Kelab Catur, SMJK Perempuan China Pulau Pinang, 2, Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang. Melalui Pengetua, SMJK Perempuan China Pulau Pinang. Pengetua / Guru Besar / Guru Penasihat Kelab Catur, 3 MAC 2009. Tuan / Puan, Jemputan ke Kejohanan Catur Antarabangsa Terbuka PCGHS 2009 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa kami akan menganjurkan Kejohanan Catur Antarabangsa Terbuka Sekolah Menengah Perempuan China Pulau Pinang 2009. Dengan sukacitanya kami ingin menjemput pihak Tuan / Puan untuk menyertai pertandingan catur tersebut. 2. Yang berikut adalah butir-butir ringkas tentang kejohanan ini : Tarikh : 19 April 2009 ( Ahad ) Tempat : Dewan Sekolah Menengah Perempuan China Pulau Pinang ( Berhawa Dingin ) Masa : 8.00 pagi hingga 6.30 petang Bayaran : Setiap pemain ahli PCA U-18 dikenakan bayaran RM13 manakala pemain bukan ahli PCA U-18 dikenakan bayaran RM15. Tarikh Tutup : Pada 1:30 petang 18 April 2009 3. Bersama dengan surat ini, disertai maklumat yang lebih lanjut, peraturan pertandingan dan borang penyertaan. 4. Penyertaan dan kerjasama sekolah tuan / puan amat dihargai. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, ( LIM SHUANG YING ) ( PN. ANNY TAN ) Setiausaha Kelab Catur Guru Penasihat Kelab Catur SMJK Perempuan China Pulau Pinang SMJK Perempuan China Pulau Pinang
PCGHS Open!!! Tarikh : 19 April 2009 Tempat : Dewan Sekolah Menengah Perempuan China Pulau Pinang (Berhawa Dingin) Peraturan-peraturan pertandingan: 1. Kejohanan ini berasaskan Peraturan Sistem Swiss FIDE 8 pusingan. 2. Yuran Pendaftaran: PCA Member Non PCA Member Open / Lady / Veteran RM 15 RM 20 Student U-18 RM 13 RM 15 3. Pendaftaran dan bayaran boleh dibuat : a) Melalui En. Tan Eng Seong, penolong setiausaha PCA sebelum 18 April 2009. b) Di foyer Sekolah Menengah Perempuan China Pulau Pinang pada 18 April 2009 (Sabtu) dari pukul 10:30 pagi hingga 1:30 petang. Sila bayar kepada AJK Kelab Catur PCGHS. 4. Semua pemain adalah tertakluk kepada National Rating. Nilai permulaan sebanyak 1200 akan diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai National Rating. 5. Keputusan arbiter adalah muktamad. Setiap aduan terhadap permainan perlu diserahkan kepada Arbiter kejohanan dalam masa 15 minit selepas pusingan tersebut. Bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Wang ini tidak akan dikembalikan sekiranya aduan tidak berjaya. 6. Hadiah-hadiah yang berbentuk wang tunai, sijil pencapaian dan piala akan disampaikan kepada para pemenang. Hadiah barangan tidak boleh ditukar kepada wang tunai. 7. Masa permainan diperuntukkan ialah 25 minit setiap pemain dan masa 'walk-over' ialah 25 minit. Sekiranya kedua-dua pemain tidak hadir, maka mereka dianggap kalah. Nama pemain yang tidak hadir tanpa sebab akan digugurkan daripada pusingan yang akan datang. 8. Segala telefon bimbit perlu ditutup semasa pertandingan dijalankan. Sekiranya telefon bimbit berbunyi, maka pihak tersebut akan dianggap kalah. 9. Catatan gerakan adalah tidak wajib, tetapi 'scoresheet' yang ditandatangani oleh kedua-dua pemain adalah muktamad, dan arbiter TIDAK akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pemain. 10. Sistem pemutus 'tie-break' mengikut keutamaan adalah seperti berikut : a) 'Kumulatif' b) 'Buchholz' c) 'Sonnenborn-berger' d) 'Bilangan kemenangan' 11. Panel Rayuan yang terdiri daripada 3 orang pemain akan dilantik sebelum pertandingan dimulakan. 12. Tarikh tutup pendaftaran dan bayaran adalah pada 18 April 2009 pukul 1:30p.m. Pendaftaran pada hari kejohanan itu tidak dilayan.
13. Pihak penganjur berhak menambah, menolak dan menukar sebarang peraturan di atas sebelum atau semasa pertandingan dijalankan jika difikirkan perlu. Aturcara Kejohanan 0800-0830 Pendaftaran 0900-0950 Pusingan 1 1000-1050 Pusingan 2 1100-1150 Pusingan 3 1200-1250 Pusingan 4 1250-1350 Rehat 1350-1440 Pusingan 5 1450-1540 Pusingan 6 1550-1640 Pusingan 7 1650-1740 Pusingan 8 1800-1830 Penyampaian hadiah * Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan terhadap aturcara di atas. Hadiah-hadiah yang disediakan : Johan RM 150 dan Sijil Pencapaian Naib Johan RM 120 dan Sijil Pencapaian Ketiga RM 100 dan Sijil Pencapaian Keempat RM 80 dan Sijil Pencapaian Kelima RM 60 dan Sijil Pencapaian Keenam RM 50 dan Sijil Pencapaian Ketujuh RM 40 dan Sijil Pencapaian Kelapan RM 30 dan Sijil Pencapaian U18 U15 U12 U09 Boy Girl Boy Girl Boy Girl Boy Girl 1 st 1 st 1 st 1 st 1 st 1 st 1 st 1 st 2 nd 2 nd 2 nd 2 nd 2 nd 2 nd 2 nd 2 nd 3 rd 3 rd 3 rd 3 rd 3 rd 3 rd 3 rd 3 rd 4 th 4 th 4 th 4 th 5 th 5 th 5 th 5 th Hadiah Terbaik : Pemain Veteran (>40 tahun) RM15 dan Sijil Pencapaian Pemain Terbaik PCGHS RM10 dan Sijil Pencapaian Setiap pemenang di atas akan menerima sekeping sijil pencapaian. Wang tunai, piala dan sijil pencapaian disediakan untuk dimenangi! Bilangan hadiah akan bergantung kepada bilangan peserta. Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan terhadap hadiah di atas.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Nama No. Telefon Email/MSN Chin Yuen Sue 012-4185996 chinyuensue@hotmail.com Evie Tan Wei Wei 016-4236018 evie_tan_weiwei@hotmail.com Leong Pui Yee 04-6435396 renascent_griffin@hotmail.com Terima Kasih!
Borang Pernyertaan Kepada: Kelab Catur, SMJK Perempuan China Pulau Pinang, 2, Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang. Nama Sekolah: Nama No. Kad Jantina Kategori PCA NON Bayaran Pengenalan L/P U9/U12/ (/) PCA (RM) U15/U18 (/) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. JUMLAH RM