PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE NOVEMBER 2016 (SABTU RABU) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

dokumen-dokumen yang mirip
BUKU PANDUAN 1 DISEMBER 2016 (KHAMIS)

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-27, (8 12 NOVEMBER 2014) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

SENARAI SEMAK GRADUAN

URUSETIA PENGURUSAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UTHM KE-17 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK MAKLUMAN

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-15. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEEMPAT POLITEKNIK METrO KUANTAN

MAJLIS AMANAH RAKYAT. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016.

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METRO KUANTAN

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN

SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN DENGAN SEMPURNA. MAJLIS KONVOKESYEN

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METRO KUANTAN KALI PERTAMA

1.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah menyempurnakan perkara-perkara berikut:

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) KE 14 PADA 17 NOVEMBER 2015 MAJLIS KONVOKESYEN

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-14. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU KALI PERTAMA

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1.1 Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru akan diadakan mengikut maklumat berikut:

PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN TAJ INTERNATIONAL COLLEGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE

SYARAT DAN PERATURAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA PROGRAM EKSEKUTIF UTMSPACE 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-12 POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KEDUA

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

GARIS PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2016 POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH AMBILAN JANUARI 2010 DAN AMBILAN JUN 2009 SERTA KDPM KDC AMBILAN JAN 2007

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 14

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE-20

PANDUAN KONVOKESYEN SENARAI SEMAK KANDUNGAN SAMPUL

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE 31, 2017 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN UCAM AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 15

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-25 POLITEKNIK PORT DICKSON

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEDUA POLITEKNIK METRO KUANTAN

GARIS PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2017 POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

Didoakan semoga saudara/i sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

PANDUAN DAN PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16 KUIPSAS 2017

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-26 POLITEKNIK PORT DICKSON

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETERANGAN MENGENAI MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE

MAKLUMAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-15 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

BUKU MAKLUMAT & JEMPUTAN GRADUAN KONVOKESYEN PERDA-TECH KE 7

2. Bayaran hutang hendaklah dijelaskan sebelum tarikh peminjaman jubah selewat-lewatnya pada atau sebelum 20 Oktober 2017.

MAJLIS KONVOKESYEN KE-13 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

MAKLUMAT / PERATURAN & SYARAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-14 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KEEMPAT POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-19 (2017) POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

MAJLIS KONVOKESYEN KE 13 (2017) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PADA 20 & 21 NOVEMBER 2017 (ISNIN & SELASA)

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE POLITEKNIK MUKAH

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 KOLEJ MULTIMEDIA

CIMB Bank

BUKU PANDUAN KONVOKESYEN 2016 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

Tahniah diucapkan kerana berjaya ditawarkan Pengajian di Politeknik.

PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE 30 POLITEKNIK KOTA BHARU

PERATURAN & SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

PERATURAN DAN PANDUAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTM. Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Akademik) Universiti Teknologi Malaysia

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

TAHNIAH di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT [PERSATUAN / KELAB PELAJAR]

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

2. Semua calon pelajar dikehendaki mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara berikut:

4. SENARAI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

AKU JANJI PEMATUHAN KEPADA ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sungai Lang Sungai Air Tawar SELANGOR, MALAYSIA

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN UMS KALI KE 17 SELEPAS MAJLIS

Graduan dikehendaki mencetak Slip Pengesahan Kajian dan mengemukakan slip tersebut semasa mengambil jubah konvokesyen kelak.

BAHAGIAN TAJUK MUKA SURAT

LAPOR DIRI DAN PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR SENIOR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN SESI DISEMBER 2017

LAMPIRAN A. ARAHAN PENTADBIRAN PEMILIHAN PEGAWAI KADET DAN PELAJAR AWAM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1. Pengenalan

Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2016 akan diadakan pada 29 November Disember 2016

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANDUAN PAKAIAN BEKERJA DAN UPACARA RASMI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2012 GARIS PANDUAN ETIKA PAKAIAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Tatacara Permohonan Majlis Konvokesyen Ke 5, 2018 Politeknik Jeli

ARAHAN: Sila baca panduan ini dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran dan lapor diri berjalan lancar.

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PERATURAN BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

POLITEKNIK JELI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jalan Raya Timur Barat Jeli KELANTAN, MALAYSIA

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT [PENGUSAHA LUAR]

Transkripsi:

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-29 12 16 NOVEMBER 2016 (SABTU RABU) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) SILA BACA PANDUAN INI DENGAN TELITI BAGI MELANCARKAN URUSAN KONVOKESYEN DAN MENGELAKKAN MASALAH PADA SAAT AKHIR PANDUAN INI DISEDIAKAN KHUSUS UNTUK GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA 0

1.0 MAJLIS KONVOKESYEN Lokasi : Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia Tarikh : 12-16 November 2016 (Sabtu Rabu) 2.0 TEMPAT BERKUMPUL GRADUAN SEBELUM MASUK KE DEWAN 2.1 Lokasi : Dewan Tan Sri Othman Yeop (DTSO) Masa : 7.00 pagi (Sesi pagi) / 1.30 petang (Sesi petang) 2.2 Semua graduan WAJIB berkumpul di Dewan Tan Sri Othman (DTSO) terlebih dahulu mengikut nombor kerusi masing-masing. Nama dan nombor kerusi graduan akan dipamerkan di dalam Dewan Tan Sri Othman (DTSO). 2.3 Graduan perlu lapor diri di Dewan Tan Sri Othman (DTSO) kepada pegawai yang bertugas (Marshal) untuk pengesahan kehadiran. 3.0 PERARAKAN GRADUAN MASUK KE DEWAN Sesi pagi: Jam 8.00 pagi Sesi petang: Jam 1.45 petang 4.0 SESI PENGANUGERAHAN IJAZAH Sila rujuk jadual Sesi Penganugerahan Ijazah (m/s 2) 5.0 PERKARA PENTING YANG PERLU DIBUAT SEBELUM DIBENARKAN MENGAMBIL JUBAH KONVOKESYEN 5.1 Semakan Konvokesyen 5.1 Sila buat semakan Konvokesyen melalui melalui Portal Pelajar, http://portal.uum.edu.my. i) Sila masukkan ID Penguna dan Kata Laluan; ii) Pilih menu Pengijazahan /Graduation; iii) Lengkapkan Semakan Konvokesyen /Convocation Review; iv) Setelah maklumat yang dipohon lengkap diisi, cetak surat jemputan konvokesyen. 5.2 Sila pastikan maklumat di dalam Portal Pelajar adalah tepat :- i) EJAAN NAMA ii) NO. MATRIK iii) NO. KAD PENGENALAN iv) NOMBOR TELEFON 5.3 Pindaan maklumat perlu dibuat sebelum atau pada 20 Oktober 2016 (Khamis). Bayaran cetakan semula akan dikenakan selepas tarikh tersebut. Sebarang pertanyaan hubungi Urusetia Konvokesyen di talian 04-928 3319/3320. 5.4 Pihak Universiti berhak membuat pindaan status bergraduat pelajar tertakluk kepada pengesahan dan kelulusan Senat. PERINGATAN 1 : Surat jemputan konvokesyen bagi Graduan Sarjana Muda hanya boleh diperolehi melalui portal pelajar masing-masing. 1

2 PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-29, 2016.

6.0 YURAN KONVOKESYEN 6.1 Yuran Konvokesyen yang dikenakan adalah sebanyak RM170 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh Sahaja). 6.2 Graduan perlu menjelaskan keseluruhan jumlah hutang yang tertunggak (sekiranya ada), berdasarkan jumlah yang dipaparkan melalui Portal Pelajar masing-masing. 6.3 Pembayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) atau pembayaran secara talian sebelum mengambil jubah konvokesyen. 6.4 Kaedah bayaran adalah seperti berikut:- BIL. KAEDAH BAYARAN PERINCIAN 1. 2. Kaunter Cawangan BIMB E-Com (Via Internet) Menggunakan Slip Kaedah Pembayaran Bil dengan melengkapkan maklumat berikut iaitu Nama, No Matrik (dibahagian No. Akaun), No. KP, Bayar Kepada: Bendahari UUM, Jenis Pembayaran: Bayaran Konvokesyen, dan Jumlah Bayaran (Seperti yang di caj). Bayaran boleh dibuat secara online dengan melayari laman web UUM www.uum.edu.my. Pada menu Online Services klik Electronic Payment dan menu UUM e-com akan dipaparkan (rujuk manual yang berkaitan). Sila pilih Student Payment dan catatkan tujuan pembayaran Convocation Fee. Cetak resit sebagai bukti bayaran. 6.5 Sebarang pertanyaan berkaitan KEWANGAN/PEMBAYARAN sila hubungi U-Assist UUM ditalian 04-928 7777 atau Jabatan Bendahari UUM ditalian 04-928 3231/3260. 6.6 Sila simpan salinan slip pembayaran untuk rujukan kepada Urusetia Konvokesyen pada hari pengambilan jubah konvokesyen di Dewan Tan Sri Othman (DTSO), UUM. 6.7 Semua graduan Sarjana Muda yang HADIR atau TIDAK HADIR ke majlis konvokesyen, WAJIB menjelaskan bayaran yuran konvokesyen sebanyak RM170 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh Sahaja). 6.8 Graduan yang ingin untuk menangguhkan konvokesyen perlu membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik. Sekiranya permohonan tersebut diluluskan bayaran yuran konvokesyen WAJIB dibuat untuk kedua-dua Sidang Konvokesyen sebanyak RM170 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh Sahaja) bagi setiap sidang Konvokesyen. 6.9 Graduan yang masih mempunyai hutang tertunggak TIDAK AKAN DIBENARKAN menghadiri majlis konvokesyen serta menuntut Ijazah dan Transkrip Akademik sehingga hutang diselesaikan. 3

7.0 BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN PENGESANAN GRADUAT (WAJIB) 7.1 Borang Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduat, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia WAJIB diisi oleh graduan dan maklumat boleh dicapai melalui laman web berikut:- http://graduat.mohe.gov.my bermula pada 12 Oktober 2016 (Rabu). 7.2 Sila isi borang soal selidik dengan mengikuti langkah seperti berikut:- Klik LOG MASUK pada menu Panduan Graduat ii. Masukkan No. Kad Pengenalan iii. Pilih Institusi > IPTA < > UUM < iv. Klik Seterusnya. v. Jawab semua soalan mengikut arahan. vi. Tanda pada simpan dan teruskan (bawah sekali di akhir soalan). vii. Ikut arahan seterusnya. viii. Cetak slip setelah selesai lengkapkan semua soalan. ix. Simpan slip sebagai BUKTI untuk ditunjukkan pada hari pengambilan jubah konvokesyen Sebarang masalah untuk mengisi Borang Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduat Kementerian Pendidikan Malaysia, sila hubungi Pegawai UTLC iaitu En. Nik Mohd Baidzani Haddad Bin Ibrahim di talian 04-928 4708/4698. PERINGATAN 2 : Setiap bakal graduan WAJIB mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan sebelum dibenarkan mengambil jubah. 8.0 BORANG ALUMNI UUM Graduan WAJIB mencetak BORANG ALUMNI UUM diportal masing-masing dan perlu diserahkan semasa mengambil jubah. 9.0 GAMBAR KONVOKESYEN Sebagai maklumat, bagi sesi konvokesyen ke-29 ini Universiti Utara Malaysia telah menjalankan sendiri operasi perkhidmatan mengambil gambar graduan. Terdapat 2 jenis perkhidmatan fotografi yang disediakan iaitu: Fotografi pentas (Gambar rasmi universiti telah termasuk dalam bayaran yuran konvokesyen) Fotografi Studio - Gambar mesra studio UUM (melalui tempahan asing dan bayaran tunai) 4

KENYATAAN GAMBAR KONVOKESYEN 1. Universiti Utara Malaysia telah telah melantik jurugambar rasmi bagi perkhidmatan Gambar Rasmi Konvokesyen semasa graduan menerima ijazah di atas pentas pada majlis konvokesyen di Dewan Muadzam Shah (DMAS) 2. Bagi sesi Gambar Rasmi Konvokesyen kali ini, graduan akan menerima gambar konvokesyen pentas seperti berikut: 2 keping Gambar Bercetak. (1 keping 8R dan 1 keping 11R). Salinan gambar dalam bentuk CD, salinan softcopy buku konvokesyen mengikut sidang format PDF, serta gambar juga akan di email terus ke email rasmi pelajar dalam bentuk JPEG-LOW RES. 3. Gambar Rasmi Konvokesyen ini akan dipos ke alamat rumah graduan seperti yang terdapat dalam butiran peribadi maklumat rasmi universiti dalam tempoh 1 bulan selepas sidang konvokesyen berlangsung. 4. Pastikan para pelajar mengemaskini (Nama, alamat tetap, no. tel. bimbit, dan email) serta butiran peribadi melalui sistem maklumat pelajar rasmi universiti. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kiriman gambar tidak sampai kepada para pelajar dan pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya ini berlaku. 5. Bagi sesi Fotografi Mesra Studio UUM iaitu sesi fotografi bersama ahli keluarga dan sahabat karib, para graduan bolehlah membuat tempahan gambar di kaunter-kaunter tempahan gambar studio pada hari mengambil jubah. 6. Pakej gambar Fotografi Mesra Studio UUM bermula dengan harga serendah RM100.00, RM150.00, RM250.00 dan RM 320.00. Maklumat terperinci berhubung pakej-pakej Fotografi Mesra Studio UUM akan dibentangkan di kaunter gambar studio pada hari para graduan mengambil jubah dan di dalam laman sesawang rasmi Majlis Konvokesyen 7. Selain daripada itu, pihak jurugambar rasmi UUM juga akan membuka kaunter (walk-in) bagi sesi Fotografi Mesra Studio UUM pada dan sepanjang tempoh Majlis Konvokesyen UUM ke-29 berlangsung. 8. Sebarang pertanyaan serta permasalahan, sila hubungi Unit Fotografi Komersial UUM di talian 04-928 3058/3059/3060 atau email ke:- fotokom@uum.edu.my Shamsaimi@uum.edu.my 10.0 Buku Cenderamata Konvokesyen Graduan boleh membeli Buku Cenderamata Konvokesyen UUM ke-29 dengan harga RM30.00 di Studio Fotografi UUM. Sebarang pertanyaan sila hubungi UUM Press di talian 04-928 4828/4826. 5

11.0 PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYEN 11.1 Jubah konvokesyen graduan Sarjana Muda berwarna biru dan mempunyai satu baris benang warna emas di tangan. Graduan Sarjana Muda akan diberi bersama selepang mengikut warna setiap program dan topi. 11.2 Tempat : Bilik Jubah paras bawah Dewan Tan Sri Othman (DTSO). 11.3 Tarikh dan Masa: Sila rujuk Jadual Pengambilan & Pemulangan Jubah Konvokesyen. (m/s 8) 11.4 Dokumen berikut hendaklah dikemukakan di kaunter pengambilan jubah:- i. Slip Bayaran Tunai (SPT) BIMB atau sebarang bukti pembayaran yuran konvokesyen. ii. Borang Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduat yang telah diisi sepenuhnya iii. Borang menjadi ahli Persatuan Alumni UUM. iv. Setiap wakil dihadkan mengambil jubah untuk 2 orang graduan sahaja. Layari laman web http://hea.uum.edu.my untuk mendapatkan Borang Wakil Ambil Jubah dan serahkan borang tersebut semasa pengambilan jubah. 11.5 Graduan perlu tandatangan pada buku pengambilan jubah setelah memastikan pakaian konvokesyen, iaitu jubah, selepang, dan topi diterima dengan lengkap. 11.6 Graduan hanya dibenarkan mengambil jubah konvokesyen mengikut TARIKH DAN MASA YANG DITETAPKAN SAHAJA bagi mengelakkan kesesakan semasa proses pengambilan jubah. 11.7 Graduan digalakkan mengambil jubah konvokesyen sendiri untuk menentukan saiz yang sesuai. 11.8 Sila rujuk Pelan Ke Bilik Jubah, Dewan Tan Sri Othman (DTSO). (m/s 20) 12.0 PEMULANGAN JUBAH KONVOKESYEN 12.1 Tempat : Bilik Jubah paras bawah Dewan Tan Sri Othman (DTSO). 12.2 Tarikh dan Masa: Sila rujuk Jadual Pengambilan & Pemulangan Jubah Konvokesyen. (m/s 8) 12.3 Graduan digalakkan memulangkan jubah sejurus selepas sesi konvokesyen program. Sila pastikan jubah, selepang, dan topi dalam keadaan baik sebelum dipulangkan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. 12.4 Tandatangan pada buku pemulangan jubah mengikut program. 6

12.5 Ijazah & Transkrip Akademik asal akan diberikan setelah jubah dipulangkan dalam keadaan baik. 12.6 DENDA KELEWATAN pemulangan jubah akan mula dikenakan bermula 21 November 2016 (AHAD) sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) sehari. 12.7 Graduan perlu menjelaskan denda kelewatan (mengikut jumlah hari yang lewat) tersebut di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) atau di Kuanter Jabatan Bendahari UUM sebelum proses pemulangan jubah. PERINGATAN 3 : Graduan dinasihatkan memulangkan jubah mengikut tempoh yang tetapkan. 13.0 SYARAT SEWAAN JUBAH KONVOKESYEN Syarat sewaan jubah konvokesyen yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:- 13.1 Graduan tidak dibenarkan mengubahsuai jubah yang disewa. 13.2 Sebarang keciciran/kehilangan jubah, selepang dan topi konvokesyen adalah tanggungjawab graduan. 13.3 Sekiranya graduan menyebabkan jubah, topi dan selepang konvokesyen yang dipinjam rosak atau hilang, denda yang dikenakan ialah Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja (RM600.00). 13.4 Jumlah maksima denda lewat memulangkan jubah yang dikenakan ialah Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja (RM600.00) atau selama 60 hari dari tarikh akhir pemulangan jubah. PERINGATAN 4 : Sila pastikan jubah, selepang, dan topi dalam keadaan baik semasa pengambilan dan pemulangan. 7

8 PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-29, 2016.

14.0 ETIKA PAKAIAN KONVOKESYEN 14.1 Etika Pemakaian Graduan Masuk Ke Dewan:- Graduan WAJIB memakai jubah konvokesyen yang disediakan oleh pihak universiti dengan mengikut tertib seperti berikut:- i. Selepang hendaklah terletak di atas paras kedua-dua bahu ii. Rumbai (tassel) pada topi dibiar mengurai dihadapan sebelah kiri topi. LELAKI 1. Baju i. Kemeja lengan panjang berkolar dan berwarna cerah (tanpa corak atau berjalur); dan ii. Kot/blazer berwarna hitam. 2. Tali Leher Tali leher yang bersesuaian dengan kemeja. 3. Seluar Seluar slack berwarna HITAM (seluar jean tidak dibenarkan). 4. Sarung Kaki/Stoking Sarung kaki/stoking berwarna gelap 5. Kasut Kasut kulit formal bertutup berwarna HITAM (selipar/kasut sukan/sandal tidak dibenarkan). 6. Rambut Rambut mestilah pendek dan kemas serta tidak melepasi paras kolar baju. 9 PEREMPUAN 1. Baju i. Baju kurung berwarna cerah, jubah atau; ii. Kemeja lengan panjang; atau iii. Blaus berlengan panjang; dan iv. Baju hendaklah bertutup hingga ke pangkal leher di bahagian depan dan belakang. 2. Kain/Skirt i. Kain /Skirt mestilah labuh sehingga ke paras buku lali (ankle) dan TIDAK berbelah sama ada di kiri, kanan, depan atau belakang. 3. Lounge suit i. Kemeja lengan panjang berwarna cerah (tanpa corak/berjalur); ii. Kot/blazer dan seluar berwarna hitam; dan iii. Labuh seluar hendaklah sehingga ke paras buku lali (ankle) dan tidak ketat. 4. Kasut i. Kasut kulit formal bertutup berwarna HITAM yang menutupi bahagian depan dan belakang kaki; ii. Ketinggian tumit kasut tidak melebihi 1.5 inci. 5. Rambut/Tudung i. Rambut mesti kelihatan kemas; ii. Bagi yang berambut panjang, rambut perlu diikat dengan kemas; iii. Bagi yang bertudung, mestilah menggunakan tudung yang berwarna cerah supaya mudah disesuaikan dengan jubah konvokesyen.

14.2 Contoh etika pakaian graduan yang DIBENARKAN bagi graduan lelaki dan perempuan (ketika menghadiri majlis konvokesyen) adalah seperti berikut:- A) LELAKI B) PEREMPUAN (Memakai Kot/Blazer) (Pakaian Sopan) 14.3 Contoh pakaian graduan yang DILARANG adalah seperti berikut:- A) LELAKI B) PEREMPUAN (Tidak Memakai Kot/Blazer) (Skrit Tidak labuh /Baju Ketat) PERINGATAN 5 : Graduan TIDAK DIBENARKAN/DIHALANG oleh petugas daripada mengikuti Sesi Penganugerahan Ijazah sekiranya memakai pakaian selain daripada etika yang telah ditetapkan. 10

14.2 Etika Pemakaian Tetamu Masuk Ke Dewan:- Etika pemakaian ini adalah bertujuan sebagai penghormatan kepada majlis konvokesyen yang turut dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Tunku Canselor dan tetamu kehormat Universiti. Oleh itu, setiap graduan adalah dipohon untuk memaklumkan kepada semua tetamu yang akan mengikuti majlis konvokesyen ini untuk mematuhi etika pemakaian majlis konvokesyen Universiti Utara Malaysia. Berikut adalah etika pakaian tetamu semasa majlis konvokesyen:- LELAKI 1. Baju i. Kemeja lengan panjang /pendek berkolar (T-shirt tidak dibenarkan); atau ii. Baju batik; atau iii. Baju Kebangsaan; atau iv Lounge suit (lengkap berkemeja lengan panjang dan memakai kot. 2. Seluar Seluar panjang/slack (seluar jeans/ seluar pendek tidak dibenarkan). 3. Kasut Kasut yang bertutup (selipar atau sandal tidak dibenarkan). PEREMPUAN 1. Baju i. Baju kurung, Jubah; atau ii. Baju kebaya; atau iii. Baju kebangsaan; atau iv. Kemeja lengan panjang; atau v. Blaus lengan panjang; dan vi. Baju hendaklah bertutup hingga ke pangkal leher di bahagian depan dan belakang. vii. Blaus tanpa lengan/t-shirt dan seluar yang tidak melepasi paras buku lali tidak dibenarkan. 2. Kain/Skirt ii. Kain /Skirt mestilah labuh sehingga ke paras buku lali (ankle) dan tidak berbelah sama ada di kiri, kanan, depan atau belakang. 3. Seluar jeans tidak dibenarkan. 4. Kasut selipar tidak dibenarkan. 11

14.3 Contoh etika pakaian tetamu yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:- PAKAIAN TETAMU A) LELAKI B) PEREMPUAN 14.4 Contoh gambar etika pakaian tetamu yang DILARANG adalah seperti berikut:- PAKAIAN TETAMU A) LELAKI B) PEREMPUAN 12

14.5 Antara jenis pakaian yang TIDAK DIBENARKAN dipakai oleh tetamu (bagi lelaki dan perempuan) untuk memasuki Dewan Mu adzam Shah(DMAS) ialah seperti berikut:- i. Memakai baju t-shirt berlengan atau tanpa lengan. ii. Berseluar jeans/seluar pendek. iii. Memakai selipar atau sandal. iv. Memakai skirt yang atas daripada paras lutut atau skirt berbelah sama ada di kiri, kanan, depan atau belakang terutama bagi tetamu perempuan. v. Berpakaian tidak sopan seperti kain yang jarang atau ketat dan kurang sopan terutama bagi tetamu perempuan. 15.0 ETIKA DAN PERATURAN UNTUK TETAMU SEBELUM DAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN. Graduan perlu memaklumkan kepada tetamu yang dijemput memasuki Dewan Mu adzam Shah (DMAS) supaya mematuhi perkara berikut :- Sebelum Majlis Konvokesyen i. Tetamu dinasihatkan untuk mematuhi Etika Pakaian yang telah ditetapkan, kegagalan tetamu mematuhi etika pakaian yang ditetapkan akan menyebabkan tetamu tersebut tidak dibenarkan memasuki Dewan Mu adzam Shah (DMAS) oleh petugas sambutan. ii. Tetamu dinasihatkan mematuhi masa yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan memastikan majlis konvokesyen berjalan dengan lancar. Semasa Majlis Konvokesyen i. Tetamu diingatkan supaya tidak keluar dari dalam Dewan Mu adzam Shah (DMAS) semasa majlis sedang berlangsung. ii. Tetamu yang keluar semasa majlis sedang berlangsung tidak dibenarkan untuk masuk semula untuk mengikuti majlis yang sedang berlangsung. Ini bagi mengelakkan gangguan semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung atau mengganggu tetamu lain yang hadir. iii. Bagi mengelakkan para tetamu kesejukan, adalah dinasihatkan supaya setiap tetamu memakai atau membawa sekali pakaian yang bersesuaian dengan suhu di dalam dewan. iv. Dimaklumkan suhu pendingin di dalam Dewan Mu adzam Shah (DMAS) adalah sekitar 20-24 darjah celcius pada waktu pagi dan petang. 13

16.0 PERATURAN DI DALAM DEWAN MU ADZAM SHAH (DMAS) 16.1 Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan. 16.2 Penggunaan telefon bimbit dan kamera adalah tidak dibenarkan di dalam Dewan. 16.3 Tetamu yang tidak dapat memasuki Dewan boleh menonton acara majlis konvokesyen melalui tayangan video secara langsung (Telecast) yang akan disiarkan di luar dewan (di bawah khemah yang disediakan). 16.4 Graduan akan diiringi oleh Marshal ke tempat duduk di dalam Dewan Mu adzam Shah (DMAS). 16.5 Jubah hendaklah dipakai dengan sempurna sepanjang berada di dalam Dewan. 16.6 Graduan TIDAK DIBENARKAN keluar dari dewan ketika Majlis Konvokesyen sedang berlangsung. 16.7 Sekiranya graduan perlu ke bilik air, Graduan dinasihatkan menyelesaikan urusan ke bilik air sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. 16.8 Apabila diumumkan, Perarakan Besar Masuk Ke Dewan, semua graduan dan tetamu diminta BERDIRI sehingga ahli-ahli Perarakan Besar duduk di atas pentas. Begitu juga apabila diumumkan Perarakan Besar Keluar Dewan. PERINGATAN 6 : Graduan TIDAK DIBENARKAN keluar dari dewan sehingga majlis konvokesyen tamat. 17.0 MAKLUMAT UMUM TERTIB ACARA KONVOKESYEN 17.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat Al-Quran dan diakhiri dengan bacaan doa. Semua hadirin dikehendaki duduk dengan tertib semasa Ayat Al-Quran dan doa dibacakan. 17.2 Setelah Penolong Naib Canselor Kolej/Dekan Pusat Pengajian berkenaan selesai memohon perkenan YTM Tunku Canselor/Pro- Canselor mengurniakan ijazah, semua graduan diminta berdiri di tempat masing-masing. YTM Tunku Canselor/Pro-Canselor kemudian akan mengumumkan penganugerahan ijazah tersebut. Selesai pengumuman, graduan program ijazah berkenaan dikehendaki beratur dan bergerak menuju ke anak tangga di sebelah kiri pentas mengikut marshal masing-masing. 14

17.3 Graduan dilarang membuat sebarang rakaman SELFIE sewaktu menerima ijazah daripada YTM Tunku Canselor/Pro-Canselor di pentas, bagi menghormati istiadat konvokesyen yang sedang berlangsung. 17.4 YTM Tunku Canselor/Pro-Canselor akan mengisytiharkan Konvokesyen ditangguhkan, diikuti oleh alunan lagu Allah Selamatkan Sultan atau Negaraku. Semua diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu tersebut. 17.5 Graduan/Tetamu akan keluar dewan selepas Juruacara mengumumkan perarakan keluar dewan. Sila rujuk Panduan dan Susun Atur Dalam Dewan Muadzam Shah (DMAS) seperti di bawah. 18.0 PANDUAN DAN SUSUN ATUR DALAM DEWAN MU ADZAM SHAH (DMAS) PENTAS Graduan Masuk Sahaja Pintu I Pintu H Graduan Masuk Sahaja Tempat Duduk Pensyarah Tempat Duduk Pensyarah Tetamu Masuk dan Keluar Graduan Keluar Pintu G Tempat Duduk Graduan Tempat Duduk Graduan Tempat Duduk Graduan Tempat Duduk Graduan Pintu F Tetamu Masuk Sahaja Tetamu Masuk dan Keluar Graduan Keluar Pintu E Tempat Duduk Tetamu Tempat Duduk Tetamu Tempat Duduk Tetamu Tempat Duduk Tetamu Pintu D Tetamu Masuk Sahaja Pintu Utama 18.1 Panduan dan susun atur graduan/tetamu masuk dan keluar Dewan Mu adzam Shah (DMAS) i. Pintu I dan H adalah pintu masuk yang dikhaskan untuk Graduan sahaja. ii. Tetamu di minta memasuki dewan menggunakan Pintu D,E,F & G sahaja. iii. Pintu D, F, & H akan ditutup selepas majlis konvokesyen selesai. iv. Graduan/Tetamu dikehendaki keluar ikut pintu G & E sahaja selepas majlis konvokesyen selesai. 15

19.0 PANDUAN PERGERAKAN GRADUAN KETIKA MENERIMA IJAZAH 19.1 Graduan hendaklah menyerahkan reader card kepada Marshal di tepi tangga sebelum naik ke pentas. 19.2 Graduan 1 menerima ijazah. 19.3 Graduan 2 hingga 8 berada di atas pentas di tempat bertanda X. 19.4 Graduan yang lain berdiri di atas tangga dan lantai Dewan. 19.5 Graduan 1 berjalan apabila namanya disebut dan berhenti di tempat yang bertanda X di hadapan Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Canselor dan hulurkan kedua-dua belah tangan. 19.6 Graduan Sesi 1 tidak perlu merafak sembah kepada YTM Canselor. Apabila menerima ijazah, sila ucap MENJUNJUNG KASIH TUNKU. 19.7 Graduan Sesi 2,3 4,5,6,7&8 sila ucap TERIMA KASIH TUN /TAN SRI. 19.8 Apabila selesai graduan pertama menerima ijazah, graduan kedua mara untuk menerima ijazah, graduan ketiga pula bergerak ke tempat yang bertanda X dan seterusnya seorang graduan lain naik di hujung pentas dan begitulah seterusnya. 19.9 Setelah menerima ijazah, anda dikehendaki berjalan terus ke arah tangga kanan di hadapan. 19.10 Anda hendaklah turun dari pentas melalui tangga kanan tersebut dan kembali ke tempat duduk. 20.0 TERTIB PENGANUGERAHAN IJAZAH 20.1 Graduan akan berbaris dan naik ke pentas untuk menerima ijazah mengikut turutan yang akan didahului oleh graduan Sarjana Muda Kelas Pertama, Kelas Kedua Atas dan Kelas Kedua Bawah. 20.2 Graduan akan berbaris dalam satu barisan mengikut turutan abjad nama mengikut kelas masing-masing. Sila rujuk gambar rajah Tertib Pengurniaan Ijazah (m/s 17) untuk maklumat lanjut. 16

Gambar Rajah : Tertib Penganugerah Ijazah PELAN PERGERAKAN GRADUAN SEBELUM DAN SELEPAS MENERIMA IJAZAH PENTAS UTAMA MARSHAL GRADUAN Canselor/ Pro-Canselor PINTU MASUK I X X X X X 8 7 6 5 4 3 2 x x x x x x x 1 X Cokmar PINTU MASUK H Barisan Kiri (30 kerusi) Barisan Kanan (30 kerusi) KERUSI STAF AKADEMIK KERUSI STAF AKADEMIK KERUSI GRADUAN KERUSI GRADUAN KERUSI GRADUAN KERUSI GRADUAN KERUSI TETAMU KERUSI TETAMU KETERANGAN : KERUSI Jumlah baris kerusi staf akademik, graduan, dan tetamu adalah berubah mengikut jumlah peserta yang terlibat Pergerakan graduan menaiki pentas utama (menerima ijazah/anugerah) Pergerakan Graduan dari Pentas Utama Ke tempat duduk masingmasing (mengikut nombor kerusi yang telah ditetapkan) Lokasi Reader Card Machine PERINGATAN 7 : Graduan perlu memberi perhatian berkaitan tertib Pengurniaan Ijazah berdasarkan maklumat di gambar rajah di atas sebagai persediaan bagi menjayakan majlis konvokesyen. 17

21.0 KAD JEMPUTAN DAN PAS KENDERAAN Kad jemputan dan pas kenderaan akan diberi sekali sahaja pada hari pengambilan jubah konvokesyen. Sila pastikan kad dan pas tersebut tidak tercicir atau hilang. Pas kenderaan hendaklah dipaparkan semasa memasuki kampus UUM. Jumlah tetamu yang dibenarkan untuk memasuki Dewan Mu adzam Shah (DMAS) bagi setiap kad jemputan mengikut sesi konvokesyen adalah seperti berikut:- BIL TARIKH SESI 1 12/11/2016 SABTU Sesi Pertama (Pagi 2 13/11/2016 Sesi Kedua (Pagi) 3 AHAD Sesi Ketiga (Petang) 4 14/11/2016 Sesi Keempat (Pagi) 5 ISNIN Sesi Kelima (Petang) 6 15/11/2016 Sesi Keenam (Pagi) 7 SELASA Sesi Ketujuh (Petang) 8 16/11/2016 RABU Sesi Kelapan (Pagi) JUMLAH TETAMU DIBENARKAN MEMASUKI DEWAN BAGI SEKEPING KAD JEMPUTAN 8 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 1 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 22.0 WAKTU SOLAT (BAGI DAERAH KUBANG PASU) Graduan dan ibu bapa yang beragama Islam boleh menunaikan solat di surau sementara yang disediakan (di belakang Dewan Mu adzam Shah (DMAS) dan juga surau sementara yang turut disediakan di Dewan Tan Sri Osman (DTSO) paras bawah. Waktu solat bagi daerah Kubang Pasu dari 12-16 November 2016 adalah seperti berikut:- Tarikh Hari Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak 12/11/2016 Sabtu 05:48 07:05 13:05 16:26 19:00 20:12 13/11/2016 Ahad 05:48 07:06 13:05 16:26 19:00 20:12 14/11/2016 Isnin 05:48 07:06 13:05 16:26 19:00 20:12 15/11/2016 Selasa 05:48 07:06 13:06 16:27 19:00 20:12 16/11/2016 Rabu 05:49 07:06 13:06 16:27 19:00 20:12 18

23.0 PENGINAPAN Segala urusan berkaitan penginapan adalah dibawah tanggungjawab graduan/tetamu. Disertakan beberapa penginapan sementara, yang boleh di hubungi untuk pertanyaan dan tempahan:- Hotel EDC, UUM - 04 9288888 University Inn (dalam Kampus UUM) - 04 9244545 T Hotel, Changlun - 04 924 8888 GM Hotel Changlun - 04-9249776 Taman Siswa UUM (Bandar Darul Aman, Jitra) - 04 9199113 Bustani Hotel, Jitra - 04 9177777 Hotel Regency (Alor Star) - 04 7313333 Hotel Seri Malaysia (Alor Star) - 04 7308737 Hotel Holiday Villa (Alor Star) - 04 7349999 Hotel Sentosa Regency (Alor Star) - 04 7303999 Zen Hotel Sdn Bhd (Alor Star) - 04 7775555 Star City (Alor Star) - 04 7355888 TH Hotel, Alor Setar - 04 7403666 Fuller Hotel, Alor Setar - 04 7333999 Hotel Putra Palace (Kangar, Perlis) - 04 9767755 TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN KONVOKESYEN KE-29 TAHUN 2016, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI http://hea.uum.edu.my Nota : Maklumat di dalam dokumen ini adalah benar seperti dicetak. Pihak Universiti berhak untuk membuat perubahan tanpa sebarang makluman awal. 19

24.0 PELAN KE BILIK JUBAH, DEWAN TAN SRI OTHMAN (DTSO) Bilik Jubah (Paras Bawah) (Petugas Konvo Sahaja) (Petugas Konvo Sahaja) KE DEWAN TSO JALAN UTAMA 20