Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

dokumen-dokumen yang mirip
PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERUSAHA TUAN HAJI RUSLI ABD. HAMID, PENDAFTAR KUKUM

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL PROF. DATUK SRI PANGLIMA DR KAMARUZAMAN HJ. AMPON

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA YANG DIHORMATI SAUDARA/SAUDARI PENGACARA MAJLIS

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 3 JANUARI 2010 DI DEWAN 2020

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

MAJLIS PERASMIAN KURSUS PENGADIL DAN PENILAI PENGADIL PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA. Teks Ucapan

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM

SEMINAR BOLEHKAH WANITA BERSUARA, JIKA BERSUARA ADAKAH DIDENGAR? (PEMIKIRAN GAYATRI CHAKRAVORTY SPIVAK) Teks Ucapan

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN BERSAMA YAKULT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh Dan Salam

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Yang Berusaha Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Encik Afizal Abu Othman. Pegawai-pegawai Unit Sukan UniMAP, Pengadil-pengadil kejohanan,

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

Transkripsi:

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010 Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia. Yang Berusaha Prof Madya Dr Haji Mohd Yusof Abdullah Dekan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial Pegawai-Pegawai Utama UMS Dekan-Dekan dan Pengarah-Pengarah Institut Ketua-Ketua Jabatan Para Pelajar Tuan-Tuan dan Puan-Puan, para hadirin sekalian. Terlebih dahulu marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita diberikan kesempatan untuk berhimpun bagi menjayakan Majlis Kemuncak Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) 2010 pada malam ini. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, khususnya kepada Prof Madya Dr Haji Mohd Yusof Abdullah, Dekan SPPS kerana telah bertungkus-lumus bersama bersama ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan ahli Persatuan Mahasiswa Pendidik (PERMADIK) bagi memastikan kelancaran penganjuran majlis yang amat besar ertinya kepada seluruh warga pendidik. Saya dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Guru SPPS tahun 2010 ini merupakan kali kedua diadakan setelah kali terakhir diraikan lapan tahun yang lalu iaitu tahun 2001. Oleh itu, saya secara peribadi mengharapkan agar sambutan penuh bermakna seumpama ini dapat diteruskan dan dianjurkan lebih kerap bahkan kalau boleh menjadi acara tahunan

bukan sahaja di peringkat Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial malah melibatkan seluruh warga Universiti Malaysia Sabah. Para hadirin sekalian, Sesungguhnya, guru memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan individu dan pencapaian matlamat pendidikan negara. Setiap insan yang pernah mendapat suluhan ilmu daripada seorang guru pastinya akan menghargai betapa besar sumbangan guru dalam setiap kejayaan yang dilakar. Hari ini saya ingin merekodkan penghargaan saya kepada warga guru yang sentiasa komited dalam menggalas amanah mendidik anak bangsa dan mendokong matlamat dasar pendidikan kebangsaan, iaitu untuk memupuk perpaduan, memacu kemajuan dan membentuk keperibadian insan yang mulia. Alhamdulillah, berkat komitmen warga guru, kita telah berjaya mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang pendidikan. Hari ini dengan kemudahan akses yang disediakan dalam bidang pendidikan di peringkat rendah, menengah dan peringkat pengajian tinggi, kita telah berjaya menyediakan peluang pendidikan formal kepada setiap warganegara. Ini adalah satu pencapaian penting dalam proses pendemokrasian pendidikan di negara kita. Kemajuan yang dicapai dalam bidang pendidikan selama lebih lima dekad yang lalu juga telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat tanpa mengira kaum. Pencapaian ini sekali gus membantu menjayakan agenda pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat, pembangunan negara dan pengukuhan perpaduan. Di peringkat antarabangsa, negara kita juga telah diiktiraf sebagai antara negara yang paling berjaya dalam mencapai matlamat pendidikan untuk semua. Saya percaya, segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan para guru dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi, dengan penuh rasa tanggungjawab untuk berbakti kepada pertiwi. Namun, segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya di masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru

yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka pendekatan terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan. Tuan-tuan dan para hadirin sekalian, Cabaran pertama ialah untuk meningkatkan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan. Dalam sebuah negara yang menjanjikan kemakmuran untuk semua, komitmen kerajaan ialah untuk memastikan setiap warganegara berhak untuk mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti. Ini bermakna usaha berterusan mesti dilakukan untuk menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan prestasi setiap sekolah serta merapatkan jurang pencapaian murid tanpa mengira lokasi dan wilayah. Kedua, meraikan kepelbagaian dan pada masa yang sama memperkukuhkan perpaduan dalam sebuah masyarakat majmuk yang sedang melalui proses perubahan nilai sosial dan politik yang ketara. Adalah menjadi hasrat dasar pendidikan kebangsaan untuk memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum melalui sistem pendidikan yang mengutamakan perkongsian nilai, budaya dan cita-cita bersama. Sementara kita melihat kepelbagaian sebagai sumber kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk, kita juga perlu memperkukuhkan perpaduan melalui sistem pendidikan kebangsaan yang inklusif dan dinamik. Justeru, cabaran besar bagi setiap guru ialah untuk muncul sebagai kuasa pemersatu yang jitu (the binding force of unity) yang berperanan mendidik murid tanpa mengira kaum, menghargai sejarah pembinaan negara bangsa, memahami kepelbagaian dan menjunjung aspirasi perpaduan selaras dengan semangat dan cita-cita 1Malaysia. Dalam usaha meningkatkan perpaduan berbilang kaum, di peringkat awal persekolahan lagi kita telah memupuk jati diri murid melalui kurikulum, program ko-kurikulum dan sukan. Sehubungan itu, guru sebagai pendidik perlu memastikan diri mereka bersedia untuk berusaha lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini tentunya menuntut perancangan dan pelaksanaan yang cekap daripada para guru agar pendidikan mampu menjadi wahana perpaduan yang berkesan. Ketiga, meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa dalam iklim persaingan global yang semakin sengit. Berhadapan dengan cabaran ini, keutamaan kita ialah untuk

mempersiapkan generasi muda dengan kualiti yang diperlukan supaya mereka boleh bersaing di persada antarabangsa. Di samping itu, jangan kita lupa bahawa usaha-usaha untuk meningkatkan prestasi dan kualiti sistem pendidikan kita perlu dilakukan secara berterusan kerana pada masa yang sama kita juga menghadapi persaingan dengan sistem pendidikan berprestasi tinggi di negara-negara maju yang meletakkan penanda aras baru kecemerlangan pendidikan. Pendek kata, dalam era globalisasi kini kita harus menerima hakikat bahawa pendidikan tidak lagi berfungsi sekadar untuk mengisi keperluan tempatan, tetapi memenuhi tuntutan global. Dalam mengharungi cabaran-cabaran ini, kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan pemugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan. Dasar dan strategi yang telah terbukti berjaya pada masa lampau, tidak semestinya berkesan untuk masa kini dan masa hadapan. Justeru, sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Menyelami setiap cabaran yang mesti diharungi oleh guru dalam memenuhi tuntutan kemajuan negara dan membentuk keperibadian insan yang mulia, saya memahami bahawa guru sebenarnya memikul amanah yang besar. Melaksanakan amanah ini pula bukanlah satu tugas yang mudah. Harapan masyarakat terhadap guru amat tinggi dan cabaran yang dihadapi bukannya sedikit. Saya ingin menegaskan bahawa guru sebagai pendidik telah terbukti memainkan peranan utama dalam membina negara bangsa. Para guru perlulah berfikiran global dan bertindak secara terarah dengan menjadikan bidang keguruan sebagai wadah untuk membentuk warganegara dengan ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia. Adalah menjadi harapan masyarakat, para guru memainkan peranan membentuk jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat, seterusnya menjadikan anak didik sebagai warganegara glokal yang mampu bersaing seiring dengan kepesatan dunia. Justeru, negara akan hilang daya saing dan ketinggalan dari kemajuan global sekiranya para guru tidak menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Di samping itu, kecekapan dan keberkesanan guru juga dituntut menerusi aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Pelaksanaan program-program ini menuntut kerjasama dan komitmen guru untuk menerapkan elemen perpaduan dan ini membuktikan bahawa sekolah adalah tapak semaian yang terbaik untuk menyuburkan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan selama ini. Saya percaya para guru akan sentiasa berusaha dan beriltizam untuk melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan agar ianya mampu melahirkan negara bangsa mengikut acuan kita. Seterusnya dalam dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar ini, negara amat memerlukan modal insan berkualiti yang boleh menggalas aspirasi serta misi nasional ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Dalam konteks ini, sebagai pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, guru adalah pemangkin kepada transformasi yang diperkenal dan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bermatlamat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Guru itu umpama lautan luas Menghampar ilmu tak terbatas Bagai hempasan keras gelombang Kepada murid mendamai tenang Guru itu laksana gunung agung

Tinggi berbukit sabar iktibar Persis batu dan pasir terdampar Tugasnya mulia mendidik mengajar Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini, terutamanya kepada warga Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial UMS. Marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon keizinan dan keredaan Allah SWT supaya segala cita-cita dan usaha kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan membina negara bangsa yang sejahtera dan harmoni diberkati dan dipermudahkan oleh-nya. Dengan lafaz bismillah, saya secara merasmikan sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah bagi tahun 2010. Sekian. "Selamat Hari Guru, Terima kasih Cikgu". wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.