PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

dokumen-dokumen yang mirip
GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Giro Takaful Pelindung

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Bersama kami untuk mempersiapkan keperluan rohaniah anda.

Consultant Anda : Haire Kahfi, Mobile : , TAKAFULINK EDUCATION TP212/1/L

PRUcash double reward

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

Giro Takaful Impian. Berikan anak anda inspirasi untuk CAPAI YANG TERBAIK

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PruBSN PROTECT LINDUNGI HAK DAN KEUTAMAAN KITA. LINDUNGILAH YANG TERSAYANG.

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

IKHLAS PAYOR SAVINGS SECURE TAKAFUL RIDER

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

PRUwealth Melindungi masa depan orang tersayang INSURANS BERKAITAN PELABURAN

Berurusan dengan Pengantara Takaful

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

IKHLAS COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

JADUAL SIMPANAN BULANAN AKAUN-i LABBAIK ( ) (JADUAL 1)

i-secure Soalan Lazim:

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

INSURANS BERKAITAN PELABURAN. PRUlife partner. Sehati sejiwa, dilindungi bersama

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

PRUlink one INSURANS BERKAITAN PELABURAN. Bolehlah saya menghabiskan hidup saya dengan hati yang tenang

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL

IKHLAS HOSPITAL BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

IKHLASlink SECURE TAKAFUL. Pelan perlindungan menyeluruh yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan anda

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Takaful berkaitan pelaburan. Pengenalan

Tarikh : 21/01/ ) Produk apakah ini?

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Skim ini adalah berasaskan Unit dan ringkasan Skim ini adalah seperti berikut:

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

TAKAFULINK DANA URUS PROFIL DANA 2015

Hadiahkan masa depan yang cerah untuk yang tersayang.

Pelan kemalangan komprehensif untuk seisi keluarga.

K E L U A R G A D E N G G

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Lampiran Penerangan Produk - Pelan Perlindungan Diri Crystal Essentials

PruBSN TakafulLink. PruBSN SmartLink. PruBSN FirstLink

TAKAFUL IKHLAS BERHAD IKHLAS link Secure Takaful

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

Takaful keluarga. Apakah takaful keluarga?

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

IKHLAS VALUE TERM TAKAFUL. Merentangi jurang ketidaktentuan

Insurans. Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan)

3. Apakah syarat-syarat untuk memohon Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas? Kad Utama 21 tahun Kad Tambahan 18 tahun

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Overdraf. November 2017

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

Transkripsi:

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

MEMPEROLEHI PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA MELALUI CARA YANG BIJAK! Akhirnya, anda telah berjaya mencapai kelulusan dari kolej dan mula menghadapi fasa kedewasaan baru. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Anda mula menabung dan merancang untuk babak hidup yang baru ini seperti membina satu keluarga bersama orang tersayang, diikuti dengan perancangan untuk pendidikan anak anda, perlindungan rawatan dan pengumpulan harta. Di samping itu, anda juga berhasrat untuk menikmati tahun persaraan anda. Takaful Malaysia amat memahami keperluan hidup anda. Oleh sebab itu, Takaful Malaysia telah merangka satu pelan yang unik, bagi memenuhi keperluan setiap fasa kehidupan anda. Takaful myinvest adalah satu pelan pelaburan berkait yang berstruktur dan mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Ia memenuhi keperluan setiap fasa kehidupan anda dengan cara yang bererti dan tidak dikompromikan. Dengan menggabungkan kedua-dua perlindungan dan pelaburan anda melalui variasi rider Takaful dan dana pelaburan. Segala keperluan kehidupan anda dapat dicapai dengan hanya Caruman serendah RM100 sebulan. Jangan tunggu lagi! Gabungkan perlindungan dan pelaburan anda SEKARANG!

Gabungkan PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA MELALUI Takaful myinvest Terima kasih kepada Takaful myinvest, anda kini boleh menggabungkan kedua-dua perlindungan dan keperluan pelaburan anda melalui cara yang bijak dan mudah! Pilih untuk melabur di mana-mana 5 dana yang berteraskan kepada prinsip-prinsip Syariah; Kemampuan mengawal keperluan perlindungan anda dengan penambahan rider potongan unit yang komprehensif; Memanfaatkan segala pengalaman para professional dana kami dalam mengendalikan dana anda bagi mencapai pulangan pelaburan yang terbaik; Menikmati pulangan pelaburan tanpa menyerahkan sijil; Penukaran atau penambahan dana anda bagi memuaskan selera pelaburan anda pada bila-bila masa. Dua (2) penukaran yang percuma pada setiap Tahun Sijil; Mengendalikan pengeluaran separa* bagi kegunaan semasa kecemasan pada bila-bila masa; Memperolehi fleksibiliti dengan memilih amaun Jumlah Perlindungan berdasarkan pilihan Caruman yang anda ingin bayar; Nikmati caj risiko yang lebih rendah dengan liputan yang lebih tinggi pada usia yang muda. * Tertakluk kepada caj-caj pengeluaran separa JANGKAUAN PERLINDUNGAN KEWANGAN YANG KOMPREHENSIF! Anda memperolehi kedua-dua perlindungan Takaful dan pelaburan melalui Takaful myinvest. Meliputi kematian biasa dan manfaat keilatan ke jangkauan komprehensif rider potongan unit, kami akan sentiasa memastikan anda terjamin dan dilindungi pada setiap masa. Jenis-jenis perlindungan kewangan yang ditawarkan di dalam pelan ini termasuk: Perlindungan kematian biasa & keilatan Kematian kemalangan** Keilatan menyeluruh kemalangan** Pendapatan harian bagi penghospitalan** Penyakit kritikal** Pengecualian Caruman** ** Jika rider potongan unit disertakan dengan pelan STRATEGI PELABURAN YANG FLEKSIBEL! Selain daripada perlindungan Takaful, anda juga boleh membina portfolio pelaburan sendiri dengan berdasarkan kewangan dan selera risiko anda melalui pelaburan dalam dana pelaburan pilihan bagi mencapai objektif pelaburan anda.

APAKAH jenis-jenis DANA PELABURAN tersebut? Takaful Malaysia menyediakan rangkaian dana pelaburan yang luas yang dapat membantu anda mencapai objektif kewangan & pelaburan mengikut fasa-fasa hidup anda yang berlainan: Nama Dana Objektif Pelaburan Ihsan (Dana Seimbang) Untuk memperoleh arus pendapatan sederhana dan pulangan pertumbuhan modal yang konsisten dalam jangkamasa sederhana hingga jangkamasa panjang dengan kepelbagaian portfolio pelaburan. Menawarkan kepelbagaian portfolio yang mengandungi gabungan ekuiti dan sekuriti berpendapatan tetap yang seimbang. Irad (Dana Dividen) Untuk mencapai pendapatan dividen dalam jangkamasa panjang menerusi pelaburan selektif dalam saham dividen berpulangan tinggi yang memberikan kadar dividen kasar tahunan sekurang-kurangnya sebanyak 4%. Menawarkan pertumbuhan modal menerusi pelaburan selektif di dalam saham-saham Mewah yang berpotensi memberikan pulangan modal dalam jangkamasa panjang. Ihfaz (Dana Pengesan Indeks ) Untuk memberikan pulangan yang selari dengan prestasi FBM Indeks Emas Syariah. Istifad (Dana Saham Mewah) Untuk memberikan pulangan modal yang konsisten dalam jangkamasa panjang menerusi pelaburan dalam saham-saham Mewah selaras prinsip Syariah. Ittihad (Dana Pertumbuhan) Untuk memberikan peluang pertumbuhan modal dan pendapatan dividen melalui pelaburan selektif dalam saham-saham yang disenaraikan di dalam Bursa Malaysia Berhad yang telah diluluskan oleh MPS.

Instrumen* Minimum 10% dan maksimum 40% dalam saham Malaysia yang telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS); Risiko/ Kadar Pulangan Rendah / Sederhana Minimum 10% dan maksimum 60% dalam Sekuriti Hutang Swasta Islam dan Pelaburan Terbitan Kerajaan Malaysia. Bakinya dalam instrumen pasaran wang Islam. Minimum 40% dan maksimum 90% di dalam saham-saham Malaysia yang diluluskan oleh MPS; Minimum 50% daripada komposisi pelaburan di dalam saham-saham dividen; dan Bakinya dalam instrumen pasaran wang Islam. Sederhana 90% - 95% di dalam saham-saham Malaysia yang telah diluluskan oleh MPS; dan Bakinya dalam instrumen pasaran wang Islam. Minimum 40% dan maksimum 90% di dalam saham-saham Malaysia yang telah diluluskan oleh MPS; dan Bakinya dalam instrumen pasaran wang Islam. Sederhana / Tinggi Minimum 50% dan maksimum 95% di dalam saham-saham Malaysia yang diluluskan oleh MPS; dan Bakinya di dalam tunai, tempoh lama dan singkat Sekuriti Hutang Swasta Islam dan lain-lain kecairan pelaburan Islam. Tinggi

Anda mempunyai fleksibiliti untuk membuat pilihan daripada perkadaran yang berbeza untuk dana-dana pelaburan yang telah dipilih serta menukar jenis dana untuk memenuhi strategi-strategi pelaburan anda. Dana-dana pelaburan yang disebutkan di atas akan diuruskan oleh Jabatan Pelaburan, Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Jabatan pelaburan merangkumi sekumpulan pengurus portfolio profesional dan penganalisis pelaburan yang mempunyai purata pengalaman selama 14 tahun dalam pengurusan dana bernilai lebih RM7 bilion. NOTA*: Pemilihan sekuriti yang boleh dilabur dilakukan mengikut cara sistematik di mana proses pelaburan tertakluk kepada polisi dalaman. Proses pelaburan sistematik tersebut juga mengikut garis panduan ketat Badan Penasihat Syariah Syarikat untuk memastikan prinsip-prinsip Syariah tidak dikompromi di dalam setiap keputusan pelaburan yang dibuat. SIAPAKAH YANG LAYAK MENYERTAI? Sesiapa yang berumur antara 30 hari dan 65 tahun layak menyertai Takaful myinvest (bergantung kepada penilaian pengunderaitan). Anda akan menikmati manfaat-manfaat daripada pelan ini sehingga umur tamat maksima pada 80 tahun. APAKAH MANFAAT YANG DISEDIAKAN? Jika berlaku kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) peserta, manfaat Takaful akan dibayar kepada penama untuk mengendalikan pembayaran kepada penerima-penerimanya mengikut opsyen yang anda pilih: Opsyen A Jumlah Perlindungan Dijamin dan Nilai Aset Bersih (NAB) dana pelaburan tersebut. Opsyen B Jumlah Perlindungan Dijamin atau Nilai Aset Bersih (NAB) dana pelaburan tersebut, yang mana lebih tinggi. Sijil ini tidak akan membayar Jumlah Perlindungan pada tarikh serahan atau matang. Anda boleh memilih amaun Jumlah Perlindungan berdasarkan Caruman yang anda ingin bayar, bergantung kepada gandaan Caruman Takaful seperti mana ditunjukkan dalam jadual berikut : (sila rujuk Lampiran 1 bagi pengiraan Caruman Takaful dan Caruman Pelaburan).

Umur Masuk Gandaan Jumlah Perlindungan 30 hari - 35 40 36-45 30 46-55 20 56-65 10 Apabila matang, NAB dana pelaburan pada tarikh penilaian yang berikutnya selepas tarikh matang tolak sebarang hutang akan dibayar kepada Pemilik sijil. NAB dana pelaburan tersebut tidak dijamin dan berdasarkan prestasi sebenar dana tersebut. Sila rujuk kepada sijil untuk maklumat terperinci manfaat-manfaat yang terkandung dalam pelan ini. Berapakah caruman ANDA? Anda diberi kebebasan untuk memilih amaun Caruman dengan minima RM100 sebulan atau RM1,200 setahun. Caruman bulanan harus dalam gandaan RM10. CARA BAYARAN caruman Anda boleh memilih untuk membayar Caruman anda sama ada secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan melalui: Tunai Cek Kad Kredit (Cawangan-cawangan STMB) Arahan Tetap Kad Kredit Autodebit dari Akaun Maybank Arahan Tetap Bank di BIMB atau BSN http://www.bankislam.com.my/ http://www.maybank2u.com.my/ Potongan Gaji YURAN DAN CAJ Takaful myinvest menggunapakai kontrak Wakalah yang bertujuan untuk mengurus dan melaburkan Caruman anda. Yuran dan caj berhubung dengan pelan ini adalah seperti berikut:

Caruman tidak diperuntukan Caruman Tidak Diperuntukan adalah untuk perbelanjaan berkaitan pemerolehan. Caruman Tidak Diperuntukan hanya boleh digunakan untuk Caruman Takaful (sila rujuk Lampiran 1 bagi pengiraan Caruman Takaful dan Caruman Pelaburan). Tahun Sijil Caruman Tidak Diperuntukan (% Caruman) 1 60% 2 50% 3 35% 4 30% 5 25% 6 15% 7 & Ke atas 0% Caruman Diperuntukan (Caruman tolak Caruman Tidak Diperuntukan) akan digunakan untuk membeli unit-unit dana pelaburan berkait. Bilangan unit yang dibeli adalah bersamaan Caruman diperuntukan dibahagikan dengan harga unit tersebut. Ilustrasi di bawah adalah contoh bagi Caruman Takaful Tahunan sebanyak RM1, 200 : Tahun Sijil Caruman Takaful Caruman Tidak Diperuntukan Caruman Diperuntukan 1 1,200 720 480 2 1,200 600 600 3 1,200 420 780 4 1,200 360 840 5 1,200 300 900 6 1,200 180 1,020 7 & Ke atas 1,200 0 1,200 Caj perkhidmatan Caj perkhidmatan tetap bulanan sebanyak RM5 akan dipotong melalui pembatalan unit dari dana pelaburan anda. Caj pengurusan dana Caj pengurusan dana berdasarkan perkadaran ekuiti dan pendapatan tetap yang tertakluk dalam lingkungan berikut: Caj minima Caj maksima : 1.0% dari NAB setahun : 1.5% dari NAB setahun. Caj pengurusan akan bertambah mengikut dasar harian.

Caj Pertukaran Dua (2) pertukaran percuma dibenarkan pada setiap Tahun sijil. Penukaran yang selanjutnya akan dikenakan caj sebanyak RM50 setiap satu. Caj Penambahan Caruman Pelaburan Penambahan tunggal : 5% dari Caruman Pelaburan : 5% dari amaun penambahan Caj pengeluaran separa Satu caj tetap sebanyak RM50 akan ditolak daripada amaun pengeluaran separa dibayar. Jumlah NAB dana pelaburan tersebut selepas pengeluaran separa harus mempunyai sekurang-kurangnya RM1,000. Caj serahan Nilai terendah sama ada RM100 atau 10% daripada nilai serahan. Caj Tabarru Caj Tabarru ditolak dari Dana Pelaburan sewaktu ulang tahun bulanan sijil untuk membantu peserta-peserta yang ditimpa musibah. Segala yuran dan caj adalah tidak dijamin. Lampiran 1: Pengiraan Caruman Takaful & Caruman Pelaburan Caruman Tahunan anda dibahagikan kepada Caruman Takaful dan Caruman Pelaburan bagi tujuan pengiraan Yuran & Caj. Caruman Takaful bergantung kepada caj Caruman Tidak Diperuntukan dan Caruman Pelaburan tertakluk kepada caj penambahan. Pengiraan adalah berdasarkan umur masuk anda, amaun Jumlah Perlindungan dan Faktor Jumlah Perlindungan mengikut jadual berikut: Umur Masuk Faktor Jumlah Perlindungan Minima 30 hari - 35 40 36-45 30 46-55 20 56-65 10

Ilustrasi berikut adalah contoh cara pengiraan bagi Caruman Tahunan Takaful sebanyak RM6,000 : Umur Masuk : 35 Jumlah Perlindungan : RM200,000 Caruman Tahunan Takaful : RM6,000 Faktor Jumlah Perlindungan : 40 Caruman Takaful : 200,000 / 40 = RM5,000 Caruman Pelaburan : RM6,000 RM5,000 = RM1,000 Sekiranya pengiraan Caruman Takaful melebihi Caruman Tahunan, keseluruhan Caruman Tahunan akan dianggap sebagai Caruman Takaful. Agihan Lebihan Tiada agihan lebihan untuk Dana Risiko Pelaburan Berkait. Lebihan, sekiranya ada, akan kekal dalam Dana Risiko Pelaburan Berkait bagi melindungi dari pengalaman tuntutan luar jangka. LAMPIRAN RIDER Anda boleh menyertai satu atau lebih banyak rider potongan unit bagi meningkatkan perlindungan di bawah pelan ini: Pembayar (Sekiranya pembayar bukannya Peserta - cuma satu daripada rider berikut dibenarkan) Rider Potongan Unit - Pengecualian Caruman Ditambahnilai (Kematian, Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) & Penyakit Kritikal) Rider Potongan Unit - Pengecualian Caruman untuk Pembayar (Kematian, Keilatan Kekal dan Menyeluruh) Peserta Rider Potongan Unit - Kemalangan Diri Rider Potongan Unit - Manfaat Tunai Hospital Rider Potongan Unit - Penyakit Kritikal (Tambahan) Rider Potongan Unit - Pengecualian Caruman Penyakit Kritikal Pengecualian & Had Perlindungan Takaful myinvest adalah tertakluk kepada pengecualian dan had yang tertentu: Kematian Bunuh diri ketika waras atau tidak waras dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh penyertaan. Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) Keilatan disebabkan perang atau operasi seakan perang; Sebarang pelanggaran undang-undang oleh anda atau serangan disebabkan provokasi anda; dan Penyertaan dalam latihan untuk sebarang sukan yang merbahaya atau berbahaya atau pertandingan atau menunggang atau dalam sebarang jenis larian atau pertandingan. Pengecualian dan had-had di atas bukanlah menyeluruh. Informasi terperinci yang selebihnya boleh didapati di dalam sijil.

TERMA ISU YANG PENTING 1. Anda perlu memastikan pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan Caruman dibayar di bawah sijil ini adalah amaun yang anda mampu bayar. 2. Adalah amat penting untuk memberikan informasi yang lengkap dan tepat bagi membolehkan Syarikat atau wakilnya memberikan nasihat mengenai kesesuaian produk mengikut keperluan dan situasi anda. 3. Anda diberi 15 hari tempoh pemerhatian percuma untuk meneliti sama ada sijil tersebut memenuhi jangkaan anda. Jikalau anda mendapati ia tidak sesuai, anda berhak mengembalikan sijil tersebut dalam tempoh ini dan Syarikat akan mengembalikan: - Caruman-caruman Tidak Diperuntukan; - Nilai unit yang telah diperuntukan (sekiranya ada) pada harga unit semasa tarikh penilaian yang berikutnya; - Sebarang caj Tabarru dan yuran sijil yang ditolak, selepas potongan perbelanjaan pemeriksaan perubatan. 4. Aset setiap dana pelaburan dinilaikan pada tiap hari perniagaan bagi menentukan harga setiap unit. Sila rujuk sijil anda mengenai informasi yang lebih terperinci berkenaan asas penilaian setiap kelas aset. 5. Penilaian tunggal digunakan di mana setiap unit dibeli dan dijual pada satu harga. 6. Unit dalam sebarang Dana Unit hanya boleh diwujudkan sekiranya ada penambahan ke dalam aset Dana tersebut aset yang nilainya bersamaan nilai unit yang dicipta. Unit dalam sebarang Dana unit hanya boleh dibatalkan sekiranya ada pengeluaran dari aset Dana tersebut yang nilainya bersamaan nilai unit yang dibatalkan. 7. Prestasi terdahulu dana mungkin bukan satu panduan yang baik terhadap prestasi masa hadapan yang mungkin berubah. 8. Anda harus mengingati bahawa setiap pelaburan mempunyai kadar risiko yang tertentu yang anda tanggung dengan sepenuhnya. Nilai dana akan berubah mengikut dasar prestasi dana pelaburan berkait tersebut. 9. Syarikat mempunyai hak untuk menghentikan terbitan atau penebusan unit dalam keadaan luar biasa seperti kemungkinan penutupan sementara Pertukaran Berdaftar yang relevan. 10. Sijil ini akan dibatalkan secara automatik apabila satu (1) daripada keadaan berikut berlaku: - Sijil ditamatkan dalam Tempoh Pemerhatian Percuma; atau - Sijil yang luput diserahkan, dibatalkan atau matang; atau - Tuntutan perlu dibayar yang timbul akibat kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM). Sijil tersebut tidak akan memberikan manfaat dari dana masing-masing akibat pembatalan sijil. 11. Jika anda menyertai terlalu banyak rider potongan unit, caj-caj berkemungkinan menghabiskan unit dana pelaburan berkait anda. Jika dana pelaburan berkait tidak mencukupi untuk potongan Tabarru, sijil tersebut akan luput. 12. Sekiranya anda membatalkan sijil anda dalam tahun awalan, anda mungkin memperolehi amaun yang kurang dari jumlah pembayaran anda. 13. Jika anda tidak membayar Caruman secara berkala dan pada masa yang tepat, perlindungan Takaful tersebut mungkin terganggu apabila caj diperlukan, termasuk caj rider yang melebihi nilai unit dana pelaburan sedia ada.

14. Caj Tabarru ditolak dari Dana Pelaburan semasa ulang tahun bulanan. Jika Dana Pelaburan tersebut tidak mencukupi untuk tolakan Tabarru, sijil tersebut akan luput. 15. Syarikat mempunyai hak untuk menolak tuntutan dalam keadaan di mana anda gagal membekalkan informasi relevan yang akan mempengaruhi keputusan Syarikat untuk menerima atau menolak risiko tersebut dan berkenaan terma yang akan diterapkan kepada anda. 16. Caruman yang dibayar untuk pelan ini, disamping sebarang Takaful keluarga atau pelan insurans nyawa dimiliki dan sebarang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), layak mendapat potongan cukai sehingga amaun maksima tertakluk kepada definisi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun cukai, di bawah elaun cukai bagi caruman Takaful/ premium insurans dan Caruman kepada skim persaraan yang diluluskan atau KWSP. Semua potongan adalah tertakluk kepada keputusan muktamad LHDN. 17. Jika Caruman Tahunan anda melebihi RM5,000, anda dinasihati mempertimbangkan untuk menyertai satu produk Caruman tunggal pelaburan berkait. Sekiranya anda memutuskan untuk menyertai produk Caruman tahunan pelaburan berkait, anda dinasihati menggunakan kemudahan penambahan sebagai cara memaksimumkan nilai pelaburan. 18. Brosur ini adalah sebagai informasi umum sahaja dan tidak mewakili Sijil Takaful tersebut. 19. Sekiranya terdapat konflik antara versi Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Inggeris akan digunapakai. Impikan rumah mewah, pendidikan terbaik, corak kehidupan sempurna atau kehidupan persaraan yang lebih baik? Tidak kira apa kemahuan hidup anda, anda memerlukan asas kewangan yang kukuh untuk mencapainya. Di Takaful Malaysia, kami akan sentiasa berada disisi anda, membantu mencapai kemahuan hidup masa hadapan anda dengan membinakan satu keadaan kewangan yang sihat dan kukuh. Ibu Pejabat Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) Tingkat 26, Blok Annex, Dataran Kewangan Darul Takaful, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur. Tel 603-2268 1984 Faks 603-2274 0237 khidmat pelanggan 1-300 8 TAKAFUL (825 2385) Laman Web takaful-malaysia.com.my E-mel csu@takaful-malaysia.com.my Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah sebuah syarikat berlesen di bawah Akta Takaful dan diregulasikan oleh Bank Negara Malaysia