RUKUN AGAMA (PERTAMA/2017/FEB/001)

dokumen-dokumen yang mirip
ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

: Menghafal dan Menulis Hadits Arabain. : Maktabah Raudhah al-muhibbin. Disebarluaskan melalui:

yuslimu-islaman. Bukti ketundukan kepada Allah SWT itu harus dinyatakan dengan syahadat sebagai sebuah pengakuan dalam diri secara sadar akan

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Beribadah Kepada Allah Dengan Mentauhidkannya

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah

DAFTAR TERJEMAH No. BAB Hal Terjemah

BAB 2 ISLAM DAN SYARIAH ISLAM OLEH : SUNARYO,SE, C.MM. Islam dan Syariah Islam - Sunaryo, SE, C.MM

TEKS UCAPAN YABHG TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DI MAJLIS SELAWAT & SALAM PERDANA 2014 GEMA CINTA 5 NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

SUMBER HUKUM ISLAM 1

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Memburu Malam Seribu Bulan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

BAB I PENDAHULUAN. melalui upaya pengajaran dan latihan. Pendidikan bagian yang tidak dapat

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

Memacu Diri Agar Istiqomah Beribadah

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

DI BULAN SUCI RAMADHAN

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

Khutbah Pertama Maasyirol Muslimin yang dirahmati Allah

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Al-Qur an Al hadist Ijtihad

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

Kufur kepada thaghut adalah syarat sahnya ibadah seseorang, sebagaimana wudhu merupakan syarat sah shalat.

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)


Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

Renungan Pergantian Tahun

BAB 5 PENUTUP. Sifat dua..., Atiatul Mu'min, FIB UI, 2008

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada (Al-Hajj: 46).

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DAFTAR TERJEMAH No Halaman BAB Terjemah

Disebarluaskan melalui: website: TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

Berpegang kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah, dan tidak bertaqlid kepada seseorang

3 Wasiat Agung Rasulullah

Pendidikan Agama Islam

Bab 4 PEMAHAMAN SUFIYAH. Kandungan THARIQ

Dalam sastera Islam terdapat banyak pembahasan di antara

Istiqomah. Khutbah Pertama:

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Bukti Cinta Kepada Nabi

??????????????????????????????????:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

Memahami Takdir Secara Adil

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Begitu Singkatnya Umur Manusia

BAB I PENDAHULUAN. Shalat telah diwajibkan pada malam Isra sebanyak lima puluh kali dalam

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

I TIKAF. Pengertian I'tikaf. Hukum I tikaf. Keutamaan Dan Tujuan I tikaf. Macam macam I tikaf

Khutbah Jum'at. Keutamaan Muharam. Bersama Dakwah 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Iman Itu Naik dan Turun

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

MAKALAH SUMBER HUKUM DAN AJARAN ISLAM

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

Agar Nabi Muhammad Mencintai Kita

Shalat Berjamaah Tidak di Rumah

BAB I PENDAHULUAN. 1 Syahruddin El-Fikri, Sejarah Ibadah, (Jakarta: Republika, 2014), hlm

Tauhid Yang Pertama dan Utama

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 AQIDAH ISLAMIAH. Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

LALUAN KEHIDUPAN

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

SUNNAH SEBAGAI SUMBER AJARAN ISLAM

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

DAFTAR TERJEMAH. No Hal Kutipan Bab Terjemah

Umrah dan Haji Sebagai Penebus Dosa

Bayar Fidyah FIDYAH DIBAYAR SEKALIGUS DAN FIDYAH DENGAN UANG

Ceramah Ramadhan 1433 H/2012 M Bagaimana Kita Merespon Perintah Puasa

Sumber Ajaran Islam. Informatika. DR. Rais Hidayat.

Mendidik Anak Menuju Surga. Ust. H. Ahmad Yani, Lc. MA. Tugas Mendidik Generasi Unggulan

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

HUBUNGAN SEKSUAL SUAMI-ISTRI Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Pertanyaan:

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

Al-Hadits Tuntunan Nabi Mengenai Islam. Presented By : Saepul Anwar, M.Ag.

Transkripsi:

RUKUN AGAMA (PERTAMA/2017/FEB/001) Kebelakangan ini telah wujud kekeliruan di dalam masyarakat berkaitan rukun agama. Islam sebagai agama yang syumul telah sedia ada jawapan dan penerangan tentang kesyumulan kaedah beragama. Penerangan ini dapat diambil dengan apa yang mahsyur dipanggil sebagai Hadis Jibril a.s. Dari Umar bin Al-Khatthab r.a berkata: Suatu ketika, kami (para sahabat) duduk di sisi Rasululah s.a.w. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tidak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Ia segera duduk di hadapan Nabi s.a.w., lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi s.a.w dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi s.a.w, kemudian ia berkata: Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam. Rasulullah s.a.w menjawab, Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu melakukannya. Ia berkata, Engkau benar! Maka kami hairan, ia yang bertanya dan ia pula yang membenarkannya. Kemudian ia bertanya lagi: Beritahukan kepadaku tentang Iman. Rasulullah s.a.w menjawab, Iman adalah engkau beriman kepada Allah, malaikatnya, kitab-kitabnya, para RasulNya, hari kemudian, dan engkau beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk. Ia berkata: Engkau benar! Dia bertanya lagi: Beritahukan kepadaku tentang ihsan. Rasulullah s.a.w menjawab: Hendaklah engkau beribadah kepada Allah s.w.t seakanakan engkau melihatnya. Kalaupun engkau tidak melihatnya, sesungguhnya Dia melihat engkau. Lelaki itu berkata lagi: Beritahukan kepadaku tentang Kiamat? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidaklah orang yang ditanya tentangnya lebih tahu dari orang yang bertanya. 1 PERTAMA/2017/FEB/001

Kalau begitu khabarkan kepadaku tentang tanda-tandanya. Rasulullah s.a.w menjawab: Tanda-tandanya itu ialah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan. Kemudian ia pun pergi, lalu aku pun terdiam beberapa lama. Setelah itu Rasulullah s.a.w bertanya: Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi? Kataku: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Rasulullah s.a.w berkata: Sesungguhnya dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian. [HR Muslim, no. 8] 1 Menerusi hadis kedua daripada Hadith 40 karangan Imam Nawawi Rahimahullah ini jelaslah bahawa tiga rukun penting yang diterapkan dalam rukun agama. Pertama, berkenaan Islam di mana ketika Baginda Nabi Muhammad s.a.w ditanya oleh Jibril a.s. Baginda Nabi s.a.w telah menghuraikan lima rukun Islam iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah sekiranya mampu. Maka, ia dipanggil sebagai Rukun Islam. Kedua, Jibril a.s telah bertanyakan berkenaan Iman. Baginda Nabi Muhammad s.a.w telah menghuraikan makna iman dengan enam rukunnya iaitu, Beriman kepada Allah, para MalaikatNya, KitabNya, para RasulNya, hari Kiamat dan Qada Qadar. Maka, ia dipanggil sebagai Rukun Iman. Selanjutnya Baginda Nabi s.a.w ditanya perihal Ihsan, maka Baginda Nabi Muhammad s.a.w menerangkan bahawa ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya Ia melihat engkau. Maka, ia dipanggil sebagai Rukun Ihsan. Melalui tiga pertanyaan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa 3 rukun penting yang ada iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Ihsan. Rukun Islam adalah berkaitan dengan hal-hal praktikal melaksanakan perintah-perintah agama. Ia bersangkut paut dengan kaedah ibadah, muamalah, munakahah, jenayah dan seterusnya sekali gus membezakan antara muslim dan kafir seperti solat, puasa, zakat, dan haji. Muslim yang sebenar sentiasa berusaha melaksanakan segala perintah dan larangannya. Maka, ilmu pada rukun ini adalah feqah. 1 Matan Al-Arba in Al-Nawawiyyah, Imam Nawawi Rahimahullah. 2 PERTAMA/2017/FEB/001

Seterusnya Rukun Iman adalah berkaitan dengan hal-hal ketauhidan. Di dalam rukun ini menerapkan soal kepercayaan yang wajib kita Imani. Ia bermula daripada Kepercayaan kepada Allah, para MalaikatNya, KitabNya, RasulNya, Hari Kiamat dan Qada Qadar. Dengan rasa percaya dan yakin, maka lahirlah sifat taat kepada segala perintah dan larangannya. Maka, ilmu pada rukun ini adalah tauhid. Selanjutnya adalah berkaitan Rukun Ihsan. Rukun ini menerangkan perihal muraqabatullah iaitu kebersamaan kita dengan Allah s.w.t. Bilamana seorang hamba yang melakukan solat, maka perasaan yang hadir akan menjadikan solat yang didirikan benar-benar ikhlas dan hanya kerana Allah s.w.t semata-mata. Begitulah yang ingin diterapkan di dalam rukun ihsan iaitu engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya (muraqabah), tetapi jika engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya Dia melihat engkau (musyahadah). Maka, ilmu pada rukun ini adalah tasawwuf. Adapun kesinambungan yang dapat diambil daripada pertanyaan Jibril a.s kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w adalah rukun agama yang terbahagi kepada Rukun Islam (feqah), Rukun Iman (tauhid) dan Rukun Ihsan (tasawwuf). Islam merangkumi ilmu feqah dan perlaksanaannya dengan mengambil keberkatan imam empat mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Setiap mazhab dipelopori oleh setiap imamnya dan ijtihad mereka dalam setiap perlaksanaan hukum. Sebagai contoh perbezaaan pandangan dalam hal-hal yang membatalkan wuduk, kadar pemberian zakat kepada asnaf zakat, penentuan awal puasa dan sebagainya. Iman merangkumi ilmu tauhid dan terpecah kepada beberapa aliran antaranya mazhab Asy ariyah dan Maturidiyah. Pendiri aliran Asy ariyah adalah Abdul Hasan Ali bin Ismail Al- Asy ary. Al-Asy ary lahir tahun 260 H/ 873M dan wafat tahun 324H/ 935M. Aliran ini mengakui adanya sifat-sifat Tuhan, yang mana sifat-sifat tersebut sesuai dengan zat Tuhan sendiri dan sama sekali tidak menyerupai sifat-sifat makhluk. Manakala, aliran Maturidiyah masih tergolong Ahli Sunnah seperti halnya aliran Asy ariyah. Pendirinya adalah Muhammad bin Muhammad Abu Mansur. Ia dilahirkan di Maturid, daerah kecil di Samarkand kurang lebih pada pertengahan abad ketiga Hijrah dan meninggal di Samarkand juga pada tahun 332 H. Menurut Al-Maturidi, mengetahui Tuhan dan kewajiban mengetahui Tuhan dapat diketahui dengan akal. Kemampuan akal dalam mengetahui dua hal tersebut sesuai dengan ayat-ayat Al- Quran yang memerintahkan agar manusia menggunakan akal dalam usaha memperoleh pengetahuan dan keimanannya terhadap Allah s.w.t melalui pengamatan dan pemikiran yang 3 PERTAMA/2017/FEB/001

mendalam tentang makhluk ciptaannya. Kalau akal tidak mempunyai kemampuan memperoleh pengetahuan tersebut, tentunya Allah s.w.t tidak akan menyuruh manusia untuk melakukannya. Dan orang yang tidak mahu menggunakan akal untuk memperoleh iman dan pengetahuan mengenai Allah s.w.t bererti meninggalkan kewajiban yang diperintah ayat-ayat tersebut. Namun akal menurut Al-Maturidi, tidak mampu mengetahui kewajiban-kewajiban lainnya. Kedua mazhab ini adalah mazhab tauhid yang diakui menjadi teras Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seterusnya Ihsan yang merangkumi bidang ilmu tasawuf. Tasawuf bemaksud memperbaiki hati, ketekunan ubudiyyah, menyucikan akhlak, dan menguatkan rohani untuk memperoleh kebahagiaan abadi; atau terpaut hati kepada dunia bertumpu kepada akhirat, bersungguh-sungguh dalam taat kepada Allah s.w.t. Tasawuf juga adalah ilmu untuk mentarbiyah diri dalam mencapai tingkat ihsan yang didefinisikan Baginda Nabi Muhammad s.a.w Engkau beribadah seolah-olah melihatnya. Maka, jika tidak dapat melihatnya, maka Allah s.w.t melihatmu, atau dengan istilah kaum sufi adalah musyahadah dan muraqabah seperti yang dihuraikan sebelum ini. Sehubungan itu, memahami ketiga-tiga rukun ini memainkan peranan penting dan lengkap melengkapi dalam kehidupan seorang muslim. Seorang muslim bukan sahaja wajib memahami ilmu feqah, bukan sahaja ilmu tauhid, bukan sahaja ilmu tasawwuf, tetapi ketigatiga ilmu tersebut. Jika pada ilmu feqah itu pelaksanaannya perlu kepada mengikuti salah satu mazhab empat yang muktabar. Ilmu tauhid pula perlu berpegang kepada mazhab Asy ariah dan Maturidiah. Begitu juga pada ilmu tasawwuf. Untuk mengamalkan ilmu ini wajiblah bagi seorang mukmin agar menimba ilmu ini dari sumbernya, berguru kepada tokoh-tokohnya, meminum dari tempat minuman mereka (masyrab), serta menempuh tingkat-tingkat yang mereka telah lalui, sehingga ia mencapai apa yang telah mereka capai, memperoleh wusul dan sampai kepada tujuan. Hal ini kerana ilmu ini tidak diambil dari atas kertas (kitab), namun hanya diambil dari ahlul azwaq (tokoh sufi), tidak diperoleh dengan perkataan namun hanya dapat diambil dari khidmat kepada tokoh sufi dan bersuhbah kepada golongan (Syeikh) yang sempurna (mencapai wusul). 2 Imam Ibnu Athoillah as-sakandari r.a berkata: Seharusnya bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan bimbingan dan menempuh jalan petunjuk agar mencari Syeikh 2 Inilah Tasawuf, Sheikh Rohimuddin Bin Nawawi. 4 PERTAMA/2017/FEB/001

dari golongan tahqiq (yang merealisasikan jalan ini), yang telah menempuh jalan menuju Allah s.w.t, meninggalkan hawa nafsunya dan yang langkahnya telah mantap dalam berkhidmat kepada Tuhannya. Maka jika ia menjumpainya, laksanakanlah perintahnya dan jauhilah segala larangannya. Setelah kita mendalami erti tasawuf, perlulah diketahui jalan-jalan yang membawa kepada hakikat tasawuf yang sebenar secara praktikal iaitu dengan bertarekat. Tarekat adalah asal daripada kalimah Bahasa Arab iaitu thariq yang bermakna jalan. Jalan yang dimaksudkan di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhai Allah s.w.t. Secara praktikalnya tarekat adalah himpunan amalan-amalan takwa (lahir dan batin) yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertakwa oleh gurunya yang digelar sebagai Syeikh. Kesimpulannya, melalui hadis ini Jibril a.s telah menerangkan berkenaan rukun agama yang terbahagi kepada tiga iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Ihsan. Rukun Islam perlulah mendalami ilmu feqah, Rukun Iman perlulah mendalami ilmu tauhid dan Rukun Ihsan perlulah mendalami ilmu tasawuf. Untuk melaksanakan Rukun Islam kita perlu mengikuti mazhab feqah sama ada Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki. Untuk melaksanakan ilmu tauhid adalah dengan beriktikad Asy ariah dan Maturidiah. Manakala, ilmu tasawwuf untuk melaksanakannya adalah dengan mengikut tarekat yang muktabar. Inilah rukun agama secara syumul dan saling lengkap-melengkapi bagi mukmin yang mahu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Imam Malik Rahimahullah berkata: Barangsiapa mempelajari/mengamalkan Tasawuf tanpa Fekah maka dia telah Zindik, dan barangsiapa mempelajari/mengamalkan Fekah tanpa Tasawuf dia Fasik, dan siapa yang menghimpunkan keduanya ( dengan mempelajari/mempelajari tasawwuf disertai fekah) maka dia mendapat tahqiq ( kebenaran). 3 وهللا تعالى أعلم بالصواب. Disediakan oleh: Tuan Guru Abdul Raof bin Nurin, Lajnah Dakwah PERTAMA 3 Kitab Siyarus Saalikin Juzuk 1, Mukaddimah kitab - Sheikh Abdul Shomad al Falembani. 5 PERTAMA/2017/FEB/001