya memohon untuk perkhidmatan tunda? Ya sudah tentu. Kami menyediakan perkhidmatan menunda percuma ke bengkel panel kami yang terdekat sehingga RM200. 15% PULANGAN TUNAI 30) Bagaimanakah untuk saya layak mendapat 15% Pulangan Tunai? Ianya mudah. Anda akan layak mendapat 15% Pulangan Tunai sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan dan pembayaran Pulangan Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda melalui kemudahan e-pembayaran. 31) Bilakah saya akan menerima pembayaran 15% Pulangan Tunai tersebut? Jumlah pulangan tunai akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh perlindungan anda. 32) Di mana boleh saya mengemas kini butiran akaun bank? Anda boleh mengemas kini butiran akaun bank anda dengan log masuk ke portal mytakaful Customer kami. 33) Jika saya telah membuat tuntutan ke atas perlindungan kemalangan peribadi percuma, adakah saya masih layak untuk mendapat 15% Pulangan Tunai? Tidak, anda tidak akan layak untuk menerima 15% Pulangan Tunai sekiranya anda telah membuat tuntutan di bawah perlindungan kemalangan peribadi percuma. 34) Saya telah mendapatkan perkhidmatan menunda di bawah program Tele Bantuan, adakah saya masih layak untuk mendapat 15% Pulangan Tunai? Ya, ia tidak akan menjejaskan kelayakan anda untuk mendapat 15% Pulangan Tunai. CONTOH ILUSTRASI 35) Saya berumur 17 tahun dan memiliki sebuah kereta jenama Honda yang baharu dengan jumlah perlindungan RM80,000. Berapa banyak yang perlu saya bayar sebelum dan selepas liberalisasi tarif motor? Sebelum liberalisasi tarif motor, sumbangan yang anda bayar adalah berdasarkan kadar tarif dan tambahan 15% bebanan tarif disebabkan umur anda. Selepas liberalisasi tarif motor, kami telah menyelaraskan sumbangan kami di mana diskaun 5% dibenarkan ke atas kenderaan baharu, 5% ke atas kereta buatan luar negara dan 5% lagi untuk amaun bagi jumlah perlindungan, tertakluk kepada diskaun maksimum sebanyak 10%. 15% bebanan tarif sedia ada untuk umur anda masih diguna pakai. Kiraan sumbangan sebelum dan selepas liberalisasi tarif motor adalah: Sumbangan Yang Perlu Dibayar* (RM) Sebelum Liberalisasi Tarif 2,752.07 Selepas Liberalisasi Tarif 2,476.86 [2,752.07 x (1-10% # )] # Jumlah diskaun adalah 14.26% [1 (95% x 95% x 95%)], walau bagaimanapun, diskaun terakhir dihadkan pada maksimum 10%. Muka surat 8 daripada 9

36) Saya berumur 25 tahun dan memiliki sebuah kereta jenama Proton yang baharu dengan jumlah perlindungan RM50,000. Berapa banyak yang perlu saya bayar sebelum dan selepas liberalisasi tarif motor? Sebelum liberalisasi tarif motor, sumbangan yang anda bayar adalah berdasarkan kadar tarif. Selepas liberalisasi tarif motor, kami telah menyelaraskan sumbangan kami di mana diskaun 5% dibenarkan ke atas kenderaan baharu anda. Kiraan sumbangan sebelum dan selepas liberalisasi tarif motor adalah: Sumbangan Yang Perlu Dibayar* (RM) Sebelum Liberalisasi Tarif 1,579.50 Selepas Liberalisasi Tarif 1,500.53 [1,579.50 x (1-5%)] *Amaun yang dipaparkan tidak termasuk Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD), 6% Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan Duti Setem RM10. 37) Saya berumur 67 tahun dan memiliki sebuah kereta jenama Mercedes tahun 2013 dengan jumlah perlindungan RM105,000. Berapa banyak yang perlu saya bayar sebelum dan selepas liberalisasi tarif motor? Sebelum liberalisasi tarif motor, sumbangan yang anda bayar adalah berdasarkan kadar tarif dan 10% bebanan tarif disebabkan umur anda. Selepas liberalisasi tarif motor, kami telah menyelaraskan sumbangan kami di mana diskaun 5% dibenarkan ke atas kereta buatan luar negara dan 5% lagi untuk jumlah perlindungan. 15% bebanan tarif sedia ada untuk umur anda masih diguna pakai. Kiraan sumbangan sebelum dan selepas liberalisasi tarif motor adalah: Sumbangan Yang Perlu Dibayar* (RM) Sebelum Liberalisasi Tarif 3,347.40 Selepas Liberalisasi Tarif 3,021.04 [3,347.40 x (1-5%) x (1-5%)] *Amaun yang dipaparkan tidak termasuk Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD), 6% Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan Duti Setem RM10. 38) Adakah bebanan atau diskaun baharu dikira sebelum atau selepas Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)? Sebarang bebanan atau diskaun untuk sumbangan akan dikira dahulu sebelum mengguna pakai NCD. PERTANYAAN 39) Siapakah yang boleh saya hubungi sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut mengenai produk yang dipertingkatkan? Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila emel ke csu@takafulmalaysia.com.my atau hubungi Khidmat Pelanggan kami di 1-300 88 252 385. Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi. Muka surat 9 daripada 9