PENDEKATAN BAHASA DALAM DAKWAH (SATU KAJIAN DARI PERSPEKTIF AL-QUR AN) Zikmal Fuad.

dokumen-dokumen yang mirip
BAB IV ANALISIS. A. Analisis Prinsip-prinsip Pemahaman Qaulan dalam Al-Qur an sebagai Komunikasi Pendidikan Akhlak pada Anak

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Prinsip-prinsip komunikasi pustakawan (persfektif komunikasi Islam) Khatibah

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Pendidikan Agama Islam

REVIEW. Disampaikan pada perkuliahan PENDIDIKAN AGAMA ISLAM kelas PKK. Dr. Dede Abdul Fatah, M.Si. Modul ke: Fakultas EKONOMI. Program Studi AKUNTANSI

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1213 Psikologi Dakwah Pemikiran Kearah Psikologi Dakwah Hubungan Psikologi Dakwah Dengan Ilmu Komunikasi

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Pendidikan Agama Islam

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

BAB II KOMUNIKASI ISLAM. sesungguhnya berasal dari bahasa Latin communicatio yang bersumber dari

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

DAKWAH: INTEGRAL, SINERGIS DAN HOLISTIK. Moh. Syahri Sauma STAI Luqman Al-Hakim Surabaya. Abstrak

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)


pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

[ Indonesia Indonesian

AKAUNTABILITI AKADEMIA

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Standar Kompetensi : 3. Membiasakan perilaku terpuji.

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

A. Analisis Terhadap Metode Penerapan Nilai Tanah Waris di Pulau Bawean. pembagian dengan cara hukum waris Islam. Kedua; pembagian waris dengan

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Seni Menata Hati Dalam Bergaul

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

1. Siapa berjalan pada jalannya sampai.

BAB IV PEMBAHASAN. antara ayah dan anak remaja pasca perceraian, berikut peneliti memberikan

:

ETIKA DAN ETIKET DALAM KOMUNIKASI

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

PEDOMAN DOKUMENTER PEDOMAN OBSERVASI

Modul ke: Kesalehan Sosial. Fakultas. Rusmulyadi, M.Si. Program Studi.

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Internalisasi Nilai-nilai Bahasa Al quran Dalam Kehidupan. Oleh Prof. Dr. H. Sofyan Sauri, M. Pd

BAB I PENDAHULUAN. tulisan ditemukan sekalipun, berbicara tetap lebih banyak digunakan.

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

PRINSIP KOMUNIKASI EFEKTIF DALAM PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2

SURAT 64. AT TAGHAABUN DITAMPAKKAN KESALAHAN KESALAHAN

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

PENDEKATAN BAHASA DALAM DAKWAH (SATU KAJIAN DARI PERSPEKTIF AL-QUR AN) E-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI Zikmal Fuad zikmal@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Kajian tentang pendekatan bahasa dalam dakwah perlu dikaji, kerana bahasa yang sesuai dengan masyarakat menentukan kejayaan dakwah. Kajian ini akan mengkaji pendekatan bahasa dalam dakwah menurut perspektif al-quran. Pemilihan terhadap kajian ini untuk dianalisa dan melihat kepada kepentingan dakwah dalam konteks dakwah masa kini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimanakah peranan bahasa dalam menyampaikan dakwah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti istilah-istilah yang dipandang sebagai bahasa dakwah dalam al- Quran yang dapat digunakan dalam menyampaikan dakwah. Metodologi yang digunakan oleh penulis adalah berdasarkan kepada kaedah kepustakaan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa penggunaan bahasa sangat berperanan dalam menentukan kejayaan dakwah. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan bahawa terdapat enam istilah pendekatan bahasa dalam dakwah di dalam al-quran yang boleh digunakan dalam menyampaikan dakwah iaitu Qaulan Layyina, Qaulan Baligha, Qaulan Maysura, Qualan Karima, Qaulan Sadida dan Qaulan Ma rufa. Kesimpulannya, kajian tentang pendekatan bahasa dalam dakwah dapat dijadikan panduan untuk dikembangkan sehingga dakwah hadir dalam format yang multidimensi. Kata Kunci: Pendekatan bahasa, dakwah, al-quran. 14

1.0 PENDAHULUAN Bahasa adalah momentum 1 sebuah kata yang dapat membuat orang lain faham dan mengerti atau sebaliknya. Dakwah adalah tanggungjawab setiap muslim yang mencintai dakwah. Dakwah harus disampaikan dengan bahasa yang jitu kerana ianya menjadi tolak ukur mengerti atau tidaknya penerima dakwah dikalangan masyarakat. Banyak pesanan dakwah yang tidak sampai kepada penerima dakwah kerana kegagalan penggunaan bahasa di dalam menyampaikannya. Bahasa yang digunakan tidak tepat sehingga pesan yang disampaikan tidak dapat difahami dengan baik oleh penerima dakwah. Kesalahan-kesalahan dalam bahasa terkadang boleh menimpa para aktivis dakwah yang dapat menyebabkan kegagalan dakwah itu sendiri. Perkataan yang sama belum tentu sesuai untuk semua kalangan mad u atau penerima dakwah. Sebab latar belakang mad u juga menentukan ungkapan apa yang sesuai bagi mereka. Seringkali aktivis dakwah menyamakan semua mad u. Para da i terkadang sibuk memikirkan materi apa yang bagus untuk mad u, tapi kurang melihat dari sudut latar belakang pendidikan, usia, status, dan budaya mad u. Sedemikian pentingnya penggunaan bahasa dalam dakwah sehingga al-quran telah mensyariatkan kepada manusia tentang penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi seperti yang termaktub dalam surah al-rahman ayat ke 4 iaitu Allamahu al-bayan yang ertinya Allah swt yang telah membolehkan manusia pandai berbicara. Berdasarkan huraian di atas, tulisan ini akan membincangkan tentang bagaimanakah peranan bahasa dalam menyampaikan dakwah dan mengenalpasti istilah-istilah yang dipandang sebagai bahasa dakwah dalam al-quran. 2.0 PERANAN BAHASA DALAM DAKWAH Dakwah dengan lisan merupakan cara paling banyak digunakan, dan metode ini merupakan teknik asas untuk menyampaikan dakwah (Zaydan 2000: 470). Dalam keadaan tertentu manusia dapat dipengaruhi oleh kata-kata sehingga ia dapat mengubah tingkah lakunya, atau kata-kata mempunyai kekuatan tertentu dalam mengubah tingkah laku manusia. Kata-kata 1 Daya yang mendorong pergerakan sesuatu (Kamus Dewan 2007: 1041) 15

juga dapat menimbulkan kebencian, iri hati, dengki dan salah faham. Kadang-kadang kalimat singkat dapat mendorong terjadinya pertumpahan darah antara dua orang bahkan dua bangsa. Bahasa mempunyai peranan besar dalam mengendalikan tingkah laku manusia yang dapat digunakan untuk mengawal manusia menjadi tertawa, menangis, sedih, marah dan sebagainya. Bahkan bahasa dapat juga digunakan untuk memasukkan gagasan-gagasan baru ke dalam pemikiran manusia. Kesalahan-kesalahan dalam bahasa terkadang menimpa para aktivis dakwah yang dapat menyebabkan gagalnya dakwah itu sendiri. Perkataan yang sama belum tentu sesuai untuk semua kalangan mad c u sebab latar belakang mad c u juga menentukan ungkapan yang sesuai bagi mad c u tersebut. Seringkali aktivis dakwah menyamaratakan semua mad c u. Mereka para pendakwah sibuk memikirkan mesej apa yang baik untuk berdakwah, tapi jarang mempertimbangkan daripada latar belakang, pendidikan, usia, status dan budaya mad c u (M. Isa Anshary, 1979: 27). Apabila diperhatikan kejayaan dakwah Rasulullah saw, maka di antara faktor yang melatar belakangi kejayaan dakwah Rasulullah adalah besarnya peranan bahasa dalam kegiatan dakwah baginda. Pada mulanya agama Islam hanya disebarkan di kalangan keluarga dan kerabat Nabi Muhammad saw, kemudian secara beransur-ansur menyebar ke seluruh pelusuk tanah Arab, dan bahkan ke luar wilayah Arab. Penyebaran itu berkat adanya bahasa yang berfungsi sebagai sarana penyampai pesan atau informasi. Peranan bahasa sebagai sarana pengembangan dakwah juga dapat dilihat dalam sejarah penyebaran agama Islam di Malaysia. Dalam perkembangannya, Islam di Malaysia telah tersebar hampir ke seluruh pelusuk Malaysia. Penyebaran Islam yang begitu cepat sehingga ke hari ini tentu sahaja kerana peranan bahasa. Usaha penyebaran dakwah di Malaysia tidak berhenti sehingga kehari ini. Kepelbagaian cara penyampaian dakwah pada masa ini membuktikan bahasa menjadi ukuran diminati atau tidaknya dakwah tersebut. Hal ini dapat dilihat dari ramainya pendakwah-pendakwah di Malaysia berupaya mengemas dakwah dengan bahasa yang menarik dan dengan gaya masingmasing. Kesemua ini dilakukan agar dakwah yang disampaikan dapat diterima oleh masyarakat. 16

Nama-nama pendakwah seperti Datuk Ustaz Mohammad Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus telah mendapat tempat dihati masyarakat. Namun kedua-dua pendakwah tersohor tersebut mempunyai gaya yang berbeza. Ustaz Azhar Idrus diminati oleh kalangan golongan anak muda dan tua, sementara gaya dakwah Ustaz Kazim Elias untuk semua peringkat usia. Perbezaan ini lebih disebabkan oleh teknik pemanfaatan bahasa yang bermacam-macam. Keberhasilan mereka dalam menarik perhatian khalayak tentu sahaja tidak dapat dinafikan. Semua itu kerana kemahiran mereka dalam memainkan bahasa dalam berdakwah. 3.0 BAHASA DAKWAH DALAM AL-QURAN Bahasa dakwah penting untuk difahami, kerana ianya dapat membimbing pendakwah dalam menyampaikan dakwah secara lebih tepat, disesuaikan dengan keadaan mad c u yang dihadapi. Pemilihan kata-kata yang tepat ketika berdakwah, diklasifikasikan al-quran dalam beberapa bentuk sesuai dengan mad c u yang dihadapi. Apabila ditelusuri ayat-ayat al-quran yang berkenaan dengan bahasa dakwah, maka paling tidak ada enam prinsip berkomunikasi yang sepatutnya menjadi panduan bagi seorang da i dalam menyampaikan dakwah. Ahmad Mubarak (2000: 251), menyebut istilah-istilah tersebut dengan Bahasa Dakwah. Bahasa dakwah yang harus difahami oleh setiap pendakwah itu adalah: a. Qaulan Layyina Perkataan qaulan layyina terdapat dalam surah Toha (20): 44, dalam rangkaian kisah Nabi Musa ketika menghadap Firaun. Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut. Dalam perspektif ini, ayat di atas menunjukkan bahawa berdakwah kepada penguasa zalim seperti Firaun hendaklah menggunakan bahasa dakwah Qaulan Layyina. Dalam bahasa Arab, perkataan layyin mengandungi maksud berlawanan daripada kasar, iaitu halus dan lembut (al- Isfahani t.th: 478). 17

Perkataan layyin dalam bahasa Arab pada dasarnya digunakan untuk menyebut sifat benda yang boleh diraba, contohnya kulit. Tetapi kemudian ia digunakan untuk menyebut akhlak dan perangai manusia (al-isfahani t.th: 478). Dengan demikian dakwah Qaulan Layyina dapat difahami sebagai dakwah dengan kata-kata yang lemah-lembut, iaitu kata-kata yang dirasakan oleh mad u sebagai sentuhan yang halus, tanpa mengusik atau menyentuh kepekaan perasaannya. Melalui perkataan yang lemah lembut, orang yang zalim dan kasar tidak akan diberi peluang untuk menunjukkan kekasarannya, sehingga sekurang-kurangnya ada masa untuk berkomunikasi dengan da i. Kekuatan pendekatan lemah lembut yang sejuk, sekurangkurangnya tidak membuat marah penguasa zalim yang sedang menjadi mad u, jika pada peluang yang pertama belum berkesan menyedarkannya; paling tidak, boleh memberi waktu kepada penguasa untuk merenungnya. Dialog panjang antara Musa dan Firaun dalam QS. Toha:42-49, menggambarkan tajamnya sikap lemah-lembut seruan Musa, sehingga tidak memberi peluang kepada Firaun untuk bertindak terlebih dahulu dengan melakukan kezaliman, tetapi mesti mengikuti rentak Nabi Musa (Ahmad Mubarok, 2000: 25). b. Qaulan Baligha Perkataan Qaulan Baligha yang dapat diterjemahkan menjadi perkataan yang membekas dalam jiwa terdapat dalam al-quran Surah al-nisa (4): 63: Mereka itu adalah orang-orang yang rahsia hatinya diketahui Allah swt, kerana itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka. Ayat di atas berkenaan dengan orang-orang munafik yang dihadapan Nabi Muhammad berpura-pura baik, tetapi di belakang, mereka menentang dakwah nabi. Bagi orang yang berkarakteristik munafik, perkataan lemah lembut tidak akan membekas ke dalam jiwanya, penyampaian dakwah yang tepat untuk orang munafik bukan yang indah dan lembut, tetapi yang baligh. Menurut al-isfahani (2000), dalam mu jamnya, perkataan yang baligh mempunyai dua maksud: 18

1) Suatu perkataan dianggap baligh, ketika dalam diri seseorang terkumpul tiga sifat, (a), memiliki kebenaran dari sudut bahasa, (b), mempunyai kesesuaian dengan apa yang dimaksudkan, dan (c), mengandungi kebenaran secara kesuluruhan. 2) Perkataan dianggap baligh ketika perkataan itu disimpulkan oleh yang mendengar seperti yang dimaksud oleh yang berkata (Ahmad Mubarok 2000: 25). Perkataan dakwah yang sesuai bagi orang munafik adalah perkataan yang tajam, pedas, tetapi benar, baik dari segi bahasa, mahupun kesuluruhannya. Sebenarnya tingkah laku munafik sangat sukar diubah, meskipun demikian dengan Qaulan Baligha, paling tidak orang munafik dibuat tidak berkutik di depan da i. Kepentingan Qaulan Baligha bagi mad u orang munafik, bukan hanya untuk membelenggu tingkah laku mereka, tetapi juga untuk penggunaan mad u secara umum, agar mereka tidak mudah dihasut oleh hasutan orang munafik. Dalam surah al- Baqarah: 8-20 merupakan contoh ayat yang sangat tajam, tetapi benar menyangkut orang munafik, perintah al-quran untuk bersikap keras kepada orang kafir dan munafik secara tegas disebut dalam surah at-taubah (9), 73: Wahai Nabi, lawanlah orang kafir dan munafik itu, bersikap keraslah terhadap mereka, tempat mereka adalah jahanam, iaitu seburuk-buruk tempat kembali. c. Qaulan Maysura Kalimah Qaulan Maysura terdapat dalam surah al-isra (17): 28. Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Tuhan-Mu yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka ucapan yang pantas. Dalam bahasa Arab kalimah maysura yang berasal dari kata yasara ( يسر ) erti mudah, lawan dari ma sura (,(معسورا yang ertinya sukar, jika maysura menjadi sifat dari Qaul, maksudnya adalah perkataan yang mudah diterima dan yang pantas didengar. Jika melihat munasabah ayat tersebut dengan ayat sebelum dan selepasnya (ayat 26-30), maka kalimah qaulan maysura berhubungan dengan tatacara pergaulan dengan keluarga, orang miskin, dan musafir, berkaitan keperluan metod, ayat 26-27 contohnya, mengingatkan agar melakukan pembaziran ditengah orang miskin, kerana perbuatan membazir yang dilakukan di depan mereka adalah sangat menyakitkan dan dianggap sebagai bentuk penghinaan. Sedangkan ayat 28 mengisyaratkan jika seseorang merasa belum mampu memenuhi 19

kewajipan untuk menolong keluarganya yang kurang mampu, orang miskin dan Ibn Sabil, dan oleh kerana itu ia bermaksud pergi untuk berusaha supaya memiliki kemampuan, maka ketika ia pergi meninggalkan orang-orang yang mungkin kecewa, hendaklah berkata dengan perkataan yang mudah difahami, yang tidak menyakitkan dan tidak menimbulkan salah faham Musa (Ahmad Mubarok 2000: 25). Jadi kalimah Qaulan Maysura ditujukan kepada orang-orang yang sedang dalam keadaan memerlukan pertolongan, baik kerana kemiskinan atau kesulitan tertentu. Orang yang sedang didesak oleh keperluan, sering tidak mampu memahami secara benar informasi yang diterimanya. Bagi orang yang berada dalam keadaan sedemikian, perkataan yang sukar dapat difahami secara keliru dan dapat menimbulkan reaksi yang keliru pula. Dengan demikian maka kalimah Qaulan Maysura dalam ayat ini lebih tepat disebut untuk mengendalikan tingkah laku orang-orang yang sedang dalam kefakiran (kesulitan) agar mereka tidak terdorong melakukan perbuatan kufur. Qaulan Maysura menurut Jalaluddin Rahmat (1992), sebenarnya lebih tepat diertikan ucapan yang menyenangkan, mempunyai hal-hal yang menggembirakan (Jalaluddin Rahmat, 1992: 91). Para ahli komunikasi menyebut terdapat dua bentuk komunikasi. Ketika kita berkomunikasi, kita bukan hanya menyampaikan isi (content), kita juga mendefinasikan hubungan sosial (relations) diantara kita. Isi yang sama dapat mendekatkan da i, atau menjauhkannya, menimbulkan persahabatan atau permusuhan. Bentuk komunikasi yang kedua ini sering disebut metakomunikasi (Mafri Amir, 1999: 91). Salah satu prinsip etika komunikasi dalam Islam ialah setiap komunikasi harus dilakukan untuk mendekatkan manusia dengan tuhannya dan hamba-nya yang lain. Meskipun komunikasi di atas lebih berbentuk dalam suasana tatap muka, namun kehangatan komunikasi serta ungkapan lemah lembut, mudah difahami juga berlaku pada dataran komunikasi massa. d. Qualan Karima Kalimah Qaulan Karima terdapat dalam ayat yang mengajarkan etika pergaulan manusia kepada orang tuanya yang sudah lanjut usianya, iaitu pada al-quran surah al-isra (17), 23: Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah 20

engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah engkau memaki keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dalam bahasa Arab, kalimah Karima mengandungi maksud yang penuh dengan kebajikan Jika dihubungkan dengan qaul, maka sahlan wa layyinan, iaitu perkataan yang.(كثير الخير) mudah dan lembut. Surah al-isra dan dua ayat seterusnya menunjukkan tatacara dan adab pergaulan dengan orang tua. Seorang anak diperintah untuk berbuat baik kepada orang tuanya, dan jika salah seorang atau keduanya lanjut usia mereka, maka janganlah berkasar dengan mereka, jika terpaksa menegur, maka haruslah menegur dengan Qaulan Karima, iaitu dengan perkataan yang mudah dan lembut. Inilah tuntutan komunikasi dalam Islam pada manusia yang posisinya lebih rendah kepada orang lain yang posisinya lebih tinggi. Apatah lagi kepada orang tua sendiri yang sangat besar jasanya dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya. Qaulan Karima menyifatkan satu prinsip utama dalam etika komunikasi Islam iaitu penghormatan. Komunikasi dalam Islam harus memperlakukan orang lain dengan penuh rasa hormat. Oleh kerana itu, berdakwah kepada mereka seharusnya dengan penuh kelembutan. Jika orang kafir mudah menentang dakwah kerana didorong oleh keingkarannya, maka orang tua yang lanjut usianya tidak mudah menerima teguran yang keras kerana melemahkan kemampuan respon psikologi yang disebabkan usianya yang lanjut. e. Qaulan Sadida Manusia disamping memiliki sikap dan watak yang berbeza-beza, juga memiliki kesamaan yang bersifat universal. Pendekatan kepada manusia boleh dilakukan dengan pendekatan khusus, jika manusia itu memiliki kekhususan yang menonjol, tetapi manusia sebagai kesatuan yang berbeza dengan kesatuan haiwan adalah sebuah kesatuan entiti yang memiliki kesamaan ciri umum. Diantara ciri umum itu adalah kemampuannya berfikir logik, manusia dalam pengertian di atas dapat diubah tingkah lakunya dengan pendekatan-pendekatan yang logik, dalam perspektif ini al-quran menyebut istilah Qaulan Sadida,(سديداقوال) yang dapat diterjemahkan sebagai perkataan yang lurus atau benar. Kalimah Qaulan Sadida disebut dua kali dalam al-quran, iaitu dalam surah an-nisa ayat 9 dan al-ahzab ayat 70-71. Wahai orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah swt dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah swt memperbaiki bagimu amalan-amalanmu, 21

dan mengampuni bagimu dosa-dosamu, dan barangsiapa mentaati Allah swt dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapatkan kemenangan yang besar (QS.al-Ahzab:70-71). Perintah untuk bercakap benar dalam ayat di atas didahului dengan perintah bertakwa, dan ayat 71 merupakan janji kejayaan jika pendekatan itu dipergunakan. Jadi pelaksanaan dakwah dengan Qaulan Sadida itu harus berdiri di atas landasan takwa. Pesanan dari ayat tersebut adalah bahawa barangsiapa yang berdakwah dengan Qaulan Sadida dan dakwahnya berdiri di atas landasan takwa, maka dakwahnya bukan hanya memiliki kuasa panggil terhadap mad u, tetapi juga akan membangunkan diri seorang da i. Aktiviti da i yang ikhlas atas pertolongan Allah swt akan didasari oleh kepatuhan kepada Allah swt dan Rasul-Nya, perbuatan itu sendiri sudah merupakan keberuntungan (Ahmad Mubarok 2000: 259). Menurut Ibn Manzhur dalam lisan al-arab, perkataan sadid yang dihubungkan dengan qaul mengandungi maksud berkaitan sasaran القصد) (يصيب (Ibnu Manzhur, tt: 1970), jadi mesej dakwah yang secara psikologi menyentuh mad u sesiapapun mad unya- adalah jika mesej yang disampaikan itu benar, baik dari segi logik mahupun bahasa, dan disampaikan dengan ketakwaan. Menurut Fazlur-Rahman (1980: 43), takwa adalah aksi moral yang integral. Takwa adalah perbuatan baik yang dilakukan sebagai perwujudan kepatuhan seorang hamba kepada tuhan. Jadi dakwah yang benar adalah dakwah yang mempunyai kuasa moral (moral force), dan keluar dari orang yang bermoral atau orang yang bertakwa. Mesej moral yang disampaikan oleh orang yang tidak bermoral, tidak mempunyai kuasa panggil, tidak akan mengubah tingkah laku mad u kerana kebenaran dakwahnya digugurkan oleh da i itu sendiri. Seorang da i yang konsisten dengan mesej kebenaran dan didukung oleh integriti pribadinya yang mulia, diyakini al-quran bahawa dakwahnya bukan hanya mengubah tingkah laku mad u, tetapi juga membangunkan integriti dirinya, dan kerana rangsangan takwanya yang kuat maka kekeliruan yang dilakukan meliputi teknik, metode dan strategi, akan dimaklumi oleh manusia dan dimaafkan oleh tuhan ذنوبكم),(يغفرلكم selanjutnya komitmen da i kepada فوزا ( tersendiri kebenaran universal (al-quran dan Hadis), sudah merupakan keberuntungan.(عظيما f. Qaulan Ma rufa Salah satu pengertian ma rufa secara etimologis adalah al-khair atau al-ihsan, yang bermaksud yang baik-baik. Jadi qaulan ma rufa mengandungi pengertian perkataan atau 22

ungkapan yang baik dan pantas (Ibnu Manzhur tth). Dalam al-quran ungkapan qaulan ma rufa ditemukan pada empat tempat: Pertama surah al-baqarah 2: 235; dalam ayat ini perkataan qaulan ma rufa mengandungi pengertian antara lain rayuan halus terhadap seorang wanita yang ingin dipinang, jadi ini komunikasi etis dalam menimbang perasaan wanita, apatah lagi wanita yang diceraikan suaminya. Kedua dan ketiga, surah al-nisa 4: 5; dalam ayat ini qaulan ma rufa berkonotasi kepada pengertian pembicaraan yang pantas bagi seseorang yang belum dewasa atau orang dewasa tetapi tergolong bodoh. Kedua orang ini tentu tidak bersedia menerima perkataan bukan ma ruf, kerana otaknya belum bersedia menerima apa yang disampaikan, justeru yang menonjol adalah emosinya, sedangkan pada ayat 8 dalam surah yang sama lebih mengandungi erti bagaimana menanggung perasaan keluarga, anak yatim, dan orang miskin yang hadir sewaktu membahagikan harta warisan. Mereka tidak termasuk dalam senarai yang berhak menerima warisan, namun Islam mengajarkan agar mereka diberi sekadarnya dan disandarkan dengan perkataan pantas. Keempat, surah al-ahzab 23: 32, dalam ayat ini qaulan ma rufa bererti tontonan pada wanita (isteri Rasulullah), agar bercakap yang perlu sahaja, tidak perlu bermanjamanja, tersipu-sipu, bersikap berlebihan yang akan mengundang berahi lelaki lawan bicara (Mafri Amir, 1999: 86). Jalaluddin Rahmat (1992), menjelaskan bahawa qaulan ma rufa bererti pembicaraan yang bermanfaat, memberikan pengetahuan, mencerahkan pemikiran, menunjukkan pemecahan kesulitan. Kepada orang lemah, bila kita tidak dapat membantu secara material, kita harus memberikan bantuan psikologis (Jalaluddin Rahmat, 1992: 92): Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah swt Maha Kaya lagi Maha Penyantun (Al-Baqarah 2: 263). Berkomunikasi yang baik sebagaimana digambarkan ayat di atas adalah bagaimana seseorang melakukan penolakan secara halus. Sementara maksud pemberian maaf disini adalah bagaimana seseorang dapat memaafkan tingkah laku yang kurang sopan dari si peminta. Apabila disampaikan melalui bahasa tulisan, hikmah dapat menjelma sebagai tulisan yang 23

baik, menarik, mudah difahami, menggunakan bahasa yang sederhana dan dapat membangkitkan semangat pembaca untuk melakukan kebaikan sebagaimana yang tersurat pada tulisan tersebut. Sedangkan apabila hikmah diaktualisasikan melalui perbuatan (amal), ia adalah perbuatan yang bermanfaat, keperluan, mulia dan selalu merujuk kepada perbuatan yang diredhai Allah swt. 4.0 KESIMPULAN Dari huraian dan analisa di atas dapat diambil satu kesimpulan, bahawa seorang da i dalam menyampaikan dakwahnya harus mampu menggunakan bahasa dakwah yang efektif, berkualiti dan mencapai sasaran serta mempunyai pengaruh terhadap hati dan akal fikiran. Seterusnya diikuti dengan teladan yang baik. Ertinya keberhasilan dakwah yang dilaksanakan sangat bergantung kepada penggunan bahasa dakwah yang tepat dan jitu. Penulis sedar bahawa penulisan mengenai pendekatan bahasa dalam dakwah di atas tidaklah dijelaskan secara terperinci. Namun paling tidak, hal ini dapat memberikan inspirasi bagi para da i untuk melakukan pendekatan dakwah dalam menggunakan bahasa yang sesuai dengan keadaan mad u, seperti yang dicontohkan dalam al-quran sehingga kegiatan dakwah dapat lebih menyentuh pada mad u, seterusnya akan mengubah perilaku mad u, sebagaimana dimaksudkan dari tujuan dakwah itu sendiri. 24

RUJUKAN E-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI Al-Isfahani, Al-Raghib T.th. Mu jam Mufradat al-fazh al-quran. Beirut: Dar al-fikr. Ahmad Mubarak, (2000). Jiwa Dalam al-quran. Jakarta: Paramadina. Fazlur Rahman, (1980). Themes of The Quran. Chicago: Bibli otika Islamika. Jalaluddin Rahmat, (1999). Psikologi Komunikasi. Bandaung: PT Remaja Rosda Karya. Jalaluddin Rahmat, (1992). Islam Aktual. Bandung: Rosda karya. Kamus Dewan, (2007). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka. M.Isa Anshary (1979). Mujahid dakwah, pembimbing muballigh Islam. Cet. 2. Bandung: Penerbit cv. Dipanegora. Manzhur, Ibnu, Lisan al-arab, tth, Dar al-ma arif, Jilid VI Mafri Amir, (1999). Etika Komunikasi Massa Dalam Pandangan Islam. Jakarta: Logos. Victoria O Dannel & June Kable, (1982). Persuation an Interactive Dependency Approach. New York: Random House. Zaydan, c Abd al-karim DR. Risalah. (2000M/1421H). Usul al-da c wah. Bayrud: Muassasah al- 25