Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim.

dokumen-dokumen yang mirip
TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 159 TARIKH: 20 JUN 2014 (JUMAAT); JAM: PAGI TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 165 TARIKH: 6 JAMADIL AKHIR 1437/15 MAC 2016 (SELASA); JAM: PAGI; TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TITAH TUANKU CANSELOR DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

TEKS UCAPAN PERASMIAN YAB DATO SERI DR ZAMBRY B ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK MAJLIS PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SIMPANG PULAI, PERAK

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN SKIM PERKHIDMATAN MASYARAKAT BAGI PENERIMA-PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA ENCIK TAJUDDIN ATAN, KETUA EKSEKUTIF BANK SIMPANAN NASIONAL,

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh Dan Salam

KONVENSYEN MEMPERKUKUH PASAK NEGARA: KE ARAH WASIAT LEBIH TERSURAT TARIKH : 5-6 OGOS 2017M / DZULKAEDAH 1438H TEMPAT : HOTEL MARRIOTT PUTRAJAYA

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan isteri.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

SEMBAH ALU-ALUAN MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA ASIA TENGGARA KALI KE-5 TAHUN 2011

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN PELAN STRATEGIK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA. YANG BERUSAHA PUAN HAJJAH FOYZIAH AHMAD NASURUDIN, KETUA PUSTAKAWAN KUKUM,

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PPIPT DAN PELANCARAN BUSINESS ON WHEEL UniMAP 8 FEBRUARI 2012

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

2. Saya mengalu-alukan kedatangan semua hadirin khususnya para ibu bapa dan penjaga para graduan bagi meraikan kejayaan anak didik masing-masing.

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH UPACARA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH SELAMA

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA PEKERMA LAILA DIRAJA DATO SERI SETIA AWANG HAJI HAZAIR BIN HAJI ABDULLAH,

MAJLIS PELANCARAN PROJEK JEJAK KAMPUS Teks Ucapan

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. TAN SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

MAJLIS KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

UCAPAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN PENASIHAT KEHORMAT YAYASAN SOFA SEMINAR DAKWAH DAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA -

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN DATUK IDRIS B. HJ HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD ( PNS)

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

Siri Ceramah ARIF BUDIMAN. Prof Dr Mahsun Prof Dr Arndt Graf Datuk Al azhar Prof Dr tatiana Denisova

KANDUNGAN. Muka Surat. Sekapur Sirih Kata Alu-aluan.. 4

Ucapan Prof. Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena HARI PENDAFTARAN PELAJAR KOLEJ PERMATA INSAN 2016

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

TEKS UCAPAN YG BHG. BRIG JENERAL DATO PROFESSOR DR KAMARUDIN HUSSIN KOMANDER REJIMEN 509 ASKAR WATANIAH SEMPENA MAJLIS BBQ SKAW SIRI 21/2010

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ISHAK SAAT MOHD AZHAR BAHARI

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Transkripsi:

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH DI MAJLIS HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 2008 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR TARIKH: 21 JUN 2008 (SABTU), JAM: 9.30 PAGI TEMPAT: THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim. Segala puji milik Allah Subhanahu Wata ala, Tuhan semesta alam yang menguasai segala khazanah ilmu dan lautan pengetahuan. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga dan para Sahabat Baginda seterusnya kepada para Tabiin dan para ulama. Semoga memperoleh ihsan di hari kebangkitan. 2. Beta bersyukur ke hadrat ILAHI, kerana dengan izin dan rahmat dari Nya jua, Beta sekali lagi dapat berangkat ke Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). 1

3. The Malay College Kuala Kangsar atau MCKK adalah institusi pendidikan yang akar sejarah penubuhannya berkait rapat dengan istana. MCKK ditubuhkan hasil gema suara dari istana. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berperanan sebagai penggerak utama kepada penubuhan Kolej ini. MCKK adalah produk, hasil cetusan Raja-Raja Melayu kerana Duli-Duli Yang Maha Mulia itu amat prihatin akan pentingnya anak-anak Melayu diperlengkap dengan pendidikan berkualiti tinggi. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu insaf betapa pentingnya anak-anak Melayu yang merupakan peribumi di Tanah Melayu ini dibekalkan dengan ilmu diperlengkap dengan pengetahuan. Sesungguhnya, 100 tahun yang lalu, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu telah memiliki wawasan jauh dan pemikiran radikal untuk mempersiapkan bangsanya berupaya menghadapi cabaran dunia di hari muka. Lalu MCKK ditubuhkan dalam tahun 1905 di Bandar DiRaja Kuala Kangsar. 4. Setelah mencapai usia 100 tahun penubuhannya, dengan kehendak ILAHI juga, Beta telah diberikan amanah memenuhi tanggung jawab sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola MCKK. Dengan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, MCKK telah dimasyhurkan sebagai sebuah Institusi Warisan Bangsa dan Negara. MCKK perlu senantiasa disuntik dengan nafas baru agar kekal dihormati sebagai institusi pendidikan menengah yang terunggul di negara ini. Beta insaf betapa pentingnya kualiti betapa 2

mustahaknya taraf pendidikan di Kolej ini ditingkatkan bertaraf dunia, agar tradisi melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa dapat diteruskan; agar keupayaan menghasilkan wira bangsa yang hebat berpencak di gelanggang dunia dapat dilaksanakan. Atas keinsafan itu, pada tahun 2005, Beta telah menyuarakan kesediaan Lembaga Pengelola untuk melaksanakan program International Baccalaurate (IB) di Kolej ini. Suara tersebut telah mendapat sokongan padu dari Malay College Old Boys Association (MCOBA). Alhamdulillah, niat murni dan hasrat baik tersebut telah diberikan persetujuan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Berasaskan akar sejarah penubuhannya, identiti MCKK dari segi bentuk - dari segi tenaga pengajar - dari segi kurikulum dari segi kokurikulum haruslah mempunyai keunikan. Negara haruslah melihat kedudukan MCKK dari kaca mata penilaian yang berbeza dan tidak wajar disamakan dengan institusi-institusi pendidikan yang lain. Beta amat menghargai peranan MCOBA dan bekas-bekas pelajar MCKK yang senantiasa memberikan komitmen, membantu usaha-usaha untuk membangun dan memajukan MCKK. Yang Amat Berbahagia Tun Mohammed Hanif Omar bersama Tuan Haji Khalilur Rahman serta disokong oleh beberapa bekas pelajar MCKK kini sedang melakukan inisiatif untuk menubuhkan The MCKK FOUNDATION; sebuah yayasan untuk membantu usaha-usaha membangunkan MCKK supaya terus kekal sebagai sebuah kolej pengajian terbilang 3

tanpa terlalu bergantung pada sumber kewangan kerajaan. Beta disembah maklumkan bahawa beberapa institusi, badan-badan perniagaan dan juga tokoh-tokoh dari kalangan bekas pelajar telah memberikan komitmen untuk membantu menjayakan hasrat yayasan ini dengan sasaran permulaan tabung bernilai sepuluh juta ringgit. 6. Lembaga Pengelola bersama MCOBA juga sedang berusaha mencari sumber kewangan untuk menambah kepada peruntukan asas yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan bagi pembinaan dewan baru. Peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan hanya cukup untuk membina sebuah dewan biasa. Selaras dengan semangat mahukan MCKK memiliki identiti sebuah institusi pendidikan yang unggul, kata sepakat telah dicapai supaya dewan baru yang akan dibina, memiliki reka bentuk, nilai-nilai estetika, fungsi dan kemudahan yang dapat memberi kebanggaan kepada warga MCKK; di samping dewan baru tersebut dapat menyediakan kemudahan untuk membantu proses mengasah perkembangan bakat dan proses mengasuh pertumbuhan potensi pelajar. Beta amat menghargai sokongan yang diberikan secara fikiran, kepakaran, tenaga dan komitmen kewangan dari bekas-bekas pelajar untuk merealisasikan usaha ini. 7. Setiap langkah baru yang dirintis, adalah kesinambungan usaha bagi memenuhi aspirasi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu 4

yang begitu prihatin terhadap kualiti pendidikan anak bangsanya yang telah dizahirkan sejak lebih seratus tahun dahulu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ketika itu amat menyedari betapa pentingnya anak bangsa pewaris bumi, diperkukuh dengan iman - diperlengkap dengan pengetahuan, supaya bangsa Melayu itu di hari muka, tidak menerima nasib malang, bagaikan ayam kelaparan di kepuk bagaikan itik kehausan di air. Betapa malangnya bangsa jika menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri, jika terpaksa bermusafir di bumi sendiri. Kerana itu, bangsa perlulah kuat dari segala aspek, supaya terus gagah terus perkasa, berhati cekal - bersemangat waja; berupaya mendaki gunung yang tinggi, bertenaga menyeberangi laut yang dalam. 8. Untuk merealisasikan wawasan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja- Raja Melayu itu, dan untuk memastikan impian bangsa menjadi nyata, warga MCKK wajib memelihara etos kecemerlangan. Warga MCKK hendaklah terus mempertahankan tradisi kegemilangan. Dan anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus - menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung mencantas dahan tempat bergantung. Kejayaan anak bangsa di hari ini adalah atas pengorbanan atas keringat atas kesusahan atas usaha generasi 5

terdahulu. Bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan bangsa yang tamadunnya kekal agung, adalah bangsa yang tidak memutuskan diri dengan akar sejarah malah senantiasa menghargai pengorbanan generasi terdahulu. 9. MCKK adalah tempat terkumpulnya anak bangsa yang terpilih dari kalangan yang paling cerdas berasaskan prestasi pencapaian akademik. Di sinilah cerdik pandai Melayu mula dikampungkan dari usia yang begitu muda. Di sinilah asuhan di sinilah bimbingan dilakukan dalam usaha membina modal insan untuk meneruskan kelangsungan bangsa di bumi warisan turun temurun. Permatapermata bangsa ini diserahkan untuk digarap untuk dicanai oleh barisan para pendidik. Garap dan canailah permata-permata bangsa ini supaya dapat menyinar cahaya kepada bangsanya - kepada negaranya. Bisikkan kepada mereka akan petua orang-orang tua, bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia, pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dahulu lagi terlalu banyak musang yang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah. Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan - negeri beraja. 6

10. Beta menzahirkan ucap tahniah kepada para pelajar yang telah mencapai tahap hingga melayakkan mereka menerima penganugerahan pada pagi ini. Bersyukurlah atas kejayaan ini dan perlihatkanlah sifat bersyukur itu dengan memberikan penghargaan sewajarnya kepada mereka yang telah banyak berjasa membantu kejayaan saudara-saudara, terutama sekali ibu-bapa dan para guru. Perlihatkan sifat kesyukuran itu nanti dengan kembali untuk membantu MCKK menjadi lebih terbilang. Buktikan tanda kesyukuran itu dengan memberikan pembelaan kepada bangsa dan nusa. Insaflah bahawa kejayaan itu adalah kurniaan ILAHI, bersyukurlah kepada ILAHI, jadilah anak yang soleh, jadilah warga yang setia kepada Raja dan negaranya, jadilah Muslim yang bertakwa. Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. **************** 7