PERKONGSIAN ANDA DALAM PERTUMBUHAN DI SELURUH DUNIA KINI MASANYA UNTUK MENDAPAT SAHAM ANUGERAH SAYA

dokumen-dokumen yang mirip
Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Melaksanakan Pemberian Anda

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Polisi Privasi Smiggle

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Kumpulan Wood

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

i-secure Soalan Lazim:

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

MANUAL PENGGUNA. Manual Pendaftaran Vendor Baharu. Versi 1.0. Pejabat Bendahari,

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Wood

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

Meniagakan Saham dalam Akaun Pelan Saham Anda

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN MIGHTY BITE

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN JUNIOR 3-IN-1

PANDUAN PENGGUNA HRMIS ATM

SOALAN LAZIM BERKENAAN BIL BARU TM. (M1R2 Drop 2)

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN JUNIOR 3 DALAM 1

2 Penyimpanan Tempatan dan Perkongsian Data adalah di bawah Kawalan Anda

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

BORANG PERMOHONAN AKSES DATA PERIBADI. Kepada: UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD ( UOBM )

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

KATEGORI: PELANGGAN BARU AHLI RAKAN NIAGA BARU MENDAFTAR SEPANJANG TEMPOH PERADUAN.


2. KESAHAN MATA GANJARAN

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

iperkeso Portal Majikan

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Baki 2/3 daripada aset akan diagihkan kepada waris Faraid anda mengikut perkadaran Faraid.

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Transkripsi:

FBuSHARE 2017 Peletakan Hak Soalan dan Jawapan April 2017 PERKONGSIAN ANDA DALAM PERTUMBUHAN DI SELURUH DUNIA KINI MASANYA UNTUK MENDAPAT SAHAM ANUGERAH SAYA

Kandungan 1 Pengenalan peletakan hak FBuShare (FBuShare vesting)... 3 2 Pengagihan Saham Anugerah (Award Shares)... 4 3 Cukai ke atas Saham Anugerah (Award Shares)... 5 4 Portfolio FBuShare... 7 5 Penjualan saham... 8 6 Pemindahan saham... 11 7 Penilaian dan bayaran balik Pelan Fantom (Phantom Plan)... 14 8 Maklumat Lanjut dan Mengemaskini Butiran Peribadi... 16 Senarai soalan dan jawapan ini telah disediakan sebagai panduan mudah bagi peletakan hak FBuShare. Ia bukan bertujuan untuk memberi penerangan menyeluruh tentang FBuShare dan bukan pengganti untuk Panduan Maklumat (yang mengandungi penerangan terperinci tentang pelan). Para pekerja amat digalakkan untuk membaca Panduan Maklumat FbuShare dan Soalan dan Jawapan Tawaran FBuShare. Senarai soalan dan jawapan ini bukan merupakan nasihat berkenaan produk kewangan atau apa- apa saranan sama ada pekerja harus menyertai FBuShare atau terus menyumbang kepada FBuShare. Pekerja perlu mendapatkan nasihat pelaburan, kewangan, percukaian dan/atau nasihat profesional bebas yang lain sebelum membuat keputusan sama ada ingin atau tidak ingin menyertai FbuShare atau pun terus menyumbang kepada FBuShare. 2

1 Pengenalan peletakan hak FBuShare (FBuShare vesting) 1.01 Apakah peletakan hak FBuShare? Peletakan hak FBuShare adalah pengagihan Saham Anugerah (Award Shares) atau Saham Anugerah Fantom (Phantom Award Shares) tanpa sebarang kos selanjutnya pada akhir tempoh kelayakan berhubung dengan Saham Dibeli (Purchased Shares) dan Saham Dividen (Dividend Shares) yang diperolehi sepanjang tahun pertama bagi tempoh kelayakan tersebut, dengan syarat peserta memenuhi syarat- syarat penganugerahan. Bilakah peletakan hak akan berlaku? 1.02 Bilakah peletakan hak akan dijalankan? 1 April 2017. 1.03 Apa yang berlaku kepada peserta pelan saham FBuShare pada 1 April 2017? Saham Anugerah 2014 anda akan diagihkan kepada anda berdasarkan bilangan Saham Dibeli dan Saham Dividen (Dividen Shares) yang diperolehi dalam tahun pelan 2014 dan dipegang bagi pihak anda dalam portfolio FBuShare. Sila rujuk bahagian Pengagihan Saham Anugerah untuk maklumat lanjut. Di sesetengah negara, Pentadbir Pelan akan menguruskan penjualan saham yang mencukupi untuk menampung apa- apa obligasi cukai tertahan yang berkenaan. Sila rujuk bahagian Cukai ke atas Saham Anugerah untuk mengetahui senarai negara tersebut. 1.04 Apa yang berlaku kepada peserta pelan saham FBuShare selepas 1 April 2017? Saham Dibeli, Saham Dividen dan Saham Anugerah anda (setelah ditolak sebarang cukai tertahan) akan terus dipegang di bawah FBuShare. Namun begitu, anda boleh menjual atau memindahkan saham anda pada bila- bila masa, tertakluk pada pelaksanaan dasar perdagangan sekuriti Fletcher Building. Sila rujuk bahagian Penjualan saham dan Pemindahan saham untuk maklumat lanjut. 1.05 Apa yang berlaku sewaktu peletakan hak bagi peserta pelan fantom FBuShare? Bagi peserta di China dan Fiji, Saham Anugerah Fantom bagi tahun pelan 2014 akan diagihkan kepada anda pada 1 April 2017. Nilai bagi semua Saham Dibeli Fantom, Saham Dividen Fantom dan Saham Anugerah Fantom 2014 akan dibayar secara automatik kepada anda menerusi gaji secepat yang mungkin selepas 1 April 2017. Sila rujuk bahagian penilaian dan bayaran balik Pelan Fantom untuk maklumat lanjut. 3

2 Pengagihan Saham Anugerah (Award Shares) 2.01 Bilakah Saham Anugerah akan diagihkan? 1 April 2017. 2.02 Adakah saya layak untuk memperoleh Saham Anugerah? Anda akan layak untuk memperoleh Saham Anugerah jika anda menyertai dalam tahun pelan 2014 dan masih memegang Saham Dibeli dan/atau Saham Dividen yang diperolehi dalam tahun pelan 2014 pada 1 April 2017. 2.03 Adakah saya perlu memohon agar Saham Anugerah diagihkan kepada saya? Tidak, Saham Anugerah anda akan diagihkan kepada anda secara automatik. 2.04 Apakah saham yang layak untuk memperoleh Saham Anugerah? Anda akan menerima Saham Anugerah ke atas Saham Dibeli dan Saham Dividen yang diperolehi sepanjang tahun pelan 2014, dengan syarat anda memenuhi syarat- syarat penganugerahan. 2.05 Berapakah bilangan Saham Anugerah yang saya akan terima? Anda akan menerima satu Saham Anugerah untuk: Setiap dua Saham Dibeli yang diperolehi melalui sumbangan FBuShare anda yang dibuat antara 1 April 2014 hingga Mac 2015 (dan yang anda masih pegang), dan Setiap dua Saham Dividen yang diterima antara 1 April 2014 hingga Mac 2015 (dan yang anda masih pegang). 2.06 Bolehkah saya menjual saham saya yang diperolehi sepanjang tahun pelan 2014 pada 1 April 2017 tanpa menjejaskan kelayakan saya untuk Saham Anugerah? Ya, tarikh peletakan hak untuk Saham Anugerah adalah pada 1 April 2017, yang bermakna bahawa sebarang Saham Dibeli FBuShare 2014 yang anda jual pada atau selepas 1 April 2017 tidak akan menjejaskan pengagihan Saham Anugerah anda. Namun begitu, kami menyarankan agar anda membaca bahagian Penjualan saham sebelum membuat keputusan untuk menjual saham. 4

3 Cukai ke atas Saham Anugerah (Award Shares) 3.01 Adakah saya perlu membayar cukai apabila Saham Anugerah saya diagihkan pada 1 April 2017? Secara amnya, nilai Saham Anugerah dianggap sebagai pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Panduan cukai untuk setiap negara boleh diakses dari www.fbushare.com atau apabila anda log masuk ke portfolio FBuShare anda. 3.02 Bagaimana saya membayar cukai ke atas Saham Anugerah? Di sesetengah negara Fletcher Building mempunyai obligasi undang- undang mandatori untuk mengutip cukai ini daripada anda apabila Saham Anugerah diagihkan. Jika anda berada di salah satu negara yang disenaraikan di bawah, maka saham yang mencukupi akan ditahan atau dijual daripada peruntukan Saham Anugerah anda untuk menampung obligasi cukai ini dan cukai tersebut akan dibayar kepada pihak berkuasa percukaian yang berkaitan. Baki Saham Anugerah anda akan diletak dalam portfolio FbuShare anda. Amerika Syarikat Finland Jerman Kanada Kepulauan Solomon Malaysia Papua New Guinea Samoa Samoa Amerika Sepanyol Thailand Tonga United Kingdom Di negara yang tersenarai di bawah di mana Fletcher Building tiada obligasi mandatori untuk mengutip cukai, nilai Saham Anugerah pada umumnya boleh dikenakan cukai dan mesti dimasukkan dalam penyata cukai individu anda pada akhir tahun taksiran. Australia New Zealand Taiwan Di Vanuatu, Fletcher Building tiada obligasi mandatori untuk mengutip cukai dan nilai Saham Anugerah tidak dikenakan cukai. Sila rujuk panduan cukai (seperti yang diterangkan di atas) untuk maklumat lanjut. 3.03 Jika saya berada di negara yang mengenakan cukai tertahan mandatori, bolehkah saya membayar cukai saya terus kepada syarikat dan bukannya menjual saham untuk menampung liabiliti tersebut? Tidak. 5

3.04 Apakah kadar cukai yang anda akan kenakan apabila menahan cukai mandatori tersebut? Kami akan mengenakan kadar cukai untuk setiap individu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Sumber Manusia (HR) dan penyelaras gaji anda. 3.05 Adakah saya akan menerima maklumat tentang peletakan hak untuk membantu saya menyediakan penyata cukai pendapatan saya? Ya, Notis Pemberian Hak (Vesting Notice) akan dihantar kepada anda pada atau sebelum 30 April 2017 melalui e- mel. Satu salinan juga tersedia untuk anda lihat dalam portfolio FBuShare anda; sila pergi ke laman web dalam talian pekerja www.computershare.com/fbushare. Untuk mengakses laman tersebut, anda akan memerlukan Nombor Rujukan Pemegang Sekuriti (SRN) dan PIN anda. Jika anda telah terlupa PIN anda, sila klik pada pautan terlupa PIN dan jawab soalan keselamatan anda, satu PIN baru akan dihantar melalui e- mel kepada anda. Anda juga akan menerima pengesahan bertulis yang memaklumkan bilangan saham yang ditahan atau dijual untuk menampung cukai tertahan dan harga saham yang digunakan untuk menampung liabiliti cukai. Memandangkan saham hanya boleh dijual dalam bilangan bulat untuk menampung liabiliti cukai anda, jumlah yang dikutip daripada penjualan saham mungkin lebih sedikit daripada jumlah cukai yang perlu dibayar. Baki yang lebih sedikit ini akan ditambah kepada pembelian FBuShare anda yang seterusnya di bawah FBuShare. 6

4 Portfolio FBuShare 4.01 Adakah saham akan dipegang di bawah nama saya? Saham yang diperolehi menerusi FBuShare didaftarkan di bawah nama syarikat penama Computershare pada pendaftar saham Fletcher Building dan dipegang bagi pihak anda. Walaupun penama adalah pemilik saham yang sah, penama memegang saham ini bagi pihak peserta mengikut terma pelan dan hanya boleh bertindak mengikut arahan peserta berkaitan dengan saham- saham ini. Terma dan syarat perkhidmatan penama Fletcher Building boleh didapati dalam talian di www.computershare.com/fbushare. 4.02 Bolehkah saya menyimpan saham saya di bawah FBuShare selepas peletakan hak? Anda boleh memilih untuk menyimpan saham anda di bawah FBuShare anda selagi anda masih bekerja dengan kumpulan Fletcher Building. Jika anda tidak lagi menjadi ahli penyumbang FBuShare, syarikat mungkin menghendaki anda menjual atau memindahkan semua saham anda yang tersedia daripada FBuShare. Menyimpan saham anda dalam portfolio FBuShare bakal memberikan manfaat berikut kepada anda: Dividen anda boleh diagihkan kepada anda sebagai Saham Dividen dan bukannya dibayar dalam mata wang yang ditentukan oleh dasar dividen Syarikat. Anda boleh mengarah Pentadbir Pelan menjual Saham Dibeli, Saham Dividen dan Saham Anugerah FBuShare 2014 untuk anda (tertakluk kepada pelaksanaan dasar perdagangan sekuriti Fletcher Building), yang bermakna anda tidak perlu membuat perancangan dengan broker untuk menjual saham bagi pihak anda. Ini akan memberi manfaat terutamanya di negara di mana broker lazimnya tidak memperdagangkan saham di bursa saham New Zealand atau Australia. 4.03 Apakah hak saya sebagai pemegang saham apabila saham saya dipegang dalam portfolio FBuShare saya? Saham yang anda pegang dalam pelan (Saham Dibeli, Saham Dividen dan Saham Anugerah) akan memberi hak kepada anda untuk mengundi terhadap resolusi pemegang saham, dan anda juga akan layak untuk memperoleh apa- apa dividen yang diisytiharkan oleh Fletcher Building (lihat soalan 4.04 di bawah). Saham Anugerah akan mempunyai hak yang sama seperti Saham Dibeli selepas tarikh pengagihan. Ini tidak berkenaan kepada peserta Pelan Fantom, yang syarat- syaratnya dijelaskan dalam bahagian penilaian dan bayaran balik Pelan Fantom. 4.04 Adakah saya akan berhak untuk menerima dividen? Ya. Namun begitu, apa- apa dividen yang anda terima ke atas saham anda dalam portfolio FBuShare akan dilaburkan untuk memperoleh saham Fletcher Building selanjutnya, yang dipanggil Saham Dividen. Saham Dividen akan layak untuk memperoleh Saham Anugerah. Sebarang baki wang dividen selepas pembelian Saham Dividen dalam nombor bulat akan ditambah kepada sumbangan anda untuk pembelian FBuShare yang seterusnya. 4.05 Bolehkah saya menyertai pelan pelaburan semula dividen Fletcher Building? Tidak. Namun begitu, sebarang dividen yang diterima ke atas saham yang anda pegang dalam pelan akan dilaburkan dalam Saham Dividen, yang akan dipegang dalam pelan dan juga akan layak untuk memperoleh Saham Anugerah. Jika anda memilih untuk memindah keluar saham anda dari portfolio FBuShare ke atas nama anda sendiri, maka anda boleh memilih untuk menyertai pelan pelaburan semula dividen Fletcher Building. 7

5 Penjualan saham 5.01 Adakah saya perlu menjual saham saya pada tarikh tertentu? Tidak. Bahagian Portfolio FBuShare mempunyai banyak maklumat mengenai penyimpanan saham dalam FBuShare. Namun begitu, apabila anda tidak lagi bekerja dengan kumpulan Fletcher Building, anda tidak akan dibenarkan untuk terus berada dalam FBuShare. Anda akan diberi tempoh dua bulan dari tarikh surat penamatan yang anda terima untuk memindahkan dan/atau menjual saham anda. Selepas tempoh ini, saham anda akan dijual dan hasil kutipan bersih akan dihantar kepada anda. 5.02 Bolehkah saya menjual Saham Anugerah saya sebaik sahaja ia diagihkan kepada saya? Ya, (tertakluk kepada dasar perdagangan sekuriti Fletcher Building). Tarikh terawal anda boleh menjual Saham Anugerah anda akan bergantung pada sama ada Fletcher Building perlu menjual sebarang saham untuk membayar cukai tertahan bagi pihak anda (seperti yang dijelaskan dalam bahagian Cukai ke atas Saham Anugerah pada dokumen ini). 5.03 Bilakah saya boleh menjual Saham Dibeli, Saham Dividen dan Saham Anugerah FBuShare 2014 saya? Anda boleh menjual Saham Dibeli, Saham Dividen dan/atau Saham Anugerah FBuShare 2014 anda selepas peletakan hak Saham Anugerah dan selepas penjualan mana- mana saham untuk membayar cukai tertahan yang perlu, yang dijangka akan dilakukan sekitar 6 April 2017. Seperti yang diterangkan dalam Panduan Maklumat, anda boleh menjual Saham Dibeli dan Saham Dividen 2014 anda pada bila- bila masa, tetapi jika anda berbuat demikian sebelum 1 April 2017, anda akan kehilangan kelayakan anda kepada Saham Anugerah untuk saham yang anda jual. 5.04 Adakah dasar perdagangan sekuriti Fletcher Building akan memberi kesan kepada saya? Ya, ia akan memberi kesan kepada anda kerana sebarang penjualan saham perlu dibuat selaras dengan undang- undang perdagangan orang dalam dan dasar perdagangan sekuriti Fletcher Building. Namun begitu, kebanyakan pekerja tidak ditetapkan sebagai orang dalam. Jika anda adalah orang dalam, anda akan menerima pemberitahuan rasmi dari Syarikat berkenaan perkara ini. Di bawah dasar perdagangan sekuriti Fletcher Building, semua orang dalam mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum berurusan dalam sekuriti Fletcher Building. 5.05 Bagaimana saya boleh menjual saham saya? Saham yang dipegang di bawah FBuShare anda (termasuk Saham Dibeli, Saham Dividen dan Saham Anugerah) boleh dijual menerusi kemudahan jualan dalam talian Computershare. Gunakan langkah- langkah berikut untuk menjual saham: Pergi ke www.fbushare.com Klik butang Access your portfolio (Lihat portfolio anda). Masukkan Nombor Rujukan Pemegang Sekuriti (SRN) dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN). Pilih Transact (Berurus niaga) dan ikuti arahan dalam talian untuk menjual saham anda apabila anda log masuk ke portfolio anda. 5.06 Saya tiada akses kepada komputer. Bagaimana saya boleh menjual saham saya? Jika anda tiada akses kepada komputer, maka anda boleh melengkapkan Borang Jualan FBuShare dan menghantarnya kepada Pengurus Pelan Computershare melalui: Pos kepada GPO Box 658, Melbourne VIC 3001, Australia; atau Imbas dan e- mel kepada fbushare@computershare.com.au 8

Untuk meminta salinan borang anda perlu menghubungi wakil Sumber Manusia (HR) anda atau rujuk bahagian Maklumat lanjut dan mengemaskini butiran peribadi untuk maklumat perhubungan Computershare. 5.07 Adakah terdapat sebarang kos jualan? Ya, Pentadbir Pelan akan mengenakan fi untuk menjual saham anda yang bergantung pada jenis, nilai transaksi dan lokasi anda. Ringkasan fi jualan disenaraikan di dalam jadual di bawah. Sila ambil perhatian bahawa transaksi manual atau atas kertas adalah lebih mahal berbanding transaksi dalam talian. Secara amnya, anda juga akan dikenakan fi bank untuk memproses hasil jualan anda. Senarai fi bank ini disediakan dalam bahagian 5.09 dibawah. 5.07.1 Peserta yang bermastautin di Australia Fi jualan untuk peserta Australia yang tertera dalam jadual di bawah adalah termasuk GST. Jenis jualan Fi transaksi Fi pembrokeran Dalam talian AUD $49.50 Manual (atas kertas) AUD $110.00 Tambah 0.33% daripada hasil jualan saham yang melebihi AUD $5,000 5.07.2 Peserta yang bermastautin di New Zealand Fi jualan untuk peserta New Zealand yang tertera dalam jadual di bawah tidak termasuk GST. Jenis jualan Fi transaksi Fi pembrokeran Dalam talian NZD $45.00 Manual (atas kertas) NZD $100.00 Tambah 0.3% daripada hasil jualan saham yang melebihi NZD $5,000 5.07.3 Peserta di negara lain Fi jualan untuk peserta di negara lain yang tertera dalam jadual di bawah tidak termasuk GST. Jenis jualan Fi transaksi Fi pembrokeran Dalam talian AUD $45.00 Manual (atas kertas) AUD $100.00 Tambah 0.3% daripada hasil jualan saham yang melebihi AUD $5,000 5.08 Apakah pemberitahuan yang akan saya terima yang mengesahkan penjualan saham saya? Anda akan menerima notis transaksi setelah penjualan saham diselesaikan, (melalui e- mel jika Pengurus Pelan Computershare mempunyai butiran e- mel anda atau jika tidak, dalam bentuk salinan cetak). 5.09 Bagaimanakah hasil jualan akan dibayar? Anda boleh memilih cara penerimaan hasil jualan anda. Sila ambil perhatian bahawa bayaran melalui cek adalah lebih mahal berbanding transaksi elektronik bank. Pilihan bayaran yang terdapat ialah: Penerimaan dana melalui: Fi bank Kredit terus Australia AUD $0.00 Cek Australia AUD $15.00 Kredit terus New Zealand NZD $0.50 9

Cek New Zealand NZD $15.00 Pemindahan wayar mata wang asing AUD $15.00 Cek mata wang asing AUD $40.00 5.10 Berapa lama saya perlu menunggu untuk menerima hasil jualan? Anda akan menerima hasil jualan anda yang dimasukkan ke dalam akaun bank anda yang ditetapkan kira- kira satu minggu dari tarikh penyelesaian perdagangan. Cek akan mengambil masa lebih lama bergantung pada sistem perkhidmatan pos. 5.11 Bolehkah Computershare membayar hasil jualan dalam sebarang mata wang? Hasil jualan dibayar dalam mata wang negara di mana FBuShare ditawarkan dan tempat anda menetap. 5.12 Adakah saya perlu membayar cukai ke atas penjualan saham saya? Ini bergantung pada tempat di mana anda berada. Panduan cukai bagi setiap negara boleh diakses dari www.fbushare.com atau apabila anda log masuk ke portfolio anda. 10

6 Pemindahan saham 6.01 Mengapa saya memindahkan saham saya? Memindahkan saham anda keluar dari portfolio FBuShare dan ke atas nama anda sendiri sebagai pemegang saham pada pendaftar Fletcher Building Limited membolehkan anda memindahkannya kepada pemegang lain (cth. pasangan anda atau ke dalam dana) atau memindahkannya kepada akaun broker anda sendiri. 6.02 Adakah saya perlu memindahkan saham saya pada tarikh tertentu? Tidak. Bahagian portfolio FBuShare mempunyai banyak maklumat tentang penyimpanan saham dalam FBuShare. Namun begitu, apabila anda tidak lagi bekerja dengan kumpulan Fletcher Building, anda tidak akan dibenarkan untuk terus berada dalam FBuShare. Anda akan diberi tempoh dua bulan dari tarikh surat penamatan yang anda terima untuk memindahkan dan/atau menjual saham anda. Selepas tempoh ini, saham anda akan dijual dan hasil kutipan bersih akan dihantar kepada anda. 6.03 Bolehkah saya memindahkan Saham Anugerah saya apabila ia diagihkan kepada saya? Ya, (tertakluk kepada dasar perdagangan sekuriti Fletcher Building). Tarikh terawal anda boleh menjual Saham Anugerah anda akan bergantung pada sama ada Fletcher Building perlu menjual sebarang saham untuk membayar cukai tertahan bagi pihak anda (seperti yang dijelaskan dalam bahagian Cukai ke atas Saham Anugerah pada dokumen ini). 6.04 Bilakah saya boleh memindahkan Saham Dibeli, Saham Dividen dan Saham Anugerah FBuShare 2014? Anda boleh memindahkan Saham Dibeli, Saham Dividen dan/atau Saham Anugerah FBuShare 2014 anda selepas semua Saham Anugerah diagihkan dan selepas penjualan mana- mana saham untuk membayar cukai tertahan yang perlu, yang dijangka akan dilakukan sekitar 6 April 2017. Seperti yang diterangkan dalam Panduan Maklumat, anda boleh memindahkan Saham Dibeli dan Saham Dividen 2014 anda pada bila- bila masa, tetapi jika anda berbuat demikian sebelum 1 April 2017, anda akan kehilangan kelayakan anda kepada Saham Anugerah untuk saham yang anda pindahkan. 6.05 Adakah dasar perdagangan sekuriti Fletcher Building akan memberi kesan kepada saya? Ya, ia akan memberi kesan kepada anda kerana sebarang pemindahan saham perlu dibuat selaras dengan undang- undang perdagangan orang dalam dan dasar perdagangan sekuriti Fletcher Building. Namun begitu, kebanyakan pekerja tidak ditetapkan sebagai orang dalam. Jika anda adalah orang dalam, anda akan menerima pemberitahuan rasmi dari Syarikat berkenaan perkara ini. Di bawah dasar perdagangan sekuriti Fletcher Building, semua orang dalam mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum berurusan dalam sekuriti Fletcher Building. 6.06 Bagaimana saya boleh memindahkan saham saya? Saham yang dipegang dalam portfolio FBuShare anda (termasuk Saham Dibeli dan Saham Anugerah) boleh dipindahkan menerusi kemudahan pemindahan dalam talian pada portfolio anda. Gunakan langkah- langkah berikut untuk memindahkan saham: Pergi ke www.fbushare.com Klik butang View your portfolio (Lihat portfolio anda). 11

Masukkan Nombor Rujukan Pemegang Sekuriti (SRN) dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN). Pilih tab Transact (Berurus niaga) dan ikuti arahan dalam talian untuk memindahkan saham anda apabila anda log masuk ke portfolio anda. 6.07 Saya tiada akses kepada komputer. Bagaimana saya boleh memindahkan saham saya? Jika anda tiada akses kepada komputer, maka anda boleh melengkapkan Borang Pemindahan FBuShare dan menghantarnya kepada Pengurus Pelan Computershare melalui: Pos kepada GPO Box 658, Melbourne VIC 3001, Australia; atau Imbas dan e- mel kepada fbushare@computershare.com.au Untuk meminta salinan borang anda perlu menghubungi wakil Sumber Manusia (HR) anda atau rujuk bahagian Maklumat lanjut dan mengemaskini butiran peribadi untuk maklumat perhubungan Computershare. 6.08 Adakah akan terdapat sebarang kos untuk memindahkan saham? Ya, Pentadbir Pelan akan mengenakan fi kepada anda untuk memindahkan saham ke atas nama anda yang bergantung pada jenis transaksi dan lokasi anda. Ringkasan fi pemindahan disenaraikan di dalam jadual di bawah. Sila ambil perhatian bahawa transaksi manual atau atas kertas adalah lebih mahal berbanding transaksi dalam talian. 6.08.1 Peserta yang bermastautin di Australia Fi jualan untuk peserta Australia yang tertera dalam jadual di bawah adalah termasuk GST. Jenis pemindahan Fi transaksi Dalam talian AUD $55.00 Manual (atas kertas) AUD $88.00 6.08.2 Peserta yang bermastautin di New Zealand Fi jualan untuk peserta New Zealand yang tertera dalam jadual di bawah tidak termasuk GST. Jenis pemindahan Fi transaksi Dalam talian NZD $50.00 Manual (atas kertas) NZD $80.00 6.08.3 Peserta di negara lain Fi jualan untuk peserta di negara lain yang tertera dalam jadual di bawah tidak termasuk GST. Jenis pemindahan Fi transaksi Dalam talian AUD $50.00 Manual (atas kertas) AUD $80.00 6.09 Bolehkah saya membuat perancangan supaya Saham Dibeli dan Saham Anugerah 2014 saya dipindahkan secara dalam talian ke portfolio saham biasa saya? Ya, pemindahan saham boleh diselesaikan dalam talian. Sila rujuk penerangan terdahulu dalam bahagian ini. 12

6.10 Bolehkah saya membuat perancangan supaya Saham Dibeli dan Saham Anugerah 2014 saya dipindahkan secara dalam talian ke akaun broker saya? Tidak, anda perlu memindahkan saham ke atas nama sendiri terlebih dahulu. Apabila pemindahan tersebut telah selesai, anda kemudiannya perlu menghubungi broker anda untuk memindahkan saham anda ke akaun broker anda. 13

7 Penilaian dan bayaran balik Pelan Fantom (Phantom Plan) 7.01 Adakah saya layak untuk bayaran balik saham fantom? Anda akan layak untuk memperoleh bayaran balik saham Fantom jika anda bermastautin di China atau Fiji dan menyertai FBuShare dalam tahun Pelan 2014 dan masih memegang Saham Dibeli Fantom yang diperoleh sepanjang tahun pelan 2014 pada 1 April 2017. 7.02 Bilakah Saham Anugerah Fantom akan diagihkan? 1 April 2017. 7.03 Adakah saya perlu memohon untuk pengagihan atau bayaran balik Saham Anugerah Fantom saya? Tidak, Saham Anugerah Fantom 2014 anda akan diagihkan secara automatik, dan nilai semua Saham Dibeli Fantom, Saham Dividen Fantom dan Saham Anugerah Fantom bagi 2014 akan dibayar secara automatik kepada anda melalui gaji selepas 1 April 2017. 7.04 Apakah saham yang layak untuk Saham Anugerah Fantom? Anda akan menerima Saham Anugerah Fantom untuk mana- mana Saham Dibeli Fantom yang diperolehi sepanjang 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015, serta mana- mana Saham Dividen Fantom yang diperolehi dalam tempoh ini. Anda mestilah masih memegang sebahagian atau semua Saham Dibeli Fantom dan Saham Dividen Fantom FBuShare 2014 pada 1 April 2017 untuk menerima sebarang Saham Anugerah Fantom. 7.05 Berapakah bilangan Saham Anugerah Fantom yang saya akan terima? Anda akan menerima satu Saham Anugerah Fantom untuk: Setiap dua Saham Dibeli Fantom yang diperolehi melalui sumbangan FBuShare anda yang dibuat antara 1 April 2014 hingga Mac 2015 (dan yang anda masih pegang), dan Setiap dua Saham Dividen Fantom yang diterima antara 1 April 2014 hingga Mac 2015 (dan yang anda masih pegang). 7.06 Bolehkah saya menunaikan Saham Dibeli Fantom 2014 saya pada 1 April 2017 tanpa menjejaskan kelayakan saya untuk Saham Anugerah Fantom pada masa akan datang? Ya, anda akan dibayar nilai tunai secara automatik bagi Saham Dibeli dan Saham Dividen Fantom FBuShare 2014 anda melalui gaji secepat yang mungkin selepas 1 April 2017. 7.07 Apa yang berlaku selepas 1 April 2017? Selepas pengagihan Saham Anugerah Fantom, nilai semua Saham Dibeli, Saham Dividen dan Saham Anugerah Fantom 2014 akan dikira, dimaklumkan kepada pasukan Sumber Manusia (HR) anda, dan dibayar secara tunai (selepas ditolak cukai) melalui gaji anda secepat yang mungkin. 7.08 Bagaimana bayaran tunai kepada saya akan dikira (iaitu bagaimana Saham Dibeli Fantom dan Saham Anugerah Fantom 2014 akan dinilai)? Bayaran tunai akan dikira dengan mendarab bilangan Saham Dibeli, Saham Dividen dan Saham Anugerah Fantom 2014 dengan harga saham Fletcher Building seperti yang disebut pada Bursa Saham Australia (ASX) pada atau sejurus sebelum 1 April 2017. Ini bermakna bahawa anda akan mendapat manfaat daripada sebarang kenaikan harga saham Fletcher Building sejak anda memperoleh Saham Dibeli Fantom dan Saham Dividen Fantom FBuShare 2014 anda. Jumlah tunai tersebut akan dibayar dalam mata wang gaji semasa anda menerusi gaji anda. Semua jumlah akan ditukar daripada Dolar Australia dengan menggunakan kadar pertukaran Fletcher Building Treasury pada atau sejurus sebelum 1 April 2017. 14

7.09 Adakah bayaran balik FBuShare 2014 saya akan dikenakan cukai? Ya, bayaran tunai untuk semua Saham Dibeli, Saham Dividen dan Saham Anugerah Fantom 2014 anda yang ditolak sumbangan untuk FBuShare 2014 (iaitu sumbangan FBuShare antara 1 April 2014 dan 31 Mac 2015) ialah pendapatan biasa dan potongan cukai yang biasa ke atas gaji akan dikenakan pada waktu pembayaran. Penyelaras gaji anda akan membuat potongan cukai sebelum membuat pembayaran kepada anda. 15

8 Maklumat Lanjut dan Mengemaskini Butiran Peribadi 8.01 Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut atau meminta dokumentasi dihantar kepada saya? Jika anda ada apa- apa soalan tentang FBuShare, sila: Rujuk maklumat pada www.fbushare.com Tujukan soalan kepada Ask Penny di www.computershare.com/fbushare Hantar e- mel kepada Pengurus Pelan Computershare di FBuShare@computershare.com.au Telefon Pengurus Pelan Computershare di New Zealand 0800 451 541, Australia 1800 008 188 atau antarabangsa +613 9415 4353 (kadar panggilan antarabangsa dikenakan). 8.02 Bagaimana saya mengemaskini maklumat perhubungan saya? Gunakan langkah- langkah berikut untuk mengemaskini maklumat perhubungan anda: Taip www.fbushare.com dalam pelayar web anda. Klik butang Access your portfolio (Lihat portfolio anda). Masukkan Nombor Rujukan Pemegang saham (SRN) dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) anda. Pilih tab My Details (Maklumat Saya) dan kemudian pilih tajuk yang berkaitan. Ambil Perhatian: Jika anda akan meninggalkan kumpulan Fletcher Building, jangan lupa untuk mengemas kini maklumat perhubungan anda (alamat dan e- mel) pada portfolio anda (www.fbushare.com). 16