MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 159 TARIKH: 20 JUN 2014 (JUMAAT); JAM: PAGI TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

dokumen-dokumen yang mirip
MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 165 TARIKH: 6 JAMADIL AKHIR 1437/15 MAC 2016 (SELASA); JAM: PAGI; TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim.

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN PELAN STRATEGIK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

TEKS UCAPAN PERASMIAN YAB DATO SERI DR ZAMBRY B ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK MAJLIS PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SIMPANG PULAI, PERAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

ISTIADAT PERBARISAN JUBLI EMAS KOR KESIHATAN DIRAJA

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH UPACARA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH SELAMA

TITAH TUANKU CANSELOR DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMBAH ALU-ALUAN MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA ASIA TENGGARA KALI KE-5 TAHUN 2011

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH

KONVENSYEN MEMPERKUKUH PASAK NEGARA: KE ARAH WASIAT LEBIH TERSURAT TARIKH : 5-6 OGOS 2017M / DZULKAEDAH 1438H TEMPAT : HOTEL MARRIOTT PUTRAJAYA


KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

PERASMIAN SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2017

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

ISTIADAT PERTABALAN PADUKA SERI SULTAN PERAK XXXV

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCA- RAN PERAYAAN MENYAMBUT ABAD KE 15 HIJRAH DI BANGUNAN PARLIMEN, PADA 21 NOVEMBER, 1979.

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"


Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN SURAU KAMPUS TETAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 12 Mac 2014

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN SKIM PERKHIDMATAN MASYARAKAT BAGI PENERIMA-PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

KANDUNGAN. Muka Surat. Sekapur Sirih Kata Alu-aluan.. 4

URUSETIA PENGURUSAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UTHM KE-17 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK MAKLUMAN

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

DASAR PELETAKAN JAWATAN

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

TEKS UCAPAN YDH KOMANDAN SUKSIS UTM

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 1436H/2015M. Oleh: Mohd Fazrin Bin Hamdan

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

PANDUAN SOLAT SUNAT DO A DAN WIRID

Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan kosong seperti berikut:-

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Salam Perlis, Raja Ditaati, Rakyat Dirahmati, Negeri Disanjungi

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Teks Ucapan Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman Pemangku Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh Dan Salam

RANG UNDANG-UNDANG SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

ISHAK SAAT MOHD AZHAR BAHARI

Cara Berdoa Novena 3 Salam Maria

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH DI MAJLIS WACANA ILMU UiTM

TEKS UCAPAN YB DATO SUK SEMPENA POGRAM ROADSHOW INTEGRITI 2018

dengan anak isteri mereka dalam bulan yang mulia ini dalam suasana yang meriah itu.

Tahlil Arwah TAHLIL ARWAH

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Pengerusi LPU Naib Canselor & Isteri Exco Timbalan2 Naib Canselor Pengarah Pusat Ekuin. Juruacara mengumumkan: Juruacara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

PEKELILING AM KERAJAAN NEGERI JOHOR BILANGAN 2 TAHUN 2017

TEKS UCAPAN YG BHG. BRIG JENERAL DATO PROFESSOR DR KAMARUDIN HUSSIN KOMANDER REJIMEN 509 ASKAR WATANIAH SEMPENA MAJLIS BBQ SKAW SIRI 21/2010

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

PANDUAN PELETAKAN JAWATAN / PELETAKAN JAWATAN & PELEPASAN DENGAN IZIN

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2010/2011 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) Teks Ucapan

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Tuan-tuan dan Puan-puan. Berbalik semula kepada Pertandingan Membaca Al-Quran tahun ini, saya sukalah mengucapkan setinggi-tmggi penghargaan dan

JAWATAN KOSONG DI PENTADBIRAN NEGERI PERAK. 1. Jawatan : Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J1-2 dan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J1-1

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Sambutan Presiden RI pada Peringatan Nuzulul Quran 1430 H, Senin, 07 September 2009

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

HMA PENGANTAR BAHASA MALAYSIA

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

KESILAPAN BAHASA DALAM SURAT 43 MENYURAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Berdiri. 2. NYANYIAN JEMAAT Ya Tuhan Kami Puji Nama-Mu Besar KJ 7:1,4. (prosesi Alkitab simbol Firman Allah yang siap untuk diberitakan)

Perayaan Ekaristi Hari Minggu Adven ke-1

LANGKAH-LANGKAH MENUJU PERTUMBUHAN ROHANI

SEMBAH ALU-ALUAN SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN 2011

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Undang-Undang Malaysia

Adakah Surakarta ini Solo? dan apa bezanya dengan Sulu?? Semenjak bila Raja Surakarta memberi Gelar kepada rakyat?

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Ucapan Aluan Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena Majlis Graduasi Program Pensijilan USIM-BIMB 2016

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2015 PEMINDAHAN TERBITAN RASMI KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

1 February 2018 SEMUA KETUA JABATAN SEMUA AHLI AKADEMIK MEREKA YANG BERKENAAN

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Transkripsi:

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 159 TARIKH: 20 JUN 2014 (JUMAAT); JAM: 10.00 PAGI TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR. Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji milik ALLAH Subhanahu Wata ala. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta kepada para Tabiin dan para ulama. Semoga beroleh ihsan sehingga ke hari kebangkitan. 2. Mesyuarat Dewan Negara ke 159, merafakkan sembah ucap takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun, di atas kemangkatan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada hari Rabu, 28 Rejab 1435 Hijrah, bersamaan 28 Mei 2014. 1

3. Kesultanan Melayu Perak diasaskan oleh Sultan Muzaffar Shah I pada tahun 1528. Kini telah tiga puluh lima Sultan diangkat untuk bersemayam di takhta pemerintahan. Dalam tempoh empat ratus lapan puluh enam (486) tahun sejarah Kesultanan Melayu Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan yang ketiga puluh empat (34), ditentukan oleh ALLAH Subhanahu Wata ala bersemayam ditakhta pemerintahan selama 30 tahun, 3 bulan, 25 hari, mencatatkan tempoh bersemayam di takhta pemerintahan, kedua paling lama selepas Sultan Perak kesebelas, Sultan Mahmud Iskandar Shah yang bersemayam di takhta Kerajaan selama 67 tahun, di antara tahun 1653 sehingga 1720. Mesyuarat Dewan Negara ke 150 bertarikh 6 Mac 2012, adalah mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Dalam titah yang dizahirkan, Almarhum memperingatkan bahawa Institusi Raja akan kekal relevan jika ia terus mendapat penghormatan rakyat. 4. Almarhum telah memenuhi peranan sebagai seorang Raja Pemerintah yang berpegang teguh kepada konsep Raja Berperlembagaan. Pengalaman berkhidmat sebagai seorang hakim, telah mencanai minda serta membentuk pemikiran 2

Almarhum. Ketika menimbangkan sesuatu perkara, Almarhum senantiasa memeriksa semua fakta dan menghalusi setiap data sebelum merumuskan sebaik-baik keputusan untuk kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat. 5. Almarhum dikenali dan diiktiraf sebagai seorang Raja Pemerintah yang amat berpegang kepada prinsip meluhurkan Perlembagaan serta mendaulatkan undang-undang negara. Almarhum telah meninggalkan legasi pemerintahan yang wajib dijadikan rujukan. Almarhum telah melakarkan imej Raja Pemerintah yang disegani dan menyuntik kedaulatan takhta yang dihormati. Semoga roh Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, demikian juga roh-roh tiga puluh tiga Sultan terdahulu, yang setiap seorang dari Marhum itu telah menyempurnakan amanah sebagai Amirulmukminin, dilimpahkan segala ihsan daripada ALLAH Subhanahu Wata ala, ditempatkan bersama roh para Solihin. Sama-samalah kita membaca surah Al- Fatihah, memohon rahmat daripada ALLAH Subhanahu Wata ala, semoga apa jua ganjaran daripada bacaan tersebut disampaikan kepada roh Almarhum-almarhum yang telah berada di alam barzakh. Al-Fatihah. 6. Beta bersyukur ke hadrat ALLAH Subhanahu Wata ala, kerana dengan petunjuk dan hidayat dari Nya juga, ahli-ahli 3

Dewan Negara Perak yang bersidang pada 28 Rejab 1435 Hijrah bersamaan 28 Mei 2014 Masihi telah mencapai kata sepakat mengamanahkan ke atas diri Beta untuk diserahkan tanggung jawab mewarisi takhta pemerintahan. 7. Mesyuarat Dewan Negara ke 159, pada pagi Jumaat yang dipohon agar dilimpahi berkat dan rahmat ILAHI, adalah mesyuarat pertama yang Beta mempengerusikannya atas nama Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan. Beta bersyukur ke hadrat ALLAH Subhanahu Wata ala atas anugerah ini. Beta menzahirkan penghargaan atas ketetapan sebulat suara ahli-ahli yang hadir dalam Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 158, memberikan kepercayaan dan menyerahkan amanah kepada Beta, dilantik sebagai Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan yang ketiga puluh lima. 8. Akan Beta jadikan pedoman kata-kata yang terkandung dalam Ucapan Wakil Siswazah Kehormat yang dizahirkan oleh Paduka Ayahanda Beta, ketika masih seorang Hakim, dikenali sebagai Yang Amat Mulia Raja Tan Sri Azlan Shah semasa dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Sains Malaysia pada 28 Jun 1980. Yang Amat Mulia Raja Tan Sri Azlan Shah antara lain memberikan peringatan; 4

Petikan:...sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil dari salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggung jawab kepada rakyat. Sebenarnya, penasihat-penasihat istana ini adalah terdiri dari mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat. Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pegawai istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya. 9. Beta amat insaf akan kata-kata yang terkandung dalam sumpah jawatan yang Beta telah zahirkan; ia adalah ikrar perjanjian Beta dengan ALLAH Subhanahu Wata ala. Ia adalah amanah dan tanggung jawab amat berat; meletakkan Beta dengan akauntabiliti baik di dunia, lebih-lebih lagi ketika berhadapan 5

dengan Tuhan Rabbuljalil pada hari kebangkitan di Mahsyar nanti. Beta mohon mendapat sebaik-baik nasihat dan panduan daripada ahli-ahli Dewan Negara untuk membolehkan Beta menyempurnakan amanah dan tanggung jawab ini sebaik mungkin. Sembah maklumkan kepada Beta perkara yang benar, betapa pahit sekalipun, dan betapa berat untuk lidah mengucapkannya. Setiap kebenaran wajib disembahkan dan jangan sama sekali dirahsiakan daripada pengetahuan Beta. Jauhkan Beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong Beta untuk berkhayalan, lena dengan mimpi indah; sedangkan realiti yang berlaku di kalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan dengan apa yang diceritakan. Semoga ahli-ahli Dewan Negara akan membantu Beta dengan segala keikhlasan dan kejujuran agar Beta dapat menyempurnakan amanah dan tanggung jawab dengan adil lagi saksama. 10. Beta amat insaf bahawa daulat seseorang Raja Pemerintah itu akan ditentukan oleh kebijaksanaan dan kearifan serta keadilan dan kesaksamaan pemerintahan Baginda. Pemerintah yang bijak dan arif, adil dan saksama, akan dilimpahkan rahmat ILAHI, negerinya makmur dengan pelbagai rezeki, dan Raja berupaya memberi payung naungan membolehkan rakyat hidup dalam 6

rukun, damai, harmoni lagi sejahtera. Akan Beta jadikan pedoman kata peringatan orang tua-tua: Bapa kepada Raja adalah syariat ajaran Rasul Ibu kepada Raja adalah adat dan undang-undang Saudara kepada Raja adalah segala Menteri Besar dan Kecil Anak kepada Raja adalah segala rakyat jelata Bahawa Raja itu bagaikan tiada bapa, ibu dan anak Tidak diutamakan oleh Raja kepentingan lain melainkan rakyat jelata Malah ungka siamang di hutan jua adalah di bawah jagaan Raja Menjalankan pemerintahan dengan adil Memelihara agama Menjamin keamanan Menunaikan kewajipan dengan penuh iltizam Jika Raja gagal menjunjung kebenaran ini Maka hancur musnahlah negara 11. Yang lebih utama adalah doa yang Beta pohonkan untuk senantiasa dikurniakan panduan daripada ILAHI. Maha suci ALLAH yang di tangan Nya segala Kerajaan 1 ; hamba-mu yang daif lagi lemah ini, memohon segala petunjuk dan bimbingan, 1 Al-Quran: Al-Mulk (67:1) 7

pimpinlah hamba-mu ini ke jalan yang lurus 2 ; (ia itu) jalan orangorang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat 3. Amin Ya Rabul Alamin. 2 Al-Quran: Al-Fatihah (1:6) 3 Al-Quran: Al-Fatihah (1:7) 8