Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

dokumen-dokumen yang mirip
MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 165 TARIKH: 6 JAMADIL AKHIR 1437/15 MAC 2016 (SELASA); JAM: PAGI; TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 159 TARIKH: 20 JUN 2014 (JUMAAT); JAM: PAGI TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim.

TITAH TUANKU CANSELOR DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN PELAN STRATEGIK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

TEKS UCAPAN PERASMIAN YAB DATO SERI DR ZAMBRY B ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK MAJLIS PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SIMPANG PULAI, PERAK

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

TEKS UCAPAN MUSABAQAH TILAWATIL QUR AN PERINGKAT AKHIR BELIA KEBANGSAAN 1432H/2011M

SEMBAH ALU-ALUAN MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA ASIA TENGGARA KALI KE-5 TAHUN 2011

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN SKIM PERKHIDMATAN MASYARAKAT BAGI PENERIMA-PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH UPACARA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH SELAMA

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN SURAU KAMPUS TETAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 12 Mac 2014

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

TEKS UCAPAN KOL. PROF. DATO DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIMAP SEMPENA MALAM JASAMU DIKENANG PADA 1 MEI 2007

TEKS UCAPAN YB DATO SUK SEMPENA POGRAM ROADSHOW INTEGRITI 2018

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

TEKS UCAPAN YG BHG. BRIG JENERAL DATO PROFESSOR DR KAMARUDIN HUSSIN KOMANDER REJIMEN 509 ASKAR WATANIAH SEMPENA MAJLIS BBQ SKAW SIRI 21/2010

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

MAJLIS IFTAR BERSAMA T.Y.T TUN CANSELOR

TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM KUMPULAN UTUSAN SEMPENA NUZUL AL-QURAN BERSAMA ANGKASA DAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

UCAPAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN PENASIHAT KEHORMAT YAYASAN SOFA SEMINAR DAKWAH DAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA -

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

PERASMIAN SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2017

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PEWAKAFAN. 1 P a g e


Yang Berbahagia Profesor Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi);

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA PEKERMA LAILA DIRAJA DATO SERI SETIA AWANG HAJI HAZAIR BIN HAJI ABDULLAH,

TEKS UCAPAN BRIG. JEN

ISU SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG SIRI 19

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan isteri.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

KANDUNGAN. Muka Surat. Sekapur Sirih Kata Alu-aluan.. 4

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

Teks Ucapan Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman Pemangku Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis; Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin bin Mohd, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

Transkripsi:

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH DI PERSIDANGAN KE 161 MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK TARIKH: 15 MEI 2008 (KHAMIS) JAM: 10.00 PAGI TEMPAT: BILIK MESYUARAT UTAMA, TINGKAT 5, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN, IPOH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Segala puji milik Allah Subhanahu Wata ala. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga dan para Sahabat Baginda serta kepada para Tabiin dan para ulama. Semoga memperoleh ihsan di hari kebangkitan. 2. Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan rahmat, inayat dan izin Nya juga, Beta dapat berangkat untuk mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Kali Ke 161. 1

3. Beta mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato Ahmad Kamal bin Mohd. Sahid atas penganugerahan Darjah Dato Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) dan kepada Yang Setia DCP Dato Zulkifli bin Abdullah atas penganugerahan Darjah Dato Paduka Taming Sari (DPTS), bersempena ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 19 April lalu. 4. Beta mengalu-alukan keahlian Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Zainuddin bin Mohd Yusof, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak atas kapasiti jawatan sebagai Pengerusi, Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan Negeri Perak. Dalam hasrat memberi tumpuan kepada program pendidikan dan pembangunan modal insan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah memberi perkenan melantik, Yang Berbahagia Profesor Dato Dr. Ansary Ahmed, Presiden/Ketua Eksekutif, Asia E University, Kuala Lumpur serta Tuan Haji Asad bin Awang, Pensyarah merangkap Penolong Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Perguruan Ipoh sebagai Ahli Majlis yang baru. Dalam usaha menjalin rangkaian kerja dengan Urus Setia Wilayah Ekonomi Koridor Utara ( Norther Corridor Economic Region-NCER) terutama dalam usaha mahu membangunkan prasarana pendidikan dan program pembangunan modal insan, Duli Yang Maha Mulia 2

Paduka Seri Sultan juga telah memberi perkenan melantik Yang Berbahagia Dato Seri Mohd Annuar bin Zaini, Ketua Urus Setia Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sebagai anggota Majlis. Beta percaya pengalaman dan sumber yang berada di bawah kawalan setiap seorang dari mereka, akan dapat menambahkan khazanah kepakaran untuk membantu Majlis meningkatkan prestasi perkhidmatan yang lebih cemerlang. Majlis yang bersidang pada hari ini turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali atas perkhidmatan yang telah beliau sumbangkan ketika menjadi anggota Majlis. Semoga khidmat bakti dan jasa murni beliau diterima oleh Allah Subhanahu Wata ala sebagai amal soleh yang diberikan ganjaran dunia dan akhirat. 5. Dunia kini menghadapi dugaan yang amat mencabar. Harga sumber tenaga terutamanya harga minyak semakin hari semakin meningkat. Peningkatan harga minyak memberikan limpahan kesusahan yang secara langsung menjejaskan kehidupan manusia sejagat. Harga barangan dan harga perkhidmatan dijangka melambung naik. Lebih membimbangkan ia memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran termasuk kos pengeluaran bahan makanan, kos perubatan, kos pakaian, kos binaan, kos pengangkutan dan pelbagai kos perkhidmatan. 3

6. Dunia yang menghadapi pertambahan penduduk dan kekurangan bekalan makanan akan mencetuskan keadaan tidak seimbang yang memungkinkan berlakunya kemelut ekonomi. Kadar inflasi yang tinggi boleh berlaku. Pekerjaan baru bukan sahaja tidak dapat diwujudkan malah dibimbangkan di kalangan mereka yang sedang bekerja berkemungkinan akan turut kehilangan kerja. Pengangguran, jenayah, penyakit, kesusahan dan penderitaan boleh meningkat; satu fenomena yang perlu dilihat secara serius, betapa memungkinkan keharmonian yang dinikmati pada hari ini akan menghadapi ancaman, betapa ketenteraman awam dan kestabilan politik akan terjejas; dan betapa dunia mungkin menuju ke satu anarki. 7. Pemikiran rakyat penting disediakan untuk menghadapi kemelut yang mungkin berlaku. Rakyat hendaklah disemai dengan budaya berjimat cermat. Rakyat perlu dididik supaya tidak membazir. Rakyat hendaklah dibimbing menghargai bahan makanan walau sekecil mana sekalipun. Rakyat wajar digalakkan mengambil tanggung jawab bersama dalam usaha menghasilkan bahan makanan. 8. Keadaan membimbangkan ini perlu ditafsirkan sebagai peringatan ILAHI kepada umat yang mungkin telah banyak melakukan kezaliman kepada alam dan kezaliman sesama makhluk. Betapa sumber kekayaan dunia dan betapa akal fikiran yang diberikan telah 4

disalah gunakan untuk mencetus persengketaan mencetus konflik mencetus permusuhan mencetus peperangan. Betapa banyak tamadun yang telah dileburkan; betapa sumber alam yang telah dimusnahkan, betapa juta liter darah yang telah ditumpahkan, betapa ribuan nyawa yang telah diragut. Tangisan warga tua, wanita lemah dan anak kecil yang bersih dari dosa tidak dihiraukan oleh manusia berhati kejam. 9. Demikian sifat sombong, sifat bongkak, sifat angkuh di kalangan mereka yang memiliki kuasa dikalangan mereka yang memiliki sumber kekayaan dikalangan mereka yang dianugerahkan sumber manusia berakal bijak; tetapi tidak memiliki roh kemanusiaan dan lompong dari segi kerohanian; lalu gagal menginsafi bahawa kuasa adalah satu amanah untuk membawa kebaikan, membina silaturahim, menyuburkan alam, memakmurkan dunia. Demikianlah pentingnya pengisian roh pengisian nilai kemanusiaan yang amat perlu menjadi faktor pengimbang untuk menyemaikan sifat insaniah. 10. Beta berpandangan bahawa institusi agama dan para pemegang amanah yang bertanggung jawab menyemarakkan agama mempunyai tanggung jawab penting untuk membina insan berwajah manusia dan bersifat manusia; insan yang memiliki taqwa, insan yang memiliki keinsafan tinggi akan tanggung jawab kepada pencipta, kepada ibu 5

bapa, kepada keluarga, kepada masyarakat, kepada setiap makhluk ILAHI dan kepada alam. 11. Untuk itu institusi agama Islam dalam bentuk masjid dan surau, begitu juga maktab dan sekolah haruslah dijadikan pusat untuk membangunkan nilai-nilai insaniah sebagai pelengkap kepada ilmu dan kemahiran lain yang dipelajari. Institusi Agama Islam yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan, terutamanya masjid dan surau hendaklah dijadikan tempat penyatuan bagi membina ukhuwah dan membina persaudaraan sesama insan. Masjid dan surau perlu dikawal dan ditegah dari menjadi tempat persengketaan sesama ummah. 12. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak perlu bersifat tegas memastikan masjid dan surau bebas dari pengaruh mana-mana kumpulan yang mengamalkan fahaman sempit atau fahaman politik berparti. Betapa kehebatan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sebagai pusat penyatuan ummah dari pelbagai negara-pelbagai kaum; pelbagai budaya-pelbagai bahasa, pelbagai mazhab-pelbagai fahaman, namun disatukan oleh kalimah syahadah, berpenghulukan Rasul yang sama, berkiblatkan Kaabah yang sama, berpegang kitab yang sama. Demikian semangat Islam yang indah dan ukhuwah yang hidup, subur di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi terpancar dari 6

hati suci dan jiwa murni setiap insan yang menyedari akan taraf seorang hamba menghadapi Pencipta Yang Maha Agung. Adalah menjadi harapan Paduka Seri Ayahanda Beta, Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, selaku Ketua Negeri dan Ketua Agama Islam untuk melihat berlakunya semangat silaturahim - semangat ukhuwah yang tinggi di kalangan rakyat Baginda; semoga suasana dan semangat yang berlaku di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dapat dijadikan contoh teladan, dijelmakan di masjid-masjid dan di surau-surau di negeri Perak Darul Ridzuan. 13. Sedarilah, tempoh hayat manusia terlalu singkat untuk dibazirkan dengan bersengketa. Bumi dan negeri ini terlalu kecil untuk dijadikan medan berbalah. Bersatulah, berwaspadalah di kalangan kita sesama bangsa - sesama agama. Berpeganglah kepada semangat bahawa air adalah air, tidakkan putus walau dicencang. Sesungguhnya amat malang bagi generasi muda yang bakal mewarisi pusaka bangsa jika di hari muka mereka kehilangan khazanah yang selama hari ini berada dalam kendungan bangsanya. Bersatulah atas nama agama, bersatulah atas nama bangsa, bersatulah atas nama negara. 14. Semoga anugerah Allah Subhanahu Wata ala yang sama-sama dinikmati hari ini, dikekalkan dan akan ditambah dengan sebaik-baik 7

dan sebesar-besar nikmat, serta dijauhkan dari dugaan yang tidak terdaya kita memikulnya. 15. Semoga mesyuarat Majlis kali ini dapat menghasilkan rumusanrumusan yang bermakna dalam hasrat dan usaha untuk membangunkan umat dan institusi Islam. Beta menghargai pandangan, saranan, maklumat dan nasihat yang disembahkan kepada Beta. Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. ******************** 8