PENDAHULUAN CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM CTU101 10/9/2013

dokumen-dokumen yang mirip
PENDAHULUAN CTU101 10/9/2013 PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan


ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

BAHAGIAN A (20 markah)

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

PENDAHULUAN CTU261 19/05/2014. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDAHULUAN CTU /08/2013. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

PENDAHULUAN FIQH AWLAWIYYAT DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT KONSEP FIQH AWLAWIYYAT CTU /08/2013. Maruwiah Ahmat 1

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

Peraturan pemarkahan Kertas 1 / 5226/1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

Menerangkan pengertian akhlak. Menjelaskan konsep dan prinsip akhlak. Menghuraikan sumber-sumber akhlak Islam

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

(100 MARKAH) Calon dikehendaki menjawab lima soalan. Soalan 1 wajib dijawab dan pilih empat soalan yang lain. No. Soalan Jawapan Markah

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 2 Akidah Teras Pembangunan Muslim II

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 PERATURAN PEMARKAHAN

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

MAKLUMAT KURSUS KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 7/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1


Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

BAB 4 Ibadah Membina Insan Berkualiti II


BAB 4 Ibadah Membina Insan Berkualiti II

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Pesan Buat Remaja: Anda Ingin Bercinta & kahwin? oleh Muhammad Haniff Hassan

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia?

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

Fadhilat Berbaik Sangka

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

Selasa, 3 Julai 12. Sistem pembangungan islam

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

2 SULIT 5226/1 Bahagian A [20 markah]

Modal insan: membentuk keluarga berkesan. Sinopsis:

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Satu jam lima belas minit 5226/1 PANITIA TASAWWUR ISLAM SMK JELAWAT BACHOK, KELANTAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN SOALAN BERFORMAT SET 1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 MASALAH PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN INTEGRATED HOLISTIC ASSESSMENT BOARD ( IHAB ) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR ( SAN )

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

Transkripsi:

1 Maruwiah Ahmat CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM PENDAHULUAN 2 Hasil Pembelajaran Mengetahui konsep dan kategori akhlak Mengaplikasikan pembinaan dan pemantapan akhlak Mengenal pasti cabaran dan cara penyelesaiannya dalam pembentukan akhlak Kandungan 5. Akhlak dalam Pembentukan Jati Diri Muslim 5.1 Pengertian akhlak 5.2 Kategori dan skop akhlak 5.3 Pembinaan dan pemantapan akhlak 5.4 Cabaran dan penyelesaian dalam pembentukan akhlak Maruwiah Ahmat 1

PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN 3 Tidak melakukan perkaraperkara yang syubhat Lembut dan sabar Ciri-ciri Akhlak Islam Memelihara penglihatan Bersifat pemalu Memelihara lidah PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN 4 Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara perutusan utama Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. - menunjukkan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam. Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti yang mana akhlak yang baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: Tiada sesuatu yang lebih berat dalam daun timbangan melainkan akhlak yang baik. Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya. Maruwiah Ahmat 2

PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN 5 Kepentingan Akhlak dalam Kehidupan Manusia Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa. Oleh itu antara misi yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw ialah membina kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng. PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN 6 Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa, melakukan kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga. Maruwiah Ahmat 3

PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN 7 Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ia lambang kesempurnaan iman, ketinggian takwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam hal ini Nabi Muhammad saw bersabda: Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN 8 Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al- Quran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum Nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Maruwiah Ahmat 4

9 Pemantapan Akhlak Akidah yang mantap Kepatuhan syariah Pelaksanaan ibadah 10 Akidah yang Mantap Akidah dalam Islam membentuk keseluruhan peribadi dan akhlak seorang Muslim. Konsep tauhid uluhiyyah misalnya, menggariskan bahawa segala sesuatu yang wujud datang dari Allah SWT. Oleh itu semestinya manusia melakukan segala perbuatannya kerana Allah. Mentaati, mencintai, berlindung dan berharap kepada selain Allah SWT secara mutlak bermakna mensyirikkan Allah SWT. Maruwiah Ahmat 5

11 Konsep Ubudiyyah menggariskan bahawa manusia hidup sebagai hamba Allah SWT. Seorang muslim sejati akan mendedikasikan hidupnya untuk mencari keredhaan Allah SWT semata-mata. Menghambakan diri pada Allah bererti menjalankan segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-nya. Segala perbuatan yang dilakukan oleh seorang muslim tanpa mengira siapa (pekerjaan) dan apa perkara yang dibuat akan bernilai ibadah seandainya dia ikhlas dan mengikut petunjuk syariah. 12 Setelah akidah membentuk keseluruhan peribadi seorang Muslim, maka jati diri seseorang itu akan berubah dan menjadi orang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Seorang muslim yang sejati akan bersikap amanah, berdisiplin, adil terhadap orang lain dan dirinya sendiri, melaksanakan amr bil makruf dan nahyu anil munkar dan sebagainya. Maruwiah Ahmat 6

13 Kepatuhan Syariah Diri manusia memerlukan amal atau perbuatan yang selaras dan menepati dengan kehendak akidah. Kehendak dan kemahuan akidah itu dijelmakan dalam bentuk syariah yang merangkumi semua disiplin, peraturan dan perundangan yang mesti dipatuhi, diikuti dan dilaksanakan oleh manusia dalam semua kegiatan hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan. 14 Sama ada kegiatan hidup itu merupakan gerak laku amalan atau gerak laku perbuatan yang berhubung antara manusia dengan Tuhannya, berhubung sesama manusia dalam semua lapisan dan peringkatnya dan berhubung antara manusia dengan alam sekeliling. Melalui ikatan, kawalan dan panduan syariah akan terciptalah suatu corak kehidupan yang selaras dengan kehendak Allah SWT. Maruwiah Ahmat 7

15 Pelaksanaan Ibadah Pelaksanaan ibadah merupakan amalan-amalan yang membuktikan kemantapan akhlak yang dimiliki oleh seseorang individu. Akhlak Islam bertunjangkan akidah. Sebab itulah ia mempunyai asas yang kukuh kepada keimanan, kekuasaan Allah SWT, qada' dan qadar, dosa dan pahala, ganjaran baik dan balasan jahat di akhirat dan sebagainya. Akhlak yang baik yang disarankan oleh Al-Quran banyak sekali seperti iman, takwa, ikhlas, sabar, amanah, zuhud, adil, suka menolong, suka memaafkan, pemurah dan sebagainya. 16 Sikap, adab atau akhlak baik yang ada pada seseorang pelajar akan menjamin kejayaan di dunia dan di akhirat. Ini bermakna dengan memiliki akhlak mulia seseorang pelajar akan mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik, perhubungan dengan masyarakat, memahami alam sekitar, cemerlang dalam kerjaya dan membawa kebahagiaan di akhirat. Maruwiah Ahmat 8

17 Ini semua adalah akhlak-akhlak mahmudah yang ditonjolkan melalui ruanglingkup amalan ibadah yang begitu luas mencakupi berbagai aspek dunia dan akhirat. Pelaksanaan ibadah yang mantap adalah hasil gabungan pengetahuan, keterampilan, pola-pola tingkahlaku, sikap, nilai-nilai dan kebiasaan yang terkandung dalam tujuan umum pendidikan Islam akan dapat menumbuhkan semangat agama dan akhlak. 18 Antara aspek-aspek pelaksanaan ibadah yang membawa kepada pembinaan dan pemantapan akhlak: Ilmu pengetahuan, didikan dan latihan Penghayatan Al-Quran Rasul Sebagai Qudwah Hasanah Contohi Sahabat dan Ulama Muhasabah Diri Tarbiyah Ruhiyah Tazkiyah al-nafs Mujahadah Maruwiah Ahmat 9

19 Ilmu pengetahuan, didikan dan latihan Pendidikan juga dilihat sebagai usaha membangunkan insan bertanggungjawab, insan proaktif, insan yang sedar diri akan status, kedudukan, amanah dan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Melalui pendidikan seseorang itu mmepunyai gambaran yang jelas mengenai arah tuju dan matlamat hidupnya. Pendidikan mampu menjadikan seseorang itu berakhlak mulia. Manakala amalan yang dilakukan secara berterusan akan menjadi suatu kebiasaan dan latihan dalam mempraktikkan akhlak mulia. 20 Penghayatan Al-Quran Al Quran adalah KalamulLah (Perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad SAW untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Di dalamnya terkandung risalah (ajaran) Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan Islam, pengetahuan tentang alam ghaib seperti malaikat dan hari pembalasan, asas perundangan, sistem moral, fakta-fakta sains, sejarah manusia dan lain-lain lagi. Sebagai KalamulLah, maka tidak ada suatupun yang lebih mulia di muka bumi ini selain dari Al-Quran. Maruwiah Ahmat 10

21 Al-Quran telah dan akan terus membimbing manusia untuk mencapai kesempurnaan dalam kehidupan. Al-Quranlah yang telah mencorakkan hidup orang Islam. Tidak ada kitab yang setanding dengannya kerana kandungannya yang menyeluruh. Di dalamnya terdapat panduan hidup yang sempurna. Bagi orang Islam yang mempercayai Al-Quran dengan penuh keyakinan akan mendapatinya sebagai sumber ilham yang tidak ada habisnya. Al-Quran mengajar manusia menjadi yang sepatutnya dikehendaki oleh Allah SWT serta berakhlak mulia. 22 Rasul sebagai Qudwah Hasanah Bagi manusia di zaman ini Allah S.W.T telah megutuskan kepada kita seorang Nabi untuk menjadi teladan yang terbaik. Tidak ada manusia yang paling sempuma sepertinya dalam sejarah kehidupan manusia. Dialah manusia yang teragung. Semua perbuatan, percakapan dan pandangannya terhadap sesuatu telah dicatitkan dan dibukukan sebagai Hadith atau Sunah Nabi Muhammad s.a.w. Maruwiah Ahmat 11

23 Riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W (Sirah Nabawiyyah) juga dibukukan. Baginda adalah teladan yang terbaik bagi manusia dalam segala bidang kehidupannya. Nilai yang ditentukan oleh Islam yang menzahirkan akhlak mulia ialah seperti yang telah dicerminkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Semua Rasul tidak mempunyai sifat buruk, keji dan hina seperti tamak haloba, khianat, penipu dan mementingkan diri sendiri dengan kemewahan dan kekayaan. Sifat-sifat buruk tidak menjadi sifat para Rasul kerana mereka tidak mengharapkan dan memerlukan balasan, upah, ganjaran, penghormatan dan sanjungan dari manusia secara individu dan masyarakat, dalam melaksanakan tugas-tugas kerasulan. 24 Contohi Sahabat dan Ulama Sifat, sumbangan dan kisah-kisah sahabat yang mempraktikkan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w banyak tercatat dalam buku-buku sejarah. Membaca buku sejarah para sahabat dan juga ulama supaya dia dapat melihat kesan-kesan dari keindahan sejarah, keutamaan budi dan perilaku mereka. Rasululla bersabda: Para sahabatku laksana bintangbintang, dan dengan siapa saja di antara mereka yang kamu pilih untuk mendapat petunjuknya, nescaya kamu akan tertunjuk. Maruwiah Ahmat 12

25 Muhasabah Diri Di antara tanda-tanda jiwa yang beriman, menjauhi maksiat dan takut adalah sentiasa menghitung setiap perbuatan dan pekerjaannya, baik yang nampak mahupun tidak. Hal itu dilakukan agar berasa yakin bahawa jiwanya ini berjalan di atas jalan yang lurus yang telah ditentukan batas-batasnya oleh Al- Quran. Muhasabah nafs adalah seseorang yang melakukan perhitungan terhadap dirinya selangkah demi selangkah, tentang amalamalnya, tingkah laku dan perbuatannya, baik yang nampak mahupun yang tidak, sehingga sedar perihal urusan dirinya sendiri dalam kerangka yang disyaratkan, dan dengan kemahuan sendiri meluruskan nafsnya apabila didapati penyimpangan. 26 Muhasabah nafs dilakukan baik sebelum melakukan suatu perbuatan mahupun setelah melakukannya pada setiap waktu dan kesempatan. Tujuannya adalah agar jiwanya merasa tenang bahawa segala perbuatan yang dilakukan itu sesuai dengan syariat Allah. Apabila dalam perbuatan itu terdapat kekurangan atau kesalahan maka hendaklah segera diperbetulkan. Dia juga harus selalu beristighfar, menyesal, bertaubat dan kembali kepada Allah. Menjadi kewajiban bagi seseorang Mukmin untuk melakukan perhitungan terhadap dirinya dan menilai amalannya. Maruwiah Ahmat 13

27 28 Tarbiyah Ruhiyah Rohani atau keinsanan manusia adalah sumber kebahagiaan dan kecelakaaan hidup seseorang. Rohanilah yang memandu dan mengawas segala anggota badan kasar seseorang baik kepada kebajikan mahupun kepada kejahatan. Sebab itulah mendidik roh atau jiwa adalah sesuatu amalan yang berat dan sukar. Kesukaran ini dapat diatasi dengan menggunakan pembimbing rohani yang terpenting iaitu iman dan keyakinan kepada Allah S.W.T yang dipupuk dan disuburkan dengan ilmu pengetahuaan yang berguna dan amalan soleh. Maruwiah Ahmat 14

29 Proses tarbiyah ruhiyah ini telah digariskan oleh Imam al- Ghazali melalui beberapa adab yang perlu diamalkan oleh pelajar. Antaranya: 1. Setiap pelajar haruslah menyemaikan niat yang baik selama mana ia menuntut ilmu. Ini bagi menghindari daripada akhlak yang buruk. 2. Memberi perhatian yang serius atau komited dengan proses pembelajaran. 3. Menghormati segala ajaran guru. 4. Mendahulukan mempelajari ilmu yang lebih memberi manfaat. 30 5. Menumbuhkan kesedaran yang betul pada diri pelajar terhadap agama termasuk prinsip-prinsip dan dasar-dasar akhlak yang mulia. 6. Menanam keimanan kepada Allah pencipta alam dan kepada malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab dan Hari Akhirat. 7. Memperkenalkan akidah Islam, dasar-dasarnya, asal usul ibadat dan cara-cara melaksanakannya dengan betul, dengan membiasakan mereka berhati-hati mematuhi akidah-akidah agama, menjalankan dan menghormati syiar-syiar agama. 8. Menumbuh minat pada generasi muda untuk menambah pengetahuan dalam adab dan pengetahuan keagamaan dan untuk mengikuti hukum-hukum agama dengan kecintaan dan kerelaan. Maruwiah Ahmat 15

31 9. Menanam rasa cinta dan penghargaan kepada Al-Quran, membacanya dengan baik, memahaminya dan mengamalkan ajaran-ajarannya. 10. Menumbuhkan rasa bangga terhadap sejarah dan kebudayaan Islam. 11. Menumbuhkan rasa rela, optimis, kepercayaan diri, tanggungjawab, menghargai kewajiban, tolong menolong atas kebaikan dan taqwa, kasih sayang, cinta kebaikan, sabar dan berjuang untuk kebaikan. Hidup ini satu perjuangan... 32 12.Mendidik naluri, motivasi dan keinginan generasi muda dan menguatkannya dengan akidah dan nilai-nilai. 13.Menanamkan iman yang kuat kepada Allah, perasaan keagamaan dan akhlak pada diri mereka. 14.Membersihkan hati mereka dari rasa dengki, hasad, iri hati, benci, kezaliman, keegoan dan perselisihan. Maruwiah Ahmat 16

33 Tazkiyah al-nafs Keutamaan membangunkan manusia seutuhnya dalam pandangan Islam adalah fokus utama dan pusat kepada pembangunan. Dalam istilah sufi (tasawuf) pembangunan manusia ini disebut sebagai membangunkan peribadi insan sehingga mencapai tingkat dan darjat kesempurnaan manusia. Tanpa pembangunan manusia ini, pembangunan-pembangunan lain termasuklah pembangunan ekonomi akan turut gagal, sebab pembangunan peribadi manusia adalah akar umbi yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya masyarakat dan pembangunan negara. 34 Dengan sebab inilah maka perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada aspek pembangunan kerohanian atau jiwa manusia itu dalam sesuatu perancangan pembangunan. Jiwa yang dikurniakan kekuatan akan melakukan kebaikan semasa hidup. Jiwa yang baik akan membawa kejayaan dan jiwa yang buruk akan membinasakan. Jelasnya jiwa (diri) manusia itu perlu disucikan terlebih dahulu sebelum melangkah ke bidang pembangunan kebendaan yang lain. Andainya jiwa manusia itu telah suci, maka barulah aspek-aspek pembangunan yang akan mengikuti seterusnya akan terpelihara. Maruwiah Ahmat 17

35 36 Mujahadah Al-Mujahadah, sama dengan al-jihad, iaitu pengorbanan segala bentuk kesenangan ke jalan Allah serta memerangi musuh-nya. Beranggapan bahawa nafsu adalah musuh utama yang berperanan menjerumuskan insan ke arah kehancuran serta menjauhkan mereka daripada agamanya. Mujahadah merupakan usaha melawan nafsu syahwat untuk terus berada dalam keadaan penghayatan Islam. Petunjuk jalan menuju Allah s.w.t adalah hasil mujahadah. Mujahadah akan berkesan apabila seseorang itu dibesarkan dalam suasana akhlak Islam. Maruwiah Ahmat 18

CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 37 Oleh kerana pembangunan fizikal lebih pantas daripada proses pembinaan akhlak, maka para pelajar akan terarah kepada keruntuhan akhlak. Insan yang runtuh akhlaknya ialah insan yang kabur tentang hakikat dan tujuan hidup serta membentuk gaya hidup yang bebas daripada nilai dan norma keagamaan. Negara yang pesat membanguan seperti malaysia mempunyai banyak elemen-elemen keruntuhan akhlak lebih-lebih lagi terdedah dengan globalisasi. CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 38 Arus kemodenan ini akan menyebabkan golongan muda khususnya tenggelam dalam arus pembangunan. Terdapat juga mengamalkan perlakuan yang ganjil dan tidak normal. Terdapat juga yang berada di antara dua persimpangan. Pertama: perlakuan yang baik, berakhlak dan berdisiplin yang sesuai dengan budaya dan ajaran agama. Kedua: menuju ke alam mimpi, angan-angan dan kerosakan yang dicetuskan oleh pembangunan yang terlalu pantas. Mujahadah mampu menentang elemen kedua. Maruwiah Ahmat 19

CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 39 CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 40 Maruwiah Ahmat 20

CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 41 CABARAN LUARAN Masalah keruntuhan akhlak, menjadi tajuk perbincangan yang cukup hangat kebelakangan ini. Akhbar-akhbar tempatan tidak putus-putus mencatatkan rekod perlakuan manusia yang mencerminkan keruntuhan dan kebankrapan moral mereka terutama dalam kalangan remaja sampailah kepada orang dewasa. Remaja dengan tabiat lepak, berpeleseran sampailah kepada pembuangan anak, dan orang dewasa pula dengan tabiat pecah amanah, suka mendera sampailah kepada sumbang mahram. CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 42 Semua itu merupakan tabiat-tabiat akhlak buruk yang tidak wajar dilakukan oleh manusia yang benarbenar faham tentang mesej kehadiran mereka di alam ini. Mereka sebenarnya tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang dikehendaki oleh agama mereka. Hal ini tentunya berkait rapat dengan persoalan kefahaman Islam yang tidak selesai sebagaimana yang dicatatkan di atas Maruwiah Ahmat 21

CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 43 CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 44 Cabaran globalisasi melalui teknologi maklumat dan multimedia merupakan alat ampuh kepada penularan penjajahan pemikiran (al-ghazwul-fikri) yang meletakkan minda dan jiwa umat Islam tercengkam dengan pengaruh asing dan pada masa yang sama menanamkan rasa pendewaan terhadap Barat. Dalam Al-Quran tercatat penyalahgunaan yang dilakukan oleh kaum Nabi Lut A.S, yang akhirnya mereka terpaksa membayar dengan harga yang cukup mahal, iaitu kebinasaan mereka sendiri. Maruwiah Ahmat 22

CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 45 Pengabaian pendidikan terhadap remaja mengakibatkan kelahiran pelbagai gejala sosial seperti gejala lepak, tidak minat belajar, tidak kisah, lari dari rumah, penyalahgunaan dadah, pil ekstasi, penagihan arak, homoseksual/lesbian, AIDS/ HIY positif, LGBT, pengguguran anak, pembuangan anak, gejala punk, skin head, berjudi, lumba haram, samseng sekolah, vandalisme dan pelbagai jenayah juvana. CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 46 Hal ini boleh dilihat dari dengan lemahnya pegangan iman, hilangnya pengaruh ibu-bapa, kebergantungan mereka kepada pengaruh rakan sebaya yang tidak mampu berfikir dengan waras dan terpaksa hidup dalam suasana masyarakat yang penuh dengan budaya mungkar. Kesan gejala sosial kepada agama, bangsa dan negara begitu besar sekali, masyarakat menjadi kacau bilau, porak-peranda dan sengsara. Remaja menjadi tidak berharga dan hilang nilai individu. Kestabilan negara implikasi dari gejala sosial semestinya menggugat masa depan agama, bangsa dan negara Maruwiah Ahmat 23

47 CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 48 CABARAN DALAMAN Apabila individu berada dalam keadaan akidah yang lemah dan kejahilan tentang ajaran agama kita, maka mudahlah mereka diresapi oleh pengaruh-pengaruh luar yang menyerang umat Islam melalui pelbagai cara dan taktik. Kedudukan akidah yang paling asas dan terpenting dalam pembinaan tamadun kemanusiaan dan kepincangan akidah bererti kemusnahan segalagalanya. Maruwiah Ahmat 24

CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 49 Kebanyakan masyarakat Melayu moden telah dikesan mengidap penyakit psikologi yang agak kronik, gelisah dan hilang pertimbangan akal yang kemudiannya telah menyebabkan berlaku pelbagai tindakan buruk seperti bunuh diri, menagih dadah dan arak, murtad, LGBT dan mengamalkan seks bebas. Kajian ini mendapati punca utama penyakit gelisah ini adalah akibat dari tindakan tidak menuruti kehendak agama seperti meninggalkan kewajiban solat lima waktu. Ini adalah hasil dari kelemahan iman kepada Allah dan tidak adanya penyerahan diri secara mutlak kepada Allah s.w.t. Setiap manusia yang tidak mengikut apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t bererti mereka telah mengikut hawa nafsu. CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK 50 Maruwiah Ahmat 25

Aktiviti Bertulis 8 51 Mana soalan ni? - Berkumpulan -15 minit sahaja Maruwiah Ahmat 26