GARIS PANDUAN TATACARA BERPAKAIAN UNTUK PENERIMA DAN TETAMU SEMASA MENGHADIRI RAPTAI DAN HARI ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN PAKAIAN BEKERJA DAN UPACARA RASMI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985 (PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM)

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 14/2007 PERATURAN PAKAIAN DAN PEMAKAIAN KE PEJABAT DAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS RASMI MARA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2012 GARIS PANDUAN ETIKA PAKAIAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN DENGAN SEMPURNA. MAJLIS KONVOKESYEN

MAJLIS AMANAH RAKYAT. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016.

1.0 OBJEKTIF PANDUAN PAKAIAN SEMASA BEKERJA Pakaian Staf Lelaki. 2.2 Pakaian Staf Wanita. 2.3 Pakaian Seragam. 2.4 Baju Korporat MKM

Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) KE 14 PADA 17 NOVEMBER 2015 MAJLIS KONVOKESYEN

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

SENARAI SEMAK GRADUAN

AKU JANJI PEMATUHAN KEPADA ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BUKU MAKLUMAT & JEMPUTAN GRADUAN KONVOKESYEN PERDA-TECH KE 7

SYARAT DAN PERATURAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA PROGRAM EKSEKUTIF UTMSPACE 2017

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METRO KUANTAN

1.1 Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru akan diadakan mengikut maklumat berikut:

KOD ETIKA PAKAIAN STAF 2011

PERATURAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA IBNU KHALDUN SAMARAHAN.

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2006

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METRO KUANTAN KALI PERTAMA

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 14

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (Malaysian Red Crescent Society) BUKU PANDUAN NO. 5 PAKAIAN SERAGAM PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEEMPAT POLITEKNIK METrO KUANTAN

Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2016 akan diadakan pada 29 November Disember 2016

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-25 POLITEKNIK PORT DICKSON

2.1 Membolehkan mereka membawa senjatapi semasa menjalankan tugastugas dalam kawasan di tentukan dan menjaga harta benda majikan.

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

PAKAIAN DAN PERALATAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ KIBLAH (BERKUATKUASA JANUARI 2011)

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

PERATURAN BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

4. SENARAI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

1.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah menyempurnakan perkara-perkara berikut:

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-26 POLITEKNIK PORT DICKSON

Jemputan seorang- 5/7 Jemputan berpasangan 4/6 Penghormatan kepada individu tertentu. Penganjur / tuan rumah di kanan tetamu kehormat

BUKU PANDUAN 1 DISEMBER 2016 (KHAMIS)

MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH AMBILAN JANUARI 2010 DAN AMBILAN JUN 2009 SERTA KDPM KDC AMBILAN JAN 2007

GARIS PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2016 POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU KALI PERTAMA

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

PENGURUSAN ASRAMA PENDAFTARAN ASRAMA SM TEKNIK TUANKU JA AFAR, SEREMBAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN NAMA TINGKATAN RUMAH K.

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KEDUA

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG (THE SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA, PENANG)

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN UCAM AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 15

Didoakan semoga saudara/i sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

SPESIFIKASI SEBUT HARGA

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN

LAMPIRAN A. ARAHAN PENTADBIRAN PEMILIHAN PEGAWAI KADET DAN PELAJAR AWAM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1. Pengenalan

GARIS PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2017 POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018

SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG 2012 PERATURAN PERTANDINGAN KARATE (LELAKI DAN WANITA)

DENGAN RAHMAT TUHAN YANG MAHA ESA MENTERI HUKUM DAN HAK ASASI MANUSIA REPUBLIK INDONESIA,

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

KANDUNGAN. "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." Tujuan. Definisi. Panduan Pakaian Semasa Bekerja

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2013 PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT BAGI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN

PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN TAJ INTERNATIONAL COLLEGE

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

Powered by TCPDF (

PENGURUSAN MAJLIS RASMI. Anwar Mohd Zain Unit Komunikasi Korporat

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-15. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

PEMAKAIAN UNIFORM PEGAWAI & KADET KRS

A Perkara SKALA Penilaian Markah Diperoleh Pemeriksaan Pakaian 1. Pakaian Asas

TERHAD TAWARAN KE PEMILIHAN AKHIR PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 58/18 (LELAKI) SEMENANJUNG

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KEEMPAT POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

POLISI PAKAIAN SERAGAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE-20

TERHAD ARAHAN MELAPOR DIRI PEMILIHAN AKHIR PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 56/17

KEJOHANAN KARATE JEMPUTAN MASUM 2008 PERATURAN PERTANDINGAN KARATE (LELAKI DAN WANITA)

DENGAN RAHMAT TUHAN YANG MAHA ESA KEPALA BADAN PERTANAHAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA,

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN KAROM LELAKI / WANITA PESUMA KE-30

Pakaian tradisonal Iban

KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERDANA MENTERI SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014 PANGGILAN HORMAT DAN KAEDAH PENGGUNAANNYA. Dikelilingkan kepada:

TAJUK : IMEJ CEMERLANG PENJAWAT AWAM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEDUA POLITEKNIK METRO KUANTAN

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN PING PONG ( LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN MENTERI PERHUBUNGAN REPUBLIK INDONESIA NOMOR : PM. 72 TAHUN 2014 TENTANG

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN. Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender.

GAMBAR PASPORT TERBARU

PERATURAN DAN PANDUAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTM. Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Akademik) Universiti Teknologi Malaysia

TERHAD. Markas Tentera Udara Bahagian Sumber Manusia Sel Kerjaya dan Pengambilan Tingkat 7, Menara TH Selborn 153, Jalan Tun Razak KUALA LUMPUR

2 Serta Susunan Organisasi, Tugas Dan Fungsi Eselon I Kementerian Negara sebagaimana telah diubah terakhir dengan Peraturan Presiden Nomor 135 Tahun 2

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU PANDUAN PENDAFTARAN SESI DISEMBER 2011 TARIKH : 11/12/2011

MAKLUMAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-15 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

KEPALA BADAN PERTANAHAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA

PERATURAN MENTERI DALAM NEGERI NOMOR 11 TAHUN 2008 TENTANG PAKAIAN DINAS KEPALA DAERAH, WAKIL KEPALA DAERAH DAN KEPALA DESA

Transkripsi:

GARIS PANDUAN TATACARA BERPAKAIAN UNTUK PENERIMA DAN TETAMU SEMASA MENGHADIRI RAPTAI DAN HARI ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN (dkbpwp) 1

2

ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT GLOSARI 4 TATACARA BERPAKAIAN BAGI PENERIMA DKBPWP Panduan am Tatacara berpakaian untuk penerima (lelaki) DKBPWP Hari Raptai Hari Istiadat Tatacara berpakaian untuk penerima (wanita) DKBPWP Hari Raptai Hari Istiadat TATACARA BERPAKAIAN BAGI TETAMU DKBPWP Panduan am Tatacara berpakaian untuk tetamu (lelaki) Hari Istiadat Tatacara berpakaian untuk tetamu (wanita) Hari Istiadat CONTOH PAKAIAN DAN KASUT YANG TIDAK DIBENARKAN 7 9 11 13 17 23 25 29 37 39 45 49 55 3

GLOSARI BIL. PERKARA MAKSUD 1 Warna Diraja Warna diraja ialah warna kuning diraja dan biru diraja. Tidak dibenarkan sedondon, perlulah bercorak dan sopan. 2 Warna rambut yang tidak sesuai 3 Bush Jacket No. 2 4 Aksesori berlebihan Mewarnakan rambut dengan warna selain warna hitam atau berwarna-warni. Rambut hendaklah diurus dengan kemas. Bagi Pegawai Tentera/ Pegawai Warden/Polis dan lain-lain pegawai Kerajaan yang berpakaian seragam, dibenarkan memakai Bush Jacket No. 2 pada hari raptai sahaja. Bahagian yang merupakan tambahan kepada sesuatu alat (bukan sesuatu yang perlu ada padanya) terlalu atau sangat banyak. 4

BIL. PERKARA MAKSUD 5 Diplomat Pegawai kanan (duta dan lain-lain) yang dilantik untuk mewakili negaranya dalam hubungan antarabangsa. 6 Hari Kalung Pada setiap tahun, 1 Februari telah diisytiharkan sebagai Hari Kalung Wilayah Persekutuan. 7 Hari Istiadat Hari rasmi bagi menyambut Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan. 8 Hari Raptai Persembahan percubaan atau latihan besar-besaran sebelum Hari Istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sebenar. 5

6

TATACARA BERPAKAIAN BAGI PENERIMA DKBPWP 7

8

PANDUAN AM 1. Garis panduan berpakaian bagi penerima DKBPWP adalah terpakai bagi raptai dan hari Istiadat. 2. Penerima/tetamu yang memasuki kawasan Istana Negara perlu berpakaian sopan dan beradab. Pihak urus setia dan Istana Negara berhak untuk menghalang penerima/tetamu daripada memasuki Balairung Seri sekiranya tidak mematuhi garis panduan yang telah dinyatakan. 3. Tatacara pemakaian bagi penerima adalah berbeza pada hari Raptai dan Hari Istiadat. Setiap penerima perlu meneliti kategori masing-masing dan memadankan dengan tatacara yang sesuai. 4. Penerima-penerima yang telah dikurniakan apa-apa darjah kebesaran, bintang atau pingat sebelum ini TIDAK DIBENARKAN memakainya pada Hari Raptai atau Hari Istiadat. Ini bagi membolehkan Darjah 9

Kebesaran, Bintang dan pingat Wilayah Persekutuan dapat disematkan dengan kemas dan sempurna. 5. Warna pakaian hendaklah selain warna diraja atau putih sedondon. Pakaian hendaklah mempunyai corak yang sesuai. 6. Pakaian Baju Melayu dan Lounge Suit sahaja yang DIBENARKAN berada di dalam kawasan Istana Negara semasa hari raptai dan istiadat. 7. Rambut, janggut dan misai bagi penerima lelaki hendaklah pendek, kemas dan rapi serta tidak diwarnakan dengan warna yang tidak sesuai. Begitu juga kepada penerima wanita, rambut hendaklah kemas dan rapi serta tidak diwarnakan dengan warna yang tidak sesuai. 10

TATACARA BERPAKAIAN UNTUK PENERIMA LELAKI DKBPWP 11

12

TATACARA BERPAKAIAN UNTUK PENERIMA LELAKI HARI RAPTAI Bagi penerima lelaki dimestikan berpakaian salah satu daripada pakaian-pakaian berikut: i. Baju Melayu; ii. Lounge Suit; atau iii. Bush Jacket No. 2 DESKRIPSI Baju Melayu Bagi penerima beragama Islam, Baju Melayu perlu dipakai secara lengkap dengan mengikuti tatacara seperti berikut: i. Baju Melayu dibenarkan berwarna selain hitam dan warna diraja serta putih sedondon; ii. Baju Melayu hendaklah dengan reka bentuk leher Cekak Musang; 13

iii. bersongkok baldu hitam (sederhana tinggi); iv. bersampin songket hitam berbenang emas; v. memakai sarung kaki berwarna hitam; dan vi. berkasut kulit hitam, bertumit sederhana tinggi dan berkilat. Lounge Suit Semua penerima lelaki; sama ada diplomat, penerima luar negara atau tempatan dibolehkan memakai Lounge Suit dengan mengikuti tatacara seperti berikut: i. Lounge Suit hendaklah berwarna gelap dan tidak bercorak atau bertekstur; ii. memakai songkok baldu hitam; iii. memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (pastel); iv. bertali leher berwarna gelap dan bukan warna diraja; v. bersarung kaki berwarna hitam; dan vi. berkasut kulit hitam, bertumit sederhana tinggi dan berkilat. 14

Lounge Suit yang selain daripada warna hitam, berbentuk Sports Jacket atau mempunyai reka bentuk yang tidak sesuai dengan majlis raptai TIDAK AKAN DIBENARKAN MEMASUKI BALAIRUNG SERI. Bush Jacket No. 2 Bagi Pegawai Tentera/Pegawai Warden/ Polis dibenarkan memakai Bush Jacket No. 2 selengkapnya. 15

CONTOH PAKAIAN LELAKI YANG DIBENARKAN (Baju Melayu) (Lounge Suit) 16

TATACARA BERPAKAIAN UNTUK PENERIMA LELAKI HARI ISTIADAT Bagi penerima lelaki dimestikan berpakaian salah satu daripada pakaian-pakaian berikut: i. Pakaian Seragam No. 1; ii. Pakaian Darjah; iii. Baju Melayu; atau iv. Lounge Suit. Penerima yang akan dikurniakan Darjah Kebesaran (S.U.M.W., S.M.W. dan P.M.W. sahaja) dimestikan berpakaian seperti ketetapan berikut: i. Penjawat Awam yang sedang berkhidmat dan mempunyai Pakaian No. 1 dimestikan berpakaian seperti dalam deskripsi Pakaian Seragam No. 1; dan ii. Penerima yang tiada Pakaian No. 1 dimestikan berpakaian seperti dalam deskripsi Pakaian Darjah Wilayah Persekutuan. 17

DESKRIPSI Pakaian Seragam No. 1 Pakaian Seragam No.1 perlu dipakai secara lengkap serta hanya boleh dipakai bagi mereka yang berhak memakainya, terdiri daripada Pegawai-pegawai Kerajaan yang telah diisytiharkan mempunyai Pakaian Seragam No. 1 (umpamanya pegawai PTD/ahli Parlimen/ Polis/ Tentera dan lain-lain). Semua poket dan tempat penyangkut hendaklah dikosongkan daripada sebarang darjah kebesaran, bintang, pingat atau aksesori lain. Bagi penerima berpakaian seragam yang mempunyai pedang dan sarung tangan, aksesori tersebut tidak boleh dipakai. Pakaian Darjah Wilayah Persekutuan Pakaian Darjah Wilayah Persekutuan perlu dipakai secara lengkap serta hanya boleh dipakai bagi mereka yang berhak memakainya, iaitu penerima yang akan dikurniakan Darjah Kebesaran (S.U.M.W., S.M.W. dan P.M.W. sahaja). 18

Pakaian Darjah Wilayah Persekutuan hendaklah dipasang dengan epolet (epaulet) dan gojet (georgette) Wilayah Persekutuan sahaja. Semua poket dan tempat penyangkut hendaklah dikosongkan daripada sebarang darjah kebesaran, bintang, pingat atau aksesori lain. Pin penyangkut darjah kebesaran hendaklah dipasang secara kemas dan tertib bagi memastikan darjah kebesaran yang diterima dapat dikurniakan secara sempurna. Baju Melayu Bagi penerima yang memilih untuk memakai Baju Melayu, ia perlu dipakai secara lengkap dengan mengikuti tatacara seperti berikut: i. Baju Melayu Cekak Musang berwarna hitam; ii. bersongkok baldu hitam (sederhana tinggi); iii. bersampin songket hitam berbenang emas sahaja; iv. memakai sarung kaki berwarna hitam; dan v. berkasut kulit hitam, bertumit sederhana tinggi dan berkilat. 19

Pin penyangkut darjah kebesaran, bintang atau pingat hendaklah dipasang secara kemas dan tertib bagi memastikan darjah kebesaran yang diterima dapat dikurniakan secara sempurna. Lounge Suit Bagi penerima bukan beragama Islam, para diplomat serta tetamu dari luar negara dibolehkan memakai Lounge Suit dengan mengikuti tatacara seperti berikut: i. Lounge Suit hendaklah berwarna hitam dan tidak bercorak atau bertekstur; ii. memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (pastel); iii. memakai songkok baldu warna hitam; iv. bertali leher warna gelap dan bukan warna diraja; v. bersarung kaki berwarna hitam; dan vi. berkasut kulit hitam, bertumit sederhana tinggi dan berkilat. Lounge Suit yang selain warna hitam, berbentuk Sports Jacket atau mempunyai reka bentuk yang tidak sesuai dengan Istiadat TIDAK AKAN DIBENARKAN MEMASUKI BALAIRUNG SERI. 20

WJD006662 Teks.indd 21 CONTOH PAKAIAN LELAKI YANG DIBENARKAN (Pakaian Seragam No. 1) (Pakaian Darjah) (Baju Melayu) (Lounge Suit) Epolet dan Gojet Wilayah Persekutuan 21 12/29/15 12:00 PM

22

TATACARA BERPAKAIAN UNTUK PENERIMA WANITA DKBPWP 23

24

TATACARA BERPAKAIAN UNTUK PENERIMA WANITA HARI RAPTAI Bagi penerima wanita dimestikan berpakaian salah satu daripada pakaian-pakaian berikut: i. Baju Kurung/Kebaya Labuh; atau ii. Pakaian Kebangsaan. DESKRIPSI Baju Kurung/Kebaya Labuh Penerima yang memilih untuk memakai Baju Kurung/Kebaya Labuh hendaklah dipakai dengan mengikuti tatacara seperti berikut: i. berbaju kurung atau berkebaya labuh melebihi paras punggung (tidak ketat, tidak jarang, tidak terdedah di bahagian dada dan kainnya mestilah tidak berbelah); ii. warna pakaian hendaklah tidak sedondon dan selain warna diraja atau putih sedondon. Pakaian hendaklah mempunyai corak yang sesuai; 25

iii. berselendang bagi yang tidak memakai tudung (dipinkan di atas bahu kanan); dan iv. memakai kasut kulit hitam dan bertutup (hadapan dan belakang), bertumit sederhana tinggi serta memakai sarung kaki. Pakaian Kebangsaan Pakaian Kebangsaan adalah seperti berikut: i. Baju Kurung/Kebaya Labuh a) panduan pemakaian adalah seperti yang diterangkan di atas. ii. Sari a) dipakai oleh wanita India; b) warna pakaian hendaklah tidak sedondon dan warna pakaian tersebut mestilah selain warna diraja atau putih sedondon. Pakaian hendaklah mempunyai corak yang sesuai; c) pemakaian sari hendaklah tidak menjolok mata dan perlu menutupi keseluruhan bahagian perut dan belakang badan; d) sari hendaklah labuh serta berlengan hingga ke paras siku; 26

e) memakai kasut kulit hitam dan bertutup (hadapan dan belakang), bertumit sederhana tinggi; dan f) tidak memakai aksesori yang berlebihan. iii. Cheongsam a) dipakai oleh wanita Cina; b) warna pakaian hendaklah selain warna diraja atau putih sedondon. Pakaian hendaklah mempunyai corak yang sesuai; c) pemakaian Cheongsam hendaklah tidak terlalu ketat, tidak menjolok mata dan perlu menutupi bahagian dada serta keseluruhan bahagian belakang badan; d) Cheongsam hendaklah labuh sehingga ke buku lali serta berlengan hingga ke paras siku; e) Cheongsam hendaklah tidak mempunyai sebarang belahan yang menampakkan bahagian betis; f) dimestikan memakai kasut kulit hitam dan bertutup (hadapan dan belakang), bertumit sederhana tinggi; dan g) tidak memakai aksesori yang berlebihan. 27

CONTOH PAKAIAN WANITA YANG DIBENARKAN Baju Kurung (berselendang) Baju Kurung (bertudung) Baju Kebangsaan (Cheongsam) Baju Kebangsaan (Sari) 28 WJD006662 Teks.indd 28 12/29/15 12:00 PM

TATACARA BERPAKAIAN UNTUK PENERIMA WANITA HARI ISTIADAT Bagi penerima wanita dimestikan berpakaian salah satu daripada pakaian-pakaian berikut: i. Pakaian Seragam No. 1; ii. Pakaian Darjah; iii. Baju Kurung/Kebaya Labuh; atau iv. Pakaian Kebangsaan. Penerima yang akan dikurniakan Darjah Kebesaran (S.U.M.W., S.M.W. dan P.M.W. sahaja) dimestikan berpakaian seperti ketetapan berikut: i. Penjawat Awam yang sedang berkhidmat dan mempunyai Pakaian No. 1 dimestikan berpakaian seperti dalam deskripsi Pakaian Seragam No. 1; dan ii. Penerima yang tiada Pakaian No. 1 dimestikan berpakaian seperti dalam deskripsi Pakaian Darjah Wilayah Persekutuan. 29

DESKRIPSI Pakaian Seragam No. 1 Pakaian Seragam No. 1 perlu dipakai secara lengkap serta hanya boleh dipakai bagi mereka yang berhak memakainya, terdiri daripada Pegawai-pegawai Kerajaan yang telah diisytiharkan mempunyai Pakaian Seragam No. 1 (umpamanya pegawai PTD/ahli Parlimen/Polis/ Tentera dan lain-lain). Semua poket dan tempat penyangkut hendaklah dikosongkan daripada sebarang darjah kebesaran, bintang, pingat atau aksesori lain. Bagi penerima berpakaian seragam yang mempunyai pedang dan sarung tangan, aksesori tersebut tidak perlu dipakai. Pakaian Darjah Wilayah Persekutuan Pakaian Darjah Wilayah Persekutuan perlu dipakai secara lengkap serta hanya boleh dipakai bagi mereka yang berhak memakainya, iaitu penerima yang akan dikurniakan Darjah Kebesaran (S.U.M.W., S.M.W. dan P.M.W. sahaja). 30

Pakaian Darjah Wilayah Persekutuan hendaklah dipasang dengan epolet (epaulet) dan gojet (georgette) Wilayah Persekutuan sahaja. Semua poket dan tempat penyangkut hendaklah dikosongkan daripada sebarang darjah kebesaran, bintang, pingat atau aksesori lain. Pin penyangkut darjah kebesaran hendaklah dipasang secara kemas dan tertib bagi memastikan darjah kebesaran yang diterima dapat dikurniakan secara sempurna. Baju Kurung/Kebaya Labuh Bagi penerima yang memilih untuk memakai Baju Kurung/Kebaya Labuh hendaklah dipakai dengan mengikuti tatacara seperti berikut: i. berbaju kurung atau berkebaya labuh melebihi paras punggung (tidak ketat, tidak jarang, tidak terdedah di dada dan kainnya mestilah tidak berbelah); ii. warna pakaian hendaklah tidak sedondon dan warna pakaian tersebut mestilah selain warna diraja atau putih sedondon. Pakaian hendaklah mempunyai corak yang sesuai; 31

iii. berselendang bagi yang tidak memakai tudung (dipinkan di atas bahu kanan); dan iv. memakai kasut kulit hitam dan bertutup (hadapan dan belakang), bertumit sederhana tinggi serta memakai sarung kaki. Pakaian Kebangsaan Pakaian Kebangsaan adalah seperti berikut: i. Baju Kurung/Kebaya Labuh a) panduan pemakaian adalah seperti yang diterangkan di atas. ii. Sari a) dipakai oleh wanita India; b) warna pakaian hendaklah tidak sedondon dan warna pakaian tersebut mestilah selain warna diraja atau putih sedondon. Pakaian hendaklah mempunyai corak yang sesuai; c) pemakaian sari hendaklah tidak menjolok mata dan perlu menutupi keseluruhan bahagian perut dan belakang badan; d) sari hendaklah labuh serta berlengan hingga ke paras siku; 32

e) memakai kasut kulit hitam dan bertutup (hadapan dan belakang), bertumit sederhana tinggi; dan f) tidak memakai aksesori yang berlebihan. iii. Cheongsam a) dipakai oleh wanita Cina; b) warna pakaian hendaklah selain warna diraja atau putih sedondon. Pakaian hendaklah mempunyai corak yang sesuai; c) pemakaian Cheongsam hendaklah tidak terlalu ketat, tidak menjolok mata dan perlu menutupi bahagian dada serta keseluruhan bahagian belakang badan; d) Cheongsam hendaklah labuh sehingga ke buku lali serta berlengan hingga ke paras siku; e) Cheongsam hendaklah tidak mempunyai sebarang belahan yang menampakkan bahagian betis; f) dimestikan memakai kasut kulit hitam dan bertutup (hadapan dan belakang), bertumit sederhana tinggi; dan g) tidak memakai aksesori yang berlebihan. 33

CONTOH PAKAIAN WANITA YANG DIBENARKAN (Pakaian Seragam No. 1) (Pakaian Darjah) Baju Kurung (bertudung) Baju Kurung (berselendang) Epolet dan Gojet Wilayah Persekutuan 34 WJD006662 Teks.indd 34 12/29/15 12:01 PM

Baju Kebangsaan (Cheongsam) Baju Kebangsaan (Sari) 35

36

TATACARA BERPAKAIAN BAGI TETAMU DKBPWP 37

38

PANDUAN AM 1. Tetamu dalam garis panduan ini adalah merujuk kepada pasangan penerima dan tetamu jemputan hari Istiadat. 2. Garis panduan berpakaian bagi tetamu DKBPWP adalah terpakai bagi hari Istiadat sahaja. 3. Pakaian Istiadat hendaklah lengkap dengan Darjah Kebesaran, Bintang atau Pingat yang pernah diterima. 4. Semua kurniaan Persekutuan/Wilayah Persekutuan/Negeri mesti dipakai bersama dengan pakaian rasmi istiadat. 5. Pemakaian Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat (DKBP) mengambil keutamaan seperti turutan berikut: a) Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP); b) Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP); dan 39

c) Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri (DKBPN). 6. Jika menerima dua atau lebih DKBP, panduan berikut boleh digunakan: a) Pemakaian hendaklah mengutamakan Darjah Kebesaran diikuti Bintang dan seterusnya Pingat; dan b) Pemakaian DKBP bergantung juga kepada perkara-perkara berikut: i. mengikut kekananan kurniaan tersebut; ii. mengikut tarikh penerimaan kurniaan tersebut; atau iii. penerima juga boleh mengutamakan Darjah Kebesaran yang diterima dari negeri kelahirannya. 7. Warna pakaian hendaklah selain daripada warna diraja atau putih sedondon. Pakaian hendaklah bercorak dan sopan. 40

TATACARA PEMAKAIAN KALUNG 1. Pada setiap tahun, 1 Februari telah diisytiharkan sebagai Hari Kalung. 2. Kalung hanya boleh dipakai pada waktu siang dan tidak boleh dipakai pada waktu malam. 3. Sekiranya tetamu mempunyai kurniaan Darjah Kebesaran melebihi daripada satu, Kalung dan selempang tersebut tidak boleh dipakai serentak dalam satu masa. 4. Kalung hendaklah dipakai terletak sama labuhnya depan dan belakang. 41

TATACARA PEMAKAIAN BINTANG DARJAH (BREAST STAR) 1. Bintang Darjah hendaklah dipakai di sebelah kiri bahagian dada. 2. Pemakaian hendaklah tidak melebihi tiga bintang darjah pada satu masa. 3. Bintang darjah yang terkanan hendaklah disematkan di tengah-tengah saku baju (bucunya 0.5cm dari mulut saku). 4. Bintang Darjah yang kedua (jika ada) hendaklah disematkan di bawah dari yang pertama. 5. Jika memiliki tiga Bintang Darjah hendaklah disematkan dalam bentuk tiga segi dengan yang terkanan lebih hampir dengan tengah dada. 42

PAKAIAN DARJAH DENGAN BINTANG DARJAH DISUSUN DALAM BENTUK TIGA SEGI 43

TATACARA PEMAKAIAN SELEMPANG 1. Selempang bagi Darjah Kebesaran Darjah Kerabat Malaysia (DKM) dan Darjah Kerabat Negeri (DMN) (yang dikurniakan kepada Kerabat Diraja) hendaklah dipakai dari bahu kiri dan melabuh ke sebelah kanan pinggang. Lencana darjah berserta ikatan reben hendaklah terletak tepat pada sisi/ jalur seluar. 2. Selempang bagi Darjah-darjah Kebesaran yang selain Darjah Kebesaran DKM dan DMN hendaklah dipakai dari bahu kanan melabuh ke kiri pinggang. 3. Jika memakai pakaian seragam No. 1 atau pakaian darjah untuk istiadat, selempang hendaklah disusupkan di bawah epolet. 44

TATACARA BERPAKAIAN UNTUK TETAMU (LELAKI) HARI ISTIADAT Bagi tetamu lelaki dimestikan berpakaian salah satu daripada pakaian-pakaian berikut: i. Pakaian Seragam No. 1; ii. Pakaian Darjah; iii. Baju Melayu; atau iv. Lounge Suit. DESKRIPSI Pakaian Seragam No. 1 Pakaian Seragam No. 1 perlu dipakai secara lengkap serta hanya boleh dipakai bagi mereka yang berhak memakainya, terdiri daripada Pegawai-pegawai Kerajaan yang telah diisytiharkan mempunyai Pakaian Seragam No. 1 (umpamanya pegawai PTD/ahli Parlimen/ Polis/ Tentera dan lain-lain). 45

Pakaian Darjah Pakaian Darjah perlu dipakai secara lengkap serta hanya boleh dipakai bagi mereka yang berhak memakainya iaitu individu yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran (umpamanya Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada Kerabat Diraja, Darjah Kebesaran Persekutuan atau pun Negeri). Reka bentuk pakaian darjah adalah mengikut Persekutuan/Negeri yang pernah diterima. Baju Melayu Tetamu yang memilih untuk memakai Baju Melayu hendaklah dipakai secara lengkap dengan mengikuti tatacara seperti berikut: i. Baju Melayu Cekak Musang dan berwarna hitam; ii. bersongkok baldu hitam (sederhana tinggi); iii. bersampin songket hitam berbenang emas; iv. memakai sarung kaki berwarna hitam; dan 46

v. kasut kulit hitam, bertumit sederhana tinggi dan berkilat. Lounge Suit Bagi tetamu bukan Islam, para diplomat serta tetamu dari luar negara dimestikan memakai Lounge Suit dengan mengikuti tatacara seperti berikut: i. Lounge Suit hendaklah berwarna hitam ii. dan tidak bercorak atau bertekstur; memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (pastel) dan tidak bercorak; iii. memakai songkok baldu warna hitam (sederhana tinggi); iv. bertali leher berwarna gelap dan bukan warna diraja; v. bersarung kaki berwarna hitam; dan vi. kasut kulit hitam, bertumit sederhana tinggi dan berkilat. Lounge Suit yang selain daripada warna hitam, berbentuk Sports Jacket atau mempunyai reka bentuk yang tidak sesuai dengan majlis Istiadat TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI BALAIRUNG SERI. 47

CONTOH PAKAIAN LELAKI YANG DIBENARKAN (Pakaian Seragam No. 1) (Pakaian Darjah) (Baju Melayu) (Lounge Suit) Epolet dan Gojet Wilayah Persekutuan 48 WJD006662 Teks.indd 48 12/29/15 12:01 PM

TATACARA BERPAKAIAN UNTUK TETAMU (WANITA) HARI ISTIADAT Bagi tetamu wanita dimestikan berpakaian seperti berikut: i. Pakaian Seragam No. 1; ii. Pakaian Darjah; iii. Baju Kurung/Kebaya Labuh; atau iv. Pakaian Kebangsaan. DESKRIPSI Pakaian Seragam No. 1 Pakaian Seragam No. 1 perlu dipakai secara lengkap serta hanya boleh dipakai bagi mereka yang berhak memakainya, terdiri daripada Pegawai-pegawai Kerajaan yang telah diisytiharkan mempunyai Pakaian Seragam No. 1 (umpamanya pegawai PTD/ahli Parlimen/ Polis/Tentera dan lain-lain). 49

Pakaian Darjah Pakaian Darjah perlu dipakai secara lengkap serta hanya boleh dipakai bagi mereka yang berhak memakainya iaitu individu yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran (umpamanya Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada Kerabat Diraja, Darjah Kebesaran Persekutuan atau pun Negeri). Reka bentuk pakaian darjah adalah mengikut Persekutuan/Negeri yang pernah diterima. Baju Kurung/Kebaya Labuh Tetamu yang memilih untuk memakai Baju Kurung/Kebaya Labuh hendaklah dipakai dengan mengikuti tatacara seperti berikut: i. berbaju kurung atau berkebaya labuh melebihi paras punggung (tidak ketat, tidak jarang, tidak terdedah di dada dan kainnya mestilah tidak berbelah); warna pakaian hendaklah tidak sedondon dan warna pakaian tersebut mestilah selain daripada warna diraja atau putih sedondon. Pakaian hendaklah mempunyai corak yang sesuai; 50

ii. berselendang bagi yang tidak memakai tudung (dipinkan di atas bahu kanan); dan iii. memakai kasut kulit hitam dan bertutup (hadapan dan belakang), bertumit sederhana tinggi berserta memakai sarung kaki. Pakaian Kebangsaan Pakaian Kebangsaan adalah seperti berikut: i. Baju Kurung/Kebaya Labuh a) panduan pemakaian adalah seperti yang diterangkan di atas. ii. Sari a) dipakai oleh wanita India; b) warna pakaian hendaklah tidak sedondon dan warna pakaian tersebut mestilah selain warna diraja atau putih sedondon. Pakaian hendaklah mempunyai corak yang sesuai; c) pemakaian sari hendaklah tidak menjolok mata dan perlu menutupi keseluruhan bahagian perut dan belakang badan; 51

d) sari hendaklah labuh serta berlengan hingga ke paras siku; e) memakai kasut kulit hitam dan bertutup (hadapan dan belakang), bertumit sederhana tinggi serta memakai sarung kaki; dan f) tidak memakai aksesori yang berlebihan. iii. Cheongsam a) dipakai oleh wanita Cina; b) warna pakaian hendaklah selain warna diraja atau putih sedondon. Pakaian hendaklah mempunyai corak yang sesuai; c) pemakaian Cheongsam hendaklah tidak terlalu ketat, tidak menjolok mata dan perlu menutupi bahagian dada serta keseluruhan bahagian belakang badan; d) Cheongsam hendaklah labuh sehingga ke buku lali serta berlengan hingga ke paras siku; e) Cheongsam hendaklah tidak mempunyai sebarang belahan yang menampakkan bahagian betis; 52

f) dimestikan memakai kasut kulit hitam dan bertutup (hadapan dan belakang), bertumit sederhana tinggi serta memakai sarung kaki; dan g) tidak memakai aksesori yang berlebihan. 53

CONTOH PAKAIAN WANITA YANG DIBENARKAN (Pakaian Seragam No.1) (Pakaian Darjah) Baju Kurung (bertudung) Baju Kurung (berselendang) Epolet dan Gojet Wilayah Persekutuan 54 WJD006662 Teks.indd 54 12/29/15 12:01 PM

CONTOH PAKAIAN DAN KASUT YANG TIDAK DIBENARKAN X X X X X X 55

ADAB-ADAB DI DALAM BALAIRUNG SERI, ISTANA NEGARA Antara adab-adab yang perlu diikuti: 1. Tunduk hormat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. 2. Berpakaian kemas dan tertib. 3. Duduk dengan penuh adab dan sopan. Tidak bersilang kaki semasa duduk. Apabila duduk, tidak duduk bersandar seolah-olah badan hendak menggelungsur turun. 4. Tidak keluar masuk ketika Istiadat sedang berlangsung. 5. Tidak makan dan minum di dalam Balairung Seri. 6. Tidak membuat bising atau bersembang semasa Istiadat berlangsung. 7. Tidak merokok di dalam kawasan Istana Negara. 56

DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR, 2015 www.printnasional.com.my email: cservice@printnasional.com.my Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773 WJD006662