KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN

dokumen-dokumen yang mirip
Undang-undang Permainan

BOLA JARING PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2016 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

Kejohanan Futsal Remaja & Belia 2009

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI DAN WANITA PESUMA KE-30

PERATURAN SUKAN KARiSMA 16 When The Lion Roar

BOLA JARING. 3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada dua belas (12) orang pemain.

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C

BOLA JARING Undang-Undang International Netball Federation (INF).

PERATURAN BOLA JARING 3 ON 3 PIALA MENTERI PELAJARAN

SUKAN PANTAI UiTM SHAH ALAM 2017 BOLA JARING PANTAI

KARNIVAL SUKAN MSPM KALI KE XIV DAN SEMINAR PEMBANGUNAN SUKAN POLITEKNIK 2011 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

FUTSAL PRASEKOLAH. 1.2 Kejohanan ini merupakan kesinambungan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK RAGA TIMBANG PESUMA KE-30

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERATURAN BOLA JARING. Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Sukan Staf Universiti Putra Malaysia.

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW ( LELAKI)

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2018

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2017

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING PESUMA KE-31

Bola Keranjang Permainan Kecil Bola Keranjang

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 3 on 3 KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN TAHUN 2016

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

BOLA KERANJANG 3 ON 3

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

UNDANG-UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN BOLA JARING

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA JARING KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MINI MSSPP

PERATURAN PERTANDINGAN TARIK TALI PESUMA KE-30

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 18TKB MSSPP

BOLA JARING PRASEKOLAH

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON KARNIVAL SUKAN, SIRKIT BADMINTON POLITEKNIK MALAYSIA & GRAND FINALE (LELAKI DAN WANITA)

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TENIS ( LELAKI DAN WANITA)

SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA m. 5.07m 10.14m

PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH ALAM (SASSA) 2017

PERATURAN PERMAINAN BOLA SEPAK

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MINI MSSPP

Bola Tampar. Permainan Kecil Bola Tampar 1. BOLA TERBANG 2. TEMBAK TEMBOK 3. TEMBAK TARGET 4. MEMUKAT KATAK 5. MEREJAM BOLA

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON ( LELAKI DAN WANITA )

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH

Rujuk Perkara 1 Peraturan Am Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT)

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

MSSPP. (Khas Untuk Pertandingan Jemputan Negeri)

PERTANDINGAN KAROM PESTA SUKAN MUHIBBAH JKM TAHUN 2017 PENGELOLA: JABATAN TANAH DAN UKUR

Bola Baling Permainan Kecil Bola Baling

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM) 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK PANTAI UiTM 2018 PIALA PENGARAH PUSAT SUKAN. Liga Bola Sepak Pantai UiTM 2018 Piala Pengarah Pusat Sukan

PERATURAN PERTANDINGAN KAROM LELAKI / WANITA PESUMA KE-30

PERATURAN PERMAINAN TENPIN BOLING KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM )

SUKAN SBAM Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah MUKTAMAD.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

KEPEGAWAIAN OLAHRAGA PENASIHAT 3/12/2018 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH PENGURUS KEJOHANAN PENGURUS KEJOHANAN PENGURUS TEKNIK PANEL JURI RAYUAN

KEJOHANAN BOLA JARING ANTARA STAF UniMAP ( SUKAS ), 2018 BORANG PENDAFTARAN. Bil Nama Pemain No K/P No. Staf

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN PING PONG ( LELAKI DAN WANITA)

KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2001 PERATURAN DAN ACARA ACARA PERTANDINGAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN TINGKATAN 6

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN TERBUKA

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK PESUMA KE-30

ISI KANDUNGAN. MAKLUMAT 1.0 Peraturan Am Jurukamera dan Juruvideo 2. PERALATAN 3.0 Pakaian Peralatan 2

Nw6lsutan fr-t. %ffii. ,le qt'''- I KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN BOLA KERANJANG 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

Olahraga Permainan Kecil Olahraga

SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PIALA FUTSAL NEGARAKU

PERATURAN PERMAINAN SUKAN SUPSAT 2017

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

FUTSAL. 3. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan Antara Pasukan Universiti-Universiti Awam Malaysia dan Universiti Jemputan MASUM.

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Naib Canselor HEP dan Piala Pengarah Pembangunan Pelajar HEP

KEJOHANAN BOLA JARING KSS USM 2010

1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA SEPAK 1.1 SEJARAH PERMAINAN BOLA SEPAK

HOKI 9 SEPASUKAN PERATURAN PERTANDINGAN HOKI 9 SEPASUKAN SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

luw$s*^ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 " FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN PERTANDINGAN DAM AJI PESUMA KE-30

PERATURAN PERTANDINGAN HOKI DEWAN LELAKI

SEPAKTAKRAW BERPASUKAN. Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan adalah tertakluk kepada:

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW.

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW 4 PEMAIN.

PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK UiTM PIALA FA. Sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2017.

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN Sila rujuk Perkara 4.0 dan perkara 5.0 Peraturan Am

BOLA JARING Permainan Kecil Bola Jaring

Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Am MASUM.

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2015

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR LELAKI / WANITA PESUMA KE-30

SILAT SENI. Pertandingan secara individu dan berkumpulan.

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (LELAKI/WANITA) KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM), 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Transkripsi:

KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN Peraturan dan Peralatan Permainan Bola Jaring Sebelum anda meneruskan dengan topik ini, anda perlu mengetahui peralatan-peralatan permainan ini. Tahukah anda bahawa sukan ini tidak memerlukan peralatan yang banyak; cukup sekadar hanya sebiji bola bersaiz kecil, gelanggang (tertutup atau terbuka), tiang gol dan 14 orang pemain (7 orang untuk satu pasukan). Hanya dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal dan mengadili permainan ini. Bola Bola yang digunakan untuk pertandingan atau kejohanan biasanya berukuran standard dan disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan. Biasanya, bola saiz 5 yang juga seperti saiz bola keranjang digunakan. Ukur lilit bola adalah lebih kurang 690-710mm dan beratnya dianggarkan seberat 400-450gm. Bola ini diperbuat daripada kulit atau getah (Rajah 3.2). Untuk menjaga kesempurnaan dan jangka hayat bola, ia harus disimpan di tempat yang kering dan selamat setelah digunakan. Rajah 1 : Bentuk fizikal bola jaring Tiang Gol Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Ukur lilit bulatan besi berjaring yang diletakkan di bahagian atas tiang ialah 38sm. Tiang gol ini hendaklah dicacakkan dengan teguh di kawasan jaringan (kawasan D) supaya tidak condong (Rajah 3.3). Gelanggang (Rajah 3) Rajah 2: Tiang Gol

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Namun begitu, bola jaring juga boleh dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan yang tertutup. Rajah 3 : Gelanggang bola jaring Garisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m dinamakan garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan tengah dengan jejari 45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan menjaring ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan pada pusat bulatan. Pemain Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain simpanan. Setiap pemain mempunyai fungsi atau tugas yang tersendiri. Senarai dan kedudukan pemain adalah seperti berikut: (i) (ii) Penjaga gol (GK) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD) (iii) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD) (iv) Pemain tengah (C) (v) Penyerang sayap (WA) (vi) Penyerang gol (GA) (vii) Penjaring gol (GS)

Rajah 4 : Gelanggang bola jaring Kedudukan Pemain Kawasan Pemain GS : Penjaring gol GS : 1,2 GA : Penyerang gol GA : 1,2,3 C : Pemain tengah C : 2,3,4 WA: Penyerang sayap WA: 2,3 WD: Pertahanan sayap WD: 3,4 GD : Pertahanan gol GD : 3,4,5 GK : Penjaga gol GK : 4,5 Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masing-masing. Pemain tidak bebas bergerak ke segenap sudut gelanggang dan mereka hanya bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan. Pengadil Dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan, pengadil bertanggungjawab memastikan pertandingan itu berjalan lancar dan semua pemain bermain dengan bersih dan mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. Pengadil adalah orang yang paling berkuasa dalam gelanggang. Sebarang keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad. Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa dalam satu pertandingan. Umumnya, 2 orang pengadil inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan sesuatu pertandingan dan lazimnya pengadil ini terdiri daripada wanita tetapi terdapat juga pengadil lelaki. Kawasan Pengadil (Rajah 3.6) Oleh kerana dalam sukan bola jaring dimestikan ada dua orang pengadil, maka pembahagian kawasan antara mereka berdua amat perlu supaya keputusan yang dibuat tidak bercanggah. Untuk lebih jelas lagi, rujuk Rajah 3.6. Pengadil X mengadili dan membuat keputusan di dalam kawasannya sepanjang waktu permainan. Dia juga akan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola keluar ke kawasan AB dan AD. Pengadil X juga akan memulakan permainan (hantaran tengah) setiap kali gol dijaringkan dalam

kawasannya. Sementara pengadil Y pula akan mengadili dan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola terkeluar dari kawasan DC dan CB. Rajah 5: Kawasan pengadil Gerakan Pengadil Berbanding dengan sukan-sukan lain, permainan ini memerlukan pengadil bergerak di dalam kawasannya seperti yang telah ditetapkan, iaitu dari tengah gelanggang hingga ke sudut yang tertentu. Dia juga perlu berada di belakang kawasan gol untuk melihat jaringan yang dibuat. Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada di luar gelanggang, kecuali dalam keadaan atau tugas berikut: Membuat lambungan Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil Melihat permainan dengan lebih jelas Melihat pemain yang tercedera (jika ada) Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil dalam sepanjang masa permainan. Pakaian (Rajah 6) Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju T-shirt, skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas. Pemain juga dikehendaki memakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil bibs. Huruf pada bibs mestilah ditulis dengan terang di bahagian depan dan belakang yang menunjukkan posisi dan tugas mereka. Pemain bersama bibs yang dipakai juga mestilah didaftarkan serta dipakai sepanjang waktu pertandingan. Sebarang barang kemas dan aksesori badan tidak boleh dipakai semasa pertandingan dan kuku mestilah dipotong pendek. Kasut-kasut yang diperbuat daripada bahan ringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku spike tidak dibenarkan.

Rajah 6: Pakain yang sesuai untuk bermain bola jaring Sumber- http://i2.photobucket.com/albums/y35/imzadle/pwrpuff.jpg Cara Bermain (Rajah 7) Jumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk setiap pasukan. Ini bererti terdapat 14 orang pemain dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan. Dua orang pengadil akan berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan mengikut pembahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan. Tempoh permainan mestilah diketahui oleh pemain. Peraturan dan undangundang permainan seperti membuat jaringan, melakukan kesalahan membuat hantaran, membuat lontaran penalti, hantaran percuma, mengawal gol dan menggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap pemain. Rajah 7 : Permainan bola jaring. Mula Bermain Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar bola ke salah seorang rakan pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD dan GD juga boleh menerima hantaran tengah tersebut. Semasa melontar, C hendaklah memastikan bahawa kakinya berada di dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang. Pemain tengah pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatan sementara pemain-pemain yang lain berada di tempat masing-masing. Apabila wisel ditiupkan, pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepada pemain lain menandakan bermulanya permainan.

Tempoh Bermain Bola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu quarter. Setiap suku waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecuali waktu rehat untuk separuh masa, iaitu 5 atau 10 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau sekiranya berlaku kecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk satu separuh masa juga turut digunakan. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan. Peraturan dan undang-undang permainan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh setiap pemain semasa di dalam gelanggang. Setiap kesalahan yang dilakukan akan didenda. Pemain hanya boleh bergerak di dalam kawasan masing-masing dan jika ingin menukar kawasan, ia hanya dibenarkan selepas permainan dihentikan dan pemain itu mestilah juga memaklumkannya kepada pengadil. Pemain boleh menangkap bola dengan satu ataupun kedua belah tangan. Dia juga boleh menepis atau menampar bola ke arah pemain lain dalam pasukannya ketika bola sedang dilambung. Setelah bola ditangkap, pemain hendaklah melontarkan atau melantunkannya kepada pemain pasukannya dalam masa tiga saat. Pemain tidak dibenarkan menggulingkan bola atau memegang sambil berlari, atau melontar ke udara dan menangkapnya semula, atau menjatuhkannya dan mangambilnya semula drop ball. Pemain juga tidak boleh dengan sengaja menendang, merampas daripada pemain lawan, menumbuk atau memainkan bola apabila ia berada di atas lantai gelanggang. Selain daripada itu, pemain tidak dibenarkan menggunakan atau mendapatkan sokongan tiang gol apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tiang gol supaya jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran atau gelanggang. Ofsaid, Faul dan Penalti Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain bergerak melebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain, dia dikira sebagai ofsaid. Selain itu apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mesti berada di dalam kawasan tertentu atau tidak ia dikira ofsaid. Pemain akan dikira faul jika: Pemain yang memegang bola atau tidak memegang bola, tersentuh pemain lawan atau merampas atau memukul bola sehingga boleh terlepas daripada pihak lawan. Pemain berada kurang 0.91m (3 kaki) daripada pemain yang sedang membuat lontaran. Pemain itu dikira menghalang. Pemain menggertak, mengugut atau menjerit ke arah pemain pihak lawan dengan tujuan melakukan gangguan mental terhadap pemain pihak lawan. Hukuman faul ialah di mana pasukan lawan akan diberi Jaringan penalti jika kesalahan berlaku di dalam bulatan gol. Pilihan sama ada memilih hantaran penalti ataupun jaringan penalti jika kesalahan berlaku di dalam bulatan. Hantaran bebas (free throw) diberikan kepada pihak lawan di tempat berlakunya kesalahan berlaku. Lambungan bola dilakukan untuk meneruskan permainan semula apabila dua orang pemain kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak, pemain daripada kedua-dua pasukan menangkap bola pada waktu

yang sama dan berlaku perebutan bola ataupun apabila pengadil tidak pasti pasukan mana yang telah melakukan kesalahan. UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING Penalti Berikut pula adalah undang-undang am bola jaring yang perlu anda teliti. (e) (f) (g) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan: (i) (ii) Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan. Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan). Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat. Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu. Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul. Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undang-undang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dangan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas tanah. Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan penalti melanggar undang-undang hingga (e), hantaran percuma diberikan kepada pasukan lawan. Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan. Hantaran Percuma Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol. Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu. Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri

bersebelahan dan jauh dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melolosi jaring. Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu). Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti: (e) Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan kesalahan. Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua. Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil. Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan. Hantaran ke Dalam Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya: Pemain terakhir menyentuh bola itu; atau Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar gelanggang. 3.3.5 Lambungan Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila: Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu atau kedua-dua belah tangan. Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang. Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola itu keluar gelanggang. (e) Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang memegang ataupun menyentuh bola. Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu permainan.