SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

dokumen-dokumen yang mirip
Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

TEKS UCAPAN PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: LAWATAN KERJA RASMI Y.B. DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH KE MENARA PNS PADA:

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia yang saya hormati saudara dan saudari pengerusi majlis,

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMINAR AUDIT DALAMAN 2017

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Yang Berusaha Saudara & Saudari Pengacara Majlis

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN WISMA LEVIDA.MY DAN MENYAKSIKAN

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKM SEMPENA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KPWKM KE-12 OLEH PUAN CHE AZIZAH BINTI CHE RASHID

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

MAJLIS KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI ICAKL JUN 2017 (RABU) PAGI DEWAN DATO MOHD ALI BAHARUM, ANGKASA

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

TEKS UCAPAN YDH KOMANDAN SUKSIS UTM

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERUSAHA TUAN HAJI RUSLI ABD. HAMID, PENDAFTAR KUKUM

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

TABUNG HAJI UMUM BONUS JUBLI EMAS UNTUK TAHUN KEWANGAN 2012

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

Teks Ucapan Perasmian YBhg. Dato Haji Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA. Seminar Penentu Halatuju Koperasi Sekolah Negeri Terengganu

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis; Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin bin Mohd, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA ENCIK TAJUDDIN ATAN, KETUA EKSEKUTIF BANK SIMPANAN NASIONAL,

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN YBHG. DATO SYED KAMARULZAMAN BIN DATO SYED ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN PENGARAH URUSAN PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS)

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH MAJLIS PERHIMPUNAN HOS TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

TEKS UCAPAN YBHG DATUK SERI SYED ALI AL HABSHEE PENGERUSI PNS SEMPENA: PROGRAM SEMBANG SANTAI FRANCAIS TARIKH: 5 APRIL 2016 (SELASA)

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN BERSAMA YAKULT

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM. ASSAMUALAIKUM WRT WBKTH DAN SALAM SEJAHTERA

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL PROF. DATUK SRI PANGLIMA DR KAMARUZAMAN HJ. AMPON

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam. Yang Berusaha Saudara dan Saudari Pengerusi Majlis

Transkripsi:

LAMPIRAN B TEKS UCAPAN YDH INSPEKTOR JENERAL TAN SRI DATO SRI KHALID BIN ABU BAKAR KETUA POLIS NEGARA MERANGKAP YANG DIPERTUA KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD TARIKH : 3 JUN 2015 (RABU) MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN BANQUET, ARAS 1 HOTEL KUALA LUMPUR INTERNATIONAL KPD BERGERAK PENUH DAYA 1

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Ta ala Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia Yang Berusaha Saudara / saudari Pengacara Majlis Yang Berbahagia Dato Sri Syed Ismail bin Dato Haji Syed Azizan Pengerusi, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Yang Dihormati Komisioner Polis Dato Seri Mohamad Fuzi bin Harun Pengarah Pengurusan Merangkap Timbalan Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Yang Dihormati Datuk Seri dan Dato -Dato Pengarah PDRM Yang Berusaha Encik Aminudin bin Yahaya Wakil kepada YBhg Dato Haji Abdullah bin Mahmood Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Yang Dihormati Dato Tajudin bin Md Isa Bendahari, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Yang Berbahagia Dato Mohd Sakaruddin bin Che Mood Setiausaha, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Barisan Anggota Lembaga Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Dif-Dif Kehormat, tuan-tuan dan puan-puan para perwakilan sekalian, Terlebih dahulu marilah kita merafakkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta ala kerana dengan limpah rahmatnya kita diberi kesempatan untuk bersama-sama hadir pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Kali Ke-80. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada para jemputan serta para perwakilan dari seluruh tanah air yang telah berusaha hadir bagi menyempurnakan lagi majlis kita pada pagi ini. 2

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Anggota Lembaga, pihak pengurusan dan seluruh anggota Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad di atas kesungguhan dan usaha yang ditunjukkan sehingga mampu meletakkan Koperasi Polis di kedudukan ke-lapan (8) dalam Senarai 100 Koperasi Terbaik 2014 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pencapaian ini terhasil berkat daripada usaha Anggota Lembaga dengan sokongan padu oleh Pengurusan dan kakitangan termasuklah mantan-mantan Anggota Lembaga yang telah menyumbang idea dan tenaga dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi. Syabas dan usaha lagi untuk pencapaian yang lebih cemerlang. Dif-dif hadirin yang saya hormati sekalian, Sepertimana yang dilaporkan oleh Yang Berbahagia Dato Sri Pengerusi tadi, Koperasi Polis telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan pembahagian berkanun berjumlah RM46.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. Peningkatan ini sesuatu yang perlu dibanggakan. Berdasarkan kepada prestasi kewangan yang positif, saya kira pulangan dalam bentuk dividen kepada anggota tentunya lebih baik. Untuk rekod, pada tahun 2013 dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, KPD telah membayar kadar dividen 6% yang bersamaan RM10.26 juta kepada anggota. Untuk tahun kewangan 2014, saya dimaklumkan bahawa Anggota Lembaga Koperasi telah mencadangkan pemberian dividen lebih tinggi yang melibatkan anggaran pembayaran berjumlah RM10.68 juta. Saya berharap cadangan dividen ini mendapat kelulusan segera daripada pihak SKM bagi membolehkan anggota-anggota menikmati dividen ini untuk menyambut Ramadhan al-mubaraq kira-kira dua minggu lagi. Sehubungan dengan itu, saya melihat pemberian dividen ini membuktikan KPD sentiasa dan mampu menyalurkan dividen kepada anggotaanggotanya walaupun sewaktu dalam tempoh pemulihan; dan kini KPD giat berusaha untuk meneruskan agenda transformasinya menerusi Kop Mantap Berhad. Bagi memastikan Koperasi kekal relevan, transformasi ini perlu diteruskan. Sudah tiba masanya untuk KPD memberi tumpuan kepada polisi jangkamasa panjang dan urus-tadbir koperasi yang mampan beserta initiatif ke arah mempertingkatkan jumlah ahli, tadbirselia ahli yang berkualiti dan penambahan dividen yang berteraskan kepada perniagaan sebenar. Melihat kepada sumber pendapatan Koperasi yang majoritinya bergantung kepada pendapatan pinjaman dan struktur semasa KPD dan anak-anak syarikatnya, beserta hasrat transformasi ini saya merasakan inilah masa yang sesuai untuk KPD menstruktur semula keseluruhan organisasinya. Perlaksanaan kesemua jenis perniagaan Koperasi ingin saya jelaskan mesti hanya berlaku di bawah Kop Mantap. Pemusatan kumpulan sokongan perlu 3

menyokong keseluruhan agenda perniagaan dan mampu memberi sokongan langsung kepada perniagaan. Saya juga menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam proses transformasi ini untuk bergerak pantas dan tidak sekali-kali cuba melengahkan usaha ini. Saya juga berharap anggota Koperasi Polis sentiasa setia menyokong KPD dalam tempoh peralihan ini dan sentiasa bersiap siaga mendokong matlamat bersama. Hadirin dan para perwakilan yang dihormati sekalian, Sebentar lagi semua perwakilan akan menunaikan tanggungjawab memilih Anggota Lembaga Koperasi yang baru bagi menggantikan anggota yang telah tamat tempoh perkhidmatan mereka. Kepada mereka yang bertanding, saya berharap tuan-tuan telah melengkapkan diri dari segala sudut bagi mematuhi Prinsip 4 dan 6 Pelantikan dan Kriteria Anggota Lembaga Koperasi yang terkandung dalam Garis Panduan 27 SKM terbaru bertarikh 8hb April 2015. Antara lain kriteria yang terkandung dalam garispanduan tersebut adalah Seseorang Anggota Lembaga perlu mempunyai keunggulan peribadi seperti kejujuran, reputasi dan integriti peribadi. Di samping itu, Anggota Lembaga perlu mampu membuat keputusan mengenai isu melibatkan perkara strategik dalam menentukan hala tuju koperasi. Saya juga ingin menekankan mengenai Prinsip 8 Garis Panduan tersebut iaitu keperluan untuk mewujudkan satu prosedur bagi menilai keberkesanan keseluruhan Lembaga; sumbangan setiap Anggota Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif secara tahunan berdasarkan kepada kriteria prestasi selaras dengan KPI yang ditetapkan. Dengan itu, Koperasi akan sentiasa bergerak di bawah kepimpinan yang berwibawa dan mampu menyelesaikan permasalahan yang wujud secara konkrit dan tuntas yang hasilnya bakal membawa Koperasi ke mercu jaya. Saya juga melihat perlunya tadbir urus korporat (corporate governance) dipraktikkan secara total dan berkesan di KPD. Garis pemisah terhadap peranan sebenar bagi keseluruhan Lembaga dan kepimpinan pengurusan di KPD haruslah dilaksanakan segera bagi mencapai objektif dan matlamat yang unggul. Anggota Lembaga Koperasi adalah pembuat dasar, manakala Pengurusan adalah pelaksananya. Maka, perkara ini perlu direalisasikan. Para Perwakilan Yang Dihormati Sekalian, Menyentuh mengenai pemilihan Anggota Lembaga Koperasi, pada tahun lepas saya telah mencadangkan supaya Anggota Lembaga yang dipilih dikurangkan kepada 7 orang sahaja. Bagaimanapun, bilangan 7 ini tidak memenuhi komposisi satu pertiga pengguguran Anggota Lembaga pada setiap tahun, Dengan itu, saya ingin membuat saranan dan mengusulkan 4

supaya bilangan Anggota Lembaga yang dipilih ini dikurangkan lagi kepada 6 orang. Perlu diingatkan bahawa jumlah Anggota Lembaga yang ramai tidak menjanjikan kejayaan dan hasil yang terbaik kepada sesebuah koperasi. Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut menyokong dan menasihatkan Koperasi Polis agar mengurangkan bilangan Anggota Lembaganya yang sedia ada bagi menjimatkan kos. Tambahan pula, pengurusan dalam gerakan Koperasi bukanlah merupakan tugasan hakiki atau peranan penting yang perlu digalas oleh anggota pasukan yang masih berkhidmat dengan PDRM. Saya tidak menafikan bahawa sokongan dan dokongan serta penyertaan tuan-tuan dan puan-puan dalam Koperasi adalah amat diperlukan, kerana tanpa anggota PDRM dan kakitangan awam di Jabatan Polis maka tidak wujudlah Koperasi Polis ini. Dengan itu, saya mempunyai keyakinan yang penuh bahawa dengan pengurangan bilangan Anggota Lembaga ini, Koperasi akan lebih mantap dan berjaya dan anggota pasukan PDRM akan lebih sejahtera. Mengenai anggota yang akan bersara dari pasukan dalam tempoh terdekat, secara peribadi saya berpandangan bahawa adalah molek mereka ini tidak bertanding bagi merebut jawatan sebagai Anggota Lembaga Koperasi. Nikmatilah tempoh persaraan dengan tenang dan aman tanpa ada perebutan jawatan di Koperasi. Berilah peluang kepada anggota dari kalangan yang masih berkhidmat untuk bertanding sebagai Anggota Lembaga demi memantapkan lagi pemahaman mereka dengan dunia perniagaan. Ini selaras dengan kehendak Seksyen 45(1) Akta Koperasi yang menetapkan bahawa Anggota Lembaga hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan yang biasa. Dengan yang demikian, para perwakilan sekalian, Saya menyeru gunakanlah peluang keemasan dalam pemilihan ini dengan bijaksana dan matang untuk menentukan pucuk pimpinan tuan-tuan; dan pada masa yang sama terus memberi sokongan kepada barisan Anggota Lembaga demi kestabilan dan pembangunan Koperasi pada masa hadapan. Bagi Anggota Lembaga yang akan bersara, diucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di koperasi ini dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan hidup yang sejahtera. Segala bakti yang telah disumbangkan, hanya Allah sahajalah yang mampu membalasnya. Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua anggota lembaga, pengurusan dan kakitangan Koperasi Polis di atas perkhidmatan dan pencapaian yang membanggakan 5

tahun ini. Anggaplah pencapaian ini sebagai satu cabaran untuk kita bekerja lebih cemerlang di masa hadapan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang sentiasa prihatin terhadap gerakan koperasi negara, juga Kementerian Dalam Negeri; Suruhanjaya Koperasi Malaysia; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Kewangan; dan semua badanbadan kerajaan yang telah membantu urusan koperasi polis dan anak-anak syarikatnya. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua hadirin yang dapat bersama di majlis perasmian pada petang ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tiba beberapa hari saja lagi. Dengan kata-kata tersebut, dan dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Kali ke-80 pada hari ini. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta ala wabarakatuh. Terima kasih. 6