PING PONG 1. NAMA Rujuk Perkara 1 Peraturan Am Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT) 2. PERATURAN PERTANDINGAN Mengikut undang-undang dan Peraturan Am SUKIPT yang dikuatkuasakan sepanjang pertandingan ini. 3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 3.1 Selain daripada peraturan-peraturan terkandung, pertandingan ini akan diputuskan mengikut Undang-Undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) dan terjemahan Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) yang berkuatkuasa pada ketika ini. 3.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka Undang-Undang Inggeris akan dipatuhi. 4. KELAYAKAN PEMAIN Rujuk Perkara 3 Peraturan Am Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT). 5. FORMAT PERTANDINGAN 5.1 Pertandingan akan dijalankan secara Berpasukan dan Individu. 5.2 Kategori Berpasukan terbahagi kepada dua, iaitu ; 5.2.1 Berpasukan Lelaki 5.2.2 Berpasukan Wanita 5.2.3 Susunan pemain seperti berikut ; - Bergu Pertama - Bergu Kedua - Bergu Ketiga 5.3 Kategori Individu terbahagi kepada 5, iaitu ; 5.3.1 Perseorangan Lelaki 5.3.2 Perseorangan Wanita 5.3.3 Bergu Lelaki 5.3.4 Bergu Wanita 5.3.5 Bergu Campuran
6. PENDAFTARAN PASUKAN/PEMAIN 6.1 Kategori Berpasukan 6.1.1 Setiap IPT hanya dibenarkan mendaftarkan 1 pasukan sahaja bagi kategori Lelaki dan Wanita. 6.1.2 Bilangan pemian adalah seperti berikut ; BILANGAN PEMAIN LELAKI WANITA MINIMUM 6 6 MAKSIMUM 8 8 6.1.3 Seorang pemain dibenarkan bermain dalam satu (1) kali sahaja. 6.1.4 Sebarang pemain gantian tidak dibenarkan selepas Borang Susunan Pemain diserahkan kepada pihak urus setia. 6.2 Kategori Individu 6.2.1 Setiap IPT dibenarkan mendaftar maksimum dua (2) penyertaan bagi setiap acara. 6.2.2 Seorang pemain dibenarkan mengambil bahagian dalam satu (1) acara perseorangan dan satu (1) acara beregu. Tidak boleh menyertai kedua-dua acara bergu. 6.2.3 Sebarang pemain gantian tidak dibenarkan selepas Undian Rasmi dibuat. 6.2.4 Susun atur pemain di Borang Pendaftaran Pemain (N Form) hendaklah disusun mengikut ranking dalam pasukan masingmasing 7. SISTEM PERTANDINGAN 7.1 Kategori Berpasukan akan dijalankan secara liga di peringkat kumpulan dan kalah mati (knock out) untuk pusingan kedua dan seterusnya. 7.2 Semua pemain perlu menamatkan permainan di peringkat kumpulan bagi menentukan Johan dan Naib Johan kumpulan masing-masing. 7.3 Kategori Individu akan dijalankan secara kalah mati (Knock out) bermula pusingan awal dan seterusnya. 7.4 Semua perlawanan akan dijalankan secara lima (5) permainan terbaik daripada lima (5) permainan (best of five (5) games) dengan kiraan 11 mata bagi setiap set mengikut ketentuan berikut : a) Setiap pasukan/individu yang mendapat keputusan 3-2 b) Setiap pasukan/individu yang mendapat keputusan 3-1 c) Setiap pasukan/individu yang mendapat keputusan 3-0
8. PENENTUAN KEMENANGAN BAGI SISTEM LIGA (BERPASUKAN) 8.1 Setiap pemain yang mendapat 3 set terbaik dikira pemenang seperti berikut :- i. Setiap individu yang mendapat keputusan 3-0 ii. Setiap individu yang mendapat keputusan 3-1 iii. Setiap individu yang mendapat keputusan 3-2 8.2 Setiap pasukan yang mendapat 2 perlawanan terbaik dikira pemenang seperti berikut : i. Setiap pasukan yang mendapat keputusan 2-0 ii. Setiap pasukan yang mendapat keputusan 2-1 8.3 Setiap pasukan perlu menghabiskan semua perlawanan dalam peringkat kumpulan semasa dalam pusingan liga dijalankan. 8.4 Setiap pasukan yang menang akan mendapat mata seperti berikut : i. Menang = 2 mata ii. Kalah = 0 mata 8.5 Sekiranya terdapat pasukan yang mendapat mata yang sama dalam kumpulan, sistem berikut akan digunakan iaitu : i. Jumlah set menang tolak jumlah set yang kalah. ii. Sekiranya seri, Jumlah mata yang menang tolak jumlah mata yang kalah. iii. Sekiranya seri, Keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan akan digunakan (head to head). iv. Sekiranya seri, pihak penganjur berhak menentukan sistem yang akan digunakan dan keputusan yang dibuat adalah muktamad. 9. PAKAIAN PERTANDINGAN 9.1 Setiap pemain perlu memakai pakaian yang tertulis nama pasukan yang diwakili di bahagian belakang baju. 9.2 Bagi acara bergu, pemakaian baju pemain hendaklah sama darisegi warna dan corak. 9.3 Setiap pemain dilarang memakai baju yang sama warna dengan bola pertandingan. 9.4 Setiap pemenang perlu berpakaian sopan semasa Majlis Penyampaian Hadiah.
10. ALATAN PERTANDINGAN 10.1 Peralatan pertandingan yang diguna pakai semasa pertandingan adalah mengikut Undang-undang Permainan Ping Pong seperti yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF). 10.2 Para peserta hanya perlu membawa bad ping pong sendiri semasa kejohanan. 10.3 Tidak dibenarkan menggunakan getah yang diubahsuai dan sekiranya terdapat aduan pemain tersebut boleh disingkirkan daripada kejohanan. 10.3 Bola plastik saiz 40+ mm berwarna putih sahaja digunakan pada kejohanan ini. 11. PANGGILAN PESERTA 11.1 Setiap pemain perlu melaporkan diri di meja panggilan 5 minit sebelum perlawanan bermula serta perlu membawa kad akreditasi. 11.2 Setiap pemain yang akan bermain untuk perlawanan seterusnya diberi masa rehat selama 10 minit. 12. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH 12.1 Setiap pemain hendaklah menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan melainkan telah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan yang disediakan oleh Pihak Penganjur. 12.2 Jika tidak, pemain tersebut boleh disingkirkan daripada pertandingan ini. 12.3 Hanya Pasukan Perubatan yang disediakan oleh Pihak Penganjur sahaja dibenarkan merawat pemain semasa perlawanan berlangsung. 13. KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN Hanya 5 minit sahaja akan diberi kepada setiap pemain yang lewat dan selepas itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan kiraan 11 0, 11 0, 11 0. 14. HADIAH DAN PEMENANG a. Hadiah diberi hanya kepada Pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga Bersama bagi semua acara. b. Pemain yang kalah di peringkat Separuh Akhir dikira sebagai Pemenang Ketiga Bersama bagi semua acara.
15. HAL-HAL LAIN 15.1 Hanya pegawai pasukan sahaja dibenarkan berada di gelanggang pertandingan semasa sesuatu perlawanan berlangsung. 15.2 Pihak penganjur berhak meminda, mengubah mana-mana peraturan demi memastikan kelancaran penganjuran tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada pasukan dan keputusan yang dibuat adalah muktamad. 16. PERKARA-PERKARA LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN Rujuk Peraturan Am Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT).