JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada ANAK MELAKA Berkelayakan bagi memohon jawatan berikut: A. PENGURUSAN (KONTRAK) 1. Pengurus Korporat Gred EX-3 2. Pengurus Keselamatan Gred EX-3 3. Pengurus Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Gred EX-3 B. BUKAN EKSEKUTIF (TETAP) 1. Juruteknik Ukur Bahan Gred NE6-1 CARA MEMOHON Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang SAMB 1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Syarikat Air Melaka Berhad sahaja dengan melayari http:/www.samb.com.my Semua calon-calon yang berjaya perlu menghadiri Ujian dan Kursus-kursus yang ditetapkan sepanjang perkhidmatan. Calon yang terdiri dari ahli keluarga terdekat anggota yang sedang berkhidmat adalah tidak layak dipertimbangkan atas faktor kepentingan operasi. Ahli keluarga terdekat ditafsirkan sebagai pasangan, anak atau adik-beradik. Tuan/puan juga diingatkan sekiranya didapati tuan/puan memalsukan sebarang dokumen, tidak mengisytiharkan maklumat peribadi (hubungan kekeluargaan) dengan anggota SAMB dan maklumat akademik secara automatik permohonan tuan/puan terbatal dengan sendirinya. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : Sebelum atau pada 26 Oktober 2016 (Rabu)
JAWATAN KOSONG PENGURUS KORPORAT GRED EX-3 1. Jawatan : PENGURUS KORPORAT 1.0 Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) serta mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata (CGPA 3.00) yang cemerlang; 2.0 Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka; 3.0 Lulus kursus/latihan dan/atau ujian yang ditetapkan oleh Syarikat; 4.0 Boleh bertugas/bertukar dimana lokasi ditetapkan oleh Syarikat; dan 5.0 Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan korporat. Bertanggungjawab menyelaras aktiviti & program dalaman Syarikat dan program Kerajaan Negeri, komunikasi dengan pihak media dan menambahbaik isu-isu pengimejan korporat Syarikat.
JAWATAN KOSONG PENGURUS KESELAMATAN GRED EX-3 1. Jawatan : PENGURUS KESELAMATAN 1.0 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannnya serta mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata (CGPA 3.00) yang cemerlang; 2.0 Bekas anggota polis berpangkat Inspektor atau bekas anggota tentera berpangkat Kapten; 3.0 Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka; 5.0 Boleh bertugas/bertukar dimana lokasi ditetapkan oleh Syarikat; dan 6.0 Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan keselamatan. Bertanggungjawab menguruskan isu-isu keselamatan seperti sasaran penting, polis bantuan, kawalan keselamatan swasta dalam memastikan imej Syarikat berada dalam keadaan terbaik.
JAWATAN KOSONG PENGURUS KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN GRED EX-3 1. Jawatan : PENGURUS KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 1.0 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan serta mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata (CGPA 3.00) yang cemerlang; 2.0 Merupakan Pegawai Keselamatan & Kesihatan yang berdaftar dengan JKKP (Alam Sekitar / Kesihatan / Keselamatan) dan memiliki Green Book dari JKKP; 3.0 Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka; 5.0 Boleh bertugas/bertukar dimana lokasi ditetapkan oleh Syarikat; dan 6.0 Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan keselamatan & kesihatan pekerjaan. Bertanggungjawab menguruskan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, penguatkuasaan dan mengurus pengiktirafan pensijilan Occupational Health And Safety Management System (OHSAS 18001).
JAWATAN KOSONG JURUTEKNIK GRED NE6-1 1. Jawatan : JURUTEKNIK UKUR BAHAN 2. Gred Gaji : GRED NE6-1 3. Taraf Jawatan : TETAP 4. Gaji (Minimum-Maksimum) : RM 1,680.00 RM 3,900.00 (tertakluk kepada Perjanjian Kolektif 1.0 Diploma Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata (CGPA 3.00) yang cemerlang; 2.0 Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka; 3.0 Keutamaan kepada calon lelaki dan mempunyai kenderaan sendiri; 5.0 Boleh bertugas/bertukar dimana lokasi ditetapkan oleh Syarikat. Bertanggungjawab melaksanakan kerja penyeliaan operasi dan penyelenggaraan bagi kerja-kerja teknikal.