FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2016 PERINGKAT NEGERI PERLIS PERTANDINGAN NASYID DAN SENI KHAT ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS 08 09 OKTOBER 2016 Tema: ISLAM DAN SAINS 1
PERTANDINGAN NASYID PERATURAN DAN FORMAT PERTANDINGAN 1. Syarat Penyertaan 1.1 Terbuka kepada semua pelajar Islam yang sedang mengikuti kursus di Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Institut Pendidikan Guru serta sekolah-sekolah menengah di Perlis. 2. Bilangan Peserta 2.1 Bahagian Pertandingan Nasyid diwakili oleh sekumpulan peserta lelaki atau sekumpulan peserta perempuan yang terdiri daripada tidak melebihi 9 orang. 3. Pengundian 3.1 Urusetia kehakiman bertanggungjawab menjalankan undian peserta 3.2 Undian giliran peserta dibuat semasa taklimat oleh urusetia di tempat acara. 3.3 Cabutan undian dilakukan oleh peserta atau wakil. 3.4 Nombor giliran peserta yang diperolehi tidak boleh ditukar. 3.5 Undian peserta yang lewat akan dibuat oleh urusetia. 4. Pakaian dan Penampilan Peserta 4.1 Pakaian yang sesuai dengan nilai-nilai Islam seperti menutup aurat, labuh dan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan. 4.2 Baju kebaya, jeans, sandal, selipar dan seumpama dengannya adalah dilarang sama sekali. 4.3 Peserta dikehendaki untuk memakai stokin dan kasut (berwarna hitam). Bagi peserta perempuan pula hendaklah memakai sarung kaki dan kasut bertumit (court shoes). 4.4 Rambut bagi peserta lelaki hendaklah kemas, rapi dan pendek. 5. Kehakiman 5.1 Jawatankuasa Kehakiman diketuai oleh seorang Pengerusi Jemaah Hakim. 5.2 Setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Hakim dan dibantu oleh panel hakim mengikut bidang yang ditetapkan. 2
PERTANDINGAN SENI KHAT PERATURAN DAN FORMAT PERTANDINGAN 1. Syarat Pertandingan 1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Islam yang sedang mengikuti kursus di Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Institut Pendidikan Guru, sekolah-sekolah menengah di Perlis yang berminat dengan seni khat dan tulisan Jawi. 1.2 Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan pertandingan sendiri seperti berikut: i. Dakwat hutam (Indian Ink) ii. Pen khat / Calligraphy Pen 3.0. iii. Pembaris, pensel, getah pemadam dan liquid. iv. Lain-lain alat keperluan sendiri. v. Tulisan berukuran sederhana kerana ayat panjang. 1.3. Para peserta dikehendaki menulis ayat yang disediakan oleh penganjur pertandingan. i. Ayat 27 Surah Al Fathir - Khat Nasahk ii. Ayat 255 Surah Al Baqarah - Khat Thuluth iii. Ayat 1-5 Surah Al Alaq - Khat Riq ah 1.4. Setiap peserta dikehendaki membawa kad pengenalan dan melaporkan diri kepada Urusetia Pertandingan pada jam 8.30 pagi (setengah jam sebelum pertandingan dimulakan). 1.5 Pihak penganjur menyediakan kertas bagi pertandingan ini. Para peserta dikehendaki menggunakan kertas yang disediakan oleh urusetia sahaja. 1.6 Peserta akan diberikan masa selama 3 jam untuk menyiapkan tulisan/karya masing-masing. 1.7. Karya-karya yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hakmilik penganjur. 2. Penghakiman Hasil Karya 2.1 Satu panel pengadil akan mengadili pertandingan ini. 2.2 Tulisan akan diadili dari segi ketepatan kaedah jenis khat yang muktabar mengikut jenis khat yang dipertandingkan. 3
2.3 Setiap karya akan dinilai dari segi kemahiran, kreativiti dan kebersihan serta penyusunan huruf dan kalimah di antara satu dengan yang lain sehingga melahirkan seni khat yang indah dan menarik. 2.4 Penggunaan zuhruf atau ukiran sebagai perhiasan tulisan adalah dialu-alukan bagi memperindahkan lagi karya yang dihasilkan. 3. Hadiah Pertandingan 3.1 Hadiah yang MENARIK akan disediakan kepada para pemenang :- i- JOHAN ii- NAIB JOHAN iii- KETIGA iv- HADIAH SAGUHATI 3.2 Sijil penyertaan dan cenderamata akan diberikan kepada setiap penyertaan. 1. Keputusan Pertandingan MAKLUMAT TAMBAHAN 1.1 Keputusan rasmi bagi setiap bahagian diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim. 1.2. Keputusan Jemaah hakim adalah muktamad. 1.3. Sebarang bantahan hendaklah dibuat sebelum keputusan rasmi diumumkan dengan memohon borang bantahan daripada pengerusi jemaah hakim. 2. Juru Kira, Penjaga Masa dan Pengumpul Markah 2.1 Jemaah Hakim bagi setiap bahagian dibantu oleh juru kira, penjaga masa dan pengumpul markah yang dilantik oleh pihak urusetia. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Urusetia Jawatankuasa Pengelola Kolej Universiti Islam Perlis No. Tel: 04-9493000 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 01/10/2016 4
BORANG PENYERTAAN TULISAN KHAT 1. Nama Peserta : 2. No. Kad Pengenalan : 3. Tarikh Lahir : 4. Umur : 5. IPG/IPTA/IPTS/SEK. : 6. No. Tel/HP : *** -Sertakan SALINAN Kad Pengenalan / Kad Matrik Pelajar 5