Baki 2/3 daripada aset akan diagihkan kepada waris Faraid anda mengikut perkadaran Faraid.

dokumen-dokumen yang mirip
LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

1. Apa produk ini berkenaan?

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

i-secure Soalan Lazim:

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Overdraf. November 2017

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

SYNERGY CARDS SDN BHD

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

BORANG CADANGAN SUPER PROTECTOR

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

SIJIL INDUK UNTUK TAKAFUL Complimentary Group Personal Accident

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Giro Takaful Pelindung

Transkripsi:

RISALAH MAKLUMAT PRODUK Wasiat Islam [Wasiat] Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membaca Risalah Maklumat Produk ini sebelum membuat keputusan sama ada untuk menggunakan Perkhidmatan e-penulisan Wasiat [Perkhidmatan]. Pastikan juga anda membaca Terma & Syarat Perkhidmatan e-penulisan Wasiat Perkhidmatan e-penulisan Wasiat melalui Maybank2u oleh Maybank Trustees Berhad [MTB] Tarikh dikemaskini: 19 Nov 2015 Halaman 1 daripada 4 Risalah Maklumat Produk ini adalah terpakai kepada individu Islam sahaja. Untuk individu bukan Islam, sila rujuk kepada Risalah Maklumat Produk untuk Wasiat Bukan Islam [Will] pada halaman 5 hingga 8 di bawah. 1. Apakah butiran tentang Perkhidmatan ini? Dengan Perkhidmatan ini, anda boleh menulis Wasiat dalam talian dengan mengakses pautan e- Penulisan Wasiat pada Laman Web Maybank2u dan mengikuti arahan seterusnya dalam talian. Setelah lengkap dan membuat bayaran dalam talian, Wasiat akan di cetak oleh pihak MTB dan dihantar melalui kurier kepada pelanggan untuk ditandatangani. 2. Siapakah penyedia Perkhidmatan ini? Perkhidmatan ini disediakan oleh Maybank Trustees Berhad (5004-P). 3. Apakah ciri-ciri Perkhidmatan ini? 3.1 Apakah itu Wasiat? 4. Kelayakan Wasiat boleh ditakrifkan sebagai 'Iqrar' atau perisytiharan yang dibuat oleh individu Islam semasa hayatnya berkenaan dengan pembahagian harta pusaka atau manfaat bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan di bawah undang-undang Islam yang hanya berkuatkuasa selepas kematiannya. Anda boleh mewasiatkan sehingga 1/3 daripada aset kepada waris bukan Faraid (selepas ditolak segala hutang dan tanggungan). Sebagai contoh, anda boleh mewasiatkan sehingga 1/3 daripada aset untuk anak angkat, anak tiri atau pertubuhan kebajikan. Baki 2/3 daripada aset akan diagihkan kepada waris Faraid anda mengikut perkadaran Faraid. Anda juga boleh mewasiatkan lebih daripada 1/3 daripada harta pusaka sama ada kepada ahli waris Faraid atau bukan waris Faraid dengan syarat semua waris Faraid mestilah bersetuju dengan pembahagian tersebut. Mestilah individu beragama Islam: Berakal/Waras akal fikiran; Warganegara Malaysia; Berumur 18 tahun dan ke atas untuk Semenanjung Malaysia dan Sarawak, dan 21 tahun ke atas di Sabah; dan Dapat memahami sifat dan tujuan membuat Wasiat. 1

5. Berapakah Fi dan Caj yang perlu dibayar untuk perkhidmatan ini? Bayaran sekali sebanyak RM298 akan dikenakan untuk setiap Wasiat. Semua Fi yang dinyatakan TIDAK termasuk sebarang cukai kerajaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan [GST]) yang akan dikenakan berasingan. [Fi dan Caj]. 6. Apakah tanggungjawab saya? 6.1 Anda mesti membaca, memahami dan mematuhi semua arahan yang dinyatakan dalam Maybank2u serta membayar Fi dan Caj. 6.2 Anda perlu memastikan semua maklumat yang diberikan dan dimasukkan adalah betul, jelas dan menyeluruh. 6.3 Wasiat mestilah dibuat mengikut prinsip-prinsip Islam serta pengagihan mengikut Faraid. 7. Apakah implikasi jika saya gagal melaksanakan tanggungjawab saya? Pihak MTB mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau Wasiat anda mungkin menjadi tidak sah di sisi undang-undang. 8. Apakah risiko-risiko yang terlibat ketika menulis Wasiat? 8.1 Seorang Muslim hanya boleh mewasiatkan sehingga 1/3 daripada harta pusakanya kepada bukan waris Faraid (selepas ditolak segala hutang dan tanggungan). 8.2 Persetujuan daripada semua waris Faraid diperlukan jika pembahagian dibuat melebihi daripada 1/3 daripada keseluruhan aset sama ada kepada ahli waris Faraid atau bukan waris Faraid. Sekiranya terdapat bantahan, pembahagian akan tertakluk kepada pembahagian mengikut faraid. 8.3 Jika waris yang dinamakan dalam Wasiat adalah di bawah umur 18 tahun pada masa kematian anda, bahagian waris tersebut akan diletakkan di bawah jagaan pemegang amanah yang dilantik sebagai pentadbir amanah sehingga waris tersebut mencapai umur 18 tahun. 9. Apakah risiko utamanya? Risiko yang berkaitan dengan urus niaga dalam talian Maybank2u dikenakan. Wasiat anda mungkin menjadi tidak sah di bawah undang-undang jika tidak menepati Terma dan Syarat yang ditetapkan. 10. Bagaimana untuk melanggan Perkhidmatan ini? 10.1 Anda mesti mempunyai ID pengguna Maybank2u dan kata laluan yang sah. 10.2 Anda mesti mempunyai semua dokumen yang berkaitan seperti nama penuh dan nombor kad Pengenalan / pasport, nama penuh wasi dan nombor kad pengenalan / Pasport kad waris/ penerima, dan maklumat lain. 10.3 Log masuk ke Lama Web Maybank2u 10.4 Klik Online Will Writing 10.5 Anda mesti membaca, memahami dan bersetuju dengan Risalah Maklumat Produk, Terma dan Syarat dan membenarkan Pendedahan sebelum dapat meneruskan. 10.6 Pilih 'Wasiat'. 10.7 Ikut arahan yang dipaparkan. 11. Siapakah yang boleh dilantik menjadi Pentadbir/Wasi? Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas, sempurna akal, bersetuju dengan pelantikan sebagai pentadbir/wasi dan dapat menguruskan harta pusaka anda kelak. 12. Berapakah Pentadbir/Wasi yang diperlukan? 2

Anda memerlukan minimum seorang (1) pentadbir/wasi. Walau bagaimanapun, anda perlu melantik sekurang-kurangnya dua (2) pentadbir/wasi jika benefisiari yang dinamakan di dalam Wasiat berumur di bawah 18 tahun. 13. Kelayakan menjadi saksi? 2 Individu lelaki Islam yang berumur 18 tahun dan ke atas dan tidak dinamakan sebagai benefisiari / waris di dalam Wasiat. 14. Bagaimana sekiranya mempunyai waris dibawah umur? Sekiranya anda mempunyai waris yang masih di bawah umur 18 tahun dan sekiranya anda berhasrat untuk melantik penjaga, sila hubungi Maybank Trustees Berhad di 03-2074 8222 atau e-mel kepada willwriting@maybank.com.my untuk bantuan. 15. Bagaimanakah pembahagian melalui Wasiat dibuat? Perkhidmatan ini hanya membolehkan anda untuk membahagikan harta pusaka anda dalam bentuk peratusan [%] sahaja. Sekiranya anda ingin menyenaraikan kesemua aset atau menentukan pembahagian tertentu atau mempunyai keperluan khusus lain, sila hubungi Maybank Trustees Berhad di 03-2074 8222 atau e-mel kepada willwriting@maybank.com.my untuk bantuan. 16. Apakah yang dimaksudkan dengan Wasiat Terakhir? Wasiat hanya akan sah apabila ditandatangani oleh pewasiat dihadapan 2 orang saksi lelaki Islam dan Wasiat yang dibuat akan membatalkan mana-mana Wasiat terdahulu secara automatik dan akan dianggap sebagai Wasiat terakhir anda kecuali dibatalkan dengan membuat Wasiat baharu. 17. Bolehkan saya menulis semula Wasiat? Berapakah bayarannya? Anda boleh menulis semula Wasiat anda pada bila-bila masa jika perlu seperti menukar benefisiari atau menukar pembahagian harta pusaka dengan membuat permohonan baharu melalui Maybank2u. Anda akan dikenakan bayaran RM298. Semua Fi yang dinyatakan TIDAK termasuk sebarang cukai kerajaan (termasuk tapi tidak terhad kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan [GST]) yang akan dikenakan berasingan. 18. Bolehkan saya membatalkan permohonan saya? Anda boleh membatalkan permohonan dalam talian pada bila-bila masa sebelum pembayaran Fi dan Caj dibuat. Jika pembayaran telah dibuat, tiada pembayaran balik akan dilakukan. 19. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya? Sila maklumkan pihak MTB atau Maybank jika terdapat apa-apa perubahan terhadap butiran peribadi anda. Untuk mengemas kini maklumat peribadi anda, anda boleh mengunjungi cawangan Maybank yang terdekat atau sila hubungi MTB di 03-2074 8222 atau e-mel kepada willwriting@maybank.com.my untuk bantuan. 20. Bilakah saya akan menerima Wasiat yang telah dicetak oleh pihak MTB? MTB akan menyediakan Wasiat anda dalam tempoh lima hari [5] bekerja dari tarikh anda melengkapkan permohonan beserta bayaran penuh Fi dan Caj. Pihak MTB akan menghantar Wasiat yang telah dicetak ke alamat surat menyurat yang telah dinyatakan semasa permohonan dalam talian. Jika anda tidak menerima permohonan anda selepas Lima (5) hari bekerja, sila 3

maklumkan MTB di 03-2074 8222 atau e-mel kepada willwriting@maybank.com.my untuk bantuan lanjut. 21. Dimanakah saya boleh mendapatkan bantuan dan maklumat tambahan? Sila kunjungi cawangan Maybank yang terdekat atau laman web www.maybank2u.com.my Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut mengenai Wasiat atau mempunyai keperluan khusus, anda boleh menghubungi Maybank Trustees Berhad di: Maybank Trustees Berhad (5004-P) Level 8, Menara Maybank Tel: 03-2074 8222/03-2074 7617/03-2074 8835/03-2074 8740/03-2074 8185 Fax: 03-2070 9387 E-mail: willwriting@maybank.com.my Sekiranya anda ingin membuat aduan terhadap Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami, anda boleh menghubungi: Maybank Customer Feedback Management Level 28, Menara Maybank Hunting Line: 03-2074 8075 E-mail: cfm@maybank.com.my Atau Maybank Trustees Berhad (5004-P) Level 8, Menara Maybank Tel: 03-2074 8222/03-2074 7617/03-2074 8835/03-2074 8740/03-2074 8185 Fax: 03-2070 9387 E-mail: willwriting@maybank.com.my Jika pertanyaan dan aduan anda tidak dapat diselesaikan oleh pihak kami, anda juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Blok D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato Onn 50480 Kuala Lumpur Tel : 1-300-88-5465 Fax: 03-2174 1515 E-mail : bnmtelelink@bnm.gov.my Maklumat yang disediakan dalam Risalah pendedahan ini adalah sah pada 19 Nov 2015. TAMAT 4

RISALAH MAKLUMAT PRODUK Wasiat Bukan Islam [Will] Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membaca Risalah Maklumat Produk ini sebelum membuat keputusan sama ada untuk menggunakan Perkhidmatan e-penulisan Wasiat Bukan Islam [Perkhidmatan]. Permohonan Perkhidmatan Penulisan Wasiat Dalam Talian melalui Maybank2u dengan Maybank Trustees Berhad [MTB] Pastikan juga anda membaca Terma & Syarat Perkhidmatan e-penulisan Wasiat. Tarikh dikemaskini: 19 Nov 2015 Halaman 5 daripada 8 Risalah Maklumat Produk ini adalah terpakai kepada individu bukan Islam sahaja. Untuk individu Islam, sila rujuk kepada Risalah Maklumat Produk untuk Wasiat Islam [Wasiat] di halaman 1 hingga 4 di atas. 1. Apakah butiran tentang Perkhidmatan ini? Dengan Perkhidmatan ini, anda boleh menulis Wasiat dengan mengakses pautan e-penulisan Wasiat pada laman web Maybank2u dan mengikuti arahan seterusnya dalam talian. Setelah lengkap dan membuat bayaran dalam talian, Wasiat akan di cetak oleh pihak MTB dan dihantar melalui kurier kepada pelanggan untuk ditandatangani. 2. Siapakah penyedia Perkhidmatan ini? Perkhidmatan ini disediakan oleh Maybank Trustees Berhad (5004-P). 3. Apakah ciri-ciri Perkhidmatan ini? Penulisan Wasiat adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah berkaitan kematian tidak berwasiat. 3.1 Apakah maksud Wasiat Bukan Islam [Will]? Wasiat Bukan Islam [Will] boleh ditakrifkan sebagai satu dokumen yang disediakan mengikut undang-undang tertentu yang mana seseorang itu dapat menyatakan hasratnya mengenai pembahagian harta pusaka selepas meninggal dunia. Ianya akan mengatasi Akta Pembahagian 1958 di mana anda boleh mengatur pembahagian harta pusaka kepada orang yang anda sayangi. 4. Kelayakan Bukan beragama Islam: Berakal/Waras akal fikiran; Warganegara Malaysia; Berumur 18 tahun dan ke atas di Semenanjung Malaysia dan Sarawak, dan 21 tahun ke atas di Sabah; dan Dapat memahami sifat dan tujuan membuat Wasiat Bukan Islam. 5. Berapakah Fi dan Caj yang perlu dibayar untuk perkhidmatan ini? Bayaran sekali sebanyak RM298 akan dikenakan untuk setiap Wasiat. Semua Fi yang dinyatakan TIDAK termasuk sebarang cukai kerajaan (termasuk tapi tidak terhad kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan [GST]) yang akan dikenakan berasingan. [Fi dan Caj]. 6. Apakah tanggungjawab saya? 5

6.1 Anda mesti membaca, memahami dan mematuhi semua arahan yang dinyatakan dalam Maybank2u serta membayar Fi dan Caj. 6.2 Anda perlu memastikan semua maklumat yang diberikan dan dimasukkan adalah betul, jelas dan menyeluruh. 6.3 Anda adalah diingatkan supaya Wasiat Bukan Islam yang dibuat adalah tidak bertentangan dengan Wills Act 1959 (atau Wills Ordinance Sabah Cap. 158 ). 6.4 Anda dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dari pengamal undang-undang sekiranya terdapat kemusykilan terhadap terma dan syarat berkaitan penyediaan Wasiat bukan Islam. 7. Apakah implikasi jika saya gagal melaksanakan tanggungjawab saya? Pihak MTB mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau Wasiat Bukan Islam anda mungkin menjadi tidak sah di sisi undang-undang. 8. Apakah risiko utamanya? Risiko yang berkaitan dengan urus niaga dalam talian Maybank2u adalah terpakai. Wasiat Bukan Islam anda mungkin menjadi tidak sah di sisi undang-undang sekiranya terdapat perlanggaran terhadap Terma dan Syarat yang ditetapkan. 9. Apakah risiko yang terlibat ketika menyediakan Wasiat Bukan Islam? 9.1 Wasiat Bukan Islam tidak akan membatalkan penamaan yang telah dibuat contohnya polisi Insuran, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya ada. 9.2 Jika waris yang dinamakan dalam Wasiat Bukan Islam adalah di bawah umur 18 tahun pada ketika kematian anda, bahagian waris tersebut akan diletakkan di bawah jagaan pemegang amanah yang dilantik sebagai pentadbir amanah sehingga waris tersebut mencapai umur 18 tahun. 10. Bagaimana untuk melanggan Perkhidmatan ini? 10.1 Anda mesti mempunyai ID pengguna Maybank2u dan kata laluan yang sah. 10.2 Anda mesti mempunyai semua maklumat berkaitan seperti nama penuh dan nombor kad Pengenalan / pasport, nama penuh wasi dan nombor kad pengenalan / Pasport kad waris/ penerima, dan maklumat lain. 10.3 Login ke Maybank2u 10.4 Klik e-penulisan Wasiat 10.5 Anda mesti membaca, memahami dan bersetuju dengan Risalah Maklumat Produk, Terma dan Syarat dan membenarkan Pendedahan sebelum dapat meneruskan. 10.6 Pilih 'Will'. 10.7 Ikut arahan yang dipaparkan. 11. Siapakah yang boleh dilantik menjadi Pentadbir? Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas, sempurna akal, bersetuju dengan pelantikan sebagai pentadbir dan dapat menguruskan harta pusaka pewasiat. 12. Berapakah Pentadbir yang diperlukan? Anda memerlukan minimum seorang (1) pentadbir. Walau bagaimanapun, anda perlu melantik sekurang-kurangnya dua (2) pentadbir jika benefisiari yang dinamakan di dalam Wasiat Bukan Islam berumur di bawah 18 tahun. 13. Kelayakan menjadi saksi? 6

Lelaki atau perempuan yang berumur 18 tahun dan ke atas dan tidak dinamakan sebagai benefisiari / waris di dalam Wasiat Bukan Islam. 14. Bagaimana sekiranya mempunyai waris dibawah umur? Sekiranya anda mempunyai waris yang masih di bawah umur 18 tahun dan anda ingin melantik penjaga, sila hubungi Maybank Trustees Berhad di 03-2074 8222 atau e-mel kepada willwriting@maybank.com.my untuk bantuan. 15. Bagaimanakah pembahagian melalui Wasiat Bukan Islam dibuat? Perkhidmatan ini hanya membolehkan anda untuk membahagikan harta pusaka anda dalam bentuk peratusan [%] sahaja. Sekiranya anda ingin menyenaraikan kesemua aset atau menentukan pembahagian tertentu atau mempunyai keperluan khusus lain, sila hubungi Maybank Trustees Berhad di 03-2074 8222 atau e-mel kepada willwriting@maybank.com.my untuk bantuan. 16. Apakah yang dimaksudkan dengan Wasiat Terakhir? Wasiat hanya akan sah apabila ditandatangani oleh pewasiat dihadapan 2 orang saksi dan Wasiat yang dibuat akan membatalkan mana-mana Wasiat terdahulu secara automatik dan akan dianggap sebagai Wasiat terakhir anda kecuali dibatalkan dengan membuat Wasiat baharu. 17. Bolehkan saya menulis semula Wasiat? Berapakah Fi dan caj? Anda boleh menulis semula Wasiat anda pada bila-bila masa jika perlu seperti menukar benefisiari atau menukar pembahagian harta pusaka dengan membuat permohonan baharu melalui Maybank2u. Anda akan dikenakan bayaran RM298. Semua Fi yang dinyatakan TIDAK termasuk sebarang cukai kerajaan (termasuk tapi tidak terhad kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan [GST]) yang akan dikenakan berasingan. 18. Bolehkan saya membatalkan permohonan saya? Anda boleh membatalkan permohonan dalam talian pada bila-bila masa sebelum pembayaran Fi dan Caj dibuat. Jika pembayaran telah dibuat, tiada pembayaran balik akan dilakukan. 19. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya? Sila maklumkan pihak MTB atau Maybank jika terdapat apa-apa perubahan terhadap butiran peribadi anda. Untuk mengemas kini maklumat peribadi anda, anda boleh mengunjungi cawangan Maybank yang terdekat atau sila hubungi MTB di 03-2074 8222 atau e-mel kepada willwriting@maybank.com.my untuk bantuan. 20. Bilakah saya akan menerima Wasiat Bukan Islam yang telah dicetak oleh pihak MTB? MTB akan menyediakan Wasiat anda dalam tempoh lima hari [5] bekerja dari tarikh anda melengkapkan permohonan beserta bayaran penuh. Pihak MTB akan menghantar Wasiat yang telah dicetak ke alamat surat menyurat yang telah dinyatakan semasa permohonan dalam talian. Jika anda tidak menerima permohonan anda selepas Lima (5) hari bekerja, sila hubungi MTB di 03-2074 8222 atau e-mel kepada willwriting@maybank.com.my untuk bantuan. 21. Dimanakah saya boleh mendapatkan bantuan dan maklumat tambahan? Sila kunjungi cawangan Maybank yang terdekat atau laman web www.maybank2u.com.my. Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut mengenai Wasiat Bukan Islam atau mempunyai keperluan khusus, anda boleh menghubungi Maybank Trustees Berhad di: 7

Maybank Trustees Berhad (5004-P) Level 8, Menara Maybank Tel: 03-2074 8222/03-2074 7617/03-2074 8835/03-2074 8740/03-2074 8185 Fax: 03-2070 9387 E-mail: willwriting@maybank.com.my Sekiranya anda ingin membuat aduan terhadap Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami, anda boleh menghubungi: Maybank Customer Feedback Management Level 28, Menara Maybank Hunting Line: 03-2074 8075 E-mail: cfm@maybank.com.my Atau Maybank Trustees Berhad (5004-P) Level 8, Menara Maybank Tel: 03-2074 8222/03-2074 7617/03-2074 8835/03-2074 8740/03-2074 8185 Fax: 03-2070 9387 E-mail: willwriting@maybank.com.my Jika pertanyaan dan aduan anda tidak dapat diselesaikan oleh pihak kami, anda juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Blok D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato Onn 50480 Kuala Lumpur Tel : 1-300-88-5465 Fax: 03-2174 1515 E-mail : bnmtelelink@bnm.gov.my Maklumat yang disediakan dalam Risalah pendedahan ini adalah sah pada 19 Nov 2015. TAMAT 8