BAB KEENAM PERBANDINGAN STRUKTUR ASAS AYAT BAHASA ARAB- MELAYU

dokumen-dokumen yang mirip
BAB KETUJUH RUMUSAN DAN CADANGAN. ayat bahasa Arab dan bahasa Melayu secara terperinci, maka terbuktilah di sana wujud

BAB KETIGA SUBJEK DAN PREDIKAT. Struktur ayat di dalam bahasa Arab terdapat dua jenis, iaitu struktur al-jumlat al-

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

Kajian Bahasa Arab KMMI /12 Shafar 1433 H 1

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

BAB PERTAMA PENGENALAN. bahasa-bahasa yang wujud. Segala persamaan dan perbezaan yang wujud ini dikaji dan

Bab II. Mengenal Macam-macam Isim

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

Oleh: Shahmuzir bin Nordzahir

BAB IV KONSEP SAKIT. A. Ayat-ayat al-qur`an. 1. QS. Al-Baqarah [2]:

SENARAI JADUAL. JADUAL : Interpretasi Skor Min Amat baik Baik Memuaskan Lemah.

JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 PENDIDIKAN ISLAM

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Bacaan Tahlil Lengkap

Sunnah menurut bahasa berarti: Sunnah menurut istilah: Ahli Hadis: Ahli Fiqh:

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

KOMPETENSI DASAR INDIKATOR:

BAB LAPAN PENUTUP. cadangan. Tajuk kesimpulan mengandungi kesimpulan-kesimpulan bagi. mempertingkatkan pengajaran bahasa Arab.

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Anjuran Mencari Malam Lailatul Qadar

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

Berkompetisi mencintai Allah adalah terbuka untuk semua dan tidak terbatas kepada Nabi.

SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

ISLAM DIN AL-FITRI. INDIKATOR: 1. Mendeskripsikan Islam sebagai agama yang fitri

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Yang Diizinkan Tidak Berpuasa

Akal Yang Menerima Al-Qur an, dan Akal adalah Hakim Yang Adil

KUNCI MENGENAL ISLAM LEBIH DALAM

Jawaban yang Tegas Dari Yang Maha Mengetahui dan Maha Merahmati

ISLAM dan DEMOKRASI (1)

MENGIKUT JAMAAH MUSLIMIN

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Mengganti Puasa Yang Ditinggalkan

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

BAB LIMA HUKUM TASHI:L HAMZAT DALAM RIWAYAT WARSH. Fenomena tashi:l hamzat atau menggugurkannya adalah antara

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

SET KEDUA. Jawab semua soalan. Baca dialog, kemudian jawab soalan-soalan

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الا نبياء والمرسلين :و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Alhamdulillah washshalatu wassalamu 'ala rasulillah, wa ba'd Shalat Sunnat Tasbih

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Orang Yang Meninggal Namun Berhutang Puasa

SILABUS PEMBELAJARAN

SATUAN ACARA PERKULIAHN (SAP)

SMP NEGERI 2 PASURUAN TAHUN 2015

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Keutamaan Akrab Dengan Al Qur an

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

KHUTBAH GERHANA MATAHARI

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

CARA PRAKTIS UNTUK MENGHAFAL AL-QUR AN

BAB III POLA-POLA AYAT BAHASA ARAB. Dalam bab ini pengkaji menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan ayat atau

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 4 Tahun 2003 Tentang PENGGUNAAN DANA ZAKAT UNTUK ISTITSMAR (INVESTASI)

PENEMPELAN PHOTO PADA MUSHAF AL-QUR AN (KEMULIAAN AL-QUR AN)

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang, dan salam kepada para Rasul serta segala puji bagi Tuhan sekalian alam.

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 2/MUNAS VII/MUI/6/2005 Tentang PERDUKUNAN (KAHANAH) DAN PERAMALAN ( IRAFAH)

BAB EMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

PERAYAAN NATAL BERSAMA

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Edisi: 11/9/1/1437 KHUTBAH PERTAMA م ع اش ر ال م س ل م ي ن ر ح م ن ي ور ح م ك م الل ه. Alloh Subhanahu wa Ta'ala berkata di dalam Al-Qur'an:

KITAB KELENGKAPAN BAB DZIKIR DAN DO'A

MANAJEMEN JATIDIRI ( MJ )

SHOLAT DAN ROKA AT YANG -BENAR SESUAI AL QUR AN

المضارع الماضي الا مر

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Konsisten dalam kebaikan

Post


Bolehkah melaksanakan perkawinan seorang perempuan dengan seorang laki laki yang bapak keduanya saudara sekandung, yaitu seayah dan seibu?

Amalan Setelah Ramadhan. Penulis: Al-Ustadz Saifuddin Zuhri, Lc.

MENTASHARUFKAN DANA ZAKAT UNTUK KEGIATAN PRODUKTIF DAN KEMASLAHATAN UMUM

Fa al- a>qilu al-kari>mu ka>milun (Baidaba, 2002: 150). Maka orang berakal yang mulia adalah orang yang sempurna.

BAB 7 ASPEK AL-QUR AN

PENYERANGAN AMERIKA SERIKAT DAN SEKUTUNYA TERHADAP IRAK

ADAB DAN DOA SAFAR YANG SHAHIH

ISLAM IS THE BEST CHOICE

ف ان ت ه وا و ات ق وا الل ه ا ن الل ه ش د يد ال ع ق اب

Berkahilah untuk ku dalam segala sesuatu yang Engkau keruniakan. Lindungilah aku dari keburukannya sesuatu yang telah Engkau pastikan.

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 3 halaman bercetak)

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat), dan terbelahlah bulan.

HUKUMAN MATI DALAM TINDAK PIDANA TERTENTU

Al-Muhiith, Al-Wakiil dan Al-Fattaah

Mengabulkan DO A Hamba-Nya

<المصدر> ] لمتابعة رابط المشاركة. ikuti postingan asal keterangan ini. الا مام ناصر محمد اليماني Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani.

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA

Post

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

ورد سورة يس و التهليل مع دعائها

TAHAJJUD (QIAMUL LAIL) & WITIRNYA. Oleh: Rasul bin Dahri

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

التسهيل يف معرفة قواعد لغة التنزيل. Bab V. Al-Af'aal (Fi il-fi il) 1. Fi'il Madhi, Fi'il Mudhari' dan Fi'il Amr

Al Qur an dan Ilmu Kimia

dan 3 ماضي juga dapat di-tashrif (diubah) berdasarkan kata ganti, baik dalam bentuk المزيد

Akidah Akhlak peserta didik kelas III-B dengan nilai t hitung > t tabel atau 3,395 > 2,030 pada taraf positif signifikan 5%, (2) Ada pengaruh yang

Adab makan berkaitan dengan apa yang dilakukan sebelum makan, sedang makan dan sesudah makan.

Transkripsi:

BAB KEENAM PERBANDINGAN STRUKTUR ASAS AYAT BAHASA ARAB- MELAYU 6.0 Pendahuluan Di dalam bab ini, penulis akan membuat perbandingan di antara bahasa Arab dan juga bahasa Melayu dari sudut persamaan dan juga perbezaan. Ini adalah rentetan dari hasil penghuraian yang dibuat oleh pengkaji berkaitan struktur binaan ayat bagi kedua-dua bahasa tersebut. Ia merupakan satu bab yang penting dalam membuat suatu kajian kontrastif. Setelah telahan dibuat, bab ini akan merangkumi beberapa perkara penting. Antaranya adalah menghuraikan sebarang persamaan yang terdapat di antara bahasa Arab dan juga bahasa Melayu berdasarkan huraian di dalam bab yang lalu. Ia juga adalah berkaitan perbezaan yang wujud di antara kedua-dua bahasa tersebut yang akan dihuraikan dan dibahaskan berdasarkan aspek-aspek tertentu berserta contoh yang jelas. 6.1 Aspek-aspek Kajian Kontrastif Sebagaimana yang telah diterangkan dan dihuraikan di dalam bab yang lalu, di sana telah diterangkan ciri-ciri yang terdapat di dalam bahasa Arab dan juga bahasa Melayu. Di dalam kajian ini, penulis akan merungkai sebarang persamaan di antara kedua-dua bahasa tersebut dan disertakan perbezaannya sekali. Aspek-aspek yang dikaji adalah berkaitan perkara berikut : 166

6.1.1 Aspek Kriteria Dan Ciri Di dalam aspek ini, penekankan dilakukan mengenai definisi bagi Subjek dan Predikat dari kedua-dua bahasa tersebut agar perbincangan dan kajian menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Sebagaimana yang diterang di dalam bab sebelum ini, Subjek dari pandangan Za ba (1965) ialah benda, iaitu tentang apa yang diperkatakan. Manakala di dalam Tatabahasa Dewan (1993) mendefinisikan subjek sebagai konstituen dalam ayat yang terdiri daripada frasa nama yang menjadi judul (fokus) atau unsur yang diterangkan. Ini bermakna subjek adalah bahagian yang diterangkan dan merupakan isi pembicaraan. Manakala predikat pula bahagian yang memperkatakan sesuatu tentang benda yang dinamai subjek (Lyons, 1993;12). Menurut Za ba (1965) pula, predikat adalah cerita iaitu fikiran yang khusus menyatakan sesuatu tentang subjek. Oleh sebab itu, predikat sering berada selepas subjek kerana menjadi bahagian yang menerangkan subjek (Nik Safiah et al., 1993). Contohnya, Ali pensyarah ; maka Ali adalah subjek dan yang menjadi bahagian yang diterangkan, manakala pensyarah pula adalah predikat sebagai bahagian yang menerangkan subjek. Manakala di dalam bahasa Arab pula subjek dikenali sebagai mubtada ( (الم ب ت د ا dan khabar ( (الخ ب ر iaitu predikat. Dari sudut definisi, mubtada ialah isim marfu' ( م ر ف وع (اس م yang bebas dari amil lafaz, sedangkan khabar ialah isim marfu' yang dimusnadkan atau disandarkan kepada mubtada. 167

Sebagai contoh : ز يد ن اج ح, maka perkataan ( ز يد ) adalah mubtada atau subjek dan dikenali sebagai Musnad ilaih ( ا ل ي ه م س ن د ), iaitu objek yang diterangkan, manakala perkataan (ن اج ح ) pula adalah khabar atau predikat dan dikenali sebagai al-musnad ( الم س ن د ), iaitu bahagian yang menerangkan tentang subjek. Dari penjelasan definisi di atas, kita dapati bahawa antara kedua-duanya mempunyai persamaan dari tugas dan fungsi kedudukan setiap subjek dan predikat atau dikenali juga dengan mubtada (musnad ilaih) dan khabar (musnad). Maka subjek dan mubtada itu adalah objek yang diceritakan, manakala predikat dan khabar itu pula adalah cerita yang menerangkan sesuatu objek itu dengan sempurna. Dari kriteria Penggolongan Kata antara kedua-dua bahasa tersebut, terdapat perbezaan yang nyata. Begitu juga dari sudut bilangan penjenisan Ayat dan juga dari aspek atau sudut kewujudan jenis-jenis predikat. Aspek Penggolongan Kata di dalam bahasa Arab, terdapat 3 penggolongan yang wujud iaitu Kata Nama,(الاس م ) Kata Kerja ( ف ع ل (ال dan juga Kata Sendi/Partikel.(الح ر ف ) Kata Adjektif ( / الن ع ت الص ف ة ) termasuk di dalam golongan Kata Nama. Ini berbeza dengan penggolongan kata di dalam bahasa Melayu. Terdapat 4 penggolongan iaitu Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas. 168

Penggolongan Kata Bahasa Arab 1- Kata Nama الاس م ) ), Kata Adjektif ( / الن ع ت الص ف ة ) termasuk dalam Kata Bahasa Melayu 1- Kata Nama (Khas, Am dan Ganti Nama) Nama 2- Kata Kerja ( اللا ز م الف ع ل ) dan ( الف ع ل 2- Kata Kerja (Transitif dan tak Transitif) ) ال م ت ع د ي (الح ر ف ) 3- Kata Tugas/Partikal 3- Kata Adjektif 4- Kata Tugas Manakala dari aspek bilangan jenis ayat pula, bahasa Arab terkandung di dalamnya 2 jenis ayat, iaitu al-jumlat al-ismi:yyat الاس م ي ة ) Ayat /(الج م ل ة Namaan (dimulai dengan Kata Nama) dan juga al-jumlat al-fi li:yyat الف ع ل ي ة ) الج م ل ة )/Ayat Kerjaan (dimulai dengan Kata Kerja). Di dalam bahasa Melayu pula hanya terdiri dari Ayat Namaan sahaja. Namun keduaduanya terbentuk dari gabungan subjek dan predikat atau al-mubtada dan al-khabar. 169

Jenis Ayat Bahasa Arab Bahasa Melayu الج م ل ة ( al-ismi:yyat 1- Al-Jumlat Ayat /(الاس م ي ة Namaan الم ع ل م ق و ي Contoh : 1- Ayat Namaan Contoh : Ali guru 2- Al-Jumlat al-fi li:yyat الف ع ل ي ة ) الج م ل ة )/Ayat Kerjaan ن ام الط ف ل : Contoh Di dalam contoh di atas, perkataan (الم ع ل م ) dan Ali adalah kata nama yang terletak di awal ayat dan dinamakan sebagai subjek atau al-mubtada'. Manakala perkataan selepasnya pula (ق و ي ) dan guru dinamakan predikat atau khabar yang berfungsi sebagai pelangkap dan penerang kepada objek sebelumnya. Ayat Kerjaan pula hanya berlaku di dalam bahasa Arab sahaja, maka kata kerja tersebut dikenali sebagai musnad ilaih ( ا ل ي ه الم س ن د ) dan kata nama selepasnya adalah musnad ( الم س ن د ). Bentuk-bentuk binaan Ayat Kerjaan ini telah dibincangkan di dalam bab sebelum ini. 170

6.1.2 Aspek Binaan Subjek Di dalam aspek ini, perkara yang akan dibincangkan adalah berkaitan ciri-ciri binaan subjek yang boleh berfungsi sebagai subjek atau benda kepada predikat atau cerita. Terdapat persamaan dan perbezaan di dalam pembinaan subjek antara kedua-dua bahasa tersebut. Antara persamaan yang berlaku di dalam binaan subjek di dalam kedua-dua bahasa adalah terbina dari unsur-unsur berikut : i- Kata Nama Am ii- Kata Nama Khas iii- Kata Nama Terbitan iv- Kata Ganti Nama v- Kata Ganti Tunjuk vi- Masdar Muawwal vii- Kata Adjektif Berikut adalah contoh bagi setiap ciri tersebut : Binaan Subjek (persamaan) Bahasa Arab Bahasa Melayu 1- Al-Nakirat Kata /(الن ك ر ة ) Nama Am 1- Kata Nama Am Contoh : Guru baik. 171

ر ج ل ك ر يم ع ن د ي : Contoh 2- Al-Ma rifat/nakirat Mufi:dat Kata /(م ف يد ة Nama Khas الم ع ر ف ة / ن ك ر ة ( 2- Kata Nama Khas Contoh : Disember adalah musim cuti. ا ب ر اه يم خ ل يل االله / ث و ب م ع ل م : Contoh ط اه ر 3- Al-Musytaqqa:t Kata /(الم ش ت ق ات ) Nama Terbitan 3- Kata Nama Terbitan Contoh : Petani itu menyemai padi. الم ف ت اح ف ي الج ي ب : Contoh 4- Al-Dhami:r ( الض م ير /Kata Ganti Nama 4- Kata Ganti Nama Contoh : Dia seorang guru. ا ن ا م ع ل م Contoh : 5- Al-Isya:rat ( الا ش ار ة )/Kata Ganti Tunjuk 5- Kata Ganti Tunjuk Contoh : Itu rumah saya. ه ذ ا ر ج ل : Contoh 6- Al-Masdar al-muawwal ( الم و و ل ) الم ص د ر 6- Kata Nama dalam bentuk kata kerja Contoh : Sedekahmu amalan mulia. 172

ا ن ت ص وم خ ي ر ل ك ص و م ك خ ي ر Contoh : ل ك 7- Al-Sifat ( الص ف ة )/Kata Adjektif ط ول ه م ث ل ال ق ط ار : Contoh 7- Kata Adjektif Contoh : Panjangnya seperti kereta api itu. Berdasarkan contoh-contoh di atas, dapat dijelaskan di sini bahawa struktur binaan subjek di antara bahasa Arab dan bahasa Melayu memang terdapat persamaannya. Namun begitu terdapat juga kelainan dan perbezaan di antara kedua-duanya di dalam struktur pembinaan subjek. Antaranya perbezaan yang wujud adalah seperti berikut : (الاس ت ف ه ام i- Al-Istifha:m/Kata Tanya ( ) الم و ص ول ( Al-Mawsu:l ii- Kedua-dua unsur di atas tidak terdapat di dalam bahasa Melayu sebagai subjek. Ini adalah kerana kedua-dua unsur tersebut terletak di bawah fungsi Kata Tugas yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, pembantu, penegas, penentu, pendepan, pembantu atau tugas-tugas lain. Al-istifha:m tergolong dalam Kata Praklausa iaitu sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, dan juga kata hubung pancangan relatif (al-mawsu:l) iaitu menghubungkan antara klausa utama dengan klausa kecil yang lain. 173

Adapun di dalam bahasa Arab, kedua-dua unsur di atas boleh dijadikan subjek atau mubtada. Kata Tanya atau al-istifha:m dan al-mawsu:l masih tergolong di dalam Kata Nama dari penggolongan kata yang diterangkan sebelum ini. Berikut adalah perbezaan yang berlaku bersama contoh-contohnya. Binaan Subjek Frasa Nama (perbezaan) Bahasa Arab Bahasa Melayu 1- Al-Istifha:m ( Kata /(الاس ت ف ه ام Tanya م ن ف از ف ي الس ب اق : Contoh 1- Kata Tanya tidak berfungsi sebagai subjek tetapi sebagai kata tugas. Contoh : Siapakah yang datang semalam? -2 Kata /(الم و ص ول ) Al-Mawsu:l Penyambung Contoh : 2- Kata Penyambung Ayat juga tidak berfungsi sebagai subjek dan ia adalah kata hubung pancangan relatif. Contoh : Ali seorang guru yang berdedikasi. ال ذ ي ي و س و س ف ي ص د ور الن اس 6.1.3 Aspek Binaan Predikat Di dalam aspek ini, perkara yang akan dibincangkan adalah berkaitan ciri-ciri binaan predikat yang berfungsi sebagai cerita kepada subjek atau benda. Terdapat persamaan dan perbezaan di dalam pembinaan predikat ini antara kedua-dua bahasa tersebut. 174

Di antara persamaan yang berlaku di dalam binaan predikat di dalam kedua-dua bahasa tersebut ialah : 6.1.3.1 Frasa Nama sebagai predikat Di dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyebutkan bahawa Frasa Nama adalah binaan yang dari sudut nahunya boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Frasa Nama di dalam bahasa Melayu dikenali juga dengan predikat atau khabar jenis mufrad الم ف ر د ) (الخ ب ر di dalam bahasa Arab. Berikut adalah frasa-frasa yang boleh berfungsi sebagai predikat di dalam sesuatu ayat berserta contohnya; Binaan Predikat Frasa Nama(persamaan) Bahasa Arab Bahasa Melayu 1- Al-Nakirat ( الن ك ر ة )/Kata nama am الر ج ل م ع ل م Contoh : 1- Kata nama am Contoh : Pemuda itu guru. 2- Al-Ma rifat ( الم ع ر ف ة )/Kata nama khas الم ه ن د س ب د ر الد ين : Contoh 2- Kata nama khas Contoh : Encik Ali guru sekolah. 175

3- Al-Musytaqqa:t Kata /(الم ش ت ق ات ) nama terbitan الد ين م ف ت اح الس ع اد ة Contoh : 3- Kata nama terbitan Contoh : Bangunan itu binaan baru. 4- Ism al-fa: il الف اع ل ) Kata /(اس م nama pelaku ا ب ر اه يم ع ال م Contoh : 4- Kata nama pelaku Contoh : Salim adalah pemberita. 5- Ism al-maf u:l ( ع ول الم ف اس م )/Kata nama objek الن ج اح م ط ل وب Contoh : 5- Kata nama objek Contoh : Kejayaan itu diharapkan. 6- Ism al-ãlat ( الا ل ة اس م )/Kata nama alat ه ذ ا م ص ب اح Contoh : 6- Kata nama alat Contoh : Ini pembaris. 7- Ism al-maka:n الم ك ان ) Kata /(اس م nama tempat 7- Kata nama tempat Contoh : Negara itu ialah Jepun. الب لا د م ال يز ي ا : Contoh 176

اس م ) 8- Ism at-tafdhi:l Bandingan /(الت ف ض يل 8- Kata adjektif perbandingan Contoh : Rahmat lebih tinggi daripada Ramli. ن ور الد ين ا ف ض ل ط ال ب : Contoh Berdasarkan unsur-unsur dan contoh di atas, maka jelas di sini adalah bahawa terdapat persamaan di antara bahasa Arab dan bahasa Melayu yang berfungsi sebagai predikat. 6.1.3.2 Frasa Kerja sebagai predikat Frasa Kerja di dalam bahasa Melayu dikenali juga dengan ayat kata kerja di dalam bahasa Arab. Frasa Kerja adalah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan intinya adalah kata kerja. Berikut adalah frasa-frasa yang boleh berfungsi sebagai predikat di dalam kedua-dua bahasa berserta contohnya; Binaan Predikat Frasa Kerja (persamaan) Bahasa Arab Bahasa Melayu 1- Al-Fi il Kata /(الف ع ل ) Kerja dasar/asal 1- Kata Kerja dasar/asal Contoh : Ali menang. 177

م ح م د ن ج ح Contoh : 2- Fi il al-muzi:d الم ز يد ) الف ع ل )/Kata Kerja Imbuhan ا ح م د ا ك ر م الض ي ف Contoh : 2- Kata Kerja Imbuhan Contoh : Ahmad memuliakan tetamunya 3- Fi il al-la:zim ( اللا ز م الف ع ل )/Kata Kerja Tak Transitif 3- Kata Kerja Tak Transitif Contoh : Mereka sedang tidur. الط ف ل ن ام : Contoh ف ع ل al-muta addi:yy( 4- Fi il Kata /(الم ت ع د ي Kerja Transitif Contoh : 4- Kata Kerja Transitif Contoh : Budak itu membaca buku. Ibu memasakkan tetamu makanan. الط ال ب ق ر ا الك ت اب الم ع ل م ع ل م الط ال ب ع ل ما الا ب ا ر ى ع ث م ان ق ط ه م يتا 178

Kata dasar dalam bidang linguistik ialah sebahagian perkataan. Bagaimanapun, istilah ini telah digunakan dengan makna-makna yang sedikit berbeza. Dalam satu penggunaan, "kata dasar" ialah bentuk yang imbuhan dapat dimasukkan. ف ع ل ( al-la:zim Kata Kerja Tak Transitif di dalam bahasa Arab dikenali sebagai fi il iaitu subjek ayat atau pelaku sahaja. Di (الف اع ل ) yang hanya mempunyai al-fa: il (اللا ز م dalam bahasa Melayu pula dikenali dengan semua bentuk kata kerja (predikat) yang diertikan secara biasa tanpa awalan me dan berakhiran kan, dimana kata kerja ini tidak mempunyai objek ayat. Kata kerja jenis ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dan boleh dirujuk di dalam kitab-kitab nahu. Kata Kerja Tak Transitif di dalam bahasa Arab boleh berubah bentuk katanya kepada kata kerja transitif dengan beberapa cara berikut : Bentuk penambahan Sebelum penambahan Selepas penambahan 1- Penambahan huruf hamzah ع ظ م - agung ا ع ظ م mengagungkan ) pada awal kata kerja ا ( 2- Penambahan huruf alif ( ا ) ب ع د jauh ب اع د - menjauhkan pada kedudukan kedua daripada kata kerja 179

3- Digandakan dengan tasydi:d ف ر ح - gembira ف ر ح - menggembirakan ( ) pada huruf ketiga kata kerja 4- Penambahan huruf-huruf ا ( ta tambahan alif, sin dan خ ر ج keluar اس ت خ ر ج mengeluarkan pada awal kata kerja (س ت 5- Diiringi dengan kata sendi ( الظ ر ف ا و ال ج ر (ح ر ف selepas pelaku atau subjek ayat ع م ر ج اء - Umar telah datang Umar ج اء ع م ر ب ك ت اب telah datang dengan membawa kitab Manakala di dalam bahasa Melayu, Kata Kerja Tak Transitif tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Cuma ianya terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tak berpelangkap dan tidak berpelengkap. Bagi Kata Kerja Transitif pula, di dalam bahasa Arab terdapat objek ayat sebagai penyambut selepas pelakunya, yang mana ia boleh menerima sebanyak 3 objek di dalam satu-satu ayat. Berlainan pula kehadiran objek di dalam bahasa Melayu, hanya dapat menerima 2 objek sahaja. Contoh : Kata Kerja Transitif Ali membelikan ayahnya sepasang ا خ ب ر الم د ر س الت ل م يذ ا ب اه ط ب يب ا kasut 180

Guru itu memberitahu pelajar bapanya seorang doctor Dalam contoh di atas, terdapat tiga perkataan ط ب يب ا) ا ب اه (الت ل م يذ merupakan objek bagi kata kerja ا خ ب ر ) ), manakala perkataan (ayahnya, sepasang kasut) merupakan dua objek di dalam Bahasa Melayu. 6.1.3.3 Frasa Sendi sebagai predikat Predikat yang terbina dari frasa sendi di dalam bahasa Arab dikenali sebagai khabar Syibhu Jumlat ( الج م ل ة ش ب ه الخ ب ر ), yang mana khabarnya terdiri daripada susunan ja:r.(الظ ر ف و الم ظ ر وف atau zarf mazru:f ( (الج ر و الم ج ر ور majru:r ( Manakala di dalam bahasa Melayu frasa sendi nama merupakan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang boleh menjadi predikat atau pelengkap kepada kata senda nama itu. Berikut adalah keterangan berserta contoh di dalam aspek ini : Binaan Predikat Frasa Sendi Nama (persamaan) Bahasa Arab Bahasa Melayu 1- Kata Sendi Nama + Frasa Nama 1- Kata Sendi Nama + Frasa Nama Contoh : Ibu di rumah. 181

الا م ف ي الب ي ت Contoh : 2- Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama الس ي ار ة ف ي و ر اء الم خ ز ن Contoh : 2- Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama Contoh : Basikal itu di belakang bengkel. 3- Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan Contoh : الس اي ح م ن ل ن د ن م ع ا س ر ت ه 3- Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan Contoh : Pelancong itu dari Perancis bersama keluarganya. 4- Kata Sendi Nama + Kata Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan Contoh : 4- Kata Sendi Nama + Kata Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan Contoh : Percutian itu pada hujung bulan bagi kepentingan keluarga. الم خ ي م ف ي ا خ ر الش ه ر ل ب ن اء الا خ و ة Daripada penerangan dan contoh di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa predikat atau pelengkap dari frasa kata sendi nama berlaku di dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. 182

6.1.3.4 Frasa Adjektif sebagai predikat الخ ب ر Di dalam bahasa Arab, frasa adjektif berlaku di dalam predikat jenis mufrad ( الم ف ر د ) sahaja sebagai pelengkap. Manakala di dalam bahasa Melayu pula, frasa adjektif adalah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Frasa adjektif terbahagi kepada kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda. Binaan Predikat Frasa Adjektif (persamaan) Bahasa Arab Bahasa Melayu Al-Sifat ( / الن ع ت الص ف ة )/Frasa adjektif Frasa adjektif Contoh : الط ال ب ذ ك ي د ر ج ة الام ت ح ان م م ت از ة Contoh : Pelajar itu pandai (adjektif selapis). Markah peperiksaan kali ini tinggi-tinggi (adjektif ganda). Sebagaimana yang dijelaskan di atas, frasa adjektif juga dikenali sebagai frasa sifat atau kata sifat. Ia boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. 183

Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Sebagai contoh ; Ali sangat pandai, hujan pagi ini amat lebat.. Disebutkan dalam contoh di atas dengan kata penguat iaitu sangat dan amat, kemudian disambung dengan kata adjektif iaitu pandai dan lebat. Begitu juga di dalam bahasa Arab, terdapat penambahan kata penguat sebelum dan juga selepas kata adjektif, seperti contoh ; الع ق اب ش د يد ه ذ ا ج د ا ك ر يم ا ن ت, iaitu kata penguat ( / ش د يد ج د ا ) diletakkan sebelum dan sesudah kata adjektif. 6.1.3.5 Ayat Kata Nama sebagai Predikat Di dalam struktur binaan predikat ayat kata nama ini terdapat perbezaan antara bahasa Arab dan bahasa Melayu. Binaan ini adalah terdiri daripada subjek (frasa nama) dan predikat (gabungan antara frasa nama dan frasa adjektif). Predikat ini juga dikenali dengan al-khabar al-jumlat Ismi:yyat, iaitu predikat atau khabar yang terdiri daripada susunan mubtada dan khabar, sama ada dalam bentuk al-mufrad, al-muthanna: mahupun al-jama atau muzakkar (maskulin) mahupun almu annats (feminin). Berikut adalah contoh bagi binaan predikat ini : 184

Bilangan Gender Contoh 1-Al-Mufrad/tunggal 2-Al-Muthanna:/dual 3- Al-Jama /ramai Muzakkar/maskulin Muannats/feminin Muzakkar/maskulin Muannats/feminin Muzakkar/maskulin Muannats/feminin الم ع ل م س ي ار ت ه ج د يد ة Guru lelaki itu keretanya baharu. الم ع ل م ة س ي ار ت ه ا ج د يد ة Guru perempuan itu keretanya baharu. الم د ير ان ق ل م ه م ا ج م يل Dua orang pengetua lelaki itu pen keduaduanya cantik. الم د ير ت ان ق ل م ه م ا ج م يل Dua orang pengetua perempuan itu pen kedua-duanya cantik. الط ال ب ون ح ذ اء ه م ا ح م ر Pelajar-pelajar lelaki itu kasut mereka merah. الط ال ب ات ح ذ اء ه ن ا ح م ر Pelajar-pelajar perempuan itu kasut mereka merah. الم ع ل م الم ع ل م ة الم د ير ان الم د ير ت ان Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas, perkataan ( الط ال ب ات الط ال ب ون ) merupakan subjek atau mubtada kerana kedudukannya di awal 185

ayat. Manakala perkataan selepasnya pula adalah predikat atau khabar atau pelengkap kepada subjek. Namun jika diperhatikan predikat tersebut, terdapat gabungan yang terbina di dalamnya, iaitu gabungan tersebut adalah gabungan di antara subjek iaitu ) ج د يد ة ج م يل ا ح م ر ) dan juga predikat ( س ي ار ت ه س ي ار ت ه ا ق ل م ه م ا ح ذ اء ه م ح ذ اء ه ن ( yang dikenali sebagai khabar Jumlat Ismi:yyat ( اس م ي ة ج م ل ة (خ ب ر. Hasil dari gabungan ini, ia membentuk satu predikat untuk subjek yang berada di awal ayat. Perlu diperhatikan bahawa perkataan ( خ ذ اء ه ن خ ذ اء ه م ق ل م ه م ا س ي ار ت ه ا س ي ار ت ه ) yang menjadi subjek kepada predikat ا ح م ر) ج م يل (ج د يد ة hendaklah digabungkan dengan kata ganti nama atau al-dhamir ( الض م ير ) yang ditujukan kepada subjek yang di awal.(الم ع ل م الم ع ل م ة الم د ير ان الم د ير ت ان الط ال ب ون الط ال ب ات ) ayat iaitu Oleh itu antara syarat dalam binaan ayat namaan sebagai predikat ini adalah adanya penghubung di antara subjek yang di awal ayat dengan predikat selepasnya dengan adanya dhamir atau kata ganti nama iaitu ( ه ن ه م ه م ا ه ا ه ). Antara lain syaratnya adalah dhamir atau kata ganti nama itu hendaklah serasi dari segi gender (maskulin dan feminin ) dan bilangan ( mufrad, muthanna dan jama ) dengan subjek yang di awal ayat. 186

Setelah dikaji dengan teliti, binaan ayat namaan sebagai predikat di dalam bahasa Melayu tidak wujud bahkan hanya perkara yang telah disebutkan di atas sahaja yang terbina di dalamnya. Ini merupakan perbezaan yang berlaku di antara bahasa Arab dan juga bahasa Melayu. 6.1.4 Aspek Hukum 6.1.4.1 Tanda Kasus dalam Ayat Nominal Di dalam aspek ini, struktur binaan ayat bahasa Melayu adalah berbeza dengan bahasa Arab, iaitu tidak terikat dengan tanda kasus tertentu. Hanya di dalam bahasa Arab sahaja yang menitikberatkannya dan mempunyai hukum di dalam sesuatu perkataan untuk ditandai kasus pada akhir perkataan tersebut. Perbincangan tentang hukum mubtada dan khabar di dalam bahasa Arab tidak terlepas dari perbincangan rangkaian kedua-duanya sebagai satu ikatan yang menerima tanda م ح ل ( raf u sama ada pada perkataan ataupun dari segi kedudukannya yang,(ر ف ع kasus raf u ( Rangkaian ikatan ini tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan dalam mana-mana.(الر ف ع susunan al-jumlat al-ismi:yyat ( الاس م ي ة (الج م ل ة atau susunan Ayat Namaan. Al-Jumlat al-ismi:yyat dikenali sebagai Ayat Namaan atau Ayat Nominal (Nominal Sentence) ini adalah gabungan di antara mubtada dan khabar. Manakala al-jumlat al- Fi liyyat dikenali sebagai Ayat Kerjaan iaitu suatu binaan ayat yang dimulai (الج م ل ة الف ع ل ي ة ( ). الم ص د ر الم و و ل ) atau masdar muawwal (الف ع ل ) dengan fi il 187

Di dalam perbincangan tentang hukum mubtada dan khabar ini, penandaan tanda kasus raf ( الر ف ع (ع لا م ة pada keduanya hanya berlaku di dalam bahasa Arab. Tanda kasus telah dibincangkan di dalam bab yang sebelum ini bersama khabar. Kedua-dua gabungan ini.(الم س ن د dan al-musnad ( (الم س ن د ا ل ي ه juga dikenali dengan istilah al-musnad ilaih ( Contoh Makna ز ي د ق اي م Zaid berdiri Dalam contoh di atas, perkataan (ز ي د ) adalah berkedudukan sebagai mubtada. Mubtada sebagaimana kita ketahui termasuk kata nama atau isim yang dirofa kan (marfu ). Kemudian dijelaskan tanda raf unya iaitu al-dhommah ( (الض م ة bertanwin. Kedudukan perkataan ( ق ا ي م ) pula adalah sebagai khabar yang dimarfu kan dan tanda kasusnya adalah aldhommah. (الض م ة ( Dari penerangan di atas, jelas di sini bahawa terdapat perbezaan yang nyata antara kedua-dua bahasa yang dibincangkan, iaitu dari aspek tanda kasus, yang mana mubtada dan khabar menerima tanda kasus ini di dalam binaan dan susunan Ayat Namaan berbanding di dalam bahasa Melayu. Namun begitu kedua-dua bahasa ini masih mempunyai persamaannya, iaitu binaan ayat Namaan ini masih terdiri dari subjek atau mubtada dan juga predikat atau khabar. 188

6.1.4.2 Susunan Biasa Apabila membincangkan tentang binaan ayat atau sintaksis, kita juga sebenarnya membincangkan aspek susunan. Dari segi susunan, terdapat dua bentuk ayat iaitu biasa dan songsang. Susunan biasa diertikan sebagai binaan ayat yang mempertahankan pola ayat dasar, iaitu unsur frasa subjek mendahului frasa predikatnya. Di dalam bahasa Arab, subjek atau mubtada harus didahulukan daripada khabarnya atau predikatnya. Manakala di dalam bahasa Melayu pula, pendepanan subjek daripada predikat dikenali juga dengan ayat aktif oleh sebab kata kerjanya yang berimbuhan me- (kata kerja transitif). Ia juga dikenali juga sebagai kata kerja melampau yang mana perbuatan itu terkena kepada orang lain atau benda lain. Binaan Predikat Frasa Adjektif (persamaan) Bahasa Arab Bahasa Melayu الط ال ب م ج ت ه د Pelajar itu rajin Sebelum ini ia disebut sebagai ayat bangun membuat yang bermaksud membuat sesuatu ke atas orang, benda atau perkara lain. Tiada perbezaan antara bahasa Arab dan juga bahasa Melayu di dalam susunan ayat ini. 6.1.4.3 Susunan Songsang Ayat yang mengandungi susunan songsang disebut ayat songsang atau ayat terbalik. Dalam hal ini, ayat yang terhasil tidak mengikut susunan biasa, sebaliknya menjadi predikatsubjek. 189

Pendepanan predikat di depan subjek berlaku apabila unsur dalam konstituen predikat itu hendak diberikan penegasan. Apabila penegasan dan penekanan hendak diberikan kepada mana-mana unsur, maka ia hendaklah didahulukan. Oleh itu susunan songsang wujud apabila unsur-unsur konstituen predikat dipindahkan ke depan subjek melalui proses pendepanan atau penjudulan. Di dalam bahasa Arab, terkadang khabar atau predikat dapat didahulukan daripada mubtada nya. Pendepanan khabar ini dinamakan khabar muqaddam م ق د م ) (خ ب ر dan.(م ب ت د ا م و خ ر mubtada nya dikenali sebagai mubtada muakhkhar ( Manakala di dalam bahasa Melayu pula, susunan songsang juga berlaku dan ia dinamakan dengan ayat pasif iaitu kata kerjanya ada imbuhan di-. Ia juga dikenali sebagai ayat bangun kena buat, iaitu terkena pada orang lain. Hukum Binaan Subjek dan Predikat susunan songsang (persamaan) Bahasa Arab Bahasa Melayu ) الم ب ت د ا - الخ ب ر 1- Susunan biasa ( الت ل م يذ ف ي الف ص ل : Contoh ) الخ ب ر - الم ب ت د ا ( songsang 2- Susunan 1- Susunan biasa ( subjek predikat) Contoh : Abang di dalam bilik. 2- Susunan songsang (predikat-subjek) Contoh : Di dalam bilik abang. ف ي الف ص ل ت ل م يذ : Contoh 190

Manakala di dalam bahasa Melayu juga berlaku pendepanan predikat daripada subjek, iaitu pendepanan konstituen dengan ayat songsang dilakukan untuk memberikan penegasan pada bahagian ayat tertentu. Yang hendak ditegaskan mungkin keseluruhan predikat atau unsur tertentu sahaja dalam konstituen predikat. 6.1.4.4 Keserasian Di dalam aspek ini, bahasa Arab amat menitikberatkan mengenai keserasian antara subjek dan predikat. Ini berbeza dengan binaan ayat bahasa Melayu yang tidak terikat dengan aspek keserasian. Oleh itu, tiada persamaan yang berlaku, bahkan hanya terdapat perbezaan antara kedua-duanya yang akan dijelaskan di bawah ini. Telah diketahui bahawa di dalam pembahagian binaan ayat, bahasa Arab telah membahagikannya kepada 2 jenis ayat, iaitu al-jumlat al-ismi:yyat ( الاس م ي ة الج م ل ة )/Ayat Namaan dan juga al-jumlat al-fi li:yyat ( الف ع ل ي ة الج م ل ة ) /Ayat Kerjaan. Ayat Namaan adalah mana-mana ayat yang diawali oleh subjek dari perkataan al-isim (الاس م ) atau al-dhami:r (,(الض م ير manakala Ayat Kerjaan pula adalah mana-mana ayat yang diawali dengan predikat dari perkataan fi il ( الف ع ل ). Di dalam pembentukan binaan keduadua ayat ini, perlu ditekankan di dalam aspek keserasian antara subjek dan predikatnya, atau antara musnad ilaih dan musnad. Aspek keserasian yang ditekankan adalah dari aspek gender dan juga aspek bilangan. (الم ذ ك ر ) Aspek gender di dalam bahasa Arab terbahagi kepada dua golongan iaitu maskulin 191

dan feminin,(الم و ن ث ) manakala dari aspek bilangan pula terbahagi kepada tiga iaitu al-mufrad ( الم ف ر د ), al-dual ( الم ث ن ى ) dan al-jama ( الج م ع ). Perubahan pada kedua-dua aspek ini akan menyebabkan berlaku perubahan pada predikat atau pelakunya. Berikut pembahagian tersebut dan perubahan yang berlaku bersama contohnya ; Struktur Binaan Ayat Bahasa Arab (Gender) ) الج م ل ة الاس م ي ة ( Namaan Ayat Ayat Kerjaan ) الج م ل ة الف ع ل ي ة ( Maskulin Femilin Maskulin Feminin ا ك ل ت الم ع ل م ة الخ ب ز ا ك ل الم ع ل م الخ ب ز الم ع ل م ة م م ت از ة الم ع ل م م م ت از ب ن ي ت الم ص ان ع ف ي الق ر ي ة - الم ع اه د ك ث ير ة / ك ث ير ات - الم ع ل م ة ك ت ب ت الد ر س الم ع ل م ك ت ب الد ر س - الم ص ان ع ب ني ت Berdasarkan contoh di atas, di dalam Ayat Namaan jika subjek itu (الم ع ل م ) maskulin maka predikatnya hendaklah maskulin juga sama ada ianya kata nama (م م ت از ) atau kata kerja 192

.(ك ت ب ) Manakala sekiranya Ayat Namaan itu bermula dengan subjek feminin الم ع ل م ة ) ), maka predikatnya juga feminin ( / ك ت ب ت م م ت از ة ) dan sekiranya subjek itu jama al-taksi:r ghair al-a: qil bilangan banyak tidak berakal- seperti (,(الم ع اه د maka predikatnya ( / ب ن ي ت ك ث ير ة ) juga adalah feminin. (الم ع ل م ) Di dalam bentuk Ayat Kerjaan pula, sekiranya pelakunya adalah maskulin (الم ع ل م ة ) dan juga sebaliknya jika pelakunya feminin (ا ك ل ) maka kata kerjanya juga maskulin atau jama al-taksi:r ghair al-a: qil seperti (الم ص ان ع ) maka kata kerjanya juga feminin ) الت اء ta ) dengan penambahan ا ك ل ت / ب ن ي ت ( ( feminin di akhir kata kerjanya. Maka hasil dari pemerhatian di atas, perlulah ada keserasian di antara subjek dan predikat atau di antara musnad ilaih dan juga musnadnya sama ada dalam binaan Ayat Namaan atau Ayat Kerjaan. Dari aspek bilangan pula, struktur binaan ayat di dalam bahasa Arab menitikberatkan keserasian antara mubtada dan khabarnya dalam bentuk Ayat Namaan. Manakala dalam Ayat Kerjaan pula kata kerjanya tetap tunggal ( (الم ف ر د walaupun pelakunya tunggal, dual ataupun ramai. Struktur Binaan Ayat Bahasa Arab (Bilangan) (الج م ل ة الف ع ل ي ة ) Ayat Kerjaan (الج م ل ة الاس م ي ة ( Namaan Aspek Bilangan Ayat 193

1- Al-Mufrad/Tunggal ق ام ز ي د ق ام ت ف اط م ة ز ي د ذ ه ب ف اط م ة ذ ه ب ت (الم ف ر د ) ق ام ز ي د ان ق ام ت ف اط م ت ان ز ي د ان ذ ه با ف اط م ت ان ذ ه ب تا (الم ث ن ى) -2 Al-Muthanna/Dual قام ز ي د ون ق ام ت ف اط م ات ز ي د ون ذ ه ب وا ف اط م ات ذ ه ب ن ) الج م ع -3 Al-Jama /Ramai ( Perubahan dari aspek keserasian (gender dan bilangan ) antara subjek dan predikat atau musnad ilaih dan musnad di atas tidak berlaku di dalam struktur binaan bahasa Melayu sebagaimana di dalam contoh yang disebutkan sebelum ini dan ia adalah berlainan dari struktur binaan ayat bahasa Arab. 6.1.4.5 Pengguguran Subjek Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu, dan dengan hal demikian pada peringkat struktur permukaan, unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Di dalam bahasa Arab, mubtada atau subjek boleh dibuang dan digugurkan dalam keadaan harus dan juga wajib. Terdapat beberapa unsur yang mempengaruhi pengguguran mubtada ini yang akan dihuraikan di bawah. Manakala di dalam bahasa Melayu, pengguguran subjek juga berlaku dan tiada hukum yang menyatakan ianya harus ataupun wajib. 194

Maka di sini dapat difahami bahawa terdapat persamaan di dalam pengguguran subjek yang berlaku di dalam kedua-dua bahasa berdasarkan sebab-sebab tertentu yang mengakibatkan gugurnya subjek. Arab; Berikut adalah pengguguran subjek atau mubtada yang berlaku di dalam bahasa a- Harus - Keharusan pengguguran mubtada boleh berlaku sekiranya memang dapat difaham kerana adanya unsur yang menunjukkannya. Seperti ketika menjawab jawapan al-istifha:m atau kata tanya. Contoh Makna baik. Apa khabar kamu? (keadaan saya ) ك ي ف ح ال ك ) ح ال ي ( ب خ ي ر م ن ب ج ان ب ك (ه و ) ا خ ي Siapa di sebelah kamu? (dia ) adikku. Perkataan (ب خ ي ر ) dan (ا خ ي) di atas berkedudukan sebagai predikat atau khabar bagi mubtada ( (ه و /ح ال ي yang dibuang kerana tanpanya pun sudah cukup difahami. b- Wajib mubtada atau subjek wajib dibuang dan digugurkan dengan empat perkara, iaitu; i- Apabila ditunjukkan dengan jawab al-qasam (ayat sumpah) 195

Contoh Makna لا ذ ه ب ن (ع ه د ) ذ م ت ي ف ي Dalam tanggunganku (ada janji), pasti aku akan betul-betul pergi. Kata (ع ه د ) menjadi mubtada atau subjek kepada khabar ذ م ت ي) (ف ي dan ia dibuang.(ا ذ ه ب ن ) ) pada kata kerja ل ( al-ibtida: kerana ditunjukkan oleh La:m ii-.(م ص د ر م و و ل ( mu awwal Apabila khabarnya terdiri daripada masdar Contoh Makna (م و ق ف ن ا ( ص ب ر ج م يل (Sikap kami ) Kesabaran yang baik. Perkataan (م و ق ف ن ا) adalah mubtada yang dibuang kerana khabarnya terdiri daripada.(ص ب ر ) masdar mu awwal iii-.(الذ م atau kejian ( (الم د ح Apabila khabarnya dikhaskan untuk pujian ( 196

Contoh Makna م ح م د (ه و ) الا ن س ان نع م Sebetuah-tuah manusia (dia) Muhammad. Lahab. Secelaka-celaka manusia (dia) Abu ب ي س الا ن س ان (ه و ) ا ب و ل ه ب Perkataan (ه و ) adalah mubtada yang digugurkan dan di dalam contoh juga disebutkan ). م ح م د / ا ب و ل ه ب ( khabarnya iv-.(الم ن ع وت iaitu adjektif dipisahkan dari al-man u:tnya ( (الن ع ت Apabila al-na tu ( Contoh Makna ا ح س ن ا ل ى ر ج ل (ه و ) الم س ك ين Berbuat baiklah kepada ( dia ) orang miskin. Oleh kerana perkataan (الم س ك ين ) itu ma rifat, maka khabarnya ( ه و ) dibuang. Tetapi sekiranya perkataan (م س ك ين ) itu am atau nakirat, maka ia menjadi sifat atau na at.(ر ج ل ( kepada 197

Dalam bahasa Melayu berlaku pengguguran frasa nama yang menjadi subjek, iaitu yang terdiri daripada dua jenis ; a- Pengguguran frasa nama sebagai kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Contoh : Kamu keluar / Engkau makanlah dulu Keluar! / Makanlah dulu Dalam ayat di atas, kata gantu nama diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan. b- Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk iaitu jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama, maka subjek frasa nama boleh digugurkan kecuali frasa nama yang di awal ayat majmuk tersebut. Contoh : Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar Dia sangat pandai kerana rajin belajar. 6.1.4.6 Pengguguran Predikat Di dalam bahasa Arab, khabar atau predikat juga boleh dibuang dan digugurkan dalam keadaan harus dan juga wajib. Terdapat beberapa unsur yang mempengaruhi pengguguran khabar. Manakala di dalam bahasa Melayu, pengguguran predikat juga berlaku dan tiada hukum yang menyatakan ianya harus ataupun wajib. Berikut adalah pengguguran khabar atau predikat yang berlaku di dalam bahasa Arab; 198

a- Harus - Keharusan pengguguran jika ada yang menunjukkan akan perkara tersebut, seperti jawapan al-istifha:m atau berada sesudah idzan fuja:iyyat ( ا ذا الف ج اي ي ة ) yang bermaksud tiba-tiba. Contoh Makna م ن م ج ت ه د س ع يد (م ج ت ه د ) Siapakah yang rajin? Said (yang rajin). (ي ق وم ) الر ج ل ا ذا خ ر ج ت Saya keluar, tiba-tiba ada orang itu (berdiri). Perkataan ( ي ق وم / م ج ت ه د ) adalah khabar yang digugurkan dengan ada unsur yang menunjukkan ia ada di dalam ayat tersebut, manakala ( (الر ج ل /س ع يد adalah mubtada. b- Wajib pengguguran khabar dalam bahasa Arab menjadi wajib dengan unsur-unsur di bawah ; i- Apabila menunjukkan sifat yang muthlaq atau keadaan umum. Ini terdapat dalam dua ;(الج ر و الم ج ر ور dan (الظ ر ف jarr wa majru:r ( tempat iaitu yang berkaitan dengan zarf (.(ل و لا ) atau lawla (ل و م ا) ) dan lawma ك اي ن / م و ج ود ة ( lafaz dan berada dalam 199

Contoh Makna الا م ه ات ا ق د ام ت ح ت (م و ج ود ة ) الج ن ة Syurga itu (ada) di bawah tapak kaki ibu. Ilmu itu (berada) di dalam hati bukan di الع ل م (ك اي ن ) ف ي الص د ور لا ف ي الس ط ور dalam tulisan. ل و لا الد ين (م و ج ود ) ل ض ل الن اس Sendainya tiada agama (ada) nescaya semua manusia akan sesat. الع ل م ل ض اع (م و ج ود ة ) الك ت اب ة ل و لا Sendainya tidak tulisan (ada) pasti ilmu akan hilang. Maka perkataan ( / ك اي ن م و ج ود ة ) adalah khabar yang digugurkan dan mubtada nya الج ن ة / الع ل م / الد ين / الك ت ا ( disebutkan.( ب ة ii- Apabila khabar mubtada yang menjelaskan al-qasam ( (الق س م iaitu sumpah. Contoh Makna Demi Allah, aku bersungguh-sungguh و االله لا ج ت ه د ن (ق س م ي ( (adalah sumpahku) Khabar (ق س م ي) adalah digugurkan dan mubtada nya adalah.( و االله لا ج ت ه د ن ( 200

iii- Apabila mubtada nya terdiri daripada masdar dan sesudahnya terdapat kata yang menjadi hal dan tidak sesuai menjadi khabar. Contoh Makna Didikanku terhadap anak itu ت ا د يب ي الغ لا م (ح اص ل ) م س يي ا (menghasilkan) hasil yang buruk. iv- Apabila terletak setelah wa:w al-ma i:yyah, iaitu yang bermaksud ) و او الم ع ي ة ( berserta. Contoh Makna ك ل ا م ر و م ا ف ع ل (م ق ت ر ن ان ( Setiap perkara itu (berserta) apa yang dia lakukan (selalu bersamaan). Khabar (م ق ت ر ن ان ) digugurkan setelah didahului dengan wa:w al-ma i:yyah sebelumnya.( و ) Dalam bahasa Melayu juga berlaku pengguguran predikat sebagaimana di dalam bahasa Arab. Terdapat frasa predikat atau bahagian-bahagian yang digugurkan, iaitu ; i- Pengguguran seluruh frasa predikat yang terdiri daripada; 201

Frasa predikat digugurkan Contoh 1- Frasa kerja yang serupa Ali belajar di England. Adiknya belajar di England Ali dan adiknya belajar di England. 2- Frasa nama yang serupa Kebersihan amalan kita. Kesopanan amalan kita Kebersihan dan kesopanan amalan kita. 3- Frasa adjektif yang serupa Adik sangat rajin. Abang sangat rajin Adik dan abang sangat rajin. 4- Frasa sendi nama yang serupa Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung Dia dan isterinya masih di kampung. ii- Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat, iaitu beberapa bahagian daripada frasa predikat juga boleh mengalami proses pengguguran. Antaranya : Bahagian frasa predikat digugurkan Contoh 1- Oleh + frasa nama dalam ayat pasif Dia dipukul oleh abangnya Dia dipukul. 2- Pengguguran kata bantu yang serupa Dia boleh menyanyi. Dia boleh menari Dia boleh menyanyi dan menari. 3- Pengguguran frasa nama sebagai Daud memukul penjahat itu. Daud 202

objek yang serupa menumbuk penjahat itu Daud memukul dan menumbuk penjahat itu. 4- Pengguguran frasa nama sebagai frasa objek kata kerja yang membawa Kejadian itu amat menyedihkan (saya) Kejadian itu amat menyedihkan. makna adjektif Hasil dari penerangan dan huraian di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa dalam pengguguran predikat sebenarnya berlaku di dalam kedua-dua bahasa tersebut. Cuma yang membezakannya adalah dari aspek unsur-unsur yang mempengaruhi pengguguran predikat tersebut di dalam sesuatu struktur binaan ayatnya. 6.1.4.7 Predikat Berbilang Di dalam bahasa Arab, khabar boleh berbilang atau lebih daripada satu dan mubtada nya masih satu sahaja sama ada khabar jenis al-mufrad, al-jumlat atau syibhu aljumlat ataupun bercampur-campur. Contoh Makna 1- Khabar semuanya mufrad و ه و الغ ف ور الو د ود ذ و الع ر ش الم ج يد ف ع ال ل م ا ي ر يد Dia Pengampun lagi Penyayang, yang mempunyai a rasy yang mulia, yang membuat apa yang dikehendakinya. 2- Khabar terdiri daripada dua ayat namaan Musim panas waktu siangnya panjang waktu malamnya singkat. 203

الص ي ف ن ه ار ه ط و يل ل ي ل ه ق ص ير 3- Khabar terdiri daripada dua ayat kerjaan Budak itu makan roti minum susu. الط ف ل ي ا ك ل الخ ب ز ي ش ر ب الح ل يب Buku itu di depanmu berhampiranmu. 4- Khabar terdiri daripada 2 syibhu aljumlat الك ت اب ا م ام ك ق ر ب ك 5- Khabar bercampur al-fi il dan al-ism Ini adalah burung berkicau. ه ذ ا ط اي ر ي غ ر د Di dalam contoh di atas, terdapat khabar yang berbilang, iaitu (الغ ف ور ) adalah khabar pertama, (الو د ود ) khabar kedua, الع ر ش ) (ذ و khabar ketiga, (الم ج يد ) khabar keempat dan.(ه و ) khabar kelima di samping mubtada masih satu iaitu (ف ع ال ) Perkataan ق ص ير ) ل ي ل ه ط و يل (ن ه ار ه merupakan khabar jumlat ismi yyat kepada mubtada,(الص ي ف ) manakala ( ب الح ل ي ش ر ب الخ ب ز ي ا ك ل ) khabar jumlat fi liyyat kepada mubtada (الك ت اب ) adalah khabar syibhu al-jumlat dan perkataan (ا م ام ك ق ر ب ك ) zarf,(الط ف ل ) 204

adalah mubtada. Contoh berikutnya pula adalah gabungan antara (ط اي ر ) dan (ي غ ر د ) dan.(ه ذ ا) mubtada nya Manakala di dalam bahasa Melayu pula juga disebutkan predikat yang terdiri daripada lebih satu perkataan sebagaimana subjeknya. Contoh : Subjek Predikat Guru itu pandai, cerdik, tabah dan berkarisma 6.1.4.8 Subjek Kata Nama Am Bahagian ini telah diterangkan di dalam huraian di atas, iaitu berkaitan tentang kata nama am boleh dijadikan subjek. Namun di dalam bahasa Arab terdapat beberapa syarat tertentu untuk menjadikan setiap kata am atau al-nakirat ( (الن ك ر ة itu menjadi al-ma rifat ( subjek. agar dapat berfungsi sebagai (الم ع ر ف ة 6.2 Kesimpulan Hasil pembahasan dan penghuraian di atas, dapat ditemukan bahawa dari segi bentuk, perkataan bahasa Arab dan perkataan bahasa Melayu memiliki persamaan, khususnya dari kedudukan struktur Subjek-Predikat atau Predikat-Subjek atau dikenali sebagai musnad ilaih.(الم س ن د dan musnad ( (الم س ن د ا ل ي ه ) 205

Adapun dari segi makna, perkataan bahasa Arab dan bahasa Melayu menampakkan kesamaan, iaitu terdapat kata pernyataan, kata tanya, kata perintah, kata seru, dan sebagainya. Dari aspek perbezaan yang berlaku pula hanya dari segi kata dan frasa pembentuknya, khususnya juga dari aspek gender, bilangan, tensis, dan I'rab, yang tidak dimiliki oleh bahasa Melayu. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa di antara bahasa Arab dan bahasa Melayu terdapat beberapa aspek persamaan di dalam struktur binaan ayatnya. Di samping itu juga terdapat beberapa aspek perbezaan yang tidak boleh disamakan antara kedua-duanya, bahkan terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi untuk menjadikan binaan ayat tersebut sempurna. Maka kajian kontrastif ini memiliki implikasi langsung di dalam proses pengajaran guru dan pembelajaran murid, seterusnya memberikan impak dan kesan yang berguna terhadap pengajaran sintaksis dan pemahaman pelajar dalam memahami struktur bahasa Arab ketika mempelajarinya di samping dapat membandingkannya dengan struktur bahasa Melayu. Ini sudah pasti akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran mereka lebih menarik dan dapat memudahkan lagi dalam konsep terjemahan bahasa Arab-Melayu-Arab. 206