MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2010/2011 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) Teks Ucapan

dokumen-dokumen yang mirip
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MALAYSIA UNIVERSITY ROBOT COMPETITION (MURoC) Teks Ucapan

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR

TEKS UCAPAN KOL. PROF. DATO DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIMAP SEMPENA MALAM JASAMU DIKENANG PADA 1 MEI 2007

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Penyelidikan Dan Inovasi),

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

SEMINAR BOLEHKAH WANITA BERSUARA, JIKA BERSUARA ADAKAH DIDENGAR? (PEMIKIRAN GAYATRI CHAKRAVORTY SPIVAK) Teks Ucapan

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

TEKS UCAPAN BRIG. JEN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Yang Berbahagia, Naib Presiden Silterra, En. Munawir Ab Ghani

UCAPAN ALUAN PROF. MADYA DR. ZAINAB HAMZAH PENGARAH UNIT MEDIA UniMAP SEMPENA MALAM MESRA MEDIA UniMAP JULAI 2011*HOTEL PUTRA PALACE*

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

TEKS UCAPAN YG BHG. BRIG JENERAL DATO PROFESSOR DR KAMARUDIN HUSSIN KOMANDER REJIMEN 509 ASKAR WATANIAH SEMPENA MAJLIS BBQ SKAW SIRI 21/2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) SEMPENA

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA PELANCARAN SANGGAR BUDAYA DAN PROGRAM INOVASI SOSIAL 2011

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Prof. Dr. Zul Azhar Bin Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan isteri.

Y.Bhg Profesor Dr.Ali Yeon Md Shakaff Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa UniMAP

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

Yang Berbahagia Dato Prof Dr. Rujhan Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 3 JANUARI 2010 DI DEWAN 2020

Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP,

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERUSAHA TUAN HAJI RUSLI ABD. HAMID, PENDAFTAR KUKUM

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam ramadhan.

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN SURAU KAMPUS TETAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 12 Mac 2014

Yang Berbahagia, Encik Razli Ahmad, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh Dan Salam

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

MAJLIS PERASMIAN KURSUS PENGADIL DAN PENILAI PENGADIL PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA. Teks Ucapan

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS KHATAM AL QURAN BERSEMPENA IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA ENCIK TAJUDDIN ATAN, KETUA EKSEKUTIF BANK SIMPANAN NASIONAL,

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA NAIB CANSELOR UniMAP. Teks Ucapan

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

MAJLIS SANTAPAN REGIMENTAL PALAPES UniMAP KE-3. Teks Ucapan

MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib

Yang Dihormati, Datuk Tajuddin Mat Isa, Ketua Polis Kontinjen Perlis dan Yang Berbahagia Datin

IHTIFAL IHYA UniMAP

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA. YANG BERUSAHA PUAN HAJJAH FOYZIAH AHMAD NASURUDIN, KETUA PUSTAKAWAN KUKUM,

Y.Bhg. Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff, Timbalan Naib Canselor Akakdemik dan Antarabangsa UniMAP.

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM. ASSAMUALAIKUM WRT WBKTH DAN SALAM SEJAHTERA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

TALKING POINT BRIG. JEN. DATUK PROF. DR

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

Ucapan Aluan BRIG. JEN. DATUK PROF DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BENGKEL SOA PROJEK-PROJEK RMK MAC 2014 * PUTRA PALACE

Transkripsi:

1 MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2010/2011 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) Teks Ucapan BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 5 Mac 2011 (Sabtu) di Tasoh Lake Resort, Bukit Chabang, Perlis. Bismillah Hirrahman Nirrahim Mengadap Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, merangkap Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Hajah Lailatul Shahren Akashah Khalil, yang juga Tuanku Pro Canselor UniMAP. Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, Adalah patik dengan segala hormat takzimnya, memohon ampun merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli-duli Tuanku bercemar Duli berangkat ke

2 Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Sesungguhnya perkenan Duli-duli Tuanku bercemar Duli berangkat ke majlis ini membawakan seribu pengertian bukan sahaja kepada patik dan warga pengurusan UniMAP malah juga kepada pemimpin-pemimpin pelajar baru, yang buat pertama kalinya dipilih secara demokrasi melalui proses pemilihan undi yang telah diadakan pada 24 Februari 2011 yang lalu. Patik berdoa kepada Allah S.W.T agar Duli duli Tuanku sentiasa berada dalam keafiatan, bersemayam dengan segala kebesaran dan kedaulatan untuk terus berperanan sebagai lambang keutuhan UniMAP sebagai payung UniMAP, tempat kami menumpang berteduh di bawah naungan Tuanku. Semoga UniMAP dan warganya yang berada di bawah payung naungan Tuanku, akan dikurnia dan dilimpahkan oleh Allah S.W.T segala kerahmatan, keberkatan dan kesejahteraan jua hendaknya. Ampun Tuanku, patik memohon izin dan limpah perkenan Tuanku untuk patik memberi sepatah dua kata kepada para hadirin. Ampun Tuanku. Yang berusaha pengacara majlis, Yang Berbahagia. Prof. Dr Ismail Daut, Timbalan Naib

3 Canselor(Penyelidikan & Inovasi) Universiti Malaysia Perlis, Puan Saodah Binti Hassan, Bendahari Universiti Malaysia Perlis, Encik Zuber Bin Haji Mohamad, Pemangku Pendaftar Universiti Malaysia Perlis, Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan Universiti Malaysia Perlis, Yang Berusaha Encik Razli Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dekan Pusat-Pusat Pengajian, Wakil wakil Media, Seterusnya hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Selamat datang ke Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 Universiti Malaysia Perlis. Pertama sekali, marilah kita bersama-sama menadah tangan memanjatkan rasa kesyukuran di atas keizinan-nya pada hari ini, membenarkan kita bersama-sama dalam satu majlis yang

4 bakal melakarkan sejarahnya yang tersendiri dalam catatan kenangan UniMAP iaitu Majlis Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/2011. Hal ini kerana, buat pertama kalinya, kita telah mengadakan Pilihanraya Kampus bagi memilih 31 calon bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011. Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana pilihanraya yang diadakan itu tidak mengalami sebarang kekecohan dan pemilihan anak-anak muda di hadapan saya ini adalah pemilihan yang dilakukan oleh para pelajar kita. Saya yakin bahawa pemilihan secara demokrasi ini, adalah satu pilihan yang terbaik kerana para pelajar UniMAP yang arif lagi bijaksana akan dapat menentukan siapakah yang benarbenar berkaliber dan layak bersuara bagi mewakili pihak mereka. Hadirin sekalian, Seperti yang kita tahu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertanggungjawab untuk membantu pengurusan UniMAP menyampaikan hasrat dan menjadi penghubung utama antara pelajar dan pihak pengurusan dalam apa jua perkara berkaitan pelajar. Kesemua barisan pemimpin pelajar yang baru ini seperti yang telah dimaklumkan akan dilantik secara rasminya pada malam ini dalam Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP(MPP) sesi 2010/2011.

5 Sebagai pemimpin pelajar yang dipilih, saya mengharapkan MPP kali ini akan terus mengekalkan semangat kerja berpasukan yang diamalkan sebelum ini. Saya juga menyeru agar anda, MPP akan menjadi barisan pemimpin yang mesra pelajar serta mudah didekati. Kepada kepimpinan baru MPP, tanggungjawab anda selepas dilantik adalah semakin bertambah. Hal ini kerana, selain dari tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri yakni dalam memastikan pengajian yang dilalui ditamatkan dengan jayanya, anda juga sebenarnya memegang amanah untuk melaksanakan tanggungjawab kepada semua pengundi yang percaya dan memilih anda sebagai pemimpin mereka. Tentunya harapan mereka, agar anda akan memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada mereka. Oleh itu, diharap agar semua MPP telah menyiapkan diri secara mental dan juga fizikal. Hadirin sekalian, Saya menyedari bahawa sebagai sebuah universiti yang unik dari segi lokasi dan aturan kampusnya menyebabkan faktorfaktor penolak seperti masalah perhubungan, jarak serta masa akan menjadi kekangan kepada usaha-usaha murni yang bakal dilaksanakan kelak. Kemungkinan besar segala yang direncanakan tidak mendapat sokongan dan sambutan yang sepenuhnya daripada khalayak siswazah. Di sinilah terletaknya peranan dan cabaran sebenar MPP UniMAP untuk membuktikan serta mengurangkan jurang yang ada melalui

6 cetusan idea yang lebih kreatif, inovatif dan juga menarik. Pada masa yang sama, jadilah seorang pemimpin yang berilmu serta mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan barisan kepimpinan Universiti yang lain. Seiring dengan teras ke Enam Pelan Strategik UniMAP 2011-2015 iaitu melahirkan Siswazah Berbakat Istimewa, saya mewakili pengurusan tertinggi Universiti sememangnya akan menyokong penuh setiap pandangan, program dan aktiviti yang akan dilaksanakan sekiranya ia bakal memberikan impak serta imej yang baik kepada universiti. Seperti yang telah saya nyatakan semasa Majlis Ucaptama Naib Canselor baru-baru ini - Mahasiswa adalah pelanggan utama dan menjadi tanggungjawab Universiti untuk membantu dan menyokong hasrat semua Mahasiswa, dan ini bakal diterjemahkan oleh barisan MPP yang dilantik. Mungkin ada diantara anda tidak sedar bahawa tanggungjawab MPP adalah sebagai medium untuk menyampaikan hasrat Universiti kepada para pelajar. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi apa yang bakal tergalas dibahu anda sekalian bagi merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan siswazah berbakat istemewa... Siswazah berakhlak, bermoral dan berketrampilan peragaan diri yang terpuji.

7 Siswazah yang berjiwa penyayang. Siswazah yang berpencapaian akademik tinggi. Siswazah yang berkeupayaan menyelidik. Siswazah yang berfikiran kreatif dan inovatif. Siswazah yang berdaya keusahawanan yang progresif. Siswazah yang yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat setempat dan antarabangsa. Siswazah yang berupaya berkomunikasi secara trampil sama ada dalam bahasa ibunda, bahasa Inggeris dan jika mampu menguasai satu lagi bahasa antarabangsa yang lain. Siswazah yang berdaya cipta, berdaya saing dan berdaya tahan. Saya harap anda dapat menghayati dan fahami teras ke Enam Universiti dengan sebaik-baiknya. Insyaallah anda akan mampu menjadi pemimpin yang hebat kelak, jika berjaya mengaplikasi teras ke Enam Universiti dengan merencana, merancang dan menterjemahkannya melalui program dan aktiviti yang akan dibuat sepanjang tempoh perkhidmatan anda sebagai MPP UniMAP 2010/2011 nanti. Hadirin sekalian, Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan

8 terima kasih dan tahniah kepada kepimpinan MPP sesi 2009/2010 yang diketuai oleh saudara Mohamad Nur Bin Misbah kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan begitu cemerlang sepanjang tempoh lantikan mereka. Buat kepimpinan MPP sesi 2010/11 yang bakal diketuai oleh Saudara Aminuddin Bin Anuar, saya mewakili UniMAP ingin mengucapkan selamat berkhidmat dan semoga barisan kepimpinan baru ini akan lebih menyerlah dan fokus dengan matlamat dan perancangan yang dibuat dan bersama-sama memahami dan menghayati hasrat Universiti dan Kerajaan dalam menjayakan matlamat Gagasan 1Malaysia dan inspirasi UniMAP melalui slogan Lonjakkan Komitmen, Lonjakan Prestasi. Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya titipkan buat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melaksanakan proses pemilihan pemimpin pelajar ini. Semoga apa yang telah dilaksanakan ini akan menjadi permulaan yang baik buat kita semua. Semoga keharmonian pilihanraya kampus yang pertama ini akan menjadi benchmark untuk keharmonian yang seterusnya. Ini sekaligus akan membantu memastikan Visi UniMAP untuk menjadi Antara 500 universiti Terbaik Dunia bakal terlaksana. Amin. Rasanya tidak lengkap jika saya mengakhiri ucapan tanpa

9 berpantun. Oleh itu, terimalah serangkap pantun daripada saya untuk anda semua. Tiada yang lama, tiada yang baru, Baru yang ada, penyambung warisan, Bersama anda, menggalas di bahu, Melaksanakan amanah, penuh keikhlasan. Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, Sekian sahajalah ucapan patik pada malam ini. Bagi mengakhiri ucapan patik ini, patik bagi pihak Universiti Malaysia Perlis sekali lagi merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli-duli Tuanku bercemar duli berangkat ke Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Ampun tuanku. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima Kasih.