TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

dokumen-dokumen yang mirip
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS TUAN SU KEONG SIONG [IPOH TIMOR] (ISNIN) 219

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

DRAF TEKS UCAPAN ALUAN PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PELANCARAN JUBLI EMAS KE 50 TAHUN PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PEWAKAFAN. 1 P a g e

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN BERSAMA YAKULT

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS SANTAI KOMUNITI & KARNIVAL FITNESS

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS LI BARAN

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH BOWLING

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH MAJLIS PERHIMPUNAN HOS TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TEKS UCAPAN YBHG. DATO SYED KAMARULZAMAN BIN DATO SYED ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN PENGARAH URUSAN PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS)

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MERANGKAP AHLI LEMBAGA PENGARAH MYANGKASA HOLDINGS SDN BHD

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PERKHIDMATAN RAJA SEHARI

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

UCAPAN PENUTUP KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 17 Mei 2017 (Rabu) Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS: MAJLIS PERASMIAN PROJEK MUTIARA NEGERI SEMBILAN 2011 PADA: 17 NOVEMBER 2011 TEMPAT:

TEKS UCAPAN OLEH: MAJLIS: SEMINAR PEMBANGUNAN KAPASITI USAHAWAN BUMIPUTERA PADA: TEMPAT:

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UTeM

TEKS UCAPAN YBHG DATO SYED KAMARULZAMAN BIN DATO SYED ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN PENGARAH URUSAN

TALKING POINT YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN KURSUS MADU KELULUT ANJURAN

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS BERBUKA PUASA RTM 19 JUN (Salutasi akan dikemaskini pada hari acara)

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

menyatakan bagaimana untuk membantu meningkatkan perniagaan terutamanya di Sabah yang telah mengalami kemerosotan akibat daripada kelembapan ekonomi.

TEKS UCAPAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MENANDATANGANI MOU JALINAN KERJASAMA ANGKASA DAN

TEKS UCAPAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN WISMA LEVIDA.MY DAN MENYAKSIKAN

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan isteri.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Teks Ucapan Perasmian YBhg. Dato Haji Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA. Seminar Penentu Halatuju Koperasi Sekolah Negeri Terengganu

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Akaun Pelaburan Waheed

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMINAR AUDIT DALAMAN 2017

Teks Ucapan Perasmian. YB Puan Suraya Yaacob ADUN N.19 Sungai Tiang. Seminar Perlindungan Pengguna Komunikasi dan Multimedia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ASEAN COOPERATIVES ORGANISATION (ACO) MERANGKAP PRESIDEN ANGKASA

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

Bil 04/2010 Edisi APRIL

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN PEMBUKAAN KEDAI KOPERASI WI

Yang Berusaha Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Encik Afizal Abu Othman. Pegawai-pegawai Unit Sukan UniMAP, Pengadil-pengadil kejohanan,

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN SURAU KAMPUS TETAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 12 Mac 2014

BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI


Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

TALKING POINT PRESIDEN ANGKASA. SEMINAR CHANGE START WITH ME 30 SEPTEMBER 2017, AUDITORIUM ANGKASA Bismillahirahmanirahim

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKM SEMPENA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KPWKM KE-12 OLEH PUAN CHE AZIZAH BINTI CHE RASHID

Transkripsi:

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST 2014 4 SEPTEMBER 2014, 2.30 PETANG -------------------------------------------------------------------------------------- Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum warohmatullahi wabarokatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia SALUTASI Hadirin yang dihormati sekalian, 1. Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-nya, kita dapat berjumpa di majlis perasmian Halal Fiesta 2014 atau lebih dikenali sebagai HALFEST 2014. 2. Sebagai hos kepada fiesta ini, saya mewakili Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mengalu-alukan kedatangan hadirin semua ke majlis perasmian pada petang ini. 3. Kehadiran anda jelas menunjukkan sokongan kepada industri halal negara 1

kita yang mana ia telah menjadi antara industri terpenting negara dalam menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. 4. Pembangunan ekonomi negara kita pada masa kini digerakkan oleh Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kedua-dua program ini membentuk Dasar Transformasi Nasional yang hasilnya telah pun dapat kita lihat dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang kukuh iaitu sebanyak 6.4% pada suku kedua 2014. 5. Keadaan ini disokong oleh eksport yang lebih tinggi dan permintaan dalam negeri yang terus meningkat dari semasa ke semasa. 6. Terbaru, Malaysia berada pada kedudukan top 20 most competitive economies globally dalam laporan Forum Ekonomi Dunia 2014 2015. Ini sesuatu yang perlu dibanggakan kerana pada tahun lalu (2013), kedudukan Malaysia adalah pada tangga ke 24. 7. Kita berada jauh ke hadapan berbanding dengan negara membangun yang lain seperti Austria, Australia, Perancis, Ireland dan juga Korea. Tuan-tuan dan Puan-puan, 8. Industri halal merupakan kuasa baru dan besar di pasaran global dengan nilai pasaran lebih daripada RM7.6 trilion setahun dan saya berharap 2

pengusaha tempatan perlu menjadi sebahagian daripada nilai pasaran ini untuk terus kekal berdaya saing dengan negara-negara lain. 9. Pada tahun lalu, jumlah eksport produk-produk halal ke luar negara adalah sebanyak RM32.8 billion. Manakala pada suku pertama tahun ini pula (tahun 2014), eksport produk halal ke luar negara telah pun mencecah RM9.2 billion. 10. Muslim di seluruh dunia yang dianggarkan seramai 1.8 bilion orang membelanjakan kira-kira USD 2.3 bilion setahun untuk perbelanjaan produkproduk makanan halal. 11. Penting bagi kita selaku usahawan yang memiliki perniagaan, baik perniagaan makanan, bukan makanan, ataupun perkhidmatan untuk mempersiapkan diri dan perniagaan kita supaya dapat kekal berdaya saing dengan pemain industri lain di pasaran. 12. Salah satu elemen penting yang perlu ada pada setiap produk kita adalah Pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Berdasarkan kepada statistik dari JAKIM, 36.9% daripada syarikat yang mendapat Sijil Halal merupakan syarikat berskala kecil (PKS) sehingga ke hari ini. 13. Daripada statistik ini kita boleh menilai dan menganggarkan bahawa masih ramai pengusaha di luar sana, terutama sekali yang berada di kawasan luar 3

bandar yang masih belum memiliki pensijilan halal, walaupun telah lama menjalankan perniagaan masing-masing. 14. Ini yang perlu kita lakukan. Ini yang kita mahukan agar jurang di antara pengusaha yang mempunyai potensi untuk dikembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih baik dan mampu bersaing dapat diseimbangkan. Hadirin sekalian, 15. Kementerian saya dan juga agensi-agensi dibawahnya mempunyai begitu ramai pengusaha, iaitu kira-kira 116,622 orang dan syarikat dalam kategori Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdaftar dan menjalankan perniagaan dengan anggaran jualan pusingan mencecah RM 14.6 juta setahun. 16. Walaubagaimanapun, saya juga difahamkan lebih daripada separuh daripada jumlah ini yang tidak mempunyai perakuan Halal dari JAKIM, walaupun kita semua sedar dan maklum bahawa produk-produk yang dihasilkan sememangnya halal. 17. Ini yang saya katakan tadi, sekiranya kita mahu pengusaha-pengusaha dan produk-produk yang dihasilkan mereka ini mampu bersaing dan dipasarkan ke syarikat-syarikat besar dan juga ke luar negara, standard kualiti setiap produk perlu menjadi kayu pengukur kepada usaha ini. 4

18. Untuk itu, saya meletakkan sasaran agar 30% daripada 116,622 pengusaha / usahawan yang berdafar dengan KKLW dan juga agensiagensi dibawahnya supaya dibimbing dengan sebaiknya oleh JAKIM dan juga agensi yang berkaitan sehingga beroleh perakuan Sijil Halal dalam masa terdekat. Tuan-tuan dan Puan-puan, 19. HALFEST 2014 memperlihatkan kordinasi yang baik agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO yang bukan saja menyokong industri halal di Malaysia tetapi merupakan pemain utama dalam memajukan industri halal ini. 20. Acara ini merupakan kerjasama sinergi CIMB Islamic Bank Berhad, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Halal Industry Development Corporation (HDC), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. 21. Saya percaya HALFEST 2014 boleh dijadikan platform untuk usahawan tempatan bertemu dan menjalin rangkaian dengan pemain-pemain industri lain yang lebih berpengalaman dalam usaha untuk membangun dan memajukan mereka ini supaya kekal berdaya saing. 22. Dalam masa yang sama, saya seru agar usahawan dan juga pemilik 5

perniagaan yang ada pada hari ini agar tidak hanya menumpukan kepada sektor makanan semata-mata. 23. Sektor-sektor bukan makanan ini juga sudah semakin berkembang selaras dengan kesedaran yang semakin meningkat terhadap gaya hidup Halal. Antara perniagaan yang semakin mendapat tempat di pasaran adalah produk-produk farmaseutikal. 24. Pada tahun 2012, pengguna muslim di seluruh dunia membelanjakan kirakira USD 70 billion untuk produk farmaseutikal halal yang mana angka ini merupakan 6.6% dari jumlah perbelanjaan farmaseutikal secara keseluruhan. 25. Manakala untuk produk-produk kosmetik pula, nilai pasaran global bagi produk penjagaan peribadi dan kosmetik dianggarkan bernilai USD 334 billion, di mana pasaran kosmetik halal bernilai antara USD 5 billion hingga USD 13 billion. Penganalisis juga meramalkan pasaran ini berkembang sebanyak 13.43% di antara tahun 2013 hingga 2018. Hadirin yang dihormati sekalian, 26. Saya juga meletakkan harapan agar pada masa akan datang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dapat bekerjasama dengan JAKIM dalam usaha untuk mendedahkan masyarakat kawasan luar bandar kepada konsep halal dengan mengadakan sesi penerangan dan bimbingan yang sewajarnya 6

berpandukan kepada konsep halal itu sendiri. 27. Sesi seperti ini perlu agar penerangan dan panduan yang lengkap dapat diberikan kepada pengusaha luar bandar mengenai proses pensijilan halal. Pihak perbankan swasta seperti CIMB Islamic Bank Berhad diharap dapat terlibat secara langsung dalam usaha ini sebagai mendokong kegiatan tanggungjawab sosial mereka. 28. Secara khususnya, penggabungan ini dapat memperkasakan usahawan yang menghasilkan produk dan perkhidmatan halal terutamanya mereka dari kawasan luar bandar, dan dalam masa yang sama menghasilkan peluang pekerjaan dan aktiviti menjana kekayaan yang akan memberi peluang kepada generasi muda untuk tinggal dan / atau kembali untuk tinggal dan bekerja di kawasan luar bandar. 29. Sebagai sebuah negara Islam, salah satu agenda nasional kita berkisar kepada penyediaan produk dan perkhidmatan halal. Kerajaan yakin industri halal boleh menggalakkan pertumbuhan ekonomi untuk jangka masa panjang. 30. Dengan objektif yang jelas dan perancangan yang amat teliti, pada kali ini HALFEST berjaya menarik penyertaan lebih kurang 600 penyertaan dari pelbagai bidang. 7

31. HALFEST 2014 adalah titik pertemuan pengusaha tempatan terutamanya yang dari luar bandar untuk mempromosi serta memasarkan produk mereka bukan sahaja kepada masyarakat tempatan tetapi juga masyarakat antarabangsa. 32. Ini merupakan tahun ke empat penganjuran Halal Fiesta dan dari tahun ke tahun kita boleh lihat peningkatan positif bukan sahaja dari bilangan peserta dan bilangan pengunjung tetapi juga pengisian program dan juga perkhidmatan yang diberikan. 33. Kejayaan penganjuran saban tahun ini jelas menunjukkan bahawa agenda penghasilan produk dan perkhidmatan halal adalah satu agenda penting dan pemangkin kepada kemajuan ekonomi di Malaysia. 34. HALFEST kali ini menetapkan sasaran 600,000 pengunjung dan saya yakin dengan segala bentuk promosi yang telah dijalankansasaran ini akan dicapai atau mungkin akan melebihi sasaran. 35. Diharapkan melalui semua program yang dirancang dan pengisiannya, pengunjung berupaya menghayati maksud halal dalam erti kata sebenarnya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran majlis ini. 36. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar kita diberikan kesihatan yang baik supaya segala amanah dan juga usaha yang kita lakukan ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwata ala. 8

37. Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya merasmikan HALFEST 2014 dengan jayanya. Terima kasih. 9