Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

dokumen-dokumen yang mirip
Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

TABUNG HAJI UMUM BONUS JUBLI EMAS UNTUK TAHUN KEWANGAN 2012

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMINAR AUDIT DALAMAN 2017

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI ICAKL JUN 2017 (RABU) PAGI DEWAN DATO MOHD ALI BAHARUM, ANGKASA

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Ucapan Aluan Pengarah SKM 3. Perutusan Pengerusi KRKB 4-5. Ahli Lembaga Koperasi 6-7. Carta Organisasi 8. Notis Mesyuarat 9. Aturcara Majlis 10

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN WISMA LEVIDA.MY DAN MENYAKSIKAN

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis; Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin bin Mohd, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia yang saya hormati saudara dan saudari pengerusi majlis,

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERUSAHA TUAN HAJI RUSLI ABD. HAMID, PENDAFTAR KUKUM

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

TALKING POINT PRESIDEN ANGKASA. SEMINAR CHANGE START WITH ME 30 SEPTEMBER 2017, AUDITORIUM ANGKASA Bismillahirahmanirahim

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

TEKS UCAPAN PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: LAWATAN KERJA RASMI Y.B. DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH KE MENARA PNS PADA:

LEMBAGA TABUNG HAJI PENGUMUMAN HIBAH KEPADA PENDEPOSIT TABUNG HAJI Oleh

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH MAJLIS PERHIMPUNAN HOS TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL PROF. DATUK SRI PANGLIMA DR KAMARUZAMAN HJ. AMPON

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM

MAJLIS KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

Teks Ucapan Perasmian YBhg. Dato Haji Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA. Seminar Penentu Halatuju Koperasi Sekolah Negeri Terengganu

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PERKHIDMATAN RAJA SEHARI

TEKS UCAPAN PERASMIAN PROGRAM GOTONG ROYONG KHIDMAT SOSIAL KORPORAT ANGKASA (CSR) SUKARELAWAN KOPERASI ANGKASA PUSAT BERSAMA SAMA DENGAN

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. TAN SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MERANGKAP AHLI LEMBAGA PENGARAH MYANGKASA HOLDINGS SDN BHD

TEKS UCAPAN YB DATO SUK SEMPENA POGRAM ROADSHOW INTEGRITI 2018

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

TEKS UCAPAN YBHG. DATO SYED KAMARULZAMAN BIN DATO SYED ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN PENGARAH URUSAN PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS)

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

MAJLIS PERASMIAN PESTA TAMU GADANG KE 12 TEKS UCAPAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Y.BHG.

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

TEKS UCAPAN YBHG DATO SYED KAMARULZAMAN BIN DATO SYED ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN PENGARAH URUSAN

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ASEAN COOPERATIVES ORGANISATION (ACO) MERANGKAP PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN PERASMIAN YAB DATO SERI DR ZAMBRY B ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK MAJLIS PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SIMPANG PULAI, PERAK

Transkripsi:

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49 Tarikh Tempat Masa : 15 Jun 2014 (Ahad) : Dewan Perhebat, Kem Sungai Buloh : 10.00 Pagi Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih saudari pengacara majlis. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Bin Hj Jaafar Panglima Tentera Laut merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera Memangku Panglima Angkatan Tentera merangkap Yang Dipertua Koperasi Tentera Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi Timbalan Panglima Tentera Darat Mewakili Panglima Tentera Darat merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato Sri Hj Roslan bin Saad Timbalan Panglima Tentera Udara Mewakili Panglima Tentera Udara merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera Yang Berbahagia Datuk Nik Ali bin Mat Yunus Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Yang Berbahagia Mejar Jeneral Bersara Dato Paduka Che Hasni Bin Che Ahmad Pengerusi Koperasi Tentera Yang Berbahagia Brigidier Jeneral Bersara Dato Ahmad Zahudi Hj. Salleh Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera Mantan-mantan Pengerusi dan Lembaga Pengarah, tuan-tuan dan puan-puan serta anggota Koperasi Tentera yang saya hormati sekalian.

1. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia- Nya, saya diberi kesempatan untuk bersama-sama hadir dengan tuantuan dan puan-puan pada hari ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49. 2. Pada pagi hari ini, saya berasa amat kagum dan teruja dengan kehadiran anggota Koperasi Tentera yang tidak mengira usia, bangsa dan pangkat, hadir bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai anggota Koperasi bagi sesi pengundian untuk memilih Anggota Lembaga baru serta menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan. Jumlah kehadiran yang ramai pada pagi ini jelas membuktikan bahawa tuan-tuan dan puan-puan amat komited di dalam menjalankan aktiviti koperasi terutama Mesyuarat Agung yang sememangnya penting dalam menentukan arah tuju sesebuah koperasi. Syabas saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan atas semangat, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 3. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Anggota Lembaga, pihak pengurusan dan seluruh anggota Koperasi Tentera di atas inisiatif dan usaha anda semua sehingga berjaya mengekalkan Koperasi Tentera di antara Koperasi yang berprestasi cemerlang di negara ini. Saya dimaklumkan bahawa Koperasi Tentera telah menerima Anugerah Koperasi Negara semasa sambutan Hari Koperasi Negara 2013 di Jitra, Kedah. Anugerah ini terhasil dari usaha pihak pengurusan dengan sokongan daripada Ahli Lembaga dan kakitangan Koperasi Tentera yang menyumbangkan sumber dan tenaga dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi. Syabas saya ucapkan!

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 4. Koperasi Tentera sememangnya mempunyai rekod kewangan yang cemerlang dan tidak terkecuali untuk tahun 2013. Prestasi kewangan kekal positif dengan pendapatan bersih berjumlah RM204.9 juta dan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM159.3 juta dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi masa kini. Saya telah dimaklumkan bahawa Ahli Lembaga Koperasi telah mencadangkan pemberian dividen sebanyak RM 106.7 juta atau bersamaan 11%. Untuk tahun kewangan 2013, kadar 1% dividen telah meningkat menjadi RM9.5 juta berbanding RM 8.4 juta untuk tahun 2012. Namun setelah Menteri Pertahanan berbincang dengan Anggota Lembaga, jumlah ini ditambah lagi lebih kurang RM10 juta atau bersamaan 1% menjadikan kadar dividen meningkat kepada 12%. Tambahan ini akan dimasukkan ke dalam akaun yuran tuan / puan. Cadangan ini akan dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan selepas ini untuk kelulusan seterusnya. Untuk rekod, pada tahun 2012 Koperasi Tentera telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 14% dengan melibatkan pembayaran sebanyak RM118 juta dan dengan tambahan 1% ini menjadikan jumlah yang dibayar untuk tahun 2013 adalah sama walaupun dengan kadar yang berbeza. 5. Saya sedar pemberian dividen ini agak rendah dari segi peratusan berbanding lima tahun kebelakangan ini, namun dengan pemberian dividen 12% ini membuktikan Koperasi Tentera masih mampu memberikan pulangan yang tinggi secara konsisten kepada anggotanya walaupun sedang dalam proses transformasi. Saya amat berbangga dan syabas saya ucapkan kepada Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi Tentera di atas pencapaian ini. Saya juga menyeru semua anggota Koperasi Tentera terus menyokong Koperasi dalam tempoh peralihan ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian, 6. Seperti yang kita semua maklum, Koperasi Tentera kini dalam proses transformasi untuk menjadi sebuah bank koperasi yang berlandaskan syariah menjelang tahun 2015. saya dapat melihat banyak usaha telah dilakukan oleh Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi Tentera bagi mencapai misi transformasi Koperasi Tentera dalam tempoh 12 bulan ini. Ini termasuk membangunkan kepakaran sumber manusia, menyemak proses kerja, menyusun semula struktur organisasi, memupuk budaya kerja berprestasi tinggi dan membudayakan urus tadbir korporat yang lebih tinggi. 7. Saya sedar usaha ini bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan banyak aspek yang perlu dilihat oleh Koperasi Tentera sebagai persediaan untuk menjadi sebuah Bank Koperasi kelak. Namun begitu, saya yakin dengan kepimpinan dan perancangan Koperasi Tentera untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi lagi melalui program transformasi ini. Jika ini berjaya, Koperasi Tentera akan mencatit sejarah dengan menjadi sebuah Bank Koop pertama yang seratus peratus dimiliki oleh anggota tentera. 8. Sebagai Timbalan Menteri, saya sedar kepentingan memenuhi keperluan kewangan dan kebajikan anggota tentera dan penjawat awam di bawah Kementerian Pertahanan. Oleh itu, Koperasi Tentera sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan tuan puan ini dan bakal memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien apabila menjadi sebuah bank koop kelak dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih kompetitif. Transformasi ini dilakukan bagi memastikan Koperasi Tentera terus kekal relevan dan dapat terus menjaga kebajikan anggotanya.

9. Saya amat berbangga dengan pencapaian Koperasi Tentera setakat ini. Untuk sampai hingga ke tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah dan ini hanya mampu dilakukan oleh pemimpin yang bijak, pengurusan yang berkesan dan sokongan anda semua sebagai anggota Koperasi Tentera. Teruskan sokongan anda sehingga Koperasi Tentera menjadi sebuah Bank Koperasi yang disegani. 10. Kita telah melihat banyak pencapaian yang telah dikecapi oleh Koperasi Tentera sehingga kini dan saya berharap lebih banyak kejayaan akan dicipta di masa hadapan. Saya sendiri sangat teruja untuk melihat Koperasi Tentera menjadi sebuah bank koperasi dan saya akan membantu di mana perlu bagi memastikan matlamat ini tercapai. Saya juga berharap anda semua turut sama memberi sokongan yang padu atas usaha Koperasi Tentera ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 11. Hari ini merupakan hari pemilihan Ahli Lembaga Koperasi yang baru bagi menggantikan anggota yang telah tamat tempoh perkhidmatan mereka. Bagi saya, amalan demokrasi yang termaktub dalam prinsipprinsip Koperasi adalah perkara yang perlu dihormati agar setiap keputusan dibuat berdasarkan suara ramai atau ringkasnya suara majoriti demi mencapai kepentingan bersama. Kepada mereka yang bertanding, saya berharap anda semua telah melengkapkan diri dari segala sudut, dari keilmuan dan sahsiah, berintegriti dan bersedia memberi khidmat dengan penuh komitmen dan ikhlas kepada Koperasi. 12. Pesanan saya kepada anggota sekalian, gunakanlah peluang keemasan ini dengan bijaksana dan matang untuk menentukan pucuk pimpinan anda dan pada masa yang sama terus memberi sokongan kepada barisan anggota Lembaga demi kestabilan dan pembangunan koperasi pada masa hadapan.

13. Sebelum berundur, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota lembaga, pihak pengurusan dan kakitangan Koperasi Tentera di atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tahun. Anggaplah kejayaan hari ini sebagai satu cabaran untuk kita lebih cemerlang di masa hadapan. 14. Dengan kata-kata itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera yang ke-49. Sekian terima kasih.