Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM

MAJLIS PERASMIAN PESTA TAMU GADANG KE 12 TEKS UCAPAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Y.BHG.

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Y.BRS. PROF. MADYA DR. HJ. KASIM HJ. MD MANSUR TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

Yang Berusaha En. Joannes Solidau Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

YBHG. PROF. MADYA DR. HJ. KASIM HJ. MD MANSUR TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA PELAJAR PASCA SISWAZAH

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

Yang Dihormati, Datuk Tajuddin Mat Isa, Ketua Polis Kontinjen Perlis dan Yang Berbahagia Datin

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL PROF. DATUK SRI PANGLIMA DR KAMARUZAMAN HJ. AMPON

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

TEKS UCAPAN Y.BHG. REKTOR SEMPENA MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER II SESI 2005/2006 DAN SEMESTER I SESI 2006/2007

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS MOTIVASI BERSAMA PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

Dewan Resital 29 Julai 2008, jam 8.00 pagi. Yang Berbahagia Datuk Hajjah Rosnani Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia,

UCAPAN ALUAN PROF. MADYA DR. ZAINAB HAMZAH PENGARAH UNIT MEDIA UniMAP SEMPENA MALAM MESRA MEDIA UniMAP JULAI 2011*HOTEL PUTRA PALACE*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

Yang Berusaha Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Encik Afizal Abu Othman. Pegawai-pegawai Unit Sukan UniMAP, Pengadil-pengadil kejohanan,

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Penyelidikan Dan Inovasi),

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

Y.Bhg. Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff, Timbalan Naib Canselor Akakdemik dan Antarabangsa UniMAP.

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SEMINAR BOLEHKAH WANITA BERSUARA, JIKA BERSUARA ADAKAH DIDENGAR? (PEMIKIRAN GAYATRI CHAKRAVORTY SPIVAK) Teks Ucapan

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan isteri.

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 1 UTeM

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

warah matnllahi Ta'ala Assalamualaikum wa barokatah Dan selamat sejahtera.

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Ucapan Aluan BRIG. JEN. DATUK PROF DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BENGKEL SOA PROJEK-PROJEK RMK MAC 2014 * PUTRA PALACE

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

TEKS UCAPAN PERASMIAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR, UTeM... MAJLIS HOMECOMING ALUMNI UTeM 06 OGOS 2016 (SABTU), 11.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

Yang Berbahagia, Encik Razli Ahmad, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TEKS UCAPAN ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

Y.Bhg Profesor Dr.Ali Yeon Md Shakaff Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa UniMAP

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN OLEH YBHG PROFESOR DR AHMAD YUSOFF. BIN HASSAN, NAIB CANSELOR UTeM SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM LAWATAN UNIVERSITI DIAN NUSWANTORO (UDINUS),

Transkripsi:

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR BRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON TAKLIMAT RINGKAS UNTUK SESI TAKLIMAT IBU BAPA SEMPENA MINGGU SUAI MESRA SESI 2010/2011 4 Julai 2010 (Ahad) Laman Graduan, Dewan Canselori, UMS Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia YANG BERUSAHA PROF. MADYA DR. HJ. KASIM HJ. MD. MANSUR Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni YANG BERUSAHA PROF. DR. AMRAN BIN AHMED Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa YANG BERUSAHA PROF. DR. ROSNAH ISMAIL Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi Pegawai-pegawai Utama Dekan-Dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Para ibu bapa, Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-nya, maka kita dapat bertemu dalam Sesi Taklimat Khas Ibu Bapa Sempena Minggu Suai Mesra Universiti Malaysia Sabah Sesi 2010/2011. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi hadir pada hari ini. Saya mewakili pihak Universiti Malaysia Sabah ingin mengucapkan selamat datang ke UMS, kampus yang indah dan ceria. Sememangnya, kehadiran tuantuan dan puan-puan untuk bersama-sama dengan warga universiti pada hari ini sangat kami alu-alukan. Kami turut berbesar hati dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan untuk menjadikan UMS sebagai pilihan institusi pengajian tinggi yang terbaik untuk anak-anak. Universiti Malaysia Sabah ditubuhkan pada 24 November 1994 dan merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-9 di Malaysia. Walaupun baru mencecah usia 16 tahun, universiti ini telah melakar pelbagai coretan bersejarah melalui pencapaian-pencapaian yang memberangsangkan dalam pelbagai aspek termasuk bidang akademik dan penyeldikan. UMS juga kini mendapat pengiktirafan sebagai antara universiti tercantik di Asia Tenggara. Sehubungan itu, tahniah saya ucapkan kepada para ibu bapa sekalian, kerana sesungguhnya pilihan anda untuk menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran di sini sememangnya sesuai dan tepat. Kerana di sini bukan sahaja indah dari segi pencapaian akademiknya, indah dari segi persekitarannya, tetapi di UMS juga indah dari segi budaya dan perpaduan erat di kalangan kepelbagaian etniknya. Tidak kira dari suku kaum mana pun, apa pun jua jenis agama yang dianuti, UMS sentiasa mencerminkan budaya 1Malaysia dari dulu, kini, dan saya pasti untuk selama-lamanya.

Oleh yang demikian, janganlah risau dan bimbang. Kami warga UMS akan berusaha membantu mahasiswa dan mahasisiwi baru ini untuk bercambah dan bertumbuh menjadi insan yang bukan sahaja berilmu malah berdaya saing dalam menempuhi era globalisasi yang kian mencabar. Untuk pengetahuan para ibu bapa, UMS juga mempunyai rekod yang sangat baik dalam melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam aktiviti kokurikulum sehingga mampu mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Ini membuktikan bahawa kemampuan UMS bukan sahaja menjurus dalam bidang akademik sahaja tetapi turut meliputi bidang yang lain. Sempena menyambut pelajar baru ini, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah merancang Program Minggu Suai Mesra yang telah bermula sejak semalam (3 Julai 2010) sehingga 9 Julai ini. Ini merupakan komitmen dan keprihatinan kami di UMS untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dengan memberikan pengisian-pengisian yang berguna kepada mahasiswa/i sebaik sahaja mereka mendaftar diri. Ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar baru tentang budaya pembelajaran dan cara hidup di universiti, disamping mempersiapkan diri mereka dengan fasa baru dalam kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi UMS. Kepada para ibu bapa sekalian, syabas diucapkan kerana sentiasa tabah dan gigih mendidik anak-anak. Saya percaya dedikasi dan kesabaran anda-lah yang menjadi ramuan utama kejayaan bagi mereka untuk memasuki menara gading yang sememangnya merupakan impian setiap pelajar semenjak berada di bangku sekolah lagi. Semua ini pastinya tidak mampu dicapai sekiranya tidak timbul kesedaran mengenai peri pentingya menimba ilmu. Sebagai makluman para ibu bapa, UMS mempunyai prasarana yang lengkap dan canggih untuk keperluan dan keselesaan para pelajar. Antaranya ialah

kemudahan perpustakaan yang boleh memuatkan kira-kira 4,000 pelajar dalam satu-satu masa, perkhidmatan ICT untuk mengakses maklumat disamping bilik dan dewan kuliah yang kondusif. Selain itu, kompleks sukan yang menarik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan senaman dan rekreasi serta kolej kediaman yang bersih pasti akan membuatkan anak-anak anda merasakan kampus UMS sebagai rumah kedua bagi mereka. Apa tidaknya, di sini juga turut dilengkapi dengan pusat rawatan atau klinik, sistem pengawalan sekuriti 24 jam dan sebagainya. Pendek kata, semuanya telah lengkap disediakan oleh pihak universiti. Malah sekiranya mereka ingin membeli barang-barang keperluan, para pelajar tidak perlu pergi ke tempat jauh, kerana dengan hanya berjalan kaki, para pelajar boleh sampai ke 1Borneo Hypermall yang terletak bersebelahan dengan UMS. Rasanya kemudahan ini belum lengkap sekiranya bantuan pembiayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan tidak ada. Sehubungan itu, UMS turut menyediakan bantuan dan bimbingan dalam pengurusan pinjaman dan biasiswa bagi para pelajar yang tidak berkemampuan sekaligus meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Selain daripada Yayasan Universiti Malaysia Sabah, pelajar juga boleh memohon bantuan kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan tinggi Nasional (PTPTN), MARA atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sebagai ibu bapa, saya percaya bahawa kita mahukan yang terbaik untuk anakanak kita. Kami di UMS juga mengharapkan perkara yang sama. Oleh yang demikian, pihak universiti memberi tanggungjawab kepada satu jabatan khas iaitu Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang sepenuhnya bertanggungjawab untuk memantau dan menjaga keperluan serta kebajikan para pelajar. Pelajar-pelajar yang mempunyai sebarang masalah boleh berkunjung ke One Stop Center yang terletak di Jabatan tersebut. Sesungguhnya pintu Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan

Alumni UMS sentiasa terbuka untuk membantu mahasiswa dan mahasiswi yang ingin mendapatkan bantuan atau memerlukan apa-apa maklumat. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para ibu bapa kerana telah memilih dan memberi kepercayaan kepada UMS sebagai universiti terbaik untuk anak-anak melanjutkan pengajian. Kami di pihak UMS akan terus berusaha untuk memberikan khidmat dan curahan ilmu yang terbaik bagi memastikan anak-anak anda mendapat ilmu pendidikan yang tinggi dan mampu menyumbang kepada kepesatan pembangunan di negara ini. Untuk itu saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahi Taufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh. Sekian. Terima Kasih.