ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan

dokumen-dokumen yang mirip
JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

WUDHUK, TAYAMMUM, SOLAT MENGHORMATI WAKTU DAN JAMA DI KOTA SUCI MAKKAH

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

LALUAN KEHIDUPAN

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih


4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Minggu Kesepuluh WAJIB HAJI: MABIT DI MUZDALIFAH DAN MINA SERTA MELONTAR JAMRAH

WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Hak Cipta Terpelihara :

Dan beribadahlah kepada Rabbmu sampai datang kepadamu yang diyakini (kematian). (Al-Hijr : 99)

Matlamat Harapan Destinasi

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Fadhilat Berbaik Sangka

Keutamaan 10 Hari Pertama Dzulhijjah

Sucikan Diri Benahi Hati

Istiqomah. Khutbah Pertama:

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

Isilah 10 Hari Awal Dzul Hijjah dengan Ketaatan

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Keutamaan Bulan Dzul Hijjah

RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 3 NAMA:

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2

REVIEW. Disampaikan pada perkuliahan PENDIDIKAN AGAMA ISLAM kelas PKK. Dr. Dede Abdul Fatah, M.Si. Modul ke: Fakultas EKONOMI. Program Studi AKUNTANSI

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

MACAM-MACAM AMALAN YANG DISYARIATKAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

Hikmah dan Pelajaran dari Ibadah Haji

Al-Wadud Yang Maha Mencintai Hamba-Hamba-Nya Yang Shaleh

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

Permasalahan Jemaah Haji Wanita

Minggu Kelapan WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

Sistem Sosial Dalam Islam

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 13 Tahun 2011 Tentang HUKUM ZAKAT ATAS HARTA HARAM

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Beribadah Kepada Allah Dengan Mentauhidkannya

Umrah dan Haji Sebagai Penebus Dosa

:

Biografi Singkat Empat Iman Besar dalam Dunia Islam

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

Khutbah Jum'at. Menyambut Ramadhan 1432 H. Bersama Dakwah 1

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

PANDUAN : Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

Persiapan Menuju Hari Akhir

Marhaban Yaa Ramadhan 1434 H

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Haji adalah wujud ketundukan seorang Muslim kepada Rabb-nya secara sempurna.

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,


BAB IV ANALISIS ZAKAT PADA PRODUK WADI <AH (TABUNGAN HAJI) DI BANK BPRS BAKTI MAKMUR INDAH KRIAN

Keutamaan Bulan Dzulhijjah

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

Alhamdulillah Was Shalaatu Was Salaamu Alaa Rasuulillah, adapun setelah ini:

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Kedudukan Tauhid Bagi Seorang Muslim

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC :

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

1. Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengalu-alukan kehadiran

Transkripsi:

HIKMAH DAN FALSAFAH HAJI Alhamdulillah, saya rafa kan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas kurniaan yang tidak terhingga. Pada kali ini, dengan izin-nya, dapat menyiapkan artikel yang bertajuk: Hikmah dan Falsafah Haji. Ini amat bertepatan dengan panggilan haji yang pasti tiba tidak lama lagi. Definisi Hikmah Sebelum dibincangkan tajuk seperti ini penulis perlu mengemukakan beberapa definisi hikmah dan falsafah. Mengikut Imam Ibn Qudamah al-maqdisi: Hikmah ialah gabungan antara ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan definisi hikmah dengan mendalam, dikemukakan di sini definisinya: Pada bahasa, ianya diambil daripada kalimah hakama, dengan maksud tegahan. Justeru, dengan maksud tegahan daripada kezaliman. Hikmah pula membawa maksud tegahan daripada kejahilan. Definisi Falsafah Al-Jurjani dalam al-ta rifat (216) berkata: Falsafah ialah menyerupakan dengan Tuhan mengikut kemampuan manusia untuk menghasilkan kebahagiaan yang abadi, sebagaimana yang diperintah oleh Rasulullah SAW yang bersifat benar. Ini selaras dengan kenyataannya yang bermaksud: Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah SWT. 1

Dikemukakan di sini hikmah dan falsafah haji sama ada secara fardi iaitu perseorangan atau jemaah Firman Allah SWT: yang bermaksud: (Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah, dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah), dan bertaqwalah kepada-ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Surah al-baqarah: 197) Zahir nas ini menjelaskan bahawa haji itu mempunyai waktu yang tertentu, iaitu pada beberapa bulan tertentu, iaitu Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari pertama Zulhijjah. Berdasarkan nas ini, tidak sah ihram dengan haji melainkan di dalam bulan-bulan yang ditentukan sahaja, walaupun ada sesetengah mazhab mengatakan sah berihram dengan haji di sepanjang tahun dan menentukan bulan-bulan yang tertentu ini untuk menunaikan syiar-syiar haji pada masa-masanya yang termaklum. 2

Pendapat yang akhir ini dipegang oleh Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad Ibn Hanbal. Pendapat ini juga diriwayatkan dari Ibrahim al- Nakha ie, al-thauri dan al-laith Ibn Sa'ad. Sementara pendapat yang pertama pula, dipegang oleh Imam al-syafie dan pendapat ini juga diriwayatkan dari Ibn Abbas, Jubair, `Ata', Tawus dan Mujahid dan ia merupakan pendapat yang azhar. Hikmah Haji dan Faedah bagi Individu Dr. Wahbah al-zuhaili dalam al-fiqh al-islami Wa Adillatuhu menyebut tentang faedah bagi seseorang yang menunaikan haji. Antaranya: Menghapuskan dosa kecil. Sebahagian ulama Hanafi berkata, termasuk dosa besar. Membersihkan jiwa daripada maksiat. Jiwa menjadi bersih, ikhlas dalam tajdid kehidupannya. Menambahkan lagi ma nawiyat ihsan. Meneguh dan menguatkan cita-cita serta keazaman. Mengukuhkan lagi husnu al-zan dengan Allah SWT. Menambah dan meningkatkan iman serta keyakinan. Memperbaharui tajdid perjanjian ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Bertaubat dengan penuh keikhlasan dan harapan kepada keampunan-nya. Mendidik jiwa serta melembutkan perasaan kemanusiaan. Menambahkan lagi sifat dan tingkatan ihsan dalam ibadat. 3

Mengimbau kembali nostalgia keagungan Islam. Membaca sejarah salaf al-soleh yang penuh gemilang dengan amalan soleh dan jihad. Mengajar erti sebuah kesabaran dan pengorbanan. Memahami keperluan iltizam dan istiqamah yang mesti disebatikan dalam jiwa. Menzahirkan kesyukuran di atas pelbagai kurniaan nikmat-nya: Antaranya, nikmat harta, kesihatan, ilmu, ukhuwah, iman, taqwa, tauhid, akal dan lain-lain. Menanam dalam lubuk hati ruh ubudiah yang sempurna. Hikmah Haji dan Faedah untuk Jemaah Dr. Wahbah al-zuhaili dalam al-fiqh al-islami Wa Adillatuhu menyebut tentang faedah bagi jamaah yang menunaikan haji. Antaranya: Taa ruf ummah yang merentasi pelbagai bangsa, bahasa, tanah air, watan dan taraf serta darjat kehidupan sesama Muslim. Memungkinkan untuk mendapat manfaat iqtisadiah dan ekonomi ummah, seperti transaksi perniagaan, kenderaan atau kapal terbang, perhotelan atau tempat tinggal, pengangkutan di tanah suci, makanan, minuman, buah-buahan, ubat-ubatan, farmasi, mata wang, binatang qurban, dam, fidyah, khidmat atau servis, khemah, kitab atau buku, hingga kepada perkara yang remehtemeh. 4

Muzakarah ummah berkenaan maslahah agama Islam, politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain antara cendikiawan ulama pemimpin dan pembesar negara. Bersatu dalam perbincangan menangani isu musuh Islam. Mengikat dan mengutuhkan lagi Rabitah Ukhuwwah Islamiyah sesama ummah di seluruh pelusuk dunia. Merasakan kebersamaan ummah yang pelbagai, berasal daripada manusia yang satu, iaitu Nabi Adam AS. Melahirkan perasaan setaraf dan sama kedudukan sifat kemanusiaannya di hadapan Allah yang dijelmakan melalui: Pakaian ihram, warnanya yang putih, slogan talbiah yang sama, menuju ke tempat yang sama, mengadap kiblat yang sama, solat pada waktu yang sama, berjemaah dengan imam yang satu, tawaf di tempat yang sama, sa ie pada tempat yang sama, wuquf pada hari, waktu, tempat yang serentak, melontar ke lubang jamarat yang sama, dengan bilangan batu yang sama dan peraturan yang juga sama. Membuahkan perasaan cinta kepada Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabatnya. Melatih dan mendidik jiwa untuk saling bekerjasama sebagai team building yang benar-benar mantap. 5

Penutup Dalam al-fiqh al-manhaji menyebut, Allah SWT mensyariatkan beberapa syariat kepada hamba-nya dan memperincikan hukumhukum untuk kepentingan mereka dari segi agama dan kehidupan di dunia pada masa ini dan akan datang. Apabila menyebut tentang haji, al-quran mengisyaratkan bahawa ibadat tersebut mempunyai faedah dan kebaikan yang banyak untuk manusia. Terlalu banyak hikmah falsafah dan kebaikan yang dapat dikutip di sebalik pensyariatan kefardhuan haji itu. Ungkapan yang digunakan oleh al-quran, sebagaimana firman-nya yang bermaksud: Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban), dengan yang demikian, makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Surah al-hajj: 28) Al-Alusi dalam tafsirnya, Ruh al-ma ani (17/189) berkata: Untuk mendapatkan manfaat, di mana perkataan manfaat disebut dengan banyak, yang memberi maksud besarnya manfaat dan banyaknya, di mana ia digunakan dalam bentuk nakirah kerana membesar dan membanyakkannya. 6

Semoga catatan berkenaan Hikmah dan Falsafah Haji ini, dapat menambah lagi keyakinan bakal jemaah haji ketika berangkat menunaikan haji ke tanah suci Makkah. Di samping itu, mengambil kesempatan dan peluang semasa berada di sana untuk menggandakan prestasi ibadat ke tahap yang benar-benar maksimum. Amin. Penulis : Dr. Zulkifli bin Mohamad al-bakry Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM) 7