Dewan Resital 29 Julai 2008, jam 8.00 pagi. Yang Berbahagia Datuk Hajjah Rosnani Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia,

dokumen-dokumen yang mirip
Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL PROF. DATUK SRI PANGLIMA DR KAMARUZAMAN HJ. AMPON

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

Yang Berusaha En. Joannes Solidau Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

MAJLIS PERASMIAN PESTA TAMU GADANG KE 12 TEKS UCAPAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Y.BHG.

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

[UNIT UPACARA & PROTOKOL

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 2 UTeM 2007

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

Skrip Penuh MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN RESIDENSI UTMKL KEPADA UTM. Pada 11 MEI 2017 (KHAMIS) 9.30 PAGI DEWAN RESIDENSI, RESIDENSI UTM KUALA LUMPUR

1. Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengalu-alukan kehadiran

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA PELAJAR PASCA SISWAZAH

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 3 JANUARI 2010 DI DEWAN 2020

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 1 UTeM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia yang saya hormati saudara dan saudari pengerusi majlis,

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

Y.Bhg. Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff, Timbalan Naib Canselor Akakdemik dan Antarabangsa UniMAP.

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) SEMPENA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

TEKS UCAPAN OLEH YBHG PROFESOR DR AHMAD YUSOFF. BIN HASSAN, NAIB CANSELOR UTeM SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM LAWATAN UNIVERSITI DIAN NUSWANTORO (UDINUS),

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis;

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

TEKS UCAPAN PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: LAWATAN KERJA RASMI Y.B. DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH KE MENARA PNS PADA:

MAJLIS PERASMIAN KURSUS PENGADIL DAN PENILAI PENGADIL PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA. Teks Ucapan

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

Y.BRS. PROF. MADYA DR. HJ. KASIM HJ. MD MANSUR TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

Yang Berbahagia Profesor Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi);

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Yang Berhormat Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan. Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen. Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kepenggunaan

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA TAMAT LATIHAN DAN PENTAULIAHAN INSPEKTOR KOR-SUKSIS UMS SIRI 1/2008

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

Yang Dihormati, Datuk Tajuddin Mat Isa, Ketua Polis Kontinjen Perlis dan Yang Berbahagia Datin

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

UCAPAN ALUAN PROF. MADYA DR. ZAINAB HAMZAH PENGARAH UNIT MEDIA UniMAP SEMPENA MALAM MESRA MEDIA UniMAP JULAI 2011*HOTEL PUTRA PALACE*

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN WISMA LEVIDA.MY DAN MENYAKSIKAN

Transkripsi:

Teks Ucapan Ybhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Sempena Majlis Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar antara IPT Malaysia kali ke-18 Dewan Resital 29 Julai 2008, jam 8.00 pagi Bismillahir Rahmannir Rahim Assalammualaikum wbt. dan Salam Sejahtera Terima kasih pengacara majlis ALU-ALUAN Yang Berhormat (Timb. Menteri ) Yang Berbahagia Datuk Hajjah Rosnani Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Yang Berusaha Prof (Pengerusi MADUM) Yang Berusaha Prof. Dr. Amran Ahmed, Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni, UMS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Debat Alam Sekitar IPT Malaysia kali ke-18 Yang Berbahagia Puan Choong Mei Chun, Pemangku Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar Malaysia Pegawai-pegawai utama dan kanan universiti

2 Para pensyarah, pelajar, ahli-ahli jawatankuasa pelaksana serta sidang hadirin yang dihormati sekalian. PENGHARGAAN KEPADA JABATAN ALAM SEKITAR. 1. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya maka dapat kita berkumpul bersama-sama dalam majlis ilmu pada pagi ini. Semoga kehadiran kita dalam dewan ini untuk menyaksikan pertandingan akhir debat alam sekitar IPT Malaysia ini mendapat keredhaan dari Allah swt. 2. Sesungguhnya kesungguhan dan komitmen Jabatan Alam Sekitar dalam usaha mendidik masyarakat tentang alam sekitar sememangnya tidak dapat dinafikan. Ini dapat dibuktikan dengan penganjuran Pertandingan Debat Alam Sekitar IPT Malaysia setiap tahun, selama 18 tahun. Kesinambungan penganjuran debat ini adalah bukti kukuh betapa Jabatan Alam Sekitar tekad mengotakan falsafah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Atas dasar yang sama juga maka untuk penganjuran debat kali ini, UMS selaku tuan rumah berusaha meluaskan lagi sasaran audien debat dengan membawa pertandingan debat ini di peringkat separuh akhir ke sekolah menengah 3. Dua buah sekolah menengah yang telah sudi menerima pelawaan kami untuk sama-sama menganjurkan debat ini ialah SM All Saints dan SMK Likas Kota Kinabalu. Penglibatan pelajar diperingkat sekolah menengah ini diharapkan dapat meluaskan lagi jangkauan mesej alam sekitar untuk audien yang lebih besar.

3 KONFLIK ALAM SEKITAR DAN MANUSIA, PERANAN GENERASI HARI INI. 4. Peningkatan populasi manusia di seluruh dunia yang melebihi angka 6 billion orang wajar dilihat sebagai satu faktor penting dalam peningkatan konflik manusia dan alam sekitar. Konflik manusia dan alam sekitar ini tidak boleh dielakkan demi untuk memastikan survival ketamadunan manusia. 5. Usaha demi usaha sentiasa dilakukan untuk memastikan survival manusia untuk terus hidup iaitu dengan mempastikan keperluan makanan dapat disediakan. Ini menyebabkan lebih banyak kawasan baru diperlukan, hutan terpaksa dikorbankan demi memberikan laluan kepada aktiviti pertanian bagi membekalkan keperluan makanan manusia. Selain daripada keperluan makanan, manusia juga banyak bergantung kepada keperluan tenaga. Manusia hari ini sudah terlalu bergantung kepada tenaga yang dihasilkan daripada bahan fosil yang tidak boleh diperbaharui malah adalah antara penyumbang utama kepada perubahan iklim dunia. Permintaan yang tinggi untuk bahan api ini juga mewujudkan konflik antara manusia dan alam sekitar. Dalam konflik seperti ini biasanya manusia akan muncul sebagai pemenang dan alam sekitar terpaksa beralah! 6. Perkara-perkara yang saya sebutkan tentang konflik manusia dan alam sekitar pada masa kini dan masa depan bukan lagi tanggungjawab sesebuah Negara. Isu konflik manusia dan alam sekitar adalah isu

4 global. Semua Negara dalam dunia ini tidak terkecuali dari mempertahankan perkara ini secara bersama. Sebagai contoh, pembakaran terbuka di Indonesia menyebabkan Malaysia menerima kesan dalam bentuk jerebu. 7. Ini bermakna isu alam sekitar boleh membawa kepada ketidakstabilan sosial malah politik dalam dan antara Negara. Generasi hari ini adalah merupakan bakal pemimpin Negara pada masa hadapan. Dibahu siswa siswilah kita letakkan harapan agar konflik manusia dan alam sekitar ini dapat ditemui jalan penyelesaiannya, sekurang-kurangnya kita berupaya meminimakan darjah kemusnahan akibat konflik tersebut. 8. Dalam memperkatakan tentang konflik alam sekitar dan manusia ini, saya ingin membawa perhatian para hadirin kepada satu perspektif lain. Peningkatan populasi manusia dari aspek lain sebenarnya tidak memberikan impak kepada kualiti alam sekitar. Apa yang berlaku sebenarnya ialah bagaimana manusia menggunakan sumber alam sekitar dan juga faktor-faktor geo-politik. Sebagai contohnya, 20% daripada penduduk di negara kaya menggunakan sehingga 80% daripada sumber alam sekitar yang dikeluarkan. Ini bermakna berlaku pembaziran dalam penggunaan yang akhirnya membawa kepada penurunan kualiti alam sekitar demi memenuhi kehendak manusia. 9. Justeru, pandangan ini memberikan implikasi betapa sebenarnya masih ada masa depan yang cerah untuk alam sekitar yang kurang tercemar. Walaubagaimanapun, jawapannya terletak kepada sejauhmana manusia berani untuk mengubah cara hidup bagi menjamin kelestarian alam sekitar. Ini termasuklah kepada keberanian para pemimpin masa depan untuk mengambil pendekatan yang lebih

5 bertanggungjawab dan tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin masa kini dalam polisi alam sekitar mereka. 10. Sebagai contohnya, kedegilan Amerika Syarikat untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dalam protokol Kyoto sebaliknya mencadangkan usaha menstabilkan pembebasan gas rumah hijau jelas menunjukkan kesilapan besar dalam polisi alam sekitar oleh Amerika Syarikat. Kesatuan Eropah pula hanya sanggup mengurangkan pembebasan gas rumah hijau sebanyak 15% berbanding keperluan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau sebanyak 60% yang ditetapkan oleh Panel Antara Kerajaan bagi Perubahan Cuaca pada tahun 1990. Kedua-dua contoh ini jelas menunjukkan sekiranya masyarakat apatah lagi pemimpin tidak berani melakukan perubahan maka alam sekitar pastinya tidak akan selamat untuk generasi akan datang. PERANAN UNIVERSITI DALAM ISU ALAM SEKITAR 11. Di pihak universiti kami akan meneruskan dan menggiatkan lagi usahausaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam konteks dan keupayaan kami sebagai sebuah gedung ilmu pengetahuan. Pendidikan tentang kesedaran alam pemeliharaan alam sekitar akan dipertingkatkan samada melalui pendidikan dalam bentuk formal atau pun informal. Sasaran audien akan diperluaskan, bukan sahaja untuk pelajar dan warga dalam kampus malah berkemungkinan besar akan menjangkau audien di luar kampus. Penganjuran pertandingan debat seperti hari ini merupakan satu contoh komitmen universiti ini dalam isu alam sekitar..

6 12. Usaha-usaha penyelidikan juga akan dipergiatkan lagi untuk menghasilkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui sekali gus mengurangkan pergantungan kehidupan manusia kepada sumber tenaga fosil yang kian pupus. Menghasilkan teknologi pertanian yang lebih maju dan murah supaya usaha untuk mengeluarkan makanan bagi menampung keperluan penduduk dapat dilakukan serta dalam masa yang sama mengurangkan penerokaan kawasan baru untuk tujuan pertanian. 13. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini, usaha menangani permasalahan alam sekitar merupakan satu usaha kolektif, setiap pihak perlu saling bekerjasama. Dunia ini adalah amanah kita bersama. Maka logiknya amanah tersebut perlu kita laksanakan. PENUTUP 14. Sekali lagi saya bagi pihak universiti Malaysia Sabah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada pihak Jabatan Alam Sekitar, Sekretariat TTNC (HEP) melalui MADUM atas kesudian memilih UMS sebagai tuan rumah untuk pertandingan debat alam sekitar ini. 15. Kepada para pendebat yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir ini, saya ucapkan tahniah dan selamat bertanding. Memanglah adat pertandingan mesti ada yang kalah dan ada yang menang. Walau

7 bagaimanapun, pemenang sebenar dalam pertandingan debat ini ialah alam sekitar yang perlu kita lindungi demi untuk generasi akan datang. 16. Bagi pihak tuan rumah, saya memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan dan kekhilafan dalam penganjuran pertandingan debat kali ini. Sekian. Terima kasih.